• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Pentaksiran Berasaskansekolah Di pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Cabaran Pentaksiran Berasaskansekolah Di pdf"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKANSEKOLAH:

DILEMA GURU

Hamimah Abu Naim1, (Rohaya Talib2)

1,2

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor

[email protected] [email protected]

ABSTRAK

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah pentaksiran bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat menghasilkan murid-murid seimbang dari pelbagai aspek. Kajian ini bertujuan meneroka cabaran-cabaran dalam pelaksanaan PBS di sekolah rendah kebangsaan yang melibatkan guru-guru Penyelaras PBS (Setiausaha PBS) di negeri Johor. Instrumen kajian ini ialah temubual terbuka berdasarkan tiga soalan yang diajukan kepada sembilan orang guru dari sembilan daerah di negeri Johor. Maklumat temubual dianalisis melalui analisis kandungan menggunakan pendekatan interpretasi, dan hasil analisis dikategorikan kepada beberapa aspek dan tema menggunakan perisian NVIVO. Dapatan kajian berdasarkan perspektif guru tentang kekuatan PBS ialah: peranan guru lebih bersifat endah dan pentaksiran yang adil serta holistik. Sementara perancangan pelaksanaan PBS secara mendadak merupakan kelemahan PBS. Dapatan juga menunjukkan empat cabaran utama kepada guru dalam PBS iaitu: masa, kompetensi guru, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, dan sistem pengurusan PBS. Antara cadangan penambahbaikan PBS ialah: latihan yang mantap, sistem pengurusan PBS yang cekap dan pemantauan oleh Penyelaras PBS sekolah, Ketua Panitia, Pengetua atau Guru Penolong Kanan, Pengawai Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu dipertingkatkan. Beberapa implikasi terhadap pelaksanaan PBS juga dikemukakan agar mendapat perhatian dari semua pihak berkaitan, dan secara tidak langsung dapat mengurangkan dilema guru-guru PBS.

(2)

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun 2011 kepada semua murid tahun satu di sekolah rendah seluruh Malaysia diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2012). Dalam pelaksanaan PBS, guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan dan kebolehan murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Untuk mencapai hasrat ini, PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Guru juga dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari masa ke semasa, dan memberi peluang guru membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Dengan ini guru dapat memperkembangkan kekuatan dan potensi setiap murid.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif menggunakan pendekatan intepretatif. Melalui pendekatan ini pengkaji dapat melihat tindakan dan aktiviti guru PBS sebagai teks melalui proses analisis kandungan.

Subjek Kajian

Subjek kajian terdiri daripada sembilan orang guru penyelaras PBS di sekolah rendah dari sembilan daerah di negeri Johor yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan PBS. Subjek kajian ini dipilih melalui persampelan bertujuan.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini adalah temubual terbuka yang melibatkan tiga soalan utama iaitu:

i. Adakah transformasi pentaksiran dengan pelaksanaan skim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memenuhi keperluan sistem pendidikan masa kini?. Apakah buktinya, dan kemukakan hujah anda.

ii. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid dalam PBS? iii. Huraikan bagaimana PBS dapat dilaksanakan dengan berkesan?

a) Apakah kekuatan PBS? b) Apakah kelemahan PBS?

(3)

Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data

Satu sesi temubual telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik dengan sembilan subjek kajian dalam waktu yang berbeza mengikut daerah. Selepas itu maklumat yang diperolehi melalui rakaman temubual telah ditranskripsikan. Seterusnya kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis dapatan temubual. Perisian Nvivo telah digunakan untuk menganalisis transkripsi temubual bagi membantu penyelidik dalam proses pengkodan dan mentafsir tema-tema yang muncul.

DAPATAN KAJIAN

Persepktif Guru Terhadap PBS

Perspektif guru terhadap pelaksanaan PBS dilihat dari segi kekuatan dan kelemahannya.

Kekuatan PBS

Analisis temubual mendapati pada keseluruhannya guru-guru bersetuju dan menerima pelaksanaan PBS. Menurut perspektif mereka, PBS menjadikan guru lebih bersifat endah terhadap perkembangan murid dari pelbagai aspek terutama kognitif, afektif dan psikomotor dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini agak jauh berbeza dengan pentaksiran berorientasikan peperiksaan, di mana guru lebih memberi penekanan kepada menyelesaikan silibus dan pencapaian murid di akhir pengajaran, walhal masih ada murid-murid yang lemah keciciran. Guru-guru lebih endah kepada perkembangan dan penguasaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh guru-guru PBS

Buktinya macam saya sendirilah. Macam saya mengajar kelas akhir, bila kita buat penilaian contohnya Band 1, jadi kita nampak murid ni memang tidak boleh membaca. Jadi, apa yang saya buat, saya kena rangka satu aktiviti yang membantu macam mana murid ini

nak membaca. Saya dapat membantu daripada awal lah……”

“…Jadi, bila kita nampak kelemahan dia, kita boleh terus baiki

kelemahan murid itu…”

“ ….Memang kita akan guide murid nerperingkat-peringkat….”

“ …..contoh kita ada pentaksiran pertama, dia tak capai. Jadi cikgu

kena cari inisiatif lain untuk bina instrument baru sehingga budak tu

boleh kita bantu….”

(4)

Nampaklah bagus sedikit, kalau macam UPSR, kalau betul-betul budak tu pandai, tetiba dia sakit ke, so dia dapat cover lagi 40% tu. Di

situlah yang saya perasan…”

“….supaya 6 tahun belajar dia dah bawa 40 peratus tu masa duduk di kelas. Kalau demam atau tidak sihat, sudah ada 40 peratus. Itulah

keadilan. Adil untuk pelajar..”

Komponen PBS merangumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Bagi murid-murid Tahap 2 (Tahun 4. Tahun 5 dan Tahun 6) pelaksanaan PBS melibatkan semua komponen tetapi bagi Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) hanya melibatkan PS (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2012). Ini menunjukkan PBS adalah holistik, yang bukan hanya mementingkan perkembangan kognitif, tetapi juga domain afektif dan psikomotor yang tidak dapat dinilai melalui kertas dan pensil seperti mana dinyatakan

“ …..dalam PBS ni, ia ada pentaksiran PAJSK. Kalau pelajar tu

lemah dari segi akademik, tetapi dalam PAJSK dia berkebolehan, jadi dari situ dia boleh mencapai Band yang lebih tinggi. Ia sebagai stu

pengiktirafan. Di situ lah Nampak holistiknya…..”

“ ….Macam sekarang ni ia lebih kepada berhibur, mencungkil bakat

murid, budak lebih banyak memberi idea. Kita ni sebagai

pembimbing…”

“…..Kalau secara yang kita rancangkan, ia memamg sesuatu

perancangan yang sangat baik untuk membantu murid-murid kita menguasai pelbagai jenis kemahiran dalam satu masa. Dalam kelas atau di luar kelas. Maknanya pembentukan individu secara

menyeluruh……”

“ …..Bagusnya macam ia dapat membina jati diri budak tu, dapat bina

konfiden dalam diri dia, berani ke depan, bercakap….banyak ada

explore juga….”

Kelemahan PBS

Pelaksanaan PBS untuk murid-murid Tahun 1 bermula pada tahun 2011 merupakan cabaran besar kepada guru-guru di sekolah rendah. Walaupun PBS ini dilaksanakan sejajar dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), guru-guru masih menganggap PBS telah dilaksanakan secara mendadak dan menjadi kejutan budaya dalam pentaksiran. Keadaan ini menyebabkan banyak masalah terutamanya dalam penyediaan evidens, sistem pengkalan data, pengurusan fail, dan pemantauan murid.

(5)

“ ...mungkin macam, kalau boleh lah kan, evidens tu kena ada kod-kod dia, kalau boleh benda tu disediakan. Minta di standardize...”

...maksudnya soalan memang ini yang dipakai untuk seluruh negeri. Sekarang yang kita buat, kita menilai murid menggunakan eviden. Eviden itu cikgu sendiri yang buat. Contohnya, soalan ni cikgu ni kata sesuai untuk Band 1 tetapi mungkin cikgu di sekolah lain

kata soalan ini bukan Band 1, ini lebih kepada Band 2...”

“ ...kalau dari sudut murid, dalam satu kelas dengan bilangan yang ramai dan eviden yang berbeza setiap murid sebab ikut peringkat

kebolehan...”

“ ....sebab kita lihat daripada segi, contoh murid nak menguasai Band 6, untuk setiap kelas mungkin tak sama instrumennya. Kalau kelas A mungkin mudah sikit, kelas B mungkin susuh sikit...”

“...Bagi saya, cabaran ynag pertama dihadapi oleh saya adalah

pentaksiran di dalam kelas. Sebab saya berada di dalam kelas berbeza. Saya mengajar 3 kelas. Tahap yang paling rendah, penyediaan soalannya tidak sama dengan penyediaan soalan untuk

kelas pandai...”

Pengurusan data merupakan masalah besar dalam pelaksanaan PBS

disebabkan ‘server’ yang perlahan dan perlu mengambil masa yang lama

untuk memasukkan data, dan ada sebahagian guru tidak tahu menggunakannya; seperti yang dinyatakan oleh guru-guru

“...dan pada masa yang sama dari segi kita nak masukkan data, dia

punya sistem pun masalah juga, seperti sekarang ni...”

“...sistem itu sendiri, pengisian markah pun tidak diajar. Bila

ditanya, pandai-pandailah...”

“...sistem tu dah bermasalah, servernya tidak dapat menampung keperluan sekolah-sekolah...”

Selain itu guru-guru PBS juga mengalami masalah dalam menyimpan eviden pelajar bagi setiap mata pelajaran.

...Banyak sangat fail-fail. Dokumentasi terlalu banyak....”

“....Kita pun pening kat situ. Kita jadi kelam kabut. Nak keluarkan

modal lagi untuk fail dulu dan sekarang lain...”

“...dari segi masa dan keadaan sekarang ini, dengan keadaan KSSR,

(6)

semua, dalam masa yang sama bila kita nak buat tu memang

tertekan...”

“....Sampai kita kata yang mana lebih utama. Kita nak mengajar budak jadi pandai ke atau kita nak kena buat eviden yang banyak

dalam fail?...”

“....jika kita tanya pada mana-mana cikgu tentang PBS ni, mereka

akan cakap tentang filing system...”

Matlamat utama PBS adalah untuk melihat perkembangan semua aspek individu murid, tetapi guru menghadapi kesukaran dalam memantau murid atas sebab bilangan murid dalam kelas yang terlalu ramai.

“ ...dalam kelas ada yang advance dan ada yang kebelakang. Dari sistem penilaian PBS, bila ada murid yang tidak mencapai Band, kita terpaksa ulang. Maksudnya kita mengajar tu ulang. Di situ saya rasa seolah-olah idea ini tidak berlaku sebenarnya. Bagi saya, jika kelas tu ada 18 orang, jika dia tidak dapat jawab, saya boleh ulang balik. Tapi jika dalam kelas tu 40 orang, memamng mustahil untuk saya

mengulangnya....”

“...bagi saya, kalau satu kelas kurang muridnya, memang boleh buat. Ada nampak rasional pelaksanaannya. Tapi bagi satu kelas yang ramai, untuk melaksanakan PBS ni, masih lagi tidak rasional....”

“...Bilangan pelajar memang ramai. Ada kelas yang jumlah

pelajarnya menjangkau 43 orang. Nak bimbing jadi masalah. Bila

dibahagikan kepada kumpulan, akan jadi riuh...”

“...satu kelemahan kami di sekolah besar ni, dalam satu kelas ada empat puluh lebih, antara 45-47 orang murid, bila ada budak yang tak datang nak pergi balik ke Band yang seterusnya rasa agak tertinggal.

Rasa susah...”

Cabaran

Hasil analisis data, pengkaji merumus bahawa guru-guru PBS menghadapi empat cabaran utama iaitu:

Masa

Guru-guru PBS terpaksa menggunakan masa yang banyak untuk merangka penilaian (penyediaan instrumen), ulang mengajar, pengisian data dan penyimpanan eviden yang banyak. Dalam menyediakan instrumen guru perlu merangka penilaian agar setiap band, evidens dan keupayaaan murid mempunyai kesejajaran, jadi guru-guru perlu memperuntukkan masa yang mencukupi.

“……..Ok yang pertama dari segi kita nak merangka penilaian untuk

(7)

setiap eviden itu ada dia punya kod. Apa yang kita buat, kita kena tengok adakah apa yang kita buat itu kena dengan Band yang

dikehendaki oleh Kementerian. Itu satu cabaran…”

“…..yang saya lihat pada murid itu sendiri, tahap yang rendah ni dia punyai pentaksiran mungkin kena lain sikit. Maksudnya bahan yang kita bagi dekat dia pun memang special sikit. Tak sama dengan

kelas-kelas yang lain..”

Guru juga terpaksa mengulang pengajaran sekiranya murid itu tidak mencapai Band yang ditetapkan, guru juga perlu merangka dan membina instrumen baru sehingga murid itu mencapai.

“…cabarannya seperti yang telah saya cakap tadi, kita perlu ulang..”

“…Sebab ia berasaskan sekolah, jadi ia berasaskan pada murid kita sendirilah. Contoh kita ada pentaksiran pertama, dia tak capai. Jadi cikgu kena cari inisiatif lain untuk bina instrumen baru sehingga

budak tu boleh kita bantu..”

“….bila budak tak datang, kita terpaksa ulang dengan budak-budak lain dan saya dah tak tahu macam mana nak buat..”

“…sistem lama cikgu perlu mengejar masa untuk menghabiskan

silibus. Tapi sekarang, ada juga yang tak habis sebab terpaksa

mengulang balik…”

Guru-guru juga bertanggungjawab memasukkan data ke dalam sistem, tetapi mereka menghadapi cabaran dengan server yang perlahan dan terpaksa menunggu masa yang sesuai.

“....kalau sistem dia laju, mungkin kita dapat isi dengan cepat. Tapi

nak isi pun take time dan kadang-kadang tertunda disebabkan server

slow...”

“...bila dah ramai cikgu masuk, sistem jadi hang dan terus tak

boleh...”

“..guru subjek kena masukkan dalam sistem, dan sistem itu pun

bermasalah dan selalu diselenggara. Ia agak merumitkan dan

memakan masa...”

Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran

(8)

perlu berkongsi komputer atau membuat aktiviti secara bergilir-gilir, situasi ini menyebabkan proses pembelajaran murid mengambil masa yang panjang. Hasil penilaian guru pula perlu dimasukkan ke dalam sistem, tetapi capaian internet sangat perlahan walaupun kemudahan wifi disediakan, keadaan ini disebabkan jumlah pengguna yang ramai. Cabaran dan masalah yang dinyatakan di atas disokong oleh luahan guru-guru PBS seperti berikut:

“...kita ada masalah. Kita ada makmal tetapi komputer tu versi lama. Jadi ia kurang membantu...”

...kebanyakan komputer telah rosak. Jadi mereka perlu berkongsi dan buat aktiviti secara bergilir-gilir..”

“...sekolah saya ada 9 kelas. Makmal komputer ada 16 buah. Bayangkan....murid ada 33 orang dalam satu kelas. Jadi nak buat

pentaksiran tu agak lambat. Susah pun ya..”

“...kita tak cukup bilik darjah...”

“...cikgu-cikgu guna laptop sendiri. Broadband yang disediakan pun hanya ada 4, itu pun telah diberikan kepada yang tertentu sahaja. Kemudian wifi ada juga disediakan tetapi bila jumlah pengguna yang

ramai, ia jadi lambat.”

“..di sini pun capaian internet memang agak kurang.”

Kompetensi Guru

Guru-guru beranggapan mereka mempunyai kompetensi yang kurang dalam melaksanakan PBS. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya; kursus PBS yang mereka hadiri tidak fokus kepada pentaksiran, dan guru-guru kurang pengetahuan dalam membina instrumen. Kursus PBS yang dihadiri tidak fokus ini disokong dengan kenyataan guru-guru PBS,

“Dari segi training pula saya nak komen, bila kita pergi kursus, kita

diajar cara-cara untuk menulis rancangan harian. Cikgu yang telah lama bertugas bila diajar cara-cara untuk menulis RPH ni, mereka ketawa. Sepatutnya kita pergi kursus diajar cara bagaimana nak

mentafsir.”

“Dari segi pengalaman saya, kalau boleh kursus yang diberi perlu

beri kefahaman yang betul kepada JU. Jangan bagi kursus seminggu tapi masih ada yang tak jelas. Bila JU sendiri tak faham, jadi

pencairan maklumat ke sekolah tidak berlaku dengan betul”

“Training ada, tapi kita bagi latihan dalam LDP tu, kita panggil

(9)

“...training ada tapi mungkin kurang berkesan la, espcially pada

mereka yang tidak terlibat secara langsung. Tapi akhirnya dia akan

terlibat juga bila naik tahun 4, 5 ,6..”

“...saya rasa tak cukup. Sebab kalau macam training tu pun

setahun sekali. Lepas tu kadang-kadang macam saya sendiri pun, 3 tahun berturut-turut kursus untuk KSSR tu, PJ saya yang pergi. So,

macam mana cikgu PJ yang lain, mereka tiada pendedahan.”

Apabila kurus yang dihadiri tidak fokus dan pencairan maklumat yang berlaku tidak betul, menyebabkan guru-guru PBS kurang pengetahuan dalam membuat penilaian. Berikut adalah apa yang dialami oleh guru-guru PBS

“...cabaran dari sudut guru, kurang pengetahuan dan kurang hebahan”

“Tapi yang paling kritikal adalah dari segi hebahan lah. Kalau nak

buat tu tapi pengetahuan kita kurang, untuk mengajar kita ada ilmu tapi benda yang kita nak sampaikan kepada murid tu tak ada, itu yang

jadi masalah”

“......kecairan maklumat di sini tidak akan berlaku sepenuhnya, mungkin saya di PPD dapat 10%. Tapi bila di sekolah mungkin 5% sahaja yang saya dapat sampaikan. Jadi, tak habis.

“Bagi saya pun, ia jadi perubahan yang mengejutkan. Saya yang telah berkhidmat bertahun-tahun pun tidak tahu macam mana nak buat penilaian PBS ni kerana saya tak nampak. Jadi saya rasa sistem

ni susah.”

Sistem Pengurusan PBS

Semua guru PBS perlu menggunakan aplikasi dalam talian untuk memasukkan markah PBS murid ke dalam sistem. Guru-guru menghadapi cabaran besar dalam pengisian data ke dalam sistem kerana mereka tidak diajar cara-cara memasukkan markah, sistem bermasalah, dan mengambil masa yang panjang. Berikut adalah luahan daripada guru-guru PBS

“………sistem itu sendiri, pengisisan markah pun tidak diajar.

Bila ditanya, pandai-pandailah isi.”

“…………..sistem itu pun bermasalah dan selalu diselenggara. Ia

agak rumit dan memakan masa.”

“Sistem tu dah lah bermasalah, servernya tidak dapat menampung keperluan sekolah-sekolah.”

“Kalau sistem dia laju, mungkin kita isi dengan cepat. Tapi nak isi

(10)

CADANGAN

Berdasarkan maklumat dari analisis temubual, tiga cadangan utama diutarakan agar dapat perhatian daripada pihak berkaitan iaitu:

Tingkatkan Latihan Guru

Guru-guru PBS perlu diberi latihan secara berkala dengan mengikuti bengkel-bengkel berkaitan penyediaan instrumen, memasukkan data secara atas talian, sistem perfailan dan lain-lain kursus yang dapat meningkatkan kompetensi guru sebagai pelaksana PBS yang berkesan.

Sistem Pengurusan PBS yang Cekap

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), dan sistem ini dibangunkan secara atas talian (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Semua guru mata pelajaran bertanggungjawab memasukkan data prestasi murid-murid atas talian selepas setiap kali pentaksiran dibuat. Dapatan kajian ini mendapati guru-guru mengalami masalah untuk memasukkan data ke dalam sistem, mereka terpaksa mengambil masa yang lama dan kerja-kerja terpaksa tertunda

disebabkan ‘server’ yang perlahan dan tidak dapat menapung keperluan sekolah-sekolah. Keadaan ini dapat diatasi sekiranya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menyediakan sistem pengurusan yang lebih cekap atau langkah-langkah lain yang relevan bagi mengatasi masalah ini.

Pemantauan Berkesan

Pemantauan perlu dilakukan secara berkesan agar masalah dapat diselesaikan di peringkat awal. Merujuk kepada Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ia terbahagi kepada empat iaitu peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah. Di peringkat sekolah rendah, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan semua guru yang terlibat dalam PBS memahami konsep dan melaksanakan PBS seperti yang diharapkan. Guru Panitia yang dilantik juga bertanggungjawab memantau setiap guru di bawah panitia mata pelajaran masing-masing agar pelaksanaan PBS berjalan lancar. Guru besar atau Penolong Kanan, dan Guru Panitia perlu diberi maklumat yang lengkap dan memahami pelaksanaan PBS di sekolah masing-masing. Mereka bertanggungjawab bukan sahaja memastikan kelancaran pelaksanaannya tetapi memantau proses pelaksanaan PBS itu sendiri, dan bukan hanya sekadar melihat evidens atau fail-fail sahaja. Pihak-pihak atasan seperti Pegawai Pendidikan Derah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri sewajarnya turut turun padang bagi memantau proses pelaksanaan PBS di sekolah-sekolah dengan lebih kerap, agar segala permasalahan dapat diselesaikan dengan segera. Secara tidak langsung dapat membantu guru-guru menjalankan tanggungjawab sebagai pelaksana PBS dengan berkesan.

IMPLIKASI

(11)

Murid

Walaupun PBS merupakan pentaksiran yang holistik terhadap individu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kajian ini mendapati PBS menimbulkan beberapa implikasi kepada murid antaranya: kesungguhan murid berkurang, motivasi menurun, murid kurang tarikan untuk belajar dan murid mudah lupa selepas pentaksiran.

“ ...lama-lama saya nampak mereka ni macam kurang dia punya

tarikan. Dah selalu sangat periksa mereka kata.”

“....jadi motivasi untuk dia bergerak tu kurang, sebab dia tak nampak nombor. Kalau ada nombor, dia akan tahu kedudukan ...”

“...kerana murid tidak mahu belajar kerana tiada peperiksaan.

Mereka jadi malas nak belajar”

“Bila dia tak ada peperiksaan, dia jadi sambil lewa sahaja. Seperti yang saya cakap tadi, murid macam take for granted. Murid cepat lupa

apa yang telah diajar.”

Ibubapa

Kebanyakan ibubapa masih berpengang teguh dengan sistem pentaksiran berorientasi peperiksaan, di mana markah dan gred yang diperolehi menjadi kayu ukur kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Ibubapa tidak faham apa itu PBS, khususnya tentang sistem Band yang menentukan tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dalam kelas. Pihak sekolah perlu meningkatkan inisiatif memberi penerangan dan kefahaman kepada ibubapa tentang transformasi pentaksiran yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pengetahuan dan kefahaman ibubapa tentang PBS dapat membantu anak-anak mereka dan seterusnya memudahkan guru dalam melaksanakannya di sekolah.

Sekolah

Secara keseluruhan sekolah-sekolah berhadapan dengan maslaah kekurangan bilik darjah, bilik penyimpanan fail-fail evidens murid, makmal komputer, dan set komputer. Pelaksanaan PBS memerlukan peruntukan yang agak besar bagi menampung keperluan bagi melancar perjalanan PBS. Oleh yang demikian Guru Besar sebagai pihak yang bertanggungjawab merangka belanjawan bagi memastikan PBS berjalan lancar.

KESIMPULAN

(12)

prasarana sekolah yang dapat menyokong kelancaran pelaksanaan PBS iaitu bilik darjah, makmal komputer, set komputer, capaian internet dan bilangan murid yang ramai melebihi 30 orang dalam satu bilik darjah. PBS juga memberi implikasi kepada pihak sekolah, murid dan ibubapa. Beberapa cadangan penambahbaikan diharap dapat mengurangkan masalah dan dilema guru-guru dalam pelaksanaan PBS, seterusnya memartabatkan pentaksiran dalam sistem pendidikan di Malaysia dan memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia menghasilkan modal insan yang holistik.

PENGHARGAAN

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Teknologi Malaysia atas sokongan kewangan yang diberikan (ERGS : 4L109). Tidak dilupakan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) serta guru-guru kerana sudi meluangkan masa menyertai kajian ini.

RUJUKAN

Krippendorff, K. (2012). Content Analysis: An Introduction to Content Analysis. London: SAGE Publications, Inc.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Pelaksanaan PBS untuk

Penambahbaikan UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 pada 2012.Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2007). Modul Penataraan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2010). Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan: Merintis Perubahan Ke Arah Pembangunan Insan Unggul-Kertas Konsep. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Sistem Pengurusan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah: Manual Pengguna Bagi Guru Mata Pelajaran Sekolah Rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Manual Pengguna Bagi Setiausaha Peperiksaan (SUP). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Judul yang saya ajukan PERANCANGAN FUNGSI PENDUKUNG FASILITAS OLAHRAGA DI KAWASAN EKONOMI KHUSUS PARIWISATA IDEA LAND TELUK DALAM-NIAS SELATAN.. Dalam penyusunan dan

STUDI PEMANFAATAN ENERGI TERBARUKAN (ANGIN, SURYA, PASANG SURUT AIR LAUT, BIOMASSA) UNTUK PEMBANGKIT LISTRIK DI KEPULAUAN ROTE.. Robert Sony

Populasi mikroba fungsional pada media tanam tanaman bawang merah yang mendapatkan perlakuan pemberian air limbah industri susu (ALIS) pada berbagai konsentrasi..

Hal ini menunjukkan bahwa penerapan peer assessment cukup efektif untuk menilai kemampuan kinerja siswa pada waktu praktikum karena hampir setengahnya penilaian siswa

(1) Bagaimana anggota DPRD Fraksi PKS mengomunikasikan simbol ideologi yang mereka yakini baik yang sifatnya verbal maupun nonverbal di DPRD

Rencana Strategis Bappeda Kabupaten Kubu Raya Tahun 2019-2024 adalah dokumen perencanaan pembangunan jangka menengah Bappeda, yang memuat tujuan, sasaran, arah

Pemaparan tersebut juga sesuai dengan penelitian yang dilakukan oleh Persulessy, Emzir, & Aceng (2018), Sipayung (2018), dan Hadiyanto (2018), secara

karya Imam Budhi Santosa; (1) novelet ini memiliki peniruan identitas dilihat dari mekanisme pekerjaan pada zaman kolonial; (2) novelet ini memiliki cerita yang bisa memotivasi