• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muzik dan perkembangan kanak kanak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Muzik dan perkembangan kanak kanak"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Irama adalah perkara asas dalam kehidupan manusia. Dalam kehidupan kanak-kanak, irama muzik memainkan peranan untuk perkembangan kanak-kanak sejak dilahirkan. Irama yang dimainkan adalah mengikut kesesuaian umur seseorang itu. Selain daripada itu, irama dapat dilihat melalui pergerakan dan pengucapan kanak-kanak. Kedua-dua perbuatan ini mempunyai peranan masing-masing dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, Pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Unversiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Dalam sesi pembelajaran, muzik memainkan peranan penting untuk perkembangan kanak-kanak. Keterangan ini dapat dilihat melalui beberapa keadaan. Contohnya, seorang ibu akan mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan sesuatu cerita dan aktiviti menyanyi-bersama yang dipelajari oleh kanak-kanak sama ada di rumah atau sekolah. Bayi dan kanak-kanak akan memperolehi perkembangan yang sihat melalui rangsangan-rangsangan stimulasi ini.

IRAMA DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Campbell, P. S., Scott. Kassner, C. dan Kassner, K. (1994), pengalaman berirama terawal yang dialami oleh manusia adalah semasa sebelum dilahrirkan iaitu dengupan jantung si ibu. Pada peringkat awal bayi, iaitu berumur kurang daripada satu tahun, kanak-kanak mula menambah suara-suara berirama yang berada di persekitaran ke dalam kehidupannya. Contohnya pergerakan bergoyang dan kata-kata manja yang dihasilkan oleh kedua ibu bapanya serta perbualan yang berada di sekeliling mereka.

(2)

melalui pergerakan yang seakan-akan menari berirama. Pada mulanya mereka akan melakukannya bersama-sama dengan orang lain tetapi kemudiannya, dengan diri mereka sendiri. Jadi, kanak-kanak kecil mengalami pengalaman irama melalui perasaan, pendengaran, dan pergerakan mereka yang menjurus ke arah irama.

Peningkatan irama di dalam lagu uang dinyanyikan oleh oleh kanak-kanak secara spontan akan bertambah baik mengikut penambahan usia mereka. Ianya dimulakan dengan leteren kecil pada usia satu tahun hingga lapan belas bulan di mana nyanyian mereka sering kali nada suaranya tegang dan berhenti sekejap untuk bernafas berlaku secara tidak sekata. Manakala kanak-kanak yang berusia dua tahun mula bersiap sedia untuk menyanyikan lagu secara spontan yang membentuk getaran dan bentuk-bentuk irama.

Ketika melewati usia tiga tahun, lagu-lagu kanak-kanak tersebut mempunyai cirri-ciri berirama termasuk kebolehan meter yang kuat dan corak yang berulang. Semasa di alam tadika iaitu pada usia empat dan lima tahun, mereka mula terdedah keapada nyanyian atau cerita kanak-kanak, menyanyi dan lagu-lagu sama ada lagu rakyat atau lagu yang terkenal pada masa kini. Kanak-kanak prasekolah ini selalu menggabungkan bentuk irama yang agak moden ke dalam lagu spontan mereka. Percubaan mereka untuk mengulangi lagu yang dipersembahkan kepada mereka menjadi bertambah jelas di dalam kedua-dua elemen irama dan melodi apabila mereka menghampiri zaman persekolahan.

(3)

memerlukan latihan atau paling kurang pengukuhan kemahiran untuk mengekalkan pukulan yang sekata. Penduaan yang tepat tentang bentuk berirama pendekoleh kanak-kanak kecil memperlihatkan persamaan peningkatan perkembangan mental daripada pengalaman bertatih sehinggalah tadika. Bukan sahaja persepsi berirama berkembang awal, tetapi juga kebolehan untuk menunjukkan perasaan dan menghasilkan semula corak secara serta merta walaupun sebelum kebanyakan kanak-kanak memulakan pembelajaran formal.

Sehubungan dengan pendedahan muzikal yang tinggi, kanak-kanak yang berada di sekolah rendah mula mengembangkan pemahaman tentang bagaimana muzik diuruskan secara berirama. Mereka menunjukkan kesediaan mereka untuk belajar tentang tempo, jangka masa dan pembahagian meter melalui nyanyian berirama dan juga pembacaan nombor, huruf, perkataan, dan perbendaharaan kata secara berirama. Mereka belajar untuk menggunakan perasaan berirama yang tetap dan corak bahasa percakapan serta bagaimana untuk menggunakan tekanan, gerakan, dan kelainan dalam bentuk bahasa yang selari dengan pengucapan muzikal.

(4)

Melalui pemhaman berirama dan perkembangan kemahiran untuk persembahan, membaca dan menulis, kanak-kanak pada pertengahan darjah boleh bertambah maju dan senang kepada pengalaman irama yang lebih kompleks. Pengenalan kepada nota-nota yang lebih rumit dilakukan mengikut peningkatan darjah daripada darjah emat, darjah lima dan terakhir, darjah enam.

Tahap pembelajaran irama hendaklah disediakan oleh para guru dengan pengetahuan muzik yang komprehensif dan peringkat perkembangan mentak kanak-kanak. Sebahagian besar penerimaan kanak-kanak terhadap irama adalah berkembang tanpa latihan, tetapi kebolehan untuk mempersembahkannya, menyusunnya menerusi nota muzik dan mentafsirnya dengan membaca nota muzik adalah bergantung kepada arahan dan pengalaman yang panjang dalam memperdengarkan irama ini. Kebolehan untuk membezakan nuansa muzik juga bertambah melalui pendengaran secara berterusan yang disediakan oleh guru. Perkembangan irama dan latihan kanak-kanak boleh diterokai di dalam teks klasik oleh Hood dan Schultz (1949).

Menurut Campbell, D. (2001), irama memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah muzik dapat menenangkan atau merangsang gerak dan dengupan jantung si bayi yang berada dalam kandungan, kanak-kanak tidak cukup bulan yang mendengar irama klasik boleh sembuh dengan segera dan kanak-kanak kecil yang memperoleh latihan muzik yang mencukupi akan menunjukkan kebolehan dalam aktiviti motor, kemampuan matematik dan membaca berbanding kawan-kawan mereka yang tidak mendapatkan latihan muzik tersebut.

IRAMA DALAM PERCAKAPAN KANAK-KANAK

(5)

Kata-kata boleh menjadi muzikal dalam tiga situasi. Pertama, apabila mereka bercakap berasaskan kumpulan emosi yang utama. Keduanya, apabila bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh mereka ditukarkan kepada nyanyian yang diulang-ulangkan dalam tempoh masa yang panjang atau pendek. Keadaan yang terakhir adalah ketika beberapa perkataan dalam kumpulan menekankan antara satu sama lain. Daripada pendedahan bahasa pada zaman awal kanak-kanak melalui permainan kata praremaja masa kini, kanak-kanak memperkembangkan kefahaman muzikal di dalam nyanyian berirama mereka.

Kanak-kanak boleh menyedari irama muzikal melalui pengalaman yang menghubungkan bahasa sebagai bahan untuk tempoh masa belajar, cara pengucapan dan bahagian mengenai masa. Oleh kerana percakapan adalah lisan, kanak-kanak mempelajari corak iramanya melalui budaya setempat seperti, dengan mendengar kepad ibu bapa, adik beradik yang lebih tua, saudara mara, dan jiran. Media mempersembahkan corak “universal” tentang arus berirama dan tekanan bahasa dengan menghomogenkan pengucapan kata dan frasa. Kanak-kanak tidak berniat untuk memutarbelitkan atau melakukan kesilapan bahasa yang mereka pelajari secara lisan, dan justeru itu, mereka bersiap untuk belajar konsep irama muzikal dengan pendengaran meluas mereka kepada bahasa dan percakapan.

(6)

Pedagogi Orff-Schulwerk bukan sahaja menyediakan pengalaman menyanyi bersama, bahkan juga untuk pengasingan dan pengiringan ucapan irama dengan menepuk, mengetu dan menghentak kaki. Sementara Carl Orff tidak menentukan penukaran ucapan berirama kepada mambaca dan menulis nota muzik, tetapi membangunkan literasi muzik dengan mengikuti pengalaman berirama secara berterusan dengan permainan kata yang mereka sendiri sediakan untuk anak-anak mereka.

Oleh sebab bahasa adalah asas dalam kehidupan seharian kanak-kanak, mereka berasa selesa dan senang untuk meluahkan bunyi dan frasa secara berirama. Manakala nyanyian berirama merupakan kesedaran bahasa muzikal. Jadi, cabarannya adalah untuk mempersembahkan kata-kata irama, sambil mendiamkan ayat mereka sendiri. Ini adalah untuk mencapai kefahaman muzikal yang lebih lengkap tentang komponen irama.

IRAMA DALAM PERGERAKAN KANAK-KANAK

Menurut Campbell, P. S., Scott. Kassner, C. dan Kassner, K. (1994), pada setiap peringkat umur, kanak-kanak menyukai aktiviti fizikal. Sama dengan percakapan, pergerakan merupakan bakat di mana kanak-kanak boleh mengembangkan pemahaman tentang irama. Pergerakan mereka yang berasaskan kepada emosi, pembahagian pukulan dan corak berirama hamper memastikan yang mereka faham akan elemen muzik. Sekali telinga mereka menerima dan badan bertindak balas terhadap irama, kanak-kanak akan menjadi sebahagian daripada suara dan perasaan kepada perkonsepsian. Mereka mula mengenali nota-nota irama kerana mereka menjurus kepadanya. Tiada penyelidikan berkaitan ilmu matematik atau prosedur untuk mengira diperlukan. Nota muzik juga tidak memberi makna kepada kanak-kanak sehingga mereka tertarik dalam kepentingan pergerakan beriramanya.

(7)

menggunakan otot yang terbesar dalam aktiviti lokomotor seperti berlari dan aktiviti kinestetik seperti menghayunkan lengan. Selain itu, pergerakan juga boleh melengkapkan chant pengucapan apabila kanak-kanak terlibat dengan menepuk tangan, bergerak cergas dan menghentak kaki. Kanak-kanak boleh meningkatkan kefahaman irama mereka apabila mereka boleh bertindak balas kepada apa yang mereka dengari secara bergerak sama ada bergerak setempat atau menggunakan ruang.

Pedagogi muzik klasik menegaskan kepentingan pergerakan sebagai alat untuk menambahkan perkembangan berirama. Teknik Dalcroze Eurhythmics adalah berdasarkan kepercayaan yang irama merupakan elemen asas dalam muzik di mana sumbernya adalah bakat irama lokomotor dalam badan manusia. Dalcroze Eurhythmics memasukkan pelaksanaan dalam memimpin, jarak pukulan dan mengubah kualiti pergerakan sama ada kelajuan, arah dan berat. Semuanya dalam usaha untuk menggambarkan irama muzik menerusi pergerakan. Pendekatan asasi Carl Orff adalah berdasarkan kenyataan bahawa pergerakan berirama tidak boleh dipisahkan daripada muziknya sendiri. Hal ini kerana ianya berkaitan dengan bakat tindak balas kanak-kanak terhadap dunianya.

(8)

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, irama muzik memainkan peranan dalam perkembangan kanak-kanak sejak kecil lagi. Irama berkembang mengikut peningkatan usia seseorang itu. Semakin meningkat usianya, semakin bertambah kemahirannya dalam irama muzikal. Irama berkembang melalui percakapan dan pergerakan kanak-kanak. Selain itu, irama boleh dirasai oleh kanak-kanak kecil semenjak berada dalam kandungan ibunya lagi. Irama juga mampu untuk merangsang pertumbuhan otaknya ketika itu dan pada awal kanak-kanak. Ianya member impak yang positif dalam emosi dan sikap seseorang sebelum dilahirkan. Di samping itu, irama meningkatkan kemapuan kanak-kanak dalam aktiviti lasaknya, perbahasannya dan dari segi akademik. Irama yang baik mampu melahirkan seorang kanak-kanak yang akan menjalani kehidupannya secara positif dan lebih teratur. Mereka akan mampu menjadi seorang yang gembira dalam pergaulan seharian mereka dan mereka akan lebih mengenali dir mereka sendiri.

RUJUKAN

Campbell, P. S., Scott. Kassner, C. dan Kassner, K. (1994) Music in Childhood : From Preschool through the Elementary Grades. United States : Prentice Hall International.

Young, S. dan Glover, J. (1998) Music in the Early Years. London dan New York : RoutledgeFalmer.

Referensi

Dokumen terkait

Ada pengaruh metode gardening project terhadap perkembangan sains anak kelompok B di Taman Kanak-kanak, dengan kata lain ada perbedaan perkembangan sains yang signifikan

Mac 200 1 untuk menilai tesis Master beliau yang bertajuk " Penilaian Pendedahan Plumbum dari Segi Perkembangan Mental dan Fizikal Kanak-kanak Sekolah Rendah

Aktiviti menggunting merupakan salah satu aktiviti yang mampu untuk meningkatkan kawalan koordinasi tangan kanak-kanak yang seterusnya dapat mempertingkatkan

1) Adakah model Miller boleh digunakan untuk membina instrumen IPHKT berasaskan pentaksiran prestasi standard awal pembelajaran dan perkembangan awal kanak-kanak?.. 2)

Dapatan kajian fuzzy delphi ini telah membuktikan kesahan dan kebolehpercayaan bagi mengukur prestasi standard awal perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak

Berpandukan kepada tahap perkembangan fizikal yang digariskan dalam buku Kurikulum PERMATA Negara, kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun sudah mampu menggunting

Menurut Khatijah (1982), tingkat pencapaian kanak- kanak adalah berbeza-beza kerana mereka berbeza daripada segi kemampuan mental, minat dan juga bakat. Berdasarkan pemerhatian,

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, kemahiran kanak-kanak sama ada dalam memegang gunting atau pun dalam mengendalikan gunting masih berada dalam tahap yang