• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA semester

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA semester "

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

HBAE1403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI/203

HBAE1403

MENGGAMBAR

NAMA : ROSLAN BIN ALI OMAR

NO. MATRIKULASI : 691101135453001

NO. KAD PENGNEALAN : 691101-13-5453

NO. TELEFON : 0178062764

E-MEL : [email protected]

(2)

HBAE1403

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2 - 3

1.1 SENI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK 4 - 7

2.0 APRESIASI SENI 7 - 8

3.0 HURAIAN KARYA KANAK-KANAK

3.1 ART IS CREATIVE SELF EXPRESSION 8 - 9 4.0 PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL 10 - 12

4.1 GURU SEBAGAI PENGURUS 4.2 GURU SEBAGAI PEMBIMBING 4.3 GURU SEBAGAI MOTIVATOR 4.4 GURU SEBAGAI PEMUDAH CARA 4.5 GURU SEBAGAI INISIATOR

5.0 KESIMPULAN 12 - 13

(3)

HBAE1403

1.0 Pengenalan

Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna.Kreativiti adalah sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk.

Kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa ingin mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya.

Komponen kreativiti kanak-kanak mengandungi lima aspek yang terdiri daripada persekitaran dan keindahan alam, lukisan dan kraf tangan, muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif, drama dan puisi serta warisan budaya. Peranan guru sangat penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka mengikut kreativiti masing- masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk nilai estetika.

(4)

HBAE1403 Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing- masing. Kanak- kanak ini juga boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan, membuat pergerakan kreatif, menyanyi dan juga menenun. Seni dapat mengembangkan seperti muzik, penghasilan hasil kerja berbentuk lukisan dan pergerakan amat mendorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana melalui aktiviti seni visual, seni muzik, pergerakan dan sebagainya, kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Menurut Cassidy, seni merupakan bahagian penting kepada kanak-kanak dalam penghasilan rupa bentuk yang boleh menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik dan sekaligus menyebabkan ia menjadi satu bahagian penting dalam komponen kurikulum. Kanak-kanak yang mempunyai bakat seni seperti seni tampak dan sentuh dapat dikenal pasti melalui pengaturcaraan kurikulum yang dipelajari oleh mereka.

Menurut Clark (1993) dan Parath (1997), ciri- ciri bakat seni yang terdapat dalam kreativiti kanak-kanak dapat dilihat melalui kemudahan pemahaman dan kebolehangunaan bilik darjah yang berdasarkan kepada analisis penyelidikan tentang pendidikan seni. Ciri bakat seni boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu daripada kemahiran teknikal, pemikiran visual dan kreativiti.

(5)

HBAE1403

1.1 Seni dan Kreativiti Kanak-kanak

Pengertian kreativiti mengikut Kamus Dewan (2002) ialah satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreativiti, kekreatifanmanakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik ia dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang member kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran. dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Kreativiti yang terdapat di dalam diri kanak-kanak bersifat semula jadi. Oleh itu, suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pembelajaran tanpa sebarang perbezaan.

(6)

ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan senilukis mengutamakan proses, berbanding dengan hasil akhir. Guru perlu menguasai lapan proses melukis. Setiap proses haruslah dirancang dan dilaksanakan secara teliti agar kanak-kanak dapat melukis dengan cantik dan kemas.

Dari sudut nilai pula, Leo Tolstoy dalam buku What is Art (1896) memperkatakan keunikan seni mengikut pendekatan ekstrinsik yakni menilai melalui pengalaman individu. Ini dapatlah ditakrifkan bahawa seni telah bertunjang dalam diri seseorang melalui kehidupan sekelilingnya.

Justeru, pengertian seni secara umum adalah sesuatu yang mempunyai nilai kebaikan dan mempunyai fungsi dan kepentingan bagi masyarakat dan boleh dijadikan satu kebanggaan dari segi nilai budaya. Nilai budaya sebuah masyarakat itu juga memperlihatkan keseniannya tersendiri. Seni juga tidak hanya menjurus pada bentuk hiburan semata-mata dan ianya bukan sesuatu yang boleh dijualbeli dan ditukarkan dengan material.

Nilai-nilai moral juga dapat diperolehi daripada seni seperti baik hati, berdikari, bekerjasama, berhemah, hormat-menghormati, kasih sayang, kebersihan fizikal dan mental,kejujuran, kerajinan, kesederhanaan dan sebagainya. Di samping itu juga nilai estetika seni itu sendiri begitu sukar untuk dipisahkan. Menurut Koster (2001) kefahaman mengenai karya seni merupakan sebahagian daripada pengajaran pendidikan seni visual. Kefahaman ini penting kerana kanak-kanak dikelilingi oleh persekitaran yang banyak menggunakan visual sebagai medium komunikasi. Justeru kemahiran menghayati kecantikan dan estetika perlu didedahkan kepada mereka supaya mereka dapat membezakan kepelbagaian cabang dan aliran seni.

(7)

HBAE1403 penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran pendidikan seni boleh di manfaatkan. Guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Tugas guru adalah menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan berkesan di bilik darjah. Di samping itu juga guru perlu menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan. Peranan guru pendidikan seni juga adalah:

1. Menjadikan nilai kreativiti dalam seni sebagai asas menyokong fikiran rekacipta kanak-kanak.

2. Menanam nilai-nilai murni dan luhur.

3. Meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam pembelajaran. 4. Memberi dan meningkatkan kemahiran dan Kreativiti mereka.

5. Membimbing dan mengasah bakat kanak-kanak dalam pendidikan seni. 6. Mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera mereka.

Pandangan beberapa orang tokoh tentang kreativiti.

Paul Torrence merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti sehinggakan beliau diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Beliau telah mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ (Intelligent Quotion) bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektualiti seseorang melalui instrumen ciptaannya’Torrence Test of Creative Thinking’.

June King Mc Fee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Ringkasnya, kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaan menyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna.

(8)

HBAE1403 menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sainsmelalui rasa sayang sesama insan serta melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.

2.0 Apresiasi Seni

Gambar ini merupakan satu hasil karya kanak-kanak yang telah dipilih. Lukisan ini adalah bersaiz A4. Tema yang dipilih bagi lukisan ini adalah bertemakan ‘Buah-buahan’.

(9)

HBAE1403 Kanak-kanak ini sangat gemar denganlukisan buah-buahan. Teknik yang beliau gunakan adalah campuran cat air. Lukisan ini menggunakan media cat air yang basah dan tidak terlalu tebal (cair). Beliau memulakan lukisan ini dengan membuat lakaran pensel pada kertas lukisan. Kemudian beliau memilih warna-warna yang sesuai untuk mewarnakan lakaran yang telah disiapkan.

Langkah pertama beliau mewarna adalah mengikut latar dan objek yang dilakar dengan menggunakan warna muda dan cair. Seterusnya beliau mewarnakan bahagian hadapan (objek) dengan warna yang lebih pekat. Pemilihan media seperti berus juga sangat penting untuk memastikan gambar yang dihasilkan lebih halus dan menarik. Untuk mendapat kesan yang baik beliau menggunakan berus bersaiz sederhana.

Bagi memperincikan jalinan pada objek kanak-kanak ini juga menggunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana. Selepas selesai proses ini, kertas lukisan ini dibiarkan kering untuk sementara waktu. Selesai proses mengeringkan lukisan ini, beliau kemudiannya mewarnakan semula objek yang dijadikan fokus dalam lukisan ini dengan lebih teliti. Akhirnya beliau mewarna objek secara bertindih bagi mendapatkan kesan ton yang lebih gelap serta memperkemaskan jalinannya.

Penilaian saya terhadap hasil karya ini, kanak-kanak ini telah menghasilkan satu karya yang sangat baik, cantik serta mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri dengan gubahan idea, warna serta seni tampaknya. Kanak-kanak ini telah berjaya mengekalkan keharmonian, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus dalam karya beliau.

Berdasarkan hasil karya ini, kanak-kanak ini telah berjaya melahirkan satu karya yang menarik dan berada pada standardnya yang tersendiri.

3.0 Huraian Karya Kanak-kanak

3.1 Art Is Creative Self Expression

(10)

HBAE1403 berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh si penerima.

Sekiranya dibuat pengamatan yang sebenarnya, karya yang telah dihasilkan dan diperlihatkan di atas jelas menampakkan seni tampaknya dan kehalusannya, mengasyikkan dan membangkitkan rasa, tafsiran, fikiran dan persoalan kepada kepada sesiapa yang melihat serta meminatinya. Bayangkan satu hasil karya yang dicipta oleh kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan hasil karyanya berada pada kelasnya yang tersendiri.

Karya ini dapat menjelaskan kepada kita atau sesiapa sahaja tentang nilai estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui kerana bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam semula jadi seperti buah=buahan, bunga, daun haiwan dan sebagainya ia akan dapat mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran kreatif serta perasaannya terhadapobjek tersebut melalui karya yang dihasilkan.

Bentuk serta susunan objek dilakar dengan amat baik dan menimbulkan kesan apabila diwarnakan dengan warna yang sesuai serta teknik yang betul. Jalinan objek yang tepat serta ton warna member perbezaan yang jelas terhadap kedudukan objek yang dilukis.

(11)

HBAE1403

4.0 Peranan Guru Pnedidikan seni Visual

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan professional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses P & P.

4.2 Guru Sebagai Pembimbing

(12)

HBAE1403 seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing muridmurid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru.

4.3 Guru Sebagai Motivator

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

4.4 Guru Sebagai Pemudah Cara

Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh muridmurid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan?

(13)

HBAE1403 masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyeidakan “wording” yang sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.

4.5 Guru Sebagai Inisiator

Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada muridmuridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

5.0 Kesimpulan

(14)

(15)

HBAE1403

6.0 Bibliografi

Al Hurwitz & Micheal day (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt Brace CollegePub. Texas.

Bate. K. Jane (2000) Becoming an Art Teacher, USA: Townson U. Thomson Leraning. New York. Chapman, Laura H. (1978) Approaches to Art in Education. Harcourt Brace. NY.

Gardner (1993) Multiple Intelligences: The Theory in Practice, USA. The Getty Center of Educations in the Arts.

Iberahim Hassan (2000) Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.

Joan Bouza Koster (1996) Growing Artists – teaching art to young children Delmar Pub. NY .Micheal, J.A(1983) Art and Adolescence: Teaching Art at Secondary School.

(16)

Gambar

Gambar ini merupakan satu hasil karya kanak-kanak yang telah dipilih. Lukisan ini

Referensi

Dokumen terkait

Kursus ini memberi pendedahan mengenai pengenalan Seni dalam Pendidikan, kanak- kanak, deria dan seni, pelaksanaan aktiviti mengenal irama, warna, dan ruang, pengetahuan

Menggunakan pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran dalam Asas Seni Reka untuk menghasilkan kerja yang bermutu.. Berkomunikasi secara visual melalui hasil

20 September 2014 Fakulti Pendidikan Modul 1 & 2 Program Kemahiran Insaniah(Modul Baru Ijazah) Bahagian HEPA Fakulti Muzik Dengan Kerjasama.

Fakulti ini terdiri daripada Jabatan Muzik dan Pendidikan Muzik dan Jabatan Seni Persembahan yang menawarkan pelbagai program dalam bidang muzik, teater dan tari pada

Umpamanya, dalam kita mengajarkan aspek kemahiran membaca dan memahami teks, pada masa yang sama juga kita akan menyerapkan unsur ilmu, nilai dan kemahiran

Kajian ini juga amat berguna untuk Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan UTM melihat minat dari segi dalaman dan luaran, pencapaian

Kesimpulannya, kebertanggungjawaban inisiatif kendiri itu adalah melahirkan diri sebagai guru yang berkualiti iaitu guru yang mampu meningkatkan kompetensi diri dan berupaya

Program Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dengan Kepujian yang ditawarkan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris berhasrat untuk melahirkan