• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

IYSJL (2021)

Peribahasa Melayu Berunsurkan Kepimpinan: Analisis Semantik Inkuisitif

Muhammad Asyraf Md Rashid1 dan Aminnudin Saimon1*

¹Kulliyyah Bahasa & Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

*E-mel pengarang koresponden: [email protected] ABSTRAK

Realiti kehidupan masyarakat khususnya berkaitan kepimpinan telah banyak digambarkan melalui perlambangan yang terdapat dalam sesebuah peribahasa Melayu. Cara masyarakat Melayu yang selalu meneliti dan mengenali alam semula jadi membuatkan objek di sekeliling dijadikan perlambangan untuk berkias dan menyampaikan mesej dalam peribahasa. Kajian ini bertujuan mencungkil akal budi Melayu yang tersirat dalam peribahasa berunsurkan kepimpinan. Pendekatan semantik inkuisitif dan kaedah Rangka Rujuk Silang (RRS) telah digunakan dalam menganalisis data kajian. Sebanyak sepuluh peribahasa berkaitan kepimpinan yang telah dikenal pasti daripada buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai.

Berdasarkan data, terdapat tiga konsep kepimpinan yang telah dibahagikan dan dihuraikan dalam kajian ini iaitu peribahasa berkaitan pemimpin, gaya kepimpinan dan orang yang dipimpin. Hasil kajian mendapati unsur kepimpinan sangat banyak diterapkan dalam peribahasa Melayu dan setiap yang dinukilkan mempunyai mesej teguran yang positif namun penuh dengan sopan santun dalam berbahasa. Pelbagai ilmu dan akal budi yang tersirat disebalik perlambangan yang digunakan oleh masyarakat Melayu berjaya dicungkilkan menerusi pendekatan semantik inkuisitif.

Kata kunci: Semantik Inkuisitif, kaedah rujuk silang, peribahasa Melayu, kepimpinan, akal budi Melayu

PENGENALAN

Perbincangan dalam kajian ini menjurus kepada unsur kepimpinan yang terdapat dalam peribahasa Melayu. Menurut Enrich dan English (2012), pemimpin merujuk kepada individu yang bekerjasama bersama mereka yang berkongsi pemikiran yang sama untuk meningkatkan kualiti atau membuat perubahan sosial kepada masyarakat. Perkataan pemimpin bererti yang memimpin, membimbing,

INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS

JOURNAL OF LANGUAGES

(2)

menuntut, mengepalai, dan melatih. Apabila membicarakan tentang kepimpinan dan pemimpin secara amnya memahami bahawa seorang ketua haruslah memimpin suatu kumpulan manusia dan hal ini membabitkan kumpulan kecil mahupun besar. Hal ini selaras dengan pernyataan Idris Aman (2004) yang mengatakan bahawa:

“Kepimpinan adalah salah satu proses kehidupan sosial yang penting dan sentiasa mendapat keutamaan manusia. Selaras dengan percaturan dunia hari

ini pula, keberkesanan kepimpinan negara begitu ditekankan. Dalam proses kepimpinan, peranan bahasa sebagai wahana komunikasi dan interaksi memang

tidak boleh dinafikan.”

Menurut Tenas Effendy (2011), ujaran Melayu telah menunjukkan dalam kehidupan sama ada dalam organisasi besar ataupun kecil, seorang ketua haruslah dilantik. Hal ini demikian kerana masyarakat tidak akan damai dalam menjalani kehidupan seharian tanpa ada seorang ketua yang menjadi pemimpin di tempat tersebut. Selain itu, Abdul Malik (2012) menyatakan bagi mewujudkan seorang pemimpin yang bermutu tinggi, peribahasa Melayu telah diguna bagi tujuan menasihati, teguran, membimbing dan menyindir pemimpin Melayu supaya lebih cakna dengan ajaran Islam. Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011) berpendapat peribahasa adalah ikatan dua perkataan, iaitu peri dan bahasa. Peri membawa maksud hal, keadaan, sifat, cara, kejadian, dan peristiwa, manakala bahasa ialah satu sistem perlambangan bunyi diguna oleh manusia untuk meluahkan perasaan dan buah fikiran supaya dapat ditafsir oleh pendengar.

Peribahasa Melayu juga mempunyai keunikan pada isi, susunan kata dan maksudnya. Peribahasa Melayu sangat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu, kerana daripada kehidupan masyarakat Melayu terciptanya peribahasa yang menarik meliputi seluruh aspek kehidupan manusia, alam ghaib dan alam semulajadi.

Dalam merungkai peribahasa yang berkaitan kehidupan manusia, alam ghaib dan alam semulajadi, terdapat kajian peribahasa yang menerapkan pendekatan semantik inkuisitif bagi menjelaskan akal budi yang terdapat dalam karya kreatif masyarakat Melayu iaitu peribahasa tersebut. Pendekatan semantik inkuisitif merupakan pendekatan yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin pada tahun 2014 dalam bukunya yang berjudul Semantik dan Akal Budi Melayu.

Semantik inkuisitif ini digunakan bertujuan untuk menganalisis peribahasa melalui kaedah teori semantik. Semantik inkuisitif merupakan satu proses yang terjadi bagi merungkai maksud yang tersirat pada peribahasa yang wujud. Di samping itu, pendekatan ini memberi kefahaman akan falsafah dan akal budi

(3)

orangorang Melayu. Walaupun telah terdapat beberapa pendekatan pengkajian semantik yang lain seperti semantik resonans dan semantik skrip, tetapi proses kedua-dua pendekatan tersebut belum lengkap dan perlu ditambah baik kerana pendekatan itu mengkaji makna pada tahap kognitif dan harfiah sahaja. Oleh itu, Nor Hashimah Jalaluddin (2014) berpandangan perlu ada penambahan proses bagi melengkapkan kajian makna tersebut yang memerlukan fikiran yang amat kritis.

Contoh kajian yang boleh dilihat adalah kajian bertajuk Remaja Malaysia dan Peribahasa Melayu yang ditulis oleh Nor Hashimah Jalaluddin dan Junaini Kasdan (2010). Pengkaji menyatakan masyarakat Melayu tidak menjadikan peribahasa sebagai suatu kebiasaan dalam pertuturan harian serta kebanyakannya tidak memahami erti daripada peribahasa tersebut. Sehubungan dengan itu, berkemungkinan besar kewujudan peribahasa yang sering digunakan dalam masyarakat terdahulu juga tidak diketahui oleh generasi muda zaman kini. Justeru kajian ini dilakukan berpandukan satu objektif sahaja, iaitu menganalisis akal budi Melayu dalam peribahasa menggunakan pendekatan semantik inkuisitif.

PERNYATAAN MASALAH

Pengkaji mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian ini kerana kajian yang berunsurkan kepimpinan kurang dijalankan dalam bidang semantik inkuisitif.

Tambahan pula, keadaan semasa memperlihatkan bahawa peribahasa tidak lagi diminati oleh golongan muda ketika ini. Hal ini sejajar dengan kenyataan daripada Nor Hashimah Jalaluddin dan Junaini Kasdan (2010) yang menyatakan bahawa 60 peratus remaja Malaysia tidak dapat mempraktikkan peribahasa dengan baik.

Remaja di Malaysia lebih meminati bahasa asing berbanding bahasa Melayu kerana perkara ini diterapkan oleh sebilangan besar ibu bapa terhadap anak-anak sejak kecil. Syajaratulhuda Rosli (2015) dalam kajiannya menyatakan ibu bapa lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu dan tidak menitikberatkan penguasaan bahasa Melayu anak-anak sejak di peringkat sekolah.

Setelah membuat pembacaan terhadap kajian lepas berkaitan semantik inkuisitif, didapati ramai pengkaji yang hanya menggunakan peribahasa berunsurkan alam semula jadi dalam kajian mereka tanpa menentukan konsep yang digunakan. Contoh kajian lepas yang menumpukan kepada sejenis haiwan sebagai domain adalah kajian oleh Nor Hashimah Jalaluddin et. al. (2016), kajian tersebut menumpukan peribahasa dalam bidang semantik inkuisitf dengan berunsurkan objek ikan. Begitu juga dengan Muhd Zaid Daud (2020), mengetengahkan unsur unggas bagi perlambangan dalam peribahasa Melayu dan menganalisis dengan pendekatan semantik inkuisitif. Pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian yang menumpukan berkaitan konsep-konsep

(4)

dalam peribahasa seperti analisis yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu konsep kepimpinan dalam peribahasa Melayu.

Selain itu, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan dalam konsep kepimpinan juga kurang dititikberatkan. Menurut Howson (2005), sangat sukar untuk melantik seorang ketua di abad 21 ini kerana kebanyakan individu kurang berkelayan dan kurang keupayaan dalam memimpin sesebuah organisasi. Oleh itu, pengkaji membuat kajian ini bagi memperlihatkan konsep kepimpinan yang terdapat dalam peribahasa Melayu yang sangat kreatif dan menjaga air muka dalam memberi teguran dan nasihat. Hal ini demikian kerana konsep kepimpinan amat penting dalam sesebuah masyarakat mahupun organisasi bagi memastikan kelangsungan kehidupan seharian dalam jangka masa panjang.

TINJAUAN LITERATUR

KAJIAN MENGENAI PERIBAHASA MELAYU

Pada tahun 2020, Eli Aima Shazila Amran dan Julaina Nopiah telah menjalankan kajian bertajuk “Leksikal ‘Ayam’ dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif”. Kajian ini dijalankan bagi mencungkil akal budi peribahasa yang mempunyai unsur leksikal ayam. Peribahasa yang berunsurkan ‘ayam’

digambarkan dapat dikaitkan dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan boleh dijadikan panduan hidup. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif dan kaedah Rangka Rujuk Silang. Melalui pencarian sumber data di portal www.malaycivilation.com, pengkaji telah memilih empat peribahasa untuk dianalisis daripada 134 peribahasa yang telah dikenal pasti. Tiga domain utama telah dinyatakan oleh pengkaji melalui empat peribahasa tersebut iaitu domain kekeluargaan, rezeki, dan kelicikan. Dapatan kajian ini adalah pengkaji telah menyimpulkan masyarakat Melayu mempunyai daya pemikiran yang kritis dalam penciptaan peribahasa yang berunsurkan ayam.

Hal ini demikian kerana masyarakat Melayu mempunyai hubungan yang dekat dengan ayam, memudahkan lagi peribahasa yang menggunakan perlambangan ayam dihasilkan. Pengkaji mendapati masyarakat Melayu berfikir dengan kreatif, iaitu menjadikan ayam sebagai lambang peribahasa untuk menyatakan maksud disebaliknya.

Selain itu, Mary Fatimah Subet dan Mohd Ridzuan Nasir (2019) telah membuat satu kajian bertajuk Analisis Semantik Inkuisitif Peribahasa Bahasa Melayu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memudahkan pelajar memahami peribahasa Melayu serta memudahkan proses pengajaran guru sekolah menengah subjek Bahasa Melayu. Kajian ini menjadikan peribahasa yang terdapat dalam buku-buku teks subjek Bahasa Melayu sekolah menengah sebagai sumber data kajian. Kajian ini menumpukan kepada tiga tema sahaja daripada

(5)

lapan tema yang terdapat dalam Kamus Peribahasa yang ditulis oleh Mohd Tajuddin Abd. Rahman (2017) iaitu, tema untung, nasib dan sia-sia, tema keluarga dan isi rumah dan tema hal-hal kehidupan. Dapatan kajian ini mendapati semantik inkuisitif berkesan untuk memahami makna akal budi Melayu dalam peribahasa yang terdapat dalam sukatan pelajaran pelajar sekolah menengah.

Pengkaji juga berjaya merungkai akal budi Melayu yang terselindung sebalik peribahasa- peribahasa tersebut.

Kajian seterusnya dilakukan oleh Muhammad Zaid Daud pada tahun 2018 bertajuk “Unggas dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Semantik Inkuisitif”.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti akal budi yang terkandung dalam peribahasa Melayu bersumberkan unggas. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan pendekatan semantik inkuisitif bagi menghuraikan buah fikiran akal budi masyarakat Melayu. Dalam kajian ini, unggas telah dikelaskan kepada empat kategori iaitu ayam, angsa, burung dan itik. Pengkaji telah pecahkan lagi kepada lapan domain khusus iaitu domain kebiasaan, sia-sia, rezeki, sindiran, khianat, teliti, kekuasaan dan jodoh. Dapatan kajian ini menyatakan peribahasa yang dipilih terdapat perkaitan yang sama dengan masyarakat Melayu misalnya, apabila ayam bertelur, maka dianggap memberi keuntungan kepada manusia.

KAJIAN MENGENAI SEMANTIK INKUISITIF

Pada tahun 2015, Junaini Kasdan telah membuat satu kajian yang bertajuk ‘Unsur Asam dan Akal Budi Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif’. Kajian ini merupakan satu kajian yang menggunakan pendekatan semantik inkuisitif bagi mencari maksud dan akal budi Melayu yang terdapat pada asam. Kajian ini mengemukakan tiga jenis asam iaitu asam kandis, asam gelugur dan asam jawa.

Oleh itu, pengkaji telah menemukan beberapa khasiat dan manfaat yang terdapat pada asam untuk kesihatan tubuh badan manusia. Dalam dapatan kajian menyatakan bahawa orang- orang Melayu terdahulu bukan hanya bergantung kepada pengalaman mereka dengan alam sekitar dalam membentuk falsafah hidup mereka tetapi juga bersandarkan kepada pegangan agama yang teguh.

Selain itu, kajian yang bertajuk “Metafora Konsepsi dan Skema Imej Sebagai Cerminan Pemikiran dan Kehidupan Orang Melayu” telah dibuat oleh Hawa Mahfuzah Rusidin dan Zulkifley bin Hamid (2015). Kajian ini menggunakan mantera sebagai bahan kajian untuk mengenal pasti bentuk-bentuk metafora konsepsi, memetakan gambaran skema imej yang ada pada mantera dan mencungkil akal budi Melayu mantera tersebut. Pengkaji menggunakan buku mantera yang dikumpul oleh Harun Daud (2004) yang bertajuk Ulit Moyang:

Kumpulan Mantera Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, pengkaji menerapkan kaedah analisis semantik kognitif berdasarkan kepada pengalaman (experientalist approach), iaitu menggunakan pengalaman yang lalu. Pengkaji berjaya mengenal pasti kesemua

(6)

jenis metafora konsepsi yang terdapat dalam mantera-mantera yang dipilih sebagai data kajian. Berteraskan konsep akal budi Melayu, kebanyakan mantera terdiri daripada mantera pembenci, mantera pemanis dan mantera pengasih.

Dalam mantera Melayu banyak kalimah-kalimah islamik yang digunakan kerana pengamal-pengamal mantera tersebut merupakan orang yang beragama Islam.

Hal ini menunjukkan bahawa orang Melayu mengakui bahawa tiada kuasa yang boleh mengatasi kekuasaan Allah S.W.T.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan teks. Pemilihan data yang pengkaji gunakan sepanjang kajian adalah daripada buku Peribahasa Melayu Penelitian Makna dan Nilai. Pengkaji telah menyenaraikan sebanyak sepuluh peribahasa berkonsepkan kepimpinan dan mengkategorikan kepimpinan kepada tiga bahagian iaitu pemimpin, gaya kepimpinan dan orang yang dipimpin. Data bagi kajian ini tergolong dalam bentuk kualitatif deskriptif kerana data-data untuk menjayakan kajian ini dikumpul melalui pelbagai sumber seperti buku peribahasa, kamus peribahasa dan sebagainya.

Pada peringkat penganalisisan data pula pengkaji menerangkan makna peribahasa-peribahasa tersebut hanya pada peringkat harfiah sahaja. Pendek kata, pengkaji menerangkan maksud luaran bagi setiap peribahasa-peribahasa tersebut. Seterusnya, pengkaji membincangkan kesemua peribahasa tersebut pada peringat kognitif dan mencari data korpus. Sumber data diambil daripada Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Malay Concordance Project (MCP). RRS oleh Kempson (1986). Contoh atau sampel daripada sumber data akan diambil untuk dianalisis.

Pada tahap kedua juga pengkaji akan menghurai peribahasa tersebut dengan lebih terperinci agar memperoleh gambaran yang jelas akan konsep dan skop penggunaan peribahasa tersebut. Peringkat terakhir merupakan penganalisisan data yang diperoleh daripada peringkat awal dan akan diterapkan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif. Pada tahap ini, proses penghuraian peribahasa akan menjadi lebih mendalam dengan menunjukkan bukti bagi perkara abstrak. Tambahan lagi, ciri-ciri objek yang dianalisis juga akan dibincangkan dengan lebih terperinci bagi mencari sebab objek tersebut disebut dalam peribahasa Melayu.

PENDEKATAN SEMANTIK INKUISITIF

Pengkaji menjalankan kajian menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif sebagai sandaran sepanjang kajian ini dijalankan. Pendekatan tersebut akan dijelaskan berdasarkan rajah di bawah:

(7)

Konsep Kepimpinan dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

Rajah 1 : Kerangka Teori Semantik Inkuisitif

Pendekatan ini digunakan bertujuan untuk menganalisis peribahasa melalui kaedah teori semantik. Semantik inkuisitif merupakan satu proses yang terjadi bagi merungkai maksud yang tersirat pada peribahasa-peribahasa yang wujud. Di samping itu, memberi kefahaman akan falsafah dan akal budi orang-orang Melayu. Walaupun telah terdapat beberapa pendekatan pengkajian semantik yang lain seperti semantik resonans dan semantik skrip, tetapi proses kedua-dua pendekatan tersebut tidak lengkap dan perlu ditambah baik kerana pendekatan- pendekatan itu hanya mengkaji makna pada tahap kognitif dan harfiah sahaja.

Oleh itu, Nor Hashimah Jalaluddin (2014) berpandangan perlu ada penambahan proses bagi melengkapkan kajian makna tersebut yang memerlukan fikiran yang amat kritis. Ini merupakan analisis makna pada tahap yang paling tinggi dan memerlukan penjelasan berdasarkan ‘mata hati’ yang boleh merungkai makna di sebalik yang tersurat dan juga yang tersirat. Kajian semantik inilah yang dipanggil sebagai semantik inkuisitif.

Semantik skrip boleh difahami dengan cara makna diolah dan dari situ diberikan satu tafsiran mengenai sesuatu yang hendak disampaikan. Hanya berbekalkan sedikit maklumat serta pemerhatian, satu tafsiran makna dapat dibuat dengan mudah. Semantik skrip merupakan tahap pertama bagi proses mengenal

akal budi

(8)

masyarakat Melayu dalam peribahasa, jadi tahap ini tidak boleh dilangkau dengan tahap kedua dan ketiga.

Semantik resonans pula ialah tahap melihat kepada Rangka Rujuk Silang dan konsep relevans dalam peribahasa. Semantik resonans adalah pentafsiran makna di peringkat teori dan kognitif (Jalaluddin,2018). Oleh yang demikian, penghuraian pada peringkat ini bukanlah sekadar menyentuh makna harfiah peribahasa yang diambil sebagai data kajian, sebaliknya melihat proses kognitif yang berlaku dalam pemikiran masyarakat.Tahap terakhir adalah semantik inkuisitif yang merupakan proses mencungkil akal budi masyarakat Melayu dalam peribahasa berdasarkan gabungan dan pemerolehan daripada semantik skrip dan semantik resonans.

DAPATAN KAJIAN

KONSEP KEPIMPINAN DALAM PERIBAHASA

Setelah pengkaji mengenal pasti serta mengkategorikan peribahasa yang telah dikumpulkan, pengkaji hanya memilih 10 peribahasa terbaik daripada 97 peribahasa yang berkonsepkan kepimpinan dalam buku Peribahasa Melayu:

Penelitian Makna dan Nilai susunan Zaitol Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan untuk dijadikan sebagai data kajian iaitu peribahasa yang melambangkan pemimpin, gaya kepimpinan dan orang yang dipimpin. Kesemua peribahasa yang dipilih mengandungi maksud yang menjurus kepada konsep kepimpinan seperti yang telah dinyatakan pada bab yang ketiga. Sepuluh peribahasa ini dipilih adalah kerana objek yang digunakan dalam peribahasa- peribahasa ini sangat jelas menggambarkan maksud yang ingin disampaikan melalui sifat dan perwatakan yang ingin disampaikan. Berikut merupakan jadual yang mengandungi peribahasa berdomainkan kepimpinan serta maknanya.

Jadual 1: Senarai peribahasa berunsurkan pemimpin, gaya kepimpinan dan orang yang dipimpin

PERIBAHASA MAKSUD

PEMIMPIN

Gajah rompong belalai. Raja yang tiada kuasa.

Sebuah lesung seekor ayam jantan nya.

Bagi setiap kaum ada seorang pemimpin yang akan memimpin.

Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan.

Tiap-tiap orang besar/mulia pada tempatnya.

(9)

GAYA KEPIMPINAN

Harimau memperlihatkan kukunya.

Orang yang memperlihatkan kuasanya.

Jikalau ular menyusur akar, tiada akan hilang bisanya.

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh maruahnya atau martabatnya.

Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompatlompat.

Orang besar atau berkuasa yang melakukan kesalahan kerana kekuasaannya.

Jadual 2: Sepuluh peribahasa berunsurkan kepimpinan

ORANG YANG DIPIMPIN

Mati dicatuk katak. Orang berkuasa dikalahkan oleh orang yang lemah.

Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.

Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak akan ditakuti oleh orang bawahannya.

Bagai langau di ekor gajah. Menurut perintah orang yang lebih berkuasa

Kayu yang tumbang itu kura-kura pun hendak memanjatnya

Apabila orang besar hilang kuasanya orang kecil pun berani menghinanya

Menerusi bahagian ini, pengkaji akan meneliti dan menelusuri falsafah serta akal budi orang Melayu terdahulu dalam konsep kepimpinan berdasarkan peribahasa yang telah dicipta oleh masyarakat Melayu daripada variasi alam semula jadi yang pernah ada di sekeliling masyarakat. Walaupun kesemua perlambangan tersebut mempunyai ciri-ciri yang berlainan, namun elemen yang akan diketengahkan dalam ruangan analisis dan perbincangan selepas ini ialah berkisarkan domain

‘kepimpinan’, iaitu meneliti hubungan objek perlambangan yang dipilih dengan domain kepimpinan yang ditonjolkan melalui makna harfiah peribahasa tersebut

(10)

Menurut Rivai dan Arifin (2009), seorang pemimpin yang berwibawa dapat ditentukan daripada aspek produktiviti dan kualiti pencapaiannya serta kebolehan menguruskan sesuatu kelompok. Tambahan pula, pemimpin haruslah pandai mengatasi masalah yang timbul dalam tugas yang dipertanggungjawabkan. Gaya kepimpinan dikategorikan kepada tiga pola dasar iaitu, mementingkan pelaksanaan tugas, mementingkan hubungan kerjasama dan mementing hasil yang dapat dicapai (Biatna Dulbert Tampubolon, 2007). Sifat orang yang dipimpin pula bermacam-macam jenis, misalnya orang bawahan yang sangat taat dan patuh segala arahan, memandang rendah kepada ketua, melanggar segala arahan yang diberi dan bersifat talam dua muka dengan membodek ketua atasan bagi kepentingan diri sendiri.

4.3.2 PERIBAHASA BERUNSURKAN GAYA KEPIMPINAN

Jadual 3: Peribahasa berunsurkan gaya kepimpinan

PERIBAHASA MAKSUD

GAYA KEPEMIMPINAN

Gajah masuk kampung, kalau kayu (pohon) tak tumbang, rumput layu juga

Seseorang yang mempunyai kekuasaan atau pangkat dapat membuat sesuatu sesuka hatinya terhadap atau dalam lingkungan orang-orang yang lemah atau berpangkat.

Mati dicatuk katak. Orang berkuasa dikalahkan oleh orang yang lemah

Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.

Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak akan ditakuti oleh orang bawahannya.

Tahap 1: Semantik Skrip

Semantik skrip hanya bersandarkan kepada pengalaman peribadi dengan data sokongannya yang terhad. Tahap ini menyatakan makna tersurat peribahasa Melayu. Tahap ini merupakan tahap pertama bagi mencungkil akal budi Melayu.

Peribahasa “gajah masuk kampung, kalau kayu tak tumbang, rumput layu juga”

yang diambil sebagai data ini membawa maksud seseorang yang mempunyai kekuasaan atau pangkat dapat membuat sesuatu sesuka hatinya terhadap atau dalam lingkungan orang- orang yang lemah atau berpangkat rendah daripada

(11)

mereka. Peribahasa ini menggunakan objek gajah , kayu dan rumput sebagai perlambangan , objek gajah tersebut dilihat memberi kesan kepada objek kayu dan rumput ketika memasuki kampung. Analogi objek gajah yang memasuki kawasan kampung yang bukan habitatnya telah membuatkan objek lain musnah disebabkan perbutannya yang tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Gajah dilambangkan sebagai seorang pemimpin yang berkuasa namun bersifat tidak memikirkan orang bawah pimpinannya, menggunakan kuasa sesuka hatinya.

Tahap 2: Semantik Resonans

Tahap ini akan menumpukan analisis pada peringkat resonans. Oleh yang demikian, penghuraian pada peringkat ini bukanlah sekadar menyentuh makna harfiah peribahasa yang diambil sebagai data kajian, sebaliknya melihat proses kognitif yang berlaku dalam pemikiran masyarakat Melayu melalui penciptaan peribahasa yang berobjekkan

‘gajah’. Ayat (i) dan (ii) di bawah merujuk kepada penggunaan peribahasa ‘gajah masuk kampung, kalau kayu tak tumbang, rumput layu juga’ yang diperoleh daripada data korpus.

i. “Apakah perlu didikan undang-undang sedangkan semua maklum sebagai sebuah negara, ‘undang-undang’ hanyalah terma yang dimomokkan kepada rakyat marhaen tanpa wang ringgit atau kuasa mahupun pengaruh? Sedangkan realiti negara, kelas kayangan yang merangkumi mereka yang berduit, berkuasa ataupun berpengaruh duduk di luar dari cakupan undang-undang. Benarlah didikan nenek moyang dulu: apabila **gajah masuk kampung, kalau kayu tak tumbang, rumput layu juga.** Rakyat marhaen didenda sehingga muflis, dipenjara sehingga beruban, disebat sehingga lunyai dan digantung sehingga mati jika kepatuhan kepada undang-undang diingkari.”

(Fatihah Jamhari, Tutup saja fakulti undang-undang, Utusan Malaysia, 2020) ii. “Kerajaan negeri juga secara tersembunyi untuk menambah kewangan PBT dengan menaik denda RM20.00 kalau bayaran lewat. Dulu di zaman Barisan Nasional kami caj RM2.00 sahaja bagi cukai yang lewat dibayar mulai 1 Mac 2009. Mereka mengambil kesempatan terhadap rakyat

(12)

yang terpaksa untuk membayar cukai ataupun kepada golongan orang-orang yang miskin yang tidak mampu membayarnya umpama **gajah masuk kampung kalau pohon tidak tumbang rumput layu juga**. Orang yang berkuasa dapat membuat sesuka hari kepada orang yang lemah. Memang seronok mencanangkan gula-gula untuk memikat rakyat, namun apabila kuasa ia tidak dapat dilaksanakan pelbagai alasan dan dalih boleh diberikan.”

(Wong Koon Mun, Dewan Negeri Selangor Yang Kedua Belas, Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga, 2011)

Berdasarkan kepada metodologi kajian dalam bab ketiga, penggunaan RRS bertujuan untuk menjelaskan maksud peribahasa ‘gajah masuk kampung, kalau kayu (pohon) tak tumbang, rumput layu juga’. Makna peribahasa ini adalah seseorang yang mempunyai kekuasaan atau pangkat dapat membuat sesuatu sesuka hatinya terhadap atau dalam lingkungan orang-orang yang lemah atau berpangkat rendah daripada mereka. Kekuasaan dalam kepimpinan di sini meliputi pada semua peringkat sama ada dalam sekecil-kecil kumpulan sehingga kepada sebesar-besar skop. Hal ini menjadikan peribahasa yang dicipta dapat diterapkan pada pelbagai peringkat bukan khusus kepada orang yang berkuasa dalam jawatan politik sahaja.

Data korpus pertama diambil daripada artikel dalam akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2020 berkaitan dengan peribahasa yang dikaji. Dapat dilihat dalam artikel tersebut, sebelum peribahasa tersebut dinyatakan, penulis menceritakan tentang orang- orang ‘kelas kayangan’ iaitu orang-orang yang berduit, berjawatan, dan kuasa. Penerangan kepada golongan ‘kayangan’ tersebut sebenarnya ingin disamakan dengan ‘gajah’ dalam peribahasa yang dikaji dan selepas peribahasa itu menerangkan keadaan rakyat yang miskin akibat didenda dan melingkup di dalam penjara kerana rakyat biasa tidak mempunyai kuasa atau wang untuk melepaskan diri mereka dari undang-undang seperti yang dibuat oleh orang-orang kelas kayangan yang mempunyai kuasa, pangkat dan wang.

Tambahan lagi, orang-orang berkepimpinan menggubal undang-undang lalu undang-undang tersebut dapat dielak begitu sahaja oleh orang mempunyai kuasa, pengaruh atau wang namun orang bawahan terus dikenakan macam-macam denda atau tindakan sekiranya mereka melanggar undang-undang.

Oleh itu, penggunaan peribahasa dalam konteks artikel ini amat sesuai bagi menggambarkan situasi yang berlaku. Perlambangan yang digunakan amat sesuai iaitu golongan yang berkepimpinan dilambangkan sebagai gajah dan rakyat

(13)

dilambangkan sebagai kayu dan rumput. Undang-undang yang dibuat oleh pemimpin sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada rakyat biasa.

Bagi meneguhkan lagi pemahaman terhadap peribahasa ini, data korpus daripada mesyuarat Dewan Negeri Selangor telah dipetik. Secara umumnya dapat difahami teks ini membawa makna orang-orang yang berjawatan dan berkepimpinan berbuat sesuka hati kepada rakyat biasa bagi memeras duit daripada mereka. Peribahasa yang digunakan dalam teks ini menjelaskan perbuatan yang dilaksanakan oleh orangorang berkuasa membawa kerugian dan kesusahan kepada rakyat biasa dengan terpaksa membayar denda dengan kadar kenaikan 10 kali ganda daripada biasa. Merujuk teks di atas, ayat sebelum hadirnya peribahasa tersebut merupakan penerangan situasi yang dihadapi oleh rakyat biasa serta premis tambahan bagi memahami objek “rumput” dalam peribahasa itu dan ayat selepasnya pula menyatakan tentang orang- orang berjawatan yang berbuat sesuka hati kepada rakyat iaitu seperti gajah masuk kampung yang akan membinasakan kalau tidak pohon, sudah tentu rumput akan layu.

Oleh itu, makna peribahasa “Gajah masuk kampung, kalau kayu (pohon) tak tumbang, rumput layu juga” iaitu seseorang yang mempunyai kuasa melakukan sesuatu sesuka hatinya yang memberi impak kepada orang-orang biasa tercapai maksudnya dalam kedua-dua data korpus yang diperoleh daripada Utusan Malaysia dan juga mesyuarat Dewan Negeri Selangor. Tambahan lagi terdapat premis-premis tertentu dalam kedua-dua data korpus di atas bagi menerangkan maksud sebenar peribahasa tersebut menjadikan pemahaman pembaca lebih jelas.

Tahap 3: Semantik Inkuisitif

Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (2017), semantik skrip dan semantik resonans belum cukup untuk memaparkan makna sebenar yang ingin disampaikan.

Tafsiran bagi maksud tersirat harus dicungkil dengan lebih mendalam. Oleh itu, tahap ini akan mencungkil akal budi masyarakat Melayu dalam nukilan peribahasa yang mempunyai pelbagai perlambangan melalui objek dan alam semula jadi.

Orang Melayu amat rapat dengan haiwan yang bergelar gajah. Hal ini dapat dilihat dalam pelbagai peribahasa Melayu yang menyebut tentang gajah seperti “hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah”, “gajah mati kerana gadingnya”, dan juga data pertama bagi kajian ini iaitu “gajah masuk kampung, kalau kayu tak tumbang rumput layu juga”. Saiz gajah yang amat besar dan juga kekuatannya yang amat gagah telah disamakan haiwan tersebut dengan orang- orang yang mempunyai jawatan dalam kepimpinan dan harta yang banyak sehingga mereka boleh berbuat apa sahaja dengan kekuasaan yang mereka miliki.

(14)

Sudah diketahui umum bahawa di dalam kawasan kampung terdapat banyak pokok dan juga rumput sama ada di tepi jalan ataupun di mana-mana sahaja dan saiz pokok adalah pelbagai mengikut jenis-jenis pokok, tetapi jika dilihat pokok- pokok yang terletak di kawasan kampung ianya hanya dua hingga empat meter sahaja dan mempunyai ukur lilit batang yang sederhana, manakala rumput adalah tumbuhan yang tumbuh daripada tanah, rumput memerlukan keadaan tanah yang baik untuk terus hidup.

Oleh hal demikian, apabila haiwan besar dan gagah seperti gajah memasuki kampung pasti boleh menumbangkan pokok-pokok yang ada dan sudah pasti akan memijak kawasan-kawasan yang berumput. Makna peribahasa ini merujuk kepada perkara yang dilakukan oleh orang yang berkuasa sesuka hati kepada orang bawahannya dan sedikit sebanyak menyebabkan penderitaan.

Analogi dalam peribahasa ini dapat pengkaji kaitkan dengan gaya kepimpinan yang impaknya negatif jika dipimpin oleh pemimpin yang tidak berkaliber.

Menurut Zaharah Hassan et. al.(2009), sesebuah kepimpinan dalam organisasi dapat dinilai melalui prestasi yang ditonjolkan dalam tempoh perkhidmatannya sebagai seorang pemimpin. Kesan daripada perletakan jawatan atau persaraan seorang pemimpin akan berlakunya dua keadaan, iaitu orang bawah pimpinannya gembira dan lebih bersemangat atas pemergian ketuanya, atau keadaan sebaliknya., Tempoh kepimpinan tidak akan memberi kesan kepada sesebuah organisasi mahupun negara, namun cara pimpinan yang dinilai selama pemimpin tersebut berkhidmat Tugas seorang pemimpim bukanlah sesuatu yang boleh dianggap enteng. Masalah yang akan dihadapi setiap hari harus diatasi dengan baik. Seorang pemimpin akan menjadi contoh kepada orang bawahannya, tambahan lagi individu yang bergelar ketua akan dibandingkan dengan ketua yang lain sama ada ketua pimpinan terdahulu mahupun ketua daripada organisasi yang lain. Oleh itu, tanggungjawab yang diamanahkan kepada seorang pemimpin haruslah digarap dengan baik supaya perkhidmatannya di suatu tempat akan disanjung dan dihormati oleh orang lain.

Dapatlah disimpulkan bahawa, falsafah dan akal budi yang ingin disampaikan dengan peribahasa tersebut telah terbukti dengan perlakuan sebenar seekor gajah yang memasuki kampung. Dalam erti kata lain, gajah dapat berbuat sesuka hatinya kerana mempunyai saiz dan kekuatan yang melampaui manusia biasa. Masyarakat Melayu terdahulu amat kritis dan kreatif dalam pembikinan peribahasa sehingga menggunakan gelagat gajah yang memasuki kampung bagi menggambarkan hal yang berlaku dalam persekitaran mereka. Pengkaji menyimpulkan bahawa perlakuan gajah yang memasuki kampung dan boleh mengakibatkan pokok tumbang dan rumput layu mempunyai perhubungan yang amat relevan serta maksud yang tepat.

KESIMPULAN

(15)

Konklusinya, kajian ini telah menghuraikan falsafah serta akal budi Melayu di sebalik penciptaan peribahasa-peribahasa Melayu yang mempunyai konsep kepimpinan yang terpilih dalam buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai susunan Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan pada tahun 2011. Bagi mencapai objektif yang pertama, pengkaji membuat pemilihan dan pengkategorian peribahasa daripada pangkalan data. Seterusnya, bagi mencapai objektif kedua pengkaji telah menganalisis peribahasa-peribahasa tersebut dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif. Pengkaji menggunakan tiga tahap bagi menganalisis peribahasa- peribahasa tersebut iaitu tahap semantik skrip, semantik resonans dan semantik inkuisitif. Pengkaji membataskan kajian ini kepada konsep kepimpinan sahaja supaya kajian ini lebih mudah apabila mempunyai skop kajian yang jelas. Hasil dapatan kajian memperlihatkan terdapat tiga unsur yang diterapkan dalam peribahasa berbentuk konsep kepimpinan iaitu peribahasa berunsurkan pemimpin, gaya kepimpinan dan orang yang dipimpin. Setiap makna perkataan yang disenaraikan dalam peribahasa terpilih telah diolah dan dihuraikan dengan terperinci berlandaskan pandangan sarjana.

RUJUKAN

Daud, Muhammad Zaid; Subet, Mary Fatimah. “Sudah Tidak Tersudu Oleh Angsa, Baru Diberikan Kepada Itik”: Perspektif Semantik Inkuisitif Dan Akal Budi Melayu. Jurnal Melayu Sedunia, (2). 37-62.

Ding, Choo Ming (2009) Beberapa sifat, asal usul dan kepengarangan peribahasa Melayu. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 27 (2). 3-26.

Eli Aima & Julaina Nopiah (2020). Leksikal ‘Ayam’ dalam Peribahasa Melayu:

Analisis Semantik Inkuisitif. International Young Scholars Journal of Languages.

Goh, S. S. (1998). Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah. Jurnal Dewan Bahasa, 2(1), 100-109.

Hassan Ahmad. (2007, September 19). Bahasa Menunjukkan Bangsa. Berita Harian. Hlm.3.

Hawa Mahfuzah Rusidin & Zulkifley Bin Hamid. (2015). Akal Budi Melayu dalam Mantera: Analisis Semantik Kognitif. Jurnal Melayu. Bil. 14(2) 2015

Jalaluddin, N. H. (2014a). Semantik dan akal budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

(16)

Julaina Nopiah, Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. (2017). Elemen Dualisme dalam Peribahasa: Pendekatan Semantik Inkuisitif. Bangi:

Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Julaina Nopiah, Nor Hashimah Jalaluddin, & Junaini Kasdan. (2018). Refleksi Gastronomi Dalam Komunikasi: Analisis Semantik Inkuisitif. Malaysian Journal of Communication. Jilid 34(1) 2018: 185-201.

Junaini Kasdan. (2015). Unsur Asam dan Akal Budi Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. Seminar Meja Bulat ‘Simpulan Bahasa dan Kognitif Penutur’.

Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Junaini Kasdan. (2020). Penciptaan Istilah dan Akal Budi Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation 8(1), 2020: 3 - 16

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kempson, R. M. (1986). Ambiguity and the semantics and pragmatics distinction.

In C. Travis (Ed.), Meaning and interpretation. Basil Blackwell.

Mary Fatimah Subet & Mohd Ridzuan Md Nasir. (2018). Analisis Semantik Inkuisitif Peribahasa Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction. 16 (2) 227-253.

Mohd Asri bin Zainul Abidin. (2019, Disember 2). Anjing Dan Isu Masyarakat Malaysia. Jabatan Mufti Negeri Perlis. https://mufti.perlis.gov.my/

index.php/minda- mufti/81-anjing-dan-isu-masyarakat-malaysia

Muhammad Nor Sahfiq & Julaina Nopiah (2020). Peribahasa Melayu Berunsurkan Burung: Satu Analisis Semantik Inkuisitif. International Young Scholars Journal of Languages.

Muhammad Zaid Daud. (2020). Unggas dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Semantik Inkuisitif.

Muhammad Zaid Daud. (2018). Aves Melalui Perspektif Semantik Inkuisitif.

Multi- Disciplinary Research Journal. Universiti Malaysia Sarawak.

Muhammad Zaid Daud. (2018). Gallus Gallus Domesticus dan Paradoxurus Hermaphroditus dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif.

Muhammad Zaid Daud. (2018). Gallus Gallus Domesticus dan Paradoxurus Hermaphroditus dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif.

Nor Hashimah Jalaluddin. (1991). Semantik dan pragmatik dalam penterjemahan.

Dewan Bahasa, November, 984-990.

(17)

Nor Hashimah Jalaluddin. (2006). Budaya Penyelidikan dan Penerbitan Bertamadun: Satu Sinergi. GEMA Online Journal of Language Studie. 6, 49-64.

Nur Izzati Bt Rozman & Nor Azilawati Bt Mohd Noor. (2018). Semantik Inkuisitif Analisis ‘Belut’ dalam Peribahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.

R.O Winsterd. 1966. Hikayot Bayon Budimon. Oxford University Press. Hlm.230 Rahman, M. T. A. (2017). Kamus peribahasa Melayu untuk pelajar. Penerbit Fajar

Bakti.

Salinah Jaafar. (2005). Fungsi leksikal “bunga” dalam simpulan bahasa dan peribahasa Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa DBP, 5(4), 40-47.

Referensi

Dokumen terkait

STRUKTUR KOMUNITAS MAKROZOOBENTOS EPIFAUNA PADA EKOSISTEM TERUMBU KARANG DI PERAIRAN BEDUKANG KECAMATAN RIAU SILIP KABUPATEN BANGKA.. Sebagai Salah Satu Syarat Untuk Memperoleh

Penyakit lain yang diderita oleh pasien dapat mempengaruhi kepatuhan minum obat, karena apabila semakin banyak penyakit yang diderita selain hipertensi, maka akan

Berdasarkan analisis statistik inferensial menggunakan uji anova dua jalur diperoleh hasil bahwa tidak terdapat pengaruh penerapan model pembelajaran two stay two stray

membujur pegunungan Meratus Utara dari barat ke timur yang juga menjadi.. batas wilayah Provinsi

Kementerian pendidikan dan kebudayaan (dalam Lestari dkk., 2016) mengungkapkan bahwa guru harus melatihkan kepada peserta didik berupa kemampuan atau

dan infrastruktur organisasi dalam dukungan ter- hadap isu gizi yang ada, dan komitmen anggaran (budgetary commitment) mencakup alokasi sum- ber daya keuangan, sumber daya

: Baqtiar Arifin : 500645164 : Manajemen : PENGARUH PENGELUARAN PEMERINTAH DAERAH PADA SEKTOR PENDIDIKAN, KESEHATAN DAN KEMISKINAN TERHADAP INDEKS PEMBANGUNAN MANUSIA Studi

Berdasarkan hasil klasifikasi anak putus sekolah menggu- nakan regresi logistik biner dan Learning Vector Quantizati- on dapat diambil kesimpulan sebagai berikut. 1) Didapatkan