Pengenalan
S
ecara umumnya gerakan koperasi sudah mencecah hampir 90 tahun dan sehingga kini sebanyak 9,074 buah koperasi telah berjaya ditubuhkan dengan keanggotaan sejumlah tujuh juta orang. Disasarkan sebanyak 10,000 buah koperasi bakal ditubuhkan menjelang 2013 dan 16,000 buah koperasi pula menjelang 2020. Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 telah digubal bagi meningkatkan daya saing gerakan koperasi dan hala tuju gerakan koperasi di negara ini. Gerakan koperasi disasarkan untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lima peratus menjelang 2013 dan 10 peratus menjelang 2020.Bagi mencapai hasrat ini, salah satu Teras Strategik DKN telah menggariskan elemen “Meningkatkan Keyakinan Masyarakat Terhadap Gerakan Koperasi”. Teras Strategik IV ini dibentuk agar gerakan koperasi berupaya menjadi wadah untuk membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti berkumpulan. Penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi dapat
mereka sekali gus menjana pendapatan negara.Oleh itu, kerajaan berusaha mendorong agar segenap masyarakat dapat menubuhkan koperasi dan menerima konsep berkoperasi sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan mereka.
Senario Global Koperasi
Hakikatnya, kita sering meminggirkan sumbangan gerakan koperasi terhadap ekonomi dunia, peranan dan prestasi koperasi seringkali dikatakan kurang memberi kesan. Namun jika dilihat kepada pertumbuhan koperasi di seluruh dunia, hampir satu bilion penduduk dunia telah mendapat manfaat daripada aktiviti koperasi. Dalam pada masa yang sama, gerakan koperasi mampu menyediakan lebih 150 juta peluang pekerjaan di mana 20 peratus lebih tinggi daripada bekerja di syarikat multinasional antarabangsa. Pada 1994, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menganggarkan sejumlah tiga bilion penduduk atau setengah daripada penduduk dunia mendapat manfaat daripada aktiviti koperasi yang
sektor ekonomi. Contohnya, sejumlah 45.3 juta penduduk di negara-negara Asia telah menganggotai pertubuhan kredit. Melalui Rekomendasil ILO 193, PBB telah mengiktiraf koperasi sebagai pertubuhan yang penting dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara-negara di dunia.
Merujuk kepada Laporan Global 300 yang disediakan oleh pihak International Co-operative Alliance (ICA), sebanyak 300 buah koperasi terbesar dunia telah menjana perolehan keseluruhan berjumlah USD1.6 trilion atau RM4.8 trilion yang menyamai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi yang kesembilan terbesar di dunia (Rujuk Jadual 1). Perolehan ini disumbangkan oleh sektor ekonomi tertentu seperti pertanian/perhutanan, perbankan/kredit, pengguna/ peruncitan, insurans/pekerja, kesihatan/utiliti dan lain-lain sektor. Dari sektor pertanian telah menyumbangkan perolehan tertinggi iaitu sejumlah USD 472 bilion (29%) dikuti sektor perbankan sebanyak USD430 bilion (26%) dan pengguna/peruncitan mencatatkan sejumlah USD354
KOPERASI PENJANA EKONOMI
KOMUNITI: TERAS STRATEGIK IV
DASAR KOPERASI NEGARA (DKN)
Salwana Ali
pertanian sendiri telah wujud hampir di seluruh negara iaitu lebih 50 peratus terdapat di Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Belanda. Koperasi pertanian terbesar pula terletak di negara Jepun dan Korea Selatan. Bagi koperasi pertanian di Jepun, koperasi mampu menjana keuntungan USD34.05 bilion dan menguasai 5.9 peratus dalam pasaran makanan.
Jadual 1: Koperasi global 300
SEKTOR PEROLEHAN PERATUSAN
Pertanian/Perhutanan 472 29 Perbankan/Credit Union 430 26 Pengguna/Peruncitan 354 22 Insurans 282 17 Pekerja/Industri 35 2 Kesihatan 27 2 Utiliti 18 1 Lain 17 1 Jumlah 1,600 100
Koperasi kewangan pula mencatatkan aset tertinggi di antara semua sektor dan sejumlah 33 peratus koperasi kewangan terdapat di Perancis dan United Kingdom (UK). Koperasi perbankan yang maju telah bertapak di Eropah dan Jepun manakala bilangan
koperasi kredit tertinggi terdapat di Amerika Syarikat. Koperasi pengguna yang terkenal dan berjaya boleh didapati di United Kingdom, Itali, Eropah, Jepun dan Amerika Utara.
Dari segi keanggotaan koperasi, sebanyak 40 peratus daripada 13 juta jumlah penduduk Kanada terlibat dalam gerakan koperasi. Sebanyak 25 peratus daripada
20 juta jumlah penduduk Jerman dan 25 peratus daripada 120 juta jumlah penduduk Amerika Syarikat adalah anggota koperasi manakala di Jepun, satu daripada setiap tiga keluarga adalah anggota koperasi. Sebagai contoh, 1.6 juta penduduk Jadual 2: Senario global keahlian koperasi
BIL NEGARA JUMLAH PERATUSAN
1 India 236 juta 20%
2 China 180 juta 13%
3 Amerika Syarikat 120 juta 25%
4 Jerman 20 juta 25%
5 Kanada 13 juta 40%
6 United Kingdom 10 juta 16%
7 Malaysia 6 juta 23% 8 Austria 5 juta 58% 9 Finland 3 juta 60% 10 Ireland 3 juta 70% 11 Switzerland 3 juta 46% 12 Norway 2 juta 44% 13 Singapura 2 juta 50%
Singapura iaitu mewakili 50 peratus daripada keseluruhan penduduknya adalah anggota 86 buah koperasi manakala dua juta atau 44 peratus daripada jumlah penduduk di Norway memilih menjadi anggota koperasi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga (Rujuk Jadual 2). Kesan positif ini secara tidak langsung telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di seluruh dunia.
Bagi negara maju seperti Amerika Syarikat, penubuhan koperasi telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih dua juta penduduk menerusi 30,000 buah koperasi dengan jumlah aset mencecah USD3 trilion dan perolehan melebihi USD500 juta. Seterusnya di Jerman pula, sejumlah 8,106 buah koperasi telah memberi peluang pekerjaan kepada 440,000 penduduknya manakala 21,000 buah koperasi di Perancis memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kira-kira 288,589 orang. Manakala di negara seperti Kemboja, India, Indonesia, Nepal, Filipina, Sri Lanka dan Vietnam, koperasi berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan menjadi agen pertumbuhan ekonomi.
Secara keseluruhannya, didapati gerakan koperasi di
peringkat global telah terbukti berjaya membangunkan sosio ekonomi masyarakat yang mampu mengubah kehidupan dengan mengurangkan kadar kemiskinan sekali gus dianggap sebagai salah satu sektor peneraju utama ekonomi dunia sebaris dengan sektor lain.
Senario Koperasi di Malaysia
Gerakan koperasi di Malaysia bermula 1922 dan perkembangan koperasi di Malaysia semakin pesat dari tahun ke tahun walaupun sumbangannya agak kecil berbanding negara-negara Eropah. Koperasi kredit pertama didaftarkan ialah Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad yang didaftarkan pada 21 Julai 1922. Di kawasan luar bandar pula, pelopor koperasi pinjaman desa ialah Syarikat Kampung Tebuk Haji Musa Bekerjasama dengan Tanggungan Berhad, Parit Buntar, Krian, Perak yang didaftarkan pada 3 Disember 1923. Bilangan koperasi bertambah dengan pesatnya daripada 11 buah pada tahun 1922 kepada 515 buah pada tahun 1939 di Negeri-Negeri Bersekutu sahaja. Selama tempoh 90 tahun terdapat peningkatan yang jelas dalam bilangan koperasi yang telah didaftarkan, bilangan individu yang menganggotai koperasi, modal dalaman yang dapat dikumpulkan, aset yang dimiliki serta perolehan yang telah dijana daripada pelbagai aktiviti perniagaan yang dijalankan. Setakat 31 Disember 2011, jumlah koperasi berdaftar meningkat kepada 9,074 buah, modal syer RM10.48 bilion dan aset bernilai RM92.8 bilion. Koperasi mencatat keanggotaan tujuh juta orang atau 27 peratus daripada keseluruhan populasi penduduk dan menjana perolehan mencecah RM23.09 bilion (Rujuk Jadual 3). Bilangan dan keanggotaan yang besar ini menunjukkan rakyat menerima koperasi sebagai satu pertubuhan yang dapat meningkatkan taraf hidup mereka.
Perolehan bernilai RM23.09 bilion ini disumbangkan oleh sembilan sektor iaitu perbankan, kredit/kewangan, pertanian,
Jadual 3: Pertumbuhan koperasi, keanggotaan, modal syer, nilai aset dan perolehan
TAHUN BILANGANKOPERASI BILANGANANGGOTA (juta orang)
MODAL SYER
(RM bilion) (RM bilion)ASET PEROLEHAN(RM bilion)
2005 4,771 5.69 6.85 34.87 4.60 2006 4,918 5.87 7.29 37.47 5.10 2007 5,170 6.32 7.79 47.40 6.10 2008 6,084 6.51 8.42 55.73 7.75 2009 7,215 6.78 8.97 65.00 8.92 2010 8,146 6.60 9.55 71.78 9.53 2011 9,074 7.04 10.48 92.80 23.09
Sumber : Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2011
pengangkutan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya sektor perkhidmatan merupakan tonggak kekuatan gerakan koperasi khususnya perkhidmatan kewangan yang menjadi penyumbang terbesar sebanyak 65 peratus terhadap jumlah perolehan gerakan koperasi pada 2011. Sumbangan terbesar kepada perolehan ini dijana oleh 591 buah koperasi kredit dan perbankan dengan jumlah perolehan sebanyak RM6.4 bilion (Rujuk Jadual 4). Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) menjadi penyumbang terbesar kepada perolehan ini. Merujuk kepada laporan Global 300, setakat ini Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) sahaja yang berjaya tersenarai dan menduduki tempat ke-245 berdasarkan perolehannya yang teraudit bagi tahun kewangan 2008. Pencapaian ini membuktikan bahawa koperasi juga satu entiti yang sama seperti entiti perniagaan yang lain kerana koperasi dapat menjadi satu konglomerat yang kompetitif dan berdaya saing.
Berdasarkan Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 iaitu menjadikan gerakan koperasi sebagai penyumbang berkesan kepada pembangunan negara telah menyasarkan peningkatan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai lima peratus menjelang 2013 dan 10 peratus menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menggariskan lima bidang keberhasilan utama bagi meningkatkan daya saing koperasi melalui aktiviti perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani serta perladangan. Maka seiring dengan transformasi negara, kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sedang berusaha untuk
Jadual 4: Perangkaan am koperasi mengikut fungsi pada 31 Disember 2011
BIL FUNGSI BILANGANKOPERASI BILANGANANGGOTA MODAL SYER/
YURAN ASET PEROLEHAN
1 Perbankan 2 986,273 2,599.3 73,389.3 5,182.4 2 Kredit 589 1,913,384 4,762.8 9,914.3 1,285.1 3 Pertanian 1,798 416,200 426.1 2,356.9 858.1 4 Perumahan 134 147,633 175.1 754.8 66.7 5 Perindustrian 162 13,349 2.5 47.1 28.9 6 PenggunaDewasa 1,920 539,818 239.6 959.9 696.6 Pengguna Sekolah 2,216 2,087,254 19.8 225.2 263.6 7 Pembinaan 151 112,088 25.1 138.8 85.1 8 Pengangkutan 418 137,899 57.3 272.1 557.9 9 Perkhidmatan 1,684 686,411 2,178.2 4,742.5 14,064.0 Jumlah 9,074 7,040,309 10,485.6 92,801.0 23,088.3
Sumber : Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2011
perniagaan yang lebih besar dan bertaraf global sekali gus menjadi tunjang ekonomi masyarakat. Namun, perkara yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana untuk mencorakkan gerakan koperasi sebagai satu budaya dan mengubah minda masyarakat untuk mengetahui kepentingan berkoperasi. Menurut Mantan Pengerusi Eksekutif SKM menyatakan bahawa masyarakat di Malaysia masih beranggapan bahawa penyertaan koperasi dalam ekonomi terbatas kepada aktiviti tradisi pinjam meminjam semata-mata sekali gus mempengaruhi penglibatan individu untuk menyertai koperasi. Oleh itu, kesedaran mengenai objektif sebenar serta kepentingan di sektor koperasi negara ini perlu dihebahkan.
Konsep 1 Komuniti 1 Koperasi (1K1K)
Seiring dengan Teras Strategik IV dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 iaitu “Meningkatkan Keyakinan Masyarakat Terhadap Gerakan Koperasi”, pihak kerajaan khususnya SKM berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat berkenaan koperasi. Menurut sejarah gerakan koperasi di Malaysia, koperasi pada asalnya didaftarkan sebagai syarikat kerjasama. Perkataan kerjasama ini amat berkait rapat dengan corak masyarakat yang sering melakukan sesuatu kerja secara berkumpulan dan bersama-sama. Ibarat pepatah Melayu “Yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, ia telah menjadi budaya kepada masyarakat dahulu. Contoh aktiviti yang
boleh dilihat melalui kerjasama adalah kenduri kahwin. Aktiviti ini akan diadakan secara bergotong royong dengan melibatkan seluruh masyarakat kampung bermula dengan mendirikan khemah, memotong bawang, memasak, mencuci pinggan-mangkuk, periuk belanga dan lain-lain sehingga tamat majlis tersebut. Kemeriahan aktiviti tersebut dapat dirasai oleh masyarakat tersebut kerana bekerjasama dalam menjayakan majlis kenduri. Tambahan pula, ini adalah disebabkan hubungan akrab yang telah sedia wujud sesama mereka.
Peredaran masa menyebabkan budaya bekerjasama ini jarang dipraktikkan. Kebanyakan masyarakat telah berhijrah ke bandar dan sibuk mengejar kekayaan sehingga lupa akan keakraban masyarakat setempat. Begitu juga dengan koperasi pada hari ini yang tidak sama dengan syarikat kerjasama suatu ketika dulu. Dahulu, syarikat kerjasama diuruskan secara sukarela dan berniaga secara kecil-kecilan tetapi hari ini koperasi telah pun berubah. Koperasi telah banyak menceburi bidang perniagaan berpotensi tinggi sekali gus menjana perolehan yang tinggi. Ini kerana, koperasi perlu mengorak langkah sejajar dengan perubahan persekitaran yang memerlukan transformasi menyeluruh supaya koperasi dapat bersaing. Sehubungan itu, kementerian pula mengatur pelbagai program bagi merangsang pertumbuhan koperasi, antaranya penubuhan koperasi di setiap komuniti. Cogan kata 1Komuniti 1Koperasi (1K1K) dibentuk dan merupakan aspirasi dalam gerakan koperasi
untuk menjadikan koperasi satu gaya hidup yang baru. Manfaat yang diperoleh melalui penubuhan 1K1K dapat membantu mereka menolong diri sendiri serta masyarakat setempat untuk menjana ekonomi bagi meningkatkan pendapatan dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan. Ini adalah bersesuaian dengan hala tuju yang telah ditetapkan di dalam DKN 4 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Julai 2010. Oleh itu, program 1K1K telah dilancarkan pada 2010 tanpa mengambil kira faktor sama ada masyarakat itu miskin, kaya, di kota mahupun di desa bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat menerusi gerakan koperasi sekali gus dapat membasmi kemiskinan dan kepayahan hidup di bandar atau luar bandar. Sebenarnya banyak aktiviti koperasi boleh dijalankan sekiranya anggota masyarakat saling bekerjasama dan berganding bahu. Kumpulan komuniti yang disasarkan melalui penubuhan 1K1K adalah penduduk sebuah kampung, taman perumahan, kondominium, pangsapuri, qariah masjid, persatuan keluarga, kelab, pertubuhan dan perkumpulan wanita dan pekerja.
Sebagai contoh, penubuhan koperasi di taman perumahan. Di antara aktiviti perniagaan yang dapat dijalankan adalah dengan membuka kedai runcit, taska, tadika, kelas tuisyen, perkhidmatan kawalan keselamatan, kedai dobi dan bas sekolah. Di samping itu, bagi menambahkan pendapatan, koperasi juga boleh menyediakan perkhidmatan katering dan khemah, pengurusan jenazah dan salun kecantikan. Bagi komuniti yang menubuhkan koperasi di pangsapuri, aktiviti perniagaan seperti perkhidmatan penyelenggaraan bangunan dan pembersihan merupakan aktiviti yang sesuai dijalankan bagi menjamin keselesaan penduduk setempat. Manakala penubuhan koperasi di luar bandar boleh memberi tumpuan kepada pengusahaan tanah-tanah kosong yang terbiar dengan aktiviti berfaedah, antaranya dengan mengusahakan tanah-tanah terbiar untuk aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit, getah dan tanaman kontan lain. Selain itu, aktiviti perniagaan lain yang boleh dilaksanakan termasuklah menternak ikan atau membuka kedai makan secara kecil-kecilan.
Berikut merupakan contoh aktiviti 1K1K yang dapat dijalankan oleh koperasi:
Koperasi wanita
• Menerapkan konsep bekerja di rumah bagi membolehkan anggota meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi keluarga
• Banyak tertumpu kepada bidang kemahiran dan keperluan golongan wanita khususnya suri rumah
• Antara aktiviti yang dijalankan adalah jahitan, sulaman, tadika, taska, salun, butik, kraftangan, produk makanan dan perkhidmatan sajian makanan
Koperasi keluarga
• Keanggotaannya terdiri daripada ahli keluarga seperti suami, isteri, anak, menantu, adik-beradik, ipar duai sehinggalah cucu cicit dengan syarat telah mencapai usia 18 tahun ke atas
• Koperasi diurus dengan profesional bagi membangunkan perniagaan keluarga di samping mengambil kira kebajikan ahli keluarga termasuk pembiayaan pendidikan, khairat kematian dan insurans kesihatan • Melalui konsep ini, anggota boleh menguruskan
harta pusaka bersama dan membangunkan tanah milik keluarga tanpa perlu di pecah lot Koperasi qariah masjid
• Menerusi koperasi, pihak pengurusan masjid boleh menjalankan aktiviti ekonomi yang boleh menambah tabung kewangan masjid sebagai tambahan dana kepada dana sumbangan qariah masjid
• Antara aktiviti ekonomi yang boleh dijalankan termasuklah perkhidmatan sewa khemah atau pinggan mangkuk, hemodialisis, pengurusan jenazah dan sewa tapak perniagaan
Koperasi kejiranan
• Lebih mementingkan perkhidmatan yang dapat diberikan kepada anggota berbanding keuntungan tinggi
• Menggalakkan penduduk setempat meningkatkan kerjasama dan mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat menerusi aktiviti koperasi
• Kebiasaannya koperasi boleh menyediakan perkhidmatan seperti kawasan keselamatan, penyelenggaraan dan pembersihan serta perkhidmatan bas sekolah untuk kemudahan penduduk
Penubuhan koperasi di dalam komuniti bukan sekadar menjadi penyumbang kepada ekonomi negara tetapi sebagai entiti yang dapat membantu anggota. Pihak SKM sentiasa menggalakkan penubuhan koperasi dalam kalangan masyarakat kerana koperasi mempunyai kekuatan hasil daripada gabungan sumber modal, tenaga dan masa anggota koperasi. Faedah yang boleh diperoleh oleh anggota apabila pendekatan ini berjaya dilakukan ialah faedah dari segi ekonomi seperti dividen, rebat dan pinjaman dengan kadar bayaran perkhidmatan yang rendah. Manakala faedah dari sudut sosial pula, anggota akan dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat, memenuhi keperluan semasa, meningkatkan perpaduan, dan prihatin terhadap alam sekitar. Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad
Salah satu contoh komuniti yang menubuhkan koperasi dan memberi impak positif adalah Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad. Koperasi ini terletak di Pulau Langkawi, Kedah dan telah ditubuhkan pada 2010 dengan bilangan anggota seramai 80 orang. Koperasi ini didaftarkan di bawah fungsi perkhidmatan iaitu menjalankan aktiviti pelancongan, kemudahan rekreasi, kerja-kerja kontrak, perbekalan dan penyelenggaraan. Pada asalnya kehidupan masyarakat di Kampung Kilim hanya bergantung semata-mata kepada hasil tangkapan laut sahaja, namun corak kehidupan mereka berubah setelah penubuhan koperasi. Ianya bermula dengan keunikan Kampung Kilim yang dikaitkan dengan status “Geoforest Park” dan telah diisytiharkan oleh pihak UNESCO pada 2007. Oleh itu Kilim
dikenali sebagai Kilim Karst Geoforest Park iaitu sebuah kawasan formasi batu kapur tertua di Malaysia dengan landskap karst tropika yang menakjubkan, mempunyai monumen geologi yang terpelihara dan kaya dengan fosil. Selain itu, kawasan ini juga dikelilingi oleh hutan bakau, habitat helang, sangkar ikan dan restoran terapung yang menjadi tarikan pelancong asing serta tempatan. Sehubungan itu, penglibatan komuniti Kampung Kilim telah menjadi tunjang utama pembangunan industri pelancongan di sini. Kini, komuniti ini telah menubuhkan koperasi bagi meningkatkan taraf hidup anggota dengan menguruskan jeti Kilim ke Geoforest Park tersebut. Koperasi kini boleh berbangga kerana mampu menguruskan 80 buah bot pelancong dan menawarkan pakej pelancongan menarik dengan mengelilingi Kilim Geoforest Park sekaligus menjana keuntungan tahunan melebihi RM50 ribu setahun. Setakat Jun 2012, sejumlah 106,193 orang pelancong termasuk pelancong asing dan tempatan telah mengunjungi Kilim Geoforest Park. Menariknya, hanya berbekalkan pengalaman sebagai nelayan, ia membolehkan penduduk setempat bertindak sebagai jurumudi dan bekerja dengan koperasi. Sebelum koperasi diwujudkan, purata penduduk Kampung Kilim memperoleh pendapatan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan. Tetapi selepas bekerja dengan koperasi sebagai jurumudi bot, pendapatan mereka melonjak sehingga RM1,800 sebulan. Pendapatan bagi anggota yang memiliki bot pula telah meningkat antara RM2,000 hingga RM10,000 sebulan. Selain aktiviti pelancongan, anggota koperasi juga turut menguruskan kedai menjual makanan dan cenderahati kepada pelancong bagi menambah sumber pendapatan koperasi. Ini merupakan satu kejayaan buat penduduk kampung kerana koperasi telah mampu meningkatkan ekonomi mereka dengan membuka peluang pekerjaan kepada anggota dan penduduk sekitar. Walaupun koperasi ini hanya berusia dua tahun, namun penubuhannya telah membuktikan peranan komuniti yang dapat menyelesaikan masalah sosioekonomi dalam komuniti tersebut.
Kesimpulan
Kesedaran masyarakat terhadap gerakan koperasi di luar negara telah memberi impak positif apabila masyarakat dunia mengiktiraf koperasi sebagai medium yang mampu mengubah kehidupan dengan mengurangkan kadar kemiskinan sekaligus menjadi peneraju ekonomi dunia sebaris dengan sektor yang lain. Di Malaysia, semangat berkoperasi kurang dihayati kerana masyarakat masih tidak sedar akan sumbangan gerakan koperasi terhadap pembangunan sosioekonomi
negara. Oleh itu, transformasi sedang dilakukan oleh kerajaan di mana konsep 1K1K telah pun diperkenalkan untuk mencorakkan gerakan koperasi sebagai satu budaya serta mengubah minda masyarakat tentang kepentingan berkoperasi. Ini merupakan satu inisiatif yang baik sejajar dengan pelaksanaan DKN 2011-2020 yang menyasarkan gerakan koperasi menjadi penyumbang berkesan kepada pembangunan negara menjelang tahun 2020.
Rujukan
Dasar Koperasi Negara 2011-2020. Dicapai pada Februari 15, 2013 dari http://www.skm.gov.my Global 300. Dicapai pada Februari 18, 2013 dari http://www.ica.coop
Hassan Ali. (2012, Mei). Koperasi penjana ekonomi komuniti.
1K1K langkah awal keluar daripada kemiskinan.Dicapai pada Februari 18, 2013 dari http://www.skm.gov.my Masyarakat perlu ubah persepsi terhadap koperasi. Dicapai pada Februari 18, 2013 dari http://www.skm.gov.my Nelayan kampung Kilim urus 80 bot pelancong melalui koperasi. Dicapai pada Februari 21, 2013 dari http://www.
skm.gov.my
Statistik perangkaan koperasi. Dicapai pada Februari 15, 2013 dari http://www.skm.gov.my