• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB5 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB5 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dapatan daripada analisi kajian. Pengkaji membuat rumusan dengan member ulasan tentang keputusan analisa bagi setiap instrument kajian yang digunakan. Segala hasil dapatan kajian juga dihubungkaitkan dengan kajian lepas yang letah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Selain itu pengkaji sendiri akan menyarankan beberapa cadangan yang dikemukakan kepada guru di bilik darjah, pihak ibu bapa di rumah dan beberapa cadangan laian bagi meningkatkan lagi kemahiran menggunting kanak-kanak. Di samping itu cadangan-cadangan penambah baikan untuk kajian masa hadapan dan kesimpulan bagi kajian yang dijalankan juga dikemukan oleh pengkaji dengan jelas.

(2)

5.2 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian

Berdasarkan hasil analisa data yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa kajian tentang adakah kanak-kanak memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul telah pun terjawab. Tiga dari daripada 4 orang responden memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul. Namun untuk persoalan kedua pula, adakah kanak-kanak mampu mengawal pergerakan tangan mereka ketika menggunting dengan baik, ini dapat dilihat menerusi ujian menggunting garisan luris di mana kanak-kanak yang lebih kecil iaitu 5 tahun mempunyai kawalan pergerakan tangan yang lemah ketika mengunting. Ini dapat dilihat dari carta palang yang ditunjukkan di bab 4 dalam dapatan kajian dalam skor perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan dan juga bentuk.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hubungan antara kemahiran motor halus dan umur atau lebih tepat lagi kemtangan tubuh badan kanak-kanak saling mempengaruhi antara satu sama lain. Merujuk kepada data responden C dan D, umur mereka yang lebih tua setahun dan juga kematangan tubuh badan mereka menyebabkan wujudnya berubahan peningktan penguasaan kemahiran menggunting sama ada dalam memegang gunting dengan betul atau pun kawalan pergerakan tangan serta tubuh badan mereka ketika menggunting.

Namun data bagi responden A langsung tidak menunjukkan kebolehannya dalam melakukan aktiviti menggunting. Bukan sahaja responden memiliki kawalan tangan ketika menggunting yang lemah bahkan responden turut tidak dapat untuk memegang gunting dengan cara yang betul. Ianya berbeza dengan responden B yang melakukan kurang kesalahan berbanding responden A, dan kemahirannya mengawal dan memegang gunting adalah lebih baik berbanding responden B.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakukanya masalah kemahiran motor halus seperti menggunting ini sama ada faktor dalaman atau luaran. Kaedah pengajaran dan bahan yang digunakan dalam kemahiran menulis dikategorikan sebagai faktor luaran (Carlson & Cunningham, 1990) dan faktor dalaman menurut Berninger & Rutberg, 1992 ianya lahir darioada dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti keupayaan dalam kemahiran motor halus dan pergerakan motor halusnya. ini kerana, kemahiran motor halus seperti menggunting merupakan kemahiran penting

(3)

dalam kehidupan fizikal dan ianya berkembang selaras dengan usia. Namun latihan yang berterusan dan konsisten juga mampu untuk meningkatkan kemahiran menggunting dengan lebih cepat.

Kajian Stout 1998 pula mengutarakan bahawa kanak-kanak lelaki mengalami perkembangan motor halus yang lebih perlahan berbanding kanak-kanak perempuan. Responden A merupakan kanak-kanak lelaki. Inilah yang terjadi kepada responden A yang tidak dapat menguasai kemahiran mengguting dengan baik sesuai pada usia umurnya seperti responden B. Berdasarkan pemerhatian dan ujian yang dijalankan, Responden A sama sekali tidak mampu untuk menyelesaikan ujian yang diberikan dan mengikut arahan untuk menggunting mengikut garsan yang dicetak pada kertas. Responden A hanya menggunting bahagian tepi kertas sahaja.

Situasi ini mengukuhkan lagi pendapat Woodward dan Swinth, 2002 yang menyatakan sesetengah kanak-kanak tidak mampu melakukan sesuatu aktiviti disebabkan faktor-faktor tertentu. Menurut Khatijah (1982), tingkat pencapaian kanak-kanak adalah berbeza-beza kerana mereka berbeza daripada segi kemampuan mental, minat dan juga bakat.

Berdasarkan pemerhatian, Responden A mengalami kesukaran dalam mengawal pergerakan tangannya semasa menggunting sehingga menyebabkan dia tidak dapat menjalankan aktiviti menggunting secara tetap. Jika dibiarkan berterusan masalah ini ia akan mempengaruhi aspek kemahiran lain seperti kemahiran menulis pula. Ini kerana kemahiran menulis dan kemahiran menggunting adalah saling berkaitan.

Namun selain daripada faktor usia, terdapat juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi penguasaan kemahiran menggunting ini seperti persekitaran minat dan keadaan fizikal kanak-kanak itu sendiri sewaktu proses pengumpulan data dijalankan. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas guru dan juga kanak-kanak, menunjukkan kurangnya pendedahan terhadap penggunaan gunting sama ada di rumah dan tadika merupakan salah satu faktor penyumbang utama kepada ketidakbolehan kanak-kank untuk menguasai kemahiran menggunting dengan baik.

(4)

5.3 Cadangan dan Saranan Kepada Guru, Ibu Bapa dan Penyelidik

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, kemahiran kanak-kanak sama ada dalam memegang gunting atau pun dalam mengendalikan gunting masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan terutama bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Disebabkan kerumitan cengkaman gunting betul, ia adalah perkara biasa untuk anak-anak muda untuk memegang dan cuba untuk menggunakan gunting dengan tidak betul.

Cadangan yang disenaraikan adalah untuk penambahbaikan bagi memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dan kemahiran menulis mengikut tahap perkembangan mereka. Cadangan ini lebih menfokuskan kepada tanggungjawab guru sebagai medium pengajaran kepada kanak-kanak. Cadangan-cadangannya adalah seperti berikut :

a) Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti bagi menarik minat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti.

Guru perlu berfikir secara kreatif dan kritis bagi meningkatkan penguasaan kedua-dua kemahiran ini. Aktiviti yang menarik akan mencuri perhatian, tumpuan, kesediaan melakukan aktiviti dan boleh juga mempengaruhi kemahiran motor halus seperti menggunting (Moore & Law, 1990).

b) Guru perlu memperbanyakkan latihan dan memberi pengulangan dan pengukuhan bermula dari peringkat mudah kepada yang lebih kompleks. Latihan secara pengulangan akan meningkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran motor halus kanak –kanak. Aktiviti pengulangan akan meransang

daya ingatan dan kemahiran kanak-kanak. Kanak- kanak belajar melalui pengalaman yang diulangi (Kohn, 1998). Latihan bermula daripada aktiviti mudah kepada sukar membolehkan kanak-kanak menadaptasikan kemahiran tersebut dalam dirinya secara berperingkat. c) Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk cara yang betul bagi

mengurangkan kesalahan kanak-kanak sewaktu aktiviti.

Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak bagi mengurangkan kesalahan dalam melakukan aktiviti. Guru yang

(5)

kurang prihatin menyebabkan berlakunya kesilapan-kesilapan yang berterusan dan menjadi satu kemahiran yang tidak baik kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan selesa dengan keadaan tersebut dan enggan melakukan perubahan. Bimbingan dari segi menggunting dan membuat aktiviti dengan cara yang betul akan menghasilkan satu tindak balas positif dari kanak-kanak kerana kanak-kanak belajar melalui peniruan dan mengadaptasikannya dalam kehidupan mereka.

d) Guru perlu peka kepada masalah pembelajaran kanak –kanak.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran perlu dikenalpasti dan tindakan selanjutnya perlu dijalankan segera. Guru boleh bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan kanak –kanak mendapat intervensi awal di sekolah dan di rumah. Ibu bapa dapat mengetahui masalah yang dialami oleh si anak dan mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti ransangan yang disarankan oleh guru, hasil daripada perbincangan dan maklum balas yang positif dari kedua-dua pihak ( Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon & Mohd Sharani bin Ahmad : 2003 ).

Kebanyakan kanak-kanak menjadi berminat dalam menggunting sekitar usia dua dan setengah atau tiga tahun. Apabila anak anda mula-mula menunjukkan minat dalam menggunakan gunting, pengkaji mempunyai beberapa tips yang pengkaji cadangkan untuk membantu dia cepat menguasai kemahiran menggunting yang betul. Antaranya adalah:

a) Biarkan anak anda hanya berlatih memegang gunting tanpa tekanan yang dijangka untuk memotong apa-apa. Ini ada lah untuk kanaka-kanak untuk memegang gunting cara yang betul setiap kali dia memilih untuk menggunakan gunting, dan dengan sendirinya menggalakkan kanak-kanak-kanak kemudian membuka dan menutup gunting seberapa banyak mana yang dia mahu.

b) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana dia perlu untuk membuka jari telunjuk dan ibu jari seluas mungkin untuk membuka bilah gunting dan

(6)

kemudian bagaimana dia perlu menutup jari untuk menutup bilah gunting. Jelaskan bahawa yang lebih luas dia membuka jarinya, lagi luka beliau akan.

c) Jangan pergi terlalu jauh. Pengkaji sedar bahawa kebanyakan ibu bapa mungkin tidak akan meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan dengan gunting kerana akan mendatangkan risiko kepada kanak-kanak itu sendiri atau mereka disekitarnya. Tetapi anda juga perlu duduk terlampau dekat supaya anda boleh terus memberi kanak-kanak petunjuk lisan seperti "Sekarang membuka jari anda benar-benar luas" atau "pusing kertas dengan tangan kiri anda supaya anda boleh memotong keluar bulatan itu." Tanpa komen-komen ini yang menyokongkanak-kanak hingga mereka selesa dengan cengkaman gunting betul, kanak-kanak mungkin boleh kembali untuk menggunakan cara cengkaman yang salah (atau untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuka dan menutup bilah gunting dengan meletakkan satu tangan pada setiap tangkai). Ini pendekatan yang tidak betul walaupun akan menghasilkan karya guntingan, tetapi mereka tidak cekap dan tidak tepat.

Jika anak anda masih belum lagi mempunyai cengkaman gunting betul, mempunyai dia meletakkan gunting dan berjabat tangan anda. Apabila anak anda mencapai untuk berjabat tangan anda, dia secara semulajadi akan memutarkan tangannya supaya ibu jarinya di atas dan jari jari kelingking beliau menunjuk ke arah lantai. Selepas anda berjabat tangan dengan anak anda sekali atau dua kali, minta dia untuk menggoncang masa ketiga. Masa ini, kerana beliau meluas tangannya kepada anda untuk berjabat, gunakan tangan anda untuk memilih sepasang gunting oleh bilah logam tertutup dan letakkan hujung gunting dengan lubang jari ke tapak dihulurkan beliau. Kemudian secara lisan mengarahkan beliau untuk meletakkan ibu jarinya di dalam gelung di atas gunting dan meletakkan jari telunjuknya (atau telunjuk jari dan jari tengah bersama-sama) dalam gelung di bahagian bawah. Apabila anak anda memegang gunting dengan betul, ambil sehelai kertas dan biarkan anak anda menguntingnya beberapa kali tanpa perlu bimbang tentang menggunakan tangan bukan dominan untuk menstabilkan kertas.

(7)

Oleh itu, pengkaji mencadangkan guru-guru untuk menjalankan aktiviti menggunting dengan lebih kerap dan dengan cara yang kreatif. Dalam mengajar kanak-kanak untuk menggunakan gunting atau memegang gunting sebagai contoh sekiranya kanak-kanak mempunyai kebencian dalam menggunakan gunting akibat daripada pengalaman sebelumnya seperti kesakitan yang dialami semasa memegang gunting dengan cara yang salah, guru-guru boleh menguli playdough berbentuk sosej atau cacing dan kemudian meminta kanak-kanak menggunting untuk membuat kacang, gula-gula dan sebagainya.

Selain itu, guru juga boleh mengajar kanak-kanak menggunakan gunting dengan meminta mereka menggunting potongan jalur (1.5 cm) kertas berwarna warni untuk kanak-kanak gunting merentasi lebar kertas tersebut. Aktiviti ini agak mudah dilakukan ini adalah kerana gunting hanya perlu dibuka dan ditutup sekali sahaja untuk berjaya memotong jalur kertas warna tersebut. Hasil guntingan jalur kertas tadi boleh digunakan dalam membuat kolaj. Setelah kanak-kanak mampu mengenggunakan gunting dalam aktiviti ini barulah kanak-kanak ini diberikan kertas yang lebih lebar sedikit yang mana gunting perlu dibuka dan ditutup sebanyak dua kali untuk memotong jalur kertas kersebut.

Dalam mengajar kanak-kanak menggunting atau mengendalikan gunting dalam menggunting bentuk-bentuk pula guru boleh memuakan dengan memotong pada garisan tebal yang lurus. Kertas yang digunakan itu boleh diwarnakan sebelum dipotong dan digunakan secara kreatif untuk membuta bunga, rantaian kertas dan sebagainya. Guru harus memastikan kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan yang paling dekat dengan tangan yang memegang kertas. Ini kerana ini akan memudahkan kanak-kanak untuk mengawal pergerakan gunting mereka.

Setelah itu barulah beralih kepada menggunting bentuk bulatan. Dalam mengajar kanak-kanak menggunting bulatan guru mungkin perlu duduk di belakang kanak-kanak untuk membimbing tangan yang memegang kertas dalam menggerakkan kertas semasa menggunting. Selepas beberapa kali melakukannya bersama, kanak-kanak akan dapat memahaminya dengan baik. Namun guru harus memastikan bahawa kanak-kanak tidak menggunting dalam arah yang salah di sekeliling bulatan. Seterusnya bolehlah beralih kepada bentuk-bentuk mudah seperti segi tiga dan segi empat.

(8)

Apabila kanak-kanak telah menguasai kemahiran menggunting dan mampu untuk menggunting pada sekitar sudut-sudut pada bentuk-betuk mudah, mereka akan mampu untuk beralih kepada bentuk-bentuk yang lebih kompleks.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dicadangkan beberapa cadangan bagi kajian-kajian akan datang dalam skop kajian yang sama. Memandangkan kajian yang dijalankan ini hanya terhad kepada 1 tadika sahaja dan melibatkan 4 orang kanak-kanak, pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang untuk meningkatkan tahap kemahiran menggunting kanak-kanak. Di mana kajian dilakukan menggunakan sampel yang lebih besar supaya generalisasi dapat dibuat dengan lebih tepat. Selain itu satu kajian yang sama boleh dijalankan yang meliputi lebih banyak tadika ataupun membuat perbandingan antara tadika di Bandar dan luar Bandar.

Kajian yang dilakukan ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang hanya memfokuskan kepada sejauh mana tahap pengguasaan kemahiran menggunting kanak-kanak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, sekiranya kajian juga boleh dipanjangkan tempoh pemerhatiannya pada masa akan datang ia akan membolehkan penyelidik bagi mendapatkan data yang lebih terperinci berkenaan topik kajian. Ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menggunting dan perkaitannya dengan kemahiran-kemahiran kanak-kanak yang lain seperti kemahiran pra-tulis.

5.4 KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjuukan bahawa masalah kurang penguasaan kemahiran menggunting bukan sahaja berpunca daripada factor kamatangan kanak-kanak iaitu usia mereka, tetapi wujud juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran menggunting ini.

Oleh itu, kajian ini diharapkan memberikan pendedahan dan pencerahan kepada guru, penyelidik mahupun ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam kepentingan kedua-dua kemahiran ini dan implikasinya serta langkah-langkah yang

(9)

boleh diambil bagi mengatasi masalah dan meningkatkan penguasaan kemahiran kanak-kanak.

Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti sama ada kanak-kank memiliki konsep atau asas memegang gunting dengan betul, mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kemahiran menggunting terbatas dalam kalangan kanak-kanak dan seterusnya mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran menggunting kanak-kanak.

(10)

RUJUKAN

Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur: University of Malaya Publication.

Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006-2010). Dokumen Standard Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bayrei Asrin,Rohaya Kamis,Roseidayu Elias & Jered Yutui. (2008). Menilai Perkembangan Psikomotor Halus Kanak-kanak Prasekolah.Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bosma, Anne; Domka, Amy; Peterson, Jill.(2000). Improving Motor Skills in Kindergartners.Saint Xavier University and Skylight Professional Development.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan Kaedah Penyelidikan Buku 1. Petaling Jaya: Prentice-Hall (M).

Ernie Sulianan Md. Shariff (2008). Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan Kasar Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrument Movement Assesement Battery For Children (MABC). Universiti Teknologi Malaysia.

Gallahue, David L. (2002). Understanding Motor Development Infants, Children, Adolescents, Adult. Boston : Mcgraw-Hill.

Mas Atiqah Mashod & Anisah Harun, (2010). Keberkesanan Kaedah Tiru Dan Buat (TDB) Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menggunting Bagi Murid Di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara Untuk Subjek Seni Visual. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2010.

(11)

Mohd Amin H. A. Shariff (1998). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Renee. (2011) Teaching Children the Proper Scissors Grip. Diperoleh Januari 3, 2013 daripada http://www.schoolsparks.com/blog/teaching-children-the-proper-scissors-grip

Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Serdang : Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Scissor Cutting...How To Help Your Child! Diperoleh November 2,2012 daripada

http://www.ot-mom-learning-activities.com/scissor-cutting.html

Shafiyah Othman.(2009). Mempertingkat kemahiran motor halus bagi seorang murid bermasalah Sindrom Down.Sekolah Kebangsaan Rengit.

(12)

Referensi

Dokumen terkait