• Tidak ada hasil yang ditemukan

Wacana Penulisan Biografi dan Memoir. Bersama Roosfa Hashim

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Wacana Penulisan Biografi dan Memoir. Bersama Roosfa Hashim"

Copied!
67
0
0

Teks penuh

(1)

Wacana

Penulisan Biografi

dan Memoir

Bersama Roosfa Hashim

(2)

WACANA INI AKAN MENYENTUH...

BAHAGIAN I

Perkembangan biografi di dunia

BAHAGIAN II

Perkembangan biografi tanah air

BAHAGIAN III

Pelbagai bentuk pengkisahan kisah hidup

(3)

BAHAGIAN I

P E R K E M B A N G A N B I O G R A F I D I D U N I A

(4)

Jilid III edisi tahun 1727 karya Plutarch berjudul

L I V E S

of the Noble Greeks

and Romans

(5)

Vitae Imperatorum

atau Lives of Commanders

daripada tangan Coenelius Nepos

(6)

PADA AWAL ZAMAN PERTENGAHAN (T.M. 400 -1450), minat dan kecenderungan terhadap budaya klasik agak menurun di seluruh Eropah. Rekod, dokumen dan tulisan yang ada hanya tertumpu dan menjurus tentang gereja Roman Katolik. Paderi dan golongan agamawan yang lain menggunakan masa mereka yang banyak terluang untuk menulis biografi.

TUMPUAN TOPIK DAN SUBJEK TULISAN ketika itu khusus bagi mendewa-dewakan paderi, mereka yang mati atas nama agama kristian, pope dan paderi, biarawati, serta golongan yang dianggap suci.

PENULISAN BIOGRAFI KETIKA ITU lebih bersifat hagiografi, Iaitu tulisan tentang dewa-dewa atau tulisan bagi mendewa-dewakan segelintir manusia yang dianggap suci dan mulia.

SELAIN DARIPADA ITU, tulisan ketika itu bertujuan memujuk orang ramai menerima agama Kristian.

SATU-SATUNYA CONTOH BIOGRAFI SEKULAR yang penting ketika itu adalah kisah

kehidupan Charlemagne oleh penulis istana, Einhard.

(7)

PERADABAN ISLAM juga memiliki pengkisahan dan penceritaan sama ada secara lisan mahupun secara bertulis. Al- Quran mengandungi pelbagai kisah para nabi dan rasul semenjak Adam a.s sehingga Muhammad SAW.

SETELAH NABI MUHAMMAD SAW WAFAT,

semasa Tamadun Islam Abad Pertengahan

(TM 750-1258), bermula tradisi penulisan

biografi dalam kalangan sarjana Muslim.

(8)

The Book of The Major Classes

(Kitab Tabaqat Al-Kubra)

Hayatu Muhammad (Kehidupan Muhammad)

karya Muhammad Husain Haekal

(9)

MENJELANG LEWAT ZAMAN

PERTENGAHAN, biografi yang berlatarkan

kehidupan gereja semakin berkurangan di

Eropah. Pada ketika itu mula muncul

biografi raja-raja, panglima perang yang

gagah perkasa, serta berani dan pemerintah

kuku besi yang bengis dan garang.

(10)

Le Morte d'Arthur

oleh Sir Thomas Malory

(11)

Lives of the Artist (1550)

oleh Giorgio Vasari

Biografi, tumpuan kepada kehidupan sekular, bukan lagi tertumpu kepada sosok yang dianggap suci dari

gereja atau watak bangsawan di atas takhta istana. Pendekatan baru ini menjadikan karya ini best seller.

(12)

Actes and Monumen (1563)

karya John Foxe (lebih dikenali sebagai Foxe's Book of Martyrs)

Kamus biografi pertama di Eropah dan salah sebuah biografi paling awal terbit dalam bahasa Inggeris.

(13)

The History of the Worthies of England (1662)

karya Thomas Fuller

Memberi tumpuan yang berbeza iaitu kepada kehidupan orang awam.

(14)

A General History of the Pyrates

karya Charles Johnson

Karya yang kuat dalam membentuk kefahamaman umum terhadap lanun. Biografi ini penting dan berpengaruh dalam membentuk konsep popular lanun.

Buku ini juga menjadi rujukan dan sumber

rujukan kepada mereka yang ingin mendapatkan

maklumat tentang kebanyakan lanun yang

terkenal.

(15)

The Life of Samuel Johnson (1791)

karya James Boswell

Biografi moden pertama yang memberi pengaruh besar terhadap perkembangan genre ini.

Ini adalah sebuah biografi seorang tokoh perkamusan dan persuratan, Samuel Johnson.

Memiliki ciri-ciri dan pendekatan sebuah biografi moden.

Dianggap sebagai biografi yang paling besar dalam bahasa Inggeris.

Kerja Boswell menjadi unik kerana melibatkan

penyelidikan yang mendalam dan rapi, meliputi

temu bual dengan saksi mata yang berada di

sekitar kehidupan subjek yang dikajinya. Kehebatan

karya ini juga diperkuat oleh penyelidikan

menggunakan pelbagai dokumen.

(16)

Life of Sir

Thomas More (1626)

oleh William Roper

Life of Charles Dickens

oleh John Foster Sir Walter Scott (1837)

oleh John Lockhart

(17)

Life of Washington The Great

oleh M.L. Weems

Biografi Abraham Lincoln 10 jilid

oleh J.G. Nicolay & John Hay

Mark Twain (1912)

oleh Albert Bigelow

Di Amerika:

(18)

ILMU PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI berkembang pada

awal abad ke-20, ini mempengaruhi perkembangan

penerbitan biografi pada abad tersebut. Sains tingkah

laku telah dipengaruhi secara langsung oleh pemikiran

Charles Darwin.

(19)

BERKEMBANGNYA BIDANG PSIKOANALISIS telah mendorong para penulis biografi supaya memberi tumpuan dan perhatian yang lebih komprehensif dalam memahami tokoh yang mereka kaji. Para penulis biografi juga terdorong untuk menekankan kajian mereka terhadap zaman kanak-kanak dan remaja tokoh yang mereka kaji. Zaman awal dalam kehidupan seseorang sangat mempengaruhi bentuk dan corak keperibadiannya kemudian.

PADA AKHIRNYA subjek dipengaruhi dengan idea pakar

psikologi bahawa memberitahu cerita orang lain itu boleh

menjadi satu bentuk terapi kepada penulisnya. Akhirnya,

konsep konvensional penceritaan kisah-kisah kejayaan hilang

dalam kecenderungan penerokaan psikologi personaliti.

(20)

Eminent Victorians (1918)

karya Lytton Strachey

Menggariskan piawaian penulisan biografi bagi abad ke-20.

Gaya penulisannya yang bersahaja, kasar dan agak kurang sopan, lucu, ringkas tetapi tepat telah menjadikan buku itu amat mudah memikat pembaca, menjadikannya terkenal di seluruh dunia.

Sifat mengampu atau mendewa-dewakan tokoh tidak lagi digunakan sebagaimana dalam kebanyakan hagiografi. Karya Lytton Strachey ini amat berpengaruh dalam kalangan penulis biografi.

Justeru, dalam tahun 1920-an dan '30-an, penulis

biografi cuba mengambil kesempatan daripada

populariti Strachey dengan meniru gayanya

menulis.

(21)

Trend ketika itu mengutamakan seniman.

Banyak biografi artis terbit. Bentuk ini lebih diminati berdasarkan rasa ingin tahu lebih daripada alasan moral atau patriotik.

Ketika Perang Dunia I, biografi versi

cetakan kulit keras yang murah telah

menjadi bertambah popular. Dekad 1920-

an menyaksikan ledakan besar atau banjir

besar biografi dalam pasaran buku.

(22)

Zelda: A Biography (1970)

karya Nancy Milford

Sarjana feminis Carolyn Heilbrun mendapati, biografi dan autobiografi wanita berubah sifat dan kandungannya semasa gelombang kedua gerakan feminism.

Heilburn mengupas kisah Zelda Sayre Fitzgerald iaitu isteri F. Scott Fitzgerald dalam biografi berjudul Zelda.

“ . . . Kita mula faham bahawa bukanlah Zelda

yang telah memusnahkan Fitzgerald, tetapi

suaminyalah yang telah merosakkan kehidupan

dan kerjaya Zelda. Fitzgerald telah merampas

bakat dan kebolehan yang ada pada Zelda . . . “

(23)

Journal of a Solitude (1973)

karya May Sarton

“ . . . Buat kali pertamanya dalam karya ini seorang wanita bercerita dengan jujur dan berterus terang tentang kisah hidupnya, tidak seperti yang lazimnya, penulis hanya mencari dan memanipulasi kecantikan wanita walaupun dalam kesengsaraan dan penderitaan.

Menurut Heilburn lagi, subjek dalam autobiografi

ini telah mengubah sikap wanita yang selama ini

hanya menerima dan redha apa sahaja yang

dipaksakan ke atas mereka walaupun mereka

membencinya.

(24)

BAGAIMANAKAH TEKNIK YANG PALING BAIK UNTUK KITA BERCERITA TENTANG SEORANG TOKOH TERKENAL?

BAGAIMANA CERITERA SEORANG MANUSIA ITU BOLEH DIKARANG DENGAN CARA YANG PALING MEMIKAT,

MEMUKAU DAN MENGINSAFKAN MANUSIA LAIN?

(25)
(26)

Nigel Hamilton

Hamilton, yang telah menulis biografi Field Marshall Montgomery, John F. Kennedy, dan Bill Clinton. Bukunya How To Do Biography, menjelaskan tujuan, objektif dan agenda dalam menulis sebuah biografi.

Hamilton menggunakan contoh-contoh daripada biografi tulisannya sendiri & petikan daripada penulis biografi lain yang dikaguminya termasuk Samuel Johnson, Robert Caro, David McCullough, Hermione Lee, & Edmund Morris.

Hamilton mulakan dengan memotivasi atau menaikkan azam dan semangat dalam dirinya.

Hamilton membina konsep-konsep biografi dan mulalah beliau bergerak ke arah melengkapkannya.

Adalah pentingnya penulis biografi mengenali pembacanya,

merasakan keseronokan dan susah payah semasa

menjalankan penyelidikan, membaca dan mengkaji rahsia

biografi yang baik dan yang hebat yang telah terbit.

(27)
(28)

Menulis biografi adalah merakam dan menilai watak manusia lain dan watak kita juga. Sebuah

biografi harus berupaya mempengaruhi dan mengubah pembacanya, sekurang-kurangnya ada pengajaran dan pelajaran yang dapat dikutip

oleh pembaca.

Hamilton tunjukkan bagaimana menggambarkan kehidupan manusia pada usia berbeza –- semasa

lahir, zaman kanak-kanak, jatuh cinta, zaman pekerjaan, waktu senja dalam kehidupan, dan semasa seseorang itu dijemput oleh kematian.

Hamilton juga cadangkan cara berkesan

memulakan dan menutup sebuah kisah hidup.

(29)

Penulis perlu menangani dengan cermat isu etika, undang-undang, dan implikasi mendedahkan sikap terus terang serta pendedahan yang dibuat

oleh subjek.

Hamilton jelaskan bukan hanya perkara yang boleh dan tidak boleh dalam penulisan sebuah biografi, tetapi juga sebab-musababnya, kenapa

sesuatu itu perlu ditulis dan bagaimana

menulisnya.

(30)

BAHAGIAN II

P E R T U M B U H A N B I O G R A F I D A N M E M O I R M A L A Y S I A

(31)

PERTUMBUHAN BIOGRAFI DAN MEMOIR MALAYSIA

Konsep penceritaan riwayat hidup atau biografi telah wujud dalam minda masyarakat Melayu sejak zaman tradisi lisan lagi.

Dalam cerita-cerita rakyat kita temui misalnya kisah Pak Pandir dan isterinya Mak Andeh, Badang, Awang Kenit, Mat Jenin, Lebai Malang dan Pak Kadok.

Dengan kedatangan Islam bermulalah tradisi penulisan dan persuratan, dan mulalah masyarakat kita membaca hikayat- hikayat dan riwayat hidup yang awal.

Maka, kita dapat membaca Hikayat Hang

Tuah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Siti

Zubaidah dan sebagainya.

(32)

Khoo Kay Kim dalam Seminar Biografi Malaysia (1986)

Penulisan biografi dalam masyarakat Malaysia merupakan suatu yang terlampau baru.

Dalam masyarakat kita, seseorang tokoh

dipertanggapkan selaras dengan sempadan politik.

Dalam masyarakat lampau, tulisan sejarah lebih biasa berhaluan istana dan raja. Maka, yang

ditonjolkan sebagai tokoh juga terdiri daripada

para pemerintah.

(33)

Misa Melayu memberi tumpuan kepada Sultan Iskandar (1752-65),

Kenang-kenangan Selangor pula memberi tumpuan kepada Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Syair Sultan Zainal Abidin III, Hikayat Johor dan Tawarikh Al-marhum Sultan Abu Bakar Johor juga membincangkan kejayaan zaman pemerintahan dua orang raja.

Penulisan biografi telah mula diusahakan pada lewat abad ke-19 dan abad ke-20 sehingga 1930- an.

Ketika itu tujuan utama penulisan bukanlah untuk

memahami tokoh, tetapi untuk memujinya.

(34)

Penulisan biografi telah mula diusahakan pada lewat abad ke-19 dan abad ke-20 sehingga 1930-an.

Ketika itu tujuan utama penulisan bukanlah untuk memahami tokoh, tetapi untuk memujinya.

Maka tidak ada usaha untuk menganalisis watak dan psikologi tokoh dan tiada percubaan untuk memahami personalitinya serta pengaruh alam sekitar terhadap tokoh.

Penulisan biografi orang tempatan hanya mulai diberi perhatian sewaktu Universiti Malaya ditubuhkan di Singapura pada tahun 1949.

Jabatan Sejarah menggalakkan mahasiswa menulis kajian ilmiah bertujuan memperkayakan lagi pensejarahan Malaysia.

zaman merdeka juga mewujudkan kecenderungan untuk masyarakat mengenal pasti ‘wira kebangsaan,’

tetapi hampir kesemua mereka terdiri daripada ahli

politik atau mereka yang pernah terlibat dalam

(35)

Malayan Memoirs (1916) &

Start from Alif: Count from One: An Autobiographical

Memoirs (Oxford, 1969)

oleh R.O. Winstedt

Reminiscences of

an Indian Official (1884)

oleh O. Cavenagh

The Wandering Thoughts of a Dying Man: The Life and Times

of Haji Abdul Majid bin Zainuddin (Oxford, 1978)

oleh Abdul Majid Zainuddin

Biografi, Memoir Pegawai Kolonial

(36)

Dan, ada usaha untuk menonjolkan nama tokoh yang telah dilupakan seperti Dol Said, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Abdul Rahman Limbung.

Sungguhpun sudah kelihatan pertambahan judul, namun kelemahan yang paling ketara ialah penulis tidak begitu bersedia berbincang secara berterus terang.

Oleh itu, autobiografi lebih baik mutunya berbanding biografi dan ini jelas pada karya Abdul Aziz Ishak dan Dr. Muhammad Said.

Kebanyakan penulis biografi dibayar oleh pihak yang

rapat dengan tokoh.

(37)

Khoo Kay Kim (1986) membahagikan pertumbuhan penerbitan biografi di negara ini kepada tiga fasa, iaitu;

Penulisan biografi awal di Malaysia yang sangat terikat kepada tokoh dan sempadan politik yang berkait rapat dengan pengaruh feudal dan istana.

Fasa kedua berlangsung apabila penerbitan biografi mula tumbuh di negara ini, muncul pula penulis upahan yang mengampu dan mendewakan tokoh sehingga menghasilkan biografi yang tidak analitikal dan fakta yang dimasukkan tidak dapat ditentukan kesahihannya. Mutu karya ini adalah sangat rendah.

Fasa ketiga, Selepas penubuhan Universiti Malaya terdapat

penulisan disertasi mengenai tokoh yang dihasilkan pelajar

melalui penyelidikan. Ketika inilah bermulanya usaha

mendokumentasikan tokoh sejarah seperti Tok Janggut, Dol

Said dan Mat Kilau.

(38)

Biografi, Memoir Kolonial

The Life of Sir Andrew Clarke (R.H. Vetch, 1905)

The Life of Sir Frederick Weld (Lady Alice Lovat, 1914)

About Others and Myself 1845-1920 (Sir A.E.H. Anson, 1920)

Records and Recollections, 1899-1934 (J.H.M.

Robson, 1934)

Trivial Fond Records (Sir L. Guillemard, 1937) Footprints in Malaya (Sir Frank A.

Swettenham, 1942)

Victor Purcell menghasilkan The Memoirs of

a Malayan Official (Cassell, 1965).

(39)

Lompat Si Katak Lompat

(DBP, 1962)

oleh Abdul Aziz Ishak

Special Guest

dan terjemahannya Tamu Istimewa (1979)

oleh Abdul Aziz Ishak

Katak Keluar dari Bawah Tempurung

(1959)

oleh Abdul Aziz Ishak

Biografi, Memoir Pasca Merdeka

Riwayat Hidup Tunku Abdul Rahman Putra

(1955)

oleh Abdul Aziz Ishak

(40)

Biografi, Memoir Pasca Merdeka

Abdul Aziz Zakaria menerbitkan Leftenan Nor: Pahlawan Gerila (DBP, 1959)

The Sara Saga (Manicasothy Saravanamuttu, 1970),

Extraordinary Adventures of an Ordinary Man (Thio Chan Bee, 1977),

Memoirs of a Menteri Besar, Early Days (Tan Sri Datuk Dr. Muhammad Said, 1982),

Taman Budiman Memoirs of an Unorthodox Civil Servant (Mubin Sheppard, 1979),

Decades of Change (Datuk Mohd. Yusoff Haji Ahmad, 1983),

Reflections (Lim Yew Hock, 1985).

(41)

Membuktikan bahawa penerbitan biografi mempunyai kepentingannya dalam masyarakat kita.

Jumlah peserta, jumlah makalah yang dibentangkan, kepelbagaian isu dan topik yang dibahaskan serta resolusi yang diangkat kemudian.

Banyak perkembangan baru dalam penerbitan biografi di negara ini telah diperhatikan dan dibahaskan dalam persidangan di Putrajaya.

PERSIDANGAN PENERBITAN BIOGRAFI MALAYSIA 2005 DI PUTRAJAYA

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mewajibkan pegawai atasan mereka yang berstatus JUSA – Jawatan Utama Sektor Awam menjalani kursus penulisan biografi dan memoir sebagai salah satu keperluan dalam kursus prapersaraan.

Ini adalah dampak yang ketara dalam pentadbiran awam dan memperlihatkan sikap serius kerajaan

yang mahukan pegawai kerajaan

mendokumentasikan pengalaman masing-masing

untuk dibaca oleh masyarakat.

(42)

Pada hari ini, penerbitan biografi memperlihatkan pertumbuhan yang sangat pesat. Buku yang jatuh dalam kelompok genre ‘biografi’ terbit dalam pelbagai bentuk lain yang pelbagai sifatnya seperti autobiografi, memoir, kamus biografi, koleksi surat dan warkah, travelog atau catatan perjalanan, buku bergambar dan beberapa bentuk lain lagi.

Jumlah judul biografi yang terbit juga telah bertambah dengan banyaknya.

Biografi yang terbit mutakhir ini pula menceritakan pengalaman hidup mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang.

Terdapat juga penerbit yang memberikan perhatian

yang khusus dalam penerbitan biografi.

(43)

BAHAGIAN III

P E L B A G A I B E N T U K P E N G K I S A H A N K I S A H H I D U P

(44)

Biografi, Memoir

Ahli Politik

Mutakhir

(45)

Biografi, Memoir

Ahli Politik

Mutakhir

(46)

Memoir dan

Biografi Ahli

Korporat dan

Perniagaan

(47)

Biografi/

Memoir

Penulis

(48)

Kamus

Biografi

(49)

Travelog, Diari Fatamorgana: Kembara dari Nusantara ke Eropah karya Kalam Hamidi yang mengisahkan pengalaman beliau mengembara ke Eropah dan Nusantara.

Nisah Haron menerbitkan Kembara Sastera Nisah Haron:

United Kingdom & Dublin.

Diari Kembara A. Samad Said

(Marwilis, 1989).

(50)

Travelog

(51)

Surat-Surat Kartini dan terjemahannya Sulastin Sutrisno (1979)

oleh Raden Adjeng Kartini

Koleksi warkah

Anwar Ibrahim (2005)

oleh Anwar Ibrahim

Warkah Eropah (DBP, 1991)

oleh A. Samad Said

Surat, Warkah

Surat T. S. Lanang kepada Baha Zain (Media Intelek, 1983)

oleh Mansor Ahmad Saman

(52)

Kumpulan Biografi

Biografi Penulis Sabah Wajah: Biografi Seratus Penulis

Biografi Tokoh Wanita

Malaysia (2004)

(53)

Kumpulan

Biografi

(54)

Biografi

Tokoh Kiri

(55)

Biografi

Tokoh Kiri

(56)

Memoir

Duta

(57)

Memoir

Pendidik

(58)
(59)
(60)

Merintis Jalan Ke Dunia Nano:

Memoir Burhanuddin Yeop Majlis

Penulis: Burhanuddin Yeop Majlis ISBN: 9789674606176

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 65.00 / 70.00 (Sabah & Sarawak)

(61)

Sungai Semambu ke Monash Kembara Ilmu Seorang Pensyarah Fizik

Penulis: Muhammad Yahaya

(62)

Apakah Agenda Kita? Apakah objektif kita menulisnya, dan yang lebih penting, apakah kita mampu mencapai tujuan dan objektif tersebut?

Untuk apa, kepada siapa kita menulis biografi kita?

Kita mesti benar-benar mengenali

pembaca sasaran. Apakah agenda

kita sebenarnya? Apakah kita

mampu menulisnya? Apakah kita

mempunyai kebolehan untuk

menulisnya?

(63)

Ceritera Manusia manapun mestilah mempunyai rangka dan bentuknya yang jelas.

Jalur-jalur kehidupannya mestilah dilakarkan dengan supaya ketara dan dapat diikuti.

Untuk menampilkan semua itu, penulisan biografi mesti dibentangkan dalam bentuk penceritaan yang terancang dan berstruktur.

Dengan menggunakan kaedah penulisan

kreatif, biografi perlu didukung oleh plot dan

subplot yang dapat membina sebuah cerita

yang menarik.

(64)

Gaya Kreatif

Dimulakan dengan teknik yang sesuai, menangkap dan mengikat orang terus membaca.

Kalimat pertama & kalimat terakhir juga mesti dipilih dengan cermat.

Watak-watak yang ditampilkan juga mestilah muncul pada masa dan tempat yang betul dan meluahkan suara mereka masing-masing dengan nada yang sesuai.

Perlu menggunakan dialog yang bersesuaian dengan diri watak yang muncul.

Oleh kerana semua watak perlu muncul pada masa yang kena pada tempatnya, maka latar masa dan latar tempat juga amat penting dikawal kerana semua ini akan memberikan kesan pada perasaan pembaca.

Plot, watak, dialog & latar boleh memberi kesan gembira,

(65)

Garis kehidupan subjek utama perlu dilakarkan dengan jelas. Peristiwa kelahirannya, zaman kanak-kanak, usia remaja, ketika muda belia dan sewaktu darah muda bergelora dilamun bercinta amat penting dilukiskan dengan jelas dan menarik kerana pengalaman dan peristiwa pada zaman itu amat mempengaruhi perwatakan subjek ini apabila dewasa dan matang.

Penulis biografi yang baik berusaha mendalami dan menyelami pemikiran, daya ingatan, daya memanipulasi dan setiap aspek pada diri dan personaliti subjek yang mereka tulis.

Menamatkan penceritaan sebuah biografi juga

memerlukan perancangan yang teliti.

(66)

KESIMPULAN

Penerbitan biografi telah berkembang di Eropah dengan disokong banyak pihak. Penerbitan biografi di negara ini mesti dikembangkan bagi

meliputi tokoh pelbagai bidang dan aspek kehidupan. Penerbitan biografi mesti didorong

dengan projek dan program khusus, bantuan

kewangan, serta latihan.

(67)

Rujukan

Referensi

Dokumen terkait

Panitia Pengadaan Pokja II Jasa Konsultansi ULP Kabupaten Muara Enim telah melakukan proses kualifikasi dan hasilnya adalah sebagai berikut :.. -

Maka dapat disimpulkan bentuk komunikasi antara kyai dan santri adalah adanya pola asuh yang di berikan oleh kyai terhadap santri sehingga terjalin komunikasi dinamis dan

Hasil dari hipotesis pertama yang diuji dengan menggunakan uji t, menunjukan bahwa variabel rasio Kepemilikan Manajerial secara parsial tidak berpengaruh

[r]

Sifat-sifat yang berpengaruh pada cetakan pasir adalah sifat pasir cetak itu sendiri yang meliputi : Kadar Air (Humadity), kadar air yang terdapat dalam pasir

Cara Strategis Identifikasi Kebutuhan Dan Harapan Masyarakat Dalam setiap kegiatan yang dilaksanakan oleh puskesmas terutama dalam kegiatan UKM ( Usaha Kesehatan Masyarakat )

Manajemen Lembaga Pendidikan akan bekerja sekuat tenaga untuk dapat mengatasi penghalang dalam sebuah organisasi yang dijalankan, Manajemen akan berusaha sekuat tenaga agar

“The Cambridge PDQ has taught me that, to be a good educational leader, my focus should be on the students and their achievements.”. Akosua Konadu, Head of Primary, ICS