• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER J

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER J"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER : JANUARI 2014

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

(T2A1)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )

DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS

( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR

:

MOHAMAD FAUDZI BIN

MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI

:

731208125515001

NO. KAD PENGENALAN :

731208-12-5515

NO. TELEFON

:

0138927731

E-MAIL

:

faudzi@oum.com.my

(2)

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 2

2.0 RUMUSAN HASIL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA. 3

3.0 PENUTUP 9

(3)

RUMUSAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA YANG BERTAJUK “PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN :

KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI”

OLEH DR. NASARUDDIN BIN BASAR, KETUA PENOLONG PENGARAH, SEKTOR PENINGKATAN ILMU, BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Kedinamikan perubahan profesion keguruan dalam masyarakat moden sentiasa dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan dasar strategik seperti ekonomi, politik, perubahan sosial dan pembangunan nasional. Sehubungan dengan pelbagai perubahan yang berlaku ini, profesion keguruan sebenarnya amat memerlukan pelbagai perubahan inovatif dan kreatif yang mampu menyesuaikan perjuangannya dengan cabaran-cabaran baru dunia masa kini.

Selaras dengan usaha transformasi ekonomi negara daripada pertanian kepada perindustrian, daripada masyarakat maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat k-ekonomi, maka peranan profesion keguruan akan turut sama berubah dalam menzahirkan kurikulum dan seterusnya menjadikan profesion ini lebih relevan. Bagaimanapun, sekiranya profesion keguruan ini tidak bersifat responsif kepada perubahan dan cabaran tersebut, sebaliknya bersifat defensif dan konservatif maka profesion guru akan berhadapan dengan pelbagai dilema dalam era k-ekonomi.

(4)

seterusnya ini akan menghurai dengan lebih lanjut kandungan pembentangan kertas kerja tersebut.

2.0 RUMUSAN HASIL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA.

Kertas kerja ini disampaikan sempena Program Pembangunan Profesionalisme Guru yang dianjurkan oleh Open University Malaysia (OUM). Muqaddimah kertas kerja ini dimulakan dengan penghargaan terhadap OUM di atas penglibatan ke arah menjayakan Program Pengsiswazahan Guru (PPG) di Malaysia. Dalam satu kajian impak secara menyeluruh di seluruh negara terhadap keberkesanan Program Pengsiswazahan Guru Dalam Bidang-bidang Kritikal bersama OUM, beliau mendapati program ini telah berjaya membawa impak yang positif terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan kepada maklum balas dari kesemua bekas pelajar yang mengikuti program ini dan juga warga kerja di sekolah-sekolah serta peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia yang terlibat dalam kajian. Bertitik tolak daripada itu beliau telah mensyorkan agar program ini diteruskan dengan penambahbaikkan. Hasilnya program gelombang kedua program OUM-KPM dimulakan. Oleh sebab itu, beliau mengharapkan guru-guru dapat melibatkan diri dalam program ini kerana program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tetapi juga untuk mengubah paradigma serta kemahiran berdasarkan kepada hasil tugasan modul, ceramah, kuliah dan kajian.

Pembentangan kandungan kertas kerja ini secara umumnya bertujuan untuk memperjelaskan bagaimana kejayaan dan kecemerlangan seorang guru adalah berdasarkan kepada inisiatif kendiri. Untuk itu, beliau telah mengupas mengupas empat aspek utama

iaitu;-i. Pembangunan Profesinalisme

ii. Pembangunan Profesionalisme Kendiri

(5)

iv. Laluan kerjaya- melalui potensi guru

Guru yang ada pada hari seharusnya tidak berfikiran secara vertikal iaitu pemikiran yang beranggapan bahawa ilmu yang telah ada dan funsi yang dipegang perlu dikekalkan kerana ianya tidak memadai dalam era pendidikan masa kini. Walaupun sistem pendidikan dahulu berjaya melahirkan pelajar yang berjaya namum pendidikan hari ini memerlukan guru yang menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran untuk melahirkan pelajar yang berjaya.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Anjakan keempat mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Walaupun selama ini, kita sering menganggap profesian ini sebagai profesian yang hebat dan mulia namun pihak negara masih terus ingin membangunkan, melonjakkan dan mentransformasi profesian ini. Tindakan kerajaan ini adalah disebabkan profesion ini perlu terus dibangunkan kerana kualiti-kualiti yang ada pada hari ini belum menjamin survival negara pada masa kini dan masa hadapan.

Berdasarkan kepada ukuran pencapaian akedemik pelajar, tidak dapat dinafikan bahawa pada hari ini kita telah berjaya meningkatkan peratusan pelajar lulus dan cemerlang dalam peperiksaan namun masih terdapat pelajar yang gagal baik gagal sebilangan mata pelajaran ataupun gagal dalam semua mata pelajaran. Ini bermakna masih terdapat ruang untuk guru menambahbaikan dan meningkatkan kompetensi diri. Sunguhpun begitu, cabaran hari ini menuntut guru untuk mempergunakan kompetensi diri untuk menbangunkan pelajar. Adalah tidak bermakna apabila guru memiliki kompetensi diri yang hebat tetapi gagal melahirkan pelajar yang hebat. Kompetensi guru seharusnya dapat menyediakan warga negara masa depan yang dapat menyumbang tenaga, kemahiran dan idea untuk negara.

(6)

iaitu;-i. Mereka yang berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan terutama mereka yang menguasai multibahasa.

ii. Mereka yang mampu berkolaborasi untuk menghasilkan input yang terbaik.

iii. Mereka yang pakar dalam bidangnya.

Dunia perniagaan hari ini sudah melewati sempadan Negara-negara. Ini bermakna wujud hubungan komunikasi dari pelbagai bangsa. Oleh sebab itu, graduan yang menguasai pelbagai bahasa akan menjadi keutamaan majikan dalam soal pengambilan pekerja. Selain itu juga, komunikasi berkesan juga akan menentukan mesej atau arahan dapat diterjemah dengan jelas dan tepat.

Komunikasi yang berkesan juga akan menentukan keupayaan seseorang untuk berkolaborasi dengan pelbagai pihak. Kolaborasi amat penting dalam dunia perniagaan hari ini kerana dengan kolaborasi sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan berkesan. Selain itu juga, penghasilan produk-produk baru akan lebih pantas dan efektif. Menurut beliau di Lembah Silikon di Amerika Syarikat, terdapat ramai pakar-pakar dari seluruh dunia. Mereka bekerja penuh dengan suasana kolaborasi dan hasilnya penciptaan alat-alat baru dapat dihasilkan dengan pantas dan berkualiti. Atas sebab ini, majikan mengutamakan kemahiran kolaborasi sebagai prasyarat pengambilan pekerja.

(7)

Berdasarkan kepada keadaan ini maka keperluan terhadap transformasi dalam bidang keguruan adalah wajar dan mendesak bagi memartabatkan profesion keguruan. Kualiti pendidikan guru sentiasa menjadi isu perbincangan kerana kualiti bersifat dinamik iaitu suatu yang tidak mempunyai ukuran tetap. Ia sentiasa berubah mengikut keperluan semasa dan masa hadapan. Oleh sebab itu, guru harus menguasai kualiti-kualiti baru dan masa hadapan sekiranya ingin melahirkan pelajar yang memenuhi tuntutan majikan melalui peningkatan profesionalisme kendiri.

Generasi hari ini adalah generasi yang berkebolehan. Mereka boleh menguasai ilmu dan kemahiran secara kendiri. Sungguhpun begitu, mereka masih memerlukan guru berdasarkan persepsi kerelevan guru. Sekiranya guru yang berada di depan mereka tidak membawa erti dalam pembelajaran mereka maka kehadiran guru tidak menjadi keperluan bagi mereka. Hari ini, generasi ini sangat mudah memperoleh maklumat. Hanya dengan sentuhan jari maklumat seperti bentuk muka bumi gurun, gunung berapi dan sebagainya akan diperoleh melalui telefon bimbit, komputer riba dan i-pad. Oleh sebab itu, guru harus mempertingkatkan profesionalisme kendiri sekiranya ia mahu terus relevan dalam kalangan pelajarnya.

Kualiti pendidikan masa lalu telah melahirkan guru yang ada pada hari ini. Sungguhpun begitu, kualiti tersebut tidak relevan untuk generasi masa kini. Oleh sebab itu, guru perlu sentiasa menambah dan meningkatkan kualiti diri. Antara kualiti tersebut adalah seperti menguasai kemahiran teknologi maklumat, mengusai bidang penyelidikan dan kajian dan menguasai multikemahiran dan ilmu. Untuk tujuan ini guru perlu sentiasa mempunyai semangat dan keinginan untuk memperoleh kemahiran tersebut seperti mengikuti Program Pengsiswazahan Guru (PPG).

(8)

Terdapat enam inspirasi murid yang harus ditunaikan oleh seorang guru menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iaitu

mempunyai;-i. Pengetahuan

ii. Kemahiran Berfikir

iii. Kemahiran memimpin

iv. Kemahiran dwibaha

v. Kemahiran etika dan kerohanian

vi. Identitikan nasiona

Timbul persoalan samaada guru telah bersedia untuk menunaikan hasrat ini. Guru-guru yang telah menamatkan pengajian di OUM seharusnya dapat menunjukkan kelainan dan kelebihan berbanding guru-guru yang belum mempunyai ijazah. Hari ini pengalaman bekerja bukan lagi satu ukuran kualiti seorang guru kerana terdapat guru hanya mengulang semula perkara yang telah dilakukan untuk tahun-tahun yang berikut. Pengalaman sebenar seorang guru adalah perubahan-perubahan dan kaedah-kaedah baru yang diperkenalkan sepanjang perkhidmatannya. Guru yang berkualiti akan berupaya untuk meningkatkan prestasi murid namum guru yang tidak berkualiti akan membunuh potensi murid.

(9)

20 % sahaja sumbangan peranan guru besar dalam pencapaian murid berbanding 53% yang disumbangkan oleh guru.

Memandangkan pentingnya peranan guru. Pelan Pembangunan Profesinalisme Berterusan(PPPB) telah beranjak dari Inisiatif Organisasi kepada Inisiatif Kenderi melalui tiga gelombang

iaitu;-i. Gelombang 1 dari tahun 2013-2015

ii. Gelombang 2 dari tahun 2016-2020.

iii. Gelombang 3 pada tahun 2021-2025

Peningkatan profesinalisme guru terpaksa menuntut kementerian turun padang untuk merayu guru-guru mengikuti mengikuti pengajian. Namun begitu usaha ini hanya berjaya menarik minat 4000 orang guru berbanding 12000 orang guru yang menolak. Keadaan ini menunjukkan inisiatif kendiri guru adalah rendah. Sungguhpun begitu hari ini, guru-guru telah menunjukkan inisiatif kendiri yang positif apabila melanjutkan pengajian dengan kos sendiri. Bagi meningkatkann inisiatif guru, satu skim perkhidmatan guru yang baru akan dilaksanakan.

Hasil kajian-kajian penyelidikan menunjukkan kursus-kursus hanya dapat mencapai 10% objektif kursus diadakan namun sebagai tanggungjawab organisasi anjuran kursus, seminar dan bengkel masih perlu dilakukan. Sungguhpun begitu guru-guru harus mempunyai inisiatif kendiri untuk meningkatkan profesionalisme kendiri melalui pembacaan, penyelidikan, dan kajian. Hasil pembacaan, penyelidikan dan kajian ini, seharusnya dapat meninggalkan impak positif kepada murid seperti memperkenalkan kaedah menguasai kemahiran mengira, kaedah membaca dan sebagainya.

(10)

satu kajian di India telah menunjukkan potensi diri kanak-kanak telah meningkat hasil pengalaman mereka menggilap kasut pelancong. Sungguhpun begitu, potensi diri mereka telah terbantut dan merosot apabila mereka ditempatkan di sekolah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru yang tidak berkualiti di sekolah akan membunuh potensi diri murid.

Guru seharusnya dapat nmengenal potensi diri murid melalui kajian atau penyelidikan. Dengan cara ini potensi murid akan dapat dikenalpasti dan dibangunkan. Dunia hari ini telah menyediakan ruang pembelajaran percuma melalui internet. Oleh sebab itu, guru harus merebut peluang ini untuk meningkatkan kompetensi diri. Guru-guru yang mempunyai ijazah seharusnya memiliki kompetensi yang tinggi. Guru-guru dari gred 41 hingga 54 seharusnya mempunyai ciri-ciri guru yang berwawasan, strategis, aspirasi, profesien dan kompeten kerana ciri-cirilah yang akan menggerakkan generasi abad ke-21. Selain itu juga semua guru harus memiliki ciri-ciri ini sekurang-kurangnya secara minima.

Guru-guru yang mempunyai ijazah seharusnya memiliki sekurang-kurangnya separuh daripada kompetensi yang diharapkan untuk melahirkan generasi yang berjaya, Antara contoh kompetensi yang diharapkan tersebut vadalah seperti menetapkan objektif proses pengajaran dan pembelajaran yang jelas serta memilih alat pengajuaran yang berkesan dan efektif dan mempunyai nilai profesionalisme diri dengan melaksanakan tugas yang diarahkan dengan tumpuan dan komitmen yang tinggi. Oleh sebab itu guru perlu mengongsi kompetensi diri dengan apa jua cara untuk menghasilkan kualiti pendidikan negara yang berjaya.

Kesimpulannya, kebertanggungjawaban inisiatif kendiri itu adalah melahirkan diri sebagai guru yang berkualiti iaitu guru yang mampu meningkatkan kompetensi diri dan berupaya untuk menggunakan kompetensi diri untuk menlahirkan pelajar yang berjaya dan berupaya untuk menyumbang kapada kehebatan kualiti pendidikan negara seta dapat meningkatkan imej dan kulaiti profesionalisme keguruan negara.

(11)

Sesungguhnya guru itu adalah insan yang paling penting dalam mencorak genarasi dan negara di masa kini dan masa hadapan. Tanpa seorang guru tidak akan lahir sorang perdana menteri, tidak lahir seorang doktor, tidak akan berdirinya menara petronas dan tidak akan ada Litar Sepang. Oleh sebab itu, pembangunan profesionalisme guru bukan hanya bersndarkan kepada usaha organisasi tetapi yang paling pentingnya adalah usaha kendiri. Sebagai satu bidang yang mencabar guru perlu bersedia dengan pelbagai kompetensi baru dan memiliki kualiti-kualiti baru.

BIBLIOGRAFI

Referensi

Dokumen terkait

Secara umum, Pengertian Zakat Fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan umat Islam baik laki-laki, perempuan, besar atau kecil, merdeka atau budak, tua dan

Berdasarkan penelitian dan analisis yang sudah dilakukan dapat diambil sebuah kesimpulan bahwa ada pengaruh Kemampuan Penggunaan Internet Siswa (X1) dan Sosialisasi Konten Hoax

Tujuan dan manfaat yang diperoleh dalam penulisan skripsi ini adalah untuk mengetahui bagaimana prosedur perjanjian keagenan atas penjualan Crude. Palm Oil (CPO)

PENCAPAIAN KEMAMPUAN PEMECAHAN MASALAH MATEMATIS D AN SELF-CONCEPT SISWA D ENGAN LEARNING CYCLE 7E.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu

Penelitian ini tidak mendukung penelitian dari Geovany (2016) dalam penelitian “Perbedaan Kemandirian Anak Usia Dini ditinjau dari Ibu Bekerja dan Ibu Tidak Bekerja (di

Berdasarkan hasil penelitian dan pengembangan produk mengenai booklet dengan judul morfologi dan fitokimia Tanaman Parijoto ( Medinilla speciosa Blume) didapatkan

Peserta didik mempresentasikan jawaban-jawaban dari pertanyaan- pertanyaan terkait orang menyanyi secara unisono dengan sikap badan, teknik vokal, dan ekspresi yang benar

to drain yang berarti mengeringkan atau mengalirkan air dan merupakan terminologi yang digunakan untuk menyatakan sistem – sistem yang berkaitan dengan penanganan