• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu dan Kekangan Melaksanakan Pendekatan (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu dan Kekangan Melaksanakan Pendekatan (1)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Isu dan Kekangan Melaksanakan Pendekatan Belajar Melalui

Bermain dalam Pengajaran Bahasa bagi Kanak-kanak Prasekolah

Aliza Ali

Universiti Tunku Abdul Rahman Malaysia

Sharifah Nor Puteh

Universiti Kebangsaan Malaysia

Zamri Mahamod

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kanak-kanak membina pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna seperti belajar melalui bermain. Bagi memenuhi keperluan kanak-kanak, pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 menyarankan penggunaan belajar melalui bermain sebagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Namun, kajian menunjukkan ramai guru prasekolah tidak menggunakan pendekatan bermain dalam pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan isu dan kekangan yang menghalang guru daripada melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain dari aspek perkembangan bahasa. Kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk mengumpulkan data. Data diperoleh menggunakan soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Sampel terdiri daripada 51 guru dari prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Tabika KEMAS, Tabika Perpaduan dan prasekolah swasta di daerah Hulu Langat. Seramai 12 guru dipilih daripada kumpulan sampel untuk ditemu bual. Teknik pemilihan sampel dilakukan secara mudah dan bertujuan, manakala pemilihan sekolah berdasarkan faktor logistik. Analisis data dilakukan menggunakan ANOVA Satu Hala. Dapatan menunjukkan guru mengetahui kepentingan pendekatan bermain, tetapi mereka tidak mengintegrasikan main dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kerana kekangan dari segi peruntukan masa, pengurusan bahan, kawalan murid, ruang tidak sesuai, kemahiran guru, sokongan pentadbir dan ibu bapa. Guru juga didapati tidak pasti bagaimana hendak melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui bermain. Program intervensi dan latihan tentang kurikulum berasaskan bermain dari aspek perkembangan bahasa perlu diberikan kepada guru bagi meningkatkan kualiti kurikulum pendidikan prasekolah.

Kata Kunci: Pendidikan Prasekolah, Belajar Melalui Bermain, Perkembangan Bahasa, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pengenalan

(2)

suka bermain. Cara pelaksanaan pendekatan ini mengambil kira keperluan dan minat murid. Guru berperanan membimbing dan memberi sokongan sepanjang aktiviti bermain.

Kajian Kepustakaan

Kepentingan belajar melalui bermain mendapat perhatian tokoh dalam pendidikan awal kanak-kanak dan ahli psikologi seperti Jean Piaget, Maria Montessori, Lev Semanovich Vygotsky, Eric Erikson dan Jerome Bruner. Mereka menegaskan bermain ialah satu aktiviti dan permainan ialah objek pembelajaran. Berdasarkan teori Piaget kebanyakan kanak-kanak pada peringkat prasekolah adalah pada tahap praoperasional iaitu antara usia dua hingga tujuh tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep melalui permainan dengan objek-objek. Pemahaman tentang konsep melibatkan idea dan prinsipal yang dibina kanak-kanak. Bermain membolehkan kanak-kanak memahami konsep abstrak melalui pengalaman pembelajaran yang konkrit tanpa rasa tertekan.

National Association for Education of Young Children (NAEYC), salah sebuah organisasi yang menekankan perlunya pembelajaran melalui bermain dalam pendidikan awal kanak-kanak, menegaskan bahawa bermain adalah wahana utama untuk perkembangan kanak-kanak. NAECY percaya pembelajaran kanak-kanak seharusnya berdasarkan amalan bersesuaian dengan perkembangan ataupun Developmentally Appropriate Practices (DAP). Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan DAP yang berpusatkan murid, mengutamakan keupayaan kanak-kanak secara individu bagi membantu kanak-kanak untuk terus belajar.

Dari aspek perkembangan bahasa, pembelajaran bahasa kanak-kanak ialah proses berterusan yang berlaku setiap hari melalui kegiatan bermain. Bermain memberikan peluang kanak-kanak belajar bahasa melalui rakan sebaya dan apa yang dipelajari dapat digunakan dalam situasi yang berbeza (Aliza et al. 2011). Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk menyatakan idea, perasaan dan menggambarkan pengalaman yang mereka lalui (Duncan & Lockwood 2008). Mereka juga belajar bahasa melalui bermain, simbol, gambar dan menterjemahkan maksudnya melalui medium di sekelilingnya dengan pelbagai cara (Neuman & Copple 2004). Melalui pendekatan belajar melalui bermain, kanak-kanak lebih bermotivasi untuk belajar bahasa. Mereka dapat menguasai bahasa daripada aspek perbendaharaan kata dan peraturan tatabahasa (Jamieson 2009).

(3)

Di Malaysia, belajar melalui bermain menjadi prinsip utama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Semua guru pada peringkat prasekolah sama ada mereka dari sektor kerajaan, KEMAS, Perpaduan ataupun swasta dikehendaki menggunakan pendekatan belajar melalui bermain di prasekolah. Namun, kajian menunjukkan ramai guru memilih pendekatan pengajaran secara langsung. Kebanyakan guru kurang mengutamakan pendekatan bermain semasa proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah (Saayah 2004; Fauziah 2009; Sharifah et al. 2009). Laporan Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan guru mengabaikan aktiviti bermain dan kebanyakan guru masih menggunakan pengajaran secara langsung semasa mengajar (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2008).

Transformasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang baru dilaksanakan pada 2010 memerlukan guru menghadapi cabaran perubahan iklim kurikulum yang khusus menghendakkan mereka memenuhi standard dalam persekitaran berpusatkan murid. Justifikasi penggunaan standard menghendakkan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan. Berdasarkan dokumen KSPK, Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua menghendaki supaya guru prasekolah menggunakan pendekatan bersesuaian dengan perkembangan atau Developmentally Appropriate Practices (DAP) supaya pembelajaran membawa makna kepada murid (KPM 2009). Walaupun standard dapat menentukan hasil pembelajaran yang dicapai pada akhir pelajaran, bagaimanakah guru memenuhi standard melalui pendekatan yang berpusatkan murid seperti belajar melalui bermain masih menjadi persoalan.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. mengetahui tahap pemahaman guru prasekolah tentang penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main dari aspek perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah

2. mengenal pasti perbezaan tahap pemahaman guru prasekolah tentang penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main bagi perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah berdasarkan jenis prasekolah

3. mengenal pasti kekangan dan isu-isu yang timbul dalam melaksana pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main bagi perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah

Persoalan Kajian

1. Sejauh manakah tahap pemahaman guru prasekolah tentang penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main dari aspek perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah.

2. Apakah perbezaan tahap pemahaman guru prasekolah tentang penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main bagi perkembangan bahasa kanak-kanak prasekolah berdasarkan jenis prasekolah

(4)

Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mengumpulkan data. Data diperoleh menggunakan soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Sampel terdiri daripada 60 guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Tabika KEMAS, Tabika Perpaduan dan prasekolah swasta di daerah Hulu Langat. Seramai 12 guru dipilih daripada kumpulan sampel untuk ditemu bual. Teknik pemilihan sampel dilakukan secara mudah dan bertujuan. Pemilihan sekolah berdasarkan faktor logistik. Sebanyak 51 soal selidik berjaya dikembalikan. Bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis dilakukan sebelum kajian sebenar. Analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan data ialah 0.7 ke atas iaitu, pernyataan item boleh diterima pakai dalam kalangan sampel kajian sebenar. Analisis data kuantitatif menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik ANOVA Satu Hala digunakan untuk melihat perbezaan tahap pemahaman guru prasekolah. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat yang diperoleh daripada soalan terbuka dan temu bual. Penganalisisan data temu bual dilakukan dengan membuat pencarian tema.

Dapatan Kajian

Tahap Pemahaman Guru Berdasarkan Jenis Sekolah

Jadual 1 memaparkan perbezaan tahap pemahaman antara guru KPM, Tabika KEMAS, Tabika Perpaduan dan prasekolah swasta tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main dari aspek perkembangan bahasa. Dapatan kajian menunjukkan skor min tahap pemahaman yang diperoleh daripada guru KEMAS adalah tertinggi (min=87.58, sisihan piawai=7.971), diikuti guru KPM (min 86.00, sisihan piawai=7.439), guru prasekolah swasta (min=83.67, sisihan piawai=8.467) dan guru Tabika Perpaduan (min=81.86, sisihan piawai=6.011).

Jadual 1: Perbandingan Skor Min Tahap Pemahaman Guru Berdasarkan Jenis Sekolah

(5)

Kekangan Melaksanakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain antara Prasekolah

Rajah 1 memaparkan data yang diperoleh daripada bahagian soalan terbuka soal selidik. Berdasarkan data ini, kekerapan responden (n) tentang pandangan mereka berdasarkan faktor kekangan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main dari aspek perkembangan bahasa dikenal pasti.

Bagi aspek peruntukan masa guru KPM menunjukkan bilangan tertinggi (n=6) mengatakan faktor masa menjadi kekangan dalam melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain, diikuti dengan guru KEMAS (n=4), guru Tabika Perpaduan (n=3) dan guru prasekolah swasta (n=2).

Bagi aspek pengurusan bahan guru Tabika Perpaduan menunjukkan bilangan tertinggi (n=4) mengatakan pengurusan bahan menjadi kekangan dalam melaksanakan pendekatan ini diikuti dengan guru KPM (n=3), guru Tabika KEMAS (n=2) dan guru prasekolah swasta (n=1).

Bagi aspek kawalan murid, guru KEMAS menunjukkan bilangan tertinggi (n=5) mengatakan faktor ini menjadi kekangan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran melalui bermain diikuti dengan guru KPM (n=4), guru prasekolah swasta (n=3) dan guru Tabika Perpaduan (n=1).

Bagi aspek ruang, guru Tabika KEMAS (n=2) menunjukkan bilangan yang sama dengan guru KPM (n=2) mengatakan faktor ini menjadi kekangan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main dari aspek perkembangan bahasa.

Bagi aspek kemahiran guru, seorang guru KPM (n=1) dan seorang guru Perpaduan (n=1) mengatakan faktor ini menjadi kekangan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main dari aspek perkembangan bahasa.

Bagi aspek sokongan pentadbir dan ibu bapa, guru KPM (n=2) dan KEMAS menunjukkan jumlah yang sama (n=2) mengatakan faktor ini menjadi kekangan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main dari aspek perkembangan bahasa diikuti dengan guru Tabika Perpaduan (n=1) dan prasekolah swasta (n=1).

0 2 4 6

KPM KEMAS

K

e

k

e

ra

p

a

n

(6)

Temu Bual Guru

Analisis hasil temu bual terhadap 12 guru yang dipilih dari kumpulan sampel menghasilkan lima tema seperti berikut.

1. Guru Berpandangan Kanak-kanak Minat Bermain – Dua guru KPM dan seorang Tabika KEMAS berpandangan bahawa kanak-kanak menunjukkan minat jika diberikan peluang bermain. Dua guru Tabika Perpaduan mengatakan main memang lumrah kanak-kanak. Manakala dua guru prasekolah swasta mengatakan kanak-kanak tidak pernah rasa bosan kalau disuruh bermain.

2. Guru Menganggap Kanak-kanak Bermain Secara Bebas – Seramai lima guru menganggap main memerlukan kanak-kanak melakukan aktiviti bebas yang melibatkan aspek fizikal. Seorang guru KPM dan seorang guru Tabika Perpaduan menggalakkan murid bermain tetapi secara bebas. Manakala seorang guru prasekolah swasta mengatakan bermain ialah aktiviti fizikal yang melibatkan aktiviti di luar kelas.

3. Guru Kurang Pasti Bagaimana Hendak Melaksanakan Pendekatan – Seorang guru KPM mengatakan beliau mengetahui tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main tetapi tidak menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran bahasa kerana kurang pasti bagaimana hendak melakukannya. Seorang guru Tabika KEMAS menggunakan pendekatan ini bagi tujuan pengajaran matematik dan tidak menggunakan pendekatan ini bagi pengajaran bahasa kerana tidak pasti bagaimana hendak melakukannya. Dua guru prasekolah swasta mengatakan bahawa mereka kurang pasti bagaimana hendak melaksanakan pendekatan ini dalam pengajaran bahasa di prasekolah atas kerana kurang pengalaman mengajar.

4. Guru Jarang Menggunakan Bahan Bantu Mengajar – Dua guru KPM mengatakan mereka jarang menggunakan bahan bantu mengajar yang dibekalkan bagi pengajaran bahasa kerana kurang pasti bagaimana hendak menggunakannya. Seorang guru Tabika KEMAS mengatakan beliau jarang menggunakan bahan bantu mengajar yang dibekalkan kerana kekangan masa yang menghendakkan mereka memenuhi standard.

(7)

Perbincangan

Kajian ini mendapati sejumlah besar guru mempunyai tahap pemahaman yang baik tentang penggunaan pendekatan belajar melalui bermain untuk pengajaran bahasa. Mereka mengetahui bahawa bermain penting untuk perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak gemar bermain. Perbandingan tahap pemahaman guru antara prasekolah menunjukkan guru KEMAS dan guru KPM mempunyai tahap pemahaman yang tinggi berbanding dengan guru swasta dan Perpaduan. Tahap pemahaman yang baik bagi kedua-dua kumpulan guru KEMAS dan KPM menggambarkan bahawa pihak KEMAS dan KPM sentiasa berusaha untuk memantapkan kualiti kumpulan guru ini. Manakala tahap kefahaman guru swasta dan Perpaduan dapat ditingkatkan sekiranya kumpulan guru ini diberikan pendedahan latihan bagaimana hendak melaksanakan pendekatan ini di prasekolah.

Walaupun sejumlah besar responden kajian mempunyai tahap pemahaman yang tinggi, analisis soalan terbuka dan hasil temu bual mendapati wujud kekangan dalam melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain dalam kalangan guru keempat-empat sektor prasekolah. Keputusan temu bual menunjukkan 83 peratus guru yang ditemu bual memilih pengajaran secara langsung semasa mengajar bahasa. Kekangan seperti peruntukan masa, pengurusan bahan, kawalan murid, ruang tidak sesuai, kemahiran guru dan sokongan pentadbir dan ibu bapa adalah sebab mengapa guru tidak mengintegrasikan main dalam pengajaran.

Peruntukan Masa

Kekangan masa menunjukkan seolah-olah peruntukan empat jam sehari yang disarankan KSPK masih belum cukup untuk guru mengintegrasikan main dalam pengajaran bahasa. Hasil temu bual menunjukkan kebanyakan guru mempunyai persepsi bahawa main yang dilakukan di prasekolah hanya tertumpu kepada aktiviti bebas, tidak dirancang dan distrukturkan. Izumi-Taylor (2010) mengatakan main secara tidak berstruktur melibatkan inisiatif kanak-kanak itu sendiri dan memerlukan masa yang panjang. Dalam hal ini, guru perlu mengambil inisiatif merancang dan menstrukturkan pengajaran supaya peruntukan masa yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Strategi yang dirancang bukan sahaja menjimatkan masa, malah tumpuan boleh diberikan kepada hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

Pengurusan Bahan

Kebanyakan guru dalam kajian ini didapati jarang menggunakan bahan bantu mengajar yang dibekalkan kerana kurang pasti bagaimana hendak menggunakannya dan murid sudah bosan bermain dengan bahan sedia ada. Kajian Sharifah Nor et al. (2009) yang melihat penggunaan bahan bantu mengajar bagi aspek perkembangan kognitif juga mendapati guru prasekolah tidak mengetahui cara menguruskan bahan permainan yang dibekalkan KPM. Bengkel bagaimana hendak menyediakan dan mengurus bahan bantu mengajar wajar diberikan kepada kumpulan guru ini. Perkakasan yang dibekalkan tidak bermakna sekiranya guru tidak mengetahui menggunakannya. Selain itu, guru perlu sentiasa belajar menggunakan bahan baharu dalam pengajaran supaya pembelajaran tidak membosankan. Pendedahan bagaimana hendak mempelbagaikan dan menyesuaikan bahan sedia dalam pengajaran tertentu perlu diketahui guru.

Kawalan Murid

(8)

pendek dan mereka sukar dikawal di dalam kelas. Sejumlah besar guru mengatakan kawalan murid menjadi faktor paling mencabar dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan main dari aspek perkembangan bahasa di prasekolah. Seorang responden menyarankan supaya bilangan murid di dalam kelas dikurangkan supaya pelaksanaan pendekatan ini mudah dilakukan. Dalam hal ini, setiap sektor prasekolah perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah murid yang terlalu ramai di dalam kelas. Ini boleh dilakukan dengan menambah bilangan prasekolah di kawasan penduduk yang padat ataupun melatih lebih ramai guru. Selain itu, latihan tentang pengurusan kelas juga dapat membantu menangani masalah ini.

Ruang Tidak Sesuai

Walaupun penyediaan ruang penting tetapi pelaksanaan permainan untuk pengajaran bahasa tidak semestinya memerlukan ruang yang luas. Duncan dan Lockwood (2008) mengatakan apabila ruang sangat terhad, pemilihan aktiviti perlulah berdasarkan kualiti dan kaya dengan permainan yang dapat memberikan faedah kepada kanak-kanak, juga dapat memberikan peluang kanak-kanak menggunakan mainan itu dalam pelbagai cara. Aktiviti seperti bermain objek yang dilabelkan dengan suku kata dan perkataan boleh dilakukan di meja dan tidak memerlukan ruang yang luas. Aktiviti seperti drama, main peranan hanya memerlukan sudut yang diperkaya dengan bahan. Apa yang penting ialah kualiti bahan dan ruang permainan.

Kemahiran Guru

Pemahaman yang mantap tentang psikologi kanak-kanak dan bagaimana kanak-kanak belajar perlu bagi membantu guru memahami pendekatan ini dan mengetahui apa yang terbaik untuk kanak-kanak (Sharifah Nor & Aliza 2013) kerana menurut Eggan dan Kaunchak (2001) memahami cara murid belajar dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran. Pendedahan yang kurang tentang pendekatan belajar melalui bermain dari aspek bahasa menjadi kekangan guru melaksanakan pendekatan ini. Tahap pemahaman guru dari keempat-empat sektor prasekolah juga tidak sama kerana mereka mempunyai latar belakang akademik yang berbeza dan mendapat sumber latihan yang berlainan. Di Jepun misalnya bagi membolehkan mengajar di prasekolah guru perlu mengikuti dua tahun program ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak dan di Sweden guru perlu mengikuti pengajian selama tiga setengah tahun (Izumi-Taylor et al. 2010). Apa yang menarik, bagi memastikan guru dapat melaksanakan pengajaran dengan baik mereka diberi latihan insentif bagaimana hendak mengintegrasikan main dalam pengajaran.

Sokongan Pentadbir dan Ibu Bapa

(9)

Kesimpulan

Kajian ini mendapati permasalahan yang dihadapi guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain dari aspek perkembangan bahasa perlu diberi perhatian. Kebanyakan guru tidak melakukan pendekatan belajar melalui bermain seperti disarankan KSPK walaupun mereka mengetahui bahawa bermain penting untuk perkembangan bahasa kanak-kanak dan kanak-kanak minat bermain. Kegagalan menguasai bahasa berkait rapat dengan cara guru mengajar dan cara kanak-kanak belajar pada peringkat prasekolah. Mercer (2005) mengatakan kegagalan penguasaan bahasa pada peringkat kanak-kanak akan membawa kepada risiko kegagalan semasa di sekolah.

Walaupun kebanyakan guru prasekolah pernah mengikuti latihan, namun sejauh manakah penekanan kualiti latihan guru prasekolah sedia ada tentang pendekatan belajar melalui bermain masih belum diketahui. Kajian meninjau pandangan guru tentang latihan perguruan yang diberikan dari aspek pendekatan bermain wajar dilakukan pada masa akan datang. Maklumat ini sangat berguna bagi meningkatkan kualiti latihan perguruan prasekolah. Guru prasekolah perlu dibekalkan dengan pengetahuan yang secukupnya supaya mereka mampu menghadapi keperluan industri. Program intervensi dan latihan yang berkualiti tentang pendekatan bermain wajar diberikan kepada setiap guru prasekolah.

Kekangan dari segi peruntukan masa, pengurusan bahan, kawalan murid, ruang tidak sesuai, kemahiran guru dan sokongan pentadbir dan ibu bapa menjadi penghalang guru melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain. Kajian ini menggambarkan guru masih belum bersedia untuk melakukan pendekatan belajar melalui bermain dalam persekitaran yang memerlukan mereka memenuhi standard. Keputusan kajian ini menunjukkan guru memberikan fokus kepada kandungan bukannya keperluan murid. Mereka mengatakan sukar untuk melakukan pendekatan bermain kerana perlu mengejar standard.

Izumi-Taylor et al. (2010) mengatakan, bagi memenuhi standard yang tinggi, sesebuah kurikulum itu akan memberikan fokus lebih kepada kandungan dan bukannya keperluan perkembangan kanak-kanak. Transformasi KSPK menghendakkan guru memenuhi cabaran perubahan kurikulum dan peringkat pelaksanaan KSPK benar-benar memerlukan guru yang berwibawa iaitu mereka perlu memenuhi standard, pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan murid. Melaksanakan pendidikan berasaskan standard dalam persekitaran yang mengambil kira akan perkembangan kanak-kanak dan berpusatkan murid memerlukan guru yang benar-benar profesional (Scott-Little et al. 2007).

Selain itu, guru perlu mempunyai sikap yang positif dalam menghadapi cabaran perubahan kurikulum yang khusus menghendakkan mereka meningkatkan tahap keprofesionalan. Banyak perubahan yang dilakukan kepada kurikulum gagal dilaksanakan kerana guru kurang pengetahuan bagaimana hendak melaksanakan kurikulum (Ornstein & Hunkins 2004). Pelaksanaan perubahan kurikulum sukar dilaksanakan sekiranya guru melakukan urusan harian dengan cara yang sama tanpa kesungguhan untuk berubah. Kajian Ng di Singapura, melaporkan latihan tentang prinsip dan pedagogi kurikulum berasaskan bermain yang diberikan kepada guru prasekolah yang mempunyai pengalaman mengajar yang lama tidak berjaya mengubah sikap mereka untuk menerima perubahan kurikulum, malah mereka didapati tidak melaksanakan kurikulum ini di dalam kelas (Ng 2009).

(10)

perguruan yang dianjurkan KPM untuk menjadi guru yang bertauliah. Kolaborasi sektor kerajaan, KEMAS, Jabatan Perpaduan dan pihak swasta boleh diwujudkan bagi mengurangkan jurang antara guru keempat-empat sektor prasekolah. Setiap sektor memainkan peranan utama dalam menyumbang pembangunan pendidikan prasekolah dan mencari jalan penyelesaian terhadap isu dan kekangan yang timbul. Salah satu cara untuk memastikan sesuatu usaha itu tercapai ialah melibatkan individu yang benar-benar pakar dalam penyelesaian isu yang hendak ditangani (Fullan 2007). Setiap pihak sudah tentu mempunyai kepakaran masing-masing dalam menangani isu tertentu.

Rujukan

Aliza Ali, Zahara Aziz & Rohaty Majzub. (2011). Teaching and learning through play.

World Applied Sciences Journal 14. 15-20. .

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2008). Kajian pelaksanaan kurikulum prasekolah kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berk, L. E. (2009). Child development. Edisi ke-8. UK: Allyn & Bacon.

Chervenak, R. (2011). Play in kindergarten: Perspectives a full-and half day kindergarten teacher. http://etd.ohiolink.edu/send- pdf.cgi/Chervenak%20Rachel.pdf?

bgsu1307916817. [21 Ogos 2011].

Christie, J. F. & Roskos, K. A. (2009). Play’s potential in early literacy development. Encyclopedia on early childhood development [online]. Centre of excellence for early childhood development

http://www.childencyclopedia.com/documents/Christie- RoskosANGxp.pdf. [1 Mac 2010].

Duncan, J. & Lockwood, M. (2008). Learning through play: A work-based approach for the early years professional. New York: Continuum.

Eggen, P. D. & Kaunchak, D. P. (2001). Strategies for teachers. Teaching contents and thinking skills. Boston: Allyn and Bacon.

Essa, E. L. (2011). Introduction to early childhood education. Edisi ke-6. USA: Wadsworth, Cengage Learning.

Fauziah Mohd. Jaafar. (2009). Kepentingan aktiviti bermain di dalam pendidikan

prasekolah. http://www.fp.utm.my/medc/journals/vol3/3.%20KEPENTINGAN %20AKTIVITI%20BERMAIN%20DI%20%20DALAM%20PENDIDIKAN%20P. [13 Januari 2011].

Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change. Edisi ke-4. New York: Teachers College Press.

(11)

Jamieson, D. G. (2009). Language development in young children. Early childhood learning knowledge centre.

http://www.ccl-cca.ca/pdfs/ECLKC/bulletin/ECLKCBulletinLanguage.pdf. [5 April 2010].

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Dokumen standard prasekolah: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mariani Md. Noor. (2003). Kepentingan bermain dalam pendidikan prasekolah.

http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-Pendidikan-prasekolah. html [15 Mac 2011

Mastura Bazdis. (2008). Pendidikan anak-anak di peringkat awal umur berasaskan

binaan kurikulum yang integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia. http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/. [7 Ogos 2012].

Mercer, C. D. (2005). Teaching students with learning problems. UK: Prentice Hall.

Miller, E. & Almon, J. (2009). Crisis in kindergarten: Summary and recommendations of why children need to play in school. A report from Alliance.

http://earlychildhoodcolorado.org/inc/uploads/Crisis_in_Kindergarten.pdf. [15 Mac 2011].

NAEYC (National Association for the Education of Young Children). (2009). Developmentally Appropriate Practice in Early Childhood Programs Serving Children from Birth through Age 8.

http://www.naeyc.org/files/naeyc/file/positions/position%20statement%20Web.pdf. [16 Ogos 2011].

Neuman, S. B. & Copple, C. (2004). Learning to read and write: Developmentally

Appropriate Practices for young children. National Association for the Education of Young Children – Washington D.C.

http://www.pbs.org/teacherline/courses/rdla155/pdfs/c2s2_5devapprop.pdf.[15 Mac 2010].

Ng, J. (2009). Exploring learning experience during an early childhood curriculum change in Singapore. http://www.aare.edu.au/10pap/2424Ng.pdf. [2 Januari 2012].

Ornstein, A. C. & Hunskin, F. P. (2004). Curriculum: Foundation principles and issues. USA: Pearson Education.

Saayah Abu. (2004). Pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain di tadika-tadika kawasan Melaka Tengah, Melaka.

http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saayah.pdf. [3 Februari 2011].

(12)

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2013). Belajar melalui bermain: Prinsip utama kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan berbagai kondisi di atas, untuk meraih hasil yang optimal maka direncanakan untuk melakukan kegiatan untuk alih teknologi peningkatan produksi bumbu

Hal ini menunjukkan bahwa kompaksi tanah akibat dari tingkat tekanan ban traktor sedang dan berat, menyebabkan terjadinya penurunan pertumbuhan vegetatif tanaman

Jika karyawan memperoleh kompensasi yang tinggi, maka karyawan akan merasa betah berada dalam perusahaan, hal tersebut akan membuat komitmen organisasional karyawan

hasil analisis adalah signifikan dan hipotesis penelitian diterima yang dapat diartikan bahwa pada umur 10 hari setelah tanam perlakuan aplikasi ekstrak kombinasi

Oleh karena itu dalam penelitian baru yang dilakukan peneliti saat ini yaitu untuk mengatasi introvert peneliti menggunakan pendekatan Behavioristik dengan teknik

berdasarkan interaksi yang dilakukan oleh orang tersebut Persepsi seseorang tentang suatu hal akan dapat memotivasi seseorang untuk bersikap dan bertindak

Produk diharapkan tidak dengan mudah mengalami biodegradasi. Produk belum pernah diuji. Pernyataan ini diturunkan dari sifat-sifat masing-masing komponennya. 99) Sangat sedikit

Intervensi pemberdayaan kepada kelompok tani hasilnya merujuk pada terjadinya perubahan pada para petani baik secara individu, kelompok dan masyarakat secara umum, dalam