PENDAHULUAN
Islam melihat kedudukan individu manusia itu sebagai amat mulia tanpa perlu wujud perbezaan yang berdasarkan kepada kecantikan rupa paras dan fizikal, ataupun kelebihan pangkat dan kedudukan, harta mahupun keturunan. Selagi ia manusia, ia masih memiliki maruah yang perlu dipelihara, dijaga dan dihormati oleh setiap orang, walaupun ia memiliki keadaan rupa paras dan fizikal atau mental yang serba kekurangan.
Penghormatan yang perlu diberikan itu perlulah adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan pangkat, umur, gender dan sebagainya. Yang tua perlu dihormati dan disegani manakala yang muda pula perlu dikasihi dan disayangi. Inilah yang diajarkan oleh Islam sejak sekian lama. Ini juga bersesuaian dengan pengiktirafan yang telah Islam berikan terhadap kedudukan manusia itu sebagaimana menurut firman Allah SWT dalam surah al Isra' ayat 70 yang bermaksud:
'Sesungguhnya Kami telah memuliakan kedudukan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di darat dan di laut dan Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka ke atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna'.
OKU secara mudahnya dapat kita fahami ialah manusia yang tidak sempurna tubuh badan mereka dan cacat anggota. Namun begitu, mereka juga merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang mempunyai perasaan, kebolehan, keterampilan, bakat dan kepintaran dalam pelbagai bidang seperti manusia normal yang lain.
DEFINISI ORANG KURANG / KELAINAN UPAYA (OKU)
Menurut akta Orang Kurang Upaya (2008), OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan atau menyekat penyertaan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan OKU sebagai seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat
sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada daripada segi fizikal ataupun mental, dan sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya.
Selain itu juga, OKU bermaksud orang yang mengalami keterbatasan mobilisasi merujuk kepada jenis kecacatannya, sama ada anggota fizikal mahupun mental; ringan, sederhana, dan berat; penglihatan, dan pendengaran (Mohd Hafiz Abd Rahman, 2009). Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi menjaga sensitiviti sekaligus mengelakkan sebutan “orang cacat” yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (tanpa dikategorikan).
KATEGORI ORANG KURANG / KELAINAN UPAYA
Jabatan Kebajikan Masyarakat (2008) telah membahagikan golongan OKU kepada beberapa pembahagian seperti yang berikut:
1. Penglihatan (buta, buta warna, rabun)
2. Pendengaran & pertuturan (pekak, bisu, gagap) 3. Fizikal / anggota badan
6. Masalah kurang upaya mental (syndrome down,dll) 7. Pelbagai (multiple disabilities)
DALIL NAQLI BERKENAAN BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA
1
.
ننينمؤملل كحانج ضفخاو
“Dan tundukkanlah sayapmu - yakni bersikap merendahlah sesama kamu” (Al-Hijr: 88)
2
.
َنيِنِسْحُمْلا َنّم ٌبيِرَق ِهللا َتَمْحَر ّنِإ
”Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik.” (Al-A’raf: 56)
3
.
ٌةَعِساَو ِهللا ُض ْرَأَو نٌةَنَسَحاَيْنّدلا ِهِذَه يِف اوُنَسْحَأ َنيِذّلِل
ٍباَسِح ِرْيَغِب مُه َرْجَأ َنوُرِباّصلا ىّفَوُي اَمّنِإ
"Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas.” (Az-Zumar: 10)
4. Dari Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu
memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara." [HR Bukhari dan Muslim]
6. Rasulullah SAW bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." [HR Bukhari dan Muslim]
ISU & PERMASALAHAN SEMASA ORANG KELAINAN UPAYA
Seperti yang kita sedia maklum, sesetengah daripada mereka akan berasa malu dan terpinggir disebabkan kekurangan mereka. Ini menyebabkan mereka hilang atau kurang keyakinan bila berhadapan dengan masyarakat. Tambahan pula dengan sikap negatif
segelintir pihak yang memandang rendah kekurangan mereka dengan memberikan penderaan sama ada dari segi fizikal mahupun mental akan menyebabkan mereka disisihkan dan
dipinggirkan daripada komuniti, lebih-lebih lagi OKU daripada kalangan kanak-kanak. Ini jelas sekali akan memberi kesan kepada perkembangan minda dan jati diri mereka. Sikap sebegini yang harus kita cegah bersama bagi mengelakkan pengkelasan taraf kehidupan dan sistem kasta dalam masyarakat.
Ujian ini ditambah pula dengan tindakan diskriminasi ataupun penafian hak mereka untuk belajar dan berkerja walaupun mereka amat berkeinginan, masih mempunyai daya usaha dan berkelayakan. Mereka di diskriminasikan oleh masyarakat normal yang tidak punya apa-apa kekurangan. Kewujudan mereka seringkali diambil enteng oleh kebanyakan pihak. Hak mereka untuk menerima dan menyumbang dalam masyarakat tidak mampu dicapai sebaiknya.
Sesetengah majikan masih belum terbuka, tidak bersedia serta tidak ingin untuk mengambil pekerja OKU kerana berpendapat mereka tidak boleh membuat kerja,
Selain itu juga, kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU ini masih di takuk yang lemah. Kesedaran yang dimaksudkan adalah dari segi penjagaan OKU, sifat OKU, masalah OKU, kemudahan OKU, pendidikan dan kerjaya, dan sebagainya. Ianya bermula daripada peringkat di rumah lagi dan bersambung ke peringkat sekolah dan institusi
pengajian tinggi dan ke peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai kempen dan program kesedaran sudah dianjurkan, namun kesedaran masyarakat masih rendah.
Apabila tahap kesedaran terhadap golongan OKU ini rendah, wujudlah pelbagai masalah lain lagi seperti kurangnya fasiliti kemudahan buat mereka. Golongan pentadbir tidak mahu mengeluarkan belanja tambahan untuk menyediakan kemudahan buat golongan OKU kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak penting dan mendatangkan kerugian kepada mereka. Tambahan pula, sesetengah daripada mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan perubatan, fisioterapi, pembelian alatan sokongan (seperti kerusi roda ataupun alat ganti palsu dsb) tidak mendapat keprihatinan pihak berwajib.
Akhir sekali, kurangnya penguatkuasaan akta dan undang-undang berkenaan OKU ini dilaksanakan. Seperti yang termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya yang ada
memperuntukkan kemudahan kepada golongan OKU, namun pelaksanaannya tidak dijalankan secara meluas. Tambahan pula, ada segelintir pihak bersikap zalim dengan menyalah gunakan kemudahan yang diperuntukkan kepada golongan OKU untuk
PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN
Setiap individu perlulah menunjukkan nilai-nilai murni dan mencerminkan etika sebagai seorang mukmin. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Tunjukkan keprihatinan dan pupuk sifat empati dalam diri untuk membantu mereka sekadar yang termampu. Jaga hubungan sesama manusia (hablum minan nas) dan berikan hak mereka sebaiknya.
Selain itu, pihak kerajaan dan swasta hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka termasuklah kemudahan fasiliti, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan sebagainya. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap OKU sebagai beban dalam masyarakat.
Kita boleh membantu mereka dengan memberikan peluang perkerjaan berdasarkan tahap kemampuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Sekiranya mereka mempunyai keistimewaan dalam bidang seni kraf tangan, agensi tertentu bolehlah mengambil mereka sebagai pekerja ataupun melatih mereka untuk menambahkan kemahiran dalam bidang tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan berupaya meningkatkan industri kraf tangan Malaysia yang akhirnya menjadi sumber pendapatan negara. Kini, banyak institusi kewangan mengambil OKU sebagai kakitangan mereka kerana kualiti kerja OKU setanding, malah adakalanya lebih hebat daripada manusia normal.
Selain itu juga, pihak kerajaan perlulah mengambil langkah efektif dengan
awam yang sama seperti orang yang sempurna sifat fizikaInya. Oleh itu, pelbagai kemudahan perlu disediakan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Pengangkutan awam amat penting untuk golongan oku, supaya dapat memudahkan mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk mewujudkan banyak lagi kemudahan pengangkutan awam. Malah, bas
perlulah direka khas untuk golongan OKU, supaya golongan yang berkerusi roda dapat menaiki bas ini dan mampu bergerak ke satu tempat. Kini,100 buah bas RAPIDKL mesra OKU telah beroperasi di kawasan Kuala Lumpur. Bas ini akan memudahkan golongan ini bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Oleh itu, pihak berkuasa perlulah memperkenalkan bas yang khas untuk golongan OKU di seluruh negara kita.
Tambahan pula, pihak kerajaan perlu sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas
TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.
Dari sudut pendidikan pula, pihak kerajaan haruslah menyediaka program pendidikan buat mereka. Pengecualian bayaran yuran haruslah diberi bagi mengurangkan bebanan buat mereka. Bagi pelajar yang cemerlang, insentif perlulah diberi kepada mereka bagi
Dari aspek kesihatan pula, pengecualian daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan perlulah diberi kepada mereka. Hal ini kerana dapat meringankan beban golongan ini. Selain itu, penubuhan klinik 1 Malaysia dan Klinik bergerak 1 Malaysia memberi rawatan yang percuma kepada golongan ini. Malah, Pihak berkuasa perlulah membina tempat riadah yang sesuai untuk golongan OKU supaya golongan ini dapat menjalankan aktiviti riadah. Selain itu, perlulah membina kemudahan yang sesuai untuk golongan ini untuk melaksanakan aktiviti riadah. Aktiviti riadah juga dapat membantu mereka untuk membina tubuh badan yang sihat dan cergas.
Di samping itu juga, media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media. Maklumat tersebut boleh disalurkan melalui iklan, kempen dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.
KONKLUSI
OKU merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan mereka. Namun begitu, tidak dinafikan
bahawa mereka menghadapi banyak permasalahan dan rintangan dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Masyarakat haruslah bersatu dalam usaha untuk membangunkan modal insan OKU. Walau bagaimanapun, peluang harus diberikan kepada mereka tanpa mengira sebarang perbezaan dan selaras dengan dasar kerajaan untuk memberi hak yang sama kepada semua individu. Kita sepatutnya memberi keutamaan dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran sejajar dengan keperluan semasa, penekanan terhadap bidang pendidikan dan latihan kemahiran. Oleh itu, kita perlu menghormati dan memberi bantuan kepada OKU kerana mereka juga berupaya dalam memberi sumbangan dalam pembangunan negara.
RUJUKAN
I. Dr Musthafa Syed Khin, Syarah Riyadhus Shalihin Jilid 1 Imam Nawawi, Penerbit Al-’Itishom CahayaUmat: Jakarta, 2010, m/s 181
II. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=1211&sec=Rencana&pg=re_02.htm
III. http://www.jkm.gov.my/content.php?
pagename=dasar_orang_kurang_upaya&lang=bm IV. http://www.kpwkm.gov.my/
V. http://www.slideshare.net/ridzuangrik/kaunseling-oku
VI. http://ruzimi-mohamed.blogspot.com/2011/05/masalah-sebenar-oku
VII. http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/11/isu-sosial-kurang-fikir-terhadap-orang.html
LAMPIRAN