• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEMINAR KESEDARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEMINAR KESEDARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK "

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

SEMINAR KESEDARAN

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

LINUS2.0

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA

SELANGOR

TAHUN 2015

Tarikh:

4 November 2015

Tempat:

Dewan Canselor, Universiti Selangor

(Unisel)

Anjuran:

Unit LINUS2.0

(2)
(3)

SEMINAR KESEDARAN

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK LINUS2.0

PPD KUALA SELANGOR 2015

1.0 PENDAHULUAN

Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) , NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (Kohort 1) 2010. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir Tahun 3 kecuali murid berkeperluan khas.

Murid berkeperluan khas atau murid bermasalah dalam pembelajaran kebiasaannya akan terpinggir dan terabai sekiranya tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Justeru, seminar ini diadakan sebagai langkah awal untuk semua yang terlibat dalam perkembangan pembelajaran murid tersebut diberi pendedahan dan kesedaran untuk mengatasi isu tersebut. Terdapat juga program khusus yang diadakan untuk mengenalpasti murid yang mempunyai ciri-ciri bermasalah dalam pembelajaran iaitu Program Outreach LINUS2.0. Bagi Program Outreach LINUS2.0 tahun 2016, murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan/atau konstruk 2 dalam Saringan 2 Tahun 2015 akan disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD). Hasil saringan tersebut, murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas akan dirujuk kepada Pegawai Perubatan dan pasukan khas Program Outreach LINUS2.0 untuk mendapatkan pengesahan status murid tersebut dan seterusnya menempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran mereka.

2.0 RASIONAL

Program yang dianjurkan oleh Sub-Unit NKRA LINUS2.0 PPD Kuala Selangor ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran awal kepada peserta untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak bagi Program LINUS2.0 berjaya dilaksanakan. Kebanyakan peserta adalah mereka yang terlibat secara langsung terhadap pembelajaran dan perkembangan murid dalam Program LINUS2.0. Justeru, seminar ini diharap dapat memberi peserta kesedaran terhadap kepentingan dan isu semasa murid bermasalah pembelajaran disamping untuk mengenali lebih dekat keperluan murid berkenaan dan seterusnya dapat menerapkan budaya pembelajaran yang sewajarnya.

(4)
(5)

3.0 MATLAMAT

 Menyediakan medium perkongsian pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan ahli akademik, profesional dan semua individu yang terlibat dalam dunia pendidikan khas.

 Memberi peluang kepada peserta untuk menerima maklumat berkaitan pendidikan awal kanak-kanak khususnya murid bermasalah dalam pembelajaran.

4.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan kesedaran kepada peserta terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak bagi murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas (MBK).

2. Meningkatkan pengetahuan kepada peserta tentang keberkesanan kurikulum Pendidikan Khas terhadap murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas (MBK).

3. Menyebarluaskan dan memberi pendedahan terhadap keperluan murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas (MBK) dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

4. Menerapkan budaya belajar yang menyeronokkan berdasarkan pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan murid.

5. Memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan isu-isu semasa pendidikan awal kanak-kanak.

5.0 SASARAN

1. Ibu bapa / penjaga kepada murid Tahun 2 yang Tidak Menguasai Konstruk 1 atau Konstruk 2 dalam Saringan 2 Tahun 2015.

2. Guru-guru Pemulihan Khas atau guru-guru yang terlibat dengan Program LINUS2.0.

3. Guru-guru Bimbingan Kaunseling bagi sekolah rendah.

6.0 KPI

6.1 INPUT :

 Kehadiran semua ibu bapa / penjaga kepada murid yang tidak menguasai konstruk 1 atau konstruk 2 dalam Saringan 2 Tahun 2015.

 Kehadiran semua Guru Pemulihan Khas / Penyelaras LINUS2.0 bagi semua sekolah redah dan Guru Bimbingan Kaunseling sekolah terpilih.

6.2 OUTPUT:

 Murid yang tidak menguasai konstruk 1 atau konstruk 2 dalam Saringan 2 Tahun 2015 akan menyertai Program Outreach LINUS2.0 Tahun 2016.

7.0 TEMPAT

(6)

8.0 TARIKH

4 November 2015

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Shashim Shah bin Harun (Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor)

Timbalan Pengerusi : En. Zainal bin Kasim

(Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor) Naib Pengerusi: En. Ahmad Radzi bin Shaari

(Ketua Unit Pengurusan Akademik, PPDKS) Setiausaha : En. Ahmad Fuad bin Husin

(Pegawai FasiLINUS, PPDKS)

Pen. Setiausaha : Cik Rohaizan binti Mohamad Sahid (Pegawai FasiLINUS, PPDKS)

Bendahari : Cik Noor Azura binti Osman (Penolong Akauntan, PPDKS)

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

• PENYELARAS PROGRAM : Encik Ahmad Fuad bin Husin

• URUS SETIA : Cik Rohaizan binti Mohamad Sahid, Puan Nur Aimi Nadia binti Che Abd Halim

• PERSIAPAN TEMPAT : Encik Ahmad Fuad bin Husin, En. Johari bin Jamaludin

• PENDAFTARAN : Puan Noraliza binti Ismail, Cik Rohaizan binti Mohamad Sahid

• MAKAN & MINUM : Puan Maizatul Akma binti Kamaruddin, Puan Nur Aimi Nadia binti Che Abd Halim

• CENDERAHATI : Puan Nur Aimi Nadia binti Che Abd Halim, Puan Noraliza binti Ismail

• LAPORAN : Encik Mohd Johari bin Jamaludin, Encik Mohd Fathudin bin Mohd Aladin

(7)

• BANNER/PAMPLET : Encik Shaiful Anuar bin Nor Aili, Encik Ahmad Fuad bin Husin

• JURUACARA : Encik Hairudin bin Saman

(8)

11.0 PENCERAMAH JEMPUTAN

• Slot 1: Puan Muzalifah binti Mohamad, Penolong Pengarah BPKhas, KPM.

• Slot 2: En. Muhammad Safar bin Abdurahman, Pensyarah / Ketua Program Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Unisel.

• Slot 3: Dr Pakar Keluarga

12.0 JADUAL PROGRAM / TENTATIF

MASA PERKARA

Isu dan Cabaran: Cara Menangani Kanak-Kanak Abad ke-21”

Pensyarah Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Unisel

Oleh: En. Muhammad Safar bin Abdurahman

9:30 – 11:30 pagi

Slot 2:

Kesedaran Awal Pendidikan Murid Bermasalah Pembelajaran”

Oleh: Puan Muzalifah binti Mohamad

11:30 – 12:30 tgr

Slot 3:

Rawatan dan Pemulihan Untuk Murid Bermasalah Pembelajaran”

Oleh:

Pegawai Perubatan FMS

12:30 – 1:00

tgr Majlis Perasmian Penutup

Encik Shashim Shah bin Harun

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor

13.0 IMPLIKASI KEWANGAN

 Perbelanjaan Makan / Minum Peserta

BIL PESERTA BILANGAN PERBELANJA

AN JUMLAH

1 Ibu bapa / penjaga 60 RM8 RM480

2 Guru Pemulihan Khas 70 RM8 RM560

3 Guru Program LINUS2.0 70 RM8 RM560

4 Guru Bimbingan &

Kaunseling 43 RM8 RM344

(9)

6 Wakil setiap PPD 9 RM8 RM72

7 Penceramah 3 RM8 RM24

8 Pegawai PPDKS 30 RM8 RM280

9 Pegawai FasiLINUS 9 RM8 RM72

(10)

 Peruntukan:

Perbelanjaan makan / minum adalah dari sumbangan dari beberapa pihak luar. Antara senarai penyumbang yang dicadangkan ialah Majlis Guru Besar Sekolah Kebangsaan (MGB SK), Majlis Guru Besar SJKC (MGB SJKC) dan Majlis Guru Besar SJKT (MGB SJKC). Sumbangan oleh agensi luar seperti Pusat Zakat Selangor.

 Tajaan Tempat :

Lokasi program adalah tajaan (dengan kerjasama) oleh pihak Universiti Selangor (Unisel), Kampus Bestari Jaya.

14.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BIL PERKARA TEMPOH PELAKSANAAN 1 PENYEDIAAN DRAF KERTAS KERJAPROGRAM 6 JULAI – 28 OGOS 2015

2 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DAN KELULUSAN PROGRAM 1 SEPT – 18 SEPT 2015

3 PERSIAPAN PROGRAM DAN URUS SETIA 21 SEPT – 30 OKT 2015

4 PERSIAPAN TEMPAT 2 – 3 NOV 2015

5 PELAKSANAAN PROGRAM 4 NOV 2015

6 POST MORTEM DAN PELAPORAN PROGRAM 16 – 27 NOV 2015

7 KAJIAN IMPAK PROGRAM 1 MAC – 30 MEI 2016

Disediakan oleh:

(AHMAD FUAD BIN HUSIN) Pegawai FasiLINUS

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor Tarikh:

KERTAS KERJA INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI*

(ZAINAL BIN KASIM)

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor Tarikh:

Referensi

Dokumen terkait

1) Dengan mengadakan strategi pemasaran yang berorientasi pada selera konssumen Warnet Wisnu maka dapat dipastikan Warnet Wisnu akan mendapatkan pelanggan yang loyal

Beberapa ketentuan dalam Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 15 Tahun 2008 Tentang Pedoman Umum Pelaksanaan Pengarusutamaan Gender Di Daerah diubah sebagai berikut:..

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh penambahan jumlah probiotik yang berbeda yang berasal dari usus lele terhadap efisiensi pemanfaatan pakan, pertumbuhan

status kekebalan anak-anak di berbagai daerah di Indonesia mempunyai gambaran yang serupa, yakni, dengan bertambahnya umur anak, jumlah yang kebal terhadap ketiga tipe

Kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam penyusunan skripsi ini baik secara langsung maupun tidak langsung yang tidak dapat kami sebutkan satu-persatu.. Kami selaku

Jumlah klorofil tertinggi terdapat pada perlakuan tanaman kelapa sawit yang ditumbuhkan tanpa Ganoderma dan dengan bakteri S. Pengujian aktivitas enzim; (A)

17 Hasil Observasi di SMPLB-YPPC Labui Banda Aceh pada tanggal 20 April 2018.. itu juga, guru juga harus menyeimbangi siswa agar proses pembalajarannya menjadi lebih

Vol.. Sedang yang tak berpenghuni adalah 9 rumah. Hal ini karena mereka telah memiliki rumah di luar Kampung Naga. Tetapi para keturunan Kampung Naga yang tinggal di luar,