• Tidak ada hasil yang ditemukan

Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Risalah Data Keselamatan Produk Komersial

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Risalah Data Keselamatan Produk Komersial"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Monsanto (Malaysia) SDN. BHD.

Risalah Data Keselamatan

Produk Komersial

1. PENGENALAN PRODUK DAN SYARIKAT

Nama produk

Roundup Dura

Kegunaan produk Racun herba Nama kimia Tidak berkenaan. Sinonim Tiada. Syarikat

Monsanto (Malaysia) SDN. BHD., Pasir Gudang Ind. Estate, Pasir Gudang, 81700, Johor, Malaysia

Telefon: +60-7-251-4588, +60-7-252-3472, Faks: +60-7-251-4581 E-mel: safety.datasheet@monsanto.com

Nombor telefon kecemasan

JIKA TERJADI KECEMASAN, TUMPAHAN, KEBOCORAN, KEBAKARAN, PENDEDAHAN, ATAU KEMALANGAN KIMIA, Telefon +60-7-251-4588

Jika terjadi keracunan, sila hubungi Pusat Racun Negara: 1-800-88-8099 (Waktu pejabat); +60-12-4309499 (Selepas waktu pejabat).

Jika terjadi kecemasan perubatan, sila hubungi talian bebas tol: 00-800-253-78-747/ 02-6542-9595, dan berikan kod produk untuk mendapatkan bantuan.

2. PENGENALAN BAHAYA

Tinjauan umum kecemasan

Rupa dan bau (warna/bentuk/bau): Biru jernih / Cecair / Tak berbau

AWAS!

MUNGKIN MENYEBABKAN KERENGSAAN MATA

MUNGKIN MENYEBABKAN KERENGSAAN SALUR PERNAFASAN

Kesan kesihatan yang boleh terjadi

Laluan pendedahan yang besar kemungkinan

Sentuhan kulit, Penyedutan, sentuhan mata

Sentuhan mata, jangka pendek

Mungkin menyebabkan kerengsaan mata sementara.

Sentuhan kulit, jangka pendek

Dijangka tidak menghasilkan kesan buruk yang bererti apabila arahan penggunaan yang disarankan dipatuhi.

Penyedutan, jangka pendek

Mungkin menyebabkan kerengsaan salur pernafasan.

Rujuk seksyen 11 bagi maklumat toksikologi dan seksyen 12 bagi maklumat alam sekitar.

3. KOMPOSISI/MAKLUMAT TENTANG RAMUAN

Ramuan Aktif

(2)

Komposisi

KOMPONEN No. CAS % mengikut berat (hampiran)

Garam kalium daripada asid glifosat 70901-12-1 47.4 Zat aktif permukaan, air dan ramuan formulasi yang

lain

52.6

Pengenalan bahan kimia yang khusus tidak didedahkan kerana merupakan rahsia dagangan Monsanto Company.

4. LANGKAH- LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

Gunakan perlindungan diri yang disarankan dalam Seksyen 8.

Sentuhan mata

Jika dalam mata, buka kelopak mata dan bilas perlahan-lahan dan secara lembut selama 15-20 minit. Tanggalkan kanta lekap, jika dipakai, selepas lima minit yang pertama, kemudian teruskan membilas mata. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Sentuhan kulit

Tanggalkan pakaian yang tercemar. Bilas kulit serta-merta dengan air banyak selama 15-20 minit. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Penyedutan

Jika disedut, pindahkan mangsa ke udara bersih. Jika mangsa tidak bernafas, hubungi talian kecemasan atau ambulans, kemudian berikan pernafasan bantuan, sebaik-baiknya mulut-ke-mulut, jika dapat. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Penelanan

Hubungi pusat kawalan racun atau doktor dengan serta-merta untuk mendapatkan nasihat rawatan. Suruh mangsa meneguk segelas air jika dapat menelan. Jangan paksa muntah kecuali disuruh oleh pusat racun atau doktor. Jangan berikan apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedar.

Nasihat untuk doktor

Produk ini bukan perencat kolinesterase.

Penawar

Rawatan dengan atropina dan oksima tidak diindikasikan.

5. LANGKAH-LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN

Takat kilat

Tidak mengilat.

Media pemadam

Disarankan: Air, busa, kimia kering, karbon dioksida (CO2)

Bahaya kebakaran dan letupan luar biasa

Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Langkah- langkah waspada alam sekitar: lihat seksyen 6.

Hasil berbahaya daripada pembakaran

(3)

Peralatan melawan kebakaran

Alat pernafasan swalengkap.

Peralatan harus dinyah cemaran dengan rapi setelah digunakan.

6. LANGKAH- LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN SECARA TIDAK SENGAJA

Langkah- langkah waspada alam sekitar

KUANTITI KECIL:

Bahaya alam sekitar yang rendah. KUANTITI BESAR:

Kurangkan serakan ke paras minimum

Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air.

Kaedah pembersihan

KUANTITI KECIL:

Simbah kawasan tumpahan dengan air. KUANTITI BESAR:

Serap dalam tanah, pasir atau bahan penyerap. Tanah yang sangat tercemar harus digali keluar. Kumpulkan dalam bekas untuk dilupuskan. Rujuk seksyen 7 tentang jenis-jenis bekas.

Bersihkan sisanya dengan kuantiti air sedikit-sedikit

Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar.

Rujuk seksyen 13 tentang pelupusan bahan tumpah.

Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.

7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN

Amalan industri yang baik dari segi mengemas tempat kerja dan kebersihan diri harus diikuti.

Pengendalian

Elakkan sentuhan dengan mata, kulit dan pakaian.

Jangan makan, minum atau merokok apabila menggunakannya.

Basuh tangan dengan rapi selepas mengendalikan atau bersentuhan dengannya.

Jangan cemarkan longkang, pembetung dan saluran air apabila melupuskan air bilasan peralatan. Bersihkan peralatan dengan rapi setelah digunakan.

Rujuk seksyen 13 risalah data keselamatan tentang pelupusan air bilasan. Basuh pakaian yang tercemar sebelum digunakan semula.

Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk.

PATUHI AMARAN DI LABEL WALAUPUN BEKAS TELAH DIKOSONGKAN.

Penyimpanan

Suhu penyimpanan maksimum: 50 °C

Bahan serasi untuk penyimpanan: keluli tahan karat, gentian kaca, plastik, pelapik kaca

Bahan tak serasi untuk penyimpanan: keluli galvani, keluli lembut tak berlapik, lihat seksyen 10. Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak.

Jauhkan dari makanan, minuman dan makanan haiwan. Simpan dalam bekas asal sahaja.

Jauhkan dari sinar matahari langsung.

8. KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI

Had pendedahan bawaan udara

(4)

Garam kalium daripada asid glifosat

Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan.

Zat aktif permukaan, air dan ramuan formulasi yang lain

Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan.

Kawalan kejuruteraan

Sediakan alih udara ekzos setempat.

Perlindungan mata

Jika ada potensi bererti bagi sentuhan: Pakai gogal kimia.

Perlindungan kulit

Tiada keperluan khas apabila digunakan mengikut saranan. Jika sentuhan berulang kali atau berpanjangan:

Pakai sarung tangan kalis bahan kimia.

Perlindungan pernafasan

Jika berlebihan pendedahan bawaan udara: Pakai respirator.

Apabila disarankan, rujuk kepada pihak pengilang peralatan pelindung diri tentang jenis peralatan yang wajar bagi aplikasi tertentu.

9. SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA

Data fizikal ini merupakan nilai tipikal berdasarkan bahan yang diuji tetapi mungkin berbeza-beza dari sampel ke sampel. Nilai tipikal tidak harus disimpulkan sebagai analisis terjamin bagi mana-mana kelompok tertentu atau sebagai spesifikasi produk.

Warna/julat warna: Biru jernih Bau: Tak berbau Bentuk: Cecair

Perubahan bentuk fizikal (melebur, mendidih, dan sebagainya): Takat lebur: Tiada data.

Takat didih: Tiada data. Takat kilat: Tidak mengilat. Sifat mudah letup: Tiada data.

Suhu swanyalaan: Tiada data. Graviti tentu: 1.343 @ 25 °C

Tekanan wap: Tiada kemeruapan bererti; larutan akueus. Ketumpatan wap: Tidak berkenaan.

Kadar penyejatan: Tiada data. Kelikatan dinamik: Tidak berkenaan. Kelikatan kinematik: Tiada data.

Ketumpatan: 1.343 g/cm3 @ 25 °C

Keterlarutan: Air: Terlarutcampur sepenuhnya. pH: 4.7

Pekali pemisahan: log Pow: -3.2 @ 25 °C (glifosat)

(5)

Kestabilan

Stabil dalam keadaan pengendalian dan penyimpanan yang normal.

Sifat mengoksida

Tiada data.

Bahan yang harus dielakkan/Kereaktifan

Bertindak balas dengan keluli galvani atau keluli lembut tak berlapik lalu menghasilkan hidrogen, gas sangat mudah nyala yang boleh meletup.

Penguraian berbahaya

Penguraian terma: Hasil berbahaya daripada pembakaran: lihat seksyen 5

Suhu penguraian swamencepat (SADT)

Tiada data.

11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli toksikologi dan profesional kesihatan lain.

Data yang didapati tentang produk serupa dan tentang komponen diringkaskan di bawah.

Similar formulation Ketoksikan oral akut

Tikus, betina, LD50 (Kaedah: Prosedur turun naik (OECD 425)): > 5,000 mg/kg berat badan

FIFRA kategori IV.

Tiada kematian. Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan kulit akut

Tikus, LD50: > 5,000 mg/kg berat badan

FIFRA kategori IV.

Boleh dikatakan tidak toksik.

Kerengsaan kulit

Arnab, 3 haiwan, Ujian OECD 404:

Hari untuk sembuh: 2

Indeks Kerengsaan Primer (PII): 1.0/8.0 FIFRA kategori IV.

Kerengsaan sedikit.

Kerengsaan mata

Arnab, 3 haiwan, Ujian OECD 405:

Hari untuk sembuh: 7 FIFRA kategori III. Kerengsaan sederhana.

Pemekaan kulit

Tikus belanda, Ujian Buehler 3 aruhan:

Kejadian positif: 0 % Negatif. N-(Fosfonometilglisin); { Glyphosate} Kegenotoksikan Tidak genotoksik. Kekarsinogenan

(6)

Ketoksikan Perkembangan / Pembiakan , :

Kesan perkembangan dalam tikus dan arnab hanya melalui kewujudan ketoksikan induk yang ketara. Kesan Pembiakan dalam tikus hanya melalui kewujudan ketoksikan induk yang ketara.

12. MAKLUMAT EKOLOGI

Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli ekotoksikologi dan pakar alam sekitar lain.

Data yang didapati tentang produk serupa dan tentang komponen diringkaskan di bawah.

Similar formulation Ketoksikan akuatik, ikan

Ikan rainbow trout (Oncorhynhus mykiss):

Ketoksikan akut, 96 jam, Separa statik, LC50: 3.13 mg/L Sederhana toksik.

Ketoksikan akuatik, invertebrat

Kajian ketoksikan atas satu spesies Daphnia belum dijalankan dengan produk ini. Umumnya, Daphnia ditunjukkan memiliki kepekaan serupa seperti ikan terhadap produk glifosat.

Ketoksikan akuatik, alga/tumbuhan akuatik Alga hijau (Selenastrum capricornutum):

Ketoksikan akut, 72 jam, statik, ErC50 (kadar pertumbuhan): 0.294 mg/L Sangat toksik.

Ketoksikan arhropod

Lebah madu (Apis mellifera):

Sentuhan, 48 jam, LD50: > 250 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik.

Lebah madu (Apis mellifera):

Oral, 48 jam, LD50: > 238.8 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan organisma tanah, invertebrat Cacing tanah (Eisenia foetida):

Ketoksikan akut, 14 hari, LC50: > 10,000 mg/kg tanah kering Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan organisma tanah, mikroorganisma Ujian penjelmaan nitrogen dan karbon:

40 L/ha, 28 hari: Kurang daripada 25% kesan pada proses penjelmaan nitrogen atau karbon dalam tanah.

N-(Fosfonometilglisin); { Glyphosate} Ketoksikan akuatik, invertebrat

Kutu Air (Daphnia magna):Ketoksikan akut, 48 jam, statik, EC50: 780 mg/L

Boleh dikatakan tidak toksik.

Ketoksikan burung

Burung puyuh Bobwhite (Colinus virginianus):

Ketoksikan oral akut, dos tunggal, LD50: > 3,851 mg/kg berat badan Boleh dikatakan tidak toksik.

Biotumpukan

Ikan Bluegill sunfish (Lepomis macrochirus):

Seluruh ikan: BCF: < 1

Tiada biotumpukan bererti yang dijangkakan.

Pelesapan

Tanah tanih, medan:

(7)

Koc: 884 - 60,000 L/kg

Terjerap dengan kuat ke tanah.

Air, aerobik:

Separuh hayat: < 7 hari

13. PERTIMBANGAN PELUPUSAN

Produk

Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar. Lupuskan sebagai bahan buangan industri yang berbahaya. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa.

Bekas

Lihat masing-masing label bekas untuk maklumat pelupusan. Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk.

Patuhi semua langkah- langkah waspada yang dilabelkan sehingga bekas dibersihkan, dipulihkan semula atau dimusnahkan.

Kosongkan bekas seluruhnya.

Bekas kosong hendaklah dibilas tiga kali atau dibilas dengan pancutan bertekanan. JANGAN cemarkan air apabila melupuskan air bilasan.

Pastikan pembungkusan tidak boleh digunakan semula. JANGAN gunakan semula bekas.

Simpan untuk dipungut oleh perkhidmatan pelupusan bahan buangan yang diluluskan. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar.

Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa.

Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.

14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN

Data yang di sediakan pada seksyen ini adalah sebagai maklumat untuk informasi sahaja. Sila patuh peraturan pengelasan yang sewajarnya bagi tujuan transportasi.

Tidak dikawal selia bagi pengangkutan di bawah Peraturan IMO atau IATA/ICAO

15. MAKLUMAT KAWAL SELIA

UNTUK EKSPORT SAHAJA

16. MAKLUMAT LAIN

Maklumat yang diberikan di sini tidak semestinya lengkap, tetapi mewakili data yang relevan dan boleh dipercayai. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa.

Sila rujuk kepada pembekal jika maklumat lanjut diperlukan.

Sebutan penuh bagi akronim yang paling kerap digunakan. BCF (Faktor Biokepekatan), BOD (Permintaan Oksigen Biokimia), COD (Permintaan Oksigen Biokimia), EC50 (Kepekatan berkesan 50%), ED50 (Dos berkesan 50%), I.M. (intraotot), I.P. (intraperitoneum), I.V. (intravena), Koc (Pekali penjerapan tanah), LC50 (Kepekatan maut 50%), LD50 (Dos maut 50%), LDLo (Had bawah dos maut), LEL (Had Letupan bawah), LOAEC (Kepekatan Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOAEL (Aras Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOEC (Kepekatan Terendah Kesan Dicerap), LOEL (Aras Terendah Kesan Dicerap), MEL (Had Pendedahan Maksimum), MTD (Dos Toleransi Maksimum), NOAEC (Kepekatan Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOAEL (Aras Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOEC (Kepekatan Tiada Kesan Dicerap), NOEL (Aras Tiada Kesan Dicerap), OEL (Had Pendedahan Kerja), PEL (Had Pendedahan Dibernarkan), PII (Indeks Kerengsaan Primer), Pow (Pekali pemisahan n-oktanol/air), S.C. (subkutaneus), STEL (Had Pendedahan Jangka Pendek), TLV-C (Nilai Had Ambang-Maksimum), TLV-TWA (Nilai Had Ambang - Purata Wajaran Masa), UEL (Had Letupan Atas)

(8)

Walaupun maklumat dan saranan yang dibentangkan di sini (seterusnya disebut "Maklumat") disampaikan dengan suci hati dan dipercayai betul pada tarikh yang ternyata di sini, MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak membuat pernyataan tentang kelengkapan atau ketepatan Maklumat tersebut. Maklumat dibekalkan dengan syarat mereka yang menerimanya akan membuat penentuan sendiri tentang kesesuaiannya bagi tujuan tertentu sebelum digunakan.

MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak bertanggungjawab sama sekali bagi apa jua kerosakan akibat penggunaan atau pergantungan pada Maklumat tersebut. TIADA

PERNYATAAN ATAU WARANTI, BAIK SECARA NYATA MAHUPUN TERSIRAT,

TENTANG BOLEH NIAGA, KELAYAKAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, ATAU APA-APA JAMINAN LAIN, DIBERI TENTANG MAKLUMAT ATAU PRODUK YANG DIRUJUK OLEH MAKLUMAT TERSEBUT.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam perkuliahan ini dibahas prinsip-prinsip dasar umum pengelolaan pendidikan, Organisasi depdiknas dan lembaga-lembaga yang menangani ABK, Pengelolaan

Upaya Penerapan Model Blended-Leaning Untuk Meningkatkan Kemampuan Berpikir Kritis Dalam Pembelajaran Sejarah.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dijelaskan sebelumnya, bahwa yang menjadi fokus masalah dalam kegiatan pembelajaran IPS di kelas III SDN Ampeldento 02

Berdasarkan pembahasan diatas, dapat diketahui bahwa penerapan pembelajaran menggunakan model pembelajaran inkuiri dengan pendekatan SAVI pada materi luas permukaan dan

Berdasarkan temuan penelitian sebagaimana dideskripsikan di atas, maka dapat disimpulkan bahwa persepsi guru-guru SLB–C tentang model evaluasi kemajuan belajar yang

Keputusan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia Nomor 0489/V/1992 tentang Sekolah..

Berdasarkan gambar diatas dimana saat user menginputkan kata kemudian sistem akan menampung kata di dalam array, lalu memotongnya untuk kemudian di cek di didalam tabel

Sementara kelas kontrol didapatkan hasil sebanyak 67 peserta didik menjawab setuju untuk menjadi anggota koperasi atau mendirikan koperasi, 82 peserta didik menjawab setuju