• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab VII PERTUNANGAN DAN MEMILIH JODOH MENURUT ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab VII PERTUNANGAN DAN MEMILIH JODOH MENURUT ISLAM"

Copied!
232
0
0

Teks penuh

(1)

Bab VII

PERTUNANGAN DAN MEMILIH JODOH MENURUT ISLAM

1) PENDAHULUAN

Allah SWT telah mencipta makhlukNya dengan berpasangan termasuklah manusia di mana manusia dari Adam AS. Kemudian Allah ciptakan daripadanya Siti Hawa AS menjadikan berpasangan suami isteri sehingga lahirlah keturunan yang ramai terdiri dari lelaki dan perempuan. Kedua insane yang berlainan jenis ini saling perlu memerlukan antara satu sama lain justeru itu timbullah bibit-bibit cinta dan perasaan kasih sayang ibarat anak kecil merintih memerlukan belaian ibu yang dikasihi. Dan seterusnya ingin berkongsi hidup sebagaimana makhluk yang lain yang melata di bumi Allah ini.

Dalam konteks ini, Islam telah memberi garis panduan bagaimana untuk memilih calon suami dan calon isteri bermula dari pertunangan sehingga ke alam perkahwinan.

(2)

Peminangan ialah pernyataan atau permintaan dari seorang lelaki kepada pihak perempuan untuk mengahwininya baik dilakukan olehnya sendiri ataupun dengan perantaraan pihak-pihak tertentu yang dipercayai ataupun keluarganya sesuai dengan kehendak Islam.

Ke Arah Pertunangan

Sebelum diadakan peminangan, langkah permulaan ialah memilih pasangan yang akan menjadi calon suami atau isteri mengikut lunas-lunas yang disyariatkan oleh Allah SWT.

3) MEMILIH LELAKI

Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh yang mempunyai pendidikan agama yang sempurna serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Di mana melalui panduan agama, seorang suami itu berwajiban menggauli isterinya dengan baik dan memberi nafkah sesuai dengan tuntutan Islam.

(3)

Firman Allah Taala dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: Maksudnya :

“Lelaki itu pemimpin yang bertanggungjawab atas kaum wanita dan kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana telah membelanjakan harta mereka”.

Dalam ayat di atas jelas bahawa suami mempunyai kekuasaan terhadap isteri di mana isteri hanya membantu suami dalam urusan rumahtangga. Lelaki yang benar-benar dapat mengendalikan kewajiban seorang suami mestilah berupaya menjadi ketua keluarga yang bertugas memimpin, mendidik dan memberi kasih sayang terhadap rumahtangga.

Di antara faktor penting dalam mengutamakan agama yang disarankan oleh Islam ialah :-

1. Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman agama yang kukuh serta praktikal.

2. Melaksanakan syariat Islam berdasarkan prinsip yang berterusan.

(4)

4. Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di dalam rumahtangga.

Selain dari itu wajar bagi lelaki seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia, seorang yang penyayang, suka memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil berat terhadap keluarganya.

Walau bagaimanapun, sebagai kaum lelaki sudah masanya dari sekarang melengkapkan diri dengan mencari dan mempelajari ilmu Islam sebanyak mungkin untuk persediaan di hari muka. Oleh itu, ingatlah bahawa kaum wanita pada hari ini sudah mengerti memilih calonnya di mana bukan sahaja lelaki yang kacak malahan bijak pula dalam selok belok agama yang sememangnya layak menjadi suami.

4) MEMILIH PEREMPUAN

Di antara garis panduan memilih calon isteri yang dianjurkan oleh Islam ialah supaya pemilihan yang dibuat benar-benar dapat menjamin kerukunan

(5)

rumahtangga dan dapat menjadi aman damai serta diberkati Allah sepanjang masa.

(6)

Aspek yang utama ditinjau dari hadis Rasulullah SAW ialah dengan sabdanya, maksudnya :

Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…”

Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah :

a. Zuriat yang banyak

Memilih perempuan yang boleh mendatangkan zuriat yang banyak memanglah digalakkan oleh Islam. Di sini boleh diperhatikan dari sudut

keluarganya (keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan di mana tidak menghalang ianya hamil. Selain itu, umur juga boleh diambil kira bagi

mengekalkan zuriat yang banyak.

<

(7)

Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi. Segalanya-galanya serba baru, dapat mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan. Tenaga yang masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami. Walau bagaimanapun, memilih seorang janda juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik untuk memilihnya.

c. Sedikit mas kahwin

Perempuan yang menjadi pilihan adalah sedikit belanja mas kahwinnya di mana mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya dan sesuai dengan tuntutan Islam. Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu, bukan sahaja menjadi keberatan bagi lelaki malah boleh memberi kesan yang negatif di masa akan datang.

d. Bukan hubungan keluarga

Pemilihan ini bagi meluaskan skop keturunan di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi hidup. Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga dengan keluarga dalam menemukan jodoh.

(8)

< Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup umur (baligh) di mana dapat memahami ertu perkahwinan, berfikir secara orang dewasa, kurang memberi tunjuk ajar, tidak mudah merajuk dan juga boleh hamil.

<

<f. Akal yang sempurna

< Memilih akal yang sempurna ialah berfikir secara seorang muslim yang soleh, gemar membaca Al-Quran serta memahaminya, mengetahui hala dan haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya dan hak orang lain.

<

g. Sesuai (kufu)

Persesuaian adalah diperlukan untuk memilih pasangan hidup lebih-lebih lagi dalam dunia moden ini di mana wanita mempunyai kedudukan yang agak sama dengan kaum lelaki malah terdapat lebih dari lelaki. Hal ini kadangkala menjadi isu besar di kalangan ibu dan bapa hari ini, kononya anak perempuannya tidak sesuai berkahwin. Tetapi dalam masa yang sama juga mereka telah keluar dan bebas bergaul tanpa dilarang oleh ibubapanya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 235, ertinya :

(9)

“Tidak berdosa meminang perempuan (yang dalam idah lagi dengan kata sindirian)”

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya:

“Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan”.

Sebelum meminang, seorang lelaki harus melihat perempuan yang akan dipinang pada muka dan dua tapak tangan sahaja. Dan begitu juga sebaliknya dengan tujuan untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya agar kedua-duanya dapat menepati kehendak dan maksud masing-masing.

Menurut pendapat jumhur ulamak, melihat pada perempuan dengan tujuan meminang hanya tertentu pada muka dan dua tapak tangannya. Kerana dengan melihat muka dapat diketahui kecantikan raut muka serta paras rupa untuk calon isteri atau sebaliknya. Sementara melihat kedua tapak tangan bertujuan supaya dapat mengetahui kesuburan badan.

(10)

Sabda Rasulullah SAW, ertinya :

“Apabila salah seorang daripada kamu meminang perempuan maka tidak

berdosa atasnya melihat perempuan itu asalkan sahaja semata-mata untuk meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”.

Rasulullah SAW pernah menyuruh sahabatnya yang bernama Mughirah bin Syukbah, sabdanya bermaksud :

“Lihat dahulu perempuan itu maka melihatnya adalah pokok utama bagi suami isteri hidup dalam aman damai”

Keharusan pihak lelaki boleh melihat perempuan yang akan dipinang pada anggota-anggota yang telah disebutkan sebelum ini walaupun dengan tanpa keredhaannya, dan sebaik-baiknya kehadiran pihak lelaki itu hendaknyalah waktu melihat itu dilakukan sebelum meminang, Ini kerana seandainya ia tidak secucuk di hati pihak lelaki dengan sebab-sebab yang tertentu bolehlah ia mengundurkan diri tanpa akan menyakitinya.

Jika kedapatan pihak lelaki tidak berupaya melihat perempuan yang akan dipinang oleh sesuatu sebab, maka bolehlah ia mengutuskan orang tertentu yang

(11)

dipercayai sebagai perantaraan untuk pergi melihatnya. Ini supaya orang tadi menerangkan sifat-sifat peribadi serta keadaan perempuan itu yang mana bertujuan untuk mengahwininya.

Kedapatan beberapa perkara yang amat diambil berat oleh syarak dalam soal pinang meminang iaitu :

a. Peminangan tidak boleh dilakukan kepada wanita yang dipinang oleh seseorang melainkan ianya telah melepaskan hak peminangannya.

Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, maksudnya :

“Orang muslim adalah saudara orang mukmin, maka tidak halal bagi seorang mukmin meminang seorang perempuan yang sedang dipinang oleh saudaranya hingga nyata sudah ditinggalkan”.

Sabda Nabi SAW, maksudnya :

(12)

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Maka sesungguhnya orang yang ketiga bersama dengannya ialah syaitan kecuali bersama mahram.”

b. Haram seorang lelaki meminang dengan cara terus terang seorang perempuan yang di dalam eddah sama ada raj’i atau bain atau eddah wafat. Dan haram meminang cara sindiran perempuan yang di dalam eddah raj’i, dan dibolehkan meminang secara sindiran perempuan yang di dalam eddah wafat tanpa khilaf dan diharuskan juga meminang perempuan yang dalam eddah bain sama ada disebabkan perceraian atau fasakh menurut pendapat yang terkuat dari pendapat Imam Syafie.

Contoh ayat Sareh :

“Apabila telah habis eddahmu, aku akan berkahwin dengan kamu”.

Contoh ayat Kinayah :

“Kamu ini cantik, banyak lelaki inginkan kamu”.

(13)

c. Wanita yang akan dipinang bukan mahramnya yang mana dilarang dalam perkahwinan.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

“Lihatlah dia (bakal tunangan) dengan ini akan lebih menguatkan (mengeratkan) perhubungan kamu berdua”.

(14)

Perlu diingat walaupun Islam mengharuskan melihat perempuan ajnabi dengan tujuan meminang tetapi janganlah ia mengambil peluang untuk

memuaskan perasaan atau hawa nafsunya. Malahan menjadi haram semula sekiranya hajat melihatnya itu sudah mencukupi atau langkah peminangan.

5) TUJUAN PERTUNANGAN

Di antara tujuan pertunangan ialah :

1. Persetujuan

1. Persetujuan mengikut janji untuk perkahwinan.

2. Untuk menghebahkan kepada masyarakat sekeliling.

3. Supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga kedua belah pihak.

4. Hendak melahirkan sikap jimat cermat dan membentuk ciri-ciri kejujuran serta keyakinan diri.

(15)

6. Untuk menentukan tarikh, tempat dan hari perkahwinan yang dipersetujui.

7. Persediaan mempelajari hukum perkahwinan sebelum mendirikan rumahtangga.

Sayugia bahawa perempuan yang paling baik menjadi bakal isteri yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya, maksudnya:

Sebaik-baik perempuan (isteri) apabila kamu menatapinya menyeronokkan hati kamu(suami), apabila disuruh oleh kamu dia mentaati suruhan dan apabila kamu tiada dia sentiasa menjaga dirinya dan harta kamu”.

Wajar juga wanita yang bijak mengatur rumahtangga, berjimat cermat, rajin dan pandai menyimpan, tambahan pula dapat melapangkan dada suami, semua ini diambil kira di dalam memilih jodoh.

6) CARA MEMINANG

(16)

2. Sendiri atau melalui orang lain, jika ada waris keluarga lebih baik supaya mereka yang bertandang untuk meminang.

3. Pemberian sebagai adat tanda jadi ikatan pertunangan boleh diterima asal tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

4. Bersetuju menerima pinangan di antara kedua belah pihak dengan janji tertentu dan tidak memakan masa yang lama.

5. Wakil yang adil menyampaikan hajat pinang mengikut adat kelaziman negara itu sama ada melalui sareh atau kinayah.

6. Segala persetujuan hendaklah disaksikan atau ditulis.

Walaupun setelah pertunangan antara pihak lelaki dan pihak perempuan dimeteraikan melalui istiadat perminangan oleh kedua belah pihak keluarga, akan tetapi perhubungan di antara mereka tetap dianggap seperti hubungan ajnabi dengan ajnabiah yang lain.

Maka sewajarnyalah sama-sama menjaga suasana perhubungan itu dengan baik agar tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam yang maha suci.

(17)

ILMU FIQH (Munakahat)

Bahagian : PERKAHWINAN DAN HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA

1. Pengertian Perkahwinan.

2. Rukum Nikah dan huraiannya.

3. Perempuan yang haram dikahwini dan huraiannya.

4. Maskahwin (mahar) dan huraiannya.

5. Walimatul Urus dan huraiannya.

6. Nusyuz (isteri durhaka) dan huraiannya.

7. Talaq, hukum dan huraiannya.

8. Tebus Talaq dan huraiannaya.

9. Fasakh (batal perkahwinan) dan huraiannya.

(18)

11. Iilaa’ dan huraiannya.

12. Zihar dan huraiannya.

13. Al-Li’an dan huraiannya.

14. Iddah dan huraiannya.

15. Ihdad.

16. Perkahwinan Poligami.

Bab : PERKAHWINAN DAN HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA

1) PENGERTIAN PERKAHWINAN

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

(19)

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya.

(20)

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak. Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Allah berfirman, ertinya :

“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang

(21)

banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

(22)

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum-hukum nikah cerai dan rujuk.

Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa factor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :

1. Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.

2. Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman. Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.

3. Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.

(23)

4. Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

2) HIKMAH PERKAHWINAN

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri. Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal

manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.

Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-

1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.

(24)

2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.

3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.

4. Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.

5. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.

6. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.

7. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.

(25)

8. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.

9. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.

Pendek kata perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna. Jika keadaan rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya.

3) HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN

Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.

(26)

1. Perkahwinan yang wajib.

Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

2. Perkahwinan yang sunat

Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

3. Perkahwinan yang haram

Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

(27)

Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

Demikian huraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan

panduan dan juga pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkahwin.

(28)

RUKUN NIKAH

1. Calon isteri. (perempuan)

2. Calon suami. (lelaki)

3. Wali.

4. Dua orang saksi.

5. Akad ijab dan qabul.

1) SYARAT-SYARAT CALON ISTERI

1. Bukan mahram dengan bakal suami.

2. Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”. Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.

3. Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.

(29)

5. Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh

memaksanya berkahwin.

2) SYARAT-SYARAT CALON SUAMI

1. Bukan mahram dengan bakal isteri.

2. Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.

3. Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”

4. Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.

5. Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.

6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.

3) SYARAT-SYARAT WALI

1. Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi. Firman Allah:

(30)

Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali.

(Surah Al-Maidah : Ayat 51)

2. Baligh

3. Berakal

4. Merdeka

5. Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali. Sabda Rasulullah SAW :

(31)

Ertinya : Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina.

(Riwayat Al-Dar Al-Qatni)

6. Adil – tidak pasiq, sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

(32)

7. Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain.

<(Riwayat Muslim)

8. Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.

9. Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.

4) SYARAT-IJAB DAN QABUL

(33)

a. Syarat-syarat ijab :

1. Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.

2. Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya.

3. Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau

dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai /

bertangguh”.

4. Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.

(34)

b. Syarat-syarat Qabul :

1. Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.

2. Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.

3. Lafaz qabul itu tidak berta’liq.

4. Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.

5. Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami : “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.

(35)

6. Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.

7. Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.

5) SYARAT-SYARAT SAKSI

1. Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.

2. Lelaki

3. Berakal

4. Baligh

5. Merdeka

6. Adil (tidak fasiq).

7. Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.

8. Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.

(36)

10. Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.

11. Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk

mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

6) SUSUNAN WALI

1. Bapa

2. Datuk sebelah bapa hingga ke atas

3. Saudara seibu sebapa

4. Saudara sebapa

5. Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.

6. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah

7. Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.

8. Bapa saudara sebapa hingga ke atas.

(37)

10. Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.

11. Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi.

Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada

perempuan digelar dengan wali aqrab dan yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.

Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya.

7) WALI HAKIM

Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut :

1. Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam :

(38)

Ertinya : Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

2. Wali enggann mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.

Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk

kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.

3. Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali

(39)

yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

4. Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.

5. Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.

6. Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).

7. Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.

8. Wali bersembunyi.

(40)

8) WALI MUJBIR

Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu :

1. Wali mujbir : iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa) sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis

tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.

Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.

(41)
(42)

2. Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk. Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu, kerana sabda Rasulullah SAW.

Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.

(Riwayat At-Tarmidzi)

Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

(43)

9) SYARAT-SYARAT SAH BAPA ATAU DATUK

MENGKAHWINKAN ANAK DARA TANPA KEIZINANNYA

1. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.

2. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.

3. Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.

4. Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.

Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya

perkahwinan itu. Selain dari syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:

1. Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).

(44)

2. Mas kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.

3. Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.

Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.

(45)

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI

Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian :

1. Haram buat selama-lamanya.

2. Haram buat sementara waktu.

1) SEBAB-SEBAB HARAM DIKAHWINI

1. Haram dengan sebab keturunan

2. Haram dengan sebab susuan

3. Haram dengan sebab persemendaan (musoharah).

(46)

1. Ibu dan ibu kepada ibu (nenek) hinggalah ke atas.

2. Anak, cucu dan seterusnya ke bawah.

3. Saudara perempuan seibu atau sebapa atau seibu sahaja.

4. Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas.

5. Saudara perempuan ibu (emak saudara) hingga ke atas.

6. Anak saudara dari saudara lelaki hingga ke bawah.

7. Anak saudara dari saudara perempuan hingga ke bawah.

Sebagai dalil bagi pengharaman tersebut ialah firman Allah :

Ertinya : Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara dari saudara lelaki, dan anak saudara dari saudara perempuan kamu.

(47)

(Surah An-Nisa : ayat 23)

PERHATIAN :

Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing

(ajanabiah) baginya, ini ialah kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara utalam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) yang berpendapat :

Tidak halal bagi bapa zina mengahwini anak perempuan yang hasil dari zinanya dan anak zinanya itu dianggap sebagai muhrimnya, iaitu sama seperti anak biasa.

Walaupun tidak halal dikahwini tetapi tidak berhak mendapat pusaka dari bapa zinanya itu.

(48)

Bagi ibu yang berzina dan semua muhrimnya adalah haram mengahwini anak zinanya, begitu juga anak zina itu berhak mendapat pusaka dari ibunya.

3) HARAM DENGAN SEBAB PENYUSUAN

1. Ibu yang menyusukan.

2. Saudara perempuan yang sepersusuan.

Firman Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu sepersusuan.

(49)

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW :

Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SYARAT-SYARAT HARAM DENGAN SEBAB SUSUAN

1. Ibu yang menyusukan itu telah baligh.

(50)

2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.

(Riwayat Al-Dar Qatni)

3. Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Aishah :

(51)

Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.

(al-Hadith)

4. Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun.

(52)

(Riwayat : At-Tarmidzi)

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.

(53)

4) HARAM DENGAN SEBAB PERSEMENDAAN (BERAMBIL-AMBILAN)

1. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.

2. Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.

3. Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.

4. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum

disetubuhi kemudian diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan.

Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan firman Allah :

(54)

Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang sejati.

(Surah An-Nisa:ayat 23)

Dan firman Allah :

Ertinya: Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu (ibu tiri).

(Surah An-Nisa : ayat 22)

(55)

5) PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI BUAT SEMENTARA WAKTU DENGAN SEBAB MENGHIMPUNKANNYA

1. Saudara-saudara perempuan bagi isteri. Sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu.

2. Anak saudara isteri sebelah bapa.

3. Anak saudara isteri sebelah ibu.

(56)

5. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara

(57)

dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar.

(Riwayat At-Tarmidzi)

(58)

Bab : MASKAHWIN

1) PENGERTIAN MASKAHWIN (AL-MAHAR)

Maskahwin ialah : pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Sebagaimana firman Allah:

Ertinya : Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka

S.A.W.:

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.

(59)

(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja, asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah, samada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat, Sebagaimana Rasulullah pernah

mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk

dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran, lelaki itu menyahut bahawa dia

ada mengingati beberapa surat, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Maskahwin ini tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit. Jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya maskahwin ini terpulanglah kepada

persetujuan kedua belah pihak pengantin dan biasanya mengikuti taraf atau darjat pengantin tersebut, walau bagaimanapun pihak syarak tidak mengalakkan

maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

(60)

Ertinya : Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah.

Hadis tersebut menunjukkan bahawa disunatkan maskahwinkan itu rendah nilainya, supaya tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk mencarinya, walaupun begitu, bukanlah bermaksud rendah sehingga sampai menjatuhkan taraf wanita. 2) BAHAGIAN MAHAR 1. Mahar Misil

Ialah mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara

perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan maskahwin keluarga yang paling dekat sekali, seperti kakak, emak saudara dan seterusnya di samping menilai keadaan

(61)

perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

2. Mahar Musamma

Ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

3) HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AKAD

1. Sunat

Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya di masa akad bila menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya di masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku

perselisihan berhubung dengannya, juga dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.

(62)

Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.

2. Wajib

Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :

1. Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh, sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (mahar misil).

2. Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan kepada walinya untuk menetapkan maskahwinnya.

3. Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri, seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang

(63)

Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar Misil).

4) WAJIB MASKAHWIN

Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad, Jika dinyatakan di masa akad, maskahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang berikut :

1. Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (setubuh) dan dipersetujui oleh pihak isteri. Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami

tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya, samada dengan secara tunai atau berhutang. Jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwin itu.

(64)

2. Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan senan perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar

maskahwin tersebut dan bila qadhi menentukannya maskahwin tersebut hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).

3. Bila suami menyetubuhi isterinya wajib dibayar maskahwin menurut kadar yang seimbang dengan taraf isteri tersebut.

5) GUGUR SEPARUH MASKAHWIN

Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin, firman Allah :

(65)

Ertinya : Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum

mensetubuhinya, sedangkan kamu telah menentukan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu.

Hal ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya tidak dan sebagainya, tetapi jika penceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami menfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri, maka maskahwin itu akan gugur semuanya.

6) MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN

Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warithnya wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada janda tersebut dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.

Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada

(66)

wraith jandanya itu, jika maskahwin belum dijelaskan lagi sebelum, sabda Rasulullah S.A.W. :

Ertinya : Dari Al-Qamah katanya : Seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwinnya pun belum ditentukan kadarnya, kata Al-Qamah: mereka mengadukan hal tersebut kepada Abdullah maka Abdullah berpendapat, perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula ia beriddah, maka ketika ini Ma’kil bin Sanan Al-Shakbi menjelaskan bahawa

(67)

sesungguhnya nabi S.A.W. telah memutuskan terhadap Buruq bte Wasiq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi.

(Riwayat Al-Kamsah dan Sahih At-Tirmidzi)

7) AL-MUT’AAH

Ertinya:Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya. Pemberian ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri.

Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan

kedua-duanya, kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar. Firman Allah:

Ertinya :Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik.

(68)

(Al-Ahzab : ayat 49)

Bab : WALIMATUL URUS

1) HUKUM MENGADAKANNYA

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :

Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun

menyembelih seekor kambing.

(69)

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN

Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin

hendaklah kamu menghadirinya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) SYARAT-SYARAT WAJIB PERGI KE MAJLIS KAHWIN BILA DIUNDANG

(70)

1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.

2. Yang menjemput itu juga beragama Islam.

3. Yang dijemput itu juga beragama Islam.

4. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.

5. Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.

6. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.

(71)

Bab : NUSYUZ (ISTERI DURHAKA)

1) PENGERTIAN NUSYUZ

Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira durhaka.

2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ

Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :

1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan

(72)

2. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.

3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama

muhramnya (orang yang hram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).

4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.

3) PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI NUSYUZ

Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu :

1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta

(73)

memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak diberi sara hidupnya, firman Allah :

Ertinya : Isteri yang kamu takuti kedurhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.

(Surah An-Nisa: ayat 34)

2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut, sebagaimana firman Allah :

(74)

(sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’)

Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan, kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan sahaja

terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan

saudaranya lebih dari tiga hari. Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan

walaupun tidak bercakap bertahun-tahun lamanya.

3. Jika tidak seketiduran pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri

(75)

tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri).

(Sambngan ayat 34 surah An-Nisa)

Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya

difikirkan dengan cara ini akan memberi kesan. Sebaliknya kalau difikirkan tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan. Dalam hal ini, suami mestilah berhati-hati , supaya tidak terpukul di tempat-tempat yang mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan sebagainya.

(76)

Bab : TALAQ

1) PENGERTIAN TALAQ

Dari segi bahasa Arab bererti : melepaskan ikatan.

Dari segi istilah syarak : melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau sebagainya.

2) DALIL-DALIL DISYARIATKAN TALAQ

1. Firman Allah :

(77)

Ertinya : Talaq itu dua kali, sesudah itu suami diberi kelonggaran

untuk rujuk semula dengan baik atau (kalau tidak ingin rujuk semula) hendaklah dilepaskan dengan baik.

(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

2. Hadith Rasulullah SAW :

Ertinya : “Tidak ada sesuatu perkara yang halal yang paling dibenci

oleh Allah selain dari talaq.”

(Riwayat Abu Daud)

3) HIKMAH TALAQ

(78)

1. Untuk hidup di dalam pergaulan yang sempurna.

2. Sebagai satu jalan yang paling mulia untuk mengatur rumahtangga dan keturunan.

3. Sebagai satu jalan yang amat teguh guna memperkukuhkan tali tersaudaraan di antara keluarga suami dengan kaum kerabat isteri, yang mana pertalian it akan menjadi satu jalan yang membawa kepada tolong menolong antara satu sama lain.

Sekiranya dalam pergaulan di antara suami isteri itu tidak dapat

menyampaikan tujuan tersebut bahkan sebaliknya menimbulkan perpecahan di antara keduanya yang menyebabkan tidak ada persepakatan dalam hidup di antara keduanya, maka dengan keadilan Allah SWT memberi satu jalan keluar dari segala kesukaran itu, iaitu perceraian. Mudah-mudahan dengan adanya jalan ini akan menimbulkan ketenteraman kepada ketua kedua-dua belah pihak dan supaya kedua-duanya (suami isteri) dapat mencari pasangan yang sesuai dan secucuk dengannya.

(79)

Lebih-lebih lagi, sekiranya berlaku perselisihan di antara suami isteri itu tidak ada jalan lain untuk mengatasinya selain dari perceraiannya, setelah

berikhtiar untuk mencari jalan bagi mendamaikan kedua-duanya tetapi menemui jalan buntu, oleh itu dengan adanya hukum bercerai ini, maka segala kerumitan itu akan dapat diatasi.

4) HUKUM TALAQ

Memandangkan kepada kemuslihatan atau kemudharatan di antara suami isteri, maka hukum talaq terbahagi kepada empat:

1. Wajib

Iaitu apabila terjadi perselisihan di antara suami isteri, sedangkan kedua-dua hakim (dari pihak suami dan isteri) yang menghakimkan perkara itu berpendapat mereka perlu bercerai.

(80)

Apabila suami tidak sanggup lagi menanggung nafkah isteri dengan cukup, atau pun isteri tidak menjaga kehormatan dirinya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Seseorang lelaki datang menemui Nabi SAW lalu berkata:

“Bahawasanya isteriku tidak menolak akan tangan orang yang

menyentuhnya,” jawab Nabi SAW, “hendaklah engkau ceraikan isteri engkau itu.”

3. haram (bidaah):

Dalam dua keadaan :

(81)

b. Menjatuhkan talaq sewaktu isteri suci yang telah disetubuhinya di waktu suci itu. Sepatutnya kalau hendak diceraikan jangan disetubuhi lagi selepas isteri suci daripada haid.

4. Makruh

Iaitu jika menceraikan isteri yang baik dan tidak terdapat apa-apa kesalahan.

(82)

5) RUKUN TALAQ

Rukun ada tiga perkara :

1. Yang menjatuhkan talaq (suami).

2. Isteri yang kena talaq.

3. Lafaz talaq.

6) SYARAT-SYARAT SUAMI YANG MENJATUHKAN TALAQ

1. Baligh – tidak sah talaq dari suami yang masih kanak-kanak.

2. Berakal – tidak sah talaq dari suami yang gila atau yang hilang akal kecuali yang disengajakan, maka jatuhlah talaqnya.

3. Dengan kehendak sendiri – tidak sah talaq dengan paksaan sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

(83)

Ertinya : Tidak sah talaq dengan paksaan.

7) SYARAT-SYARAT SAH PAKSAAN

1. Orang yang memaksa itu berkuasa untuk melaksanakan segala ugutan secara zalim.

2. Yang kena paksa itu lemah atau tidak berdaya untuk mempertahankan diri samada dengan lari atau sebagainya.

3. Dengan sengaja – tidak sah talaq dengan tidak sengaja (tidak berniat) seperti terlanjur lidah bagi orang yang latah, atau guru yang mengucapkannya untuk mengajar murid-muridnya.

8) LAFAZ TALAQ

(84)

1. Lafaz yang terang-terang menunjukkan talaq (sareh) iaitu lafaz yang digunakan itu adalah talaq atau cerai, seperti kata suami : “aku talaq atau ceraikan engkau”.

2. Lafaz sindirian (kinayah) iaitu lafaz-lafaz yang mengandungi makna talaq dan makna yang lain berdasarkan kepada niat orang yang melafazkan seperti kata suami : “berpisah kita, baliklah awak ke rumah ibu bapa awak” dan sebagainya.

Lafaz kinayah ini memerlukan niat untuk sah talaq itu, ertinya suami yang mengucapkan kata-kata seperti itu mestilah meniatkan yang ia bermaksud dengan kata-katanya itu sebagai talaq:

9) BEBERAPA MASALAH TALAQ

1. Tidak sah talaq kecuali dengan berlafaz samada lafaz itu lafaz sareh atau kinayah.

2. Lafaz talaq disyaratkan disebut dengan jelas sekadar terdengar kepada dirinya sendiri maka tidak sah talaq sekiranya dilafazkan dengan suara rendah sehingga tidak kedengaran kepada diri sendiri.

(85)

4. Talaq dikira gugur walaupun tidak di hadapan saksi.

5. Untuk jatuhnya talaq disyaratkan suami itu orang yang berakal, bukan gila dan bukan kanak-kanak.

6. Talaq tidak boleh digurau sendakan. Andainya seorang suami memainkan perkataan talaq terhadap isteri samada di dalam keadaan biasa atau dalam satu-satu lakonan drama, sandiwara dan sebagainya, maka gugur talaq isterinya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Tiga perkara yang disungguh-sungguhkan menjadi sungguh dan

dipermainkan-mainkan pun menjadi sungguh iaitu nikah, talaq dan rujuk.

10) TALAQ SUNNI DAN BID’I

1. Talaq Sunni :

Iaitu isteri yang pernah disetubuhi kemudian dijatuhkan talaq ke atasnya ketika sedang suci dari haid dan tidak pula disetubuhi dalam masa

(86)

sucinya itu, kerana demikian akan mempercepatkan selesai idahnya. Firman Allah :

Ertinya : Apabila kamu mentalaq perempuan ( isteri), maka hendaklah

kamu talaq pada yang mereka boleh terus masuk dalam kitaran idahnya, waktu tersebut ialah waktu suci.

Hadith riwayat Ibn Umar R.A. :

(87)

Ertinya : Bahasanya tatkala Ibn Umar mengugurkan talaq ke atas

isterinya yang sedang dalam haid, maka Umar memberitahu hal ini kepada Nabi SAW, lalu Nabi menyuruh Umar memberitahu anaknya (Ibn Umar) supaya dirujuknya semula, kemudian diceraikan apabila sudah suci.

Hadith di atas menunjukkan bahawa masa menggugurkan talaq ke atas isteri hendaklah ketika suci yang tidak disetubuhi dan sunat dirujuk semula jika menggugurkan talaq ketika haid.

2. Talaq Bid’I :

Iaitu menggugurkan talaq ke atas isteri yang pernah disetubuhi di waktu ia sedang dalam haid atau di waktu suci tetapi disetubuhi di dalam suci itu. Talaq ini ditegah, kerana menggugurkan talaq di waktu hadi menyebabkan panjangnya masa idah dan menggugurkan talaq di waktu suci yang disetubuhi mengakibatkan penyesalan bila didapati isteri itu hamil selepas itu.

11) TALAQ YANG BUKAN SUNNI DAN BID’I

(88)

1. Menggugurkan talaq ke atas isteri yang masih kecil dan belum haid.

2. Menggugurkan talaq ke atas isterinya yang telah tua yang putus sama sekali daripada haid.

3. Menggugurkan talaq ke atas isteri yang sedang hamil.

4. Isteri yang menebus talaq (khulu’) tetapi belum pernah disetubuhi, kerana ia tidak perlu idah.

Keempat-empat orang itu harus dijatuhkan talaqnya pada bila-bila masa sahaja.

12) BILANGAN TALAQ

Bagi suami yang merdeka (bukan hamba) berhak menggugurkan talaq terhadap isterinya dari talaq satu hingga tiga. Pada talaq satu atau dua, suami boleh dirujuk kembali sebelum habis idahnya, jika telah habis idahnya, suami masih boleh berkahwin semula dengan akad yang baru.

(89)

Ertinya : Talaq itu dua kali sesudah itu suami dibenarkan merujuk kembali dengan baik atau melepaskannya dengan baik (jika tidak ingin kembali).

(90)

Adapun talaq tiga, tidak boleh rujuk kembali dan tidak boleh berkahwin semula melainkan perempuan (isteri) itu telah berkahwin dengan lelaki yang lain dan disetubuhi kemudian diceraikan pula oleh suami yang kedua itu serta selesai idahnya.

Ertinya : Maka jika diceraikan oleh suami yang kedua tidaklah ada

halangan bagi yang pertama kembali kepada bekas isterinya itu jika kedua-duanya bersangkutan baik untuk aturan Allah.

(Surah Al-Baqarah : ayat 230)

Dari itu terbuktilah bahawa suami yang pertama boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu setelah itu diceraikan oleh suami yang kedua (selepas selesai idahnya) dengan syarat suami yang kedua itu mestilah bersetubuh dengan isterinya itu. Oleh itu tidaklah memadai berkahwin sahaja kemudian diceraikan tanpa disetubuhi.

(91)

Sayugia diingat perkahwinan yang kedua ini hendaklah benar-benar

dengan kemahuan lelaki dan perempuan itu, bukan kerana hendak membolehkan semula suami pertama itu mengahwini bekas isterinya sebagaimana yang banyak berlaku di zaman sekarang. Perbuatan seperti ini adalah berlawanan dengan ajaran Islam dan Allah memurkai perbuatan ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya :Rasulullah SAW telah mengutuk oran gyang menjadi muhallil (cina

buta) begitu juga orang yang menyuruh membuat cina buta (lelaki yang pertama).

(92)

13) CARA MENJATUHKAN TALAQ TIGA

1. Menjatuhkan talaq itu tiga kali pada masa yang berlainan seperti : suami menjatuhkan talaq satu terhadap isterinya. Kemudian dalam masa idah ditalaqnya satu lagi kemudian dalam masa idah kedua ditalaqnya lagi dengan talaq satu.

2. Suami menjatuhkan talaq satu terhadap isterinya kemudian selepas selesai idah dikahwininya semula kemudian ditalaqnya lagi, setelah selesai idah dikahwininya lagi, kemudian ditalaqnya lagi bagi kali yang ketiganya.

Kedua-dua cara tersebut ulamak berpendapat bahawa talaq itu jatuh menjadi talaq tiga dan berlakulah hukum-hukum talaq tiga sebagaimana yang tersebut di atas tadi.

3. Cara yang ketiga suami menjatuhkan talaq seperti katanya: “saya talaq awak dengan tiga talaq,” atau katanya: “saya talaq awak, saya talaq awak, saya talaq awak,” dengan cara diulang-ulang perkataan tersebut berturut-turut tiga kali.

(93)

14) BEBERAPA PENDAPAT ULAMA MENGENAI CARA DI ATAS

1. Jatuh talaq tiga dan berlakulah hukum-hukum talaq tiga padanya.

2. Tidak jatuh talaq sama sekali, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Sesiapa yang mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tidak

menurut perintah kami maka pekerjaan itu ditolak.

(Riwayat : Muslim)

Talaq tiga bukan perintah Rasulullah malah dilarang oleh baginda. Talaq tiga cara di atas adalah ditolak sama sekali, maksudnya tidak sah.

(94)

3. Jatuh talaq satu maka berlakulah hukum talaq satu padanya, bererti suami masih boleh rujuk semula selama isteri tersebut masih dalam idah atau boleh berkahwin semula jika telah selesai idahnya,

sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Dari Ibnu Abbas sesungguhnya Raqanah telah menjatuhkan

talaq ke atas isterinya dengan talaq tiga pada tempat yang satu kemudian beliau mereka terlalu sedih terhadap perceraian itu maka Nabi SAW bertanya kepadanya, kata baginda: bagaimana cara engkau mengugurkan talaq itu? Jawab Raqanah “talaq tiga pada satu masa (sekali gus) kemudian Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya talaq yang demikian itu talaq satu maka rujuklah dia.”

(Akrajah Ahmad dan Yali Wasahih)

Referensi

Dokumen terkait

• Menyanyikan lagu dengan kosakata sesuai tema (irama lagu Apuse) Tugas individu Bentuk : membaca nyaring Tes praktik Buku gambar, kaset, yang memuat tentang tema

Sirih Hijau ( Piper betle L.) merupakan salah satu tanaman herbal yang mulai mendapat perhatian ahli untuk diteliti. Sirih Hijau dipercaya memiliki khasiat herbal yang

Agar klien maupun masyarakat sadar tentang pentingnya periksa hamil, yang teratur, bersalin di fasilitas keseahatan dn ditolong oleh tenaga kesehatan, melakukan

Perkembangan penyakit gugur daun Collectotrichum sangat dipengaruhi oleh kondisi curah hujan yang tinggi pada saat pembentukan daun baru setelah gugur alami.. Suhu udara

Oleh karena itu, peneliti tertarik untuk menganalisa bioekonomi perikanan sumberdaya udang dogol ( Metapenaeus monoceros ) di perairan Cirebon. Model Bioekonomi merupakan

(1992) dan telah dipelajari oleh Mansur (2000) dengan teknik PDOC (Petri-dish Observation Chamber) bahwa setiap jenis CMA mempunyai pola kolonisasi yang berbeda sehingga

Mengambil nilai k seperti yang telah dihitung diatas dan berdasarkan data dari tabel 2.10, fungsi keanggotaan dari angka fuzzy berbentuk trapesium diperlihatkan dalam tiga

TUHAN YAN G ES A Menerapkan nilai-nilai luhur kristiani untuk berperilaku unggul secara intelektual, anggun secara moral dan kompeten dalam keahlian studi yang ditekuni