• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Dan Keupayaan Orang Asli Dalam Keusahawanan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Cabaran Dan Keupayaan Orang Asli Dalam Keusahawanan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Cabaran Dan Keupayaan Orang Asli Dalam Keusahawanan Norsyaidah Ishak & Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor Abstrak

Keusahawanan dalam kalangan orang asli amat sedikit. Penglibatan kaum ini dalam bidang keusahawanan sekadar untuk menyara hidup lantaran beberapa kekangan yang menjadi cabaran dalam usaha untuk berjaya dalam keusahawanan. Tujuan kertas konsep ini disediakan adalah sebagai medium kepada pihak yang berkenaan untuk mengenal pasti mengapa usahawan orang asli sukar untuk maju. Oleh hal yang demikian, beberapa cabaran yang dihadapi oleh kaum ini telah diutarakan dalam kertas konsep ini. Antaranya, daya saing yang rendah dan kurang berpendidikan.Di samping itu turut dibincangkan beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu mereka dalam menangani cabaran tersebut melalui pihak yang berkenaan.Hasil daripada cadangan yang diketengahkan ini diharap agar pihak yang berkenaan dapat menyediakan prasarana yang seiring dengan pembangunan, khidmat nasihat atau kursus yang disusuli dengan pemantauan dan bantuan bagi memastikan daya saing dan kewujudan usahawan orang asli ini akan terus kekal dan berkembang.

Kata kunci: keusahawanan, cabaran dan keupayaan, orang asli 1. PENDAHULUAN

Menurut Hasan Mat Nor (2009), orang asli merujuk kepada kumpulan-kumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara di mana mereka ini telah datang di wilayah tersebut lama sebelum wilayah itu wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat. Manakala, Sexton dan Bowman – Upton (1991) menjelaskan keusahawanan sebagai satu proses mengenal pasti peluang- peluang dalam pasaran, menyusun sumber- sumber untuk mencapai objektif dan tindakan seterusnya untuk mengeksploitasi keperluan sumber- sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang.

Melalui kajian-kajian lepas, hasil dapatan menunjukkan orang asli telah melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, namun bilangan mereka tidaklah begitu banyak. JAKOA menyasarkan menjelang 2015 sebanyak 500 usahawan orang asli akan dapat dihasilkan (Buletin Asli, 2011). Antara aktiviti keusahawanan yang dijalankan adalah seperti membuat kraf tangan (Abdul Talib, Md. Akbal, Hussiain,2003), memproses ikan masin, perniagaan barangan/pakaian terpakai dan perusahaan sarang burung.(Faridah Shahadan, Madeline Berma dan Junaenah Sulehan, 2008).

(2)

Emailaddress: syaidah_ishak@yahoo.com

Aktiviti perniagaan yang dijalankan ini tidak dianggap serius sebaliknya sekadar untuk sara diri. Namun sekiranya mereka mempunyai kesedaran dan strategi dalam perniagaan, aktiviti tersebut boleh menjana pendapatan yang tetap dan memacu ekonomi masyarakat orang asli itu sendiri (M.Hasril, Ramlee Mustapha dan Norasmah Othman, 2009).

Masyarakat orang asli terpaksa menghadapi pelbagai cabaran untuk bersaing dalam bidang keusahawanan. Antara cabaran yang terpaksa di hadapi adalah seperti persaingan dalam perniagaan daripada kaum lain yang mempunyai modal lebih besar (Faridah Shahadan, Medeline Berma dan Junaenah Sulihan, 2008). Selain itu kedudukan penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan masalah logistik, kekurangan pendedahan kepada masyarakat luar dan dalam bidang keusahawanan, faktor pendidikan yang keciciran dan pelbagai lagi cabaran.

Dalam kertas konsep ini, akan dinyatakan beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh masyarakat orang asli berdasarkan hasil dapatan kajian-kajian terdahulu. Selain itu, dalam kertas konsep ini juga akan mengusulkan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkaitan dalam usaha membantu masyarakat orang asli agar mereka terus dapat berada dalam kelompok usahawan yang mampu bersaing dan seterusnya berjaya.

Walaupun masyarakat orang asli tidak mempunyai organisasi politik yang boleh membawa penyertaan mereka secara aktif dalam pelbagai bidang(Hasan Ma Nor, 2009), dan ini merujuk mengapa masyarakat ini sering terpinggir dalam banyak hal(Er Ah Choy, Zalina Che Mat Arifin dan Joy Jacqueline Pereira at el, 2010), sesuatu perlu dilakukan agar masyarakat orang asli berupaya mencapai sasaran 500 orang usahawan menjelang 2015. 2. LATAR BELAKANG

Pada tahun 2004, terdapat seramai 149,723 Orang Asli di Malaysia dan kebanyakannya tertumpu di Semenanjung Malaysia (Faridah Shahadan, Madeline Berma dan Junaenah Sulehan, 2008).Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah penduduk peribumi negara ini.Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, Orang asli terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi.

(3)

Kaum Melayu Proto tinggal berjiran dengan Orang Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan tertentu dengan orang Melayu.Kebanyakan perkampungan mereka kini terletak di dalam kawasan bandar dan pinggir bandar.Bagi menyara hidup, mereka menangkap ikan dan memungut hasil hutan untuk dijual.Kaum Negrito pula lebih tertumpu di negeri Kedah, Kelantan dan Pahang.Mereka berpindah randah untuk mendapatkan bahan makanan.Manakala bagi kaum Senoi mereka mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan Pahang.Kebanyakan kaum Senoi menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, disamping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang seperti menanam padi huma, jagungdan ubi.

Orang Asli telah terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti perniagaan sejak abad ke-15 iaitu kaum Idahan telah memulakan aktiviti perdagangan dengan pedagang China yang melibatkan pertukaran sarang burung dengan tembikar (Harrison & Harrison, 1970). Orang Asli telah mengubah aktiviti sara hidup ke arah perniagaan iaitu dengan memulakan perniagaan kecil- kecilan dengan bermodalkan kurang daripada RM1000.00 (Man, 1998).

Menurut A.J Abu Bakar Sadek (2003), kaum Jakun dan Semelai telah memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelancongan, restoran dan juga bengkel yang mana aktiviti ini telah menunjukkan Orang Asli ke arah arus pembangunan.Walau bagaimanapun, majoriti kaum orang asli masih lagi bergantung hidup dengan aktiviti menyara hidup iaitu memungut hasil hutan dan menangkap hasil tangkapan laut.

Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah melaksanakan beberapa program pembangunan sejajar dengan wawasan agar masyarakat Orang Asli dapat menikmati kesejahteraan sosio-ekonomi seperti yang dinikmati oleh kaum-kaum lain, dengan nilai-nilai etika yang lebih kukuh danidentiti budaya. Antara program yang dijalankan adalah Program Pembangunan Ekonomi Negeri yang telah membelanjakan sebanyak RM 2.7 juta bagi membiayai projek pembangunan ladang yang telah dilaksanakan menerusi RISDA dan FELCRA. Projek ini adalah aktiviti utama Jabatan dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan Orang Asli. Di samping itu juga, program bimbingan usahawan juga telah dijalankan bagi mempromosikan produk- produk Orang Asli sebagai insentif yang

(4)

disediakan kepada bakal usahawan Orang Asli yang telah mengikuti kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Jabatan. Antara bidang yang diterokai oleh Orang Asli adalah perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel kenderaan, sektor pembinaan dan lain-lain lagi. Program Pembinaan Ruang Niaga juga telah diperuntukkan kepada Orang Asli yang menelan belanja sebanyak RM320,000 menerusi pembinaan premis ruang niaga kepada masyarakat Orang Asli yang telah menceburkan diri di dalam perniagaan. Antaranya adalah bengkel kraf, kedai runcit, bengkel motosikal, kedai makan dan kedai jahit.

Program yang dilaksanakan ini berhasrat untuk meningkatkan kualiti masyarakat hidup Orang Asli agar mereka tidak lagi bergantung hidup dengan aktiviti memungut hasil hutan dan meningkatkan penyertaan mereka dalam industri perdagangan dan perniagaan. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat Orang Asli agar dapat memupuk keyakinan diri, semangat berdikari dan mempunyai etika yang berkualiti.

3. CABARAN

Terdapat beberapa cabaran yang telah dikenalpasti dalam penglibatan orang asli dalam bidang keusahawanan antaranya ialahpencapaian dalam bidang akademik yang rendahtelah menyebabkanmasyarakat Orang Asli tidakberminatuntukmenjadiusahawan. Menurut kajian Norasmah Othman, Mohd Hasril Amiruddin dan Haliza Hussein (2011) menyatakan bahawa penyertaan Orang Asli dalam bidang keusahawananadalah merosot ini disebabkan mereka mempunyaipengetahuanakademik yang rendah.

Kesinambungan daripada kes di atas, antara cabaran yang dihadapi oleh Orang Asli dalam melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ialah Orang Asli kurang berinteraksi dengan orang-orangdi luarkomuniti merekadan mereka tidak didedahkan dengan dunia luar (Hasan Mat Nor et al. 2009). Mengikut kajian yang dijalankan oleh Hasan Mat Nor, 2009, orang asli khususnya masyarakat kaum Seletar adalah pemalu dan lebih suka mengelak daripada berinteraksi dengan masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, peluang untuk masyarakat Orang Asli untuk membangun adalah sukar terutama dalam bidang perniagaan (Mohd. Hasril, Ramlee Mustapha dan Norasmah Othman, 2009). Ini kerana bidang

(5)

perniagaan memerlukan seseorang individu berkebolehan untuk berinteraksi dengan individu lain dan mampu menarik minat masyarakat terhadap bidang yang diceburi.

Selain itu, antara cabaran lain yang dihadapi oleh orang asli dalam penglibatan bidang keusahawan ialah cara-cara dalam memberikan latihan kepada Orang Asli untukmenjadipemilik perniagaanyanglebih baik dalam perniagaanmikrodari segimenjualkemahiran danmemenuhikeperluan pelanggan(Mohd. Hasril, Ramlee Mustapha dan Norasmah Othman, 2009). Menurut kajian Abu Bakar Sedek bin Abdul Jamak, Razol Mahari bin Mohd Ali, dan Rohani binti Salleh (2010) menyatakan bahawa semua Orang Asli yang ditemubual tidak mempunyai pemikiran perniagaan untuk mengembangkan, mempelbagaikan atau mengambil peluang-peluang baru dan masyarakat Orang Asli sangat santai dalam alam semula jadi.

Sehubungan dengan itu, antara cabaran yang dihadapi oleh Orang Asli dalam melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ialah Orang Asli tiada wakil dalam politik yang boleh menyuarakan hak dan masalah mereka (Hasan Mat Nor, 2009). Selain itu karenah birokrasi badan-badan tertentu dalam hal memberi pinjaman dan bantuan kewangan. Menurut kajian Norasmah Othman, Mohd Hasril Amiruddin dan Haliza Hussein (2011) menyatakan bahawa Orang Asli sering menghadapi pelbagai masalah, termasuk sukar mendapatkanseorang penjaminuntuk membuat pinjaman kerana mereka tidak mempunyai hartanah atau sesuatu yang boleh menjadi cagaran. Ini kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai harta yang sah, di mana mereka sering menduduki tanah yang tidak diwartakan lagi (tiada pemberian hak milik tanah).

Antara cabaran lain yang dihadapi oleh para usahawan ini apabila muncul pesaing-pesaing daripada kalangan peniaga atau usahawan bumiputera dan kaum Cina. Usahawan Orang Asli menghadapi masalah kekurangan modal dan bantuan kewangan. Oleh hal yang sedemikian, mereka tidak dapat mengembangkan perniagaan dan agak tercorot dan ketinggalan terkebelakang dalam bidang keusahawanan ini. Berdasarkan jenis perniagaan yang diusahakan di samping kurangnya pengetahuan dalam selok-belok untuk mendapatkan pinjaman atau pembiayaan menyebabkan bantuan kewangan tidak dapat dibuat daripada bank atau institusi kewangan yang berkaitan (Faridah Shahadan, Medeline Berma dan Junaenah Sulihan ,2008). Lantaran kekangan modal yang dihadapi ini menyebabkan daya saing dan

(6)

keupayaan usahawan Orang Asli untuk terus bertahan akan menurun. Oleh hal yang sedemikian, sesuatu perlu dilakukan agar usahawan Orang Asli ini terus berkembang dan mampu memberi saingan kepada dunia perniagaan hari ini.

Ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan Orang Asli amat menonjol dan terserlah apabila mereka mampu menghasilkan kraf tangan daripada hasil hutan seperti bakul dan barang perhiasan rumah daripada rotan atau buluh. Hasil kraf tangan ini amat kreatif berpotensi untuk dikomersialkan ke peringkat yang lebih tinggi (Abu Bakar Sedek bin Abdul Jamak, Razol Mahari bin Mohd Ali, dan Rohani binti Salleh, 2010). Namun kekangan yang dihadapi oleh para usahawan ini adalah untuk memasarkannya kerana masalah logistik lantaran kedudukan perkampungan orang asli yang jauh di pedalaman. Ini mengakibatkan kos pengangkutan tinggi yang terpaksa ditanggung oleh orang tengah, jadi barang yang hendak dijual terpaksa dijual dengan harga yang rendah kepada orang tengah ini dengan alasan mengambil kira kos pengangkutan.

Selain itu, masalah yang dihadapi oleh Orang Asli, hanya bergantung kepada satu pekerjaan sahaja iaitu tidak pelbagaikan sumber pendapatan. Menurut Hasan Mat Nor (2009), mereka berasa selesa dengan kedudukan mereka sekarang iaitu hanya menjalankan perniagaan menerusi penjualan hasil tangkapan laut dan kurang berdaya saing iaitu mereka tidak berusaha untuk mencari kelainan dalam perniagaan.

Tambahan pula, kekangan yang dihadapi oleh orang asli dalam penglibatan bidang keusahawanan ialah keperluan asas yang terhad dan keyakinan dalam diri orang asli terlalu rendah. Hal ini demikian, akan menyebabkan kadar kemiskinan bagimasyarakat Orang Asli amnya masih tinggi, misalnya pada kadar50.9 peratus bagi tahun 1999 termasuk 15.4 peratus kadar kemiskinan (Malaysia, 2001).

4. KEUPAYAAN ORANG ASLI

Keupayaan daripada kata dasar upaya bermaksud usaha untuk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar, kemampuan dan kebolehan. Keupayaan adalah kesanggupan (kebolehan) untuk mencapai atau melakukan sesuatu dengan ikhtiar dan usaha (Kamus Dewan 2005: 1777). Keupayaan Orang Asli dikategorikan sebagai pendekatan dalam pembangunan

(7)

komuniti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran individu menggunakan kapasiti atau keupayaan sendiri dan membolehkan individu memperoleh sistem sokongan dalam pelbagai bentuk pembangunan (Schuftan 1996; Jan T.L. Yap 2009).

Keupayaan Orang Asli dalam keusahawanan terutama dalam memasarkan hasil produk mereka adalah cabaran utama yang dihadapi oleh mereka lantaran kesukaran mendapatkan tempat dalam pasaran. Mereka perlu mengatur strategi pemasaran dan mencari peluang-peluang rangkaian perniagaan secara bijak.

Kajian daripada Sawchuck dan Christie,1998 di dalam artikelnya yang bertajuk Membertou First Nation indigenous people succeeding as entrepreneurs menjelaskan bahawa tahap aktiviti keusahawanan di antara penduduk asli masih lagi relatif rendah di Kanada. Pada peringkat nasional sebanyak 3.9 peratus daripada penduduk Orang Asli bekerja sendiri. Borzaga dan Defourny (2001) di dalam jurnalnya iaitu Indigenous land rights, entrepreneurship, and economic development in Canada: “Opting-in” to the global economy menyatakan bahawa kerja sosial yang meliputi aktiviti kerja lapangan dan kekuatan modal sosial dalam menyokong penyatuan di kalangan masyarakat Orang Asli supaya seiring dengan masyarakat umum.

Mereka juga menyatakan pendapatnya bahawa kegiatan keusahawanan dalam pembangunan masyarakat adalah konsisten dengan tempat lain. Hal ini kerana pembangunan peribumi sebagai keusahawanan mempunyai kepentingan dalam masyarakat global. Kajian kes ini memberikan bukti yang kuat di mana keusahawanan ini amat penting di kalangan komuniti Orang Asli. Oleh yang demikian, banyak syarikat yang berminat mengeksploitasi peluang yang ada dalam membantu membangunkan potensi keusahawanan di kalangan Orang Asli ini dalam membangunkan ekonomi mereka sendiri.

Menurut ESCCH, 1993 Economic and Social Council Commission on Human Rights. (1993) dalam artikelnya iaitu Draft United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli mempunyai hak untuk mempertahankan dan mengembangkan politik, ekonomi dan sosial mereka. Keadaan ini disebabkan supaya konumiti Orang Asli ini selesa dalam menikmati cara hidup dan pembangunan ekonomi mereka. Mereka juga dapat terlibat secara bebas dalam semua aktiviti ekonomi yang lain.

(8)

Kajian lepas yang dijalankan oleh Storper and Walker, 1989 dalam artikelnya yang bertajuk The capitalist imperative: Territory, technology and industrial growth menyatakan bahawa kebanyakan pihak lebih melihat kepentingan masyarakat dalam rangkaian yang dapat memberikan sesuatu untuk mereka. Kes ini adalah benar di mana penyertaan komuniti Orang Asli dalam keusahawanan dan pembangunan ekonomi nampak berpotensi kerana mereka secara alaminya telah mempunyai sedikit sebanyak kemahiran yang boleh digunakan dalam memajukan masyarakat mereka dengan cara mereka sendiri dengan dibantu oleh pihak tertentu. Potensi mereka dapat dilihat sekiranya mereka diberi peluang dan pendedahan terhadap keusahawanan dalam membangunkan ekonomi mereka.

Di antara program yang dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan orang asli dalam bidang keusahawanan adalah melalui pelan strategik JAKOA iaitu teras kedua, menggerakkan kegiatan ekonomi dan industri berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan secara bersepadu. Antaranya adalah:

a) Memperluaskan Projek Perladangan Komersial Orang Asli b) Memperluaskan Projek Tanaman Kontan

c) Memperluaskan Projek Ternakan Dan Perikanan Dengan Agensi Lain Dan \ Koperasi Orang Asli

d) Menggalakkan Inisiatif Ekonomi Bernilai Tinggi e) Memperluaskan Pasaran Sumber Daya Orang Asli

f) Meningkatkan Keupayaan Petani Orang Asli Dalam Bidang Pertanian g) Melahirkan Usahawan Orang Asli Yang Berdaya Maju

h) Memperluaskan Bantuan Perniagaan Kepada Usahawan Orang Asli i) Memperkasa Koperasi Orang Asli

j) Mewujudkan Program Eko Pelancongan Di Perkampungan Orang Asli k) Mewujudkan Pusat Pertumbuhan Ekonomi Desa

Selain itu, antara langkah bagi meningkatkan keupayaan orang asli adalah melalui pendidikan dalam keusahawanan. Memandangkan tidak ramai masyarakat Orang Asli berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi maka untuk mengukuhkan lagi taraf ekonomi mereka, pendidikan secara latihan teknik dan vokasional akan menjadi alternatif

(9)

yang terbaik. Melalui latihan teknik dan vokasional, masyarakat Orang Asli akan diberi latihan secara praktikal dan diaplikasikan dalam dunia perniagaan ataupun pekerjaan (Junekh 2007).

Melalui latihan dan kursus kemahiran yang tertentu, masyarakat Orang Asli akan mempunyai peluang untuk menceburkan diri dalam sesuatu bidang secara langsung dan tidak langsung. Ini juga akan dapat meningkatkan lagi daya saing di kalangan masyarakat Orang Asli agar dapat bersaing dengan masyarakat lain yang lebih maju. Di samping itu, ia dapat membuka peluang yang baru kepada masyarakat Orang Asli untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan (Junekh 2007). Terdapat dua pusat latihan yang disediakan oleh pihak JHEOA untuk membimbing belia Orang Asli dalam meningkatkan kemahiran dalam bidang bidang tertentu dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka supaya lebih sempurna. Dengan kemahiran yang diperoleh melalui latihan tersebut, belia Orang Asli dapat menjalankan perniagaan mereka sendiri suatu hari nanti (Husnorhafiza & Norasmah 2009).

Pusat latihan dan kemahiran tersebut adalah, Pusat Latihan Paya Bungor Kuantan Pahang, merupakan pusat bertauliah dalam mengendalikan kursus pembuat pakaian wanita tahap satu dan dua. Kursus dilaksanakan selama lapan bulan. Peserta yang tamat akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Setiap satu sesi pengambilan adalah seramai 50 orang (JHOEA 2008). Manakala Pusat Giatmara JHEOA Damansara Damai Sungai Buloh Selangor, mengendalikan kursus kemahiran dalam bidang teknologi baik pulih dan mengecat kenderaan, kursus teknologi motosikal dan kursus teknologi automotif. Kursus ini adalah usaha sama di antara JHEOA dengan MARA melalui pusat latihan Giatmara. Setiap satu sesi pengambilan adalah seramai 60 orang (JHOEA 2008).

5. CADANGAN

Tidak dinafikan penglibatan kerajaan dalam membela nasib masyarakat Orang Asli dalam meningkatkan pendapatan mereka terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang telah menganjurkan beberapa kursus kemahiran yang mendapat kerjasama dengan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkenalkan kursus-kursus kemahiran kepada para belia masyarakat Orang Asli amat membantu golongan peribumi itu. Ini secara tidak

(10)

langsung membuka ruang dan dimensi baru kepada masyarakat Orang Asli yang akan datang dalam menceburi bidang kerjaya baru. Contohnya, Program Bimbingan Usahawan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat Orang Asli dalam bidang keusahawanan. Di samping itu, mereka juga boleh menjalankan perniagaan berdasarkan kemahiran yang diperoleh melalui kursus- kursus kemahiran yang dihadiri (Mohd.Hasril, Ramlee Mustapha dan Norasmah Othman, 2009).

Bagi membantu masyarakat Orang Asli dalam perniagaan, agensi tertentu perlu berganding bahu dalam mengkomersialkan produk menerusi penubuhan Koperasi Orang Asli secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada penggunaan orang tengah sebagai ejen perantaraan produk jualan mereka. Dengan wujudnya, koperasi Orang Asli, produk mereka dapat dikenali dengan lebih dekat dan mendapat sambutan daripada orang ramai.Di samping itu, pihak koperasi juga boleh menyediakan khidmat nasihat dalam masyarakat Orang Asli yang menceburkan diri dalam perniagaan dalam membantu mengkomersialkan produk mereka.

Selain itu, mereka perlu diberi pendedahan mengenai perkembangan dunia luar agar mereka lebih yakin untuk berinteraksi dengan masyarakat lain.Kerajaan seharusnya menyusun penempatan orang asli di kawasan pinggiran untuk diserapkan ke dalam masyarakat kampung atau bandar yang berdekatan agar mereka dapat berinteraksi bersama. mempelbagaikan program di kawasan penempatan Orang Asli seperti program Inap Desa iaitu pelancong dapat merasai sendiri suasana persekitaran Orang Asli, dapat mengetahui budaya orang asli di samping menambahkan pendapatan orang asli serta mengukuhkan hubungan di antara Orang Asli dan masyarakat luar.

Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan dalam membantu masyarakat Orang Asli dalam menggalakkan dan mempertingkatkan potensi mereka menceburi bidang keusahawanan;

1. Menyediakan bahan pengajaran berkaitan asas keusahawanan yang sesuai dan digunakan dalam kurikulum sekolah sebagai satu langkah permulaan memperkenalkan serta menarik minat Orang Asli dalam bidang keusahawanan.

2. Menyediakan khidmat nasihat dalam meningkatkan motivasi dan jati diri Orang Asli supaya mampu bersaing dan menggelakkan rasa rendah diri dan malu.

(11)

3. Menyediakan modal seperti pinjaman mikro dan latihan untuk Orang Asli yang ingin berniaga dan mengurangkan masalah birokrasi untuk mendapatkan pinjaman.

KESIMPULAN

Kertas konsep ini membincangkan serba sedikit mengenai masyarakat orang asli dalam menceburi bidang keusahawanan. Di samping itu, beberapa isu telah dikupas secara ringkas bagi menunjukkan gambaran terhadap potensi orang asli dalam bidang perniagaan.Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa puak ini hadapi, namun mereka tabah dan cekal untuk mencari nafkah walaupun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa dan tidak setimpal dengan masa dan tenaga yang mereka kerahkan. Kini masyarakat orang asli mungkin menagih supaya mereka juga mendapat pembangunan seperti masyarakat lain. Oleh itu, kerajaan perlu merancang satu kaedah penyelesaian dalam menempatkan masyarakat orang asli dalam bidang keusahawanan, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan insentif kebajikan daripada kerajaan tanpa usaha untuk memajukan diri. Menurut Norani, Khalid dan Nor Aishah (2001) peluang pendidikan dan latihan untuk golongan pelajar orang asli adalah terhad. Oleh itu, dengan memperkasa pelajar orang asli dengan ilmu keusahawanan dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan menjadi usahawan yang berjaya. Dengan keupayaan sedia ada pada masyarakat orang asli, adalah wajar di ambil perhatian supaya dapat diperkembangkan dan diperluaskan dalam bidang keusahawanan sebagai salah satu cara meningkatkan ekonomi mereka. Diharapkan hasil daripada perbincangan ini dapat menjadi rujukan kepada pihak tertentu dalam mengatur dan merancang pelan yang strategik untuk meningkatkan potensi masyarakat orang asli dalam bidang keusahawanan di peringkat yang lebih tinggi tidak seperti golongan nenek moyang mereka yang ketinggalan dalam serba-serbi.

RUJUKAN

Abu Bakar Sedek bin Abdul Jamak, Razol Mahari Bin Mohd Ali, & Rohani binti

Salleh . Assessing Entrepreneurship And Micro Business Enterprise Of Orang Asli Aborginies In Pahang, Malaysia ,2010

Er Ah Choy, Zalina Che Mat Ariffin, Joh Jacqueline Pereira, Sosioekonomi masyarakat Orang Asli : Kajian Kes di Hutan Simpan Bukit Lengong, Selangor, 2010

ESCCH, 1993 Economic and Social Council Commission on Human Rights. (1993). Draft United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples, United Nations, viewed 30 June 2004. (Online:- http://www.sciencedirect.com.my 24 April 2010)

(12)

Faridah Shahadan, Junaenah Sulehan. Keusahawanan dan Perubahan Sosial Masyarakat Orang Asli.Universiti Kebangsaan Malaysia. 2008

Faridah Shahadan , Madeline Berma & Junaenah Sulehan , Pendidikan Vokasional pada perspektif pelajar Orang Asli di Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan dalam Daerah Rompin, Pahang, 2008.

Hasan Mat Nor, Abd Rahim Mohd Nor, Katiman Rostam, Aishah@ Eshah Mohammed, Zaini Sakawi. Mengapa kami jadi begini?Konflik masyarakat Orang Seletar dan Pembangunan Iskandar.Malaysian Journal of Society and Space 5, No 2, 2009, pp. 16-26.

JHEOA. 2008. Data Maklumat Asas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia 2008. Kuala Lumpur: Penerbit Bahagian Penyelidikan dan Perancangan

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2008. Laporan JHEOA 2008. Putrajaya: Penerbit Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

JHEOA. 2003. Orang asli Johor. http://www.johordt.gov. my/joajhr/jheoa/OAJhr.htm [28 Julai 2009].

Johari Talib & Nazri Muslim , Bagaimana Kanak – Kanak Orang Asli Gagal Di Sekolah , 2007

Junekh Eyat Eng Tian Juan. 2007. Penglibatan penduduk orang asli dalam pekerjaan yang berorientasikan bidang teknik dan vokasional. Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mohd Hasil Amiruddin, Norasmah Othman & Ramlee Mustapha.Potensi Masyarakat Orang Asli dalam Bidang Keusahawanan.Universiti Tun Hussein Onn. 2009

Nur Qistina bt Abdullah, Mohd Risdi Bin Mohd Daud Pendidikan Vokasional pada perspektif pelajar orang asli di Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan dalam Daerah Rompin, Pahang,2010.

Norasmah Othman, Mohd Hasril Amiruddin & Haliza Hussein , Entrepreneurial Behavior And Non-Cognitive Entrepreneurship Knowledge Among The Orang Asli Youths From The South Zone Of Peninsular Malaysia, 2011.

Norasmah Othman, Mohd Hasril Amiruddin, Meninjau Keperluan Pendidikan Keusahawanan Berdasarkan Kepada Perspektif Belia Orang Asli Di Selatan Malaysia

Norasmah Othman, Mohd Hasril Amiruddin . The Readiness Of Orang Asli Youths In Venturing Into Entrepreneurship , 2010 .

Schuftan, C. 1996. The community development dilemma; When are service delivery,

capacity building, advocacy and social mobilization really empowering? Community Development Journal 31(3): 260-264

Storper and Walker, 1989 M. Storper and R. Walker, The capitalist imperative: Territory, technology and industrial growth, Basil Blackwell, New York (1989). (Online:-http://www.sciencedirect.com.my 20 April 2010)

Referensi

Dokumen terkait

Pada hari ini Kamis tanggal Tiga Belas bulan September Tahun Dua Ribu Dua Belas, kami yang bertanda tangan dibawah ini Panitia Pengadaan Barang dan Jasa Dinas Bina Marga dan

Dihipotesiskan bahwa dimensi work stressor (role conflict, role ambiguity & role overload), dimensi perceived organiztional support (fairness, supervisor support dan

- Jumlah Pelaku Seni dalam Pagelaran Seni dan Budaya Daerah yang berwawasan Kebangsaan Pelestarian Seni dan Budaya. Daerah Berwawasan Kebangsaan melalui Pagelaran dan

Untuk mengubah paradigma masyarakat dan memunculkan kesukaan masyarakat luas terhadap musik keroncong, Waljinah yang juga tak hanya memiliki kemampuan asah vokal di jalur musik

Konsep yang digunakan adalah pengambilan region of interest (ROI) dari video, dilakukan background subtraction untuk mendapatkan latar depan, deteksi kendaraan

Perselisihan yang ada didalamnya nash yang jelas yang menunjukkan akan kebenaran salah satu pendapat dan tidak ada ijtihad didalamnya. Disini kita wajib untuk

Ennis (2013) menyatakan apabila berpikir kritis menyertakan setiap konsep untuk terlibat dalam membuat keputusan tentang apa yang harus dipercaya atau dilakukan, maka

Banjir secara umum selalu menjadi permasalahan, terutama dikawasan permukiman selaras dengan perkembangan kehidupan masyarakat yang semakin maju.. Disamping banjir mengganggu