• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN ANTI INSTITUSI RAJA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN ANTI INSTITUSI RAJA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN ANTI INSTITUSI RAJA

(LAPORAN 1)

DEFINISI

1. Institusi Raja adalah satu institusi politik dan pentadbiran serta institusi sosiobudaya bagi sesebuah masyarakat yang bermula dari Kepulauan Melayu untuk berabad-abad lamanya. Ia terus diwarisi sebagai satu legasi yang mempunyai nilai kenegaraan dan sejarah serta menjadi tonggak masyarakat Malaysia khususnya berhubung dengan institusi kepemimpinan dalam sistem pentadbiran sebuah negara bangsa.

2. Segi sejarah, Kerajaan-Kerajaan Melayu di Tanah Melayu telah wujud seawal kurun 1 Masehi. Dalam kebanyakan Kerajaan Melayu, Kerajaan Kesultanan Melaka telah berjaya mencatat sejarah kegemilangan dan ketamadunannya tersendiri. Sistem Kerajaan Kesultanan Melaka berasaskan Pemerintahan Raja Mutlak. Pada era kegemilangannya, Melaka mempunyai sistem pentadbiran, sistem politik, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, sistem perundangan dan agama Islam sebagai cara hidup dan perundangan masyarakat.

3. Pengiktirafan dan pengukuhan Institusi Raja terbukti menerusi kronologi berikut:

(2)

Kerajaan Kesultanan Melaka berpaksikan sistem Pemerintahan Raja Mutlak telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi.

Selepas Kerajaan Kesultanan Melaka dikalahkan oleh Portugis, pengaruh sistem pentadbiran berpaksikan Institusi Raja diwarisi oleh beberapa negeri lain seperti Johor, Pahang, Terengganu dan Perak. Ini terbukti, selepas kedatangan British (kurun ke-19 dan

ke-20), telah berlaku beberapa perjanjian di antara British dengan Raja-Raja Melayu.

Malah, sewaktu pendudukan Jepun (1942-1945), kedudukan Raja-Raja Melayu terus diiktiraf sebagai pemerintah negeri masing-masing.

Kedudukan Raja-Raja Melayu semakin kukuh apabila terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ia berikutan daripada bantahan daripada Raja-Raja Melayu dan orang Melayu terhadap cadangan British memperkenalkan Malayan Union yang antara lainnya

bertujuan untuk menghapuskan Institusi Raja. Majlis Raja-Raja turut ditubuhkan untuk menjaga kepentingan Raja-Raja Melayu dan rakyatnya. Di samping itu, turut diperakui

adalah kedudukan istimewa orang Melayu.

Perlembagaan Persekutuan 1957 menetapkan sistem pentadbiran yang baharu tetapi masih mengekalkan Institusi Raja sebagai tonggak pemerintahan. Perbezaannya adalah

anjakan status daripada sistem beraja mutlak kepada Raja Berperlembagaan. Menurut Perlembagaan ini, Raja-Raja Melayu bersetuju menerima nasihat para pembesarnya dalam hal-hal pentadbiran negara tetapi soal perlantikan kabinet, kehakiman, polis,

ketenteraan dan semua suruhanjaya adalah dalam bidang kuasanya.

Perlembagaan Malaysia 1963 adalah berasaskan pada Perlembagaan 1957 dengan beberapa pindaan dan tambahan sesuai dengan kemasukan Sabah dan Sarawak.

Perlembagaan ini mengambil kira semua peruntukan dan hal ehwal berkaitan dengan bidang kuasa, kedudukan dan kedaulatan Raja termasuklah DYMM Yang DiPertuan Agong

sebagai Ketua Negara, bidang kuasa (eksekutif, legislatif dan judisiari), Majlis Raja-Raja, Fasal 153 dan Undang-Undang Tubuh Negeri di peringkat negeri.

(3)

KONSEP

1. Raja Melayu

•Kedaulatan.

•Prerogatif.

•Kesucian.

Kedaulatan

•Ketua agama Islam.

•Ketua utama negara.

•Ketua adat Melayu dan istana.

•Panglima tertinggi angkatan tentera.

Kedudukan

•Melantik Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri.

•Melindungi kedudukan istimewa Melayu.

•Memanggil dan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

•Menganugerah darjah kebesaran.

•Memberi pengampunan.

•Melantik pembesar istana, kerabat dan lain-lain.

•Mempunyai kuasa pemerintahan negeri.

•Melantik mufti, hakim syar’ie dan pembesar negeri.

•Mengarah pegawai kerajaan dan rakyatnya.

Bidang Kuasa

•Kuasa sebagai Ketua Agama Islam terpelihara dan tidak terjejas.

•Adat Melayu kekal.

•Hak mewarisi takhta sebagai Raja/Sultan terpelihara dan tiada campur tangan daripada kerajaan atau mahkamah.

•Kedaulatan, martabat dan kuasa Raja terpelihara, kebal dan tidak boleh dibawa ke mahkamah.

•Mempersoal keistimewaan Raja adalah kesalahan menghasut.

•Menghapuskan Raja adalah satu kesalahan termasuk dibangkitkan di Parlimen/Dewan.

•Tidak sah apa juga undang-undang yang menjejas kedaulatan, martabat dan kemuliaan Raja.

Jaminan Dan Perlindungan

(4)

•Merupakan badan kuasa tertinggi.

•Memilih/memecat Yang DiPertuan Agong.

•Membincang dan menimbang dengan teliti dasar negara.

•Mempunyai hak memberi perkenan atau menolak perlantikan individu kenamaan tertentu.

•Dirundingi perubahan dasar Perlembagaan 153 (kedudukan istimewa Bumiputera).

•Menyeragam dan memperluaskan urusan agama Islam di seluruh negara.

•Memberi perkenan mengubah sempadan negeri.

•Dirundingi perlantikan para hakim.

i. Majlis Raja-Raja

•a. Kedudukan dan peranan

•Ketua agama Islam.

•Ketua utama negara.

•Ketua adat Melayu dan istana.

•Pemerintah tertinggi angkatan tentera.

•Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

•Melantik sebahagian besar Ahli Dewan Negara.

•Melantik para hakim.

•b. Bidang kuasa

• i. Kuasa Eksekutif

•Bertindak mengikut budi bicara.

•Bertindak menurut nasihat.

•Dijalankan oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

•Dijalankan oleh individu/badan lain menurut ketetapan Parlimen.

•ii. Kuasa Legislatif

•Parlimen terdiri daripada tiga kuasa (Yang DiPertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat).

•Semua Rang Undang-Undang mesti diluluskan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan mendapat perkenan daripada Yang DiPertuan Agong.

•Dewan Rakyat terdiri daripada 222 ahli yang dipilih oleh rakyat.

•Dewan Negara terdiri daripada 26 ahli yang dipilih dan 40 ahli yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong.

•Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa memanggil, proprogue dan membubar Parlimen atau enggan membubarkannya apabila diminta oleh Perdana Menteri.

•Yang DiPertuan Agong berhak bertitah di Dewan Negara, Dewan Rakyat atau kedua-duanya sekali.

•Mana-mana ahli dewan yang menganjurkan penghapusan Yang DiPertuan Agong atau Raja Negeri akan hilang kekebalan.

•iii. Kuasa Kehakiman

•Badan kehakiman terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah (terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret).

•Yang DiPertuan Agong bukan sebahagian daripada Badan Kehakiman tetapi Baginda melantik para hakim.

•Para hakim (selain daripada Ketua Hakim Negara) dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara.

•Jawatan hakim kekal sehingga umur bersara wajib dan tidak boleh dipecat melainkan dengan keputusan tribunal disebabkan kesalahan melanggar Kod Etika Hakim.

•Kuasa para hakim termasuk menjatuhkan hukuman kerana menghina hakim.

•Yang DiPertuan Agong berkuasa memberi pengampunan terhadap apa juga kesalahan dalam bidang kuasanya setelah dan walaupun para hakim mendapati seseorang itu bersalah melalui proses perbicaraan dan rayuan.

ii. DYMM Yang DiPertuan Agong

(5)

3. Tujuh Wasiat Raja Melayu

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu berpegang teguh kepadanya selama itulah

kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.”

• Pertama: Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);

• Kedua: Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

• Ketiga: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

• Keempat: Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA- RAJA MELAYU memerintah negara ini;

• Kelima: Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan;

• Keenam: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

• Ketujuh: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Dan bagi memastikan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini dipelihara dan dilaksanakan, maka peruntukan mengenainya telah digubal di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 1; Perkara 89; Perkara 32;

Perkara 3; Perkara 152; Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972;

dan Perkara 153 dan lain-lain. Peruntukan-peruntukan ini tidak boleh sama-sekali dipinda, diubah, dibatalkan atau dimansuhkan kecuali dengan izin, persetujuan dan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan tiap-

tiap Baginda Tuanku Sultan yang memerintah yang bersidang

sepenuhnya.”

(6)

Tujuh Wasiat Raja Melayu tersebut diterjemahkan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu:

Malaysia

• Perkara 1: Persekutuan dinamakan sebagai Malaysia pada 16 September 1963. Negeri- negerinya terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Tanah Simpanan Melayu

• Perkara 89 (Tanah Rizab orang Melayu): Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang

menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.

Rejimen Askar Melayu

• Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972: Seksyen tersebut menyatakan, “Mana- mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja”. Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada dua batalion pada tahun 1941. Askar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Singapura dalam Perang Dunia Kedua. Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan

mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.

Raja-Raja Melayu

• Perkara 32: Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan dan Permaisurinya.

Kepala utama negara bagi Persekutuan digelar Yang DiPertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong

mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang DiPertuan Agong. Yang DiPertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun.

(7)

Islam

•Perkara 3: Agama bagi Persekutuan. Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai

Raja/Sultan, Yang DiPertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan (Kuala

Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Bahasa Melayu

•Perkara 152: Bahasa Kebangsaan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia adalah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Pindaan kepada perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan daripada Majlis Raja-Raja.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain

•Perkara 153: Perizaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu. Perlembagaan

Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang DiPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan

kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Perlembagaan

Persekutuan juga memperuntukkan rizab kuota orang Melayu

dan Bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan

pelajaran, permit dan lesen perniagaan.

(8)

• Merobohkan payung perlindungan untuk agama Islam dan umat Melayu di Malaysia.

1.

• Membentuk sebuah negara republik.

2.

• Menghapuskan hak istimewa umat Melayu dan Bumiputera yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

3.

• Mengikis aqidah umat Islam.

4.

• Merealisasikan agenda fahaman Barat seperti Kristianisasi, liberalisme, pluralisme, agnotisme dan sebagainya.

5.

• Menghilangkan hak dan dominasi umat Islam-Melayu dalam politik dan pentadbiran negara.

6.

• Mengaburi masyarakat dengan slogan hak asasi manusia dan falsafah integrasi rakyat.

7.

• Menjayakan agenda pengambilalihan penguasaan dengan menafikan umat Islam-Melayu sebagai etnik majoriti.

8.

• Memecahbelahkan umat Melayu secara sistematik dan menggunakan pelbagai wadah dengan antara matlamatnya menjadikan suara Melayu dipinggirkan.

9.

• Mewujudkan persepsi dan prejudis kaum dengan memberi

gambaran umat Melayu adalah kaum kelas kedua, sukakan hiburan, kurang bermotivasi, mempercayai tahyul dan mempunyai sikap pergantungan yang tinggi.

10.

• Menimbulkan isu-isu dari semasa ke semasa mengikut strategi golongan pro-Republik.

11.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui reduksi banjir Sungai Ciliwung Hulu akibat dibangunnya Bendungan Kering Ciawi, dengan melakukan analisis hidrograf

Tampilan form login dapat diterangkan dengan langkah-langkah state, dimulai dari memasukkan username, memasukkan password, jika Akun valid maka sistem akan mengaktifkan menu

Penelitian terhadap Serat Babad Sunan Prabu sebenarnya dapat dilakukan dengan banyak pendekatan, namun dalam penelitian ini lebih memilih menggunakan pendekatan

Ini ter ter*asu *asuk k salu saluran ran ter teran,a an,ar r e! e!Bank Banking ing ,ang ,ang *e*u *e*ungki ngkinka nkan n nasa nasa0a$ 0a$ *elakukan transaksi 8ia

Penelitan yang dilakukan oleh Nur Siti Aliyah tahun 2008 dengan judul Strategi pelayanan prima kantor departemen agama Jakarta barat terhadap calon jamaah haji, strategi

Berdasarkan hasil lembar observasi peneliti terhadap RKH yang dibuat guru (pada siklus I), diperoleh informasi/data bahwa masih ada guru yang tidak melengkapi RKH-nya dengan

Sesuai dengan permasalahan yang menjadi fokus dalam penelitian ini yaitu gambaran deskriptif mengenai efektivitas pengawasan presensi dalam meningkatkan disiplin kerja

Menimbang, bahwa setelah mempelajari dengan seksama berkas perkara yang terdiri dari Berita Acara Persidangan, berikut turunan resmi Putusan Pengadilan Negeri Balige Nomor