• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBEZAAN FAHAMAN SYIAH IMAMIYYAH DAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Mohd Fauzi Hamat Mohd Sobri Ellias

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERBEZAAN FAHAMAN SYIAH IMAMIYYAH DAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Mohd Fauzi Hamat Mohd Sobri Ellias"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

1

PERBEZAAN FAHAMAN SYIAH IMAMIYYAH DAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Mohd Fauzi Hamat

Mohd Sobri Ellias Pendahuluan

Polemik antara golongan Syiah dan ahli sunnah wal Jamaah(ASWJ) merupakan

suatu isu yang telah lama dibahaskan oleh para ulama terdahulu dalam karya-karya ilmiah mereka. Sebagai kiasan, mazhab ASWJ yang dipegang oleh majoriti umat Islam diibaratkan seperti aliran sungai utama yang mempunyai cabang-cabang sungai kecil yang berbilang, manakala Syiah pula diibaratkan seperti salah satu daripada aliran-aliran sungai kecil yang menyimpang daripada aliran utama tersebut. Berkaitan isu Syiah ini, para ulama ASWJ telah pun menyediakan jawapan dalam menyingkapi golongan ini, khususnya Syiah Imamiyyah yang masih berpengaruh hingga kini. Dalam melihat polemik yang berlaku di antara golongan Syiah dan Sunni ini, dunia telahpun menyaksikan bagaimana berlakunya siri kemelut dan persengketaan yang berpanjangan di seluruh dunia khususnya di Pakistan dan Iraq. Beberapa usaha dan percubaan untuk mendamaikan atau mendekatkan antara dua golongan ini nampaknya masih tidak mendatangkan hasil yang memuaskan.

Berdasarkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 5 Mei 1996 yang lalu, ketika membincangkan isu Syiah di Malaysia, pihak jawatankuasa telah bersetuju memutuskan bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24-25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] yang menetapkan “Hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyyah dan al-Ja`fariyyah

Mohd Fauzi Hamat, PhD. Profesor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.



Mohd Sobri Ellias, Calon PhD dan Pembantu Penyelidik di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

(2)

2

yang diterima untuk diamalkan di Malaysia” dimansuhkan1

. Berhubung isu ini, terbaru, ia telah dibincangkan dalam sidang parlimen pada 9 Mac 2011 di mana YB Senator Mejar Jeneral Dato‟ Jamil Khir b. Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melarang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia tanpa turut

menghalang pengamalan ajaran tersebut di Negara ini2. Ini bererti ajaran ini masih

bebas untuk diamalkan di Malaysia oleh pengikutnya dan kesannya; adalah sukar untuk dijamin sejauh mana ia tidak disebarkan kepada pengikutnya, apatah lagi wujudnya suara-suara sumbang yang cuba mempertahankan hak golongan ini untuk menjalankan aktiviti mereka atas dasar hak asasi manusia. Setakat ini, terdapat sebanyak enam buah negeri yang telah mewartakan larangan terhadap penyebaran fahaman Syiah iaitu; Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan,

Negeri Sembilan dan Melaka3.

Realitinya isu Syiah ini, khususnya Syiah Imamiyyah, merupakan suatu isu yang sebenarnya berakar umbi daripada permasalahan politik yang berlaku pada zaman Sayyidina Ali, yang akhirnya telah meresapi permasalahan dasar dalam agama iaitu akidah. Ia bukan hanya sekadar perbezaan dari aspek amalan seperti perbezaan yang berlaku antara mazhab yang empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafi`e dan Hanbali, namun lebih besar lagi, ia turut melibatkan soal iktikad yang jelas bertentangan dengan akidah sejati ASWJ. Nampaknya, Islam yang suci dan murni dengan ajarannya yang dipegang oleh majoriti ummah akan tercemar dengan kepercayaan dan perlakuan menyimpang tajaan golongan Syiah ini sekiranya isu ini dipandang ringan oleh masyarakat pada hari ini.

Dalam kaitan ini, kesucian akidah warisan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. perlu dipertahankan daripada terus diselewengkan oleh golongan-golongan

1

Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia, 6 April 2011.

2

Laman Web Rasmi Parlimen Malaysia, http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-09032011.pdf, 18 April 2011. Lihat juga Berita Harian Online,

http://www.bharian.com.my/articles/MalaysialarangsebarSyiah/Article/, 6 April 2011.

3

(3)

3

ahli bid`ah yang terkeluar daripada garis kasar aliran arus perdana ummah seluruh

dunia. Tindakan mengeksploitasi kecintaan terhadap ahl al-bayt demi meraih

kepentingan aliran mereka ini juga tidak sewajarnya diberikan laluan untuk membina tapak dalam jiwa umat Islam di Negara ini. Atas dasar ini, kertas ini dikemukakan bagi menggariskan secara jelas perbezaan di antara fahaman Syiah Imamiyyah dan fahaman ASWJ. Huraian ini kelak akan dijadikan asas kefahaman dalam menanggapi sejauh mana percanggahan mazhab ini dengan fahaman mazhab arus perdana di Malaysia.

Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah

Dari sudut bahasa, perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan suatu istilah

yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata Bahasa Arab. Ketiga-tiga suku kata ini mempunyai maksud yang tersendiri. Ia akan melahirkan satu rangkaian makna yang tertentu ataupun khusus apabila ia dilihat dari sudut pemaknaan istilah.

Perkataan Ahl jika dilihat dari sudut literal, ia bererti ahli keluarga4, pengikut atau

golongan5. Dari sudut terminologi, ia bermaksud mereka yang mengikut atau

berpegang dengan sesuatu [kalimah] yang disandarkan kepada perkataan Ahl

tersebut, seperti ahl al-madhhab ia merujuk kepada mereka yang berpegang dengan

mazhab tersebut6.

Di dalam al-Quran, perkataan al-Sunnah dan jamaknya Sunan digunakan

sebanyak 16 kali7. Perkataan al-Sunnah pula dari sudut literal bermaksud al-sirah8.

4

Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad b. Mukarram (1952), Lisan al-`Arab, j. 11, Beirut : Dar Sadir li al-Tiba`ah wa al-Nasyr, hlm. 28; al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad b. Ya`qub (t.t), Qamus

al-Muhit, j. 3, Kaherah : Mu‟assasah al-Halabi wa Syarikah li al-Nasyr wa al-Tawzi`, hlm. 331; Al-Razi,

Muhammad b. Abu Bakr (1986), Mukhtar al-Sihhah, Beirut : Maktabah Lubnan, hlm. 13.

5

Mahmud `Abd al-Rahman `Abd al-Mun`im (t.t), Mu`jam al-Mustalahat wa Alfaz al-Fiqhiyyah, j. 1, Kaherah : Dar al-Fadilah, hlm. 332.

6

Ibid.

7

Musatafa `Azami (1988), Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Engku Ibrahim Engku Ismail (terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 7.

8

(4)

4

Dari sudut etimologi, perkataan al-sunnah mempunyai pengertian mengalirkan

sesuatu dengan lancar

(

ةلوهس ىف هدراطإ و

ءًشلا ناٌرج

)9. Ia juga bermaksud al-tariqah

(jalan atau perilaku)10, baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak11. Sabda

Rasulullah S.A.W. :

ِم َلَْسِ ْلْا يِف َّنَس ْنَم

َأ ِرْيَغ ْنِم اَهِب َلِمَع ْنَم ُر ْجَأ َو اَهُر ْجَأ ُهَلَف ًةَنَسَح ًةَّنُس

ْنِم َصُقْنَي ْن

َّنَس ْنَم َو اًئْيَش ْمِه ِروُجُأ

:

ْنِم اَهِب َلِمَع ْنَم ُر ْزِو َو اَهُر ْزِو ِهْيَلَعَف ًةَئِّيَس ًةَّنُس ِم َلَْسِ ْلْا يِف

اًئْيَش ْمِه ِراَز ْوَأ ْنِم َصُقْنَي ْنَأ ِرْيَغ

Maksudnya:

“Barangsiapa yang mempelopori sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya maka dia mendapat pahalanya dan pahala seperti pahala-pahala mereka (yang mengikutinya) tanpa berkurang sedikitpun pahala-pahala mereka. Barangsiapa yang mempelopori sunnah yang buruk lalu diamalkan orang selepasnya maka dia menanggung dosanya dan dosa-dosa seperti dosa mereka tanpa berkurang sedikitpun dosa-dosa mereka”.

Manakala dari sudut terminologi, al-sunnah mengandungi erti; sesuatu yang

disandarkan kepada Rasulullah S.A.W., sama ada yang terdiri daripada

kata-katanya, perbuatan, pengakuan, sifatnya‟12

dan sejarah hidupnya13, sama ada

sebelum kenabian mahupun selepas kenabian14. Ia juga bermaksud jalan yang

9

Abu al-Hasan, Ahmad b. Faris (1970), Mu‟jam Maqayis al-Lughah, c. 2, j. 3, Mesir : Syarikah Maktabah wa Matba`h Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih, hlm. 60.

10

Al- Amidi, Abi al-Hasan `Ali b. Abi `Ali (t.t), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, j. 1, Lubnan : Dar Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 145; Ahmad Amin (1955), Zuhr al-Islam, c. 1, j. 4, Kaherah : Maktabah Nahdah al-Misriyyah, hlm. 96.

11

Muhammad `Ajjaj al-Khatib (2003), Usul al-Hadith : `Ulumuhu wa Mustalahuhu, c. 1, Beirut : Dar al-Fikr, hlm. 13.

12

al-Tahhan, Mahmud, Dr., (t.t) Taysir Mustalah al- Hadith, Riyad : Maktabah al-Ma`arif, hlm. 15. Yang dimaksudkan dengan sifat Nabi ialah sifat-sifat kejadiannya dan sifat-sifat keperibadiannya, lihat Nur al-Din `Itr, Dr. (1997), Manhaj al-Naqd fi`Ulum al- Hadithlm. cet. 3, Beirut & Damsyik : Dar Fikr al-Mu`asir & Dar al-Fikr, hlm. 26.

13

Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri`al-Islami. Kaherah : Maktabah Wahbah, hlm. 72.

14

Muhammad `Abd al-Hadi (1992), Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah Ma`alim al-Intilaqah al-Kubra, c. 4, Kaherah: Dar al-I`lam al-Duwali, hlm. 43.

(5)

5

ditempuh oleh Nabi S.A.W. dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat

dan hawa nafsu15. Di sisi para fuqaha‟, perkataan al-sunnah bermaksud perkara

yang pasti datangnya daripada Nabi S.A.W. yang terdiri daripada perbuatannya dan

percakapannya. Perkataan al-Sunnah tersebut telah digunakan oleh para fuqaha‟

bagi menggambarkan perbuatan yang berlandaskan kepada petunjuk Nabi, dan

al-Sunnah dengan maksud ini merupakan antonim bagi bid`ah16. Walaupun terdapat di

kalangan para pengkaji yang mengatakan bahawa al-Sunnah dan al-hadith pada

pandangan para ahli hadis membawa maksud yang sama17 namun penulis lebih

cenderung untuk mengatakan bahawa terdapat perbezaan yang halus dari sudut

pemaknaan istilahi di antara keduanya di mana ungkapan al-Sunnah sebenarnya

lebih umum daripada ungkapan al-hadith18.

15

Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik: Dar al-Fikr, hlm. 29. Penulis berpendapat bahawa, perkataan al-sunnah tidak patut diterhadkan maknanya sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, bahkan skopnya perlu diperluaskan mencakup gaya dan pendekatan Rasulullah dalam menangani sesuatu isu, dan bukan secara literalnya ia difahami dengan semata-mata merujuk kepada apa yang telah disabdakan, dilaksanakan atau yang ditaqrirkan oleh baginda secara zahir. Sebagai contoh, dalam memahami Hadith al-Jariah, tindakan baginda yang telah

mentaqrirkan iman al-jariah tersebut, perlu dilihat dalam konteks „pendekatan‟ Rasulullah ketika

berhadapan dengan kualiti manusia sedemikian bahkan ia tidak patut difahami secara literal dan mutlak sepertimana yang telah tergambar pada zahir lafaz ucapan baginda sallahu `alaih wasallam

tersebut. Lihat al-Razi, Fakhr al-Din Abi `Abdillah Muhammad b. `Umar b. al-Husain (1993), Asas

al-Taqdis fi `Ilm al-Kalam, c. 1, Beirut: Dar al-Fikr al-Lubnan, hlm. 126.

16

Salih Ahmad al-Khatib (2004), al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Hayah al-Insaniyyah, j. 1, c. 1, Oman: al-Dar al-`Uthmaniyyah, hlm. 22. Dalam konteks penggunaan perkataan al-sunnah ini, sebagai contoh Ibn Hazm telah mengatakan bahawa ahl al-Sunnah merupakan ahl al-Haq dan selain daripada mereka adalah ahl al-Bid`ahlm. Lihat Al-Zahiri, Abi Muhammad `Ali b. Ahmad b. Hazm (1975), al-Fasl

fi al-Milal wa al-Ahwa‟ wa al-Nihal, j. 2, c. 2, Beirut: Dar al-Ma`rifah, hlm. 113.

17

Mohd Napiah Abdullah (1986), Peranan dan Metodologi Hadith, c. 1, Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, hlm. 17; Mohd Napiah Abdullah (1989), Mukhtasar Sejarah

Perkembangan dan Kaedah Penyusunan Hadith, c. 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

hlm. 20.

18

Hammam `Abd al-Rahim Sa`id (2000), al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, c. 4, Oman: Dar al-Furqan, hlm.

11; Ahl al-Hadith merupakan mereka yang hanya berpegang dengan perkataan-perkataan Rasulullah

sallahu `alaih wasallam, manakala Ahl al-Sunnah adalah mereka yang berpegang dengan perkataan

Rasulullah, perbuatannya, adat kebiasaannya bermula dari bi`thah sehingga kewafatan baginda S.A.W. Sufyan al-Thawri merupakan imam di dalam sunnah dan bukan Imam dalam hadithlm. Al-Awzai`e merupakan imam di dalam hadith dan bukan imam dalam sunnah, manakala Anas b. Malik merupakan imam di dalam kedua-duanya sekali. Rujuk Hasan Ibrahim Hasan (1964), Tarikh al-Islam

al-Siyasi wa al-Dini wa al-Thaqafi wa al-Ijtimai`e, c. 7, j. 2, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah,

(6)

6

Maka diketahui bahawa pengistilahan al-sunnah tersebut apabila digunakan,

maka ia merujuk kepada jalan

(ةقٌرط)

yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W yang

terdiri daripada ilmu, amalan, keperibadian, akhlak dan adab yang dipraktikkan dalam segenap urusan kehidupan yang pelbagai. Ibn al-Jawzi telah berpendapat

bahawa istilah ahli sunnah merujuk kepada ahl al-naql wa al-athar yang telah

mengikut Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya. Ini adalah kerana menurutnya,

mereka tidak pernah melakukan perkara-perkara baru dalam agama19. Manakala Ibn

Hazm pula telah berpendapat bahawa ahl al-Sunnah adalah mereka yang terdiri

daripada para sahabat dan semua yang mengikut manhaj mereka; yang terdiri

daripada para tabien, ahl al-Hadith dan pengikut mereka dari kalangan para fuqaha‟

generasi ke generasi sehingga hari ini dan orang awam yang mengikut mereka

(fuqaha‟) di timur mahupun di barat20

. Jika dilihat kepada sejarah penggunaan

perkataan ahli sunnah, terdapat beberapa bukti yang mengaitkan penggunaannya

telah digunapakai sejak kurun yang pertama lagi. Ini berdasarkan ucapan yang telah diungkapkan oleh seorang tokoh muhaddithin yang bernama Sufian al-Thawri iaitu:

ٍب َج َر ُنْبِا ُماَمِلْا ُل ْوُقَي

ُالله ُهَمِحَر

:

....(

َلاَق ْي ِر ْوَّثلا ِناَيِفُس ْنَع َو

(( :

ِلْهَأِب ا ْوُص ْوَتْسِا

ا ًرْي َخ ِةَّنُّسلا

ءاَب َرَغ ْمُهَّنِإَف

))

Maksudnya:

“berwasiatlah dengan ahli sunnah adalah baik kerana mereka adalah golongan yang dagang”

Namun begitu, penggunaan istilah Ahli Sunnah tidak begitu popular

disebabkan golongan yang hidup pada zaman tersebut lebih dikenali dengan

panggilan sahabat, tabien dan tabi‟ tabien. Bahkan, istilah Ahli Sunnah hanya mula

digunakan secara meluas pada awal zaman pemerintahan Khilafah al-`Abbasi (132-232H/749-847M) iaitu bagi membezakan di antara golongan yang mengikut al-Quran

19

Ibn al-Jawzi, Abi al-Faraj `Abd al-Rahman (t.t), Talbis Iblis, Kaherah: Maktabah al-Mutannabi, hlm. 16.

20

(7)

7

dan al-Sunnah yang pada ketika itu dipimpin oleh al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari

dan golongan yang begitu ekstrem menggunakan akal iaitu golongan Mu‟tazilah21

.

Berdasarkan Ilmu al-Isytiqaq22 dalam bidang bahasa, didapati bahawa

perkataan al-jama`ah berasal daripada perkataan al-ijtima`

(عامتجلاا)

yang

bermaksud perhimpunan atau perkumpulan. Antonim bagi kata al-jama`ah adalah

al-firaq (قرفلا) yang bermaksud perpecahan23. Jika disorot dari sudut etimologi, ia

merujuk kepada satu himpunan ataupun kumpulan manusia24 dan kumpulan tersebut

mengandungi jumlah yang besar25. Manakala dari sudut terminologi, ungkapan

al-jama`ah di sisi para ulama usul al-din merujuk kepada mereka yang mengikuti majoriti umat Islam, iaitulah yang terdiri daripada mereka yang mengikuti jalan yang

telah dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda26.

Jika diteliti kepada beberapa buah hadis yang mempunyai keterikatan

terhadap pendefinisian perkataan al-jama`ah ini, maka didapati bahawa para ulama

telah berselisih pendapat dalam menetapkan maksud al Jamaah dari sudut

terminologi, di kalangan mereka telah berpendapat bahawa perkataan al-jama`ah

tersebut merujuk kepada para sahabat tanpa selain daripada mereka27. Ini adalah

kerana mereka telah mendirikan tiang agama. Selain itu, mereka juga

selama-lamanya tidak akan berhimpun dalam kesesatan28. Pemaknaan versi ini adalah selari

dengan riwayat yang lain iaitulah sabda Rasulullah S.A.W. :

21

Hasan Ibrahim Hasan (1964), op.cit., hlm. 162.

22

`Ilm al-Isytiqaq merupakan suatu ilmu yang digunakan untuk menyusurgalurkan (mencari asal)

sesuatu kalimah daripada sesuatu kalimah yang lain berdasarkan kepada kaedah-kaedah sorof ( غوص فرصلا نٌناوق بسح ىلع ىرخأ نم ةملك). Lihat Ibrahim Mustafa, et.al (t.t), al-Mu`jam al-Wasit, j. 1, Istanbul : al-Maktabah al-Islamiyyah, hlm. 489.

23

Al-Misri, Muhammad `Abd al-Hadi (1991), op.cit., hlm. 45.

24

Ibn Manzur (1952), Lisan al-`Arab, j. 8, Beirut: Dar Sadir li al-Tiba`ah wa al-Nasyr, hlm. 53.

25

Jama`ah min Kibar al-Lughawiyyin al-`Arab (t.t), al-Mu`jam al-`Arabi al-Asasi, (t.t.p) : Larus, hlm. 262.

26

Al-Harari, `Abdullah b. Muhammad (1998), al-Matalib al-Wafiyyah Syarh al-`Aqidah al-Nasafiyyah, c. 3, Beirut : Dar al-Masyari` li al-Tiba`ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi`, hlm. 17.

27

Al-Misri, Muhammad `Abd al-Hadi (1991), op.cit., hlm. 46.

28

(8)

8

ا ًرْيِثَك ًافلَِت ْخِا ْى َرَيَسَف ْمُكْنِم ْشِعَي ْنَم

ا َنْيِد ِشا َّرلا ِءاَفَلُخْلا ِةَّنُس َو ْيِتَّنُسِب ْمُكْيَلَعَف

َنْيِّيِدْهَمْل

ْحُم َّلُك َّنِإَف ، ِر ْوُمُلأا ِتاَثَد ْحُم َو ْمُكاَّيِإ َو ، ِذِجا َوَّنلاِب اَهْيَلَع ا ْوُّضَع َو ، اَهِب ا ْوُكَّسَمَتَف

ٍةَثَد

ةَللَ َض ٍةَعْدِب َّلُك َو ، ةَعْدِب

Maksudnya:

“Sesiapa yang hidup dari kalangan kamu (wahai sahabatku) selepas kewafatanku maka akan terlihat perpecahan yang banyak, maka hendaklah kamu sentiasa dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang diberi pedoman, berpeganglah kamu dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham (kinayah ini bermaksud berpegang dengan teguh). Awaslah kamu daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan, sesungguhnya tiap-tiap yang direka adalah bid`ah dan setiap bid`ah adalah sesat”29

.

Maka ini juga sekaligus akan memasukkan mereka yang telah melakukan ijtihad dalam urusan agama selagi mana mereka tidak tergelincir dari garisan yang

telah dilakarkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya30. Hal ini adalah,

berdasarkan firman Allah:



































Maksudnya:

“dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

Surah al-Baqarah (02): 143

Perkataan ummatan wasatan di dalam ayat tersebut telah ditafsirkan oleh

al-Bukhari sebagai ahli ilmu. Manakala Muslim telah mentafsirkannya sebagai mereka

29

Hadis ini elah diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi dan beliau telah menilai hadis ini sebagai hadis hasan sahihlm.

30

(9)

9

yang merupakan ahli dalam bidang ilmu, fiqh dan hadis. Maka atas pendapat ini,

kata al-jama`ah merujuk kepada golongan ahli sunnah yang terdiri daripada para

ilmuwan (al-`alimun) orang yang arif (al-`arifun) dan orang yang mampu berijtihad (

al-mujtahidun). Maka terkeluar dari pemaknaan tersebut golongan yang melakukan

bid`ah (ahl al-bid`ah)31.

Manakala, apabila ketiga-tiga suku kata tersebut digabungkan menjadi satu

istilah, maka istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut [setelah lahirnya Abu al-Hasan

al-Asy`ari (260-330H) dan Abu Mansur al-Maturidi (238-333H)] adalah merujuk kepada mereka yang telah berada di atas manhaj yang diperkenalkan oleh golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah dari sudut akidah. Hal ini adalah suatu yang masyhur dalam kalangan majoriti para ulama ketika mengidentifikasikan golongan yang dinamakan sebagai ASWJ ini.

Secara asasnya, ajaran akidah yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda telahpun termaktub kemas di dalam al-Quran dan al-Hadith. Namun, pada ketika itu, tidak ada suatu metod penyampaian akidah yang tersusun

serta sistematik, berasaskan hujah-hujah tekstual dan akliah32. Maka pada zaman

yang seterusnya pengajian tentang aqidah ini telah disusun dengan cara yang lebih sistematik oleh dua orang ulama‟ yang mahir dan pakar dalam bidang Usuluddin iaitu al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi agar mudah difahami. Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam pada zaman mereka dan pada zaman selepasnya, maka penyebutan ASWJ sering dikaitkan dengan kedua-dua ulama‟ ini.

31

Ibid.

32

Ahmad Amin (1952), Duha al-Islam, j. 2, c. 3, Kaherah : Matba`ah Lujnah al-Ta‟lif wa al-Tarjamah

(10)

10

Murtada al-Zabidi telah berkata di dalam kitabnya “Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin” yang

merupakan syarah bagi kitab “Ihya‟ `Ulumiddin” karangan al-Imam Al-Ghazzali33

:

"

ُةٌَِّدٌْ ِرُتاَمْلا َو ُةَرِعاَشَلأا ْمِهِب ُداَرُمْلاَف ِةَعاَمَجْلا َو ِةَّنُّسلا ُلْهَأ َقِلْطُأ اَذِإ

."

Maksudnya:

"Apabila disebut Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah)".

Manakala Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn `Abidin al-Hanafi

(W 1252 H) pula telah berkata di dalam kitabnya “Radd Mukhtar `ala Durar

al-Mukhtar” 34 :

"

ُهُل ْوَق

(

اَن ْدَقَت ْعُم ْن َع

)

َّمَع ْيَأ

ِّلُك ىَل َع ُهُداَقِت ْعا ُبِجٌَ اَّمِم ِةٌَِّع ْرَفْلا ِلِئاَسَمْلا ِرٌَْغ ْنِم ُدِقَتْعَن ا

ٌَِّدٌْ ِرُتاَمْلا َو ُةَرِعاَشَلأا ْمُه َو ِةَعاَمَجْلا َو ِةَّنُّسلا ُلْهَأ ِهٌَْلَع اَم َوُه َو ،ٍدَحَأ ِدٌِْلْقَت لاِب ٍفَّلَكُم

ْمُه َو ،ُة

ًِْف لاِإ َن ْوُقِفا َوَتُم

ِهِّل َحَم ًِْف َنٌَْباَمَك ًِّ ِظْفَّللا ِفلاِخْلا ىَلِإ ْمُهُضْعَب اَهَعَج ْرَأ ٍةَرٌِْسٌَ َلِئاَسَم

"

.

Maksudnya:

"Bererti: Iaitu pada apa yang kami beriktiqad pada bukan masalah-masalah cabang (iaitu masalah-masalah akidah), daripada perkara yang wajib beriktiqad oleh setiap mukallaf tanpa taklid seseorang ialah atas jalan Ahli sunnah wal Jamaah dan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu Hassan Asy`ari) dan Maturidiyyah (pengikut Abu Mansur al-Maturidi) Dan mereka saling bersepakat (dari sudut pendapat) kecuali pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka sebagai khilaf lafzi sahaja sebagaimana mereka menerangkannya di tempat perbincangannya".

Sementara itu, Dr. Ali Juma`ah telah menjelaskan mazhab ASWJ sebagaimana

katanya :35

33 Al-Zabidi, Muhammad b. Muhammad al-Husaini (1989),

Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin, j. 2, c. 1, Beirut

: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 9.

34 Ibn `Abidin, Muhammad Amin (1995),

Hasyiah Radd al-Mukhtar, , j. 1, Beirut : Dar al-Fikr, hlm. 52.

35 `Ali Jum`ah (2005),

al-Bayan lima Yusyghiluhu al-Azhan, Kaherah : Muqatam li Nasyr wa

(11)

11

"

ِةَعاَم َجْلا َو ِةَّنُّسلا ِلْهَأ ُبَهْذَم

ُةٌَِّدٌْ ِرُتاَمْلا َو ُةَرِعاَشَلأا

ِمْلِع ِبا َوْبَأ ِعٌِْمَج ًِْف ٌح ِضا َو ٌبَهْذَم

َو ،ِللهاِب ِناَمٌِْلإا ًِْف ًةَلَأْسَم ِبَهْذَمْلا َةَقٌِْقَح ا ْوُلَهَج ْنَم ُهُرِكْنٌُ اَم َرَثْكَأ َّنِكَل َو ،ِدٌِْح ْوَّتلا

ِه

ًَ

ُقَّلَعَتَت

(

ِالل ىَلِإ ِتاَفاَضِلإا

)

ْىَّمَسٌُاَم ْوَأ ،

(

ِةٌَّ ِرَبَخْلا ِتاَفِّصلا

)

.

Maksudnya:

"Mazhab ahli sunnah wal Jamaah al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah- adalah mazhab yang jelas pada keseluruhan bab-bab tauhid, namun ramai orang yang mengingkarinya (iaitulah) orang-orang yang jahil terhadap hakikat mazhab tersebut pada masalah iman kepada Allah dan ia berkaitan dengan (al-Idafat/ perkara-perkara yang disandarkan kepada Allah) atau apa yang dinamakan sebagai (sifat-sifat al-Khabariyyah)".

Justeru, aqidah yang benar dan diyakini oleh para ulama‟ salaf al-soleh

adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah. Ini adalah kerana pada hakikatnya kedua-dua tokoh ini tidak melakukan suatu pekerjaan bid`ah

di dalam agama, bahkan mereka hanyalah meneruskan perjuangan para salaf

al-saleh dalam menyebarkan akidah yang dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W.36 dan menyusun secara sistematik dan menjelaskan akidah tersebut kepada umat

Islam. Aqidah ASWJ adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, dan

telah diijma`kan oleh para pemuka mazhab Syafi`e, Maliki, Hanafi, serta pendokong

utama mazhab Hanbali (ةلبانحلا ءلاضف)37

.

Latar Belakang Kelahiran Syiah Imamiyyah

Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau kelompok

manusia (firqah wa jama`ah)38. Perkataan Syiah apabila disandarkan kepada

seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya (atba`uh wa

36 Al-Zabidi (1989),

op.cit., hlm. 9; Ahmad Amin (1955), op.cit., hlm. 99.

37

Ibid.

38

(12)

12

ansaruh)39. Sebagai contoh; “Syiah Ali” bermaksud “pengikut dan penyokong Ali”. Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan satu frasa yang digunakan bagi merujuk kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga

orang Khalifah al-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai

pengganti Nabi Muhammad S.A.W. yang sah40. Ia juga merujuk kepada suatu

kelompok yang besar dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai dan mengasihi Sayyidina Ali dan ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka

adalah orang yang paling berhak mewarisi kepimpinan (al-imamah)41.

Menurut Muhammad Abu Zuhrah, Syiah merupakan sebuah mazhab politik

yang paling lama wujud di dalam Islam (aqdam madhahib siyasiyyah

al-islamiyyah)42. Mereka muncul di hujung era pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan dan berkembang pada era pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib. Dalam mendefinisikan istilah Syiah, Ibn Hazm telah berpendapat bahawa perkataan Syiah adalah merujuk kepada mereka yang bersepakat dengan golongan Syiah dalam mengatakan bahawa Sayyidina Ali merupakan orang yang paling afdal selepas Rasulullah S.A.W. dan individu yang paling berhak dalam memimpin umat Islam. Menurut beliau lagi, sesiapa yang tidak sealiran dalam dakwaan tersebut, maka

orang tersebut bukanlah daripada kalangan Syiah43. Secara umumnya, selain

mendakwa bahawa Sayyidina Ali bahawa merupakan seorang sahabat yang paling afdal dalam kalangan para sahabat yang lain, mereka juga turut bersepakat bahawa

Sayyidina `Ali adalah merupakan pengganti yang telah dipilih (al-khalifah al-mukhtar)

39

Ibid.; Lihat Ibn Manzur, Lisan al-`Arab di bawah daftar kata “Sy-ya-`ain”, j. 33, Beirut : Dar Sadir li

al-Tiba`ah wa al-Nasyr, hlm. 188-189; Lihat juga Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t), Muqaddimah Ibn Khaldun, Beirut : Dar al-Jayl, hlm. 217.

40

Lihat Kamus Dewan di bawah entri “syiah”, Hajah Noresah bt. Baharom, et.al (2007), Kamus Dewan

Edisi Keempat, c. 2, Selangor : Dawama Sdn., Bhd., hlm. 1560

41

Ibrahim Mustafa, et.al (t.t), op.cit., hlm. 503.

42

Muhammad Abu Zuhrah (1996), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, Kaherah : Dar al-Fikr al-`Arabi, hlm. 32.

43

Abu Muhammad `Ali b. Muhammad b. Hazm (t.t), al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa‟ wa al-Nihal, j. 2, Beirut : Dar al-Ma`rifah, hlm. 89-90.

(13)

13

oleh Nabi Muhammad S.A.W. 44 secara nas45. Maka, oleh sebab itu, Tusi dan

al-Mufid (dua tokoh besar Syiah) telah mengeluarkan sebahagian daripada golongan

Syiah al-Zaidiyyah daripada kelompok Syiah kerana mereka tidak mengakui khilafah

Ali secara nas46. Ibn Abi al-Hadid, seorang tokoh Syiah yang moderate berpendapat

bahawa, terdapat beberapa orang sahabat yang telah bersependapat dengan golongan Syiah dalam melebihkan Sayyidina Ali daripada para sahabat yang lain. Mereka yang dimaksudkan adalah; `Ammar b. Yasir, al-Miqdad b. al-Aswad, Abu Dhar al-Ghiffari, Salman al-Farisi, Jabir b. `Abdullah, Ubay b. Ka`ab, Hudhaifah, Buraidah, Abu Ayyub al-Ansari, Sahl b. Hunaif, `Uthman b. Hunaif, Abu al-Haitham b. al-Tihan, Abu al-Tufail `Amir b. Wailah, al-`Abbas b. `Abd al-Muttalib dan seluruh

Bani Hasyim47. Menurut Abu Hanifah, asas akidah yang dianuti oleh golongan Syiah

secara umum adalah menyesatkan para sahabat radiyallahu `anhum ajma`ien48.

Manakala menurut al-Haytami, Syiah al-Rafidah telah mengkafirkan para sahabat

disebabkan mereka telah menolak nas pengangkatan Sayyidina Ali sebagai imam49.

Berpandukan sejarah yang melatari kelahiran golongan ini, sebahagian cendekiawan Barat telah berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan pengaruh Parsi yang telah menyerap masuk ke dalam Islam menerusi pengislaman orang-orang Parsi pada ketika itu. Ini kerana, orang Parsi berpegang dengan

44

Ibid. Al-Asy`ari pula telah berpendapat bahawa gelaran “Syi`ah” ini digunakan bagi merujuk kepada

kelompok Syi`ah adalah disebabkan mereka mengikut Sayyidina `Ali (اٌلع اوعٌاش) dan mengutamakan beliau dalam kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W., bahkan mereka turut beriktikad bahawa Sayyidina `Ali telah dilantik menjadi khalifah beradasrkan nas daripada Rasulullah sendiri. Lihat al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musallin, Suntingan Muhammad Muhy al-Din b. `Abd al-Hamid, c. 2, j. 1, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm. 65; Al-Qafari, Nasir b. `Abd Allah (1998), Usul Madhhab al-Syi`ah al-Imamiyyah al-Ithna Asyriyyah:

`Ard wa Naqd, j. 1, c. 3, t.t.p. : Dar al-Rida wa al-Tawzi`, hlm. 60.

45

al-Syahrastani Abu al-Fath Muhammad b. `Abd al-Karim (1976), al-Milal wa al-Nihal, j. 1, Suntingan Muhammad Sayyid Kaylani, Mesir : Syarikah Maktabah wa Matba`ah Mustafa al-Babi al-Halabi, hlm. 146.

46

Al-Qafari (1998), op.cit., hlm. 60.

47

Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit., hlm. 32.

48

Perkatan Abu Hanifah tersebut telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi, kemudian dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Haytami di dalam kitab beliau. Rujuk al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd

`ala Ahl al-Bid`ie wa al-Zindiqah, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 68.

49

(14)

14

pegangan bahawa pemerintah adalah berdasarkan salasilah beraja dan kerusi pemerintahan tersebut adalah diwarisi kerana mereka tiada pengetahuan tentang sistem pemilihan khalifah. Maka, berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya Rasulullah S.A.W., maka peribadi yang paling layak menurut mereka untuk menggantikan Rasulullah S.A.W. dalam menguruskan ummah adalah Sayyidina Ali

b. Abi Talib disebabkan Rasulullah S.A.W. tidak mempunyai anak lelaki50. Sesiapa

yang mengambil jawatan tersebut, seperti Sayyidina Abu Bakr, Umar dan Uthman, maka individu tersebut menurut mereka telah merampas jawatan tersebut yang menjadi miliknya. Bagi mereka juga, ketaatan terhadap Imam adalah kewajipan yang

terawal. Ini adalah kerana, taat kepada imam turut bermaksud taat kepada Allah51.

Namun, terdapat juga para ulama‟ yang berpendapat bahawa golongan ini lahir hasil daripada perancangan Yahudi disebabkan usaha yang telah dilakukan oleh `Abdullah b. Saba‟ yang cuba melebihkan Sayyidina Ali daripada sahabat-sahabat yang lain dan mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan

Sayyidina Ali52. Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah timbul

pada akhir pemerintahan Sayyidina Uthman dan ia semakin berkembang ketika zaman pemerintahan Sayyidina Ali. Hal ini disebabkan, ketika Sayyidina Ali bercampur dengan umat Islam dalam melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan

para sahabat telah berasa ta`ajjub terhadap kehebatan kepimpinannya dan

kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh sebab itu, mereka menyebarkan pemikiran mereka yang ada kalanya melampau dan adakalanya

bersifat mu`tadil53.

50

Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah (1995), al-Firaq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah : Madkhal wa Dirasah, c. 2, Kaherah : Maktabah Wahbah: hlm. 139.

51

Ahmad Amin (1978), Fajr al-Islam, c. 12, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm. 277.

52

Ibid; Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah : Maktabah al-Anjalu al-Misriyyah, hlm. 153.

53

(15)

15

Pecahan Golongan Syiah

Kelompok Syiah terpecah kepada beberapa kumpulan besar. Mereka terdiri daripada kelompok yang melampau dalam pegangan, kelompok yang lebih bersikap sederhana, dan kelompok yang bersikap pertengahan di antara kedua-dua kelompok

yang awal tersebut54. Umumnya, para ulama‟ telah membahagikan Syiah kepada

tiga kelompok yang terbesar55. Antara kelompok Syiah tersebut adalah Syiah yang

melampau (al-Ghaliyah)56, Syiah al-Imamiyyah dan Syiah al-Zaidiyyah57. Daripada

54

Ibid., hlm. 37.

55

Walaubagaimanapun, al-Syahrastani dalam hal ini, telah membahagikan Syiah kepada lima kelompok yang terbesar iaitu : Kaisaniyyah, Zaidiyyah, Imamiyyah, Ghulat dan al-Isma`iliyyahlm. Rujuk al-Syahrastani Abu al-Fath Muhammad b. `Abd al-Karim (1976), op.cit., hlm. 173.

56

Syiah al-Ghaliyah merupakan golongan Syi`ah yang melampau dalam membesarkan Sayyidina Ali. Selain mengangkat darjat Sayyidina Ali melebihi darjat kenabian, mereka turut berpegang dengan iktikad al-hulul dan tanasukh al-arwah dengan mendakwa bahawa Allah menyerap masuk ke dalam jasad Nabi Muhammad, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimahlm. Mereka turut mendakwa bahawa imam-imam mereka adalah tuhan dan menyembahnya, manakala para pengikutnya adalah hamba bagi tuhan tersebut. Di samping itu, mereka mengingkari hari kiamat, syurga dan neraka dan berkeyakinan bahawa dunia ini tidak akan binasa. Mereka juga telah menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah seperti perempuan-perempuan ajnabi, daging khinzir, arak dan judi. Menurut Asy`ari, kelompok Syiah Ghaliyah ini terpecah kepada lima belas kelompok iaitu; Bayaniyyah, Janahiyyah, Harbiyyah, Mughiriyyah, Mansuriyyah, Khattabiyyah, Ma`mariyyah, Bazighiyyah, `Umayriyyah, Mufaddaliyyah, 11 (tiada nama), 12 (tiada nama), al-Syari`iyyah, al-Saba‟iyyah dan 15 (tiada nama). Untuk keterangan lanjut, rujuk; al-Asy`ari (1969),

op.cit., hlm. 66-88.

57

Golongan Syiah al-Zaidiyyah merupakan pengikut Zaid b. `Ali b. al-Husain b. `Ali b. Abi Talib. Mereka merupakan golongan Syi`ah yang paling hampir dengan ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan tidak mengkafirkan para sahabat. Ini adalah kerana, mereka berpegang dengan konsep ةمامإ زاوج لضفلأا ماٌق عم لوضفملا. Berdasarkan pegangan ini juga, mereka tidak mengkafirkan dan tidak melaknat Abu Bakr dan Umar. Selain berpegang dengan konsep al-taqiyyah, mereka tidak mendakwa imam-imam mereka maksum dan tidak juga mendakwa bahawa imam-imam-imam-imam mereka mampu menghilangkan diri seperti mana yang telah diiktikadkan oleh golongan Isma`iliyyahlm. Golongan ini terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu; al-Jarudiyyah (pengikut Abi al-Jarud), al-Sulaymaniyyah (pengikut Sulaiman b. Jarir al-Zaidi) –turut dikenali sebagai al-Jaririyyah- dan al-Butriyyah pengikut al-Hasan b. Saleh b. Hayy). Menurut al-Baghdadi, golongan al-Butriyyah dan al-Sulaimaniyyah menghukum kafir terhadap golongan al-Jarudiyyah disebabkan golongan al-Jarudiyyah mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar, manakala Jarudiyyah pula telah menghukum kafir terhadap golongan al-Sulaimaniyyah dan al-Butriyyah disebabkan mereka tidak mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar. Walau bagaimanapun ketiga-tiga golongan Syiah ini bersepakat dalam mengatakan bahawa pelaku dosa besar akan kekal selama-lamanya di dalam neraka. Dalam hal ini, pendapat

(16)

16

tiga kelompok tersebut, terdapat banyak lagi kelompok Syiah yang terpecah daripadanya. Dari sudut taburan, kebanyakan penganut Syiah al-Imamiyyah berada

di Iraq, Iran, India, Bahrain, Kuwait, Syria dan Afghanistan58. Penganut-penganut

Syiah al-Zaidiyyah pula ramai terdapat di Yaman59. Manakala Syiah yang melampau,

golongan ini telah pupus60.

Menurut al-Asy`ari, gelaran “al-Imamiyyah” digunakan bagi merujuk kelompok

Syiah al-Imamiyyah disebabkan mereka mendakwa bahawa kepimpinan Sayyidina

Ali merupakan suatu perkara yang telah dinaskan

( ىلع صنلاب مهلوقل ةٌماملإاب نوعدٌ مهو

بلاط ًبأ نب ىلع ةمامإ

). Mereka juga telah dinamakan sebagai Syiah “al-Rafidah”

kerana mereka menolak kepimpinan (imamah) Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina

Umar61. Selain itu, menurut Ibn Khaldun, perkataan “al-Imamiyyah” digunakan bagi

merujuk golongan Syiah al-Imamiyyah kerana mereka memasukkan keyakinan

terhadap imam sebagai salah satu daripada syarat keimanan62. Para imam tersebut

di sisi mereka berjumlah seramai 12 orang yang berketurunan Sayyidina Ali b. Abi

Talib63. Imam-imam tersebut adalah Ali b. Abi Talib (al-Murtada), al-Hasan b. Ali (

al-Mujtaba), al-Husain b. Ali (al-Syahid), `Ali Zayn al-`Abidin b. al-Husain (al-Sajjad),

mereka tersebut didapati selari dengan golongan Khawarij. Menurut Abu Zuhrah, al-Zaidiyyah terbahagi kepada dua; aliran Mutaqaddimin dan Muta‟akhkhirin. Golongan Syi`ah aliran al-Mutaqaddimin tidak termasuk dalam kelompok Rafidah kerana mereka masih mengiktiraf „imamah‟ Abu Bakr dan Umar. Manakala golongan Syiah aliran al-Muta‟akhkhirin termasuk dalam kelompok Rafidah kerana mereka menolak „imamah‟ kedua-dua tokoh tersebut. menurutnya lagi, Syiah al-Zaidiyyah yang kini berada di Yaman lebih hampir kepada Syiah al-al-Zaidiyyah aliran al-Mutaqaddimin. Untuk huraian lanjut, rujuk Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, j. 3, c. 12, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm. 275-276; al-Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad (t.t), al-Farq

bayn al-Firaq, Mesir : al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, hlm. 31; Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit.,

hlm. 46.

58

Abd al-Halim Mahmud (1963), op.cit., hlm. 165, 170.

59

Ibid., hlm. 165.

60

Ibid., hlm. 164.

61

al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), op.cit., hlm. 88-89. Hal ini turut dicatatkan oleh Ibn Khladun dalam Muqaddimahnya. Lihat Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t),

op.cit., hlm. 219; `Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah :

Maktabah al-Anglo al-Misriyyah, hlm. 168.

62

Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 218.

63

(17)

17

Muhammad al-Baqir (al-Baqir), Ja`far al-Sadiq b. Muhammad al-Baqir (al-Sadiq),

Musa al-Kazim b. Ja`far (al-Kazim), `Ali al-Rida (al-Rida), Muhammad b `Ali

al-Jawwad (al-Taqiy), `Ali al-Hadi (al-Naqiy), al-Hasan al-`Askari (al-Zakiy) dan

Muhammad b. al-Hasan al-Imam al-Mahdi al-Muntazar (Hujjah Qa‟im

al-Muntazar)64.

Kelompok Syiah ini menurut al-Isfirayinni telah terpecah kepada lima belas aliran kecil yang masing-masing menisbahkan gelaran aliran mereka mengikut nama pengasas aliran masing-masing. Di antaranya adalah; Kamiliyyah, Muhammadiyyah, Baqiriyyah, Nawusiyyah, Syumaitiyyah, Isma`iliyyah, al-Musawiyyah, al-Mubarikiyyah, al-Qat`iyyah (al-Ithna `Asyariyyah), al-Hisyamiyyah (pengikut Hisyam b. al-Hakam al-Rafidi) , al-Hisyamiyyah (pengikut Hisyam b. Salim

al-Jawaliqi), al-Zarariyyah, al-Yunusiyyah dan al-Syaitaniyyah65.

Walaubagaimanapun, penulis hanya akan menumpukan perbincangan di sekitar Syiah al-Imamiyyah Ithna `Asyariyyah dan Isma`iliyyah sahaja.

Menurut `Abd al-Halim Mahmud, ada di antara aliran Syiah al-Imamiyyah yang

dikenali sebagai aliran “al-Ithna `Asyariyah”. Ini disebabkan kepimpinan imam-imam

mereka adalah berantaian (tasalsul al-a‟immah) bermula daripada Sayyidina Ali b.

Abi Talib sehinggalah imam kedua belas iaitu Muhammad b. al-Hasan b. Ali yang

didakwa oleh mereka sebagai al-Imam al-Mahdi al-Muntazar66. Manakala, Syiah

64

Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit., hlm. 276; al-Syahrastani (1976), op.cit., hlm. 173.

65

Al-Isfirayinni. Abu al-Muzaffar (1940), al-Tabsir fi al-Din, c. 1, t.t.p : Matba`ah al-Anwar, hlm. 21-24. Al-Baghdadi turut membahagikan Syi`ah Imamiyyah kepada lima belas pecahan. Rujuk al-Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad, (t.t), op.cit., hlm. 42. Namun, al- Asy`ari pula telah membahagikan Syi`ah al-Imamiyyah ini kepada dua puluh empat aliran yang berbeza. Untuk maklumat lanjut berhubung pengasas dan pegangan bagi setiap aliran tersebut, lihat al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), op.cit., hlm. 88-104.

66

`Abd al-Halim Mahmud (1963), op.cit., hlm. 166. Menurut Abu Zuhrah, mereka dinamakan sebagai Syi`ah al-Ithna `Asyariah adalah disebabkan mereka berpendapat bahawa kepimpinan umat Islam adalah milik zuriat Fatimah al-Zahra‟ daripada sesepuh al-Husain. Imam di sisi mereka hanya terhad kepada dua belas orang sahaja dan kesemua mereka itu dinamakan sebagai al-awsiya‟ (ءاٌصولأا). Ini adalah kerana setiap imam tersebut dilantik menjadi imam berdasarkan kepada wasiat yang dibuat oleh imam yang sebelumya, dan wasiat tersebut merupakan suatu yang telah dinaskan oleh Nabi

(18)

18

Isma`iliyyah pula dinamakan sedemikian disebabkan di sisi mereka imam yang ketujuh setelah al-Imam Ja`far al-Sadiq adalah al-Imam Isma`il yang merupakan

abang kepada al-Imam Musa al-Kazim67. Selain itu, mereka turut dinamakan sebagai

golongan “al-Batiniyyah”68

kerana mereka percaya bahawa; harus untuk imam menyembunyikan diri daripada umum ketika mereka tiada kekuatan untuk berdepan

dengan musuh-musuh mereka (

روتسملا يأ نطابلا ماملأاب نولوقٌ).

Golongan Syiah

Isma`iliyyah ini adalah majoriti kelompok Syiah di India69. Mereka juga terdapat di

Pakistan, Selatan dan Timur Afrika70.

Menurut Abu Zuhrah, dasar pemikiran golongan Syiah adalah konsep

al-imamah71. Menurut mereka, al-Imamah itu bukan suatu perkara yang menjadi masalah ummah yang diserahkan pemilihannya kepada ummah, bahkan ia merupakan rukun agama dan pasak kepada Islam. Ia tidak harus dilalaikan oleh Rasulullah S.A.W dan tidak harus ditinggalkan penentuannya kepada pemilihan yang dilakukan oleh ummah sendiri. Bahkan Rasulullah S.A.W. wajib menentukan imam-imam pengganti kepada umat Islam dan imam-imam-imam-imam tersebut adalah maksum daripada dosa kecil dan besar. Selain itu, antara lain yang menjadi dasar pemikiran

mereka adalah konsep al-wasiyyah di mana berdasarkan konsep ini, mereka

mendakwa Sayyidina Ali adalah khalifah yang sebenar disebabkan beliau telah

diwasiatkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjadi khalifah72. Ibn Khaldun juga telah

merumuskan beberapa dasar pemikiran mereka, antara lain adalah; Imamah merupakan suatu kewajipan yang perlu ditentukan oleh Rasulullah S.A.W. ke atas umat Islam. Ia merupakan rukun agama dan bukan berkait dengan masalah ummah

Muhammad sallahu `alayh wasallam kepada mereka. Lihat Muhammad Abu Zuhrah (1996), op.cit.,

hlm. 276.

67

Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, c. 9, j. 3, Kaherah : Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, hlm. 213.

68

Ibid. Lihat juga Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 222.

69

Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 213.

70

Abd al-Halim Mahmud (1963), op.cit., hlm. 164.

71

Muhammad Abu Zuhrah (1980), Tarikh al-Jadal, Kaherah : Dar al-Fikr al-`Arabi, hlm. 119 dan Ibn Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 217.

72

(19)

19

yang boleh ditentukan sendiri oleh ummah. Kedua: imam mestilah maksum daripada melakukan dosa kecil dan besar. Ketiga: Sayyidina Ali merupakan imam yang telah dinaskan oleh Rasulullah S.A.W., yang akan memimpin ummah selepas kewafatan

baginda dan beliau merupakan sahabat yang paling afdal73.

Menurut al-Isfirayinni, sebahagian daripada pengikut kedua-dua golongan Syiah al-Imamiyyah dan al-Zaidiyyah, saling mengkafirkan di antara satu sama lain. Beliau menambah lagi, kesemua aliran Syiah al-Imamiyyah bersepakat mengkafirkan para sahabat selain bersikap prejudis terhadap al-Quran, kerana bagi mereka naskah al-Quran yang ada kini telah berlaku tokok tambah dan pengurangan. Mereka mendakwa, nas perlantikan Sayyidina Ali sebagai imam sebenarnya terdapat di dalam al-Quran, namun para sahabat telah membuangnya daripada al-Quran. Mereka juga turut mendakwa bahawa al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W tidak boleh dijadikan pegangan. Hal ini turut membawa kepada penafian mereka terhadap syariat yang menjadi pegangan umat Islam keseluruhannya. Natijahnya, mereka

telah melakukan penyelewengan terhadap syariah

(ةعٌرشلا فٌرحت)

dengan

menghalalkan apa yang dihukum haram di sisi syara‟ dan mengharamkan apa yang dihukum halal menurut syara` seperti perbuatan menghalalkan nikah mut`ah, liwat

isteri dan kanak-kanak, arak, judi, menghalalkan makan bangkai dan sebagainya74.

Beberapa Aspek Perbezaan di antara Fahaman Ahli sunnah Wal Jamaah dengan Fahaman Syiah al-Imamiyyah

Dalam huraian yang selanjutnya, penulis akan cuba menghuraikan beberapa aspek perbezaan yang ketara di antara fahaman ASWJ dan fahaman Syiah al-Imamiyyah.

Aspek-aspek tersebut merangkumi konsep al-Imamah, rukun iman, relevansi

73

Ibn Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 217.

74

Al-Isfirayinni (1940), op.cit., hlm. 24-25; al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), op.cit.,hlm. 67 & 75.

(20)

20

pemilihan Abu Bakr, konsep al-`Ismah dan al-Raj`ah. Perbezaan ini akan membawa

implikasi penolakan ASWJ secara total terhadap golongan Syiah al-Imamiyyah berdasarkan hujah-hujah ilmiah yang dikemukakan oleh beberapa pemuka aliran al-Asy`irah seperti al-Asy`ari, al-Amidi, Ghazzali, al-Razi dan Ibn Hajar al-Haytami.

Konsep al-Imamah (al-Wasi)

Al-Imamah merupakan suatu pegangan yang telah menjadi salah satu iktikad golongan Syiah. Mereka mendakwa bahawa hak memerintah setelah Nabi Muhammad S.A.W. adalah milik Sayyidina Ali dan keturunannya daripada zuriat

Sayyidatina Fatimah al-Zahra‟75. Ia merupakan salah satu daripada rukun iman yang

penting sehingga iman seseorang dianggap tidak sah melainkan setelah menerima

konsep al-imamah ini. Perkara ini merupakan khilaf terbesar di antara golongan

ASWJ dengan golongan Syiah76. Hal ini disebabkan, imamah di sisi ASWJ adalah

sabit berdasarkan persetujuan (al-ittifaq) dan pemilihan (al-ikhtiyar) yang dilakukan

oleh umat Islam77. Sebagai contoh, dalam menjelaskan perbezaan di antara rasul,

imam dan nabi, mereka mengatakan bahawa :

عمسٌو هارٌف لٌربج هٌلع لزنٌ ىذلا وه لوسرلا نأ ماملإاو ًبنلاو لوسرلا نٌب قرفلا

،مٌهاربإ اٌؤر وحن همانم ًف ىأر امبر ،ًحولا هٌلع لزنٌو هملاك

عمس امبر ًبنلاو

صخشلا يرٌ لاو ملاكلا عمسٌ يذلا وه ماملإاو ،عمسٌ ملو صخشلا ىأر امبرو ملاكلا

. Maksudnya : 75

Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqa‟id al-Islmiyyah, Beirut : Dar al-Qur‟an al-Karim, hlm. 341.

76

Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 213. Dalam hal ini, mereka telah menjadikan ayat al-Quran yang berbunyi:               Maksudnya:

“dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan

menerima kitab-kitab ugama”

Surah al-Hadid (57): 26

77

(21)

21

“Perbezaan di antara rasul, nabi dan imam (adalah) bahawa rasul merupakan seorang yang bertemu dengan Jibril dan mereka melihat dan mendengar suara Jibril dan wahyu turun kepadanya dan kadang-kadang mereka melihat Jibril di dalam mimpi mereka seperti yang dialami oleh Nabi Ibrahim. Dan Nabi kadang-kadang mendengar suara (Jibril)] dan kadang-kadang melihatnya tanpa mendengar suara. Dan imam, mereka adalah orang yang mendengar suara (Jibril) sedangkan mereka tidak melihat Jibril”78

.

Justeru, daripada petikan di atas, jelas bahawa selain daripada mengangkat darjat imam sehingga setaraf dengan para nabi dan rasul, mereka juga telah mendakwa bahawa imam turut menerima wahyu sebagaimana para nabi dan rasul walaupun cara menerima wahyu tersebut adalah berbeza. Mereka turut menyatakan bahawa iktikad tentang “imam” adalah salah satu juzuk daripada keimanan, kata mereka:

لاق ؟الل ةفرعم امف

:

جو زع الل قٌدصت

هب مامتئلإا ًلع ةلااومو ،هلوسر قٌدصتو ،ل

الل فرعٌ اذه مهودع نم لجو زع الل ىلإ ةءاربلاو ،ملاسلا مهٌلع ىدهلا ةمئأبو

. Maksudnya:

“Apakah (maksud) mengenal Allah? : membenarkan Allah `azza wajalla, membenarkan RasulNya, dan (membenarkan) kepimpinan `Ali dan mengakui keimamannya dan imam-imam yang mendapat petunjuk `alayhissalam dan berlepas diri kepada Allah daripada musuh-musuh mereka, inilah (yang dinamakan sebagai) mengenal Allah”79

.

Hal ini jelas bercanggahan dengan konsep iman yang menjadi pegangan ASWJ, di mana konsep iman yang sebenar adalah beriman dengan rukun iman yang enam tanpa turut memasukkan kepercayaan kepada imam sebagai salah satu perkara yang wajib diimani. Di samping itu, khalifah di sisi ASWJ hanyalah terdiri daripada orang biasa, kelahiran mereka persis seperti kelahiran manusia biasa dan

78

Al-Kulayni, Abu Ja`far Muhammad b. Ya`qub (t.t), Usul al-Kafi, t.t.p. : Intisyarat `Ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 82; Ibid., hlm. 214.

79

(22)

22

darjat / kedudukan mereka tidak diangkat sehingga menyamai taraf nabi dan rasul. Akhlak mulia mereka menyebabkan umat Islam memilih mereka sebagai khalifah dan mereka tidak menerima wahyu, bahkan penerimaan wahyu merupakan suatu perkara khusus bagi para anbiya‟ dan rasul yang tidak sama sekali dianugerahkan oleh Allah kepada selain daripada mereka. Selain itu, khalifah merupakan pelaksana kepada undang-undang Islam dan sekiranya mereka didapati menyeleweng daripada landasan wahyu, maka gugurlah kewajipan mentaati mereka. Ini adalah kerana, di

sisi ASWJ, tidak ada ketaatan bagi mereka yang melakukan maksiat terhadap

al-Khaliq80. Berhubung masalah ini juga, menurut al-Amidi, para ahl al-Haq yang terdiri

daripada ahli sunnah dan ahl al-Hadith telah beriktikad bahawa penentuan bagi

jawatan imamah (di sisi Syiah) atau khalifah (di sisi ASWJ) tidak sabit dengan nas.

Bahkan penentuannya sabit berdasarkan pemilihan yang dibuat81.

Dalam mengukuhkan hujah mereka terhadap iktikad imamah ini, mereka telah menjadikan Hadis Ghadir Khum sebagai dalil bagi mengesahkan dakwaan mereka bahawa Sayyidina `Ali merupakan pemimpin yang akan menguruskan umat setelah kewafatan baginda S.A.W. Hadis tersebut berbunyi:

هلاوم تنك نم

هلاوم ًلعف

Maksudnya:

“Barangsiapa yang aku pemimpinnya, maka Ali juga pemimpinnya”82

.

Menurut al-Amidi, maksud perkataan „mawla‟ di dalam hadis tersebut bukan

bermasud pengganti / pemimpin. Ini adalah kerana menurutnya perkataan „mawla‟

tersebut mengandungi banyak maksud seperti pencinta (al-muhib), pembebas (

al-mu`tiq), yang zahir (al-zahr), pengganti (al-khalf), tempat (al-makan) dan penolong /

pembela (al-nasir). Seperti firman Allah: “Sesungguhnya Allah adalah pembelanya;

80

Ahmad Amin (1978), op.cit., hlm. 221.

81

Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971), Ghayat al-Maram fi `Ilm al-Kalam, Suntingan Hasan Mahmud `Abd al-Latif, Kaherah : al-Majlis al-A`ala li al-Syu‟un al-Islamiyyah, hlm. 376.

82

Dikeluarkan oleh al-Timidhi di dalam kitab (al-manaqib), bab manaqib `Ali b. Abi Talib, no hadis 3713. Hadis ini dihukum sebagai hasan gharib oleh al-Tirmidhi.

(23)

23

dan selain daripada itu Jibril serta orang yang soleh dari kalangan

orang-orang yang beriman”

(نمؤملا حلاصو لٌربجو هلاوم وه الل نإف)

83

. Maka menurut al-Amidi,

perkataan „mawla‟ di dalam hadis di atas ditanggung dengan maksud penolong /

pembela84. Di samping hadis di atas, terdapat sebuah hadis lagi yang sering

dijadikan hujah bagi golongan sesat ini bagi menyokong iktikad al-imamah yang

menjadi anutan mereka. Sabda Rasulullah S.A.W. :

ىسوم نم نوراه ةلزنمب ًنم تنأ

Maksudnya:

“(Kedudukan) Engkau (Ali) kepadaku seumpama kedudukan Nabi Harun dibandingkan Nabi Musa”85

.

Hadis di atas juga menurut al-Amidi, ia membawa pengertian pengganti dalam menguruskan urusan umat Islam sepanjang ketiadaan Rasulullah S.A.W. pada ketika

itu sahaja dan penggantian Sayyidina Ali (istikhlafuhu) tersebut tidak memanjang

sehingga zaman setelah kewafatan Rasulullah S.A.W.86. Menurut Ibn Hajar

al-Haytami, hadis Ghadir Khum yang menjadi hujah bagi golongan Syiah ini merupakan

hadis da`if sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Abu Dawud dan Hatim al-Razi87.

Maka, hadis ini sudah tentu tidak boleh sama sekali dijadikan hujah lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan soal iktikad.

Selain itu, al-Dhahabi telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayyidina Ali :

الل لوسر اٌ لٌق لاق هنع الل ًضر ًلع نع

:

لاقف ؟رمؤن نم

:

ركب ابأ اورمؤت نإ

ًف ابغار اٌندلا ًف ادهاز انٌمأ هودجت

لا انٌمأ اٌوق هودجت ارمع اورمؤت نإو ،ةرخلآا

83 Surah al-Tahrim (66): 04. 84 Al-Amidi (1971), op.cit., hlm. 378. 85

Hadis ini muttafaq `alayh, dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab (al-manaqib), bab manaqib `Ali b. Abi Talib al-Qurasyi al-Hasyimi, no hadis: 3706, dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab (fadail

al-sahabah), bab min fadail `Ali b. Abi Talib, no hadis: 2406,

86

Al-Amidi (1971), op.cit., hlm. 377.

87

Al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `ala Ahl al-Bid`ie wa al-Zindiqah, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 64.

(24)

24

مكب ذخأٌ اٌدهم اٌداه هودجت نٌلعاف مكارأ لاو ،اٌلع اورمؤت نإو ،مئلا ةمول الل ًف فاخٌ

مٌقتسملا قٌرطلا

. Maksudnya:

“Daripada Ali radiyallahu `anhu telah berkata dikatakan kepada Rasulullah wahai Rasulullah S.A.W. : siapakah yang akan kami jadikan pemimpin? Maka Rasulullah berkata: sekiranya kalian menjadikan Abu Bakar sebagai pemimpin, kalian akan mendapatinya seorang yang amanah dan zuhud di dunia dan lebih mengutamakan akhirat, sekiranya kalian menjadikan Umar sebagai pemimpin, nescaya kalian akan mendapatinya seorang yang gagah, amanah dan tidak takut kepada cercaan orang yang memusuhi Allah dan sekiranya kalian menjadikan Ali sebagai pemimpin, sedangkan aku tidak berpendapat bahawa kamu akan melakukannya nescaya kalian akan mendapatinya seorang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk, beliau akan menunjukkan (memimpin) kepada kamu ke jalan yang lurus” 88

.

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad para rijal yang

thiqah. Al-Baihaqi telah berkata bahawa sesungguhnya hadis ini sebagai dalil bahawa urusan kepimpinan diwakilkan / diserahkan kepada sesiapa yang dijadikan

pemimpin oleh umat Islam secara bai`ah (

ةعٌبلاب نوملسملا رمؤٌ نم .

(

Ia turut

membuktikan bahawa imamah itu tidak dinaskan kepada Sayyidina Ali89. Manakala

nas yang seringkali disebut oleh golongan Syiah bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Sayyidina Ali :

ًلعل ملسو هٌلع الل ىلص هلوق

:

أ

ًنٌد ًضاقو ًتفٌلخو ًٌصوو ًخأ تن

.

Maksudnya:

Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Ali : “Kamu adalah saudaraku dan wasiatku dan penggantiku dan Qadi bagi agamaku”.

88

Ibid., hlm. 70.

89

(25)

25

Dalam menilai hadis ini, Ibn Hajar telah mengatakan bahawa ia adalah sebuah hadis yang direka, palsu dan mengandungi pendustaan terhadap baginda Rasulullah S.A.W. (ملسو هٌلع الل ىلص هٌلع ةارتفم ةعوضوم ةلطاب بذك ثٌداحلأا هذه). Ibn Khaldun juga turut mengatakan bahawa nas-nas yang digunakan oleh golongan Syiah bagi mengangkat Sayyidina Ali sebagai imam adalah nas-nas yang tidak ada di dalam nas-nas syari`ah bahkan ia telah direka dan ditakwilkan agar ia selari dengan pegangan

mazhab mereka90. Sekiranya hal ini difikirkan dengan akal yang sejahtera serta

bebas daripada sebarang ketaksuban yang melampau, nescaya dakwaan mereka ini akan tertolak sama sekali. Sekiranya memang benar hadis tersebut diucapkan oleh Rasulullah S.A.W. dan didengari oleh para sahabat, maka mengapa tidak tercatat di dalam sejarah bahawa terdapat dalam kalangan para sahabat yang mengutarakan hadis tersebut ketika pemilihan khalifah yang pertama diadakan di Saqifah Bani Sa`idah. Mustahil para sahabat bersepakat sekaliannya dalam kesesatan kerana mendustakan hadis Nabi S.A.W. Pendapat mereka ini juga jelas tertolak apabila Sayyidina Ali diriwayatkan turut bersama-sama dengan umat Islam yang lain membai`ah Sayyidina Abu Bakar sebagaimana yang telah dicatatkan oleh al-Suyuti

di dalam kitabnya Tarikh al-Khulafa‟91

. Dalam hal ini, penulis juga berpendapat

bahawa, sekiranya imamah tersebut berlaku berdasarkan nas (bi al-tansis) daripada

Rasulullah S.A.W., maka sudah tentu yang ternyata lebih layak untuk menjadi khalifah adalah Sayyidina Abu Bakar. Ini kerana, terdapat banyak nas dari hadis yang sahih, yang secara jelas Rasulullah S.A.W. mengangkat Sayyidina Abu Bakar

dan mengutamakan beliau berbanding sahabat-sahabat yang lain92.

90

Ibn Khaldun (t.t), op.cit., hlm. 217.

91

Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), Tarikh al-Khulafa‟, Suntingan Muhamad Muhy al-Din `Abd al-Hamid, t.t.p : t.p., hlm. 69. Lihat juga Muhammad Rabi` b. Muhammad Jawhari (2005), `Aqidatuna, j. 1, c. 10, Kaherah : t.p, hlm. 21.

92

Untuk keterangan lanjut berhubung kelayakan Sayyidina Abu Bakr untuk memegang jawatan sebagai khalifah lihat, Ibid., hlm. 53-66; al-Baqillani, Abu Bakr Muhammad b. al-Tayyib (1987), Tamhid

(26)

26

Rukun Iman

Menurut golongan Syiah al-Imamiyyah, golongan yang sealiran dengan mereka

dalam menyakini iktikad al-imamah, maka orang tersebut adalah orang mukmin.

Adapun mereka yang hanya berpegang dengan rukun Islam yang lima tanpa

meyakini rukun ke-enam yang khusus berkait dengan al-imamah, maka orang

tersebut hanyalah mukmin dalam konteks yang umum (mu‟min bi al-ma`na al-`am)

dan tidak terkeluar daripada garis daerah Islam. Namun, kedudukan orang tersebut

berada di bawah kedudukan golongan Syiah93. Maka, berdasarkan pendapat mereka

ini, bererti setiap orang yang mukmin adalah muslim, tetapi tidak semua orang yang

muslim adalah mukmin94. Ini juga menjadi asas munculnya fahaman bahawa Islam

yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. tersebut hanya akan menjadikan seseorang itu muslim sahaja tidak akan naik ke darjat mukmin, sementara penganut Syiah pula adalah orang mukmin dan kedudukan mereka lebih tinggi daripada

muslim yang biasa disebabkan iktikad al-imamah yang menjadi pegangan mereka

tersebut. Perkara ini secara jelas bercanggah dengan prinsip pegangan yang menjadi tunjang keimanan umat Islam yang beraliran ASWJ. Dalam hal ini, mereka bukan hanya menyeleweng daripada pegangan sejati umat Islam, bahkan mereka juga telah menokok tambah perkara yang pada asalnya tiada dinaskan oleh baginda

Nabi Muhammad S.A.W.

Di sisi ASWJ, maksud al-iman adalah merujuk kepada pembenaran yang

putus terhadap segala perkara (wahyu) yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad

S.A.W. merangkumi perkara-perkara yang telah diketahui di dalam agama secara

daruri95. Ia turut merangkumi membenarkan dengan hati, berikrar dengan lidah dan

93

Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqa‟id al-Islmiyyah, Beirut : Dar al-Qur‟an al-Karim, hlm. 341.

94

Dr. HLM. O. K, Rahmat (1979), Dari Adam Sampai Muhammad, Kota Bharu : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., hlm. 616-617.

95

Muhammad Rabi` b. Muhammad Jawhari (2005), `Aqidatuna, j. 1, c. 10, Kaherah : t.p, hlm. 37. Dr. `Abd al-Fattah al-Bazzam telah menghuraikan maksud „perkara-perkara yang diketahui secara daruri di dalam agama‟ sebagai perkara-perkara agama yang diketahui oleh orang awam mahupun orang yang berilmu (al-khassah), dan tidak perlu merujuk kepada nas-nas [al-Quran dan al-Hadith] untuk memahami perkara tersebut seperti kefarduan solat lima waktu, puasa, zakat, haji dan keharaman

(27)

27

melakukan tuntutan iman dengan perbuatan (tasdiq bi jinan wa iqrar bi

al-lisan wa al-`amalbi al-arkan)96. Perkara yang dibawa tersebut adalah perkara yang sabit secara putus menerusi al-Quran dan al-Sunnah serta wajib diyakini tanpa

sebarang zan, syak dan wahm97. Ia merangkumi beriman kepada Allah, para

malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, hari kiamat serta qada‟ dan qadar sama ada yang

baik mahupun yang buruk98. Inilah yang merupakan simpulan-simpulan iman yang

telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam hadis Jibril. Manakala Islam pula,

ia bermaksud menyerah (al-istislam), tunduk dan patuh serta reda terhadap segala

perkara yang telah dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W .99 merangkumi

segala perintah dan tegahan Allah100.

Hasan Ayyub sebagai contoh, di dalam kitabnya menyebut bahawa terdapat

dua pendapat ulama‟ dalam menetapkan sama ada seseorang itu Islam atau tidak,

atau Islam namun mereka dikenali dengan muslim yang melakukan maksiat (`asi,

fasiq, mudhnib). Pendapat jumhur menyatakan bahawa, melakukan segala yang diperintahkan oleh Allah di dalam Islam bukanlah rukun atau syarat dalam menetapkan seseorang itu sama ada Islam ataupun tidak. Berdasarkan pendapat ini, mereka yang tidak beramal akan dikenali sebagai muslim yang fasiq atau muslim yang melakukan maksiat. Namun sebahagian ulama yang lain berpendapat bahawa melaksanakan segala perintah Allah beserta rukun-rukunnya merupakan syarat seseorang itu menjadi Islam. Sekiranya mereka hanya tunduk dan patuh semata-mata kepada Islam, namun tidak beramal, maka orang tersebut tidak dikenali sebagai Muslim.

perbuatan zina dan meminum arak. Rujuk al- Sawi, Ahmad b. Muhammad al-Maliki (2007), Kitab

Syarh al-Sawi `ala Jawharah al-Tawhid, Dr. `Abd al-Fattah al-Bazzam (thqq), c. 5, Beirut : Dar Ibn

Kathir, hlm. 130.

96

Nuh `Ali Salman (2003), al-Mukhtasar al-Mufid fi Syarh al-Tawhid, c. 1, Kuala Lumpur : Albayan Corporation Sdn. Bhd., hlm. 42.

97

Hasan Ayyub (1980), op.cit., hlm. 341.

98

Ibid., hlm. 41.

99

Ibid.

100

Referensi

Dokumen terkait

pertanyaan tentang materi pelajaran yang belum dipahami pada saat proses belajar mengajar. Masih banyak siswa yang bekerja sendiri-sendiri meskipun telah diarahkan

Dalam usaha tani kedelai, petani di Kalimantan Barat, khususnya Kabupaten Kubu Raya menggunakan cara-cara tertentu dengan inovasi teknologi seperti tampak dalam

seperti tampilan gridline, formula bar, lembar kerja, dan tampilan beberapa jendela, dan h) Tab Developer: tombol yang berhubungan dengan Macro, pembuatan kon- trol-kontrol form dan

dalam lirik lagu album kompilasi Evergreen CD 1 terdapat 3 jenis fungsi, yakni : 1) menjelaskan gambaran yaitu pengarang melalui perannya, baik sebagai narrator maupun

Data dan informasi yang Bapak/Ibu berikan merupakan hal yang sangat berharga, oleh karena itu partisipasi dan kesediaan Bapak/Ibu dalam menjawab kuesioner ini sangat saya hargai.

Untuk mengetahui pengaruh inflasi, pengeluaran pemerintah dan investasi terhadap Pajak Penghasilan di Kota Medan melalui sumber penghasilan perusahaan (yang ditunjukkan

[r]

Hasil wawancara dengan bapak Oman Surbakti juru kunci Gunung Sinabung dan juga warga Desa Tiga Derket penganutt Agama Pemena, pada tanggal 22 Desember 2016 pukul 17.00 WIB.. cerita