• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tee Thiam Hock v Ching Suet Yeen [2021] 1 LNS 1840

N/A
N/A
Pejuang Bangsa

Academic year: 2022

Membagikan "Tee Thiam Hock v Ching Suet Yeen [2021] 1 LNS 1840"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR BAHAGIAN SIVIL

[GUAMAN NO: WA-23NCVC-65-11/2018]

ANTARA

TEE THIAM HOCK

(NO.K/P: 581009-10-6193) … PLAINTIF

DAN

CHING SUET YEEN

(NO. K/P: 780611-08-5799) … DEFENDAN

ALASAN PENGHAKIMAN (LAMPIRAN 35)

Pengenalan

[1] Plaintif dan Defendan masing-masing merupakan warganegara Malaysia yang cukup umur.

[2] Plaintif adalah pengarah dan pemegang saham di sebuah syarikat bernama Syarikat TK Real Properties Sdn Bhd. (‘Syarikat Tersebut’).

Defendan adalah bekas pekerja di Syarikat Tersebut.

[3] Tindakan writ saman ini yang difailkan di sini adalah suatu tuntutan saman fitnah akibat pengataan yang dibuat oleh Defendan terhadap Plaintif.

[4] Keseluruhan tuntutan Plaintif adalah untuk:-

(2)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

(a) Satu injunksi menghalang Defendan daripada menyebabkan atau menerbitkan kata-kata fitnah mengenai Plaintif dalam apa jua bentuk penerbitan yang memfitnah Plaintif;

(b) Gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi yang melampau, gantirugi punitive serta faedah dan kos.

[5] Defendan telah memfailkan satu Notis Permohonan (Lampiran 28) di bawah Aturan 18 kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (‘KKM 2012’) untuk membatalkan writ saman dan pernyataan ini.

Kedua-dua pihak juga telah menukar afidavit masing-masing.

[6] Seterusnya pada 13/7/2020 permohonan Lampiran 28 telah ditetapkan untuk pendengaran di hadapan YA Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim, Hakim Mahkamah Tinggi (pada ketika itu) dengan kehadiran Plaintif peguamcara Plaintif manakala Defendan hadir kediri tanpa diwakili peguam. Pada prosiding itu, Defendan telah memohon untuk menarik balik Lampiran 28.

[7] Kemudian, pihak-pihak telah berjaya merekodkan satu Penghakiman Persetujuan di mana Plaintif telah menarik balik keseluruhan tindakan ini. Setelah Mahkamah mendengar hujahan kedua- dua pihak, YA Hakim Dato’ Ahmad Zaidi memerintahkan bahawa bahawa keseluruhan tindakan dibatalkan tanpa kebebasan dan tanpa perintah terhadap kos.

[8] Defendan seterusnya pada 17 Julai 2020 telah memfailkan satu notis permohonan (Lampiran 35) (‘Lampiran 35’) untuk menggantungkan prosiding sehingga kos bagi keseluruhan tindakan writ saman dibayar. Lampiran 35 ini telah difailkan oleh Plaintif di bawah Aturan 21 Kaedah 5 KKM 2012 .

(3)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

[9] Lampiran 35 telah ditetapkan untuk pendengaran Mahkamah pada 30 April 2021. Pada Sidang tersebut, Mahkamah telah menolak Lampiran 35 dengan kos sebanyak RM300.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif.

Hujahan Defendan

[10] Defendan secara ringkasnya membangkitkan bantahan dan mengatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan perintah Mahkamah pada 13 Julai 2020 yang telah membatalkan keseluruhan tindakan tanpa perintah untuk kos.

[11] Defendan juga menegaskan tentang kos-kos yang perlu dibayar bagi setiap kali kehadiran beliau ke Mahkamah. Selain itu, Defendan cuba menceritakan isu kes polis yang beliau alami dahulu dan kesulitan yang dihadapi lanjutan dari itu. Mahkamah telah menghentikan penghujahan tersebut kerana ianya tiada kaitan dengan kes sivil ini dan tiada kaitan dengan Lampiran 35. Bagaimanapun, Mahkamah mengambil maklum mengenai penyataan Defendan mengenai kos-kos yang perlu dibayar setiap kali beliau hadir ke Mahkamah.

Hujahan Plaintif

[12] Plaintif menyatakan bahawa permohonan Defendan adalah jelas tidak bermerit. Ini adalah kerana Perintah Mahkamah bertarikh 13 Julai 2020 langsung tidak menyatakan bahawa Plaintif perlu membayar kos kepada Defendan. Pada prosiding tersebut Mahkamah telah memutuskan dan merekodkan bahawa tiada perintah terhadap kos bagi Lampiran 35. Perintah ini dicapai setelah Mahkamah mendengar hujahan-hujahan dari kedua-dua pihak.

(4)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

[13] Plaintif juga berhujah bahawa kes ini telah tamat lantaran itu dan Lampiran 1 telah diputuskan. Oleh yang demikian tiada apa-apa prosiding yang perlu dan boleh digantung.

[14] Selain itu, Plaintif menghujahkan bahawa Permohonan di bawah Aturan 21 Kaedah 5 hanya terpakai sekiranya Mahkamah memerintahkan agar Plaintif membayar kos kepada Defendan tatkala Plaintif menarik balik keseluruhan tindakan dan kemudiannya Plaintif memfailkan satu tindakan baru sebelum membayar kos yang diperintahkan. Keadaan ini tidak wujud di dalam kes ini.

[15] Sekiranya Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah yang tidak memberi perintah untuk kos kepada Defendan, Defendan seharusnya merayu kepada Mahkamah Rayuan dan bukan membuat permohonan di bawah Aturan 21 Kaedah 5 KKM 2012 .

[16] Plaintif berpandangan bahawa pemfailan Lampiran 35 adalah penyalahgunaan proses Mahkamah. Ini kerana walaupun Lampiran 35 difail di bawah Aturan 21 Kaedah 5 KKM 2012 , di perenggan 11 dan 12 Afidavit Sokongan Defendan, Defendan memohon mendapatkan ganti rugi yang kononnya dialami oleh Defendan.

Dapatan Mahkamah

[17] Mahkamah setelah meneliti kertas kausa, afidavit-afidavit serta Hujahan Bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak memerintahkan bahawa Lampiran 35 ditolak dengan kos sebanyak RM300.00.

Keputusan saya berdasarkan tiga perkara ini:-

(i) Mahkamah Functus Officio

[18] Mahkamah merujuk kepada Nota Keterangan Mahkamah bertarikh 13 Julai 2020. YA Hakim Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim

(5)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

telah menjelaskan bahawa keseluruhan tindakan ini dibatalkan tanpa kebebasan dan tanpa perintah untuk kos. Keputusan ini berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua pihak yang juga telah disahkan oleh peguamcara Plaintif dan Defendan yang hadir sendiri pada hari tersebut.

[19] Mahkamah merujuk kepada rekod prosiding yang tertera dalam minit di muka surat 10, baris 3 dari bawah sehingga muka surat 11 seperti berikut:-

‘Defendan - Yang Arif, saya mahu sebut sangat clear maksudnya saya fail semua notis permohonan pun tanpa kos. Lagi dia juga ada fail notis permohonan sudah tidak ada kos.

Mahkamah - Semua tidak ada.

Defendan - So itu perintah mention ialah tarik balik without kos. (sambungan di muka surat 11)

Mahkamah - Untuk main suit yang saman fitnah ini tarik balik tanpa kebebasan dan tanpa kos. Whereas yang permohonan yang difailkan sebelum ini banyak kan?

Defendan - Ya.

Mahkamah - Yang itu pun semua batalkan tanpa kos. I think that was the order also earlier.’

[20] Adalah jelas kepada kita bahawa perkara ini telah diperjelaskan secara terperinci satu per satu oleh Yang Arif Hakim Dato’ Ahmad Zaidi bahawa keseluruhan tindakan dan kesemua notis permohonan yang difailkan oleh pihak-pihak di dalam tindakan ini dibatalkan tanpa kos. Defendan bersetuju dan tidak mengemukakan sebarang bantahan atau hujahan lanjut selepas itu.

(6)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

[21] Perkara ini juga boleh disahkan melalui Perintah Bersih yang dimeterai. Mahkamah merujuk kepada Perintah bersih dan sempurna bertarikh 13 Julai 2020 yang telah dimeterai oleh Mahkamah (lebih setengah tahun sebelum sidang penghujahan Lampiran 35) seperti berikut:-

“…atas permohonan Plaintif untuk menarik balik tindakan ini dengan kehadiran peguamcara Plaintif, So Chien Hao dan Ching Suet Yeen, Defendan mewakili diri sendiri Maka diperintahkan Writ dalam tindakan ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa perintah untuk kos.”

[22] Adalah jelas bahawa dengan keputusan dan perintah bersih dan sempurna tersebut, Mahkamah ini telah ‘functus officio’. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Puncak Permata Sdn Bhd v.

Tham Weng Hong & Anor [2010] 9 CLJ 19; [2011] 5 MLJ 78. Di dalam kes ini Perayu (plaintif dalam kes Mahkamah Tinggi) merayu terhadap keputusan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman yang telah membenarkan permohonan Responden Kedua (Pencelah) untuk mencelah di bawah A. 15 k. 6(2)(b)(ii) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan seterusnya memohon supaya penghakiman yang diperolehi oleh Perayu terhadap Responden Pertama diketepikan.

[23] Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Responden Kedua telah cuba untuk menuntut hak untuk mencelah di dalam kes ini apabila prosiding-prosiding di dalam kes ini telahpun selesai.

[24] Prinsip yang diguna pakai terdapat di laporan kes Puncak Permata, di muka surat 26 perenggan 20 yang menjelaskan seperti berikut:-

“In the instant case the judgment given by the High Court on 26 September 2006 against the first respondent was

(7)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

based on merits as it was given after the court heard submissions from the appellant’s counsel and read the cause papers filed. In any event, the final order had been drawn up and perfected. As such the proceeding in the instant case had clearly concluded. It was therefore too late for the second respondent to intervene under O. 15 r.

6(2)(b)(ii) of the Rules of the High Court 1980.”

[25] Oleh itu dengan mengguna pakai prinsip kes di atas, adalah jelas bahawa perintah di dalam tindakan ini telah pun dimuktamadkan. Ini adalah kerana perintah itu adalah perintah muktamad dan ianya telah lengkap dan sempurna (perfected).

[26] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Hong Leong Bank Bhd v. Staghorn Sdn Bhd &

Other Appeals [2008] 2 CLJ 121; [2008] 2 MLJ 622, di [2008] 2 CLJ 121, muka surat 154 perenggan 59. :

“…[A]n application for leave to intervene in order to set aside an order for sale by a party not already a party to the proceedings must be made under O. 15 r. 6 of the RHC 1980. The application may be made “at any stage of the proceedings” meaning before judgment, otherwise the proceedings have concluded and there is no longer a proceeding in existence for the party to intervene in. The judge has also become functus officio. Even then, the application must be made promptly. …” (Penekanan ditambah)

[27] Dengan merujuk kepada prinsip yang dinyatakan di dalam kes di atas, ianya bermaksud sebarang permohonan boleh dimasukkan di sebarang peringkat prosiding tetapi mestilah sebelum penghakiman direkodkan. Apabila penghakiman telah direkodkan, maka mahkamah

(8)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

telah secara rasminya tiada lagi sebarang fungsi (“functus-officio”) dan tidak boleh lagi membuat apa-apa perintah lanjutan mengenainya.

[28] Prinsip yang sama terpakai di dalam kes Kamil Azman bin Abdul Razak & Ors v. Amanah Raya Bhd & Ors [2019] 6 CLJ 419; [2019] 4 MLJ 726. Di muka surat 440 dalam [2019] 6 CLJ 419, Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan seperti berikut:-

“[57] An order of the High Court which had been sealed will render the High Court functus officio, save and except to correct clerical errors under the slip rule. This is the position as stated under O. 20 r. 11 of the Rules of Court 2012. This trite position has been reiterated in the recent decision by this court in Scott & English (M) Sdn Bhd v.

Yung Chen Wood Industries Sdn Bhd [2018] 6 CLJ 271.

The same fair order had also been affirmed by the Court of Appeal where the decision of the High Court was affirmed.”

[29] Menggunapakai kes-kes yang dirujuk di atas dan kes di hadapan saya hari ini, adalah jelas bahawa pada sidang 13 Julai 2020, satu Perintah Penghakiman telah dimuktamadkan. Perintah penghakiman tersebut telahpun lengkap dan sempurna (perfected). Oleh itu, Mahkamah telah “functus officio” mulai saat itu. Mahkamah tidak boleh melayan sebarang permohonan Defendan di bawah Lampiran 35 atau apa-apa permohonan lain selepas itu.

[30] Lainlah ceritanya kalau ini adalah permohonan di bawah kaedah terlepas (‘slip rule’) untuk membetulkan ejaan nama sebagai contoh.

Sekiranya permohonan Defendan hanyalah untuk pembetulan kesilapan atau kecuaian ejaan atau tatabahasa, Mahkamah masih mampu menepati permintaan itu.

(9)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

(ii) Samada Penghakiman Persetujuan yang direkodkan boleh diketepikan?

[31] Prinsip undang-undang mengenai kesan dan akibat sesuatu Penghakiman Persetujuan telahpun dihujah dan diputuskan dalam banyak kes Mahkamah sebelum ini. Mahkamah ini hanya perlu merujuk dan berpandukan pada satu autoriti Mahkamah Persekutuan dalam kes Ganapathy Chettiar v. Lum Kum Chum & Ors; Meenachi v.

Lum Kum Chum & Ors [1981] 1 LNS 59; [1981] 2 MLJ 145. Kesan kepada Penghakiman Persetujuan adalah jelas seperti yang dinyatakan dengan teliti oleh Yang Amat Arif Raja Azlan Shah, Ketua Hakim Negara (Baginda pada ketika itu), pada muka surat 146, di para D hingga F, seperti berikut:

“The answer to the question is obvious and, with respect, is so clearly stated in paragraph 2011 of Volume 2 of either the 1976 or the 1979 Supreme Court Practice that we will merely content ourselves with repeating that an order by consent is evidence of the contract between the parties and is binding on all the parties to the order. It may be pleaded as an estoppel: Kinch v. Walcott [1929] AC 482.

All the more so, in our view, since there is not the slightest question of any mistake as to facts or law.”

[32] Seterusnya di dalam kes yang sama Yang Amat Arif Raja Azlan Shah KHN memutuskan, di para I, bahawa:-

“Since there had been no mistake on the part of anyone when the consent order for the sale by public auction was made, the only possible way in which this order could be altered would be by the consent of all the parties:

Australasian Automatic Weighing Machine Co v. Walter [1891] WM 170.”

(10)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

[33] Kes Mahkamah Persekutuan, Ganapathy Chettiar v. Lum Kum Chum & Ors; Meenachi v. Lum Kum Chum & Ors [1981] 2 MLJ 145, di atas, telah digunapakai oleh Yang Arif Hakim Siti Norma Yaakob (beliau pada masa itu), di dalam kes Chen Choy & Son Realty Sdn.

Bhd. v. Ganesha Ganapathy & Anor [1987] CLJ (Rep) 536. Di muka surat 537, para d, Yang Arif Hakim Siti Norma Yaakob berkata:

“The order sought to be rescinded by the defendants is a consent order and following the decision of Ganapathy Chettiar v. Lum Kum Chum & Ors. [1981] 2 MLJ 145, that in itself is evidence of a contract between the parties that bind all parties to the order, all the more so, where there is not the slightest question of mistake as to facts or law. It can also be pleaded as an estoppel and the only way the consent order can be rescinded is when the plaintiff agrees to the rescission and since it is objecting to the defendants’

application, the only cause open to the defendants is to file a fresh action against the plaintiff to impeach the consent order.”

[34] Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan dalam kes Badiadin Mohd Mahidin & Anor v. Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 2 CLJ 75, di muka surat 104, para f hingga h, di mana Yang Arif Peh Swee Chin HMP di dalam penghakimannya menggariskan asas- asas bila mana Penghakiman Persetujuan boleh diketepikan, seperti berikut:-

"The grounds referred to for setting aside a consent order of a judgement by consent are grounds which basically relate to consensus ad idem or the free consent of parties to a binding agreement or contract. It is elementary that if it is proved that there are grounds which vitiate such free consent, the agreement is not binding. Now a consent order

(11)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

or a judgement by consent is undoubtedly based on an agreement of both parties where consent to the agreement must or should have been free in the first place.

If the agreement upon which a consent order or judgement by consent is based, is vitiated by any ground recognized in equity as vitiating such free consent, such as fraud, mistake, total failure of consideration, (see Huddesfield Banking Co. v. Henry Lister [1895] 2 Ch. 273 and the cases cited therein), then such a perfected consent order or judgement by consent could be set aside in a fresh action filed for the purpose. Grounds which would vitiate such free consent should also include misrepresentation, coercion, and undue influence and other grounds in equity.

"

[35] Mahkamah turut merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan (terdahulu) Hock Hua Bank Bhd v. Sahari Bin Murid [1981] 1 MLJ 143, di muka surat 144 para E, di mana Yang Arif Chang Min Tat HMP ketika itu menegaskan seperti berikut:-

“Clearly the Court has no power under any application in the same action to alter, vary or set aside a judgment regularly obtained after it has been entered or an order after it is drawn up, except under the slip rule … so far as is necessary to correct errors in expressing the intention of the court … unless it is a judgment by default or made in the absence of a party at the trial or hearing.”

[36] Terbaru, di dalam kes Mahkamah Rayuan, kes Abdul Razak Sheik Mahmood & Ord v. Amanah Raya Bhd & Anor [2018] 5 CLJ 273, di muka surat 282, Yang Arif David Wong Dak Wah HMR dalam menyampaikan penghakiman, menyatakan seperti berikut:-

(12)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

“[20] To recapitulate, issue 1 was concerned with whether there were grounds apparent to us which would allow the appellants to set aside the consent judgment dated 28 July 2010. The law on setting aside consent judgment is more than settled and it is this. A consent judgment is only recorded when the respective litigants had agreed in writing as to how to resolve a legal suit. Once the consent judgment had been perfected, the parties are bound by it and the court is duty-bound to enforce the agreed terms of the same. The court also cannot vary any of the agreed terms unless with the mutual consent of the parties. Hence, one can say that the court is functus officio or in other words, the court is bereft of jurisdiction to entertain any request to set aside such judgment.” (Penekanan ditambah) [37] Kes-kes rujukan autoriti yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan penghakiman yang telah direkodkan pada 13 Julai 2020. Pihak Defendan juga tidak memfailkan sebarang permohonan mengetepikan mahupun meminda Penghakiman Persetujuan yang direkodkan oleh kedua-dua pihak.

Oleh yang demikian pada peringkat ini, Mahkamah tidak boleh membenarkan permohonan Defendan di bawah Lampiran 35 yang menuntut sesuatu yang bertentangan dengan penghakiman persetujuan yang direkodkan.

(iii) Aturan 21 Kaedah 5 KKM 2012 Tidak Terpakai

[38] Lampiran 35 adalah permohonan Defendan di bawah Aturan 21 Kaedah 5 KKM 2012 untuk mendapatkan kos bagi keseluruhan prosiding. Ini adalah berikutan perintah yang diputuskan oleh Mahkamah bertarikh 13 Julai 2020 yang tidak membenarkan sebarang

(13)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

kos terhadap Defendan. Mahkamah merujuk kepada Aturan 21 Kaedah 5 KKM 2012 seperti berikut:-

“5. Penggantungan tindakan yang kemudian sehingga kos dibayar (A. 21 k. 5)

(1) Jika suatu pihak telah memberhentikan suatu tindakan atau tuntutan balas atau menarik balik mana-mana tuntutan tertentu yang dibuat olehnya dalam tindakan atau tuntutan balas itu dan dia bertanggungan membayar apa- apa jua kos tindakan atau tuntutan balas mana-mana pihak lain atau kos yang dikenakan kepada mana-mana pihak lain disebabkan tuntutan itu ditarik balik, maka, sekiranya sebelum kos itu dibayar, dia kemudiannya membawa suatu tindakan bagi kausa tindakan yang sama atau bagi kausa tindakan yang sebahagian besarnya adalah sama, Mahkamah boleh memerintahkan prosiding dalam tindakan itu digantung sehinggalah kos itu dibayar.”

[39] Mahkamah juga merujuk kepada kes Pengurusan Danaharta v.

Norman Ch’ng Ping Teong [2003] 1 LNS 186, untuk menjelaskan penggunaan Aturan 21 Kaedah 5 KKM 2012 . Di dalam kes yang dirujuk ini, Yang Arif Hakim Zaleha Zahari menolak permohonan penggantungan kerana kos yang dibenarkan di dalam tindakan dahulu belum dibayar. Yang Arif Hakim dalam Alasan Penghakiman beliau, di muka surat 6 Alasan Penghakiman, menyatakan:

“… Plaintif memohon supaya pemohonan Defendan ditolak dengan kos.

Adalah amat jelas kegagalan Plaintif untuk membayar kos adalah berpunca dari kelewatan Defendan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menentukan jumlah yang perlu dibayar bagi kes yang terdahulu.

(14)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

Dengan itu adalah amat nyata Plaintif tidak boleh dipersalahkan atas kelewatan untuk menyelesaikan kos bagi kes yang terdahulu. Mahkamah mengambil maklum hanya setelah isu ini dibangkitkan dalam Afidavit Jawapan Plaintif di Lampiran (3) pada 14.5.2001, barulah Defendan mengambil tindakan untuk memfailkan Notis Penetapan Kos dan Bil Kos dalam kes terdahulu [Ekshibit “CPT-4”].

Dalam keadaan ini saya bersetuju dengan hujahan Peguam Plaintif bahawa alasan ini tidak merupakan satu alasan yang kukuh bagi Mahkamah untuk melaksanakan budibicaranya bagi membenarkan permohonan penggantungan ini.”

[40] Kegagalan Plaintif dalam kes itu untuk membayar kos untuk tindakan yang terdahulu adalah berpunca dari tindakan Defendan sendiri lewat untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menentukan jumlah kos yang perlu dibayar oleh Plaintif. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendirian bahawa Plaintif tidak boleh dipersalahkan di atas kelewatan tersebut.

[41] Kes Pengurusan Danaharta ini sudah nyata dapat dibezakan dengan kes di hadapan kita ini. Di dalam kes kita, tiada kos yang diperintahkan untuk dibayar oleh Plaintif kepada Defendan. Tiada apa jua tindakan atau prosiding baru yang difailkan oleh Plaintif selepas perintah direkodkan pada 13 Julai 2020. Oleh itu Mahkamah bersetuju dengan Plaintif bahawa Aturan 21 Kaedah 5 KKM 2012 ini tidak terpakai di dalam kes ini.

[42] Untuk rekod, Lampiran 35 adalah satu permohonan yang difailkan oleh Defendan bagi menggantung prosiding sehingga kos dibayar. Di dalam kes ini, tiada kos yang telah dibenarkan oleh Mahkamah ini dan memandangkan penghakiman telah pun

(15)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

dimuktamadkan, maka permohonan Lampiran 35 tidak boleh dipertimbangkan atau dibenarkan oleh Mahkamah ini.

[43] Justeru itu, Mahkamah berpendapat tiada sebarang asas yang kukuh untuk Mahkamah ini membenarkan permohonan Defendan.

Adalah jelas bahawa keseluruhan tindakan (writ saman dan pernyataan tuntutan) telah diputuskan dan disempurnakan dan dilengkapkan (perfected). Tiada rayuan atau arahan lantaran rayuan yang memutuskan untuk menghidupkan kembali kes ini. Maka, pada masa Lampiran 35 ditetapkan untuk pendengaran, Mahkamah ini telah functus officio. Defendan, tidak merayu atau memohon untuk mengetepikan Penghakiman Persetujuan yang direkodkan.

Permohonan Defendan pula di bawah aturan dan kaedah yang salah di bawah KKM 2012. Oleh itu, secara kesimpulannya Mahkamah ini memutuskan bahawa permohonan Defendan melalui Lampiran 35 ditolak dengan kos sebanyak RM300.00.

Bertarikh: 7 JULAI 2021

(JOHAN LEE KIEN HOW) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya

Kuala Lumpur

KAUNSEL:

Bagi pihak plaintif - CH Soo; T/n Zailan & Co Bagi pihak defendan - Ching Suet Yen

(tidak diwakili peguam)

(16)

[2021] 1 LNS 1840 Legal Network Series

Kes-kes yang dirujuk:

Puncak Permata Sdn Bhd v. Tham Weng Hong & Anor [2010] 9 CLJ 19;

[2011] 5 MLJ 78

Hong Leong Bank Bhd v. Staghorn Sdn Bhd & Other Appeals [2008] 2 CLJ 121; [2008] 2 MLJ 622

Kamil Azman bin Abdul Razak & Ors v. Amanah Raya Bhd & Ors [2019] 6 CLJ 419; [2019] 4 MLJ 726

Ganapathy Chettiar v. Lum Kum Chum & Ors; Meenachi v. Lum Kum Chum &

Ors [1981] 1 LNS 59; [1981] 2 MLJ 145

Ganapathy Chettiar v. Lum Kum Chum & Ors; Meenachi v. Lum Kum Chum &

Ors [1981] 2 MLJ 145

Chen Choy & Son Realty Sdn. Bhd. v. Ganesha Ganapathy & Anor [1987] CLJ (Rep) 536

Badiadin Mohd Mahidin & Anor v. Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 2 CLJ 75

Hock Hua Bank Bhd v. Sahari Bin Murid [1981] 1 MLJ 143, di muka surat 144 para E

Abdul Razak Sheik Mahmood & Ord v. Amanah Raya Bhd & Anor [2018] 5 CLJ 273, di muka surat 282

Pengurusan Danaharta v. Norman Ch'ng Ping Teong [2003] 1 LNS 186

Perundangan yang dirujuk:

Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980, A. 15 k. 6(2) (b)(ii) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, A. 18 k. 19, A. 21 k. 5

Referensi

Dokumen terkait

Klasifikasi agregat menjadi kasar, halus dan filler adalah berdasarkan ukurannya yang ditentukan menggunakan saringan. Mutu agregat mempengaruhi kekuatan dan ketahanan konkrit. Adapun

Ketua Jurusan Sastra Indonesia Fakultas Sastra dan Seni Rupa Universitas Sebelas Maret Surakarta yang telah memberikan izin dan kemudahan kepada peneliti dalam

[r]

Karakteristik, Potensi dan Teknologi Pengelolaan Tanah Ultisol Untuk Pengembangan Pertanian Lahan Kering di Indonesia.. Jurnal

Berdasarkan hasil penelitian diperoleh kesimpulan bahwa pelaksanaan ekstrakurikuler pramuka penggalang di SD Jaranan Banguntapan Bantul dapat dilihat dari 1) perencanaan pihak

The Company's Solicitors attending Court mentioned the matter on behalf of the Claimant as well and informed Court that he was instructed to inform Court which he did that

(3) Data nasional Penyandang Disabilitas sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dan ayat (2) dipergunakan oleh kementerian/lembaga dan/atau Pemerintah Daerah dalam Pemenuhan

Gambaran mengenai kondisi transportasi khususnya berjalan kaki di kawasan Pendidikan Yogyakarta sebagaimana yang telah dijelaskan di atas menjadi dasar perlunya dilakukan