• Tidak ada hasil yang ditemukan

PET KAJIAN IDENTITI KORPORAT KEDAI HAIWAN AMAZING. Victoria Ngi~ng Siaw Hung

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PET KAJIAN IDENTITI KORPORAT KEDAI HAIWAN AMAZING. Victoria Ngi~ng Siaw Hung"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN IDENTITI KORPORAT KEDAI HAIWAN

AMAZING

PET

Victoria

Ngi~ng

Siaw Hung

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

HD

59.2

(Teknologi Senireka)

8576

2007

(2)

b \\'\

'0

P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

UNIMAS

1111111111111111111111111111

1000166886

KAJlAN IDENTITI KORPORAT KEDAI HAIWAN

AMAZING PET

VICTORIA NGIENG SlAW HUNG

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Senireka Grafik)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

(3)

I

UNIVERSITI MALAYSIA SARAW AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISI LAPORAN

JUDUL: KAJIAN IDENTITI KORPORAT KEDAI HAIWAN AMAZING PET SESI PENGAJIAN: SESI 2004/2007

Saya VICTORIA NGIENG SlAW HUNG

rnengaku rnernbenarkan tesisl Laporan

*

ini disirnpan di Pusat Khidrnat Maklurnat Akadernik, Universitu Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesisl Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidrnat Maklurnat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan rnernbuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidrnat Maklurnat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan rnernbuat pendigitan untuk rnernbangunkan Pangkalan Data Kandungan Ternpatan 4. Pusat Khidrnat Maklurnat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

rnernbuat salinan tesisl Laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5.

*

sila tandakan [;if (mengandungi malumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti SULIT termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMII972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana ..f TIDAK TERHAD

penyelidikan dijalankan)

Disahkan

~d~vwe4~1

Tandatangan Penulis Ta'ndatangan 'Fenyelia

Tarikh: 'f

I

sfl.-dOl

Tarikh:

i(,

<; .

d

007.

Alarnat Tetap:

No: 52 Jalan Bayu, 95000, Sri Arnan , Sarawak

Catatan: * Tesisl Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Jjazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesisl Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisi laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

(4)

Projek bertajuk 'Kajian Identiti korporat Kedai Haiwan Amazing Pet' telah disediakan oleh Victoria Ngieng Siaw Hung dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Teknologi Senireka Grafik.

Diterima untuk diperiksa oleh:

ing Jussem

t( . ('.

)--em}

Tarikh:

(5)

PENGHARGAAN

Sepanjang masa saya menjalankan penyelidikan ini, pelbagai pihak telah membantu dan memberi nasihat dalam banyak aspek. Mula-mula, saya ingin mengucapkan setinggi­ tinggi terima kasih kepada ibu dan bapa serta keluarga saya, kakak, adik, serta kawan­ kawan karib yang telah banyak memberi dorongan, nasihat serta keperluan-keperluan tertentu dalam membantu saya menjayakan Projek Tahun Akhir Senireka Grafik iaitu Kajian Identiti Korporat Kedai Haiwan Amazing Pet.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia pertama saya iaitu En. -1

Sylvester Wielding Jussem dan penyelia kedua Pn. Siti Shukhaila Binti Shaharuddin yang telah banyak memberikan keIjasama serta tunjuk ajar dan sanggup meluangkan masa terutamanya dalam tempoh proses penyelidikan dijalankan.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada para pensyarah Program Teknologi Seni Reka Grafik iaitu En. Mastika Bin Hj. Lamat, Cik Salmiah Binti Abdul Hamid, dan Prof. Madya Ahmad Khiri Mohd. Zain yang sentiasa memberi tunjuk ajar terutama pada waktu kuliah. Terima kasih diucapkan dan jasa kalian akan dikenang hingga akhir hayat.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi­ tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan serta mencurahkan jasa bakti seikhlas mungkin dalam membantu saya bagi menyiapkan penyelidikan ini dengan jayanya.

(6)

."llSa[ Khiamal Maktumat Akaaeml...

UNIVER. In ~ALAYSTA SARAWAY­ I . I I, r , r '. ',,'1 ·'"lPf1U',-Ul

KANDUNGAN

MUKASURAT

Borang Pengesahan Perakuan Pelaj ar ii Penghargaan iii BAB 1 (Pendahuluan) 1.0 Pengenalan 1-7 1.1 Definisi 1.1.1 Identiti Korporat 8-9 1.2 Pernyataan Masalah 10 1.3 Objektif Penyelidikan 11 1.4 Skop Penyelidikan 12 1.5 Hipotesis 13

BAB 2 (Metodologi Penyelidikan)

2.0 Kaedah Sekunder 2.0.1 Kajian Lepas 14-16 2.0.2 Rujukan 16 2.0.3 Internet 17 2.1 Kaedah Primer 2.1.1 Soal Selidik 17 2.1.2 Pemerhatian 17-18

(7)

BAB 3 (Hasil Dapatan Kajian)

3.0 Pengenalan

3.0.1 Graf Analisis

BAB 4 (Perbincangan dan Cadangan)

4.0 Pengenalan

4.1 Misi

4.1.1 Visi

4.1.2 Objektif Syarikat 4.1.3 Sasaran Pengguna 4.2 U.S.P 'Unique Selling Proposition'

4.3 S.W.O.T Analisis 4.3.1 Kekuatan 4.3.2 Kelemahan 4.3.3 Peluang Prod uk 4.3.4 Persaingan 4.4 Cadangan 4.5 Identiti Korporat 4.6 Peletakan 4.6.1 Strategi Komunikasi BAB 5 (Kesimpulan)

umber Rujukan (Bibliography) Lampiran A (Borang Soal Selidik)

19 20-39 30 30 30 30 31 31 31 31-32 32 32 32 33-37 37-39 40 41-45

(8)
(9)

...

ABSTRAK

Kajian penyelidikan ini membincangkan tentang identiti korporat dalam mewujudkan

sebuah pusat haiwan peliharaan di Kuching. Pusat haiwan peliharaan ini akan

menonjolkan konsepnya yang tersendiri iaitu semula jadi dan kontemporari. Kewujudan

pusat ini mampu memberi kelainan pada identiti korporat yang sedia ada dengan menerapkan elemen-elemen identiti korporat, grafik serta gabungan elemen-elemen

moden terhadap persekitaran terse but. Dengan keunikan yang dimiliki, maka tidak mustahil pusat haiwan peliharaan mampu menjadi tumpuan utama para pembeli dan pelawat.

(10)

ABSTRACT

'Exoticpet' shop sells exotic animals. The focus of this project is on the corporate

identity of exotic pet shop. New ideas on corporate identity design will be implemented

through the application of contemporary design concept by introducing the natural

elements of flora and fauna and the jungle environment. The uniqueness of the exotic

pet shop will be able to attract the visitors and customers.

(11)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Latar belakang kedai haiwan peliharaan bermula pada abad ke 18 dan 19 apabila Amerika telah menerima kebebasan dari Negara England. Bagi rakyat Amerika, mereka menganggap bahawa nilai moral adalah sarna penting dengan undang-undang yang berkaitan dengan penjagaan haiwan.

'Humphrey Primatt in ' pernah mengarang sebuah artikel tentang tanggungjawab

menjaga haiwan. Beliau menentang perbuatan ganas terhadap haiwan. 01eh demikian, pada tahun 1776, beliau telah membangkit isu tersebut dan menulis sebuah artikel tentang kepentingan sikap mengambil berat terhadap haiwan-haiwan. Beliau juga berkata bahawa " Tiada seorang boleh melakukan keganasan terhadap haiwan, adakah mereka mengambil berat terhadap haiwan adalah kerana dipaksa oleh masyarakat supaya berbuat begitu atau keinginan mereka sendiri untuk melakukannya?" ("See that

no brute of any kind ... whether intrusted to thy care, or coming in thy way, suffer thy

neglect or abuse '')

'Jeremy Bentham " salah seorang peguam di England yang juga merupakan satu­

satunya peguam yang telah menggariskan panduan tentang undang-undang penjagaan dan keselamatan haiwan. Sikap dan prinsip beliau telah dikaji dengan teliti oleh orang rarnai. Oleh itu, terdapat segolongan rakyat telah memberikan cadangan tentang penjagaan haiwan. Beliau membentangkan bahawa haiwan sepatutnya dilindungi di bawah sebarang peraturan. Hal ini kerana, pad a masa dahulu terdapat falsafah dalam bi rig penguaman yang tidak mempunyai perasaan minat terhadap haiwan.

(12)

Oleh demikian, tahap kepentingan haiwan dikurangkan, maka tidak sesual disenaraikan dalam undang-undang perlindungan. Beliau berpendapat bahawa setiap benda hid up yang terseksa dan diseksa mempunyai hak untuk dilindungi oleh undang­ undang termasuklah haiwan.

Perlindungan undang-undang ini telah disahkan dan seterusnya diikuti dengan perubahan pendapat orang England. Pada tahun 15 Mei 1809, 'Lord Erskine' telah

menyokong 'Bentham' dalam sebuah mesyuarat tentang perlindungan haiwan. 'Lord

Erskine' mengatakan bahawa haiwan adalah untuk dilindungi dan bukannya ditindas.

Lebih kurang 13 tahun kemudian, 'Richard Martin' membangkitkan isu tersebut

semula. Pada tahun 10 Jun 1822, beliau telah berjaya menggubal satu undang-undang yang bemama 'Dick Martin 's Act' bagi melindungi haiwan daripada sebarang

penderaan dan keganasan. Perjuagan, ' Humphrey Primatt in, Jeremy Bentham, Lord

Erskine, dan Richard Martin' telah memberikan dorongan kepada rakyat masyarakat kini untuk menjaga mementingkan haiwan, maka wujudnya kedai-kedai haiwan peliharaan.

Istilah kedai haiwan peliharaan adalah tempat menjual pelbagai haiwan serta membekalkan barangan-barangan keperluan haiwan. "Pet" bermaksud haiwan

kesayangan dan sebagai hiburan serta sebagai teman atau perkawanan .

Kedai-kedai haiwan peliharaan dibuka untuk memenuhi keperluan haiwan peliharaan. Salah satu keperluan yang disediakan oleh kedai haiwan peliharaan adalah

ID Lebel haiwan. 10 Lebel haiwan peliharaan bertujuan mengesahkan identiti dan melindungi haiwan peliharaan daripada sebarang kecemasan dan kehilangan. 10 Lebel haiwan peiiharaan mengandungi maklumat seperti nombor telefon dan alamat penjaga.

(13)

I

[,I

I,

Penjaga yang mengambil berat terhadap haiwan peliharaan mereka biasanya memberikan ID Lebel haiwan peliharaan.

Baiwan peliharaan juga dianggap sebagai ahli keluarga bagi penjaga mereka. Oleh demikian, sebagai sebuah kedai haiwan peliharaan memainkan peranan yang penting bagi menyediakan perkhidmatan dan keperluan yang diperlukan oleh penjaga haiwan peJiharaan. Namun demikian, memasarkan haiwan seperti kucing, anjing, burung, ikan, kura-kura dan lain-lain lagi juga disediakan. Kedai haiwan peliharaan telah menyediakan makanan kesihatan, permainan serta keperluan lain untuk kegunaan haiwan peliharaan.

Di samping itu, kedai haiwan peliharaan merupakan sumber penyediaan barang keperluan haiwan peliharaan. Seperti katil haiwan, pinggan, baju, tali pinggang, alat-alat latihan haiwan dan sebagainya. Selain itu, kedai haiwan peliharaan juga menyediakan barang-barang tambahan seperti barang perabot dan produk kesihatan. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan akan menyediakan laman web masing-masing bagi memudahkan pelanggan memperoleh maklumat yang lebih lanjut ten tang perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.

Namun demikian, pemberian rumah perlindungan kepada haiwan juga perlu menganlbil berat tentang kesesuaian dan keselamatan haiwan peliharaan. Justeru, kedai haiwan peliharaan juga menyediakan jenis'makanan seperti jenama 'Purina, Eukanuba, Alpo, Whiskas, Ferplast', dan lain-lain bagi menjamin kesihatan haiwan peliharaan. Terdapat beberapa buah kedai haiwan yang terkenal iaitu 'Golden Resources Shopping Mall, Fin & Feather, Animal Hotel dan lain-lain'.

(14)

Salah sebuah kedai haiwan peliharaan yang terkenal adalah kedai haiwan peliharaan di Golden Resources Shopping Mall di Beijing, China. Kedai tersebut

merupakan sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan membersih, merawat serta menjaga haiwan peliharaan sewaktu pemilik sibuk membeli-belah. Khidmat yang ditawarkan itu memberi peluang kepada pemilik haiwan peliharaan daripada go long an kaya di Beijing untuk bersantai dan memilih barangan tanpa gangguan. Pada masa yang sarna, baiwan kesayangan mereka akan dibelai dan dirawat oleh pakar-pakar penjagaan haiwan di pusat itu. Golden Resouces yang sentiasa diterangi lampu-Iampu neon dan

terletak di kawasan peru mahan mewah di luar Jalan Lingkaran Ketiga di Beijing, kini semakin memikat hati golongan kaya.

Bukan hanya manusia, malah haiwan juga mendapat layanan kelas pertama seperti di Animal Hotel, yang menyediakan penginapan berhawa dingin, lengkap dengan

spa seperti urut, terapi hidro, Jacuzzi dan mandian aroma. Hotel yang dilancarkan pada 1998 di pekarangan MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang itu merupakan satu daripada tiga hotel haiwan bertaraf en am bintang di dunia. Belaian manja, suasana nyaman dan persekitaran yang bersih dengan susunan bilik penginapan teratur mengikut kategori, seperti haiwan domestik, reptilianiserangga, peliharaan domestik dan burung, menyerlahkan keistimewaan hotel itu.

Pada tahun 2004, hotel haiwan itll menjadi pusat sehenti atau 'one-stop centre' untuk pelbagai aktiviti seperti import eksport dan transit haiwan pelbagai jenis, daripada haiwanjinak: seperti kuda hinggalahjerung. Tetapi kini, sesuai dengan statusnya sebagai peneraju pa aran dalam bidang itu, Animal Hotel mempertingkatkan perkhidmatannya bagi menjamin kestabilan dan keselesaan haiwan yang ditempatkan di situ. Misalnya, ti lapangan kecil disediakan bagi kuda, sekali gus memberikan ruang cukup selesa

(15)

,...

untuk haiwan meragut rumput hijau sambil merehatkan kaki, sarna ada sebelum atau selepas penerbangan.

'Animal Hotel ini memang unik dan begitu istimewa," kata Pengurus Besar

Kanan (Kargo) Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk 11 Ong, pada satu majlis pelancaran wajah baru MASkargo Animal Hotel, baru-baru ini. "Hotel haiwan kami yang menawarkan pelbagai kemudahan menepati citarasa semua pihak. "Animal hotel"

ini merupakan hasil komitmen MASkargo untuk memberikan perkhidmatan dan kemudahan cemerlang. Kami patut memberikan tumpuan terhadap usaha dan objektif utama kami untuk muncul sebagai pusat yang memberikan perkhidmatan dan kemudahan bertaraf dunia," katanya, sambil menegaskan bahawa, pihaknya akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan." MASkargo percaya bahawa hotel haiwan itu yang mampu memberikan layanan kelas pertama terhadap haiwan peliharaan pada masa ini dan akhimya akan menjadi pilihan utama bagi pencinta haiwan di Negara ini.

Kedai haiwan peliharaan 'Fin & Feather' memulakan pemiagaannya pada tahun

1968 oleh 'Pat & John Smith '. Mereka membela burung kakak tua khas untuk

pertunjukan di rumah mereka dan menjual beberapa ekor burung tersebut kepada kedai haiwan peliharaan tempatan. Pada 5 Disember, 1968 mereka telah membeli sebuah kedai yang terletak di 'Empire Wok '. Pad a tahun pertama adalah sukar bagi mereka,

namun oleh sebab dedikasi mereka terhadap khidmat pelanggan serta kerajinan mengendalikan pemiagaan maka mereka membuka kedai kedua di 'Wetter/yo R.I' pada

tahun 1970.

5

(16)

Pada tahun 1973, mereka membuka sebuah lagi kedai di seberang tempat meletak kereta yang khusus menjual anak anjing, kucing dan barang-barang kecantikan haiwan. Akhimya pada tahun 1980, mereka mengabungkan kedua-dua kedai tersebut menjadi sebuah kedai haiwan peliharaan yang lengkap berukuran 3000 kaki. Namun demikian mereka terus meluaskan kedai mereka sehingga kepada 6100 kaki dan tahun 2002 kepada 11,000 kaki menjadikan kedai yang terbesar di 'Connecticut '.

'Eagle Territorial Agency (s) Pte Ltd memulakan pemiagaannya pada Jun 1994

untuk memasarkan makanan premium haiwan peliharaan 'EAGLE PACK' di Asia.

Jenama-jenama yang terkenal adalah seperti berikut:

'Divine '-makanan basah 'premium' haiwan peliharaan

'Eagle '-makanan kering dan basah 'super premium' haiwan peliharaan

'Ferplast '-produk dan aksesori haiwan peliharaan

'Olio Vivo Active '-makanan pelengkap berkualiti

'Pet Esthe '-produk binatang kecantikan kot

Pemiagaan ini dimulakan dengan hanya tiga orang pekerja dan sebuah

kenderaan untuk penghantaran disewa di sebuah gudang di Singapura untuk mengimport dan mengedarkan produk-produk. Terdapat beberapa pengedar produk haiwan peliharaan luar negara mendapat tahu perkembangan dan kemajuan syarikat

.

serta menawarkan produk yang berkaitan untuk dipasarkan di Singapura dan kawasan serantau.

Kini, dasar fikiran mereka menjual lebih daripada tiga puluh produk haiwan

peliharaan terkenal, mempunyai lapan belas pekerja dan enam kenderaan untuk menguruskan industri haiwan peliharaan di Asia. Pada tahun 2002 mereka berjaya

m embusi pasaran China dan pemiagaan dimulakan pada tahun 2003.

(17)

EAGLE TERRITORIAL AGENCY(S) PTE LTD mengambil bahagian dalam

pertunjukan haiwan peliharaan dan pameran di rantau Asia. Syarikat ini sedang berkembang dan mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti serta mendedahkan komuniti tentang pemeliharaan haiwan.

Pemeliharaan haiwan menjadi semakin terkenal dalam kalangan masyarakat masa kini. Justeru, pemeliharaan haiwan juga merupakan salah satu hobi kepada orang ramai. Dengan adanya permintaan terhadap hobi memelihara haiwan, maka wujudnya kedai haiwan peliharaan. Namun demikian, kedai haiwan peliharaan di kuching kurang dikunjungi oleh pelanggan jika dibandingkan dengan kedai haiwan peliharaan di luar Negara.

Untuk memastikan masalah-masalah yang wujud ini, penyelidik menjalankan kajian ke atas kedai Amazing Pet di Tabuan Heights kuching. Di sam ping itu, bagi

pengumpuJan maklumat yang lebih banyak, maka beberapa kedai haiwan turut diikuti:

• Kuching Pet Centre, Central Park

• Aqua Pet Graceland Co, Penrissen Road

The Animal Kingdom, Pending Shop

Kajian tersebut dapat membantu penyelidik memperolehi sedikit sebanyak maklumat yang lebih tepat dan mendalam tentang identiti korporat kedai haiwan peliharaan di Kuching.

(18)

,...

1.1 Definisi

1.1.1 Identiti Korporat

Identiti merupakan pengenalan diri atau ciri-ciri sifat yang terdapat pada seseorang atau sesuatu sebagai penerangan keseluruhan bagi memperkenalkan atau perbezaan dengan yang lain. Manakala korporat bermaksud sesebuah syarikat atau perbadanan. Korporat akan dapat diwujudkan melalui pertubuhan dalam sesuatu organisasi.

Identiti korporat adalah manifestasi elemen-elemen dan simbol visual yang merangkumi simbol, logo, produk, perkhidmatan dan periklanan dalam mewujudkan dan menggambarkan imej organisasi baru kepada umum. Penggunaan identiti korporat secara komunikasi visual oleh organisasi baru adalah satu cara untuk mencapai dan menyampaikan kepada umum tentang objektif.

Identiti korporat memainkan peranan penting bagi sesebuah organisasi baru untuk memantapkan diri dalam membentuk organisasi yang dapat menyakinkan orang awan. Selain daripada itu, ldentiti korporat juga membantu sesebuah organisasi baru memasarkan produk dan menjamin kualiti perkhidmatan kepada pengguna melalui media periklanan yang digunakan untuk menarik perhatian awam.

Di samping itu, Identiti korporat juga dapat membantu organisasi baru menentukan kedudukan atau wama, logo serta penggunaan taipo yang sesuai. Elemen­ elemen visual ini diaplikasikan penggunaannya pada kad pemiagaan, pakaian sera gam, tumpuan pada produk, pengangkutan dan periklanan.

Bagaimanakah menciptakan suatu identiti korporat yang kuat? Jelas tentang jenis pemiagaan yang dijalankan dan benda yang dijual.(ldentiti sukar dicipta sekiranya dirian syarikat tidak jelas.) Identiti yang unik boleh dicipta namun syarikat akan

8

(19)

mengalami kegagalan sekiranya tidak mempunyai wawasan atau arah tuju. Sekiranya pendirian syarikat tidak diketahui, cara terbaik adalah melalui "Brainstorm" dan menjalankan penyelidikan yang banyak" untuk mendapatkan imej.

Justeru, Identiti haruslah konsisten , jelas, ringkas serta komunikasi yang mudah. Tujuannya adalah untuk memperoleh imej yang akan tersemai di dalam minda kalangan masyarakat. Identiti haruslah konsisten untuk memperoleh gaya di samping mencegah kekeliruan di kalangan pend en gar. Identiti secara keseluruhannya adalah mengenai cara kita memperkenalkan sesuatu perniagaan dari satu logo kepada sistem visual.

(20)

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam pemyataan masalah, cadangan penyelidikan ini menfokuskan kepada identiti korporat kedai haiwan peliharaan di Kuching. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan di Kuching mengabaikan penggunaan ciri-ciri identiti korporat. Pengabaian

ini termasuklah elemen-elemen identiti korporat seperti logo dan logotaip, wama (bangunan, pakaian), taipografi, elemen grafik, promosi, dan produk.

Promosi pengiklanan yang terhad dan lemah menyebabkan kedai-kedai haiwan peliharaan di Kuching menjadi kurang terkenal. Usaha mempromosikan kedai-kedai haiwan peliharaan adalah sangat kurang dan tidak ketara.

Di samping itu, pekhidmatan yang terhad . Penyediaan perkhidmatan yang terhad seperti pet food delivery, pet spa, pet boarding sudah biasa dan ketinggalan oleh

arus perubahan semasa. Oleh itu, perkhidmatan yang disediakan tidak dapat lagi memenuhi kehendak pelanggan sekarang.

(21)

1.3 Objektif Penyelidikan

Setiap institu i yang didirikan mempunyai objektifnya tersendiri. Begitu juga dalam membina sebuah pusat. Objektif dapat melambangkan keperibadian identiti korporat organisasi itu sendiri. Masyarakat akan membuat andaian melalui identiti korporat tersebut. Oleh itu, sebelum mewujudkan sebuah kedia haiwan peliharaan, penyelidik telah mengenal pasti objektif, visi dan misi daripada kedai-kedai lain sebagai rujukan atau kajian kes. Antara objektif kajian penyelidik ialah:

• Mengkaji dan men genal pasti proses-proses penting dalam mewujudkan identiti korporat kedai haiwan peliharaan di Kuching

• Mencadangkan kaedah-kaedah yang sesuai sebagai pendekatan utama bagi memantapkan elemen-elemen identiti korporat dalam kedai-kedai haiwan peliharaan di kuching

• Mewujudkan identiti korporat sebuah kedai haiwan eksotik yang berkonsepkan semula jadi dan kontemporari dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik serta kepuasaan maksimum untuk pelanggan.

11

(22)

1.4 Skop Penyelidikan

Kajian ini lebih memberikan tumpuan kepada identiti korporat, perkhidmatan

serta melibatkan promosi dalam pemiagaan bagi kedai haiwan peliharaan. Kajian yang

saya buat ini, walaupun lebih memberikan penekanan kepada identiti korporat, namun

kepentingan elemen-elemen grafik seperti penggunaan wama, taipografi, reka letak, dan

lain-lain turnt menjadi sebahagian daripada kajian pengkaji. Selain itu, pemilihan

promosi yang bersesuaian akan menjadi strategi memujuk pengguna sedia ada untuk

terus setia dan sekaligus menambah bilangan pengguna banl. Carta di bawah merujuk

kepada perkara-perkara yang terkandung dalam skop kajian:

Kajian Identiti Korporat Kedai Haiwan Peliharaan Di Kuching

Reka Bentuk Kedai

Elemen Identiti Korporat (logo)

Promosi Pembungkusan Pakaian Seragam

( )

1. "Art Direction" Dalam Fotografi atau llustrasi.

2. Penggunaan Wama.

3. Taipografi.

4.' Reka letak.

5. Reka bentuk kedai.

(23)

1.5 Hipotesis

Kajian yang terhadap kedai-kedai haiwan peliharaan di sekitar Kuching. Kajian dilakukan untuk mengkaji kelemahan kedai yang sedia ada dan masalah yang dihadapi

dalarn memajukan kedai haiwan peliharaan.

Kajian yang dibuat terhadap kedai-kedai haiwan peliharaaan di Kuching seperti

Amazing Pet, Golden Fish Aquarium & Pets Accessories SDN . BHD, Kuching Pet

Centre, The Animal Kingdom, Pet Care World, Aqua Pet Graceland Co, Tung Young Aquarium dan banyak lagi. Kajian ini bertujuan untuk melihat potensi dan reaksi orang

rarnai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.

Setelah mengkaji beberapa elemen yang berkaitan dengan kedai-kedai haiwan

peliharaan yang sedia ada, maka penyelidik dapat mengenal pasti permasalahan dan kelemahan yang dihadapi oleh mereka.

Sebuah pusat haiwan peliharaan dijangka akan diwujudkan oleh penyelidik. pusat tersebut merupakan sebuah pusat haiwan peliharaan berkonsepkan semula jadi

dan kontemporari di Kuching. Selain itu elemen-elemen identiti korporat akan diaplikasikan dengan sepenuhoya bagi membolehkan orang ramai mendapat tanggapan pertarna yang empurna selepas mengunjungi dan menikmati barangan haiwan di

dalarn pusat tersebut.

(24)

BAB2

METODOLOGI PENYELIDlKAN

Dalam bab ini, akan diterangkan satu persatu tentang kaedah yang digunakan untuk memperolehi maklumat dalam menyaipkan kajian ilmiah ini. Pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu kaedah sekunder dan kaedah primer. Melalui kaedah selrunder ialah kajian lepas, rujukan buku, risalah, majalah, artikel surat khabar, dan internet. Sementara kaedah kedua iaitu kaedah primer, maklumat yang dimuatkan ke dalam kajian ini telah dipeolehi berdasarkan temuramah dan pengedaran borang soal selidik serta pemerhatian.

2.0 Kaedah Sekunder

2.0.1 Kajian Lepas (Literature Review)

Selain itu menurut Veronica Napoles (1988) dalam buku Corporate Identity Design "The symbol reflects the company's Identity help to mold its image in a positive way." Dapat disimpulkan bahawa identiti korporat pada masa kini memainkan peranan yang penting kerana elemen identiti korporat seperti simbol akan berkomunikasi dengan audien.

Manakala dalam buku Contemporary Advertising oleh William F. Arens (2002), "At the beginning of twentieth century, Albert Lasker, who today is generally regarded as the father of modern advertising, owned a prominent advertising agency, Lord & Thomas (the predecessor of Foote, Cone & Belding, one of AT&T's current ad agencies). At time, he defined advertising as "salesmanship in print, driver by a reason

". But long before the advent ofradio, television, or the internet. " Daripada petikan

Referensi

Dokumen terkait

adalah silabus dan RPP yang digunakan guru pada pembelajaran bahasa Indonesia. khusus aspek menulis yang meliputi keterampilan bahasa

Tingkat Kekuatan El Nino dengan Intensitas Kuat (1997/1998) memperlihatkan curah hujan di seluruh wilayah Bali mengalami penurunan dari biasanya dengan sifat hujan

Obligasi atau bond&#34; adalah surat utang  jangka panjang yang dikeluarkan oleh peminjam&#34; dengan kewajiban untuk membayar kepada  bond holder &amp;pemegang obligasi' sejumlah

Pemanfaatan daun dari black mulberry, maka dari itu, dengan melakukan suatu percobaan perbandingan air dengan daun teh dalam proses ektraksi apakah akan memberikan pengaruh

Maka tidak terdapat perbedaan kinerja perusahaan perbankan sebelum dan sesudah berlakunya Undang-Undang No.36 Tahun 2008 berdasarkan NPM sehingga hasil pengujian

hubungannya, selanjutnya disimpulkan tentang kualitas pekerjaan dinding batako, bata ringan, pemasangan kusen pintu dan jendela, bronjong, konstruksi aluminium dan baja ringan

Salah satu tesis yang dihasilkan Powers dari studinya mengatakan bahwa masyarakat muslim saat ini sebenarnya tidak memiliki pembacaan dan pemahaman yang tepat atas beberapa

Setelah mendaftarkan proposal maka mahasiswa dapat memulai proses bimbingan dan ketika proposal mereka sudah dianggap siap oleh dosen pembimbing untuk mengikuti