• Tidak ada hasil yang ditemukan

Akta dan Peraturan Elektrik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Akta dan Peraturan Elektrik"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PERATURAN – PERATURAN ELEKTRIK

BAHAGIAN III

PENGENALAN:

Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahui kehendak bagi orang kompeten, orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam, orang kompeten bagi setiap giliran, Pendaftaran orang kompeten, orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, dan orang kompeten juga mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.

LEARNING OBJECTIVES:

Pelatih-pelatih mesti

boleh:-•

Menghuraikan maksud orang kompeten

Menghuraikan maksud orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam

Menghuraikan maksud orang kompeten bagi setiap giliran

Menghuraikan maksud Pendaftaran orang kompeten

Menghuraikan maksud orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan,

Menghuraikan maksud orang kompeten juga mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi

LEARNING OUTCOMES:

• Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini • Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes

(2)

SUB TOPIC:

9.0

ORANG KOMPETEN

SUB SUB TOPIC:

9.1

Peraturan 60:

Penerangan:

Orang kompeten

60. (1) Orang kompeten untuk mengerjakan, mengendalikan atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau pengendalian sesuatu pepasangan yang dikehendaki oleh mana pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, melainkan dikecualikan di bawah Akta, disyorkan oleh orang yang berikut:

(a) jika pepasangan elektrik dikendalikan pada voltan yang tidak melebihi 600 volt

-(i) seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik; (ii) seorang Jurutera Elektrik Kompeten; (iii) seorang Penyelia Elektrik; atau

(iv) seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen;

(b) jika pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 600 volt tetapi tidak melebihi 132,000 volt

-(i) seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik; (ii) seorang Jurutera Elektrik Kompeten; atau

(iii) seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen; dan

(c) jika pepasangan dikendalikan pada voltan pada atau melebihi 132,000 volt, seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen.

(3)

(2) Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten, Jurutera Elektrik Kompeten residen atau Penyelia Elektrik, mengikut mana-mana yang berkenaan dalam subperaturan (1) hendaklah

-(a) mengesyorkan orang kompeten yang akan bekerja atau mengendalikan atau mengawal apa-apa kerja atau kendalian dan yang hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerja atau kendalian yang dijalankan oleh mana-mana orang yang di bawah kawalannya; dan

(b) mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya tentang orang kompeten yang disebut dalam perenggan (a),

bagi pepasangan atau kelengkapan yang dipunyai oleh pemunya, pengurusan atau pemegang lesen.

(3) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan atau kelengkapan hendaklah mematuhi syor itu sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah subperaturan (2).

(4)

Soalan

Siapakah yang dibenarkan peraturan untuk mengendalikan sesuatu pepasangan yang dikehendaki oleh pemegang lesen pepasangan

Jawapan

A. Pihak berkuasa bekalan B. Pihak pengurusan C. Orang kompeten D. Pemunya

(5)

SUB SUB TOPIC:

9.2

Peraturan 61:

Penerangan:

Orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam.

61. Walau apa pun peraturan 60, orang kompeten yang dikehendaki oleh pemegang lesen pepasangan awam hendaklah

-(a) mengerjakan, mengendalikan atau mengawal pepasangan awam itu; dan (b) bertanggungjawab bagi kerja atau kendalian dalam pepasangan oleh

(6)

Soalan

Apakah tanggungjawab orang kompeten yang dikehendaki oleh pemegang lesen?

i.

Mengerjakan pepasangan awam itu

ii.

Mengawal pepasangan awam itu

iii.

Bertanggungjawab bagi kerja dibawah kawalannya

iv.

Semua diatas

Jawapan

A. sahaja B. ii sahaja C. iii sahaja D. iv

SUB SUB TOPIC:

9.3

Peraturan 62:

Penerangan:

Orang kompeten bagi setiap giliran

62. Jika mana-mana pepasangan atau kelengkapan dikendalikan oleh dua atau lebih giliran, orang kompeten bagi setiap giliran yang dikehendaki oleh pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan atau kelengkapan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 60.

(7)

Soalan

Jika mana-mana pepasangan atau kelengkapan dikendalikan oleh dua atau lebih giliran orang kompeten bagi setiap giliran yang dikehendaki oleh pemunya, pengurusan atau ……… pepasangan atau kelengkapan , mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 60.

Jawapan

A.

Pemegang lesen B. Pihak berkuasa bekalan C. Pihak pengurusan D. Pemunya

(8)

SUB SUB TOPIC:

9.4

Peraturan 63

Penerangan.

Pendaftaran orang kompeten

63. (1) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan yang membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini berhubungan dengan Perakuan Kekompetenannya hendaklah mendaftar diri dengan Suruhanjaya.

(2) Pendaftaran yang tersebut di bawah subperaturan (1), selain daripada Perakuan Kekompetenan sementara yang dikeluarkan di bawah peraturan 52, hendaklah sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dengan bayaran fi yang ditetapkan dalam Bahagian V Jadual Kedua.

(2A) Jika seseorang yang didaftarkan di bawah subperaturan (2) berhasrat untuk terus melakukan apa-apa kerja, tindakan atau perkara yang menghendaki pendaftaran selepas habis tempoh pendaftaran, dia hendaklah, sebelum atau pada tarikh habis tempoh Perakuan itu memohon bagi pendaftaran baru.

(3) Seseorang, yang memegang satu atau lebih Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh mendaftar atau dibenarkan mendaftar perakuan atau perakuan-perakuan itu. mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan lebih daripada satu majikan atau pepasangan, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya.

(4) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompeten atau Penyelia Elektrik tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 75 tahun.

(9)

(5) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 65 tahun.

(6) Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), had umur seseorang boleh diketepikan atas dasar tahun ke tahun mengikut budi bicara Suruhanjaya yang boleh menghendaki keterangan perubatan kesihatan fizikal dan mental orang itu yang disahkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar.

(7) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan untuk didaftarkan dalam rnasa tujuh hari dari pengambilan kerja atau perlantikan mana-mana orang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah memberitahu Pengarah secara bertulis nama dan kelayakan orang itu.

(8) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiap orang kompeten dan bahagian pepasangan yang akan berada di bawah tanggungjawab setiap orang kompeten yang diambil kerja olehnya, dan senarai tugas itu hendaklah diakuterima oleh orang kompeten itu dan hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh seorang pegawai diberi kuasa.

(10)

Soalan

Seorang pemegang perakuan kekompetenan jurutera elektrik telah berumur 75 tahun tetapi masih ingin terus berkhidmat hingga umur 76 tahun. Bolehkah orang itu

meneruskan khidmatnya? Jawapan

A. Tidak boleh kerana faktor kesihatan B. Tidak boleh kerana tidak sesuai berkerja

C. Boleh dengan memohon budi bicara suruhanjaya

D.

Boleh dengan syarat majikan bersetuju dengan majikannya

(11)

SUB SUB TOPIC:

9.5 Regulation 64

Penerangan:

Orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, dsb

64. (1) Tiada papan suis, gear suis atau kelengkapan, kecuali mana-mana perkakas elektrik, perlengkapan atau radas elektrik yang direkabentuk untuk disambungkan kepada soket aliran keluar elektrik melalui palam, boleh disambungkan pada sesuatu pepasangan bagi maksud menerima elektrik melainkan jika sambungan itu dijalankan oleh atau di bawah kawalan orang kompeten.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), adalah tidak menyalahi undang-undang bagi seseorang untuk menggantikan mana-mana lampu dalam pepasangan domestik.

(12)

Soalan

Adakah menyalahi peraturan jika seorang suri rumah yang tidak mempunyai Perakuan Kekompetenan menukar lampu rumahnya yang rosak?

Jawapan

A. Tidak salah jika di bawah kawalan orang kompeten. B. Tidak menyalahi undang-undang

C. Salah dan boleh didenda D. Salah laku yang serius

(13)

SUB SUB TOPIC:

9.6 Peraturan 65

Penerangan

Orang kompeten mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.

65. Orang kompeten yang hendaklah, apabila diminta, menyediakan dan mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi adalah seperti yang diperuntukkan dalam Bahagian VI Jadual Kedua.

(14)

Soalan

Orang kompeten mesti mengemukakan perkara-perkara berikut apabila diminta seperti dalam bahagian VI Jadual Kedua.

i. Pelan ii. Lukisan iii. Spesifikasi

iv. Perakuan Kekompetenan Jawapan

A. i

B. i dan ii C. i,ii dan iii D. i,ii,iii dan iv

(15)

SUMMARY

Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:

Maksud orang kompeten, Peraturan 60

Maksud orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam, Peraturan 61

Maksud orang kompeten bagi setiap giliran, Peraturan 62

Maksud Pendaftaran orang kompeten, Peraturan 63

Maksud orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, Peraturan 64

Maksud orang kompeten juga mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi, Peraturan 65

REFERENCES

1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn Bhd)

Referensi

Dokumen terkait

Untuk memperolehi keputusan akhir bagi mendapatkan perhubungan diantara ujian Proba JKR dan Ujian Penusukan Piawai, data-data yang telah dianalisis daripada ketiga-tiga tapak

Selain itu untuk Anda yang sedang membentuk otot tubuh, Anda disarankan untuk mengkonsumsi dada ayam karena dada ayam ini mengandung asam lemak omega 3 sebanyak 60 mg

Sehingga tahun 2005, hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berketrampilan dalam ICT dapat dilihat melalui beberapa projek sekolah seperti Projek Rintis

Mengacu pada hasil penelitian dalam penelitian ini maka dapat disimpulkan, bahwa komponen ekosistem sawah yang ditemukan diwilayah gunung puyu, kabupaten Bantul

Sementara dalam hal disclosure, cost and benefit, misstate, dan ketepatan waktu penyusunan laporan keuangan tidak terdapat perbedaan yang signifikan antara PPK SKPD

Agenda Clustering Requirement untuk clustering Tipe data dalam cluster analysis Interval-scale variable Binary variable Nominal variable Ordinal variable Ratio-scaled

Apa saja kebutuhan user dalam pembuatan rancangan konsep aplikasi mobile game yang persuasif untuk memotivasi mahasiswa untuk berolahraga. Bagaimana pembuatan

Dalam penelitian ini digunakan pendekatan yuridis sosiologis, yaitu pendekatan terhadap masalah yang menitikberatkan pada penelitian yang dilakukan di