• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul Perdagangan Ting 4 2012 Jpn_blogspot

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul Perdagangan Ting 4 2012 Jpn_blogspot"

Copied!
98
0
0

Teks penuh

(1)

Modul

Perdagangan

Tingkatan 4

Edisi 2012

oleh Pn. Maggie Low

(2)

mlpl/smjkpt

Page 1

ASAS KEPADA PERDAGANGAN

Faktor-Faktor Pengeluaran  Tanah  Buruh  Modal  Usahawan Pengkhususan Jenis Pengkhususan  Mengikut profesion  Mengikut proses  Mengikut kawasan  Antarabangsa Pengeluaran Perusahaan Khidmat Langsung Perdagangan  Aktiviti untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan yang memuaskan keperluan dan kehendak manusia. Ekstraktif Perkilangan Pembinaan Perniagaan Bantuan Perniagaan Sistem Barter Kelebihan Sistem Barter  Barang diperoleh secara terus  Tidak melibatkan wang  Tidak memerlukan orang tengah Kekurangan Sistem Barter  Tiada kemahuan serentak  Kesukaran pembahagian barang kepada unit yang lebih kecil  Kesukaran menentukan nilai pertukaran  Masalah membawa barang

 Barang tidak tahan lama Keperluan & Kehendak Manusia Keperluan  Sesuatu yang mesti ada untuk hidup.  Tetap dan terhad.  Mudah dipuaskan.  Contoh: makanan, tempat tinggal dan pakaian. Kehendak  Tidak semestinya ada untuk hidup.  Pelbagai dan tidak terhad.  Susah dipuaskan.  Contoh: rumah banglo, kereta mewah, peti sejuk dan televisyen

Bab 1 - Asas Kepada Perdagangan

Peta Minda

Sempurna Kendiri Penghargaan Diri Kasih Sayang Keselamatan Asas

(3)

mlpl/smjkpt

Page 2

Nota Ringkas

1.1 Keperluan dan Kehendak Manusia

Keperluan Ciri yang dibezakan Kehendak

Wajib ada untuk hidup Kepentingan Tidak semestinya ada Dipenuhi terlebih dahulu Urutan memenuhi Dipenuhi kemudian

Untuk terus hidup Tujuan Untuk keselesaan dan kepuasan Tiada pilihan dan sama untuk semua

(jika memerlukan, seseorang tak pilih)

Pilihan Banyak pilihan dan tidak sama (Tiada batasan)

Makanan, pakaian, tempat tinggal Contoh Makanan sedap, pakaian berjenama, tempat tinggal mewah

1. Keperluan manusia adalah sesuatu yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk terus hidup. 2. Terdapat 2 jenis keperluan manusia.

a) Keperluan asas

Adalah keperluan yang harus dipenuhi untuk terus hidup. Contohnya :- makanan, pakaian dan tempat tinggal. b) Keperluan lain

Adalah keperluan lain untuk hidup dengan lebih selesa dan sempurna. Contohnya:- pendidikan, perubatan, pengangkutan, elektrik dan lain-lain.

3. Kehendak manusia pula adalah pelengkap atau lanjutan kepada keperluan manusia. Kehendak ini bukan untuk terus hidup tetapi untuk hidup lebih selesa, mewah dan senang.

4. Kehendak-kehendak manusia tidak mempunyai batasan dan sukar dipuaskan. Sebaik kehendak lama dipenuhi, timbul pula kehendak yang lama.

5. Terdapat 2 jenis kehendak manusia. a) Kehendak terhadap barang

Contohnya :- televisyen, telefon bimbit, pendingin udara dan lain-lain. b) Kehendak terhadap perkhidmatan

Contohnya :- hiburan, melancong, ahli kelab eksklusif dan lain-lain.

6. Mengikut ahli sosiologi, Abraham Maslow, keperluan manusia boleh dijelaskan melalui Hierarki

Keperluan Manusia iaitu keperluan manusia boleh dibahagikan kepada 3 tahap atau keutamaan.

Sempurna Keperluan Kendiri Rohani Penghargaan Diri Keperluan Sosial Kasih Sayang Keselamatan Keperluan Fisiologi Asas Rajah 1.1 - Model Hierarki Keperluan Maslow

7. Hierarki Keperluan Maslow boleh dibahagikan kepada 3 tahap iaitu a) Keperluan Fisiologi

Terdiri daripada keperluan yang paling asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu oleh manusia sebelum keperluan lain dipenuhi. Contohnya :- makanan, pakaian, tempat tinggal.

Keperluan keselamatan juga merupakan sebahagian daripada keperluan fisiologi untuk bebas dari segala ancaman bahaya seperti jenayah, peperangan dan rusuhan.

b) Keperluan Sosial

Meliputi keperluan kasih sayang dan penghargaan diri. Keperluan kasih sayang ialah keperluan terhadap persahabatan, kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Keperluan penghargaan diri pula diperlukan supaya mendapat penghormatan dan disanjungi oleh masyarakat.

(4)

mlpl/smjkpt

Page 3

c) Keperluan Rohani

Merupakan keperluan sempurna kendiri iaitu keinginan seseorang untuk memenuhi hasrat dan cita-citanya.

1.2 Pengeluaran

1. Pengeluaran ialah proses ataupun kegiatan yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi

memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

2. Bukan semua kegiatan dianggap sebagai pengeluaran. Hanya kegiatan produktif sahaja dapat memuaskan kemahuan manusia dianggap sebagai pengeluaran.

3. Pengeluaran dapat dikelaskan kepada 2 jenis. a) Pengeluaran Langsung

Pengeluaran yang dilakukan oleh seseorang tanpa bantuan orang lain. Pengeluaran langsung ini diamalkan dalam masyarakat sara diri pada zaman dahulu.

b) Pengeluaran Tidak Lansung

Pengeluaran yang dilakukan oleh seseorang dengan kerjasama atau bergantung antara satu sama lain. 4. Aktiviti pengeluaran boleh dibahagikan kepada 3 cabang yang utama iaitu

a) Perusahaan

Merangkumi daya usaha manusia untuk mendapatkan bahan mentah dan memproseskan kepada barang siap.

Perusahaan dibahagikan kepada 3 bentuk industri iaitu i) Industri Ekstraktif atau Primer

Meliputi kegiatan pengeluaran bahan-bahan mentah dari bumi dan laut seperti perlombongan, perikanan, pertanian, pembalakan dan penternakan.

ii) Industri Perkilangan

Industri sekunder ini memproses dan menukarkan bahan-bahan mentah keluaran industri primer menjadi barangan separuh siap atau barangan siap.

iii) Industri Pembinaan

Industri ini menggunakan bahan-bahan separuh siap atau barang siap untuk aktiviti pembinaan atau pemasangan barang-barang yang besar dan mahal. Contohnya :- memasang kereta, bangunan, jambatan.

b) Perdagangan

Adalah semua aktiviti yang terlibat dalam pengagihan dan pemindahan bahan mentah, barang

separuh siap serta barang siap. Perdagangan terbahagi kepada dua iaitu

i) Perniagaan

Aktiviti jual-beli untuk mendapatkan keuntungan. ii) Bantuan Perniagaan

Aktiviti yang dijalankan untuk melicinkan operasi perniagaan.

Terdiri daripada perbankan, insurans, pergudangan, komunikasi, pengangkutan, dan

promosi

c) Khidmat langsung

i) Meliputi semua perkhidmatan peribadi yang diberikan secara langsung oleh pengeluar

kepada pengguna.

Contohnya :- perkhidmatan yang diberikan oleh doktor, guru, peguam dan akauntan.

ii) Sungguhpun perkhidmatan peribadi ini tidak menghasilkan sebarang barangan, ia juga dianggap sebagai produktif kerana dapat memenuhi kehendak manusia.

5. Pengeluaran juga ditakrifkan sebagai penciptaan nilai faedah iaitu menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai dan faedah kepada manusia. Terdapat 4 jenis nilai faedah iaitu a) Nilai faedah bentuk

 perubahan daripada bentuk yang tidak diperlukan kepada bentuk yang dikehendaki

 kayu yang diubah menjadi perabot b) Nilai faedah tempat

 mengagihkan dari tempat yang tidak memerlukan produk ke tempat yang memerlukannya

 ikan diagih dari kampong nelayan ke bandar c) Nilai faedah masa

 menyimpan produk sehingga ke masa produk berkenaan diperlukan

 kad ucapan Hari Natal yang dikeluarkan pada bulan Januari disimpan hingga ke bulan Disember untuk dipasarkan

d) Nilai faedah milikan

 Bertukar tangan daripada pihak yang tidak memerlukan produk ke tangan pihak yang memerlukannya

(5)

mlpl/smjkpt

Page 4

 Seorang murid darjah lima menjual Buku Ulangkaji SPM diberikan kepada murid tingkatan lima

Rajah 1.2 – Kegiatan Pengeluaran 1.3 Faktor-Faktor Pengeluaran

1. Pengeluaran tidak boleh dijalankan tanpa faktor-faktor pengeluaran. 2. Faktor pengeluaran boleh dibahagikan kepada 4 iaitu

a) Tanah

Faktor ini merujuk kepada sumber hasil bumi atau hasil kurniaan Tuhan. Contoh : bahan galian, hasil laut, tanaman dan lain-lain.

b) Buruh

Faktor ini merujuk kepada tenaga manusia sama ada secara fizikal atau mental yang mengusahakan kurniaan Tuhan. Contoh : penoreh getah, nelayan, buruh dan lain-lain.

c) Modal

Faktor ini merujuk kepada wang atau harta benda yang diperlukan untuk membayar upah buruh dan juga aset yang diperlukan untuk memudahkan proses mengusahakan hasil bumi.

d) Usahawan

Merupakan orang yang mentadbir dan menguruskan perniagaan dan berani mengambil risiko untuk mendapat keuntungan. Usahawan bertanggungjawab menggabungkan faktor modal, tanah dan buruh untuk menghasilkan produk akhir.

Peranan dan sumbangan usahawan kepada masyarakat dan negara

a) Mencipta peluang pekerjaan

b) Menyediakan pelbagai pilihan barang atau perkhidmatan c) Menghasilkan penemuan dan ciptaan baru

d) Meningkatkan taraf hidup masyarakat e) Mempelbagaikan ekonomi negara f) Mengurangkan perbelanjaan negara

g) Meningkatkan pendapatan negara dalam pemungutan cukai h) Mengharumkan nama negara

Perbezaan antara usahawan dan peniaga

Usahawan Peniaga

 Bijak dan berani mengambil risiko dan peluang untuk memajukan diri

 Kurang inisiatif untuk mengambil risiko bagi memajukan diri

 Mementingkan kebajikan masyarakat  Mementingkan keuntungan diri sendiri sahaja

 Mengutamakan nama baik dan sumbangan  Kurang memberi perhatian pada nama baik atau sumbangan yang diberikan

1.4 Pengkhususan

1. Pengkhususan boleh didefinasikan sebagai penumpuan masa dan tenaga oleh seseorang pekerja atau individu untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam kerja itu.

Pembinaan Ekstraktif Perkilangan Pengeluaran Industri Agihan atau Perdagangan Perusahaan Industri Perkhidmatan Langsung Bantuan Perniagaan Peniagaan nn

(6)

mlpl/smjkpt

Page 5

2. Pengkhususan dibahagikan kepada 4 jenis

a) Pengkhususan mengikut profesion atau pekerjaan b) Pengkhususan mengikut proses

c) Pengkhususan mengikut kawasan d) Pengkhususan antarabangsa

3. Sebab pengkhususan diamalkan dalam pengeluaran: a) keperluan dan kehendak manusia tidak terbatas b) kemahiran dan kebolehan manusia berbeza c) terdapatnya lebihan dalam pengeluaran d) pembahagian kerja meningkatkan kecekapan

e) perbezaan iklim, bentuk muka bumi dan bahan mentah 4. Kelebihan pengkhususan terhadap pengeluaran ialah

a) Menjimatkan masa.

b) Meningkatkan kecekapan dan kemahiran. c) Membolehkan penggunaan mesin.

d) Mengeksploitasi sepenuhnya bahan mentah.

e) Meningkatkan pengeluaran dengan kos yang lebih rendah. 5. Kekurangan pengkhususan dalam pengeluaran adalah

a) Membosankan pekerja.

b) Hilang seni pertukangan dan daya kreativiti. c) Risiko pengangguran yang tinggi.

d) Saling bergantungan yang keterlaluan. e) Hasil keluaran yang standard.

1.5 Sistem Barter

1. Pada zaman dahulu, manusia mengamalkan pengeluaran sistem sara diri. Kemudian, manusia mula menukarkan barangan yang berlebihan dengan barangan yang diperlukan daripada orang lain. Proses pertukaran barang dengan barang lain ini mewujudkan sistem perniagaan tanpa wang yang juga dikenali sebagai Sistem Barter.

2. Sistem Barter dianggap sebagai asas sektor perdagangan.

3. Terdapat 2 syarat yang perlu dipenuhi sebelum boleh berlakunya Sistem Barter: a) Mesti ada barang yang berlebihan untuk ditukarkan.

b) Mesti ada kemahuan serentak.

4. Sistem Barter mempunyai beberapa kebaikan iaitu a) Barang diperolehi secara terus.

b) Tidak melibatkan penggunaan wang. c) Tidak melibatkan orang tengah.

5. Sistem Barter mempunyai beberapa kekurangan iaitu a) Masalah mencari kehendak yang serentak. b) Sukar menentukan nilai pertukaran.

c) Sukar membahagikan barang kepada unit yang lebih kecil.

d) Masalah penyimpanan barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama. e) Masalah membawa barang yang besar dan berat.

(7)

mlpl/smjkpt

Page 6

Praktis Kefahaman

Arahan : Jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Lengkapkan Hierarki Keperluan Manusia Abraham Maslow di bawah. a) ______________________ b) ______________________ c) ______________________ d) ______________________ e) ______________________ 2. Beri tiga contoh keperluan Rohani.

a) _____________________________________ b) _____________________________________ c) _____________________________________ 3. Nyatakan 3 ciri-ciri Sistem Barter.

a) _____________________________________ b) _____________________________________ c) _____________________________________ 4. Terangkan makna pengeluaran tidak langsung.

______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 5. Mengapakah usahawan dianggap sebagai faktor pengeluaran yang amat penting?

______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 6. Nyatakan 4 kekurangan pengkhususan dalam pengeluaran.

a) _____________________________________ b) _____________________________________ c) _____________________________________ d) _____________________________________

Praktis Soalan Objektif

Arahan : Setiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi setiap soalan. 1.1 Keperluan dan Kehendak Manusia

1. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang keperluan manusia? A. Keperluan manusia tidak terbatas.

B. Keperluan manusia adalah tidak tetap. C. Keperluan manusia sentiasa berubah. D. Keperluan fisiologi adalah paling utama.

2. Ciri-ciri berikut wujud dalam Model Hierarki Keperluan Maslow kecuali I Psikologi

II Keselamatan III Sosiologi IV Fisiologi

A.

II dan IV

C.

I dan III

(8)

mlpl/smjkpt

Page 7

3. Pilih pernyataan yang menerangkan kehendak manusia. A. tempat tinggal

B. kepuasan C. pakaian

D. makanan dan minuman

Soalan 4 dan 5 adalah berdasarkan Model Hierarki Manusia Maslow.

Q P O M L

4. Antara yang berikut, kombinasi yang manakah yang berkaitan dengan Q? A. Kesenian dan pendidikan

B. Kasih sayang dan kesenian C. Kesenian dan keagamaan D. Makanan dan tempat tinggal

5. Antara yang berikut, perkara yang manakah berkaitan dengan keperluan P? A. Kesihatan

B. Makanan C. Keselamatan diri D. Persahabatan

6. Dari segi apakah Maslow menganggap keperluan dan kehendak manusia berbeza? A. Dari segi permintaannya

B. Dari segi penawarannya C. Dari segi pengeluarannya D. Dari segi kepentingannya

7. Pernyataan yang berikut menerangkan keperluan manusia kecuali A. mesti dipenuhi

B. untuk meneruskan kehidupan C. tidak terhad

D. bukan untuk keselesaan

8. Antara berikut, yang manakah merupakan susunan hierarki keperluan manusia yang betul mengikut kepentingannya?

I II III

A. Fisiologi Sosial Rohani B. Rohani Fisiologi Sosial C. Sosial Rohani Fisiologi D. Rohani Sosial Fisiologi

9. Setiap individu mempunyai keinginan untuk memenuhi hasrat atau cita-citanya. Pernyataan di atas merujuk A. keperluan sempurna kendiri

B. keperluan keselamatan C. keperluan penghargaan D. keperluan asas

10. Antara berikut yang manakah dikategorikan sebagai kehendak kepada seorang pelajar sekolah? A. Makanan dan minuman

(9)

mlpl/smjkpt

Page 8

B. Basikal baru C. Rumah kediaman D. Kesihatan

1.2 Pengeluaran

11. Setiap proses pengeluaran menghasilkan nilai faedah. Apakah yang dimaksudkan nilai faedah? A. Salah satu kos pengeluaran.

B. Sesuatu barang atau perkhidmatan yang berupaya memberi kepuasan kepada manusia. C Sesuatu keuntungan pengeluaran akibat pengkhususan.

D. Barang yang berupaya menghasilkan harga tinggi.

12. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang pengeluaran?

I Pengeluaran merupakan aktiviti pembekalan bahan mentah daripada sumber alam untuk kegunaan pengeluaran.

II Pengeluaran merupakan aktiviti produktif yang menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memuaskan kehendak manusia.

III Pengeluaran merupakan aktiviti yang dapat mencipta nilai faedah yang dapat memuaskan kehendak manusia.

IV Pengeluaran merupakan proses penyempurnaan kekayaan sumber alam menjadi barang siap. A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan IV

13. Antara berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan pertambahan nilai faedah? I Kayu balak dari hutan dibawa ke kilang.

II Permintaan untuk serbuk pencuci Cap X bertambah kerana promosi. III Syarikat ABC Bhd. meningkatkan pengeluaran Barang Y.

IV Bulu kambing biri-biri diproses menjadi selimut. A. I dan II C. II dan IV

B. I dan IV D. III dan IV 14. Pasangan yang berikut adalah betul kecuali

Cabang Pengeluaran Kegiatan

A. Ekstraktif Perhutanan

B. Perkilangan Menghasilkan barang-barang siap yang mahal

C. Perdagangan Pengagihan barang-barang

D. Khidmat langsung Mengunting rambut

15. Kedai gunting rambut melaksanakan aktiviti A. pengeluaran langsung

B. perkhidmatan tidak langsung C. pengeluaran tidak langsung D. perkhidmatan langsung

16. Antara berikut, yang manakah tidak dianggap sebagai aktiviti pengeluaran? A. Memandu teksi

B. Menanam ubi untuk makan sendiri C. Menyanyi di kelab malam

D. Menuba ikan secara haram

1.3 Faktor-Faktor Pengeluaran

17. Faktor-faktor pengeluaran melibatkan: I Tanah

II Usahawan III Modal IV Buruh

A. I, II dan III C. II, III dan IV B. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

(10)

mlpl/smjkpt

Page 9

18. Anda menangkap ikan di sungai dengan jala yang dimilikinya. Sebahagian daripada hasil tangkapannya adalah untuk keluarga dan selebihnya dijual kepada orang kampung. Berapa jeniskah faktor pengeluaran yang terlibat dalam kegiatan tersebut?

A. Satu B. Dua C. Tiga D. Empat

Soalan 19 dan 20 adalah berdasarkan petikan di bawah.

19. Apakah faktor pengeluaran yang diperlukan agar sumber alam tidak terbazir? A. Modal

B. Tanah C. Buruh D. Usahawan

20. Memandangkan dusun amat luas dan pokoknya rambutannya berbuah lebat, faktor pengeluaran apakah diperlukan untuk menukar bentuk hasil bumi ini (rambutan) kepada bentuk yang sesuai untuk dieksport?

I Tanah II Buruh III Modal IV Usahawan

A. I dan II C. III dan IV B. II dan III D. I dan IV

21. Contoh yang diberikan untuk setiap faktor pengeluaran di bawah adalah betul, kecuali A. Tanah Ikan, bijih timah, sayur-sayuran

B. Buruh Tenaga manusia, tenaga binatang C. Modal Wang, asset, kepakaran

D. Usahawan Usaha orang yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan keluaran.

1.4 Pengkhususan dalam Pengeluaran

Soalan 22, 23 dan 24 adalah berdasarkan petikan di bawah.

22. Apakah bidang pengeluaran yang telah diceburi oleh Encik Cheah? A. ekstraktif dan perdagangan

B. ekstraktif dan perkilangan C. perkilangan dan perdagangan D. perniagaan

23. Apakah bukti yang menyokong pernyataan bahawa pekerja menjadi lebih mahir daripada pengkhususan kerja?

A. pekerja amat mahir dalam bidang tertentu sahaja B. output kilang tidak berubah

C. pekerja perlu dihantar untuk mendapatkan latihan

Pak Latif mempunyai dusun rambutan yang amat luas. Pokok-pokok rambutannya berbuah sangat lebat dan isinya sungguh manis. Walaupun begitu, buah rambutan yang telah masak dibiarkan begitu sahaja kerana Pak Latif telah tua dan tidak terdaya melakukan kerja-kerja di dusun.

Encik Cheah Fei Bien ialah pengusaha kilang papan di Perak. Kilangnya mengimport mesin dari Hong Kong untuk memproses papan. Encik Cheah mendapatkan bahan mentahnya dari kawasan-kawasan pendalaman negeri Perak. Para pekerjanya bekerja dalam kumpulan yang mengendalikan proses-proses yang berlainan. Setiap kumpulan telah mengikuti latihan yang diberikan. Hasil latihan menyebabkan mutu pengeluaran dan output kilang meningkat walaupun bilangan mesin dan pekerja tidak berubah. Hasilnya dieksport ke luar negara.

(11)

mlpl/smjkpt

Page 10

D. produktiviti kilang meningkat

24. Para pekerja bekerja dalam kumpulan dan setiap kumpulan mengikuti latihan. Apakah jenis pengkhususan yang terlibat?

A. Pengkhususan kawasan B. Pengkhususan antarabangsa C. Pengkhususan ikut proses D. Pengkhususan ikut pekerjaan

25. Apakah jenis pengkhususan yang mungkin dijalankan dalam sebuah kilang membuat kemeja? I Pengkhususan antara kawasan

II Pengkhususan mengikut proses III Pengkhususan mengikut masa kerja IV Pengkhususan mengikut jenis pekerjaan A. II dan IV C. I dan IV B. I dan III D. II dan III

26. Apakah kelebihan pengkhususan dari aspek penggunaan buruh? I Pekerja menjadi lebih mahir dalam pekerjaannya. II Pekerja lebih berminat dalam kerjanya.

III Pekerja menjadi lebih produktif. IV Pekerja dilatih dalam masa singkat. A. I, II dan III C. I, III dan IV B. II, III dan IV D. I, II dan IV

27. * Pengkhususan ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan kesuburan tanah tanih di tempat-tempat yang berlainan.

* Sumber alam yang terdapat dalam sesebuah negara tertumpu pada sesuatu tempat sahaja.

* Taburan bilangan pekerja dan kemudahan infra-struktur juga mempengaruhi jenis pengkhususan ini. Kenyataan-kenyataan di atas menerangkan pengkhususan mengikut

A. jenis pekerjaan B. sektor

C. kawasan D. antarabangsa

28. Kenyataan-kenyataan berikut adalah kekurangan pengkhususan jenis pekerjaan kecuali A. Pekerja merasa jemu dan bosan.

B. Pekerja akan mudah mencari pekerjaan kerana mahir.

C. Pengkhususan ini menyebabkan saling bergantungan antara satu sama lain. D. Daya kreativiti di kalangan pekerja akan hilang.

29. Pengkhususan antarabangsa wujud kerana perbezaan I geografi

II pekerjaan III teknologi IV masa bekerja

A. I dan IV C. II dan IV B. II dan III D. I dan III

30. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang pengkhususan? A. Meningkatkan kecekapan pekerja.

B. Membolehkan pengeluaran secara besar-besaran. C. Mengurangkan risiko pengangguran.

D. Memungkinkan penggunaan mesin 31. Pengkhususan dapat diamalkan oleh

I firma II perusahaan III kawasan

(12)

mlpl/smjkpt

Page 11

A. I, II dan IV C. I, II dan III B. II, III dan IV D. II dan IV

32. Pak Ngu ialah seorang nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Semasa musim tengkujuh pula, beliau mengambil upah bekerja di lading tebu kepunyaan saudaranya di Perlis. Pak Ngu telah terlibat dalam pengkhususan

A. Pekerjaan dan proses B. Kawasan dan proses C. Kawasan dan antarabangsa D. Pekerjaan dan kawasan

1.5 Sistem Barter

33. Sistem barter boleh berlaku dalam keadaan-keadaan berikut kecuali A. Wang tidak menjadi perantaraan bagi pertukaran barang.

B. Satu barang hendak ditukarkan dengan barang yang lain tanpa menghiraukan penawarannya. C. Wujudnya kemahuan yang serentak.

D. Menukarkan hasil yang tidak habis digunakan dengan barang yang tidak dapat dikeluarkan. 34. Sistem barter hanya dapat berjaya di bawah syarat-syarat berikut

I terdapat kehendak serentak II wujudnya lebihan keluaran III kehendak manusia tidak terhad IV adanya media pertukaran

A. I dan II C. III dan IV B. II dan III D. I dan IV

35. Babu mahir menangkap ikan tetapi tidak tahu membuat perahu. Babu telah bersetuju untuk

memberi bekalan ikan kepada keluarga jirannya yang membuat perahu untuknya. Lama-kelamaan, Babu telah memberi bekalan ikan yang semakin berkurangan. Ini menyebabkan mereka saling tidak puas hati. Apakah masalah yang dihadapi oleh mereka?

A. Kemahuan serentak B. Pembahagian barang C. Penyimpanan barang D. Penentuan nilai barang 36. Pilih pernyataan yang betul sahaja.

I Sistem barter boleh diamalkan semasa permintaan manusia tidak kompleks. II Cara pertukaran barang melalui sistem barter lebih menjimatkan.

III Sistem ini tidak melibatkan wang.

IV Sistem ini diamalkan apabila nilai mata wang turun. A. I dan II C. I dan III

B. II dan III D. II dan IV

37. Mengapakah sistem barter tidak dapat diamalkan hari ini? A. Terdapat tempat simpanan yang moden

B. Kehendak manusia semakin kompleks. C. Telah wujud wang.

D. Keperluan asas manusia masih sama.

38. Antara berikut, yang manakah bukan kelebihan sistem barter?

A. Pihak yang terlibat mudah berpuas hati dengan apa yang diperolehi. B. Pihak yang terlibat mudah memenuhi kemahuan serentak masing-masing. C. Medium pertukaran tidak diperlukan dalam sistem barter.

D. Orang tengah dikecualikan dalam proses pertukaran.

(13)

mlpl/smjkpt

Page 12

A. Masalah menyimpan nilai B. Masalah kemahuan serentak C. Masalah nilai pertukaran D. Masalah pembahagian

40. Sistem barter yang diamalkan pada zaman sekarang berbeza daripada zaman dahulu kerana A. Orang tengah tidak diperlukan.

B. Barang boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil. C. Pengkhususan berasaskan lebihan barang

D. Tiada masalah penetapan nilai barang

Praktis Soalan Esei

1. (a) Apakah makna pengeluaran? (5 markah)

(b) i) Bezakan antara pengeluaran langsung dengan pengeluaran tidak langsung. ii) Mengapakah dikatakan pengeluaran langsung itu kurang baik berbanding dengan

pengeluaran tidak langsung? (10 markah)

(c) Pengeluaran dapat dijalankan dengan lancar dengan wujudnya pengkhususan. Apakah

faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya pengkhususan dalam pengeluaran? (10 markah)

2. (a) Huraikan proses pengeluaran. (8 markah)

(b) Bincangkan sebab faktor-faktor pengeluaran penting dalam menjayakan satu pengeluaran. (7 markah)

(c) Terangkan jenis-jenis pengeluaran. (10 markah)

3. (a) Apakah sistem barter? (5 markah)

(b) Walaupun sistem barter penting pada zaman dahulu kala, namun terdapat pelbagai

kesulitan yang tidak dapat dinafikan. Huraikan kesulitan-kesulitan tersebut. (10 markah) (c) Huraikan perbezaan antara keperluan dan kehendak manusia (10 markah)

(14)

mlpl/smjkpt

Page 13

Bab 2 - Unsur Perdagangan

Peta Minda

UNSUR PERDAGANGAN

Bantuan Perniagaan Perniagaan

 Aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan.  Untuk mendapatkan keuntungan. Borong Runcit Perniagaan Dalam Negeri Import Eksport Entreport Perniagaan Antarabangsa  Merupakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk melicinkan aktiviti perdagangan PERBANKAN  Kemudahan Pinjaman dan Overdraf  Kemudahan penyimpanan  Kemudahan pembayaran  Memberi khidmat nasihat  Menjadi pihak rujukan PERGUDANGAN  Aktiviti penyimpanan dan penstoran barang sementara menunggu agihan.  Menjamin kewujudan bekalan barang yang berterusan.  Mengelakkan kerosakan dan kecurian.  Menstabilkan harga barang di pasaran. PROMOSI  Memperkenalkan, memujuk dan menyampaikan maklumat barang dan perkhidmatan baru.  Mewujudkan permintaan baru.  Mengekal dan meluaskan pasaran.  Meningkatkan jualan. KOMUNIKASI  Penyampaian dan penyebaran maklumat dan berita.  Terdapat pelbagai

media perantaraan sama ada secara lisan atau bercetak.  Perkhidmatan pos menghantar surat dan bungkusan.  Telekomunikasi moden seperti telefon, telefaks, sidang video dll. INSURANS  Melindungi peniaga daripada kerugian disebabkan risiko.  Membayar ganti rugi

yang boleh diinsuranskan seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan lain-lain. PENGANGKUTAN  Melibatkan pergerakan fizikal barang dari satu tempat ke tempat lain.

 Jenis-jenis

pengangkutan adalah melalui udara, darat, air atau saluran paip.

(15)

mlpl/smjkpt

Page 14

Nota Ringkas

2.1 Perdagangan

1. Perdagangan bermaksud segala kegiatan pembelian, penjualan dan pengagihan bahan-bahan mentah,

barang siap dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir.

2. Perdagangan adalah satu bahagian utama yang membentuk proses pengeluaran. 3. Perdagangan merangkumi 2 bidang

a) Perniagaan b) Bantuan Perniagaan

Rajah 2.1 – Unsur-Unsur Perdagangan Perniagaan

1. Perniagaan bermaksud aktiviti-aktiviti membeli dan menjual barang-barang dan perkhidmatan

dengan tujuan mendapatkan keuntungan

2. Perniagaan terdiri daripada a) Perniagaan Dalam Negeri

Adalah aktiviti jual beli yang dijalankan dalam negeri. Perniagaan dalam negeri terdiri daripada perniagaan borong dan perniagaan runcit.

b) Perniagaan Antarabangsa

Adalah perniagaan yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara yang lain. Perniagaan antarabangsa terdiri daripada perniagaan import, eksport dan entrepot.

Perbezaan antara perdagangan dan perniagaan

Perdagangan Perniagaan

 Pengagihan barang daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, hargha dan kuantiti yang diperlukan

 Kegiatan jual beli barang atau perkhidmatan untuk tujuan mencari keuntungan

 Merangkumi bidang yang luas, iaitu perniagaan dan bantuan perniagaan

 Hanya merangkumi kegiatan jual beli barang dan perkhidmatan sahaja

 Berasal daripada cabang pengeluaran  Berasal daripada cabang perdagangan

 Membolehkan pengguna membeli barang atau perkhidmatan secara tidak langsung

 Melibatkan penjualan dan pembelian barang dan perkhidmatan secara langsung

Bantuan Perniagaan

1. Bantuan perniagaan adalah perkhidmatan yang disediakan untuk membantu melicinkan aktiviti

perniagaan.

2. Bantuan perniagaan terdiri daripada a) Bank

 Menyediakan empat jenis perkhidmatan, iaitu: Perdagangan Antara bangsa Perniagaan Dalam Negeri Borong Runcit Import Eksport Entrepot Bantuan Perniagaan Bank Insurans Pergudangan Pengangkutan Komunikasi Promosi

(16)

mlpl/smjkpt

Page 15

i) Penyimpanan yang terdiri daripada akaun simpanan biasa, akaun simpanan

tetap dan akaun semasa

ii) Pembayaran memudahkan pelanggan bank membuat pembayaran seperti :

Kemudahan Kegunaan

Perintah Sedia Ada Membuat pembayaran amaun sama yang tetap dan berulang pada tarikh yang sama setiap bulan

Pindahan Kredit Majikan membayar gaji bulanan kepada pekerja Draf Bank Mengirim wang dengan selamat

Debit Terus Membayar hutang tetapi jumlah dan tarikhnya tidak tetap

iii) Pembiayaan terdiri daripada pinjaman dan overdraf

iv) Perkhidmatan Lain disediakan untuk memudahkan pelanggan bank seperti

pertukaran wang asing, peti simpan selamat, peti simpanan malam dan kad kredit

b) Insurans

 Merupakan skim yang memberi perlindungan kepada insured dengan syarat insured membayar sejumlah wang yang dipanggil premium untuk mendapatkan perlindungan.

 Berdasarkan konsep mengumpul dan menyebarkan risiko antara semua insured yang membeli polisi insurans daripada syarikat insurans yang dipanggil insurer.

 Terdapat dua jenis skim insurans, iaitu

Insurans Konvensional yang ditakbir berlandaskan prinsip i. kepentingan boleh insurans ii. penuh kepercayaan mutlak iii. indemniti

Insurans Islam atau Takaful yang diuruskan secara Islam yang mengharamkan unsure berikut i. Riba

ii. Gharar iii. Maisir

 Jenis insurans yang ditawarkan untuk pembelian ialah:

Insurans Am terdiri daripada insurans kebakaran, kemalangan, marin dan penerbangan Insurans Hayat merangkumi Insurans Hayat Seumur Hidup, Insurans Hayat Sementara dan

Insurans Endowmen

Insurans Lain seperti kecurian, jaminan setia, kesihatan, pendidikan dan gadaian

 Memberi sumbangan kepada individu, peniaga dan negara c) Promosi

 Adalah kaedah memperkenalkan, menyampaikan maklumat, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli suatu produk yang baru ataupun yang lama.

 Matlamat promosi adalah mencipta permintaan, meluaskan, mengekalkan dan meningkatkan pasaran.

 4 jenis promosi adalah v) Pengiklanan vi) Promosi Jualan vii) Jualan Langsung viii) Publisiti

d) Pergudangan

 Adalah aktiviti penyimpanan dan penstoran barang lebihan di gudang supaya selamat.

 Pergudangan dapat menyelaraskan permintaan dan penawaran pengguna dan seterusnya menstabilkan harga barang.

 Juga menjamin kewujudan bekalan barang yang berterusan.

 Jenis-jenis gudang adalah i) Gudang berbon ii) Gudang pemborong iii) Gudang pengilang iv) Gudang peruncit v) Gudang kerajaan vi) Penyetoran sejuk e) Komunikasi

 Adalah proses penyebaran dan penyampaian maklumat, pesanan atau berita daripada seorang kepada seorang yang lain dengan pantas.

(17)

mlpl/smjkpt

Page 16

 Mempunyai peranan berikut:

 Melicin dan mempercepat aktiviti perniagaan

 Meluaskan pasaran

 Menyebarkan maklumat

 Mengelakkan kerugian dan kerosakan

 Memudahkan kawalan perniagaan

 Memudahkan kegiatan promosi

 Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah:

 Televisyen dan radio

 Perkhidmatan pos

 Perkhidmatan telekomunikasi

 Perkhidmatan kurier f) Pengangkutan

 Melibatkan pergerakan fizikal barang dari satu tempat ke tempat yang lain.

 Jenis-jenis pengangkutan adalah i) Pengangkutan darat

 Jalan

 Rel ii) Pengangkutan laut

 Kapal kerentan

 Kapal kargo

 Kapal pesisir pantai

 Kapal penumpang iii) Pengangkutan udara

 Kapalterbang

 Helicopter

iv) Saluran paip untuk mengangkut bahan cecair, gas dan bijiran sahaja

2.2 Kaitan Pengeluaran, Perdagangan dan Perniagaan

Rajah 2.2 – Pengeluaran, Perdagangan dan Perniagaan

1. Sektor pengeluaran akan mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

2. Perdagangan yang terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan adalah salah satu cabang pengeluaran.

3. Perniagaan yang merupakan urusan jual beli, tidak akan dapat dilakukan tanpa bantuan-bantuan perniagaan. 4. Sebagai contoh, ketiadaan promosi (salah satu bantuan perniagaan) akan mengakibatkan permintaan

terhadap barang jualan menurun. Ini akan menjejaskan perniagaan.

5. Para pengeluar pula tidak perlu mengeluarkan begitu banyak barang lagi sekiranya tiada permintaan terhadap barang itu.

6. Ringkasnya pengeluaran mempunyai perhubungan yang amat rapat dengan perdagangan, perniagaan dan bantuan perniagaan. Pembinaan Ekstraktif Perkilangan Pengeluaran Perdagangan (Industri Agihan) Perusahaan Industri Perkhidmatan Bantuan Perniagaan Peniagaan nn

(18)

mlpl/smjkpt

Page 17

Praktis Kefahaman

Arahan : Jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Lengkapkan rajah ini.

2. Senaraikan 3 perkhidmatan yang diberikan oleh bank untuk melicinkan perjalanan perniagaan. a) _____________________________________

b) _____________________________________ c) _____________________________________ 3. Nyatakan 5 jenis bantuan perniagaan.

a) _____________________________________ b) _____________________________________ c) _____________________________________ d) _____________________________________ e) _____________________________________ 4. Bagaimanakah promosi membantu peniaga?

a) ___________________________________________________________________________________ b) ___________________________________________________________________________________ c) ___________________________________________________________________________________ 5. Apakah yang dimaksudkan dengan perdagangan?

______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 6. Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?

______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Perniagaan

(19)

mlpl/smjkpt

Page 18

Praktis Soalan Objektif

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan.

Pilih satu jawapan yang terbaik bagi setiap soalan.

2.1 Perdagangan

1. Huraian-huraian berikut menjelaskan perdagangan kecuali

A. Perdagangan merupakan semua kegiatan yang menolong memindahkan barang-barang lebihan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir.

B. Perdagangan adalah satu cabang daripada seluruh proses pengeluaran. C. Perdagangan merupakan urusan

menjual dan membeli dengan tujuan mendapat keuntungan.

D. Perdagangan wujud kerana barang lebihan dihasilkan dalam satu kegiatan ekonomi moden.

Soalan 2, 3 dan 4 berdasarkan rajah di bawah.

2. Ciri X yang benar adalah

I Merupakan proses mengeluarkan barang siap daripada bahan mentah. II Kegiatan X pada zaman dahulu dikenali

sebagai sistem barter.

III Hanya dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya bantuan-bantuan seperti promosi, pengangkutan dan lain-lain.

IV Adalah cabang perdagangan. A. II, III dan IV C. I, II dan IV B. I, II dan III D. Kesemuanya 3. Pilih perbandingan yang tepat antara Y dan Z.

Y Z

I Lebih mudah dijalankan.

Lebih kompleks. II Melibatkan modal

yang lebih besar.

Melibatkan modal yang lebih kecil. III Merangkumi kegiatan sektor ladang sahaja. Merangkumi kegiatan sektor barang siap sahaja. IV Tidak memerlukan begitu banyak dokumentasi. Melibatkan banyak dokumentasi.

A. I dan III C. I dan IV B. II dan III D. II dan IV 4. Pilih pernyataan yang benar.

A. Kegiatan Y penting dengan terdapatnya promosi pada peringkat antarabangsa. B. Untuk menjalankan kegiatan Z,

pengalaman tidak diperlukan. C. Masalah global seperti terrorisme dan

peperangan menjejaskan kegiatan Y. D. Masalah global seperti terrorisme dan

peperangan menjejaskan kegiatan Z. 5. Antara yang berikut, yang manakah benar

tentang perdagangan?

A. Meliputi perniagaan dan bantuan perniagaan.

B. Meliputi perniagaan dalam negeri dan perniagaan luar negeri.

C. Meliputi bantuan perniagaan. D. Meliputi kegiatan pembelian dan

penjualan barang-barang.

6. Apakah perkhidmatan sokongan yang dapat menjayakan aktiviti perniagaan?

A. Bantuan perniagaan B. Jualan terus

C. Perkhidmatan langsung D. Layanan peribadi

7. Antara berikut yang manakah menerangkan perniagaan?

I Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan.

II Perkhidmatan dan barangan yang berbayar dengan wang.

III Aktiviti perniagaan dianggap sebagai sebahagian daripada kegiatan perdagangan.

IV Dibahagikan kepada perniagaan import, eksport dan entreport.

A. I dan II C. II dan III B. I dan III D. II dan IV 8. Pilih pernyataan yang benar tentang

perniagaan.

I Perniagaan ialah proses menghasilkan barang dan perkhidmatan.

II Perniagaan mencipta nilai faedah ke atas barang-barang dari segi tempat dan masa.

III Perniagaan bertujuan mencari untung dalam usaha memenuhi kehendak manusia.

IV Perniagaan merupakan sebahagian Runcit Borong

X

Y Z

(20)

mlpl/smjkpt

Page 19

daripada perdagangan.

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV 9. Perniagaan dianggap sebagai cawangan

perdagangan kerana aktiviti perniagaan A. Bermotifkan keuntungan. B. Meningkatkan mutu barang. C. Melibatkan urusan kewangan. D. Melibatkan agihan keluaran. 10. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang

perniagaan entreport.

A. Merupakan kegiatan mengimport untuk mengeksport semula untuk mencari keuntungan.

B. Dijalankan di pelabuhan bebas. C. Kegiatan membeli secara pukal untuk

dijual semula secara runcit. D. Gudang berbon merupakan bantuan

besar dalam perniagaan jenis ini. 11. Pilih kegiatan yang melibatkan urusan

perniagaan.

I Menerima pembayaran dengan cek. II Mengimport bahan mentah untuk

diproses menjadi barang siap.

III Mengeksport getah keping ke Amerika Syarikat.

IV Menghantar bunga orkid dengan menggunakan kapalterbang. A. I dan II C. II dan III B. III dan IV D. II dan IV 12. Antara berikut yang manakah merupakan

aktiviti bantuan perniagaan? A. Berniaga secara runcit. B. Berniaga secara borong.

C. Bertugas sebagai pemandu teksi. D. Berkhidmat sebagai doktor di klinik

kerajaan.

13. Berikut adalah kelebihan-lebihan pergudangan,

kecuali

A. Menjamin bekalan barang yang berterusan ke pasaran.

B. Menyelaraskan penawaran dan permintaan untuk menstabilkan harga barangan.

C. Memastikan barang dapat sampai dengan cepat kepada pengguna. D. Membolehkan kerja-kerja akhir seperti

pembungkusan semula dilakukan. 14. Berikut adalah kegiatan bantuan-bantuan

perniagaan, kecuali A. komunikasi B. pengangkutan C. promosi D. eksport

15. Pilih risiko yang boleh diinsuranskan. I Kebakaran bangunan pencakar langit II Kerugian perniagaan

III Perubahan fesyen IV Kemalangan udara

A. I, II dan III C. II dan IV B. I dan IV D. II dan III 16. Kemudahan-kemudahan berikut dikaitkan

dengan kemudahan pembayaran, kecuali I Debit langsung

II Pindahan kredit III Nota kredit IV Nota debit

A. I dan II C. I dan III B. III dan IV D. II dan IV Soalan 17, 18 dan 19 berdasarkan rajah di bawah.

17. Apakah bantuan perniagaan yang dapat menolong Pak Ali membawa hasil tanamannya ke bandar untuk dijual?

A. Komunikasi B. Pengangkutan C. Promosi D. Gudang

18. Sebelum Pak Cun membawa hasilnya ke bandar, dia mesti memastikan bahawa ada pihak yang mahu membeli hasil-hasilnya itu. Apakah bantuan perniagaan yang dapat menolong Pak Ali?

A. Insurans B. Pengangkutan C. Bank

D. Komunikasi

19. Apakah pula bantuan perniagaan yang diperlukan untuk memastikan Pak Cun tidak mengalami kerugian daripada rompakan?

I Bank II Insurans III Gudang IV Komunikasi

A. I dan II C. I dan III B. II, III dan IV D. II dan IV 20.

Cara-cara jualan di atas adalah sebahagian daripada

Pak Ali menanam banyak pokok pisang. Hasil tanamannya tidak ada permintaan di

kampungnya kerana hampir setiap keluarga mempunyai pokok buah-buahan.

 Pemujukan

 Iklan

(21)

mlpl/smjkpt

Page 20

A. Perniagaan B. Pengeluaran C. Promosi D. Perdagangan

21. Untuk memastikan seseorang peniaga dapat menumpukan perhatian kepada perkembangan perniagaannya tanpa merisaukan kemungkinan kerugian yang akan dialami, peniaga itu perlu ada

A. Gudang B. Insurans

C. Sistem komunikasi yang baik D. Pengalaman

22. Hasil kurniaan Tuhan seperti tanaman bermusim dan hasil laut adalah tertakluk kepada faktor cuaca. Untuk memastikan bekalan tidak terputus dan menjamin kestabilan harga pasaran, seseorang peniaga memerlukan

A. Sistem komunikasi yang baik B. Sistem pengangkutan yang baik C. Gudang yang baik

D. Promosi 23.

Faedah-faedah seperti di atas disediakan oleh A. Syarikat pemfaktoran

B. Syarikat bantuan kredit C. Sistem perbankan

D. Majlis Amanah Rakyat (MARA) 24. Apakah ciri persamaan yang nyata di antara

bantuan-bantuan perniagaan yang berikut?

A. Menjalankan promosi untuk mendapat pelanggan.

B. Memberi hadiah istimewa kepada pelanggan.

C. Memberi diskaun untuk menarik pelanggan.

D. Dikawal oleh bank pusat. 25.

Bantuan perniagaan yang menepati ciri-ciri di atas ialah

A. Bank

B. Pengangkutan C. Insurans D. Gudang

26. Apakah kesan langsung sekiranya promosi dihentikan?

A. Permintaan terhadap barang menjadi kurang.

B. Pembeli mengalami kerugian. C. Pengeluar mengalami kerugian. D. Peniaga mengalami kerugian. 27. Antara aktiviti yang berikut, manakah yang

melibatkan kegiatan pembantu perniagaan? A. Encik Zambre mengendalikan

perniagaan menjual telefon bimbit. B. Encik Alex menghantar barang jualan

ke rumah pelanggannya.

C. Encik Gopal berniaga di pasar tani. D. Encik Tan mengendalikan sebuah

agensi pengiklanan.

28. Antara yang berikut, manakah yang benar mengenai perniagaan?

A. Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan.

B. Aktiviti menambah nilai barang. C. Aktiviti pengeluaran barang daripada

bahan mentah kepada barang pengguna. D. Aktiviti untuk memenuhi keperluan dan

kehendak manusia.

29. Yang manakah merupakan fungsi bantuan perniagaan?

A. Bantuan perniagaan terlibat dalam perniagaan secara tidak langsung. B. Bantuan perniagaan merupakan

kegiatan jual beli untuk mendapat keuntungan.

C. Bantuan perniagaan membantu mengagihkan barang.

D. Bantuan perniagaan dianggap sebagai aktiviti pemasaran.

30. Antara pernyataan berikut, yang manakah salah tentang bantuan perniagaan?

A. Dikelaskan sebagai satu cabang perniagaan.

B. Dibahagikan kepada enam jenis bantuan perniagaan.

C. Berfungsi melicinkan aktiviti perniagaan.

D. Merupakan salah satu cabang perdagangan.

31. Antara bantuan perniagaan berikut, yang manakah memberi jaminan ganti rugi?

A. Promosi

 Mendapat pinjaman untuk memulakan perniagaan.

 Memastikan ketepatan tarikh pembayaran.

 Mengurangkan risiko rompakan.

 Insurans

 Komunikas

 Sistem perbankan

 Sistem penyimpanan yang teratur.

 Terdapat banyak di ‘pintu masuk’ sesebuah negara.

 Keadaannya bergantung kepada sifat barang.

(22)

mlpl/smjkpt

Page 21

B. Pengangkutan C. Insurans D. Komunikasi

2.2 Kaitan Pengeluaran, Perdagangan dan Perniagaan

32. Pilih pernyataan yang betul.

A. Oleh sebab perniagaan adalah satu cabang perdagangan, maka sebarang kegiatan perniagaan termasuk dalam bidang perdagangan.

B. Kesemua bantuan perniagaan terlibat secara langsung dalam urusan jual-beli. C. Gudang berbon boleh dimiliki oleh

sesiapa sahaja untuk menyimpan stoknya.

D. Perdagangan adalah satu bidang yang lebih sempit berbanding dengan perniagaan.

33. Pilih pekerjaan-pekerjaan yang diklasifikasikan sebagai perniagaan.

I Pengeksport bahan mentah II Ejen insurans

III Pemborong ikan IV Pembaca berita

A. I sahaja C. II sahaja B. I dan III D. II dan IV 34. Vinodtha adalah seorang peniaga entrepot.

Beliau terlibat dalam perniagaan A. Dalam negeri

B. Antarabangsa C. Borong D. Runcit

35. Pilih pernyataan yang betul.

A. Tanpa pengeluaran, peniaga akan rugi. B. Tanpa pengeluaran, perdagangan tetap

boleh dijalankan.

C. Ketidak hadiran satu daripada bantuan perniagaan akan menjejaskan

perniagaan.

D. Ketidak hadiran perniagaan tidak memberi kesan kepada pengeluaran. Soalan 36 dan 37 berdasarkan rajah di bawah.

36. P dalam rajah di atas ialah A. Perdagangan B. Pengeluaran C. Pembinaan D. Perkilangan

37. Pilih pernyataan yang betul.

A. Q tidak dapat dijalankan tanpa bantuan perniagaan.

B. Q tidak dapat dijalankan tanpa wang. C. Q tidak dapat dijalankan tanpa unsur

perkhidmatan.

D. Q tidak dapat dijalankan tanpa perusahaan.

38. Mengapakah kegiatan perniagaan dianggap sebagai satu cabang perdagangan?

A. Kegiatan perniagaan berdasarkan keuntungan.

B. Kegiatan perniagaan melibatkan pengagihan keluaran.

C. Kegiatan perniagaan terlibat dalam urusan kewangan.

D. Kegiatan perniagaan dapat meningkatkan keluaran.

39. Apakah perkaitan antara perdagangan dengan perniagaan dalam proses pengeluaran?

A. Kedua-duanya terlibat dalam proses penciptaan nilai faedah.

B. Kedua-duanya terlibat dalam urusniaga kewangan.

C. Kedua-duanya melibatkan jualan borong.

D. Kedua-duanya melibatkan pengkhususan.

40. Antara berikut, apakah persamaan antara perniagaan dan perdagangan?

A. Perniagaan dan perdagangan meningkatkan nilai faedah. B. Perniagaan dan perdagangan perlu

beroperasi dalam sebuah bangunan. C. Perniagaan dan perdagangan

melibatkan urus niaga dalam kewangan. D. Perniagaan dan perdagangan

melibatkan pengkhususan. P Q Perusahaan n Perkhidmatan Perniagaan Bantuan Perniagaan

(23)

mlpl/smjkpt

Page 22

Praktis Soalan Esei

1. (a) Jelaskan maksud perdagangan? (7 markah)

(b) Apakah perbezaan antara perniagaan tempatan dengan perniagaan antarabangsa? (18 markah) 2.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.

(a) Nyatakan dan terangkan bagaimana perkhidmatan bank, pengangkutan, pergudangan dan insurans dapat membantu Nifhail memajukan Syarikat NZ ? (10 markah) (b) Bayangkan akibat yang akan dihadapi oleh Nifhail sekiranya tiada sistem komunikasi. (5 markah) (c) Bincangkan penglibatan Nifhail dari segi pengeluaran, perdagangan dan perniagaan? (10 markah) 3. (a) Huraikan perbezaan antara perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa? (12 markah)

(b) Apakah yang akan berlaku kepada sektor pengeluaran sekiranya tiada perdagangan? (13 markah)

Nifhail Zambre bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang terkemuka selepas memperolehi Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya. Selepas lima belas tahun berkerja, beliau telah meletakkan jawatan dan memulakan perniagaan sendiri, iaitu sebuah syarikat yang

membekalkan alat-alat mekanikal kepada kilang-kilang di Zon Perdagangan Bebas. Dengan modal sebanyak RM200,000 dan pinjaman bank sebanyak RM300,000, syarikat beliau telah menikmati kejayaan yang mengkagumkan.

Walaupun begitu, akibat kemelesetan ekonomi dunia, syarikat beliau telah mengalami tamparan yang hebat apabila kilang-kilang yang menjadi pelanggan utama beliau telah ditutup satu demi satu. Pada masa ini, Nifhail terus mengusahakan perniagaannya tanpa menerima gaji. Dua tahun kemudian, syarikat beliau telah dibangunkan semula dan seterusnya Syarikat NZ telah menubuhkan kilang untuk memproses sendiri alat-alat mekanikalnya. Nilai eksport syarikat ini ke Eropah telah mencapai RM20 juta.

(24)

mlpl/smjkpt

Page 23

Bab 3 – Perniagaan Dalam Negeri

Peta Minda

PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Saluran Agihan  Pengeluar  Pemborong  Peruncit  Pengguna  Pengeluar  Ejen  Peruncit  Pengguna  Pengeluar  Pemborong  Pengguna  Pengeluar  Peruncit  Pengguna  Pengeluar  Pengguna Perniagaan Runcit Peruncit Kecil-kecilan Peruncit Berkedai  Kedai Am  Kedai Khusus Peruncit Tanpa Kedai  Penjaja  Pegerai Peruncit Besar-besaran  Kedai Sejaras  Pasar Raya  Pasar Raya Hyper  Gedung Aneka Jabatan  Koperasi Runcit Bentuk Lain Peruncitan  Jualan Langsung  Pesanan Mel  Mesin Peruncitan Automatik  Francais  E-Dagang  Televisyen Interaktif  Kedai Katalog Pemborong Saudagar Ejen  Ejen Penjual  Ejen Pengeluar  Broker Pemborong

Saudagar Pemborong Berfungsi Terhad  Pemborong Jober Para  Pemborong Bayar dan Bawa  Pemborong Pesanan Mel  Pemborong Pesanan Berwakil  Pemborong Perkhidmatan Pengangkutan Pemborong Berfungsi Penuh  Pemborong Am  Pemborong Khusus  Pemborong Satu Barisan

(25)

mlpl/smjkpt

Page 24

Nota Ringkas

3.1 Perniagaan Dalam Negeri

1. Perniagaan dalam negeri merujuk kepada urusan jual-beli yang dilakukan dalam negara sendiri. 2. Ini termasuk perniagaan runcit dan perniagaan borong.

Rajah 3.1- Perniagaan Dalam Negeri

3.2 Saluran Agihan

1. Keluaran mestilah diagihkan pada masa, tempat dan harga yang dikehendaki oleh pengguna.

2. Jika barang keluaran tidak disampaikan ke tempat yang betul pada masa yang tepat, besar kemungkinan barang itu tidak akan laku.

3. Terdapat 5 jenis saluran agihan, iaitu : a) Saluran Pengeluar  Pengguna

(i) Cara pengagihan ini melibatkan pengagihan barang terus daripada pengeluar kepada pengguna. (ii) Contoh barangan yang menggunakan saluran ini ialah :

- Hasil pertanian

- Barang yang dibuat menurut tempahan b) Saluran Pengeluar  Peruncit  Pengguna

(i) Cara pengagihan ini melibatkan pengagihan barang daripada pengeluar terus kepada peruncit dan pengguna tanpa melalui pemborong.

(ii) Contoh barang yang menggunakan saluran ini ialah : - Barang runcit yang dijual oleh peruncit besar-besaran. c) Saluran Pengeluar  Ejen  Peruncit  Pengguna

(i) Cara pengagihan ini berlaku apabila pengeluar melantik ejen untuk mencari peruncit untuk memasarkan barangnya kepada pengguna.

(ii) Contoh barang yang dijual dengan cara ini ialah petroleum atau barang elektrik yang diedarkan oleh ejen kepada peruncit.

d) Saluran Pengeluar  Pemborong  Peruncit  Pengguna

(i) Cara pengagihan ini berlaku apabila barang-barang diedarkan daripada pengeluar melalui pemborong dan peruncit kepada pengguna.

(ii) Contoh barang yang menggunakan saluran ini ialah barang-barang yang dikeluarkan dengan banyak oleh pengeluar tetapi diperlukan dalam kuantiti yang kecil seperti pensel, pembaris dan getah pemadam.

e) Saluran Pengeluar  Ejen  Pemborong  Peruncit  Pengguna (i) Cara ini sering digunakan untuk pengagihan barang-barang import.

(ii) Contoh barang yang menggunakan saluran ini ialah teh dan kopi yang diimport.

3.3 Perniagaan Runcit

1. Perniagaan runcit ialah aktiviti membeli barang-barang daripada pengeluar atau pemborong dan

menjualnya kepada pengguna dalam kuantiti yang kecil.

2. Perniagaan runcit adalah sebahagian daripada perniagaan dalam negeri. Perniagaan Dalam Negeri

Perniagaan Runcit Perniagaan Borong Peruncit Kecil-kecilan Peruncit Besar-besaran Bentuk Lain Peruncitan Pemborong Berfungsi Penuh Pemborong Berfungsi Terhad Agen dan Broker

(26)

mlpl/smjkpt

Page 25

3.3.1 Fungsi-Fungsi Peruncit

Peruncit mempunyai fungsi-fungsi yang berikut:-

1. Menjual beraneka jenis barang untuk pilihan pengguna.

2. Menjual dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan pengguna. 3. Mengagihkan barang-barang bagi pengeluar dan pemborong. 4. Memberikan kredit kepada pengguna.

5. Meletakkan kedainya berhampiran dengan pengguna. 6. Memberi perkhidmatan selepas jualan.

7. Memberi nasihat, maklumat dan layanan peribadi kepada pelanggan. 8. Menyampaikan maklumat pasaran kepada pemborong dan pengeluar. 9. Menyimpan dan mempamerkan stok untuk memenuhi permintaan pengguna.

3.3.2 Jenis-Jenis Perniagaan Runcit

Rajah 3.2 – Perniagaan Runcit

1. Perniagaan runcit terbahagi kepada 2 jenis iaitu a) Perniagaan runcit kecil-kecilan

Peruncit kecil-kecilan meliputi

i) Peruncit Tanpa Kedai seperti penjaja, pegerai dan penggalas. ii) Peruncit Tunggal seperti kedai serba ada dan kedai khusus. b) Perniagaan runcit besar-besaran

Peruncit besar-besaran meliputi i) Gedung aneka jabatan ii) Pasaraya

iii) Kedai sejaras iv) Koperasi runcit

v) Kompleks membeli belah c) Bentuk-bentuk lain peruncitan

i) Mesin Peruncitan Automatik

- Mesin peruncitn automatik ialah mesin yang berisi barang-barang seperti makanan, minuman tin dan surat khabar.

- Pengguna membeli dengan memasukkan wang dan menekan butang tertentu. ii) Pesanan Mel

- Ini merupakan kaedah urusan jual beli terus kepada pengguna yang dilakukan melalui pejabat. iii) Francais

- Francais ialah cara menjalankan sesuatu jenis perniagaan dengan menggunakan nama atau jenama perniagaan yang sudah terkenal.

- Contoh perniagaan jenis ini ialah Pizza Hut, KFC dan Mc Donald. iv) Jualan Langsung

- Jualan langsung ialah cara menjual atau memasarkan barang-barang secara terus kepada pengguna melalui jurujual atau agen.

- Contoh perniagaan yang dijalankan dengan cara ini ialah Amway, Cosway dan Tupperware. v) E-dagang

- E-dagang merujuk kepada urus niaga yang dilakukan melalui laman web.

- Para peniaga akan mengiklan melalui laman web dan bakal pembeli akan menempah terus pada laman web atau menghubungi penjual untuk keterangan lanjut.

Perniagaan Runcit Peruncit Kecil-kecilan Bentuk Lain Peruncit Peruncit Besar-besaran Tanpa Kedai Tanpa Kedai

(27)

mlpl/smjkpt

Page 26

- Contoh urus niaga yang dijalankan dengan cara ini termasuklah penempahan hotel dan tiket penerbangan.

vi) Televisyen Interaktif (TVi)

- Pengiklanan dilakukan melalui televisyen dan nombor telefon dipaparkan pada skrin. - Bakal pembeli boleh menghubungi penjual dan tempahan terus boleh dilakukan. - Contohnya ialah alat senaman dan aksesori kereta.

3.3.3 Ciri-Ciri Perniagaan Runcit

1. Ciri-ciri-perniagaan runcit kecil-kecilan. a) Memerlukan modal yang kecil.

b) Mudah ditubuhkan kerana modal yang kecil. c) Pengurusan dan pentadbiran tidak rumit.

d) Membeli secara kecil-kecilan daripada pemborong. e) Memberi layanan peribadi.

2. Ciri-ciri-perniagaan runcit besar-besaran. a) Memerlukan modal yang besar.

b) Barang-barang dibeli secara pukal daripada pengeluar.

c) Mengamalkan pengkhususan dan pembahagian kerja dalam pengurusan dan pentadbiran. d) Jualan adalah secara tunai sahaja dan biasanya mengamalkan perkhidmatan layan diri. e) Menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas dan berhawa dingin.

3.4 Perniagaan Borong

1. Perniagaan borong ialah kegiatan membeli barang dalam kuantiti yang besar (pukal) daripada pengeluar dan menjualnya dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit.

3.4.1 Fungsi-Fungsi Pemborong dalam Saluran Agihan

1. Pemborong mempunyai fungsi-fungsi yang berikut:- a) Membeli barang secara pukal dan memecahkan pukal. b) Mengadakan kemudahan pergudangan.

c) Menjadi pemodal dengan membekalkan barang dahulu. d) Menyediakan kemudahan pengangkutan.

e) Menyumbang maklumat tentang pasaran. f) Mengagihkan barang dagangan.

g) Mencari dan memperluaskan peluang pasaran. h) Mengadakan promosi.

2. Perkhidmatan pemborong kepada peruncit. a) Menjual dalam kuantiti yang diperlukan. b) Menjual beraneka jenis barang.

c) Memberi kemudahan kredit.

d) Mengadakan kemudahan pengangkutan e) Mengadakan kemudahan pergudangan. f) Memberi penerangan dan nasihat.

g) Menyediakan barang-barang dalam bentuk yang lebih mudah dijual. h) Memudahkan peruncit mendapat bekalan.

3. Perkhidmatan pemborong kepada pengguna. a) Mengedarkan berbagai-bagai jenis barang.

b) Membantu menyampaikan maklumat bagi menyesuaikan pengeluaran mengikut kehendak pengguna. c) Menstabilkan harga barang-barang.

d) Menyediakan bekalan barang sepanjang tahun. 4. Perkhidmatan pemborong kepada pengeluar.

a) Membeli secara pukal serta memecahkan pukal. b) Membayar dengan segera.

c) Melakukan kerja-kerja akhir.

d) Menyampaikan maklumat-maklumat mengenai pasaran. e) Mengadakan kemudahan pergudangan.

f) Mempromosi, mencari serta memperluas pasaran.

3.4.2 Jenis-Jenis Pemborong

(28)

mlpl/smjkpt

Page 27

Pemborong Berfungsi Penuh

1. Pemborong berfungsi penuh menjalankan semua fungsi pemborong, iaitu: a) Membeli barang

b) Menyediakan pengangkutan c) Menyediakan gudang

d) Memberi kredit kepada peruncit

e) Memberi nasihat kepada peruncit dan pengeluar f) Memberi perkhidmatan selepas jualan

2. Pemborong jenis ini boleh dibahagikan kepada

a) Pemborong Am yang mengendalikan urusan jual beli pelbagai jenis barang yang tiada kaitan antara satu sama lain seperti menjual makanan, barang hiasan dan pakaian.

b) Pemborong Khusus menjalankan perniagaan yang melibatkan sejenis barang yang tertentu sahaja seperti teh, kopi atau beras.

c) Pemborong Satu Barisan menjalankan urusan dalam beberapa jenis barang yang berkaitan seperti memborong hasil ternakan.

Pemborong Berfungsi Terhad

1. Pemborong ini tidak menjalankan semua fungsi pemborong.

2. Pemborong ini menjalankan fungsi-fungsi yang terhad untuk mengurangkan belanja kendalian supaya dapat bersaing dengan pemborong-pemborong lain.

3. Antara pemborong yang tergolong dalam kumpulan ini termasuklah :

a) Pemborong Bayar dan Bawa seperti Makro tidak menyediakan kemudahan kredit dan pengangkutan tetapi pembeli bebas memilih barang-barang jualan yang dipamerkan.

b) Pemborong Pesanan Berwakil menjadi orang tengah antara pengeluar dan pembeli; iaitu menghantar pesanan secara terus daripada pembeli kepada pengeluar contohnya ialah memesan bahan binaan daripada pengeluar.

c) Pemborong Jober Para membekalkan barang-barang yang sudah terkenal seperti minuman Coca-Cola dan roti High Five kepada peruncit. Pemborong itu memberi perkhidmatan menjaga dan mengekalkan stok di atas rak atau para yang disediakan dalam kedai peruncit.

d) Pemborong Perkhidmatan Pengangkutan akan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada pengilang dengan mengangkut barang-barang dalam kuantiti yang besar seperti Kontena Nasional. e) Pemborong Pesanan Mel menerima pesanan melalui pos dan menghantar barang-barang yang dipesan

kepada peruncit melalui pos juga.

Agen dan Broker

1. Pemborong jenis ini merupakan orang tengah yang mewakili pengeluar untuk menjual barang kepada pembeli.

2. Agen atau broker tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang dijual. 3. Ganjaran yang ditrima ialah komisen.

4. Pemborong jenis ini termasuklah:

a) Broker yang tidak memberi sebarang perkhidmatan kewangan, menyimpan atau menghantar barang. Biasanya terlibat dalam urusan jual beli harta seperti bangunan, rumah dan tanah.

b) Agen Penjual menjalankan fungsi pemasaran untuk pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran.

c) Agen Pengeluar dilantik oleh pengeluar untuk memasarkan barang keluarannya. Agen ini menjual mengikut harga dan syarat yang ditetapkan oleh pengeluar.

3.4.3 Pengambilalihan Fungsi Pemborong

Keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan pemborong diambil alih ialah:

 Wujudnya mesin peruncitan automatik.

 Wujud perniagaan runcit besar-besaran.

 Tertubuhnya koperasi-koperasi oleh para pengguna dan pengeluar.

 Pengeluar membuka kedai runcit sendiri.

 Barang-barang yang perlu dibuat secara khusus.

 Pengeluar melantik ejen.

 Wujudnya Lembaga Pemasaran.

(29)

mlpl/smjkpt

Page 28

3.5 Dokumen-dokumen Perniagaan Dalam Negeri

1. Dokumen perniagaan adalah catatan atau rekod perniagaan dalam bentuk bertulis yang menyenaraikan segala maklumat tentang sesuatu urus niaga.

2. Dokumen ini penting kerana ia menunjukkan bukti bahawa sesuatu urus niaga telah berlaku antara penjual dan pembeli.

3.5.1 Jenis-jenis Dokumen Perniagaan Dalam Negeri

Dokumen perniagaan boleh dikelaskan kepada 3 peringkat, iaitu: a) Peringkat sebelum proses jual beli.

b) Peringkat semasa proses jual beli. c) Peringkat selepas proses jual beli.

Peringkat Sebelum Proses Jual Beli

1. Jurnal Perniagaan

Jurnal perniagaan adalah bahan bercetak atau majalah mengenai sesuatu perniagaan. Jurnal ini mengandungi maklumat tentang sumber-sumber bekalan dan pengeluaran.

2. Surat Tanya

Surat tanya adalah surat yang dikirim oleh peruncit kepada pemborong untuk meminta maklumat atau keterangan lanjut mengenai sesuatu barang jualan.

3. Surat Jawapan

Selepas menerima surat tanya daripada peruncit, pemborong akan membalas dengan menghantar surat jawapan. Surat jawapan ini memberi keterangan lanjut mengenai barang-barang jualan pemborong dan disertakan dengan katalog, senarai harga dan sebut harga.

4. Sebut Harga

Sebut harga adalah senarai harga yang menerangkan syarat-syarat jualan barang-barang tertentu yang diminta oleh peruncit sahaja.

5. Senarai Harga

Senarai harga ialah dokumen yang menyatakan harga bagi semua jenis barang yang dijual oleh pemborong. 6. Katalog

Katalog adalah dokumen atau buku bercetak yang mempunyai gambar serta maklumat-maklumat mengenai barang.

7. Risalah

Risalah adalah helaian kertas bercetak yang menunjukkan harga, gambar atau ilustrasi mengenai barang-barang.

Peringkat Semasa Proses Jual Beli

1. Borang Pesanan

Setelah meneliti sebut harga, peruncit akan membuat pesanan. Borang pesanan adalah arahan rasmi oleh peruncit kepada pemborong untuk memesan barang-barang yang dikehendaki.

2. Surat Rujukan Perniagaan

Surat rujukan perniagaan ialah maklumat tentang kedudukan kewangan seseorang peruncit yang diberikan oleh referi (bank peruncit berkenaan).

3. Nota Makluman

Nota makluman dikirimkan kepada peruncit oleh pemborong bagi memaklumkan peruncit bahawa barang-barang itu telah dihantar atau sedang dalam perjalanan.

4. Nota Serahan

Nota serahan mencatatkan jenis dan kuantiti barang yang dihantar kepada peruncit. Harga barang tidak dinyatakan.

5. Nota Kiriman

Nota kiriman adalah dokumen mengenai penghantaran barang-barang dengan pengangkutan awam. Ia dikeluarkan oleh syarikat kurier atau pengangkutan awam sebagai bukti penerimaan barang-barang untuk diangkut kepada peruncit.

6. Invois

Invois adalah dokumen yang mencatatkan maklumat lengkap mengenai semua jenis barang yang telah dijual kepada pelanggan dan jumlah hutangnya.

7. Invois Pro-forma

Adalah sama bentuknya dengan invois biasa tetapi tujuannya adalah untuk: a) Meminta bayaran secara sopan sebelum barang-barang dihantar.

b) Pengesahan setelah barang-barang dihantar kepada pelanggan untuk diuji dan dicuba sebelum dibeli. Jika pembeli bersetuju membelinya, invois pro-forma ini akan berubah menjadi invois biasa.

Referensi

Dokumen terkait

Pembahasan proses pembelajaran di Museum Batik di Pekalongan bertujuan untuk menentukan teori belajar di museum, sehingga dapat dipahami secara komprehensif edukasi apa yang

Pada kedua simulasi tersebut juga akan diperlihatkan deformasi atau perubahan bentuk yang terjadi jika isogrid terkena gaya, baik gaya tekan (bending) maupun gaya

Kepala Balai Pelestarian Cagar Budaya Sumatera Barat; 88.. Kepala Balai Pelestarian

dan pegalaman serta sikap responden. Kemudian kuesioner bagian B tentang Pengetahuan Pertolongan Pertama yang terdiri atas 7 komponen dengan jenis kalimat positif

Soekarno menegaskan bahwa jika agama Islam ingin mengemukakan tuntutan-tuntutan islam ke dalam Negara Indonesia, Dewan Perwakilan Rakyat ini adalah sarana yang

Kecenderungan yang sarna terjadi pada tekanan yang lebih besar (5,4 ton/cm1, akan tetapi panjang pelet mentah UO2 ex-ADU lebih pendek dibandingkan pelet mentah UO2

1) Project leader tetap menjalankan tugas-tugas pokok sebagai Kepala Seksi Kontrak Payung. Selain itu, Project leader ikut merangkap sebagai anggota Kelompok Kerja

bahwa untuk melaksanakan Pasal 13 ayat (2) Peraturan Menteri Kehutanan Nomor : P.54/Menhut-II/2007 tentang Izin Peralatan untuk Kegiatan Izin Usaha Pemanfaatan Hasil Hutan