• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMAM IBNU MAJAH DISEDIAKAN OLEH: Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah Universiti Pendidikan Sultan Idris Sesi 2009/2010

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "IMAM IBNU MAJAH DISEDIAKAN OLEH: Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah Universiti Pendidikan Sultan Idris Sesi 2009/2010"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

1

IMAM IBNU MAJAH

DISEDIAKAN OLEH:

Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah

Universiti Pendidikan Sultan Idris Sesi 2009/2010

Hasil Kerja Ini Hanyalah Untuk Sekadar Pengkongsian Ilmu Semata-Mata, Tidak Dibenarkan Untuk Mengedarkan atau Menjual Kepada Umum.

(2)

2 1.0 Riwayat Hidup Ibn Majah

1.1 Latar Belakang Ibn Majah

Ibn Majah merupakan seorang muhaddith yang bertaraf “Al-Hafiz Al-Kabir”

(penghafaz Hadith yang agung). Beliau bukan saja seorang muhaddith tetapi juga seorang pentafsir al-Quran dan juga seorang sejarawan. Nama sebenar beliau ialah al-Hafiz al-Muhadditth Abu Abd Allah Muhammad bin Yazid bin ‘Abd Allah bin Majah al-Qazwini. Nama Ibn Majah dinisbatkan kepada ayahnya Yazid, yang juga dikenali dengan sebutan “Majah Maula Rab’at”. Beliau telah dilahirkan

pada tahun 207H bersamaan 824 M di Qazwin, Iraq.1

Ibn Majah terkenal sebagai seorang yang jujur, berakhlak mulia dan alim. Selain itu, beliau juga seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas dan banyak menghafal hadith. Beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal dalam bidang hadith dan terhebat di bidang penghafalan serta ketekunan beliau dalam

meriwayatkan hadith. Sebagaimana kata-kata Abu Ya’la Khalili

al-Qazwini: “Beliau adalah seorang yg sangat tsiqah (dipercayai), disepakati

terhadap riwayatnya dan amat diperlukan serta seorang yang kuat hafalan”.2

Beliau telah meninggalkan banyak karya-karya ilmiah dalam berbagai bidang ilmu keislaman.

Beliau telah wafat pada bulan Ramadhan tahun 275H bersamaan 887M di tanah kelahirannya iaitu Qazwin ketika berusia 64 tahun.

1 Rosmawati Ali @ Mat Zin,(2005) “ Pengantar Ulum Hadis”. Pustaka Salam : Kuala Lumpur. hal 314-317. 2

Harun Nasution,(2004) “ Ensiklopedia Islam Indonesia ( Jilid 2)”. Penerbitan Djambatan: Indonesia. hal 679-680.

(3)

3 1.2 Pendidikan Ibn Majah

Ibn Majah merupakan seorang sangat mencintai ilmu pengetahuan dan hadith. Semenjak kecil lagi, beliau sudah terdedah dengan bidang keilmuan. Ketika berusia 15 tahun, Ibn Majah mula mempelajari ilmu hadith dengan begitu tekun. Beliau telah berguru dengan seorang ulama yang terkenal pada ketika itu iaitu Ali bin Muhammad at-Tanafasi. Selepas itu, bakat dan minatnya dalam bidang hadith begitu terserlah. Hal ini, yang membuatkan Ibn Majah mengembara ke beberapa daerah dan negara untuk menimba ilmu serta mencari, mengumpul dan menulis hadith. Puluhan negeri telah dikunjunginya, antaranya Hijaz, Syam, Iraq, Mesir, Kufah, Khurasan, Mekah, Madinah, Damaskus, Teheran, Parsi dan

Basrah. 3

Sepanjang pengembaraan, Ibn Majah telah berjumpa dan berguru dengan ramai ulama tempatan yang terkenal dengan kehebatannya terutama ulama Hadith. Hal ini menyebabkan Ibn Majah dapat menghimpun dan menulis puluhan bahkan ratusan hadith dari sumber-sumber yang dipercaya kesahihannya. Antara guru beliau ialah Ali bin Muhammad at-Tanafusi, Jabbarah bin al-Mughallas, Abu Mus'ab az-Zuhri, Ibrahim bin Mundzir al-Hizami, Abu Bakar bin Abi Syaibah, Muhammad bin Abdullah bin Numayr, Hisyam bin Ammar, Ahmad bin al-Azhar, Basyar bin Adam, dan ulama yang terkemuka yang lain. Selain itu, beliau juga turut berguru dengan pengikut-pengikut Imam Malik dan al-Lays r.a.

3

Syeikh Muhammad Said Mursi,” Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman”. Al-Hidayah : Kuala Lumpur. hal 429

(4)

4 sehingga beliau menjadi salah seorang imam terkemuka dalam bidang ilmu nabawi pada masa itu.

Pengembaraan menuntut ilmu beliau tidak sia-sia. Pengembaraan ini telah menjadikan beliau seorang pakar hadith yang terkemuka. Sebagai tokoh ilmu, Ibn Majah sememangnya tidak kedekut dalam menyebarkan ilmu yang ada pada dirinya. Ramai ulama yang telah berguru dengan beliau dan meriwayatkan hadith daripada beliau. Antara murid beliau ialah Muhammad bin Isa al-Abhari, Abu al-Hasan al-Qattan, Sulaiman bin Yazid al-Qazwini, Ibn Sibawaih, Ishak bin Muhammad, Abu Thayyib Ahmad al-Baghdaddan, Ali bin Ibrahim al-Qaththan, Ibrahim bin Dinar dan Ahmad bin Ibrahim.

1.3 Karya Ibn Majah

Sepanjang hayat Ibn Majah, beliau telah menulis puluhan buku bukan sahaja dalam bidang hadith, malah bidang sejarah, fiqh dan tafsir. Didalam bidang tafsir, beliau telah mengarang Kitab Tafsir Al-Quran Al-Karim. Kitab tafsir beliau telah mendapat pujian daripada seorang ahli tafsir terkenal iaitu Ibn Kathir. Sementara itu, dalam bidang sejarah, Ibn Majah telah mengarang Kitab At-Tarikh. Kitab ini telah menghuraikan tentang biografi para perawi hadith sejak awal hingga pertengahan abad ke-3 H. Karya terbesar beliau ialah dalam bidang hadith iaitu Sunan Ibnu Majah. Kitab ini mengandungi empat ribu buah hadith yang disusun secara rapi dan dimulakan dengan bab yang menyatakan

(5)

5 keharusan mengikut sunnah Rasulullah serta dalil-dalil. Kitab hadith beliau,

Sunan Ibnu Majah termasuk dalam Kutub Sittah (enam kitan Hadith terbesar).4

2.0 Sejarah Perkembangan Hadith (Ibn Majah)

Perkembangan Islam, sejak dari awal hingga hari ini, tidak lari dari peranan hadith. Dalam pemahaman umum, hadith adalah ajaran Nabi Muhammad SAW, yang meliputi tindakan, perkataan, mahupun persetujuannya atas sesuatu. Keseluruhan perbuatan dan percakapan Nabi SAW itu kemudian dijadikan panduan bagi para pengikut Muhammad SAW dalam menjalankan perintah-perintah agama Allah.

Semasa Nabi SAW hidup, ajaran-ajaran tersebut belum dibukukan. Hanya ada beberapa pencatat setiap perbuatan dan apa yang dibenarkan oleh Nabi SAW, salah satunya adalah Sahabat Zaid bin Tsabit. Namun setelah wafatnya Muhammad SAW, para ulama bersepakat untuk menulis kembali apa-apa yang pernah disampaikan dan dipraktikkan Nabi SAW dalam bentuk kitab. Kemudian terbitlah kitab-kitab hadith yang merangkumi tentang segala sesuatu yang terkait dengan Nabi SAW.

Dari sekian puluh ulama yang dikenali sebagai ahli Hadith dan banyak meriwayatkan sabda-sabda Nabi SAW adalah Imam Ibn Majah atau Imam Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majah ar-Rabi’i al-Qarwini. Ia lebih akrab dipanggil Ibn Majah. Ulama yang dikenal kejujuran dan akhlak mulianya ini dilahirkan di Qazwin, Irak pada 209 H/824 M. Sebutan Majah dinisbahkan

4

Harun Nasution,(2004) “ Ensiklopedia Islam Indonesia ( Jilid 2)”. Penerbitan Djambatan: Indonesia. hal 679-680

(6)

6 kepada ayahnya, Yazid, yang juga dikenal dengan nama Majah Maula Rab’at. Ada juga pendapat yang menyatakan bahwa Majah adalah ayah dari Yazid. Namun demikian, pendapat pertama nampak yang lebih rajih.

Ibn Majah mulai belajar sejak usia remaja. Namun baru mulai menekuni bidang ilmu hadith pada usia 15 tahun pada seorang guru ternama kala itu, iaitu Ali bin Muhammad At-Tanafasi (w. 233 H). Bakat dan minatnya di bidang hadith makin besar. Hal inilah yang membuat Ibn Majah berkelana ke beberapa daerah dan negara guna mencari, mengumpulkan, dan menulis hadith. Puluhan negeri telah ia kunjungi, antara lain Rayy (Teheran), Basra, Kufah, Baghdad, Khurasan, Suriah dan Mesir.

Dengan cara inilah, Ibn Majah dapat menghimpun dan menulis puluhan bahkan ratusan hadith dari sumber-sumber yang dipercaya kesahihannya. Tidak hanya itu, dalam pelbagai kunjungannya itu, ia juga berguru pada banyak ulama setempat. Seperti, Abu Bakar bin Abi Syaibah, Muhammad bin Abdullah bin Numayr, Hisyam bin Ammar, Ahmad bin al-Azhar, Basyar bin Adam, dan para pengikut perawi dan ahli Hadith, Imam Malik serta al-Lays. Dari pengembaraannya ini, tak sedikit ulama yang akhirnya meriwayatkan Hadith dari Ibn Majah. Antara lain Ishaq bin Muhammad, Ali bin Ibrahim bin Salamah al-Qattan, Ahmad bin Ibrahim dan sebagainya.

Sepanjang hayatnya, Imam Ibn Majah telah menulis puluhan buku yang sangat berguna dalam bidang hadith, sejarah, fikih, maupun tafsir. Di dalam bidang tafsir, antara lain menulis Tafsir al-quranul Karim. Sementara itu, di

(7)

7 bidang sejarah, Ibn Majah menulis buku at-Tariikh, karya sejarah yang memuatkan biografi para perawi hadith sejak awal hingga ke masanya. Lantaran tak begitu monumental, kemungkinan besar kedua karya tersebut tak sampai di tangan generasi Islam berikutnya.

Antara yang termashur dari karya Ibn Majah adalah dalam bidang hadith berjudul Kitab Sunan Ibn Majah. Kitab ini merupakan karya terbesar beliau. Di dalam bidang ini juga, Ibn Majah telah meriwayatkan sedikitnya 4000 buah Hadith. Bahkan, seperti diungkapkan Muhammad Fuad Abdul Baqi, penulis buku Mu’jam al-Mufahras li Alfaz Alquran (Indeks Alquran), jumlah Hadith dalam kitab Sunan Ibn Majah berjumlah 4.241 buah hadith. Sebanyak 3002 di antaranya termaktub dalam lima kitab kumpulan hadith yang lain. Tak hanya hukum Islam, dalam kitab Sunan Ibn Majah tersebut juga membahas masalah-masalah akidah dan muamalat. Dari sekian banyak hadith yang diriwayatkan, beberapa kalangan ulama mengkategorikan sebagiannya sebagai hadith lemah.

Atas ketekunan di bidang ilmu-ilmu Islam itu, khususnya disiplin ilmu hadith, banyak ulama yang kagum dan menilainya sebagai salah seorang ulama besar Islam. Seorang ulama bernama Abu Ya’la al-Khalili al-Qazwini misalnya, berkata: “Ibn Majah adalah seorang kepercayaan yang besar, yang disepakati tentang kejujurannya, dapat dijadikan argumentasi pendapat-pendapatnya. Ia mempunyai pengetahuan luas dan banyak menghafal hadith.” Ulama lainnya, Zahabi dalam Tazkiratul Huffaz, melukiskannya sebagai seorang ahli hadith besar dan mufassir (ahli tafsir), pengarang kitab sunan dan

(8)

8 tafsir, serta ahli hadith kenamaan negerinya. Sementara mufassir dan kritikus Hadith besar kenamaan, Ibn Kasir, dalam karyanya, al-Bidayah, berkata: “Muhammad bin Yazid (Ibn Majah) adalah pengarang kitab sunan yang masyhur. Kitabnya itu merupakan bukti atas amal dan ilmunya, keluasan pengetahuan dan pandangannya, serta kredibilitas dan loyalitasnya kepada hadith dan usul serta furu’.”

Setelah sekian lama mendedikasikan hidup dan pemikirannya kepada Islam, Namun usianya tidak panjang, beliau akhirnya memanggil Imam Ibn Majah selama-lamanya pada tanggal 22 Ramadhan 273H/887M. Ia dimakamkan di tanah kelahirannya, Qazwin, Irak. Umat Islam terus mengenangnya melalui berbagai karyanya, terutama Kitab Sunan Ibn Majah yang termasuk dalam Kutubus Sittah (Enam Kitab Utama Hadith)

Kitab sunannya merupakan sebuah kitab yang cukup terkenal di lapangan hadith dunia Islam dan termasuk di dalam koleksi 6 buah kitab hadith yang hebat. Beliau membahagikan susunannya kepada pembahagian kitab dan bab, kitab atau pun tajuk besar di dalam Sunannya dijadikan hingga 32 kitab dan jumlah bab di dalamnya pula mencapai kepada 1500 bab. Di dalam ‘Sunan’nya mengandungi 4000 buah hadith mengikut tertib ilmu fiqh. Manakala setiap hadithnya pula adalah yang koleksi terbaik dan tersahih sebagai hujah dari sunnah untuk diikuti dan dilaksanakan oleh setiap individu muslim. Namun kitabnya ini diletakkan sebagai kitab yang keenam selepas kitab sunan yang lain

(9)

9 yang bermula dari kitab Sahih Bukhari dan Muslim, Sunan Abu Daud, al-Nasaie, al-Tirmizi dan barulah kitab beliau.

3.0 Metodologi Pengumpulan Hadith

Metodologi yang digunakan oleh Imam Ibn Majah adalah mengumpul hadith dan

menyusun menurut kitab atau bab-bab yang berkenaan dengan masalah fiqh5.

Seterusnya, Imam Ibn Majah juga tidak terlalu menfokuskan ta’liqul al-Hadith yang terdapat pada kitab-kitab fiqh tersebut. Beliau juga turut mengkritik hadith dan memasukkkan pendapat para ulama fiqh. Selain itu, beliau juga tidak melakukan pengulangan hadith berulang kali kecuali hanya sebahagian sahaja dan penting bagi pendapat beliau.

Berbicara mengenai metodologi yang digunakan oleh Imam Ibn Majah dalam pengumpulan dan penyusunan hadith, seeloknya terlebih dahulu mengulas lebih lanjut tentang metode yang digunakan dalam penyusunan kitab Sunan Ibn Majah. Kerana buku yang digunakan ini adalah sebagai salah satu panduan bagi umat Islam. Selain itu, buku ini juga adalah yang terunggul dan popular sepanjang kehidupan beliau. Walaupun beliau sudah berusaha untuk menghindarkan dari kesalahan penulisan, namun masih terdapat juga hadith-hadith yang da'if bahkan maudu’ di dalamnya.

Dalam menulis buku Sunan ini, beliau terlebih dahulu memulakan dengan mengumpul hadith-hadith dan menyusunnya menurut kitab atau bab-bab yang berkenaan dengan masalah fiqh, hal ini seiring dengan metodologi para

5

Engku Ibrahim Engku Ismail (1989), Kajian Metodologi & Penulisan Hadith, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. hal 149

(10)

10 muhadditsin yang lain. Setelah menyusun hadith tersebut, beliau juga tidak terlalu mengfokuskan ta'liqul al-Hadith yang terdapat pada kitab-kitab fiqh tersebut, atau boleh dikatakan beliau hanya mengkritik hadith-hadith yang menurut pendapat beliau adalah penting. Seperti kebanyakan para penulis kitab-kitab fiqh yang lain, dimana setelah menulis hadith mereka memasukkan pendapat para ulama faqih, namun dalam hal ini Ibn Majah tidak menyebutkan pendapat para ulama faqih setelah menulis hadith. Sama halnya dengan Imam Muslim, beliau ternyata tidak melakukan pengulangan hadith yang berulang kali kecuali hanya sebahagian kecil saja dan itu penting menurut beliau.

Ternyata kitab Sunan ini tidak semuanya diriwayatkan oleh Ibn Majah seperti dinyatakan oleh sesetengah umat Islam selama ini, tapi hakikatnya terdapat di dalamnya beberapa tambahan yang diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al-Qatthany yang juga merupakan periwayat dari Sunan Ibn Majah. Persepsi ini juga sejalan pada ‘Musnad Imam Ahmad’, kerana ramai yang menyangka bahawa seluruh hadith di dalamnya diriwayatkan seluruhnya oleh beliau, akan tetapi sebahagian darinya juga ada yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Imam Ahmad dan sebahagian yang lain oleh al-Qathi’i, namun Imam Abdullah lebih banyak meriwayatkan berbanding dengan al-Qathi’i.

Ketika al-Hasan al-Qatthany mendapatkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Sya'bah dengan perantaraan perawi lain dan pada hadith yang sama juga beliau mendapatkan perawi selain gurunya iaitu Ibn Majah, maka hadith ini telah sampai pada kategori hadith Uluwwu al-Isnad meskipun beliau hanya sebagai murid dari Imam Ibn Majah, namun darjatnya sama dengan

(11)

11 gurunya dalam Uluwwu al-Hadith tersebut, ada juga dihasilkan oleh susunan imam dengan huraian sebanyak 32 kitab menurut Zahaby, dan 1500 bab menurut Abu Hasan al-Qatthany serta 4000 hadith.

Seperti yang telah diterangkan bahawa kitab Sunan Ibn Majah adalah kitab yang termasuk dalam kategori Kutubu as-Sittah, sebelum menelaah lebih lanjut lagi tentang buku ini, sebaiknya terlebih dahulu meneliti isi buku ini. Agar lebih memberi kesan dan menarik perhatian lagi untuk meminatkan diri kepada bidang hadith. Buku hadith yang dikarang oleh Imam Ibn Majah ini dikenali dengan nama ‘Sunan Ibn Majah’ dan mendapat perhatian bagi umat Islam khususnya, sehingga Abu al-Hasan Muhammad Shadiq bin Abdu al-Hady as-Sanady (wafat tahun 1138) pun mendedikasikan fikirannya untuk mengarang buku ini yang kemudian akhirnya dita’liq oleh Fuad Abdul al-Baqi.

Kitab ini memiliki keistimewaan yang patut diberikan penghargaan, berkat kegigihan Imam Ibn Majah dalam menciptakan karya yang terbaik dan bermanfaat bagi umat Islam khususnya, dapat dilihat bahawa buku ini memiliki susunan yang baik dan tidak ada pengulangan hadith yang serupa kecuali dianggap penting oleh beliau. Siddiq Hasan Khan dalam kitab 'Al-Hittah' berkata, “Tidak ada 'Kutubu As-Sittah' yang menyerupai seperti Kitab Sunan Ibn Majah”, kerana Imam Ibn Majah sangat menjaga jika berlaku pengulangan hadith, walaupun ada tapi hanya sebahagian kecil sahaja. Seperti Imam Muslim r.a. yang mendekati buku ini, dimana beliau tidak melakukan pengulangan hadith dalam beberapa sub judul kitab, tapi beliau mengulang hadith tersebut dalam satu judul sahaja.

(12)

12 Buku Sunan Ibn Majah terdiri daripada 32 kitab menurut al-Zahabi, dan 1500 bab menurut Abu al-Hasan Al-Qatthani, dan menurut az-Zahabi pula terdapat 4000 hadith. Tetapi jika diteliti dengan melihat pengulangan buku yang di-tahqiq oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi r.a, bahawa buku ini berjumlah 37 kitab selain dari muqaddimah, bererti kalau ditambah dengan muqaddimah maka jumlahnya 38 kitab. Sedangkan jumlah babnya terdiri dari 515 bab dan 4341 hadith. Hal ini disebabkan adanya perbezaan nasakh. Kitab hadith yang terdiri dari 4341 hadith ini ternyata 3002 hadith diantaranya telah di takhrij oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan sebagainya. Dan 1339 hadith lagi yang dicatat oleh Imam Ibn Majah.

Antara kandungan buku yang terdapat dalam kitab ini ialah pendahuluan (24 bab dan 226 buah hadith), zuhud, tafsir mimpi, tatatertib, pakaian, perubatan, jihad, pusaka, solat, puasa, zakat, nikah, talak dan hudud.

4.0 Isu Terhadap Kitab Sunan Ibn Majah

Taraf sesebuah hadith di dalam Sunannya, terdiri dari martabat hadith yang sahih, hasan, da’if dan bahkan terdapat juga bertaraf hadith munkar dan maudhu’ (palsu) tetapi terlalu sedikit untuk dibincangkan. Jika dinisbahkan kepada kitab sunan yang lain, hadith da’if amat banyak terdapat di dalam kitab ini, sehingga al-Hafiz Abu Yusuf al-Mizzi memberikan kritikan iaitu:

“Setiap apa yang diriwayatkan oleh Ibn Majah secara sendirian dan tiada

dalam periwayatan Hadith Imam yang lain dari kalangan lima orang imam tersebut adalah dikira sebagai da’if”.

(13)

13 Maka disebabkan hal ini, seorang ulama telah mengarang kitab yang bertajuk ‘Misbah al-Zujajah fi Zawa’id Ibn Majah’. Pengarang kitab tersebut ialah al-Hafiz Syihabuddin Ahmad ibn Abu Bakr al-Kanani al-Busiri al-Masri (w.840H) yang menerangkan mengenai setiap hadith yang ditambah dan tidak terdapat dari kalangan kitab para Imam hadith yang lima. Setiap hadith itu dikupas satu persatu untuk menentukan kesahihannya atau hanya bertaraf hasan atau dikira sebagai hadith da’if dan seterusnya dikira sebagai hadith palsu yang perlu ditinggalkan. Di dalam kitab lain pula, tajuk yang sama iaitu Misbah al-Zujajah ‘ala Sunan Ibn Majah pula telah dihasilkan oleh Imam al-Suyuti yang menghuraikan setiap hadith yang terkandung di dalamnya.

Maka dalam keadaan ini sebagaimana yang difahami dari kata Hafiz al-Mizzi dan dikuatkan lagi dengan pendapat Imam Ibn Hajar (w.852H) yang menyatakan bahawa kitab Sunan Ibn Majah ini terlalu banyak hadith da’if dari periwayatannya secara sendirian tanpa ada kesepakatan dengan Imam hadith yang lain. Oleh itu, tidaklah sewajarnya seseorang itu menjadikan hujah dengan hadith di dalam kitabnya yang diriwayatkan oleh beliau secara sendirian, melainkan setelah dikaji dan diteliti secara terperinci lalu ditentukan hadith tersebut sebagai bertaraf sahih, hasan atau pun da’if.

Kritikan hadith dari kitab hadith beliau, ini banyak dibuat oleh para huffaz yang lain seperti al-Hafiz Abu Yusuf al-Mizzi, al-Hafiz Ibn al-Jauzi dan ramai lagi. Mereka menyatakan sedemikian kerana setelah kajian dibuat dan terdapat di dalamnya beberapa orang periwayat yang dituduh sebagai penipu dan

(14)

14 mencipta hadith-hadith palsu. Ini dapat dijelaskan dari kritikan oleh al-Hafiz Ibn al-Jauzi yang menyatakan bahawa terdapat 30 buah hadith dari kitab beliau adalah dikira sebagai palsu. Begitu juga yang dinyatakan oleh Abu Zur’ah bahawa sekiranya sahih kajiannya sendiri mendapati bahawa terdapat 30 buah hadith yang dikira hadith yang tertolak, manakala hadith yang tidak dapat dijadikan hujah pula begitu banyak dan dikira mencapai sekitar 1000 buah hadith.

Hadith yang diriwayatkan secara sendirian (hadith munfarid) oleh Ibn Majah berjumlah 1339 buah hadith. Namun, hal ini ditolak oleh Imam al-Suyuthi yang menyatakan bahawa bilangan hadith palsu itu tidak sampai ke tahap yang disebutkan itu di dalam kitab beliau yang berjudul al-Ta’aqqubat dan hadith yang dipertikaikan adalah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ismail bin Muhammad al-Thalhi. Kitab sunannya merupakan sebuah kitab yang cukup terkenal di seluruh dunia Islam dan termasuk di dalam koleksi 6 buah kitab hadith yang hebat. Beliau membahagikan susunannya kepada pembahagian kitab dan bab, kitab atau pun tajuk besar di dalam sunannya dijadikan hingga 32 kitab dan jumlah bab di dalamnya pula mencapai kepada 1500 bab.

Di dalam sunannya mengandungi 4000 buah hadith mengikut tertib ilmu fiqh. Manakala setiap hadithnya pula adalah yang koleksi terbaik dan tersahih sebagai hujah dari sunnah untuk diikuti dan dilaksanakan oleh setiap individu muslim. Namun kitabnya ini diletakkan sebagai kitab yang keenam selepas kitab

(15)

15 sunan yang lain yang bermula dari kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim, Sunan Abu Daud, al-Nasai, al-Tirmizi dan barulah kitab beliau.

Taraf sesebuah hadith di dalam sunannya, terdiri dari martabat hadith yang sahih, hasan, da’if dan bahkan terdapat juga bertaraf hadith munkar dan maudhuk (palsu) tetapi terlalu sedikit untuk dibicarakan. Jika dinisbahkan kepada kitab sunan yang lain, hadith dhaif amat banyak terdapat di dalam kitabnya, sehingga al-Hafiz Abu Yusuf al-Mizzi memberikan komentarnya: “Setiap apa yang diriwayatkan oleh Ibn Majah secara sendirian (dan tiada dalam periwayatan hadith Imam yang lain) dari kalangan lima orang imam tersebut adalah dikira sebagai da’if”.

5.0 Pandangan Para Ulama Terhadap Imam Ibn Majah

Jika disebut sahaja Imam Ibn Majah, pasti tidak asing lagi dalam dunia para ilmuan Islam. Semuanya di atas berkat istiqamah dan kegigihannya dalam dunia pendidikan serta ditambah pula dengan ketekunannya dalam disiplin hadith dapat memberi manfaat kepada umat Islam sedunia sehinggalah pada hari ini dapat kita lihat di perpustakaan-perpustakaan di Malaysia. Maka sememangnya layak untuk beliau termasuk dalam kalangan ulama yang paling disegani.

Abu Zar’ah Ar-Razi dan Imam Az-Zahaby dalam bukunya “Tazkiratu Al-Huffaz” menyifatkan Imam Ibn Majah ialah sebagai ahli hadith besar dan mufassir, pengarang kitab Sunan, serta tergolong dalam ahli hadith di negerinya. Suatu kelebihan yang Allah telah kurniakan kepada Imam Muhammad bin Yazid

(16)

16 ini, di mana Allah telah mengurniakan kecerdasan dan pengetahuannya yang sangat luas sehingga beliau tergolong dalam kalangan ulama yang terkenal.

Selain daripada itu, beliau memiliki akhlak yang terpuji antaranya sentiasa membantu saudaranya sesama islam atau bukan islam, menjaga kethiqahannya, malah beliau sanngup merantau ke serata tanah arab untuk mendapatkan kesahihan sesuatu hadith tersebut. Ahklak yang mulia menjadi simbol atau lambang bagi seseorang individu. Maka tidak hairanlah jika Imam Muhammad inidipandang tinggi oleh masyarakat hatta umum dari dulu hinggalah sekarang.

Menurut seorang musaffir dan pengkritik hadith yang besar iaitu Imam Ibn Kathir di dalam karyanya “Al-Bidayah” telah menyebut, Muhammad bin Yazid ini adalah pengarang kitab sunan yang masyhur. Kitab Imam Ibn Kathir itu menjadi bukti atas keilmuan yang dimiliki oleh Imam Ibn Majah. Begitulah sebahagian pendapat para ulama terhadap Imam Ibn Majah.

5.0 Kritikan Terhadap Imam Ibn Majah

Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya, apa yang pasti Nabi Muhammad SAW adalah ma’sum iaitu terpelihara dari segala dosa. Begitu jua dengan Imam Ibn Majah, beliau bukanlah Nabi, hanya insan biasa tetapi dikurniakan oleh Allah akal dan kecerdasan yang tinggi sehingga mampu menghafal ribuan hadith dan berkat usahanya maka terhasillah sebuah kitab hadith yang masyhur sehingga sekarang dan dijadikan rujukan setiap umat islam.

(17)

17 Menurut Imam Ibn Hajar di dalam kitabnya Tahzib al-Tahzib menjelaskan bahawa Sunan Ibn Majah adalah sebuah kitab hadith yang lengkap dan mengandungi banyak bab. Di dalamnya terdapat beberapa hadith yang lengkap dan mengandungi banyak bab. Namun begitu, terdapat beberapa hadith yang dhaif. Ini menyebabbkan seorang tokoh hadith yang bernama al-Sarra berkta, “hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah sebgahagian kecilnya adalah da’if”. Selain itu, menurut al-Hafiz al-Muzi berpendapat bahawa kebanyakan pendapat gharib yang terdapat dalam kitab Sunan Ibnu Majah adalah da’if.

(18)

18 Rujukan

Ariffin Omar (2005), Biografi Ulama-ulama Hadith,

Asmawi Hj. Ehsan (2003), Ilmu Hadith, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Engku Ibrahim Engku Ismail (1989), Kajian Metodologi & Penulisan Hadith, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Hadi Muhsin (1985), Hadith Sunan Sittah, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Harun Nasution (2004), Ensiklopedia Islam Indonesia (Jilid 2). Penerbitan Djambatan: Indonesia.

Nawir Yuslem (2001), Ulumul Hadith, Mutiara Sumber Widya.

Rosmawati Ali @ Mat Zin (2005), Pengantar Ulum Hadith. Pustaka Salam: Kuala Lumpur.

Syeikh Muhammad Said Mursi, Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman, Al-Hidayah: Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode deskriptif dengan pendekatan kuantitatif dan metode verifikatif, yaitu hasil penelitian yang kemudian diolah dan dianalisis

LKJIPDinas Kearsipan dan Perpustakaan Kabupaten Kebumen merupakan bentuk pertanggung jawaban atas perjanjian kinerja Dinas Kearsipan dan Perpustakaan Kabupaten

Penelitian ini menggunakan Metode Neural Network Back Propagation, dengan data training (100 data) yang terdiri atas variable predictor (penutupan IHSG, kurs nilai

Jadi dapat disimpulkan bahwa tactile defensiveness adalah ketidaktepatan, tanggapan yang bersifat berlebihan terhadap stimulus tactual, di mana klien

Rata-rata pemahaman konsep, miskonsepsi dan tidak paham konsep pada Gambar 1 dan 2, Secara keseluruhan pada pokok bahasan Kingdom Plantae dan Kingdom Animalia

Untuk menurunkan rasio C/N pada kedua variasi ini salah satunya adalah melakukan proses pengomposan yang lebih lama dari 30 hari agar aktivitas mikroorganisme dalam

Berdasarkan uraian di atas dapat disimpulkan bahwa merger dan akuisisi tidak dapat meningkatkan rata-rata kinerja keuangan pada perusahaan yang diteliti oleh

Berdasarkan hasil pengabdian dan pembahasan yang telah diuraikan sebelumnya, maka dapat disimpulkan sebagai berikut : 1) Rata-rata siswa di SMA Negeri 1 Sungai Liat belum