• Tidak ada hasil yang ditemukan

Esemen Edu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Esemen Edu"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

1 1.0 PENDAHULUAN

Semakin hari, negara Malaysia semakin menghampiri Wawasan 2020 yang mempunyai banyak wawasan yang perlu dicapai. Oleh yang demikian, negara Malaysia telah banyak memberikan penekanan berat terhadap pendidikan kerana percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi negara untuk memperoleh status sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika ke arah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, dan dinamik. Ini juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk sistem pendidikan bermutu dan bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia.

Jadi, pendidikan akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa bagi menuntut keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam segala aspek perkembangan dan pembangunan pada peringkat global. Maka, organisasi pendidikan perlu menerokai aspek-aspek yang mempunyai potensi untuk penambahbaikan dalam memastikan sesuatu hasrat negara tercapai.

(2)

2

2.0 TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN EMOSI MURID

Dalam, Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Kesan daripada gangguan emosi, murid-murid akan berkelakuan daripada norma-norma murid yang lain. Ini menyebabkan mereka akan cuba menyendiri daripada orang lain. Mereka akan mengasingkan diri mereka daripada masyarakat. Ada yang lebih teruk lagi akan melakukan masalah disiplin bagi memenuhi ruang-ruang kosong di dalam diri mereka. Ini berlaku disebabkan oleh emosi murid-murid yang terganggu disebabkan oleh pendidikan yang diterima ataupun masalah peribadi.

Terdapat beberapa tanda awal yang menunjukkan murid mempunyai gangguan emosi yang menyebabkan mereka berlaku pelik daripada biasanya. Antaranya ialah: TANDA AWAL GANGGUAN EMOSI Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab Konsep kendiri yang lemah Pencapaian akademik yang semakin merosot Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan Suka termenung, berkhayal dan berkelakuan ganjil Cepat marah, suka bergaduh dan kerap berbohong

(3)

3

1. Tidak Hadir Ke Sekolah Tanpa Sebarang Sebab

Hal ini banyak berlaku di sekolah-sekolah yang mempunyai murid yang bermasalah. Kebanyakan murid di sekolah tersebut mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada yang mempunyai masalah kewangan, mahupun mempunyai masalah keluarga. Sistem pendidikan sekarang sangat mementingkan kehadiran murid ke sekolah adalah penuh. Pelbagai kempen telah dianjurkan oleh pihak kementerian dengan kerjasama pihak sekolah dalam mengurangkan peratus murid tidak hadir tanpa sebab. Jadi, di sini pentingnya pihak kementerian untuk menkaji semula sebab-sebab kenapa murid-murid tidak berminat untuk pergi ke sekolah. Bukan sahaja di bandar, di luar bandar dan juga pengalaman turut berlaku. Hal ini lebih teruk lagi berlaku kerana kesedaran ibu bapa dan juga murid adalah kurang.

Sistem pendidikan yang hanya menuntut murid perlu mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan menyebabkan mereka tidak berminat untuk datang ke sekolah. Mereka berpendapat bahawa dengan hanya bekerja, mereka juga akan dapat melangsungkan hidup, jadi kenapa mereka harus belajar penat-penat tetapi peluang pekerjaan hanyalah terlalu rendah. Pendidikan yang hanya mementingkan gred di dalam peperiksaan yang telah menyebabkan mereka berpendapat sedemikian dan ini menyebabkan murid-murid ini tidak hadir tanpa sebarang sebab.

Peperiksaan adalah penting bagi menilai kejayaan murid dan juga sejauh mana keberkesanan guru dalam mengajar. Namun, ramai guru tidak tahu bagaimana mengaplikasikannya sehingga nilai-nilai dalam kehidupan tidak diterapkan. Subjek Pendidikan Islam tidak ditekankan dalam pembelajaran, tetapi hanya menekankan kepada subjek-subjek peperiksaan sahaja. Ini menyebabkan murid-murid kurang ditekankan dalam akhlak dan adab, tetapi hanya belajar sahaja. Di sini, pihak kementerian perlu menkaji dasar-dasar yang dilaksanakan dan sejauhmana keberkesanan dasar tersebut dan impak-impak yang dapat diberikan kepada murid-murid yang menjadi tunjang negara apabila mereka meningkat dewasa.

(4)

4 2. Konsep Kendiri yang Lemah

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri, seseorang juga mestilah menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dirinya. Carl Rogers (1950) mendefiniskan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.

Oleh itu, kita dapat lihat bahawa tanda-tanda awal murid mempunyai gangguan emosi ialah dengan mempunyai kendiri yang lemah. Murid yang mempunyai kendiri yang lemah akan berpendapat bahawa mereka menyusahkan diri mereka sendiri. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah yang tidak diingini. Murid-murid yang mempunyai kendiri yang lemah akan menyebabkan mereka sukar untuk berinteraksi dengan murid yang lain walaupun banyak aktiviti kokurikulum yang membolehkan mereka rapat di antara satu sama lain. Contohnya ialah dengan adanya 1 Murid 1 Sukan. Walaupun pelbagai acara sukan ditawarkan kepada mereka, namun murid-murid ini tidak dapat membina kendiri mereka. Jadi, ini menyebabkan dasar yang dibina kurang mendapat sambutan baik oleh murid-murid.

3. Pencapaian akademik yang semakin merosot

Walaupun murid dihidangkan dengan pelbagai dasar yang membolehkan mereka menjadi insan yang hampir sempurna, namun dasar pendidikan yang acap kali berubah menyebabkan pencapaian akademik sesetengah murid akan semakin merosot. Jika dahulu murid diberi penekanan dalam pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, namun hari ini kita dapat lihat bahawa kerajaan telah menukar balik dasar tersebut kepada pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Perubahan dasar pendidikan yang sering kali berubah apabila berubahnya pemimpin, akan menyebabkan pencapaian akademik merosot kerana mereka berasa tertekan dengan perubahan-perubahan ini.

(5)

5

Apabila murid yang sebelum ini cemerlang dalam bidang pendidikan, namun setelah berubahnya dasar pendidikan, pencapaian akademik mereka semakin merosot. Mereka akan dituntut untuk mendalami tersebut supaya hadam sepenuhnya. Hal ini telah menyumbang sedikit sebanyak kepada gangguan emosi murid. Ia dapat dibuktikan apabila ada pelajar yang membunuh diri apabila keputusan peperiksaan mereka merosot. Akibat daripada kecelaruan yang berlaku, menyebabkan murid-murid akan mempunyai gangguan emosi. Jika tidak dibendung, mungkin gangguan emosi mereka akan menjadi lebih parah.

4. Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan.

Kebelakangan ini, kita dapat melihat ramai pelajar bertindak tidak wajar disebakan tekanan perasaan. Ini adalah salah satu gangguan emosi yang di alami oleh murid-murid. Mereka mengalami tekanan perasaan disebabkan oleh jiwa mereka tidak tenteram. Jika dilihat di akhbar-akhbar tempatan, ada pelajar yang membunuh diri akibat daripada gagal dalam peperiksaan. Ini adalah satu bentuk tindakan yang tidak wajar dan hal ini dapat dilihat sebagai murid-murid ini mempunyai masalah gangguan emosi.

Bukan sahaja mempunyai tekanan akibat daripada peperikaan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara, namun hari ini sistem pendidikan negara sentiasa berubah menyebabkan hala tuju murid kadang-kadang menjadi kabur. Ini menyebabkan murid-murid tercari-cari dengan apa yang diinginkan oleh mereka. Perkara ini akan menyebabkan mereka menjadi tidak wajar yang disebabkan oleh tekanan perasaan dan ada yang sehinggakan ingin membunuh diri disebabkan tekanan perasaan yang melampau.

5. Suka Termenung, Berkhayal dan Berkelakuan Ganjil.

Murid-murid yang dikenalpasti mempunyai tanda-tanda awal gangguan emosi ialah seperti suka termenung, berkhayal dan berkelakuan ganjil. Jika dilihat, murid-murid ini akan tidak cuba untuk melibatkan diri dengan rakan-rakan yang lain dan agak sukar untuk memberikan kerjasama apabila diminta untuk melakukan kerja berkumpulan. Mereka akan termenung dan tidak suka berkomunikasi apabila

(6)

6

ditanya oleh orang lain. Hal ini sangat membimbangkan kerana punca mereka bertindak sedemikian tidak akan diketahui.

Ada diantara mereka akan berkelakuan aneh seperti bercakap sendirian. Mereka seolah-olah berada di dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan orang di sekeliling mereka. Perkara ini perlu dicegah dan dirawat supaya generasi yang sedang dibentuk sekarang adalah generasi yang akan memimpin negara. Sekiranya mereka jatuh, maka negara juga akan turut jatuh.

6. Cepat Marah, Suka Bergaduh dan Kerap Berbohong

Tindakan seperti cepat marah, suka bergaduh dan kerap berbohong apabila ditanya boleh dikategorikan sebagai murid-murid yang mempunyai gangguan emosi. Emosi mereka menjadi tidak stabil dan jika dibiarkan akan menjadi lebih teruk. Kadang-kadang mereka bertindak sedemikian kerana inginkan perhatian. Namun, ada yang terlepas pandang tentang tuntutan mereka terhadap perkara ini. Hal ini akan menyebabkan mereka menunjukkan emosi mereka supaya dapat dilihat oleh orang lain.

Tambahan lagi, kegiatan suka bergaduh di kalangan murid biasanya berlaku kerana murid-murid ini pantang diusik oleh rakan-rakan lain. Sekiranya mereka diusik dengan menyentuh jiwa mereka, emosi akan menjadi terganggu dan ini akan menyebabkan mereka cuba bertindak balas dengan bergaduh. Kesan daripada gangguan emosi juga dapat dilihat apabila murid itu kerap berbohong kerana ingin menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Jadi, mereka akan cuba untuk berbohong selagi kesalahan yang dilakukan oleh mereka tidak diketahui oleh orang lain.

(7)

7

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GANGGUAN EMOSI MURID

Mewujudkan program pendidikan

Peranan ibu bapa

Mendapatkan perkhimatan psikologi dan kaunseling

Modifikasi tingkah laku

Meningkatkan teknik-teknik kecerdasan emosi

Meningkatkan kepimpinan guru

(8)

8

Gangguan emosi yang tidak dibendung akan menjadi lebih parah dan teruk apabila dibiarkan. Hal ini akan menjejaskan keseimbang masyarakat kerana generasi muda yang bermasalah adalah penyumbang kepada kejatuhan sesebuah tamadun bagi negara tersebut. Dalam menangani gangguan emosi yang berlaku di kalangan murid, pelbagai pihak haruslah sedar betapa pentingnya menangani perkara ini dengan bijak dan berhemah.

Justeru, langkah-langkah bagi mengani masalah ini haruslah diambil supaya gangguan emosi yang berlaku kepada murid-murid dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah dengan mengadakan program-program pendidikan yang mana boleh membentuk nilai-nilai positif yang tinggi dalam diri murid-murid. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu satu dasar yang telah digubal oleh kerajaan Malaysia dalam membangunkan sistem pendidikan negara. Di dalam anjakan yang ketiga ada menyebut bahawa kerajaan ingin melahirkan rakyat yang menghayati nilai iaitu dengan mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.

Hal ini jelas dapat dilihat dapat membantu murid-murid dalam menangani gangguan emosi. Dengan adanya pelbagai program pendidikan, murid-murid yang mempunyai gangguan emosi iaitu tekanan dalam pembelajaran mahupun dalam kehidupan dapat diatasi dengan baik. Ini kerana, program-program pendidikan ini dapat membina nilai-nilai murni yang ada dalam diri mereka sekaligus dapat menghapuskan masalah yang membelenggu diri mereka. Contoh program pendidikan yang boleh mengatasi gangguan emosi murid ialah seperti kem jati diri, program pembangunan modal insan sebagainya. Melalui program sebegini, jiwa murid-murid yang ketandusan boleh terisi dengan pelbagai perkara yang berfaedah.

Bukan sahaja mengadakan program-program pendidikan, ibu bapa juga memainkan dalam menangani masalah gangguan emosi di kalangan murid. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam menangani masalah ini. Sebagai seorang ibu dan bapa yang bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak menerima pendidikan yang berkualiti, ibu bapa perlu mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak-anak di sekolah. Ini bermaksud mereka mestilah sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan anak-anak daripada guru-guru. Justeru,

(9)

9

hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru mestilah dititikberatkan kerana hubungan yang baik dapat menjamin kesejahteraan anak-anak di sekolah.

Dalam menagani masalah ini, ibu bapa dan juga guru mestilah melakukan perbincangan supaya masalah gangguan emosi dapat ditangani. Perbincangan ini haruslah dilakukan dari masa ke semasa bagi menangani masalah bersama. Ibu bapa dan guru mestilah mencari punca masalah. Hal ini tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa kerana jika dibiarkan masalah ini berlanjutan, besar kemungkinan ia akan memudaratkan diri murid tersebut.

Jika masalah ini masih lagi perlu diberikan perhatian, murid-murid yang mempunyai masalah gangguan emosi mestilah mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Di sekolah, terdapat kaunselor terlatih yang mana mempunyai sijil dalam bidang kaunseling. Oleh itu, murid-murid ini perlulah dirujuk oleh kaunselor dalam menangani masalah ini. Kaunselor terbabit akan menjalankan sesi kaunseling kepada murid bagi membuka satu jalan kepada murid-murid supaya mereka dapat membuat keputusan dalam diri mereka. Murid-murid ini perlulah dibimbing dan diberikan khidmat kaunseling berpanjangan supaya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Haruslah diingat bahawa tugas seorang kaunselor bukanlah menyelesaikan masalah, namun membantu klien tersebut dalam menyelesaikan masalah. Klien iaitu murid perlulah sendiri menyelesaikan masalah mereka supaya mereka dapat menyedari bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah.

Selain daripada itu juga, sebagai seorang guru yang berkobelehan, guru mestilah melakukan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan keadaan murid. Dalam melakukan modifikasi ini, guru mestilah melakukan peneguhan positif kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku diingini. Ini kerana, guru mestilah rasional dalam memberikan hukuman kepada murid. Peneguhan berbentuk dendaan mahupun ganjaran mestilah bersesuaian dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid. Peneguhan berbentuk positif ini sangat memberikan kesan yang baik kepada murid-murid kerana mereka ini perlulah dibentuk supaya kesalahan yang diberikan tidak akan diulangi lagi. Contohnya ialah seperti murid melakukan kesalahan bergaduh dengan murid yang lain. Jadi, peneguhan positif boleh dijadikan seperti dendaan membasuh tandas supaya mereka tidak akan melakukan lagi kesalahan sedemikian.

(10)

10

Di samping itu juga, dalam menangani masalah gangguan emosi yang dialami oleh murid-murid, pelbagai teknik-teknik dan kaedah boleh dilakukan. Antaranya ialah memberikan mereka teknik-teknik dalam meningkatkan kecerdesan emosi supaya emosi mereka menjadi lebih baik. Murid-murid ini perlulah diberikan tunjuk ajar tentang cara bagaiman menguruskan emosi masing-masing. Emosi perlula diuruskan dengan baik. Sekiranya tidak, ini akan menjejaskan diri mereka sendiri. Contohnya ialah menjalankan kelas terapi diri iaitu cara-cara bagaimana menguruskan emosi. Kelas ini perlulah disertai oleh murid-murid yang mempunyai mempunyai masalah gangguan emosi supaya masalah mereka dapat diatasi dengan sebaiknya.

Kita tidak boleh melihat masalah tersebut datang daripada murid sahaja, kadang-kadang guru perlu meneliti diri mereka sendiri. Sebagai seorang guru, kita mestilah meningkatkan kepimpinan kita sebagai seorang guru iaitu dengan cara memahirkan diri dalam mengurus dan mengawal bilik darjah. Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat menguruskan dan mengawal bilik darjah dengan teratur. Hal ini jelas apabila kawalan bilik darjah yang baik akan mengelakkan murid daripada melakukan masalah seperti bergaduh, cepat marah dan sebagainya. Guru akan memastikan murid sentiasa menjaga diri mereka sendiri supaya dapat terhindar daripada melakukan masalah yang tidak dingini. Di sini, guru perlulah menetapkan peraturan di dalam bilik darjah. Hal ini sangat penting kerana murid-murid akan berdisiplin apabila terdapat peraturan yang ditetapkan dalam bilik darjah. Sekiranya mereka melanggar peraturan bilik darjah ini, maka mereka akan diberikan dendaan sebagai hukuman kerana melanggar peraturan yang telah dipersetujui bersama-sama.

Akhir sekali ialah murid perlu diberi peluang untuk mengenal pasti kesalahan yang telah dilakukan. Kadang-kadang, kita tidak memberikan peluang untuk mereka sendiri mengenal pasti kesalahan mereka. Kita terus menghukum mereka tanpa memberikan peluang kepada mereka. Tindakan ini adalah satu perkara yang tidak wajar berlaku. Dalam mendidik generasi muda yang kian membangun ini, kita perlulah menggunakan intelektual dan pengetahuan kita dalam memberikan mereka kesedaran. Mereka mestilah diberikan hak untuk berfikir dan menganalisis masalah yang telah dilakukan oleh mereka. Setelah itu, kita perlulah memberikan mereka peluang untuk memperbaiki diri mereka sendiri.

(11)

11 4.0 TEKANAN EMOSI GURU

Sistem pendidikan negara bertujuan untuk mencapai dua objektif iaitu pertama melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang perlu sebagai persediaan menghadapi cabaran masa depan. Keduanya ialah mengembangkan nilai-nilai yang setara yang dinggini untuk membentuk pelajar sebagai warganegara yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada negara. Guru dituntut untuk menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk perubahan dan pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa. Apabila teknologi semakin berkembang, perubahan semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan bidang pendidikan perlu dipertingkat dan mendesak para pendidik untuk bekerja keras demi merealisasikan hasrat negara melahirkan guru yang bertaraf.

Justeru, tahap stress guru di negara ini semakin membimbangkan ekoran beban tugas yang meningkat. Menurut Ahmad Azhari (1998), masalah disiplin pelajar, hubungan dengan rakan sekerja, gaji yang rendah, peluang kenaikan pangkat, persekitaran sekolah yang tidak selesa dan kurang kemudahan yang

TEKANAN EMOSI GURU Bebanan kerja Penguasaan ICT Perubahan dasar pendidikan Masalah disiplin murid Persekitaran sekolah

(12)

12

disediakan menyebabkan guru merasa bosan dan tertekan. Menurut Fontana (1989) pula, tekanan didefinisikan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan. Beliau menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan, maka tekanan adalah baik dan membawa kesan positif. Sebaliknya, jika keupayaan seseorang itu tidak dapat menangani permintaan, maka tekanan itu akan mendatangkan kesan negatif.

Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru memainkan peranan yang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhalak mulia. Mutakhir ini, kita banyak didendangkan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru menyebabkan mereka tertekan. Antara penyumbang utama yang menyebabkan guru menjadi tertekan ialah bebanan kerja yang dihadapi oleh guru. Semakin berkembangnya dunia pendidikan hari ini, semakin bertambah kerja yang perlu dilakukan oleh guru-guru. Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh sistem pendidikan negara kita sendiri. Dasar pendidikan sentiasa berubah bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Namun, harus diingat bahawa guru-guru yang merupakan penggerak kepada keberhasilan murid.

Jika kita lihat hari ini, guru perlu menjalankan pelbagai kerja bukan hanya mengajar tetapi perlu menguruskan dari setiap aspek murid. Dari murid datang ke sekolah sehinggakan murid balik ke rumah. Apa yang menjadikan guru tertekan lagi apabila kesalahan yang dilakukan oleh guru itu hanyalah kecil, namun diperbesarkan sehinggakan jasa yang telah ditabur oleh guru ini terus lenyap dan digantikan dengan kesalahan yang tidak seberapa. Ini menyebabkan guru menjadi tertekan sehinggakan ada yang mempunyai masalah tekanan emosi yang teruk. Benanan kerja yang melampau akan menyebabkan guru-guru menjadi tertekan. Contohnya kita boleh melihat di sini iaitu guru-guru diminta untuk mengisi markah secara online. Ini adalah satu bebanan kerja yang berlaku ke atas guru. Bukan sahaja berkaitan dengan markah, guru-guru juga terpaksa berdepan dengan sistem pemfailan yang mana guru-guru ini perlu menyediakan pelbagai fail. Hal ini lebih dikenali sebagai kerja-kerja pengkeranian. Perkara ini akan menyebabkan guru-guru terpaksa mengabaikan murid-murid dan perlu memfokuskan kepada kerja-kerja tersebut. Sedikit sebanyak ia akan menjejaskan prestasi akademik murid.

Semakin berkembangnya pendidikan di negara, semakin menuntut guru-guru menguasai teknologi untuk memperkuatkan lagi dalam bidang pendidikan. Jika kita

(13)

13

lihat, guru perlulah menguasai penggunaan teknologi maklumat bagi menambah baik pengajaran dan pembelajaran. Namun, hal ini menyebabkan guru-guru menjadi tertekan dengan keadaan ini. Tekanan ini akan bertambah apabila guru-guru lama terpaksa juga menggunakan teknologi maklumat sedangkan mereka tidak mengetahui kemahiran-kemahiran komputer. Mereka akan menjadi kekok untuk menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya ialah menggunakan perisian persembahan Microsoft Power Point dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi sesetengah guru yang mahir, ini adalah satu perkara yang kecil, namun bagi guru yang tidak mahir dalam penggunaan perisian tersebut, ini adalah satu tekanan kepada mereka untuk mengajar menggunakan perisian tersebut.

Tambahan lagi, dasar pendidikan negara sentiasa berubah. Jika dahulu, Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) adalah satu dasar pendidikan yang digunapakai dalam bidang pendidikan, namun kini kurikulum tersebut telah diubah dan digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini adalah kurikulum yang baru yang mana banyak perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, ini akan menyebabkan guru tertekan kerana pelbagai benda baru yang perlu diketahui dan ini akan mengambil masa yang agak lama bagi menyesuaikan dengan keadaan. Perubahan demi perubahan adalah satu langkah yang baik, namun pihak kerajaan mestila menkaji dan meniliti bagaimana kesannya kepada guru apabila kurikulum ini memberikan kesan yang baik kepada guru dan juga murid. Kajian haruslah dijalankan secara menyeluruh supaya impak yang dinantikan itu memberikan impak yang positif kepada diri murid dan juga guru. Bukan sahaja KBSR ditukar kepada KSSR, namun pelbagai lagi dasar-dasar yang diubah di dalam sistem pendidikan. Contohnya ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran ini dijalankan kepada murid dan ia telah mengubah daripada sistem menjalankan ujian kepada sistem pentaksiran. Pentaksiran ini juga banyak memberikan tekanan kepada guru kerana guru-guru perlu menyediakan fail bagi semua orang murid. Cuba bayangkan kalau di dalam kelas tersebut mempunyai 40 orang dan sebanyak 40 buah fail perlu disediakan bagi memenuhi kehendak pentaksiran ini. Hal ini amat memberikan tekanan kepada guru-guru sehinggakan tiada masa untuk berada bersama keluarga demi menjalankan tugas yang diberikan. Selain daripada itu juga, guru-guru banyak menghadapi tekanan apabila pelbagai masalah disiplin yang berlaku di kalangan murid. Kita sedia maklum

(14)

14

bahawa pada zaman globalisasi ini, murid-murid banyak didedahkan dengan pelbagai maklumat yang menimbulkan sikap keinginan yang tinggi dalam diri mereka. Hal ini tidak berlaku di sekolah menengah sahaja, namun masalah disiplin juga turut wujud di kalangan murid sekolah rendah. Murid-murid ini tidak menyedari bahawa keinginan mereka untuk melakukan perkara tersebut adalah salah dan hanya mengaggap perkara ini remeh temeh. Disebabkan hal ini, mereka akan cuba untuk melakukan sehingga mereka berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan. Contohnya ialah ponteng sekolah, merokok, bergaduh, vandalisme, hubungan seks luar nikah dan sebagainya. Perkara ini sangat membimbangkan guru-guru kerana generasi muda inilah yang akan meneraju negara kita kelak. Malangnya, masalah disiplin yang wujud semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kesan daripada masalah disiplin yang ketara ini ialah kepada guru sendiri. Masyarakat akan menyalahkan guru dengan mengatakan bahawa guru-guru ini tidak mendidik murid-murid dengan betul. Hasil daripada pandangan negatif dan tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat, menyebabkan guru-guru menjadi tertekan seolah-olah gurulah yang menjadi penyumbang utama masalah disiplin murid-murid. Walhal, semua masyarakat memainkan peranan dalam membentuk murid yang berakhlak dan tidak mempunyai masalah disiplin.

Selain daripada masalah disiplin, antara penyumbang lain yang menyebabkan guru-guru mengalami tekanan emosi ialah persekitaran sekolah itu sendiri iaitu dari aspek hubungan dengan warga sekolah dan juga kemudahan yang berada di sekolah. Persekitaran yang baik akan menghasilkan suasan yang aman dan sejahtera. Namun, hubungan yang tidak baik dengan warga sekolah akan menyebabkan guru menjadi tertekan. Sesetengah guru menjadi tertekan apabila berhubungan dengan warga sekolah. Hal ini berlaku kerana ada segelintir guru yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan sekaligus memberikan kesan kepada orang lain. Hasilnya, hubungan dengan warga sekolah menjadi tidak erat disebabkan oleh guru yang tidak bertanggungjawab tersebut. Berbicara mengenai kemudahan yang disediakan di sekolah, banyak sekolah yang masih belum mempunyai kemudahan yang tidak mencukup untuk melaksanakan tugas. Contohnya ialah internet, projektor LCD, komputer yang tidak mencukupi dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang sangat dituntut pada masa sekarang ini akan menyebabkan guru menjadi tertekan apabila banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam satu masa.

(15)

15 4.1 Langkah Mengatasi Kesan Emosi

Rajah 4.1: Langkah mengatasi kesan emosi

Sebagai langkah mengatasi kesan emosi murid dan guru, guru perlu menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid di mana peneguhan positif diberikan kepada tingkah laku yang baik, manakala dendaan diberikan kepada tingkah laku negatif supaya dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dam pembelajaran. Murid perlu mendapatkan pendedahan yang maksimum mengenai cara meningkatkan kecerdasan emosi dengan lebih berkesan. Murid yang mengalami masalah psikologi perlu mendapat khidmat sokongan

(16)

16

daripada kaunseling supaya murid dapat diberi bimbingan kerjaya supaya dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif.

Guru di dalam kelas memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sama. Oleh itu, guru haruslah mengambil tahu masalah emosi yang dihadapi oleh murid. Murid yang sering mengalami masalah emosi di dalam kelas, akan menunjukkan tingkah laku yang pasif seperti menyendiri dan tidak bergaul dengan muid-murid yang lain. Berikutan dengan situasi ini, maka jelaslah bahawa murid tersebut mempunyai konsep kendiri yang rendah serta menghadapi masalah dalam pergaulan.

Guru seharusnya sentiasa berusaha untuk mewujudkan keadaan yang ceria dan kondusif ketika menguruskan dan melaksanakan proses pengajaran. Keadaan sebegini mampu mempengaruhi “mood” dan minat serta kecergasan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini secara langsung akan memberikan kesan dari segi emosi dan perasaan seperti marah, keupayaan untuk bersaing, penggunaan sumber yang terhad, serta hasad dengki dapat dikurangkan.

Guru juga boleh membantu murid mengawal emosi mereka dengan melibatkan diri murid dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah. Sebagai contohnya, dengan mengaplikasikan strategi pembelajaran koperatif di dalam kelas. Melalui pembelajaran koperatif, secara tidak langsung murid akan bekerjasama bersama kumpulan mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Menurut Slavin (1983, dalam kajian Zulzana Zulkarnain, 2012) keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dapat dilihat dalam aspek kemahiran sosial pelajar yang memudahkan hubungan saling kebergantungan positif di dalam kelas dan persekitaran. Justeru, secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan murid yang mempunyai emosi yang stabil kerana kehadiran mereka diterima oleh semua individu di dalam kelas.

Selain itu, program-program pendidikan sebagai sokongan dalam pembentukkan tingkah laku juga perlu diadakan. Program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri.

(17)

17

Guru juga perlu mengekalkan cara hidup sihat dan seimbang bagi mengawal emosi mereka. Seseorang yang mempunyai badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Guru juga seharusnya membahagikan masa untuk melakukan aktiviti rekreasi dan hobi supaya dapat mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan mendapat persepsi baru untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran mengurus masa adalah sangat penting untuk mengatasi emosi guru di mana guru perlu pandai membahagikan masa untuk fokus terhadap perkara yang lebih penting supaya kejayaan yang diperoleh adalah dalam kadar yang banyak. Guru perlu menumpukan kepada kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan bijak seperti membahagikan tugas kepada ahli panitia, mengurangkan gangguan, serta menetapkan masa melakukan sesuatu kerja secara tidak langsung dapat mengatasi masalah emosi guru.

Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah tekanan emosi. Emosi yang tidak stabil tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar. Bagi individu yang sedang mengalami tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri sendiri. Oleh itu, sekiranya kita mengalami emosi di luar kawalan, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin. Slogan kata “cegah sebelum parah” adalah jalan yang terbaik sebelum berlakunya kesan negatif yang lebih serius.

(18)

18

5.0 CADANGAN KEPADA GURU UNTUK MENYESUAIKAN DAN MENYEDIAKAN DIRI DENGAN ISU DAN CABARAN

(19)

19

Guru perlu menyesuaikan diri mereka dengan campur tangan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya pada zaman globalisasi masa kini di mana ibu bapa tidak suka anak mereka dikenakan sebarang tindakan. Guru perlu berfikir secara mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil atau mengenakan sebarang tindakan terhadap murid. Guru juga boleh menghubungi ibu bapa murid yang bermasalah dan berbincang antara satu sama lain untuk mencari jalan penyelesaian sekaligus mengelakkan pertelingkahan antara guru dan ibu bapa. Hal ini sekaligus dapat mengelakkan timbulnya isu guru di saman oleh ibu bapa kerana dikatakan mencederakan murid di sekolah.

Seorang guru yang baik haruslah menyiasat terlebih dahulu akan kesalahan yang dilakukan oleh murid seperti mencari sebab murid tersebut melakukan kesalahan tersebut. Jika murid tersebut mempunyai masalah, guru hendaklah mencari jalan penyelesaian masalah tersebut dengan cuba membantu murid tersebut dengan membawanya berjumpa guru kaunseling. Guru yang baik tidak mudah menghukum pelajar sebaliknya menyiasat puncanya terlebih dahulu. Hukuman yang melulu akan menimbulkan rasa tidak puas hati murid terhadap guru dan mula memprotes segala tindakan guru. Hal ini menyebabkan timbulnya isu murid memukul guru dan sebaliknya.

Selain itu, guru juga perlu menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling. Pergaulan yang baik antara guru dan penduduk setempat sebagai contohnya dapat mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa yang kebanyakan anak-anak mereka bersekolah di tempat di mana guru tersebut mengajar. Secara tidak langsung, pergaulan yang mesra dapat mengubah persepsi ibu bapa terhadap guru. Hal ini juga dapat membantu guru mengenal dengan lebih dekat akan latar belakang muridnya sendiri di samping dapat berbincang akan masalah anak mereka di samada di rumah mahupun sekolah.

Sebagai langkah menyediakan diri dengan isu cabaran campur tangan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pihak sekolah perlulah mengadakan kursus pengawalan emosi dan tekanan supaya dapat membantu guru dalam menjalankan tugas mereka. Kadang kala, tekanan atau stress menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar. Adakalanya tekanan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam

(20)

20

menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Menurut Robiah Hamzah (2007, dalam kajian Zulzana Zulkarnain, 2012), seorang pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai mengawal emosi. Namun, pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan ketegasan dalam kelembutan. Justeru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan melampau batas pelajar-pelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih berkesan. Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar oleh guru-guru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga diadakan. Biarpun para guru terutama guru baru telah didedahkan dengan teori-teori psikologi kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan. Diharapkan agar ilmu mendisiplinkan pelajar dan menangani pelajar bermasalah hasil daripada pengalaman guru-guru lama dapat dikongsi bersama-sama terutamanya dengan guru-guru baru.

Guru juga perlu meningkatkan diri dalam kemahiran berkomunikasi dengan murid. Penggunaan istilah dalam komunikasi memainkan peranan penting supaya murid terasa disayangi oleh guru. Guru hendaklah mengelakkan penggunaan bahasa yang kasar dan menyentuh sensitiviti murid supaya mereka tidak berkecil hati atau marah sehingga menunjukkan protes dan rasa tidak puas hati.

Elemen perasaan dalam perlaksananaan peraturan oleh pihak sekolah juga seharusnya diambil perhatian oleh para guru. Menurut Dr. Robiah K. Hamzah (2007), untuk mewujudkan „keserasian‟ antara guru dan pelajar, peraturan sekolah mestilah ada elemen perasaan. Peraturan saling berkait dengan emosi manusia, jadi perlu ada cetusan emosi di dalamnya. Dalam erti kata lain, guru-guru perlu memasukkan elemen perasaan dalam melaksanakan atau menguatkuasakan sesuatu peraturan supaya pelajar akur. Ledakan perasaan yang mencetuskan masalah disiplin yang lebih besar dapat dielakkan.

Peranan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga tidak boleh diketepikan. NGO boleh melaksanakan atau bekerjasama dengan pihak sekolah, agensi kerajaan

(21)

21

atau mana-mana institusi dalam masyarakat setempat. Tuntasnya, jaya atau gagalnya usaha mendidik dan mendisiplinkan pelajar sepatutnya ditanggung bersama oleh semua pihak bukan terletak di bahu guru semata-mata. Dengan memastikan tugas mendidik dan mendisiplin pelajar adalah tanggungjawab bersama, masalah disiplin pelajar dan cara sekolah menanganinya tidak lagi menjadi isu dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada guru, pelajar mahupun ibu bapa. Melalui kerjasama daripada pelbagai pihak, pasti para guru lebih mudah menempuh cabaran yang mendatang berbekalkan semangat juang yang tinggi. Akan terlerailah konflik dalaman yang dihadapi oleh para guru dan akan lebih mudahlah para guru berusaha menyusun langkah dan mengatur strategi meneruskan perjuangan dan memikul amanah Allah sebagai pendidik anak bangsa. Maka akan lahirlah modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai pewaris negara.

6.0 PELAN TINDAKAN UNTUK MENGURUS PERUBAHAN

Isu berkaitan campur tangan pihak ibu bapa dalam pengajaran semakin banyak dibincangkan di dalam dada akhbar, laman sesawang dan juga media-media lain. Bagi mengelakkan daripada isu tersebut timbul, guru haruslah mewujudkan satu suasana yang menyebabkan murid seronok apabila berada di dalam kelas. Memandangkan murid merupakan pelapis kepada generasi alaf baru, pendidikan yang tepat perlu diberi kepada mereka. Antara pelan tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mengurus isu ini ialah dengan mengambil pendekatan yang boleh menarik minat murid.

(22)

22

Rajah 6: Pendekatan yang boleh menarik minat murid

Antaranya adalah menggunakan sistem ganjaran di mana guru boleh memberikan ganjaran sekiranya murid berkelakuan baik. Melalui sistem ganjaran, murid akan berusaha untuk bertingkah laku lebih baik di dalam mahupun di luar kelas Hal ini kerana, sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang kurang baik, guru tidak boleh memberikan ganjaran kepada mereka. Kedua, guru mestilah mengambil berat mengenai muridnya. Ciri-ciri guru yang penyayang ialah mereka akan cuba mendekati murid mereka dan sentiasa tahu permasalahan yang dihadapi oleh muridnya. Seterusnya, guru hendaklah melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah pengajaran yang menarik. Seorang guru yang kreatif akan sentiasa mengubah cara pelaksanaan pengajaran mereka bagi mengelakkan murid bosan di dalam kelas yang boleh menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Keempat ialah dengan menerima perbezaan individu seadanya. Seperti yang diketahui, manusia dilahirkan dengan keupayaan yang berbeza (Mohd Fadzli, 2005). Justeru, guru tidak boleh sama sekali mendiskriminasikan murid-murid mereka. Seorang guru yang mempunyai sahsiah diri yang baik akan menerima murid mereka seadanya tanpa mengenakan sebarang diskriminasi ke atas murid mereka. Melalui pendekatan yang boleh menarik minat murid, secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada berlakunya isu yang tidak diingini seperti isu guru memarahi murid dan isu pelanggaran peraturan disiplin oleh murid.

PENDEKATAN MENARIK MINAT MURID Menerima murid seadanya Sistem ganjaran Mengambil berat Kaedah pengajaran menarik

(23)

23

Selain itu, guru juga seharusnya mempunyai pendekatan berbeza untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan para ibu bapa. Melalui hubungan yang erat yang dijalinkan dapat mengelakkan daripada isu campur tangan ibu bapa yang keterlaluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 7: Strategi mengatasi isu campur tangan ibu bapa

Antara langkah yang perlu diambil oleh guru ialah dengan mengadakan Program Temu Murni bersama ibu bapa murid-murid di sekolah. Antara aktiviti yang terkandung dalam Program Temu Murni ialah penyerahan keputusan ujian dan perbincangan secara bersemuka oleh ibu bapa dan guru yang mengajar murid tersebut. Melalui program ini, ibu bapa berpeluang untuk mengetahui tingkah laku anak mereka di sekolah berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh guru. Di samping untuk mengeratkan hubungan antara guru dan juga ibu bapa murid, tujuan program ini juga adalah untuk meningkatkan potensi pelajar dan meneruskan kecemerlangan sekolah sebagai institusi melahirkan modal insan yang berkualiti. Dengan adanya pertemuan seperti ini antara ibu bapa dan guru, maka rasa kebergantungan akan wujud di antara kedua-dua pihak.

STRATEGI MENGATASI ISU CAMPUR TANGAN IBU

BAPA

Program Temu Murni

Persatuan Ibu Bapa (PIBG)

Program Ramah Mesra

Program gotong-royong

(24)

24

Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Menurut Akta Pendidikan 1996: Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang dirujuk di dalam buku Isu dan Cabaran Semasa oleh Ahmad Subki (2013), tujuan-tujuan persatuan adalah seperti berikut:

a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah. b) Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi

kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka. c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar

fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.

d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.

e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran.

Justeru, perhubungan yang dijalinkan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan menghasilkan hubungan yang lebih akrab antara ibu bapa dan guru. Ibu bapa boleh menyalurkan pandangan dan luahan sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara berkaitan anak mereka di sekolah. Melalui saluran aduan yang betul akan mengelakkan daripada isu yang lebih besar timbul yang boleh menyebabkan keadaan semakin keruh.

Guru juga boleh mengadakan program-program seperti Program Anak Angkat, Program Gotong Royong, Program Ramah Mesra yang mana dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan masyarakat sekampung. Melalui program-program ini masyarakat akan lebih mengenali sikap guru itu sendiri dan mereka secara tidak langsung akan membuang persepsi negatif yang ada pada guru tersebut. Akhirnya, sikap saling kebergantungan akan lahir dalam diri masyarakat terhadap guru. Secara automatik, tugas guru sebagai pendidik, pembimbing tidak akan dipersoalkan lagi oleh masyarakat kampung. Malah, mereka akan lebih mempercayai guru tersebut supaya membimbing dan mendidik anak mereka untuk menjadi insan yang lebih berguna dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

(25)

25 6.0 KESIMPULAN

Murid merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah segala harapan dan cita-cita negara disandarkan selaku bakal pemimpin di masa hadapan. Walau bagaimanapun, permasalahan mengenai kanak-kanak masih terus berlaku di merata tempat, sebagai ibu bapa dan guru telah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu serta membentuk keperibadian murid tersebut.

Seorang guru yang mempunyai kredibiliti yang tinggi, guru haruslah bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stress dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban yang dihadapi oleh guru.

Kesediaan guru melakukan inovasi dalam pengajaran bagi mengatasi masalah disiplin murid adalah amat penting. Perubahan yang dilaksanakan melalui perancangan strategi diharap mampu membentuk modal insan kelas pertama yang mampu menggunakan pengetahuan secara proaktif, kreatif, inovatif dan berkemahiran teknikal serta mampu menangani persekitaran global yang berubah-ubah untuk mendapat kualiti hidup yang baik di samping dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan kekayaan negara sejagat.

Referensi

Dokumen terkait

Posisi operasi pada pasien ini supine, sehingga tidak terlalu menyulitkan anestesi, tapi bila dibutuhkan posisi telungkup (prone position), maka dibutuhkan observasi yang ketat pada

Agar hasil deteksi radar dapat digunakan untuk proses analisis lebih lanjut, maka diperlukan sebuah metode untuk mengkonversi data plot- plot tersebut menjadi track ,

Hasil dan kesimpulan menunjukkan bahwa program advokasi psikologis akibat dampak pandemi Covid-19 dalam layanan konseling berbasis internet (e-counseling) dan religius yang

Pendapatan seseorang tidak berpengaruh terhadap inklusi keuangan pada masyarakat di Kota Surabaya disebabkan karena responden yang berpendapatan rendah memiliki keterbatasan

Hal ini disebabkan oleh bahan baku yang digunakan dimana kertas seni dari serat Abaca menggunakan bahan yang sudah berbentuk serat, sedangkan kertas seni dari batang pisang

Hasil dari layanan ini, pelanggan tanpa harus melihat ke website langsung ke tempat travel, cukup hanya mengirimkan SMS ke layanan informasi ini dengan format SMS yang telah

Berdasarkan hasil pengamatan aktivitas siswa pertemuan pertama, pada saat pembelajaran berlangsung siswa masih kelihatan tegang dan belum terbiasa dengan model

Guru perlu menguasai Teori Pembelajaran agar memiliki kewibawaan dalam soal P&P. Menguasai Teori Pembelajaran membantu guru menjadi lebih bijaksana membimbing murid