• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER J

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER J"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER JANUARI 2011

HBEF2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

:

820227125582002

NO. KAD PENGNEALAN :

820227125582

NO. TELEFON :

016-8122582

E-MEL :

ellyfung@hotmail.com

(2)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Bahagian 1 : Menulis Senario Pengajaran 2-3 Pembelajaran

3.0 Bahagian 2 : Huraian Masalah Mengikut Teori 3-9 Pembelajaran dan Teori Perkembangan

4.0 Bahagian 3 : Pelan Mengatasi Masalah Berlandasan 9-11 Teori Pembelajaran

5.0 Rumusan 12

(3)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

1.0 Pengenalan

Guru merupakan golongan yang penting dalam aspek mendidik dan membimbing kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin dan juga warisan kebudayaan negara kita. Guru adalah anggota sekolah yang terlibat secara langsung di dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Oleh itu, peranan guru dalam sesebuah sekolah tidak dapat dinafikan kepentingannya. Maka, guru mesti merancang dan mempunyai kesediaan yang mencukupi sebelum bermula mengajar murid-murid. Ini adalah untuk menjamin kemahiran yang ingin disampaikan dapat diterima dan diaplikasikan oleh murid tersebut.

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berjaya amat bergantung kepada pelbagai aspek. Salah satu daripadanya ialah guru harus menganalisis dan memahami sikap-sikap murid dalam satu kelas. Setelah menganalisis murid, maka dapatlah guru menyediakan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan mereka dan objektif pengajaran barulah dapat dicapai.

Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru harus berhadapan dengan murid yang berbeza dari aspek kecerdasan, sosioemosi, latar belakang sosioekonomi, dan sebagainya. Dengan ini, memang banyak masalah yang timbul dalam sesebuah bilik darjah. Guru harus menganalisis masalah yang timbul, membuat refleksi dan mencarikan cara penyelesaian untuk menangani masalah yang dihadapinya. Dengan ini, guru harus mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai psikologi pendidikan yang berkaitan dengan sikap-sikap manusia untuk memahami masalah yang dihadapi oleh murid dan cuba mencari cara penyelesaian untuk mereka.

(4)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

2.0 Bahagian 1 : Menulis Senario Pengajaran Pembelajaran

Walaubagaimanapun kesempurnaan guru menyediakan rancangan pengajaran, ia memang akan wujud sedikit sebanyak masalah semasa guru mula menjalankan pengajaran tersebut. Masalah ini dapat diselesaikan tetapi memerlukan masa untuk guru mengumpul masalah yang timbul, menganalisis masalah dan akhirnya menyediakan satu rancangan pengajaran dengan pelbagai aktiviti yang sesuai kepada pelbagai tingkah laku dan sikap murid. Dengan ini, murid akan lebih suka belajar dan boleh membelajari sesuatu dengan gembira. Dengan emosi inilah yang dapat menjamin keberkesanan sesuatu pengajaran dan pemblajaran.

Melalui pengalaman saya sebagai guru selama beberapa tahun, saya telah menghadapi beberapa masalah yang umum dan sering berlaku dalam sesebuah kelas. Masalah-masalah yang berlaku ini dipercayai merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para guru juga. Masalah tersebut dapat diselesaikan dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar jika kita cuba menganalisis masalah tersebut dan mencari cara penyelesaiannya. Antara masalah-masalah yang sering timbul dalam bilik darjah adalah seperti berikut :

2.1 Murid Didapati Senang Hilang Minat Untuk Belajar Sesuatu Kemahiran Tertentu

Ada sedikit murid didapati senang hilang minat terhadap sesuatu pembelajaran. Ini mungkin berkaitan dengan kemahiran yang diajar itu kurang berminat dan merupakan sesuatu yang berkaitan dengan konsep ataupun sejarah dan sebagainya. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas terutamanya di kalangan murid-murid sekolah rendah. Mereka selalu cepat dan mudah hilang minat serta tumpuan terhadap sesuatu pengajaran. Akibatnya, murid mula melakukan sesuatu yang lain selain daripada aktiviti pengajaran seperti membuat bising, merenung, melihat-lihat sini dan sana dan seterusnya mengganggu murid lain yang sedang menumpukan perhatian dalam pengajaran.

2.2 Murid Sukar Menguasai Sesuatu Kemahiran Dengan Kukuh

(5)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

masa yang lebih banyak berbanding dengan murid yang lain untuk menguasai sesuatu kemahiran baru.

2.3 Murid Membuat Bising Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Dijalankan

Terdapat juga murid yang sering membuat gangguan kepada rakan-rakan mereka dengan membuat bising atau melakukan sesuatu yang menghalang aktiviti pengajaran dijalankan dengan lancar. Mereka ini bukannya nakal kesemuanya, tetapi lebih cenderung untuk medapat pemerhatian daripada orang lain seperti guru mahupun rakan-rakan mereka.

2.4 Murid Sering Lupa Kemahiran Yang Telah Dibelajari Sebelumnya

Terdapat sekelompok murid yang senang lupa perkara. Mereka menghadapi masalah yang merunsingkan iaitu selalu senang lupa apa yang telah dibelajari sebelum itu. Ini menyusahkan mereka untuk membelajari sesuatu kemahiran baru kerana kemahiran silam yang terlupa itu susah untuk berkait dan memahami kemahiran yang baru.

2.5 Masalah Kurang Yakin Diri Daripada Murid

Masalah ini juga sering berlaku kepada murid yang lemah. Mereka tidak mempunyai keyakinan diri dalam pembelajaran. Ada kalanya, tanggapan atau jawapan mereka itu adalah betul, tetapi disebabkan kurang yakin, mereka tidak berani untuk membuktikan bahawa tanggapan atau jawapan mereka itu adalah betul. Ini selalu melambatkan mereka untuk melangkah ke depan dan membelajari sesuatu yang baru dengan lancar.

3.0 Bahagian 2 : Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran Dan Teori Perkembangan

(6)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

3.1 Murid Didapati Senang Hilang Minat Untuk Belajar Sesuatu Kemahiran Tertentu

Murid didapati senang hilang minat apabila guru sedang mengajar kemahiran tertentu. Murid-murid pada awalnya menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Tetapi apabila proses pengajaran berlangsung separuh jalan, murid mula berasa tidak berminat, bosan, dan mula tidak dapat menumpukan perhatian.

Perkara ini berlaku kerana murid tidak dapat menguasai kemahiran yang sebelumnya dengan baik. Hal ini akan menjejas minat murid untuk membelajari kemahiran baru ini yang lebih mendalam serta memerlukan pemahaman tertentu tentang kemahiran yang dibelajari sebelum itu. Masalah ini dapat dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Gagne.

Menurut Robert M. Gagne, pembelajaran berlaku secara berperingkat ‘hierarki’, iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya murid telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal. Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam Rajah 1.0.

Rangakaian Motor

Gerat Balas Pertalian Bahasa

Diskriminasi Hukum

Konsep

(7)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

Rajah 1.0 Peringkat Pembelajaran Gagne

(a) Pembelajaran Isyarat

Seseorang individu membelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk.

(b) Pembelajaran Gerak Balas

Proses peneguhan penting unutk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi scara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya Lily mendapat 90% markah dalam kerja sekolah seninya. Ibu Lily memujinya pandai! Dengan ini, Lily akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk mendapat pujian daripada ibunya lagi.

(c) Pembelajaran Rangkaian Motor

Rangkaian membawa maksud satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Ia digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain.

(d) Pembelajaran Pertalian Bahsa

Untuk menyatakan sesuatu prinsip, murid memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dibelajari dahulu.

(e) Pembelajaran Diskriminasi

Belajar membeza benda-benda yang dibelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama, murid dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting.

(f) Pembelajaran Konsep

Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Murid dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Mereka juga perlu didedahkan banyak contoh yang jelas supaya mereka dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

(8)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

Ia melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu

urutan atau rangkaian. Ia melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. (h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah

Melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru.

Berdasarkan analisis yang dibuat oleh Gagne, murid menjadi senang hilang minat dalam pembelajaran kerana mereka belum lagi dapat menguasai kemahiran yang lebih awal itu dengan baik. Ini menyebabkan mereka tidak faham apa yang diajar oleh guru sekarang. Oleh kerana mereka langsung tidak faham apa yang diterangkan oleh guru, maka mereka semakin hilang minat belajar dalam sesuatu kemahiran tertentu.

3.2 Murid Sukar Menguasai Sesuatu Kemahiran Dengan Kukuh

Masalah yang sering dihadapi oleh murid yang lemah dalam pencapaian ialah mereka sukar untuk menguasai sesuatu kemahiran dengan kukuh. Mereka bukan tidak pandai atau tidak memahami apa yang guru ajar. Tetapi mereka senang lupa akan kemahiran yang dikuasai oleh mereka dalam masa yang singkat.

Pada masa baru saja guru habis mengajar sesuatu kemahiran, mereka dapat mengingatinya dengan baik dan dapat juga menunjukkan prestasi yang bagus dalam latihan yang diberikan yang berkenaan dengan kemahiran tersebut. Akan tetapi, tidak lama kemudian, ataupun setelah guru mengajar satu lagi kemahiran yang baru, mereka akan lupa akan kemahiran terdahulu di mana mereka menunjukkan prestasi yang tidak teruk sebelum itu. Masalah ini berkaitan dengan Model Pemprosesan Maklumat.

Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan. Ia terdiri daripada tiga aspek iaitu ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

(a) Ingatan Deria

Merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat tidak diproses, ia akan hilang serta-merta.

(9)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

Ia mempunyai kapasiti yang kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah antara 5

hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan panjang untuk disimpan.

(c) Ingatan Jangka Panjang

Ia mempunyai kapasiti yang besar dan menyimpan maklumat lebih lama. Tempoh penyimpanan maklumat adalah dari beberapa minit hingga beberapa tahun.

Dengan ini, jelas dilihatkan murid yang mempunyai daya ingatan yang lemah sering lupa akan kemahiran yang pernah dibelajari. Maklumat yang diproses oleh mereka memang sampai ke aspek ingatan panjang tetapi dengan sangat lemahnya. Ini adalah sebab mengapa mereka sering sukar menguasai sesuatu kemahiran dengan kukuh.

3.3 Murid Membuat Bising Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Dijalankan

Masalah yang timbul dalam kelas tidak kurang adanya murid membuat bising dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perkara ini sering berlaku dalam kebanyakan pengajaran guru. Punca utama masalah ini adalah murid harap diberi perhatian ke atasnya. Mereka akan rasa diri mereka telah diabaikan di mana guru mengadakan pengajaran yang berpusatan guru sahaja. Murid diminta hanya duduk diam dan tidak diberikan peluang untuk bersuara atau menyumbangkan idea mereka membuat mereka tidak lagi minat dalam aktiviti pengajaran tersebut.

Aktiviti pengajaran yang hanya mengutamakan penerangan dan juga aktiviti individu tetapi bukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan menyebabkan murid tidak boleh lagi bertahan dan berdiam diri sepanjang pembelajaran tersebut. Oleh sebab itu, mereka mula membuat bising, melakukan sesuatu yang lucu atau dilihat comel bagi rakan-rakan mereka. Masalah ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme.

(10)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

pengajaran berpusatkan murid, menggalakkan guru menyediakan aktiviti berbentuk “hands

on” dan “ minds on”.

Kegagalan guru menyediakan aktiviti pengajaran sebegini akan menyebabkan murid tidak berminat dalam pengajaran dan membuat bising dalam kelas untuk menarik perhatian guru mahupun rakan-rakan mereka.

3.4 Murid Sering Lupa Kemahiran Yang Telah Dibelajari Sebelumnya

Murid juga mengalami masalah sering lupa kemahiran yang telah belajari sebelumnya. Selain berkaitan dengan Model Pemprosesan Maklumat, ia juga berkait dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan. Kita tidak boleh melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.

Masalah murid sering lupa kemahiran yang telah dibelajari sebelumnya mungkin disebabkan guru jarang menimbulkan atau mengingat kembali kepada murid melalui sesuatu aktiviti yang tertentu untuk mengukuhkan kemahiran dalam otak murid. Situasi ini berkait rapat dengan salah satu konsep Pavlov iaitu Penghapusan. Ia berlaku apabila rangsangan terlazim tidak disertakan dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim( daging ). Lama-kelamaan, bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing mengeluarkan air liur. Situasi ini sama dengan situasi yang murid hadapi.

3.5 Masalah Kurang Yakin Diri Daripada Murid

Masalah yang satu lagi ialah sesetengah murid selalu merasa kurang yakin diri dalam pembelajaran. Hal ini berlaku kerana mereka belum lagi bersedia penuh untuk mengadakan pembelajaran. Dengan persediaan yang tidak mencukupi, mereka rasa kurang yakin terhadap pembelajaran dan ini akan menjejas hasil pembelajaran yang seterusnya. Masalah ini berkait rapat dengan Teori Pelaziman Operan Thorndike.

(11)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

dikemukakan oleh Thorndike, Hukuman Kesediaan di sini menyatakan bahawa apabila

seseorang bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberikan kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan duka cita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Masalah murid yang tidak yakin pada diri mereka sendiri adalah disebabkan mereka tidak mempunyai kesediaan yang sepenuhnya.

4.0 Bahagian 3 : Pelan Mengatasi Masalah Berlandasan Teori Pembelajaran

Selepas menganalisis masalah-masalah yang timbul, langkah guru seterusnya ialah merancangkan alternatif-alternatif yang berkesan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Dengan ini, 5 masalah yang ditemui telah mendapat langkah penyelesaiannya berlandasan dengan teori pembelajaran yang berkaitan. Antaranya adalah seperti yang di bawah :

4.1 Murid Didapati Senang Hilang Minat Untuk Belajar Sesuatu Kemahiran Tertentu

Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti merancangkan aktiviti yang menyeronokkan dalam pembelajaran. Aspek ini adalah perlu untuk menyediakan suasana yang baik dan senang hati bagi murid supaya mereka sanggup dan suka untuk belajar. Cara ini berlandasan dengan Teori Pelaziman Klasik Watson yang membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.

Dengan didahului perasaan yang seronok ini, murid akan selalu suka untuk belajar benda atau kemahiran yang baru. Pertama sekali, guru mesti berhati-hati akan aktiviti yang disediakan, pastikan aktiviti atau latihan yang disediakan tahapnya dari senang ke susah yang berpandukan Teori Pembelajaran Gagne. Ini adalah untuk membantu murid berasa belajar itu senang dan tidak mempunyai beban sepenuhnya. Dengan langkah demi langkah, dari senang ke susah, murid dapat membelajari sesuatu dengan jayanya selepas mereka menguasai sepenuhnya kemahiran yang sebelum itu.

(12)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

Untuk menangani masalah ini, latihan harus diperbanyakkan untuk mereka.

hanya dengan cara membuat lebih banyak, mereka akan mengingati sesuatu dengan lebih jelas dan mendalam.Teori Pelaziman Operan Thorndike amat sesuai digunakan untuk menangani masalah ini. Dengan hukuman yang dikemukakan oleh beliau iaitu hukuman kesediaan, hukuman latihan dan hukuman kesan, masalah ini dapat diselesaikan dengan guru memberikan murid membuat latihan yang berkenaan.

Menurut Thorndike, perkaitan rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Sesuatu tingkah laku diteguhkan melalui aplikasi dan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

Guru seharusnya selalu mengenal pasti dan menilai aspek kesediaan murid untuk belajar adalah baik, mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan serta memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul berlandaskan tiga hukuman tersebut.

4.3 Murid Membuat Bising Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Dijalankan

Berdasarkan masalah yang disebut sebelumnya, masalah membuat bising ini berlaku kerana murid berasa tidak dititiberatkan. Mereka sengaja membuat sesuatu untuk mendapat pemerhatian daripada orang lain sperti membuat bising. Teori Pembelajaran Konstruktivisme sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Guru harus mengubahkan cara pengajaran daripada berpusatan guru kepada berpusatan murid. Dengan ini, peranan guru adalah sebagai pengiring ataupun penasihat dan murid diberikan kuasa yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, murid akan rasa seronok dan suka untuk menyertai diri dalam aktiviti tersebut.

Murid selalu diberi peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mereka. Kerja secara kumpulan selalu diadakan. Perbincangan dalam kumpulan juga turut diperbanyakkan. Guru tidak menyampai maklumat secara terus kepada murid tetapi meminta murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan usaha sendiri dan juga bantuan daripada ahli-ahli kumpulan.

(13)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

Ia adalah berkaitan dengan Model Pemprosesan Maklumat. Ia melibatkan daya

ingatan murid. Untuk menyelesaikan masalah ini, Guru boleh mengadakan aktiviti yang menarik serta dapat diingati lama kepada murid supaya mereka mempunyai pengalaman yang sukar untuk melupakan perkara yang sempurna dan seronok itu. Dengan ini, ia dapat membantu murid untuk mengingati sesuatu dengan lebih mendalam dan ini membolehkan mereka mengingati kemahiran yang pernah dibelajari dengan lebih jelas.

Rangsangan yang baik akan membawa gerak balas yang baik. Gerak balas yang baik ini jika terdapat peneguhan positif yang menggalakkannya, rasa kepuasan akan dirasai oleh murid. Dan dengan ini, murid akan cuba mengulangi tingkah laku tersebut lagi untuk mendapat pujian. Maka, murid dapat mengingati sesuatu dengan kukuh dan jelas kerana mereka berasa seronok di dalamnya.

4.5 Masalah Kurang Yakin Diri Daripada Murid

Masalah merendahkan diri di kalangan murid sering berlaku. Ini mungkin disebabkan kesediaan mereka untuk belajar belum lagi mencukupi. Tambahan pula ada kebanyakan murid tidak mengenal pasti diri mereka. Mereka sering berasa apa yang mereka fikirkan adalah kurang tepat ataupun salah.

Untuk menangani masalah ini, Teori Pelaziman Operan Skinner telah digunakan. Guru harus selalu menggalakkan murid untuk memberi pendapat ataupun jawapan mereka. Apabila murid dapat menjawab dengan betul, peneguhan positif dengan segeranya harus diberikan kepada murid supaya mereka rasa diri mereka dikenal pasti dan idea atau jawapan mereka adalah diterima.

(14)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

5.0 Rumusan

Secara keseluruhan, untuk memastikan sesuatu proses mengajaran dan pembelajran dapat dijalankan dengan berkesan, analisis murid dan juga masalah-masalah yang dihadapinya adalah penting. Melalui masalah-masalah yang timbul maka barulah kita dapat mencari penyelesaiannya untuk menangani masalah tersebut dan pengajaran pula boleh dijalankan dengan lebih lancar.

Jelas sekali guru mengenali tingkah laku murid dalam bilik darkah adalah langkah penting sebelum masalah dalam kelas dapat dikesankan. Dengan ini, Psikologi pendidikan telah memainkan peranan yang penting untuk menganalisis murid pelbagai tingkah laku berdasarkan teori-teori yang diwujudkan oleh tokoh-tokoh yang dihormati.

Dengan berpandukan pelbagai aspek, maka guru dapat merancang dan mengadakan pengajaran yang sesuai dengan pelbagai murid dalam masa tertentu.

Murid merupakan pemimpin negara kita pada masa yang akan datang. Pendidikan yang bermutu tinggi dapat menjamin pemimpin negara masa depan kita mendapat ilmu pengetahuan yang berkualiti tinggi dan ini akan menjamin kesejahteraan negara kita pada masa yang akan datang. Maka guru digalakkan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan strategi pengajaran yang sesuai bagi murid supaya menjamin tahap objektif yang dicapai dalam tahap yang tinggi selalunya.

(15)

NO. MATRIKULASI : 820227125582002

6.0 Rujukan

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum,

Edisi Kedua.

Tanjung Malim: Quantum Books.

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Penang: PTS Profesional Publishing.

Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ee Ah Meng. (2004). Psikologi Pendidikan I Psikologi Perkembangan (Semester I). Shah

Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Penguruan

Semester 2. Subang Jaya:Kumpalan Budiman Sdn Bhd.

Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus & Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2011).

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Mei dalam Swastha dan Handoko (2015) Perilaku konsumen merupakan sejumlah aktivitas konsumen dalam usahanya memenuhi kebutuhan dengan mengkonsumsi

alat ini juga terdiri dari sterilisasi, yaitu alat yang digunakan untuk sterilisasi. Sterilisasi adalah usaha untuk membebaskan alat-alat maupun

(5) Penjabaran lebih lanjut mengenai tugas pokok dan fungsi Rumah Sakit Umum Daerah Kelas D ditetapkan dengan Peraturan Bupati.. Bagian Kedua

Prinsip pembinaan dan cara memilih bahan pustaka adalah koleksi yang paling disukai murid-murid. Di perpustakaan SMA Negeri 3 Magelang sendiri siswa lebih banyak

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

 Sel mikroba secara kontinyu berpropagasi menggunakan media segar yang masuk, dan pada saat yang bersamaan produk, produk samping metabolisme dan sel dikeluarkan dari

Maksud dan tujuan yang hendak dicapai dari penelitian ini adalah untuk mempelajari pengaruh konsentrasi nanas bubuk dan madu yang tepat dalam pembuatan cokelat

Preheating ini dilakukan selama 180 jam pada sagger 1-5 dan ini dilakukan hingga suhu mencapai 800 o C imana akan terjadi pencairan pitch, penguapan pitch hal ini bertujuan