23
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
BAHAGIAN A: 20 OBJEKTIF
1. Rajah 1 berkaitan dengan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara.
Rajah 1
Apakah faktor yang membezakan kedua-dua bentuk kerajaan tersebut?(ms 75) I Kegiatan ekonomi
II Lokasi kerajaan III Anutan agama IV Sistem pemerintahan A I dan II
B I dan IV C II dan III D III dan IV
2. Apakah faktor utama kerajaan Funan berubah status kepada kerajaan maritim?
(ms 76)
A Perluasan wilayah B Usaha pihak kerajaan C Kemajuan pelabuhan
D Desakan pedagang antarabangsa
3. Mengapakah pelabuhan Oc-eo muncul sebagai pelabuhan utama di Alam Melayu? (ms 76)
I Menjadi pusat keagamaan II Tumpuan golongan intelektual III Terlindung daripada tiupan angin IV Mempunyai kemudahan pelabuhan A I dan II
B I dan IV C II dan III D III dan IV
INFO: Pengayaan
Kerajaan Agraria:
Berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
Contoh: Angkor, Sailendra
Kerajaan Maritim:
Menjalankan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan, serta berfungsi sebagai pelabuhan Contoh: Srivijaya, Kedah Tua
KBAT: Mengapakah pertanian penting kepada pembangunan sesebuah negara?
Funan:
Kerajaan Alam Melayu yang paling awal
Wujud pada abad kedua hingga abad kelima Sebelum Masihi
Mempunyai pelabuhan yang terkenal iaitu Oc-eo
Faktor perkembangan Funan:
Kedudukan Oc-eo di muara Sungai Mekong
Terlindung daripada tiupan angin dari Teluk Siam
Mempunyai kemudahan pelabuhan serta kemudahan mendapatkan bekalan minuman dan makanan KBAT: Mengapakah pelabuhan di Malaysia terus menjadi tumpuan negara luar?
KerajaanAwal
Agraria
Maritim
24
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
4. Mengapakah Tasik Tonle Sap dianggap sebagai nadi perkembangan ekonomi kerajaan Angkor? (ms 77)
I Pusat rekreasi dan lawatan II Tempat aktiviti perdagangan III Membekal lumpur lanar yang subur
IV Menampung bekalan air untuk tanaman padi A I dan II
B I dan IV C II dan III D III dan IV
5. Bagaimanakah kerajaan Angkor berjaya memajukan bidang pertanian?
(ms 76-77)
I Membina dan mengurus baray II Mengutamakan ekonomi sara diri III Menggalakkan pelaburan modal dari luar
IV Menambah hasil padi untuk keperluan makanan
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
6. Raja Indravarman I memberikan sumbangan yang begitu bermakna kepada kerajaan Angkor.
Apakah sumbangan beliau? (ms 77) I Membina baray
II Memulakan pendidikan III Membangunkan pelabuhan IV Meningkatkan pengeluaran beras A I dan II
B I dan IV C II dan III D III dan IV
Kepentingan Tasik Tonle Sap:
Membekalkan sumber air minuman
Mempunyai mendapan lumpur yang subur
Membekalkan sumber protein
Membekalkan air untuk pertanian
Menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi
Faktor kegemilangan Angkor:
Pembinaan sistem pengairan yang baik
Raja sendiri terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
Terletak di Lembah Sungai Mekong
Kedudukannya berhampiran dengan Tasik Tonle Sap KBAT: Bagaimanakah anda memanfaatkan keistimewaan negara kita untuk menjadi negara yang maju?
Baray:
Tempat takungan air buatan manusia yang menyerupai tasik.
Pada musim hujan air ditakungkan supaya dapat digunakan pada musim kemarau KBAT: Sejauhmanakah kerajaan melibatkan diri dalam bidang pertanian di negara kita?
25
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
7. Rajah 2 menunjukkan perkembangan pelabuhan di Alam Melayu
Rajah 2
Bagaimanakah X mendapat statusnya? (ms 78-79) A Wujud kerajaan
B Perdagangan maju C Kepadatan penduduk
D Hubungan dengan kerajaan besar
8. Gambar 1 ialah Gunung Jerai di Kedah.
Gambar 1
Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah hari ini? (ms 82)
A Benteng pertahanan negeri B Lambang kekuatan pemerintah C Membekalkan sumber makanan D Menjadi pusat pelancongan 9. Gambar 2 ialah tembikar Qing Pai
Gambar 2
Mengapakah artifak tersebut dijumpai dalam kerajaan Kedah Tua?(ms 81)
A Pusat pengumpulan barang B Sebuah pelabuhan entrepot C Hubungan baik dengan China D Kerajaan tertua di Tanah Melayu
Pelabuhan pembekal:
Membekalkan bahan logam dan makanan kepada pedagang yang singgah
Pelabuhan kerajaan:
Menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan berkembang menjadi negeri
Pelabuhan entrepot:
Membekal hasil tempatan kepada pedagang antarabangsa
Membeli barangan pedagang antarabangsa dan
mengedarkannya
Faktor Perkembangan Kedah Tua:
Terdapat Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal dagang
Kedudukan strategik di Selat Melaka
Terlindung daripada tiupan angin monsun
Mempunyai kemudahan menyimpan barang
Mempunyai kekayaan hasil hutan
Mempunyai barang dagangan dari luar
Gunung Jerai:
Merupakan gunung tertinggi di Kedah, pada masa dahulu menjadi tanda arah kapal pedagang.
Tembikar Qing Pai:
Merupakan tembikar China yang dihasilkan pada Zaman Dinasti Tang, Dinasti Song dan Dinasti Yuan.
Membuktikan wujud hubungan perdagangan Kedah dengan China
KBAT: Apakah faedah yang diperoleh oleh Malaysia sebagai sebuah kerajaan Maritim?
Pelabuhan
pembekal X
Pelabuhan entrepot
26
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
10. Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada struktur organisasi pentadbiran Srivijaya. (ms 86)
Rajah 3
Siapakah yang mentadbir di peringkat daerah? (ms 86) A Datu
B Hakim C Penghulu D Temenggung
11. Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan agraria dan maritim.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada hubungan tersebut? (ms 83) A Bersaing antara satu sama lain
B Memberi bantuan ketenteraan C Saling melengkapi demi kemajuan D Bergantung kepada kegiatan perikanan
Mengangkat sumpah di Srivijaya:
Datu akan meminum air yang disiram pada batu bersurat.
Tujuannya adalah untuk menetapkan pembesar agar memberikan taat setia kepada raja.
KBAT:Apakah kesan upacara mengangkat sumpah terhadap pentadbiran Srivijaya?
Konsep saling bergantung antara kerajaan agraria dan maritim:
Agraria membekalkan tenaga kerja yang mencukupi, makanan, bahan mentah seperti kayu, binatang kenderaan, tukang kayu dan tukang batu.
Maritim membekalkan barangan mewah dan beras menjadi dagangan utama dengan agraria
KBAT:Sejauhmanakah kerajaan agraria memajukan Asia Tenggara?
Raja
Pentadbiran Daerah
Pentadbiran Pusat
Barangan mewah daripada kerajaan maritim
Bekalan makanan daripada kerajaan agraria
27
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
12. Maklumat berikut berkaitan dengan kedatangan pengaruh agama Hindu dan Buddha.
Apakah bukti pengaruh tersebut dibawa oleh golongan ksyatria? (ms 84) A Menjalankan kegiatan perdagangan
B Berperanan sebagai golongan Brahmin C Membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara D Mempunyai pengaruh yang luas dalam agama
13. Berikut adalah kerajaan awal di Asia Tenggara.
Apakah persamaan kedua-dua kerajaan tersebut? (ms 84)
A Mengutamakan pendidikan B Menerima pertuanan China
C Menjalin perdagangan dengan Funan D Menerima pengaruh Hindu dan Buddha
14. Maklumat berikut berkaitan dengan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan.
Apakah kesan daripada tindakan tersebut? (ms 86) A Mengongkong masyarakat
B Mengatur kesejahteraan C Pemisah raja dan rakyat D Pertapakan kuasa asing
Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha:
Dibawa oleh golongan Ksyatria/
tentera
Dibawa oleh pedagang/ vaisya
Dibawa oleh golongan Brahmin
Pengambilan aspek kebudayaan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan.
KBAT:Proses asimilasi
pemerintahan Hindu dan Buddha telah berlaku di Asia Tenggara.
Jelaskan pernyataan tersebut.
Bukti kemasukan pengaruh India:
Srivijaya :
- Candi menunjukkan ciri Buddha.
- Catatan I-Tsing, sekitar 1000 bhiksu yang belajar agama Buddha.
- Guru agama Buddha dari Tibet pernah belajar di Srivijaya
Angkor :
- Candi menunjukkan ciri Hindu dan Buddha KBAT: Mengapakah raja-raja Asia Tenggara menerima pengaruh Hindu dan Buddha?
Orde Kosmos:
Negara dianggap sebagai pusat alam semesta. Raja
bertanggungjawab mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras dengan Dharma.
KBAT:Bagaimanakah kedudukan raja diperkukuhkan?
Ahli sejarawan mengemukakan pelbagai pendapat tentang cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Alam Melayu
Srivijaya
Angkor
Raja membina kompleks kota
28
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
15. Apakah peranan golongan Brahmin dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara? (ms 86)
A Menjaga keamanan
B Menggubal undang-undang C Memutuskan jenis hukuman D Mengetuai upacara keagamaan
16. Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan masyarakat kerajaan awal Asia Tenggara
Mengapakah rakyat begitu taat kepada raja ? (ms 86)
A Raja memiliki tanah B Raja ialah ketua agama C Raja menjadi ketua tentera D Raja merupakan bayangan tuhan
17. Mengapakah mitos dan lagenda sering dikaitkan dengan asal usul raja dalam kerajaan awal di Asia Tenggara? (ms 85)
A Membuktikan kebolehan raja B Membanyakkan orde kosmos C Memperkukuh kedudukan raja D Mengesahkan adat istiadat istana
Golongan Brahmin/ pendeta Memimpin adat istiadat pertabalan raja. Tujuan adat istiadat diwujudkan adalah untuk membezakan kedudukan raja dan rakyat
Derhaka:
Adalah konsep dalam menjelaskan hubungan antara raja dengan rakyat iaitu rakyat mesti taat dan tidak boleh menentang raja
KBAT: Mengapa rakyat takut menderhaka kepada raja?
Unsur mitos dan lagenda Tentang asal usul raja untuk memperkuat kedudukan dan status raja sebagai pemerintah
KBAT: Adakah mitos dan lagenda dapat mengukuhkan fakta sejarah?
Ya
Tidak
Indrani: Raja kita tidak berlaku adil tetapi kita tidak boleh buat apa-apa
Sogit : Kita takut untuk menderhaka.
29
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
18. Gambar 3 ialah candi Borobudur yang terdapat di Jawa Tengah, Indonesia.
Gambar 3
Mengapakah candi Borobudurdianggap bersejarah kepada pemerintah kerajaan tersebut? ( ms 90)
A Melambangkan orde kosmos B Memajukan sistem pertanian C Menyebarkan ajaran Hindu D Menjadi pusat ketenteraan
19. Gambar 4 menunjukkan candi Angkor Wat di Kemboja.
Gambar 4
Mengapakah candi tersebut dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12?(ms 90)
I Pusat pentadbiran II Keagungan pemerintah III Lambang alam semesta IV Sumber pendapatan negara A I dan II
B I dan IV C II dan III D III dan IV
Candi Borobudur:
Terdiri daripada 9 tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha. Bahagian paling atas dianggap sebagai tertinggi dan lambang pencapaian nirwana iatu tahap manusia membebaskan dirinya daripada nafsu
KBAT: Mengapa candi-candi perlu diiktiraf sebagai warisan dunia?
Angkor Wat
Dibina untuk agama Hindu.
Tinnginya 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar.
Mempunyai tempat pemujaan dan teres bertingkat empat.
Setiap sudutnya mempunyai menara. Bahagian luar terdapat tembok yang dibuat daripada batu laterit dan batu pasir.
Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabharata
KBAT:Bagaimanakah agama dapat membentuk masyarakat
sejahtera?
30
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
20. Senarai berikut ialah epik kesusasteraan klasik Asia Tenggara yang mengalami pengaruh India.
Apakah pengaruh India yang terdapat dalam kesusasteraan tersebut?
(ms 93) A Mitos B Bahasa C Pengajaran D Ilmu Pengetahuan
Kesusateraan:
Sastera beerti kitab suci atau cerita. Ceritanya berbentuk lisan dan bertulis.
Kesusateraan India melalui epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.
KBAT: Apakah pengaruh Hindu- Buddha yang masih diamalkan oleh rakyat Malaysia hari ini?
Ramayana
Mahabharata
Puranas
31
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
BAHAGIAN B: STRUKTUR DAN ESEI INFO: Pengayaan
Ciri-ciri kerajaan agraria:
Mengusahakan tanaman padi sawah
Menanam padi huma di kawasan tanah tinggi
Menanan tanaman sampingan seperti pisang, keledek
Menghasilkan pelbagai rempah seperti cengkih, lada hitam
Mengumpul hasil hutan seperti kayu gaharu, cendana
Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
Menternak binatang seperti lembu, kambing
Mendapatkan kulit kura-kura
Sarang burung diambil dari gua untuk tujuan perdagangan
Ciri-ciri kerajaan maritim:
Menjalankan kegiatan perdagangan
Mempunyai pelabuhan (pelabuhan pembekal, kerajaan dan entrepot)
Peringkat awal, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut
Terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar
Bahasa perhubungan adalah bahasa Melayu
Merupakan ahli pelayaran
KBAT: Senaraikan tiga langkah untuk meningkatkan industri pertanian di negara kita.
1. ARAS MENGINGATI
Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan agraria ?
Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan maritim ?
32
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
Bukti penanaman padi di Asia Tenggara:
Padi telah diusahakan semenjak zaman Neolitik lagi di Asia Tenggara. Ini berdasarkan jumpaan sekam dan bijian padi di beberapa tapak arkeologi.
Contohnya di Lembah Tembeling (Pahang) dan Gua Cha (Kelantan)
KBAT: Apakah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan bidang pertanian di negara kita?
2. ARAS MEMAHAMI
Terangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria.
Mengapakah kerajaan maritim dapat berkembang pesat?
33
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
KBAT: Apakah kepentingan bidang pertanian kepada perkembangan tamadun manusia?
KBAT: Apakah iktibar daripada kejayaan Kerajaan Angkor?
3. ARAS MENGANALISIS
Kerajaan maritim sangat bergantung kepada kerajaan agraria.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
Bagaimanakah Tasik Tonle Sap memainkan peranan yang penting kepada perkembangan kerajaan Angkor ?
34
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
KBAT: Mengapa generasi muda tidak berminat dalam bidang pertanian?
KBAT: Berdasarkan kajian anda, apakah masalah yang boleh menggagalkan usaha kerajaan memajukan sektor pertanian?
4. ARAS MENGAPLIKASI
Masyarakat kerajaan maritim mampu menjadi pelaut yang hebat.
Bagaimanakah kita dapat mencontohi kejayaan mereka ?
Bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mencontohi kegemilangan kerajaan agraria dalam memajukan negara ?
35
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
KBAT: Mampukah sistem pengairan dapat meningkatkan hasil pengeluaran pertanian negara?
Mampu
Tidak
KBAT: Generasi muda hari ini berminat menceburi bidang perniagaan. Beri ulasan anda.
5. ARAS MENILAI
Bagaimanakah Kedah Tua berjaya muncul sebagai pelabuhan entrepot di Asia Tenggara ?
Beripenjelasananda
Sejauhmanakah pelabuhan kerajaan Maritim berperanan meningkatkan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara?
36
PERHALUS©Yayasan Pahang 2020
SOALAN TAMAT
KBAT: Ramalkan rakyat Malaysia sudah mencapai kemajuan dalam bidang perindustrian.
Jelaskan.
KBAT: Mengapakah orang Melayu mampu menjadi pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara?
6. ARAS MENCIPTA
Cadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian?
Adakah Malaysia mampu menguasai perdagangan maritim dunia?
Berikan cadangan anda.