• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan kursus bahasa arab peringka

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Keberkesanan kursus bahasa arab peringka"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERKESANAN KURSUS BAHASA ARAB PERINGKAT DIPLOMA

DALAM PROSES PEMBELAJARAN DARI SEGI PERTUTURAN:

KAJIAN KES DI UiTM ZON UTARA (KAMPUS

SUNGAI PETANI DAN KAMPUS ARAU)

INSTITUT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

40450 SHAH ALAM

MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:

ABDUL BASIR AWANG @ MOHD RAMLI

IDRIS MANSOR

(2)

ZauyahAbdRaz* Timbalm Penganh Kampus No Tel 044562233

sanb2233

Juiilreflgks

No Tel Mmb 2244 Kortmhrniah AM. RazA Pauoloog Pcndaflar No Tel 044562082

samb 2082 KocotaXor Program DPA

Tel. 2096

..aQkdy»HVhF«tamhMobd jafoetor Prae^vn DBS l*kTd«mJ).2097 19 hb Ogos2003

UNIVERSITITEKN0L0GI MARA (UiTM) CAWANGAN KEDAH

Bahagian Hal Ebwal Akademik

Kampus Sungai Petani Pet Surat 187 08400 Merbok Kedah Darul Aman

Te! 04-4562000/4562082 No Fax 04-4562223

E- mat! tpheakdh@kedah rtm edu tny

/ t i n ^ - l k £«=Vi£ /?\<snv>£tor

Ustaz Abdul Basir Awang Pensyarah Bahasa Arab Universrti Teknologi MARA Cawangan Kedah

Kampus Sungai Petani

Tuan

CADANGAN PROJEK PENYELIDIKAN

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknikal PenyelidBcan pada dasamya telah membuat persetujuan pada 26 hb. Julai 2003 untuk melgluSkan projek penyelidikan kumpulan tuan yang bertajuk "Keberkesanan Kursus Bahasa Arab (101 & 151) Dalam Proses Pembelajaran Dari Segi Pertuturan : Kajian Kes Di UiTM Zdn Utara (Kampus Sungai Petani Dan Arau) dengan beberapa pindaan/penambanan.v Projek tni akan dijalankan secara kumpulan dan tuan dengan ini bertanggungjawab sebagai Ketua Projek. Tempoh penyelidikan yang diiuiuskan adalah selama satu (1) tahun mulai 1hb. Sept 2003 hingga 31hb.Ogos 2004. Pemntukan penyefidikan yang diiuiuskan adalah berjumlah RM 9532.60.

Sehubungan dengan itu, tuan bolehlah menghubungi Koordinator Unit Penyelidikan dan Perundlhgan untuk urusan selanjutnya.

Sekiao, Seiamat Maju Jaya.

PROF

PenoTong Naib Canselor (Penyelidikan) TimbeJan Pengarah HEA

KodboTnatorUPft r > Penotong Ben^fehari Fail Peribadi

(3)

Tarikh : 30 Mei 2005

No. Fail Projek :

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan)

Institut Penyelidikan, Pembangunan dan pengkomersilan

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Yang Berbahagia Profesor Dr.,

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN" KEBERKESANAN KURSUS BAHASA ARAB DI PERINGKAT DIPLOMA DALAM PROSES PEMBELAJARAN DARI SEGI PERTUTURAN: KAJIAN KES DI UiTM ZON UTARA (KAMPUS SUNGAI PETANI AD AN KAMPUS ARAU)

Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan tiga (3) naskah Laporan

Akhir Penyelidikan bertajuk "Keberkesanan kursus Bahasa Arab peringkat Diploma

Dalam Proses Pembelajaran Dari Segi Pertuturan: Kajian Kes di UiTM Zon Utara

(Kampus Sungai Petani Dan Kampus Arau)

Sekian, terima kasih

Yang benar

ABDUL BASIR AWANG

Ketua

Projek Penyelidikan

(4)

KEBERKESANAN KURSUS BAHASA ARAB PERINGKAT DIPLOMA DALAM

PROSES PEMBELAJARAN DARI SEGI PERTUTURAN: KAJIAN KES

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS

SUNGAI PETANI DAN KAMPUS ARAU

DISEDIAKAN OLEH:

ABDUL BASIR AWANG

IDRIS MANS'OR

MEI 2005

(5)

KUMPULAN PENYELIDIK

ABDUL BASIR AWANG

KETUA PROJEK PENYELIDIKAN

Tandatangan

IDRIS MANSOR

AHLI PROJEK PENYELIDIKAN

| . -'OS

(6)

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr.

Zaliha Hj Hussin, (Pengarah UiTM Kampus Sungai Petani, Kedah), Prof. Madya Dr.

Ahmad Redzuan Abd. Rahman (Pengarah UiTM Kampus Arau, Perlis) yang

membenarkan kami menjalankan kerja-kerja penyelidikan di Kampus masing-masing.

Pihak kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Institut Penyelidikan,

Pembangunan dan Pengkomersilan, UiTM Shah Alam kerana telah memperuntukkan

bajet kepada kami untuk menjalankan penyelidikan ini dan bersabar untuk mandapatkan

hasil penyelidikan ini. Seterusnya kami juga tidak lupa untuk merakamkan terima kasih

juga kepada pembantu-pembantu penyelidik terutamanya Ustaz Bakri Sulaiman, Ustaz

Mohammad Zabawi Abdullah , Ustaz Tahir Hamid dan Cik Suhaila bt. Abu Bakar di atas

bantuan yang diberikan . Tidak dilupakan juga semua responden yang memberi

kerjasama yang baik terhadap usaha penyelidikan ini demi kebaikan bersama. Akhirnya

kami juga merakamkan terima kasih kepada semua yang teriibat secara langsung dan

tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini disiapkan dengan sempurna.

(7)

ISI KANDUNGAN

PERKARA

SURAT PENYERAHAN LAPORAN

DAFTAR AHLI PENYELIDIK

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

DAFTAR ILUSTRASI

1. Daftar Jadual

2. Daftar Carta

3. Daftar Singkatan

ABSTRAK

BAB I PENDAHULUAN

1.1

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Bahasa Arab di Malaysia

2.3 Bahasa Arab Universiti Teknologi MARA

(8)

2.4 Bahasa Arab Sebagai Medium Komunikasi 8

2.5 Kajian Lepas Keberkesanan Kursus Bahasa Arab Dari Segi

Pertuturan 10

BAB III METEDOLOGI KAJIAN 13

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian 13

3.3 Teknik Persampelan 14

3.4 Kaedah dan Teknik Penyelidikan 14

BAB IV HASIL KAJIAN 16

4.1 Pengenalan 16

4.2 Analisa Data Soal Selidik 16

4.2.1 Analisa Latar Belakang Responden 16

4.2.2 Analisis Latar Belakang Pengajian Responden 19

4.2.3 Tahap Kebolehan Bertutur Bahasa Arab 24

4.2.4 Tahap Kepentingan Bertutur Bahasa Arab 25

4.2.5 Faktor Pemilihan Kursus Bahasa Arab 25

4.2.6 Faktor Halangan Penggunaan Bahasa Arab 27

4.2.7 Kemahiran Bertutur Bahasa Arab 29

4.2.8 Tahap Kemampuan Interaksi Pelajar Dalam Proses

P&P 31

4.2.9 Aktiviti Yang Membantu Proses Bertutur Di Dalam

Bahasa Arab 32

4.2.10 Aktiviti Yang Membantu Proses Bertutur Pada

Pandangan Responden 33

4.3 Analisa Data Temubual 37

4.3.1 Pengenalan 37

4.3.2 Analisa Tahap Kebolehan Berkomunikasi Dalam

Bahasa Arab 38

(9)

4.3.2.1 Tahap Sebutan

4.3.2.2. Tahap Kefasihan

4.3.2.3. Tahap Penguasaan Tatabahasa

4.3.2.4. Tahap Kefahaman

4.3.2.5. Tahap Penguasaan Perbendaharaan

4.3.3 Analisa Keseluruhan Tahap

38

BABV RUMUSAN DAN KESIMPULAN 47

(10)

DAFTARILUSTRASI

1. Daftar Jadual

Jadual 1: Taburan Kekerapan Jantina

Jadual 2: Taburan Kekerapan Umur Responden

Jadual 3: Taburan Kekerapan Bangsa Responden

Jadual 4: Taburan Kekerapan Agama Responden

Jadual 5: Taburan Kekerapan Program Pengajian

Jadual 6: Taburan Kekerapan Bahagian Pengajian

Jadual 7: Taburan Kekerapan Status Asas Bahasa Arab

Jadual 8: Taburan Kekerapan Pencapaian CGPA

Jadual 9: Frekuansi Tahap Kebolehan Bertutur Bahasa Arab

Jadual 10: Frekuansi Pandangan Responden Mengenai Tahap

Kepentingan Bertutur Bahasa Arab

Jadual 11: Frekuansi Faktor Pemilihan Kursus Bahasa Arab

Jadual 12: Frekuansi Faktor Penghalang Penggunaan Bahasa Arab

Jadual 13: Frekuansi Kemahiran Bertutur

Jadual 14: Frekuansi Tahap Kemampuan Interaksi Pelajar dalam P & P

Jadual 15: Frekuansi Aktiviti Yang Membantu Proses Bertutur

Dalam Bahasa Arab

Jadual 16: Taburan Kekerapan Tahap Sebutan

Jadual 17: Taburan Kekerapan Tahap Kefasihan

Jadual 18: Taburan Kekerapan Tahap Penguasaan Tatabahasa

(11)

Jadual 20: Taburan Kekerapan Tahap Penguasaan Perbendaharaan Kata 43

Jadual 21: Sebutan 67

Jadual 22: Kefasihan 68

Jadual 23: Tatabahasa 70

Jadual 24: Kefahaman 71

Jadual 25:Perbendaharaan 73

(12)

DAFTARILUSTRASI

2. Daftar Carta

Carta 1: Umur Responden

Carta 2: Kampus Pengajian

Carta 3: Program Pengajian

Carta 4: Semester Pengajian Responden

Carta 5: Status Asas Bahasa Arab

Carta 6: Pencapaian CGPA Responden

Carta 7: Taburan Kekerapan Kampus

Carta 8: Peratus Tahap Mengikut Item

Carta 9: Peratus Keseluruhan Tahap

Carta 10: Tahap Sebutan

Carta 11: Tahap Kefasihan

Carta 12: Tahap Penguasaan Tatabahasa

Carta 13: Tahap Kefahaman

Carta 14: Tahap Penguasaan Perbendaharaan

(13)

DAFTARILUSTRASI

3. Daftar singkatan

BAB 101 - Kursus Bahasa Arab tahap satu untuk untuk pelajar diploma

BAB 151 - Kursus Bahasa Arab tahap dua untuk untuk pelajar diploma

CGPA - Cumulative Grade Point Average

DBS - Diploma Pengajian Perniagaan

DIB - Diploma Pengurusan Bank

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

JAPIM - Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

J-Qaf - Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardu Ain

P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

SMAN - Sekolah Menengah Agama Negeri

SMAR - Sekolah Menengah Agama Rakyat

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

UiTM - Universiti Teknologi MARA

(14)

ABSTRAK

Kajian keberkesanan kursus bahasa Arab dari segi pertuturan ini amat penting

memandangkan aspek pertuturan adalah asas utama sesuatu bahasa. Selain itu, ia juga

bertujuan untuk melihat faktor pemilihan bahasa ini sebagai bahasa ketiga dan

pengaruhnya terhadap pertuturan. Seterusnya mengkaji tahap kebolehan bertutur pelajar

selepas mengikuti kursus ini selama dua semester dan mencari kaedah pembplajaran yang

terbaik untuk pertuturan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dan temubual.

Seramai 150 orang responden dari UiTM Kedah dan Perlis dipilih untuk soal selidik dan

46 orang untuk temubual . Kaedah pemilihan yang digunakan ialah kaedah persempelan

rawak berstrata. Sebahagian data telah dianalisis dengan menggunakan Statistikal

Package for Social Sciences (SPSS) versi 10.0. Manakala sebahagian lagi dianalisis

dengan menggunakan kaedah peratusan. Hasil kajian menunjukkan responden dapat

bertutur bahasa Arab dengan baik berdasarkan objektif kursus BAB 101 dan BAB 151.

Antara faktor utama keberkesanan ini ialah minat dan kefahaman pelajar yang jelas

terhadap kepentingan Bahasa Arab. Selain itu teknik yang sesuai digunakan untuk

pertuturan ialah teknik pengulangan bacaan dan kepelbagaian aktiviti. Faktor kekurangan

perbendaharaan dan ketiadaan situasi yang menggunakan Bahasa Arab dikenalpasti

sebagai faktor penghalang komunikasi. Untuk memperbanyakkan perbendaharaan kata

para pelajar perlu diperluaskan skop perbincangan, bukan sekadar yang terdapat dalam

buku teks atau latihan sahaja. Mereka juga perlu didedahkan dengan buku-buku bacaan

sampingan yang mudah. Para pelajar juga perlu diberi kefahaman tentang bahasa ini agar

tidak timbul soal negatif seperti bahasa yang susah dan sebagainya. Kajian yang

seterusnya perlu dilakukan untuk mengenalpasti sejauhmana kepentingan bahasa Arab ini

dalam kehidupan khususnya di alam pekerjaan.

(15)

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Beberapa program di Universiti Teknologi Mara telah menawarkan kursus bahasa

ketiga kepada para pelajar. Antara bahasa yang ditawarkan ialah Bahasa Arab

(komunikasi). Melalui kursus ini para pelajar didedahkan dengan beberapa asas

bahasa iaitu membaca, mendengar, menulis dan bercakap.

Antara yang menjadi fokus di dalam kajian ini ialah kemahiran berkomunikasi

menggunakan Bahasa Arab. Persoalannya ialah adakah para pelajar dapat

berkomunikasi menggunakan bahasa ini setelah mengambil beberapa kursus yang

ditawarkan.

Bahasa komunikasi adalah berbeza daripada bahasa penulisan. Bahasa yang

didefinisikan sebagai medium perhubungan secara tidak langsung memperakui

kepentingan bahasa komunikasi.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan penyelidikan ini adalah:

1. Mengkaji tahap kebolehan pelajar bertutur dalam Bahasa Arab setelah

mengikuti kursus yang ditawarkan dan faktor-faktor pemilihan.

(16)

2. Mengenal pasti tindakan yang perlu diambil bagi meningkatkan prestasi

kebolehan bertutur di dalam Bahasa Arab di kalangan pelajar.

3. Mengenal pasti halangan-halangan yang menyebabkan para pelajar tidak

mempraktikkan bahasa Arab yang mereka pelajari.

1.3 DEFINISITERMA

Keberkesanan

Keberkesanan adalah merujuk kepada tahap kebolehan para pelajar bertutur

menggunakan Bahasa Arab. Kayu ukur bagi terma keberkesanan adalah berdasarkan

jawapan para pelajar terhadap soalan-soalan soal selidik (soalan 24-33). Jawapan

setuju dan sangat setuju dikategorikan sebagai berkesan manakala jawapan tidak

setuju dan sangat tidak setuju pula diklasifikasikan sebagai tidak berkesan. Selain

daripada soal selidik, temubual antara pelajar dan penyelidik juga merupakan kayu

ukur keberkesanan yang dimaksudkan. Jawapan pelajar yang menunjukkan baik dan

sangat baik dikira sebagai berkesan, manakala jawapan sederhana, tidak baik dan

lemah dianggap sebagai tidak berkesan.

Kursus Bahasa Arab

Kursus Bahasa Arab yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah kursus Bahasa Arab

1 (BAB 101) dan Bahasa Arab 2 (BAB 151). Kedua-dua kursus ini merupakan kursus

yang ditawarkan kepada pelajar diploma Universiti Teknologi Mara.

(17)

Pertuturan

Suatu proses yang melibatkan penggunaan lisan atau lidah yang menghasilkan bunyi

yang dapat difahami maknanya. Bahasa pertuturan yang dimaksudkan di dalam kajian

ini ialah Bahasa Arab. Manakala kebolehan bertutur yang dimaksudkan hanya terhad

kepada sukatan pelajaran yang diajar sahaja.

1.4 PENYATAAN MASALAH

Mulai Januari 2005, beberapa sekolah yang dipilih di seluruh negara telah dilaksanakan

pembelajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf). J-Qaf yang telah

dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato' Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran

Malaysia pada 24 April 2004 di SekolahMenengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

bertujuan untuk memperkasakan pendidikan Islam di dalam sistem pendidikan

kebangsaan. Perlaksanaan program pendidikan ini telah membuktikan kepentingan

pembelajaran Bahasa Arab.

Universiti Teknologi Mara telah lama memperkenalkan kursus Bahasa Arab kepada

para pelajarnya. Namun persoalannya adakah para pelajar dapat berkomunikasi

menggunakan bahasa tersebut? Sekiranya tidak, apakah halangan-halangan yang dihadapi

oleh pelajar sehingga tidak dapat mempraktikkannya? Serta bagaimana hendak mengatasi

masalah tersebut?

(18)

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar diploma sepenuh masa yang sedang

menuntut di Universiti Teknologi Mara. Responden terdiri daripada pelajar-pelajar

Diploma Pengajian Perniagaan (DBS) Dan Diploma Pengajian Perbankan (DIB) dan

Iain-lain di kampus UiTM Sungai Petani Dan Kampus UiTM Arau. Soal selidik yang

diedarkan dalam kajian ini terhad kepada 25% sahaja dari jumlah pelajar untuk sesi

November 2003-Mac 2004.

Keberkesanan pertuturan di dalam kajian ini hanya terhad kepada silibus yang telah diajar

sahaja, iaitu berdasarkan kandungan yang diajar di dalam kursus Bahasa Arab 1 (BAB

101) dan Bahasa Arab 2 (BAB 151).

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan berikut:

a. Adakah para pelajar boleh berkomunikasi dalam Bahasa Arab setelah mengikuti

kursus BAB 101 dan BAB 151?

b. Apakah halangan-halangan yang menyekat para pelajar daripada bertutur dalam

Bahasa Arab?

c. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk meningkatkan prestasi para pelajar

bertutur dalam Bahasa Arab?

(19)

1.7 ORGANISASI KAJIAN

Kajian ini dibahagikan kepada lima bab utama. Bab I merupakan pendahuluan kajian.

Bab II pula merupakan kajian literatur yang berkaitan tajuk kajian. Bab III

membincangkan tentang metodologi kajian. Bab IV menyorot hasil kajian dan Bab V

merupakan kesimpulan kajian dan cadangan-cadangan.

1.8 LIMITASI KAJIAN

Sungguhpun kajian ini berjaya mencapai objektif kajian tetapi ia mempunyai beberapa

limitasi. Pertama, kajian ini hanya memfokuskan sebahagian daripada pelajar-pelajar

yang mengikuti kursus bahasa Arab peringkat diploma di UiTM Kedah dan Perlis sahaja.

Kedua, skop soalan soal selidik dan temubual berdasarkan sukatan kursus bahasa Arab

BAB 101 dan BAB 151. Ketiga, Pengukuran dan penilaian baik, sangat baik, lemah dan

sangat lemah mengikut objektif kursus yang ditetapkan oleh Akademi Bahasa UiTM,

iaitu boleh membaca, memahami dan mengungkap ayat-ayat sederhana serta mampu

berkomunikasi dan memahami perbualan sederhana.

(20)

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan berkaitan dengan situasi bahasa Arab dan

perkembangannya di Malaysia. Seterusnya pengajarannya di IPT terutamanya di UiTM.

Perbincangan selanjutnya tentang konsep pembelajaran dari segi pertuturan dan akhir

sekali tentang kajian-kajian lepas.

2.2 Bahasa Arab di Malaysia:

Bahasa Arab mula diperkenalkan kepada penduduk Malaysia bersama dengan

kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke-13 , melalui pedagang-pedagang yang

datang berdagang ke sini. Abdul Rahim Hj Ismail (1994) menyebut, Islam sebagai salah

satu faktor dorongan terpenting bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dahulu

dan kini.

Selari dengan peredaran zaman dan arus kemodenan, proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Arab telah mengalami beberapa evolusi. Daripada teknik

pengajaran secara tradisional, pendekatannya telah berubah kepada teknik pengajaran dan

pembelajaran secara moden dan terkini. Kalau dahulu pembelajaran Bahasa Arab

menekankan nahu Arab, namun kini komunikasi lebih diutamakan. Para ilmuan Bahasa

(21)

Arab berpendapat melalui proses komunikasi, kemahiran nahu dapat dikuasai dan

diperbaiki.

Bahasa Arab telah lama diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pada tahun

1977, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mula diasaskan. Pengajaran

Bahasa Arab mula diterapkan khusus kepada pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan

lima. (JAPIM).

2.3 Bahasa Arab di Universiti Teknologi Mara:

Selain di peringkat sekolah, Bahasa Arab juga terlebih dahulu telah diperkenalkan di

Universiti Teknologi Mara yang dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara. la

mula diperkenalkan kepada para pelajar seawal tahun 60-an di Kampus UiTM, Jalan

Othman, Petaling Jaya. (Akademi Pengajian Bahasa UiTM).

Kini Bahasa Arab menjadi antara bahasa pilihan di Universiti Teknologi Mara. Semua

pelajar peringkat ijazah sarjana muda perlu memilih salah satu daripada bahasa-bahasa

asing yang disediakan oleh Akademi Pengajian Bahasa. Bahasa-bahasa tersebut adalah

seperti Bahasa Arab, Bahasa Madarin, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman dan sebagainya.

Namun begitu bagi pelajar peringkat diploma hanya beberapa kursus sahaja perlu

mengambil bahasa ketiga. Kursus-kursus tersebut adalah seperti Diploma Pengajian

Perniagaan dan Diploma Perbankan.

(22)

Bahasa Arab di peringkat diploma merupakan Bahasa Arab komunikasi asas. Walaupun

komunikasi menjadi agenda utama pembelajaran, namun kemahiran yang lain seperti

membaca, manulis dan mendengar juga dititikberatkan. Di peringkat ini para pelajar

diperkenalkan dengan huruf-huruf Arab, perkataan-perkataan Arab dan ayat-ayat

perbualan ringkas Bahasa Arab. Objektif kursus Bahasa Arab di peringkat diploma UiTM

adalah supaya pelajar dapat:

1. Mengenal dan menyebut huruf-huruf Arab.

2. Mengenal dan menyebut kosa kata Arab dengan fasih.

3. Membaca, memahami dan mengungkap ayat-ayat mudah dan sederhana.

4. Berkomunisai dan memahami perbualan mudah dan sederhana.

5. Menulis perkataan dan ayat-ayat mudah dan sederhana. (Silibus Bahasa Arab

BAB 101 UiTM).

2.4 Bahasa Arab sebagai medium komunikasi:

Menurut Asmah Haji Omar (1987), selepas tahun 1970 pertuturan menjadi lebih popular

dan lebih diminati.

Pertuturan merupakan satu cara berkomunikasi yang amat kompleks. la melibatkan

proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa

yang bermakna.

(23)

Werner J.Severin dan W.Tankard Jr. (1988) telah menyenaraikan beberapa teori

komunikasi. Antaranya:

1. Komunikasi ialah satu cara untuk menimbangkan makna perkataan dengan

melihat aspek perkongsian dan etimologi perkataan tersebut atau perkataan

dalam bahasa lain.

2. Komunikasi merupakan satu proses seorang individu menghantar rangsangan

untuk mengubah suai tingkah laku individu lain.

3. Komunikasi ialah prosedur dengan satu mekanisme mempengaruhi

mekanisme yang lain.

Walau apa pun takrifan yang diberikan, pertuturan atau komunikasi yang dimaksudkan di

dalam kajian ini ialah satu proses penggunaan lidah yang menghasilkan bunyi dan dapat

difahami maknanya.

Wilkins (1972) di dalam perbincangannya berkenaan sukatan pelajaran mengatakan

bahawa di dalam sejarah pengajaran bahasa, pengajaran kemahiran lisan telah menjadi

metodologi yang mempunyai berbagai ragam. Untuk itu Khong Chooi Peng (2002) telah

menggarapkan teori Bramfit dalam pembelajaran pertuturan, iaitu:

Teori 1

Kemukakan • Latih tubi • Amal (tutur)

bahan

(24)

Teori 2

Kemukakan • gambaran dari perhubungan • latih tubi

bahan berkesan

Pada dasarnya pertuturan adalah lebih penting kalau hendak dibandingkan dengan

kemahiran bahasa yang lain. Menurut John Lyons di dalam bukunya Bahasa Dan

Linguistik (1992:12): "Pertuturan adalah lebih asas daripada bahasa tulisan, malah ia

dianggap sebagai salah satu daripada prinsip utama di dalam linguistik moden".

Ahmad Fikri Husin (1995) berpendapat pelajar tidak hanya bertutur apa yang harus

dituturkan bahkan ia perlu mempelajari bagaimana hendak bertutur.

2.5 Kajian lepas keberkcsanan kursus Bahasa Arab dari segi pertuturan:

Ahmad Fikri Husin (1995) menyenaraikan aspek-aspek yang perlu ditekankan di dalam

pertuturan Bahasa Arab:

1. Sebutan huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan bunyi secara jelas.

2. Tekanan (keras atau lembut).

3. Mora atau mad (panjang atau pendek).

4. Jeda (pengunaannya adalah untuk memisahkannya dengan elemen-elemen

linguistik yang boleh membawa perubahan makna.

5. Intonasi (naik atau turun suara).

Referensi

Dokumen terkait

Namun, dengan banyaknya dukungan dan kerjasama dari anggota – anggota Leo Clubs beserta Lions Clubs dan dibantu oleh Vice President saya, Leo Natasya, saya menjadi berani

Perbedaan nilai rerata dari hasil pemeriksaan leukosit dan trombosit antara kelompok kasus dengan kelompok kontrol memiliki nilai p-value 0,000 serta hasil uji

Simpulan yang dapat diambil berdasarkan hasil penelitian ini antara lain: Ekstrak etanol 70% daun bawang mekah terdeteksi mengandung beberapa komponen bioaktif, yaitu

Pengetahuan remaja tentang seks bebas berdasarkan sikap menunilt&lt;Xan bahwa sebagian besar siswa dengan pengetahuan baik tidak mendukung sek. bebasl Hal

Berdasarkan hasil penelitian pada media TSIA, reaksi yang dapat terlihat pada media TSIA yaitu pada seluruh bagian media, bagian slant dan butt memberikan hasil

Strategi bertujuan untuk menyebarkan informasi sesuai dengan sasaran atau target komunikan yang telah ditentukan. Maka saat kita akan menyampaikan pesan kita harus

Penelitian ini menjelaskan tentang pelaksanaan dan dampak Program Kemitraan dan Bina Lingkungan (PKBL) PT Pelabuhan Indonesia III (Persero) dalam pengembangan Usaha Mikro Kecil

Dari seluruh uraian tentang pendapat Muhammad Baqir ash Shadr tentang distribusi pasca produksi dapat peneliti analisa. Muhammad Baqir ash Shadr mendasarkan