• Tidak ada hasil yang ditemukan

Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Risalah Data Keselamatan Produk Komersial

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Risalah Data Keselamatan Produk Komersial"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Monsanto (Malaysia) SDN. BHD.

Risalah Data Keselamatan

Produk Komersial

1. PENGENALAN PRODUK DAN SYARIKAT

Nama produk

Roundup Ultra® MAX

Kegunaan produk Racun herba Nama kimia Tidak berkenaan. Sinonim Tiada. Syarikat

Monsanto (Malaysia) SDN. BHD., Pasir Gudang Ind. Estate, Pasir Gudang, 81700, Johor, Malaysia

Telefon: +60-7-251-4588, +60-7-252-3472, Faks: +60-7-251-4581 E-mel: [email protected]

Nombor telefon kecemasan

JIKA TERJADI KECEMASAN, TUMPAHAN, KEBOCORAN, KEBAKARAN, PENDEDAHAN, ATAU KEMALANGAN KIMIA, Telefon +60-7-251-4588

Jika terjadi keracunan, sila hubungi Pusat Racun Negara: 1-800-88-8099 (Waktu pejabat); +60-12-4309499 (Selepas waktu pejabat).

Jika terjadi kecemasan perubatan, sila hubungi talian bebas tol: 00-800-253-78-747/ 02-6542-9595, dan berikan kod produk untuk mendapatkan bantuan.

2. PENGENALAN BAHAYA

Klasifikasi

GHS Rev 3

Kakisan kulit - Kategori 1 Kerosakan mata - Kategori 1

Unsur-unsur label Kata isyarat

Bahaya

Piktogram/piktogram bahaya

Pernyataan/pernyataan bahaya

Menyebabkan luka terbakar kulit yang teruk dan kerosakan mata.

Pernyataan(-pernyataan) waspada

Basuh anggota badan yang mungkin tercemar dengan rapi selepas mengendalikannya. Pakai sarung tangan pelindung/perlindungan mata/perlindungan muka.

Serta-merta hubungi PUSAT RACUN NEGARA atau doktor sekiranya berlaku kejadian keracunan. JIKA PADA KULIT: Basuh dengan sabun dan air banyak.

(2)

JIKA DALAM MATA: Bilas dengan hati-hati menggunakan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika dipakai dan mudah ditanggalkan. Teruskan membilas mata.

Jika kerengsaan mata berterusan: Dapatkan nasihat/rawatan perubatan.

Bahaya lain

Tidak berkenaan.

Rupa dan bau (warna/bentuk/bau)

Biru /Cecair, bebas daripada bahan asing / Tak berbau

Rujuk seksyen 11 bagi maklumat toksikologi dan seksyen 12 bagi maklumat alam sekitar.

3. KOMPOSISI/MAKLUMAT TENTANG RAMUAN

Ramuan Aktif

Garam kalium daripada asid N-(Fosfonometil) Glisin; {Garam kalium daripada asid glifosat} ; {Surfactant}

Komposisi

KOMPONEN No. CAS % mengikut berat (hampiran)

Garam kalium daripada asid glifosat 70901-12-1 50.7 Zat aktif permukaan, air dan ramuan formulasi yang

lain 49.3

Pengenalan bahan kimia yang khusus tidak didedahkan kerana merupakan rahsia dagangan Monsanto Company.

4. LANGKAH- LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

Gunakan perlindungan diri yang disarankan dalam Seksyen 8.

Sentuhan mata

Jika dalam mata, buka kelopak mata dan bilas perlahan-lahan dan secara lembut selama 15-20 minit. Tanggalkan kanta lekap, jika dipakai, selepas lima minit yang pertama, kemudian teruskan membilas mata. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Sentuhan kulit

Tanggalkan pakaian yang tercemar. Bilas kulit serta-merta dengan air banyak selama 15-20 minit. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Penyedutan

Jika disedut, pindahkan mangsa ke udara bersih. Jika mangsa tidak bernafas, hubungi talian kecemasan atau ambulans, kemudian berikan pernafasan bantuan, sebaik-baiknya mulut-ke-mulut, jika dapat. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Penelanan

Hubungi pusat kawalan racun atau doktor dengan serta-merta untuk mendapatkan nasihat rawatan. Suruh mangsa meneguk segelas air jika dapat menelan. Jangan paksa muntah kecuali disuruh oleh pusat racun atau doktor. Jangan berikan apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedar.

Nasihat untuk doktor

(3)

Penawar

Rawatan dengan atropina dan oksima tidak diindikasikan.

5. LANGKAH-LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN

Takat kilat

Tidak mengilat.

Media pemadam

Disarankan: Air, kimia kering, karbon dioksida (CO2), busa

Bahaya kebakaran dan letupan luar biasa

Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Langkah- langkah waspada alam sekitar: lihat seksyen 6.

Hasil berbahaya daripada pembakaran

Karbon monoksida (CO), oksida fosforus (PxOy), oksida nitrogen (NOx)

Peralatan melawan kebakaran

Alat pernafasan swalengkap.

Peralatan harus dinyah cemaran dengan rapi setelah digunakan.

6. LANGKAH- LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN SECARA TIDAK SENGAJA

Langkah- langkah waspada alam sekitar

KUANTITI KECIL:

Bahaya alam sekitar yang rendah. KUANTITI BESAR:

Kurangkan serakan ke paras minimum

Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air.

Kaedah pembersihan

KUANTITI KECIL:

Simbah kawasan tumpahan dengan air. KUANTITI BESAR:

Serap dalam tanah, pasir atau bahan penyerap. Tanah yang sangat tercemar harus digali keluar. Kumpulkan dalam bekas untuk dilupuskan. Rujuk seksyen 7 tentang jenis-jenis bekas.

Bersihkan sisanya dengan kuantiti air sedikit-sedikit

Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Rujuk seksyen 13 tentang pelupusan bahan tumpah.

Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.

7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN

Amalan industri yang baik dari segi mengemas tempat kerja dan kebersihan diri harus diikuti.

Pengendalian

Elakkan sentuhan dengan mata, kulit dan pakaian.

Jangan makan, minum atau merokok apabila menggunakannya. Elakan dari menghidu wap atau kabus semburan.

(4)

Basuh tangan dengan rapi selepas mengendalikan atau bersentuhan dengannya. Basuh pakaian yang tercemar sebelum digunakan semula.

Bersihkan peralatan dengan rapi setelah digunakan.

Jangan cemarkan longkang, pembetung dan saluran air apabila melupuskan air bilasan peralatan. Rujuk seksyen 13 risalah data keselamatan tentang pelupusan air bilasan.

Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk.

PATUHI AMARAN DI LABEL WALAUPUN BEKAS TELAH DIKOSONGKAN.

Penyimpanan

Suhu penyimpanan maksimum: 60 °C

Bahan serasi untuk penyimpanan: keluli tahan karat, aluminium, gentian kaca, plastik, pelapik kaca Bahan tak serasi untuk penyimpanan: keluli galvani, keluli lembut tak berlapik, lihat seksyen 10. Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak.

Jauhkan dari makanan, minuman dan makanan haiwan. Simpan dalam bekas asal sahaja.

8. KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI

Had pendedahan bawaan udara

Komponen Garis Panduan Pendedahan

Garam kalium daripada asid glifosat

Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan. Zat aktif permukaan, air dan

ramuan formulasi yang lain Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan.

Kawalan kejuruteraan

Sediakan kemudahan pancuran mandi keselamatan di setiap lokasi sentuhan kulit boleh terjadi. Sediakan alih udara ekzos setempat.

Perlindungan mata

Jika ada potensi bererti bagi sentuhan: Pakai gogal kimia.

Perlindungan kulit

Pakai sarung tangan kalis bahan kimia. Jika ada potensi bagi sentuhan: Pakai perisai muka.

Pakai pakaian/kasut kalis bahan kimia.

Perlindungan pernafasan

Jika berlebihan pendedahan bawaan udara: Pakai respirator.

Jika respirator penuh muka/tudung/topi keledar dipakai, gogal kimia tidak diperlukan lagi.

Apabila disarankan, rujuk kepada pihak pengilang peralatan pelindung diri tentang jenis peralatan yang wajar bagi aplikasi tertentu.

9. SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA

Data fizikal ini merupakan nilai tipikal berdasarkan bahan yang diuji tetapi mungkin berbeza-beza dari sampel ke sampel. Nilai tipikal tidak harus disimpulkan sebagai analisis terjamin bagi mana-mana kelompok tertentu atau sebagai spesifikasi produk.

(5)

Warna/julat warna: Biru Bau: Tak berbau

Bentuk: Cecair, bebas daripada bahan asing Perubahan bentuk fizikal (melebur, mendidih, dan sebagainya):

Takat lebur: Tiada data. Takat didih: Tidak berkenaan.

Takat kilat: Tidak mengilat. Sifat mudah letup: Tiada sifat mudah letup

Suhu swanyalaan: Tiada data. Graviti tentu: 1.3790

Tekanan wap: Tiada kemeruapan bererti; larutan akueus. Ketumpatan wap: Tidak berkenaan.

Kadar penyejatan: Tiada data. Kelikatan dinamik: Tidak berkenaan. Kelikatan kinematik: Tidak berkenaan.

Ketumpatan: 1.379 g/cm3 @ 25 °C Keterlarutan: Air: Terlarut

pH: 4.3 - 4.8

Pekali pemisahan: log Pow: -3.2 25 °C (glifosat)

10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

Kestabilan

Stabil dalam keadaan pengendalian dan penyimpanan yang normal.

Sifat mengoksida

Tiada

Bahan yang harus dielakkan/Kereaktifan

Bertindak balas dengan keluli galvani atau keluli lembut tak berlapik lalu menghasilkan hidrogen, gas sangat mudah nyala yang boleh meletup.

Penguraian berbahaya

Penguraian terma: Hasil berbahaya daripada pembakaran: lihat seksyen 5

Suhu penguraian swamencepat (SADT)

Tiada data.

11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli toksikologi dan profesional kesihatan lain.

Monsanto belum menjalankan kajian ketoksikan atas produk ini. Data yang didapati tentang komponen diringkaskan di bawah.

N-(Fosfonometilglisin); { Glyphosate} Kegenotoksikan

(6)

Kekarsinogenan

Tidak karsinogenik pada tikus atau tikus putih.

Ketoksikan Perkembangan / Pembiakan , :

Kesan perkembangan dalam tikus dan arnab hanya melalui kewujudan ketoksikan induk yang ketara. Kesan Pembiakan dalam tikus hanya melalui kewujudan ketoksikan induk yang ketara.

12. MAKLUMAT EKOLOGI

Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli ekotoksikologi dan pakar alam sekitar lain. Data yang didapati tentang produk serupa dan tentang komponen diringkaskan di bawah.

Rumusan yang serupa Ketoksikan akuatik, ikan

Ikan Bluegill sunfish (Lepomis macrochirus):

Ketoksikan akut, 96 jam, statik, LC50: 5.2 mg/L Sederhana toksik.

Ikan kap biasa (Cyprinus carpio):

Ketoksikan akut, 96 jam, statik, LC50: 4.0 mg/L Sederhana toksik.

Ketoksikan akuatik, invertebrat

Kutu Air (Daphnia magna):Ketoksikan akut, 48 jam, statik, EC50: 8.0 mg/L

Sederhana toksik.

Rumusan yang serupa

Ketoksikan akuatik, alga/tumbuhan akuatik Alga hijau (Selenastrum capricornutum):

Ketoksikan akut, 72 jam, statik, ErC50 (kadar pertumbuhan): 1.4 mg/L Sederhana toksik.

Alga hijau (Selenastrum capricornutum):

Ketoksikan akut, 72 jam, statik, NOEC (kadar pertumbuhan): 0.22 mg/L

Ketoksikan burung

Burung puyuh Bobwhite (Colinus virginianus):

Ketoksikan oral akut, dos tunggal, LD50: > 2,250 mg/kg berat badan Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan arhropod

Lebah madu (Apis mellifera):

Oral, 48 jam, LD50: > 281 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik.

Lebah madu (Apis mellifera):

Sentuhan, 48 jam, LD50: > 273 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan organisma tanah, invertebrat Cacing tanah (Eisenia foetida):

Ketoksikan akut, 14 hari, LC50: > 10,000 mg/kg tanah kering Boleh dikatakan tidak toksik.

N-(Fosfonometilglisin); { Glyphosate} Biotumpukan

(7)

Ikan Bluegill sunfish (Lepomis macrochirus):

Seluruh ikan: BCF: < 1

Tiada biotumpukan bererti yang dijangkakan.

Pelesapan

Tanah tanih, medan:

Separuh hayat: 2 - 174 hari Koc: 884 - 60,000 L/kg

Terjerap dengan kuat ke tanah.

Air, aerobik:

Separuh hayat: < 7 hari

13. PERTIMBANGAN PELUPUSAN

Produk

Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa. Bakar di dalam penunu khas dengan suhu tinggi yang dikawal.

Bekas

Rujuk pada label bekas untuk maklumat pelupusan. Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk.

Patuhi semua langkah- langkah waspada yang dilabelkan sehingga bekas dibersihkan, dipulihkan semula atau dimusnahkan.

Kosongkan bekas seluruhnya.

Bekas kosong hendaklah dibilas tiga kali atau dibilas dengan pancutan bertekanan. JANGAN cemarkan air apabila melupuskan air bilasan.

Pastikan pembungkusan tidak boleh digunakan semula dengan menebok pada bahagian bawah bekas kosong. JANGAN gunakan semula bekas.

Simpan untuk dipungut oleh perkhidmatan pelupusan bahan buangan yang diluluskan. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar.

Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa.

Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.

14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN

Data yang di sediakan pada seksyen ini adalah sebagai maklumat untuk informasi sahaja. Sila patuh peraturan pengelasan yang sewajarnya bagi tujuan transportasi.

UN3089, BAHAN BERBAHAYA KEPADA ALAM SEKITAR, CECAIR, N.O.S. (amina alkoksilat), 9, III

Catatan

Produk ini tidak tertakluk kepada perundangan pengangkutan jalan sekiranya sebahagian atau kombinasi bungkusan produk ini mengandugi berat bersih yang sama atau tidak melebihi 5 liter.

Kod IMDG

BAHAN PENCEMAR LAUT

(8)

Racun Herba Terdaftar

16. MAKLUMAT LAIN

Maklumat yang diberikan di sini tidak semestinya lengkap, tetapi mewakili data yang relevan dan boleh dipercayai. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa.

Sila rujuk kepada pembekal jika maklumat lanjut diperlukan. Dalam dokumen ini, ejaan Inggeris UK digunakan.

Kesihat

an Kemudahnyalaan Ketidakstabilan Penanda Tambahan

NFPA 2 1 1

0 = Bahaya sedikit sekali, 1 = Bahaya ringan, 2 = Bahaya sederhana, 3 = Bahaya teruk, 4 = Bahaya lampau teruk

Sebutan penuh bagi akronim yang paling kerap digunakan. BCF (Faktor Biokepekatan), BOD (Permintaan Oksigen Biokimia), COD (Permintaan Oksigen Biokimia), EC50 (Kepekatan berkesan 50%), ED50 (Dos berkesan 50%), I.M. (intraotot), I.P. (intraperitoneum), I.V. (intravena), Koc (Pekali penjerapan tanah), LC50 (Kepekatan maut 50%), LD50 (Dos maut 50%), LDLo (Had bawah dos maut), LEL (Had Letupan bawah), LOAEC (Kepekatan Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOAEL (Aras Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOEC (Kepekatan Terendah Kesan Dicerap), LOEL (Aras Terendah Kesan Dicerap), MEL (Had Pendedahan Maksimum), MTD (Dos Toleransi Maksimum), NOAEC (Kepekatan Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOAEL (Aras Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOEC (Kepekatan Tiada Kesan Dicerap), NOEL (Aras Tiada Kesan Dicerap), OEL (Had Pendedahan Kerja), PEL (Had Pendedahan Dibernarkan), PII (Indeks Kerengsaan Primer), Pow (Pekali pemisahan n-oktanol/air), S.C. (subkutaneus), STEL (Had Pendedahan Jangka Pendek), TLV-C (Nilai Had Ambang-Maksimum), TLV-TWA (Nilai Had Ambang - Purata Wajaran Masa), UEL (Had Letupan Atas)

Walaupun maklumat dan saranan yang dibentangkan di sini (seterusnya disebut "Maklumat") disampaikan dengan suci hati dan dipercayai betul pada tarikh yang ternyata di sini, MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak membuat pernyataan tentang kelengkapan atau ketepatan Maklumat tersebut. Maklumat dibekalkan dengan syarat mereka yang menerimanya akan membuat penentuan sendiri tentang kesesuaiannya bagi tujuan tertentu sebelum digunakan.

MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak bertanggungjawab sama sekali bagi apa jua kerosakan akibat penggunaan atau pergantungan pada Maklumat tersebut. TIADA

PERNYATAAN ATAU WARANTI, BAIK SECARA NYATA MAHUPUN TERSIRAT,

TENTANG BOLEH NIAGA, KELAYAKAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, ATAU APA-APA JAMINAN LAIN, DIBERI TENTANG MAKLUMAT ATAU PRODUK YANG DIRUJUK OLEH MAKLUMAT TERSEBUT.

Referensi

Dokumen terkait

Dijangka tidak menghasilkan kesan buruk yang bererti apabila arahan penggunaan yang disarankan dipatuhi.. Penyedutan,

Ketoksikan oral akut (ujian had), dos tunggal, LD50: &gt; 2,000 mg/kg berat badan Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan oral akut, dos tunggal, LD50: &gt; 2,250 mg/kg berat badan Boleh dikatakan tidak toksik. Ketoksikan organisma tanah, invertebrat Cacing tanah

Ketoksikan oral akut, dos tunggal, LD50: &gt; 3,851 mg/kg berat badan Boleh dikatakan tidak

Apabila disarankan, rujuk kepada pihak pengilang peralatan pelindung diri tentang jenis peralatan yang wajar bagi aplikasi tertentu.. SIFAT-SIFAT FIZIKAL

Dijangka tidak menghasilkan kesan buruk yang bererti apabila arahan penggunaan yang disarankan dipatuhi.. Penyedutan,

Dijangka tidak menghasilkan kesan buruk yang bererti apabila arahan penggunaan yang disarankan dipatuhi.. Penyedutan,

Dijangka tidak menghasilkan kesan buruk yang bererti apabila arahan penggunaan yang disarankan dipatuhi.. Penyedutan,