• Tidak ada hasil yang ditemukan

Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Risalah Data Keselamatan Produk Komersial

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Risalah Data Keselamatan Produk Komersial"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Monsanto (Malaysia) SDN. BHD.

Risalah Data Keselamatan

Produk Komersial

1. PENGENALAN PRODUK DAN SYARIKAT

Nama produk

Roundup® WG

Kegunaan produk Racun herba Nama kimia Tidak berkenaan. Sinonim Tiada. Syarikat

Monsanto (Malaysia) SDN. BHD., Pasir Gudang Ind. Estate, Pasir Gudang, 81700, Johor, Malaysia

Telefon: +60-7-251-4588, +60-7-252-3472, Faks: +60-7-251-4581 E-mel: [email protected]

Nombor telefon kecemasan

JIKA TERJADI KECEMASAN, TUMPAHAN, KEBOCORAN, KEBAKARAN, PENDEDAHAN, ATAU KEMALANGAN KIMIA, Telefon +60-7-251-4588

Jika terjadi keracunan, sila hubungi Pusat Racun Negara: 1-800-88-8099 (Waktu pejabat); +60-12-4309499 (Selepas waktu pejabat).

Jika terjadi kecemasan perubatan, sila hubungi talian bebas tol: 00-800-253-78-747/ 02-6542-9595, dan berikan kod produk untuk mendapatkan bantuan.

2. PENGENALAN BAHAYA

Tinjauan umum kecemasan

Rupa dan bau (warna/bentuk/bau): Perang pucat / Butiran / Bahan kimia

MEMUDARATKAN!

MENYEBABKAN KERENGSAAN MATA YANG SEDERHANA TETAPI SEMENTARA MEMUDARATKAN JIKA DITELAN

Kesan kesihatan yang boleh terjadi

Laluan pendedahan yang besar kemungkinan

Sentuhan kulit, sentuhan mata, Penyedutan, penelanan

Sentuhan mata, jangka pendek

Menyebabkan kerengsaan mata yang sederhana tetapi sementara.

Sentuhan kulit, jangka pendek

Dijangka tidak menghasilkan kesan buruk yang bererti apabila arahan penggunaan yang disarankan dipatuhi.

Penyedutan, jangka pendek

Dijangka tidak menghasilkan kesan buruk yang bererti apabila arahan penggunaan yang disarankan dipatuhi.

Penelanan tunggal

Memudaratkan jika ditelan.

Keadaan perubatan yang diburukkan oleh pendedahan

Kehiperpekaan kepada agen pensulfit.

Catatan

Satu peratusan sangat kecil golongan orang yang sangat peka mungkin menderita tindak balas kulit atau pernafasan.

(2)

Kesan yang boleh terjadi pada alam sekitar

Memudaratkan organisma akuatik.

Rujuk seksyen 11 bagi maklumat toksikologi dan seksyen 12 bagi maklumat alam sekitar.

3. KOMPOSISI/MAKLUMAT TENTANG RAMUAN

Ramuan Aktif

Garam Ammonium N-fosnonometil glisin (Garam Ammonium Glifosat); {Garam Ammonium Glifosat}

Komposisi

KOMPONEN No. CAS % mengikut berat (hampiran)

Garam Ammonium Glifosat 40465-66-5 79.2

Zat aktif permukaan dan ramuan formulasi yang sedikit

<=20.8

Sodium Sulfat 7757-83-7 <=0.5

Pengenalan bahan kimia yang khusus tidak didedahkan kerana merupakan rahsia dagangan Monsanto Company.

4. LANGKAH- LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

Gunakan perlindungan diri yang disarankan dalam Seksyen 8.

Sentuhan mata

Jika dalam mata, buka kelopak mata dan bilas perlahan-lahan dan secara lembut selama 15-20 minit. Tanggalkan kanta lekap, jika dipakai, selepas lima minit yang pertama, kemudian teruskan membilas mata. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Sentuhan kulit

Tanggalkan pakaian yang tercemar. Bilas kulit serta-merta dengan air banyak selama 15-20 minit. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Penyedutan

Jika disedut, pindahkan mangsa ke udara bersih. Jika mangsa tidak bernafas, hubungi talian kecemasan atau ambulans, kemudian berikan pernafasan bantuan, sebaik-baiknya mulut-ke-mulut, jika dapat. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Penelanan

Hubungi pusat kawalan racun atau doktor dengan serta-merta untuk mendapatkan nasihat rawatan. Suruh mangsa meneguk segelas air jika dapat menelan. Jangan paksa muntah kecuali disuruh oleh pusat racun atau doktor. Jangan berikan apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedar.

Nasihat untuk doktor

Produk ini bukan perencat kolinesterase.

Penawar

Rawatan dengan atropina dan oksima tidak diindikasikan.

5. LANGKAH-LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN

Takat kilat

(3)

Media pemadam

Disarankan: Air, busa, kimia kering, karbon dioksida (CO2)

Bahaya kebakaran dan letupan luar biasa

Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Langkah- langkah waspada alam sekitar: lihat seksyen 6.

Hasil berbahaya daripada pembakaran

Karbon monoksida (CO), oksida fosforus (PxOy), oksida nitrogen (NOx), oksida sulfur (SOx)

Peralatan melawan kebakaran

Alat pernafasan swalengkap.

Peralatan harus dinyah cemaran dengan rapi setelah digunakan.

6. LANGKAH- LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN SECARA TIDAK SENGAJA

Langkah- langkah waspada alam sekitar

KUANTITI KECIL:

Bahaya alam sekitar yang rendah. KUANTITI BESAR:

Kurangkan serakan ke paras minimum

Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air.

Kaedah pembersihan

KUANTITI KECIL:

Simbah kawasan tumpahan dengan air. KUANTITI BESAR:

Tanah yang sangat tercemar harus digali keluar. Kumpulkan dalam bekas untuk dilupuskan. Rujuk seksyen 7 tentang jenis-jenis bekas.

Bersihkan sisanya dengan kuantiti air sedikit-sedikit

Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Rujuk seksyen 13 tentang pelupusan bahan tumpah.

Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.

7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN

Amalan industri yang baik dari segi mengemas tempat kerja dan kebersihan diri harus diikuti.

Pengendalian

Elakkan sentuhan dengan mata, kulit dan pakaian.

Jangan makan, minum atau merokok apabila menggunakannya.

Basuh tangan dengan rapi selepas mengendalikan atau bersentuhan dengannya. Basuh pakaian yang tercemar sebelum digunakan semula.

Bersihkan peralatan dengan rapi setelah digunakan.

Rujuk seksyen 13 risalah data keselamatan tentang pelupusan air bilasan.

Jangan cemarkan longkang, pembetung dan saluran air apabila melupuskan air bilasan peralatan. Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk.

PATUHI AMARAN DI LABEL WALAUPUN BEKAS TELAH DIKOSONGKAN.

Penyimpanan

Bahan serasi untuk penyimpanan: keluli tahan karat, aluminium, gentian kaca, plastik, pelapik kaca Bahan tak serasi untuk penyimpanan: keluli galvani, keluli lembut tak berlapik, lihat seksyen 10.

(4)

Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak.

Jauhkan dari makanan, minuman dan makanan haiwan. Simpan dalam bekas asal sahaja.

Pastikan bekas sentiasa ditutup ketat dan di tempat yang dingin dan sempurna alih udaranya.

8. KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI

Had pendedahan bawaan udara

Komponen Garis Panduan Pendedahan

Garam Ammonium Glifosat Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan. Zat aktif permukaan dan ramuan

formulasi yang sedikit

Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan. Sodium Sulfat Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan.

Kawalan kejuruteraan

Tiada keperluan khas apabila digunakan mengikut saranan.

Perlindungan mata

Jika ada potensi bererti bagi sentuhan: Pakai gogal habuk.

Perlindungan kulit

Jika sentuhan berulang kali atau berpanjangan: Pakai sarung tangan kalis bahan kimia.

Perlindungan pernafasan

Tiada keperluan khas apabila digunakan mengikut saranan.

Apabila disarankan, rujuk kepada pihak pengilang peralatan pelindung diri tentang jenis peralatan yang wajar bagi aplikasi tertentu.

9. SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA

Data fizikal ini merupakan nilai tipikal berdasarkan bahan yang diuji tetapi mungkin berbeza-beza dari sampel ke sampel. Nilai tipikal tidak harus disimpulkan sebagai analisis terjamin bagi mana-mana kelompok tertentu atau sebagai spesifikasi produk.

Warna/julat warna: Perang pucat Bau: Bahan kimia Bentuk: Butiran

Perubahan bentuk fizikal (melebur, mendidih, dan sebagainya): Takat lebur: Tiada data.

Takat kilat: Tidak berkenaan. Sifat mudah letup: Tiada sifat mudah letup

Suhu swanyalaan: Tidak swanyala. Graviti tentu: Tidak berkenaan.

Tekanan wap: Tiada kemeruapan bererti. Ketumpatan wap: Tidak berkenaan.

Kadar penyejatan: Tidak berkenaan. Kelikatan dinamik: Tidak berkenaan.

(5)

Kelikatan kinematik: Tidak berkenaan.

Ketumpatan: 0.54 - 0.58 g/cm3; (ketumpatan pukal lerai) Keterlarutan: Air: Terlarut

pH: 3.4 - 4.2 @ 15 g/l

Pekali pemisahan: log Pow: -3.02 @ 25 °C (glifosat)

10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

Kestabilan

Stabil dalam keadaan pengendalian dan penyimpanan yang normal.

Sifat mengoksida

tiada

Bahan yang harus dielakkan/Kereaktifan

Bertindak balas dengan keluli galvani atau keluli lembut tak berlapik lalu menghasilkan hidrogen, gas sangat mudah nyala yang boleh meletup.

Penguraian berbahaya

Penguraian terma: Hasil berbahaya daripada pembakaran: lihat seksyen 5

Suhu penguraian swamencepat (SADT)

Tiada data.

11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli toksikologi dan profesional kesihatan lain.

Semua ujian dijalankan menurut garis panduan OECD bagi Amalan Makmal yang Baik (GLP). Data yang didapati tentang produk dan komponen diringkaskan di bawah.

Ketoksikan oral akut

Tikus, LD50 (Kaedah: Prosedur turun naik (OECD 425)): > 5,000 mg/kg berat badan

Boleh dikatakan tidak toksik. FIFRA Category IV.

Tiada kematian.

Ketoksikan kulit akut

Tikus, LD50: > 5,000 mg/kg berat badan

Boleh dikatakan tidak toksik. FIFRA Category IV.

Tiada kematian.

Ketoksikan penyedutan akut Tikus, LC50, 4 jam, aerosol:

Boleh dikatakan tidak toksik.

Tiada LC50 4 jam pada kepekatan diuji maksimum. Tiada kematian. Untuk keperluan ujian penyedutan, produk ini diaerosolkan secara buatan. Oleh kerana tidak akan teraerosol semasa pengangkutan sehingga kepekatan berbahaya, bahan ini diklasifikasikan sebagai tidak berbahaya di bawah peraturan pengangkutan sejajar dengan 2.6.2.2.4.7(b) dan (c) Saranan PBB tentang Pengangkutan Barangan Berbahaya.

Produk ini tidak diaerosolkan sewaktu pengendalian atau sewaktu digunakan. Oleh yang demikian, bahan ini diklasifikasikan sebagai tidak berbahaya di bawah Peraturan CLP (EC 127)

Kerengsaan kulit

Arnab, 3 haiwan, Ujian OECD 404:

Hari untuk sembuh: 3

(6)

Kerengsaan sedikit. FIFRA Category IV.

Kerengsaan mata

Arnab, 3 haiwan, Ujian OECD 405:

Hari untuk sembuh: 3 Skor FHSA: 14/110 Kerengsaan sedikit. FIFRA Category III.

Pemekaan kulit

Tikus belanda, Ujian Buehler 9 aruhan:

Kejadian positif: 0 % Negatif.

Kemutagenan

Ujian(-ujian) kemutagenan in vitro dan in vivo:

Tidak mutagen.

Ketoksikan dos berulang Arnab, kulit, 21 hari:

NOAEL ketoksikan: > 5,000 mg/kg berat badan/hari Sistem/organ sasaran: tiada

Kesan lain: tiada

Tikus, oral, 3 bulan:

NOAEL ketoksikan: > 20,000 mg/kg pemakanan Sistem/organ sasaran: tiada

Kesan lain: tiada

Kesan kronik / kekarsinogenan Tikus, oral, 24 bulan:

NOAEL ketoksikan: ~ 8,000 mg/kg pemakanan Sistem/organ sasaran: mata

Kesan lain: berkurangnya kenaikan berat badan, kesan histopatologi NOEL tumor: > 20,000 ppm

Tumor: tiada

Toksik kepada pembiakan/kesuburan Tikus, oral, 2 generasi:

NOAEL ketoksikan: 10,000 ppm

NOAEL pembiakan: > 30,000 mg/kg pemakanan Sistem/organ sasaran pada induk: tiada

Kesan lain pada induk: berkurangnya kenaikan berat badan Sistem/organ sasaran pada anak: tiada

Kesan lain pada anak: berkurangnya kenaikan berat badan Kesan pada anak hanya dicerap bersama ketoksikan induk.

Ketoksikan/keteratogenan perkembangan Tikus, oral, 6 - 19 hari kehamilan:

NOAEL ketoksikan: 1,000 mg/kg berat badan NOAEL perkembangan: 1,000 mg/kg berat badan

Kesan lain pada ibu haiwan: berkurangnya kenaikan berat badan, pengurangan kadar penerusan hidup Kesan perkembangan: pengurangan berat badan, kehilangan pasca implan, penulangan tertunda Kesan pada anak hanya dicerap bersama ketoksikan induk.

Arnab, oral, 6 - 27 hari kehamilan:

NOAEL ketoksikan: 175 mg/kg berat badan NOAEL perkembangan: 175 mg/kg berat badan Sistem/organ sasaran pada haiwan ibu: tiada

Kesan lain pada ibu haiwan: pengurangan kadar penerusan hidup Kesan perkembangan: tiada

(7)

Sodium Sulfat

PENGALAMAN PENDEDAHAN MANUSIA Sentuhan mata, berlebihan, kerja:

Kesan pada mata: kerengsaan Sentuhan kulit, berlebihan, kerja:

Kesan pada kulit.: kerengsaan, pemekaan pada individu yang rentan Penyedutan, berlebihan, kerja:

Kesan pernafasan: Pemekaan pernafasan, kerengsaan, asma Penelanan, jangka pendek, laporan kes:

Kesan gastrousus: kerengsaan Penelanan, berlebihan, laporan kes:

Kesan gastrousus: diarea, bisa perut

Kesan kardiovaskular: pengurangan tekanan darah (hipotensi)

12. MAKLUMAT EKOLOGI

Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli ekotoksikologi dan pakar alam sekitar lain. Data yang didapati tentang produk dan komponen diringkaskan di bawah.

Ketoksikan akuatik, ikan

Ikan Zebra (Brachydanio rerio):

Ketoksikan akut, 96 jam, statik, EC50: 102 mg/L Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan akuatik, invertebrat Kutu Air (Daphnia magna):

Ketoksikan akut (ujian had), 48 jam, statik, EC50: > 100 mg/L Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan akuatik, alga/tumbuhan akuatik Alga hijau (Pseudokirchneriella subcapitata):

Ketoksikan akut, 72 jam, ErC50 (kadar pertumbuhan): 51 mg/L Toksik sedikit.

Alga hijau (Pseudokirchneriella subcapitata):

Ketoksikan akut, 72 jam, NOEC: 10 mg/L

Ketoksikan burung

Puyuh jepun (Coturnix coturnix japonica):

Ketoksikan oral akut (ujian had), dos tunggal, LD50: > 2,000 mg/kg berat badan Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan arhropod

Lebah madu (Apis mellifera):

Sentuhan, 48 jam, LD50: > 100 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik.

Lebah madu (Apis mellifera):

Oral, 48 jam, LD50: > 104.8 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan organisma tanah, invertebrat Cacing tanah (Eisenia foetida):

Ketoksikan akut (ujian had), 14 hari, LC50: > 1,000 mg/kg tanah kering Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan organisma tanah, mikroorganisma Ujian penjelmaan nitrogen dan karbon:

(8)

N-(phosphonomethyl)glycine; { glyphosate} Ketoksikan burung

Burung puyuh Bobwhite (Colinus virginianus):

Ketoksikan pemakanan, 5 hari, LC50: > 4,640 mg/kg pemakanan Tidak lebih daripada sedikit toksik.

Itik mallard (Anas platyrhynchos):

Ketoksikan pemakanan, 5 hari, LC50: > 4,640 mg/kg pemakanan Tidak lebih daripada sedikit toksik.

Burung puyuh Bobwhite (Colinus virginianus):

Ketoksikan oral akut, dos tunggal, LD50: > 3,851 mg/kg berat badan Boleh dikatakan tidak toksik.

Biotumpukan

Ikan Bluegill sunfish (Lepomis macrochirus):

Seluruh ikan: BCF: < 1

Tiada biotumpukan bererti yang dijangkakan.

Pelesapan

Tanah tanih, medan:

Separuh hayat: 2 - 174 hari Koc: 884 - 60,000 L/kg

Terjerap dengan kuat ke tanah.

Air, aerobik:

Separuh hayat: < 7 hari

13. PERTIMBANGAN PELUPUSAN

Produk

Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar. Bakar di dalam penunu yang wajar.

Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa.

Bekas

Lihat masing-masing label bekas untuk maklumat pelupusan. Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk.

Patuhi semua langkah- langkah waspada yang dilabelkan sehingga bekas dibersihkan, dipulihkan semula atau dimusnahkan.

Kosongkan bekas seluruhnya.

Pastikan pembungkusan tidak boleh digunakan semula. JANGAN gunakan semula bekas.

Simpan untuk dipungut oleh perkhidmatan pelupusan bahan buangan yang diluluskan. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar.

Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa.

Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.

14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN

Data yang di sediakan pada seksyen ini adalah sebagai maklumat untuk informasi sahaja. Sila patuh peraturan pengelasan yang sewajarnya bagi tujuan transportasi.

Tidak Merbahaya bersesuaian dengan peraturan DOT, ICAO/IATA, IMO, TDG .

(9)

UNTUK TUJUAN KAWAL SELIA SAHAJA

16. MAKLUMAT LAIN

Maklumat yang diberikan di sini tidak semestinya lengkap, tetapi mewakili data yang relevan dan boleh dipercayai. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa.

Sila rujuk kepada pembekal jika maklumat lanjut diperlukan. Dalam dokumen ini, ejaan Inggeris UK digunakan.

Kesihat an Kemudahnyala an Ketidakstabila n Penanda Tambahan NFPA 1 0 1

0 = Bahaya sedikit sekali, 1 = Bahaya ringan, 2 = Bahaya sederhana, 3 = Bahaya teruk, 4 = Bahaya lampau teruk

Sebutan penuh bagi akronim yang paling kerap digunakan. BCF (Faktor Biokepekatan), BOD (Permintaan Oksigen Biokimia), COD (Permintaan Oksigen Biokimia), EC50 (Kepekatan berkesan 50%), ED50 (Dos berkesan 50%), I.M. (intraotot), I.P. (intraperitoneum), I.V. (intravena), Koc (Pekali penjerapan tanah), LC50 (Kepekatan maut 50%), LD50 (Dos maut 50%), LDLo (Had bawah dos maut), LEL (Had Letupan bawah), LOAEC (Kepekatan Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOAEL (Aras Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOEC (Kepekatan Terendah Kesan Dicerap), LOEL (Aras Terendah Kesan Dicerap), MEL (Had Pendedahan Maksimum), MTD (Dos Toleransi Maksimum), NOAEC (Kepekatan Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOAEL (Aras Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOEC (Kepekatan Tiada Kesan Dicerap), NOEL (Aras Tiada Kesan Dicerap), OEL (Had Pendedahan Kerja), PEL (Had Pendedahan Dibernarkan), PII (Indeks Kerengsaan Primer), Pow (Pekali pemisahan n-oktanol/air), S.C. (subkutaneus), STEL (Had Pendedahan Jangka Pendek), TLV-C (Nilai Had Ambang-Maksimum), TLV-TWA (Nilai Had Ambang - Purata Wajaran Masa), UEL (Had Letupan Atas)

Walaupun maklumat dan saranan yang dibentangkan di sini (seterusnya disebut "Maklumat") disampaikan dengan suci hati dan dipercayai betul pada tarikh yang ternyata di sini, MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak membuat pernyataan tentang kelengkapan atau ketepatan Maklumat tersebut. Maklumat dibekalkan dengan syarat mereka yang menerimanya akan membuat penentuan sendiri tentang kesesuaiannya bagi tujuan tertentu sebelum digunakan.

MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak bertanggungjawab sama sekali bagi apa jua kerosakan akibat penggunaan atau pergantungan pada Maklumat tersebut. TIADA

PERNYATAAN ATAU WARANTI, BAIK SECARA NYATA MAHUPUN TERSIRAT,

TENTANG BOLEH NIAGA, KELAYAKAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, ATAU APA-APA JAMINAN LAIN, DIBERI TENTANG MAKLUMAT ATAU PRODUK YANG DIRUJUK OLEH MAKLUMAT TERSEBUT.

Referensi

Dokumen terkait

Evaluasi terhadap aspek konteks dan input yang dilakukan oleh tim I menggunakan kriteria penilaian sebagai berikut: (1) alasan penentuan standar kompetensi, kompetensi dasar, dan

Hasil penelitian ini menyatakan bahwa terdapat perbedaan signifikan antara Pembelajaran Pendidikan Kewarganegaraan Berbasis Masalah Kontekstual dengan Pembelajaran

Berdasarkan hal di atas, yang menjadi fokus masalah penelitian ini yaitu jenis-jenis perilaku indisipliner apa yang dilakukan siswa dan bagaimanakah upaya mengatasi

4. Apakah terdapat perbedaan yang positif signifikan participatory skills siswa pada kelas yang menggunakan model problem based learning dengan kelas yang

Fungsi Pendidikan Hukum dalam PKn ini berarti bahwa program pendidikan ini diarahkan untuk membina peserta didik sebagai warga negara yang memiliki kesadaran hukum

Dalam perkuliahan ini dibahas prinsip-prinsip dasar umum pengelolaan pendidikan, Organisasi depdiknas dan lembaga-lembaga yang menangani ABK, Pengelolaan

Upaya Penerapan Model Blended-Leaning Untuk Meningkatkan Kemampuan Berpikir Kritis Dalam Pembelajaran Sejarah.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dijelaskan sebelumnya, bahwa yang menjadi fokus masalah dalam kegiatan pembelajaran IPS di kelas III SDN Ampeldento 02