• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF PRESTASI KUTIPAN DANA WAKAF DI SELANGOR. Dewiyana Binti Saparudin 1 Md Yazid Bin Ahmad 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF PRESTASI KUTIPAN DANA WAKAF DI SELANGOR. Dewiyana Binti Saparudin 1 Md Yazid Bin Ahmad 2"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF PRESTASI KUTIPAN DANA WAKAF DI SELANGOR

Dewiyana Binti Saparudin1 Md Yazid Bin Ahmad2

ABSTRAK

Tujuan utama Kertas kerja ini adalah untuk melihat keberkesanan Wakaf tunai di Selangor atau lebih dikenali dengan “Saham Wakaf” dari perspektif prestasi kutipan dana wakaf. Keberkesanan wakaf tunai akan dikaitkan dengan peningkatan jumlah kutipan dana wakaf itu sendiri. Sekiranya prestasi kutipan meningkat maka kutipan dana tersebut dikatakan berkesan dan berjaya. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang menyokong keberkesanan wakaf tunai dari perspektif prestasi kutipan dana wakaf di Selangor. Sampel kajian adalah dari 9 buah daerah di Selangor dan ejen-ejen wakaf yang telah dipilih secara strata berasaskan jenis kutipan dana wakaf. Kategori kutipan dana wakaf tunai adalah wakaf Am dan Wakaf Khas. Kaedah kutipan yang dilaksanakan melalui Skim Infaq, perlantikan ejen-ejen penerangan dan kutipan serta Sahabat korporat. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan kaedah persampelan berstrata, analisis dokumen dan kajian lapangan (temu bual). Ianya digunakan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang faktor-faktor keberkesanan wakaf tunai dari perspektif prestasi kutipan dana wakaf di Selangor. Hasil kajian mendapati terdapat 6 faktor utama iaitu: perancangan yang rapi di dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT), produk-produk wakaf yang terkini dan latihan kakitangan serta jalinan kerjesama “ Smart Patnership” dengan syarikat-syarikat korporat telah menyumbang kepada keberkesanan wakaf tunai di mana prestasi kutipan dana telah meningkat dari tahun-tahun sebelumnya dan seterusnya program pengagihannya mula dapat dikembangkan secara menyeluruh di Selangor.

Kata kunci: Keberkesanan, Wakaf Tunai,Prestasi Kutipan Dana Wakaf

PENDAHULUAN

Keberkesanan sering dikaitkan dengan kejayaan sesuatu organisasi, produk barangan atau keberkesanan teknik-teknik pengajaran di sekolah-sekolah dan sebagainya. Tiada istilah khusus untuk menentukan kayu pengukur sesuatu keberkesanan itu. Ianya akan berlaku bergantung kepada cara dan teknik kajian untuk menilai sesuatu keberkesanan. Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996), maksud keberkesanan ialah menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu

1 Pelajar Sarjana Pengajian Islam, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah

seliaan Ustaz Md Yazid Bin Ahmad.ensyarah Kanan, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

(2)

golongan dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan dan sebagainya).

Keberkesanan kutipan dana wakaf seringkali menjadi perhatian masyarakat sebagai penanda aras bahawa organisasi yang menguruskan wakaf prihatin terhadap amalan berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah. Kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk mengkaji keberkesanan wakaf tunai di negeri Selangor yang dikenali dengan nama Saham Wakaf Selangor dari perspektif prestasi kutipan dana wakaf.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan wakaf tunai di Selangor melalui prestasi kutipan dana wakaf tersebut. Selain itu juga, kajian ini akan melihatkan instrumen-instrumen wakaf yang digunakan untuk mencapai keberkesanan wakaf tunai di Selangor.

PERMASALAHAN KAJIAN

Urus Tadbir wakaf di Malaysia terletak dibawah bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan secara umumnya, ia ditadbir melalui unit-unit kecil di Baitul Mal. Majlis Agama Islam Negeri merupakan pemegang amanah tunggal bagi harta wakaf di setiap negeri. Sebagai Pemegang Amanah Tunggal bagi harta-harta wakaf berkenaan, majlis berhak untuk mentadbir dan menjalankan sebarang kegiatan pembangunan ke atas harta wakaf tersebut, serta memungut sebarang hasil daripadanya. Majlis juga berkewajipan mengagihkan hasil yang diperolehi kepada mereka yang berhak menerimanya. (Mahmood Zuhdi Hj. Abd. Rashid 1999). Manakala menurut Shahnaz Sulaiman (2008) di Malaysia, tanggungjawab untuk memajukan harta wakaf dipelopori oleh MAIN sebagai al-mutawalli atau pentadbir harta-harta wakaf perlu memainkan peranan yang penting untuk mengurus dan menggemblengkan harta wakaf melalui pelbagai instrumen moden iaitu melalui saham wakaf, pengsekuritian aset wakaf menerusi sukuk dan lain-lain. Walaupun pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan MAIN dalam usaha untuk membangunkan harta wakaf di Malaysia, namun masih terdapat beberapa permasalahan yang menyebabkan pembangunan harta wakaf itu terbantut dan akhirnya tidak dapat untuk diteruskan.

LITERATUR REVIEW

Kajian lepas menyatakan salah satu cara atau mekanisme membangunkan dan mengembangkan harta wakaf kepada yang lebih optimum dengan cara berwakaf tunai sebagai satu alternatif (Baharudin Sayin 2011), menggalakkan pemberian melalui pelaburan dalam bentuk saham mahupun tunai (Mohd Daud Bakar 1999) dan (Siti Mashitoh 2000), perlunya perlaksanaan Skim Wakaf Tunai di Malaysia (Azri Ahmad 2008). Di samping itu, menurut kajian Habib Ahmad (2004) pula, peranan wakaf dalam mengurangkan kemiskinan di beberapa buah Negara termasuk Malaysia telah merumuskan bahawa harta wakaf yang boleh menyumbang kepada pembangunan adalah harta wakaf dalam bentuk umum dan mengesyorkan agar harta wakaf dioptimumkan pembangunan dan penggunaannya dengan mewujudkan model alternatif seperti wakaf tunai, pelaburan dan lain-lain lagi. Oleh itu, perlaksanaan wakaf tunai dapat dilihat sebagai satu bentuk alternatif untuk berwakaf bagi membantu menyelesaikan perkembangan pembangunan harta wakaf di Malaysia.

(3)

Menurut kajian Mahmod Zuhdi Hj. Abd. Rashid (1999) pentadbiran harta-harta wakaf di Malaysia diletakkan dibawah Majlis Agama Islam Negeri MAIN dan sebagai pemegang Amanah tunggal bagi harta-harta wakaf berkenaan, majlis berhak untuk mentadbir dan menjalankan sebarang kegiatan pembangunan ke atas harta wakaf tersebut, juga memungut sebarang hasil daripadanya. Menurut Zainal Abidin Bin Jaafar 1999). Penyertaan , kesedaran kerjasama semua pihak perlu untuk sama-sama membanbgunkan harta wakaf. Mohd Daud Bakar (1999) dan Siti Mashitoh (2000) mencadangkan supaya diwujudkan badan yang boleh menguruskan harta wakaf dari aspek Pemegang Amanah. Syed Mohd Ghazali Wafa (2010) menegaskan agar mengambil iktibar daripada sejarah amalan wakaf di dalam tamadun Islam serta amalan “endowmen” di dunia Barat, mekanisme atau kaedah wakaf tunai (asset cair) dalam berbagai aplikasi atau produk perlu dilaksanakan dengan segera. Pembangunan ini dapat dipercepatkan melaalui badan khas di peringkat negeri dan kebangsaan dengan mengambil pelajaran daripada perkembangan institusi-institusi zakat.

METODOLOGI KAJIAN

Secara keseluruhannya kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Dalam kajian ini, pengkaji mengguna pakai kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Namun demikian, kajian ini lebih cenderung dan tertumpu kepada kajian lapangan untuk mendapatkan penjelasan. Manakala, kajian lapangan, kaedah temu bual tidak berstruktur digunakan ke atas beberapa individu yang terlibat secara khusus dalam pengurusan kutipan dana wakaf, seperti pegawai dan individu terlibat bagi mendapatkan maklumat berkaitan kutipan dana wakaf dan perlaksanaan kaedah kutipan yang digunapakai. Maklumat yang telah diterima dan terkumpul akan di analisis kesahihannya berdasarkan pendekatan deskriptif dan komparatif. Kajian ini juga menggunakan persampelan berstrata bagi mendapatkan gambaran keseluruhan tentang faktor-faktor keberkesanan wakaf tunai dari perspektif prestasi kutipan dana wakaf di Selangor.

WAKAF TUNAI

Secara dasarnya amalan wakaf daripada harta alih pula, perwakafannya adalah tidak sah berdasarkan kepada analogi keperluan syarat kekal yang menjadi kehendak utama dalam sesuatu perwakafan. Adalah sukar untuk memastikan harta alih ini kekal abadi hingga ke akhirnya memandangkan ianya mudah rosak dan binasa. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan yang membolehkan perwakafan daripada harta alih ini. Imam Syafie sendiri berpandangan bahawa setiap harta yang boleh dijual-beli boleh juga diwakafkan selagi manfaat yang dinikmati oleh penerimanya dapat diperoleh secara kekal. Pandangan ini turut dipelopori oleh mazhab-mazhab lain seperti Hambali dan Maliki (Siti Mashitah Mahamood 2007: 65).

Berwakaf menggunakan wang tunai adalah satu bentuk produk wakaf yang semakin dikenali di negara-negara dan masyarakat Islam namun masih kurang dieksploitasi secara meluas dan menyeluruh di Malaysia. Setakat ini, hanya beberapa buah negeri sahaja termasuk Selangor yang telah melancarkan wakaf berasaskan wang tunai atau yang dikenali sebagai Saham Wakaf. Dalam konteks ini, perkataan saham adalah bermaksud merujuk kepada faedah yang akan diterima setelah orang yang berwakaf meninggal dunia (Hasnol Zam Zam Ahmad 2007: 10).

Wakaf dalam bentuk wang tunai mengikut kemampuan individu dan dilakukan secara tabarru’ (sumbangan). Saham yang telah dibeli akan distibdalkan (gantian tanah)

(4)

dengan harta kekal seperti tanah, bangunan atau projek-projek yang boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat Islam. Dari aspek hukum, wakaf dalam bentuk saham ini selaras dengan prinsip dan konsep wakaf yang asal dan dibolehkan oleh syarak (Abu Bakar Manat, 2007: 56).

FATWA WAKAF TUNAI

Dari aspek hukum, wakaf dalam bentuk saham ini selaras dengan prinsip dan konsep wakaf yang asal dan dibolehkan oleh syarak. (Abu Bakar Manat, 2007: 56) Ini bertepatan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Kuala Terengganu yang telah memutuskan bahawa berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam.

SAHAM WAKAF SELANGOR

Segala pengurusan dan pentadbiran harta umat Islam diuruskan oleh satu sistem pengurusan yang mantap melalui Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah peruntukan undang-undang yang dinamakan Enakmen Wakaf Negeri. Melalui kaedah wakaf tunai ini, umat Islam dapat menunaikan ibadah wakaf dengan mudah. Dengan jumlah minima hanya RM 10.00 dan tanpa had maksimum, umat Islam di Malaysia dapat berwakaf mengikut kemampuan berbanding dengan wakaf-wakaf lain seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang mempunyai nilai yang tinggi.

Di samping itu melalui wakaf tunai, ganjaran kepada pewakaf sama dengan wakaf-wakaf lain, iaitu selagi harta yang terkumpul dimanfaatkan, ganjaran kepada pewakaf-wakaf berkekalan semasa hidup atau selepas meninggal dunia. Manfaat daripada harta kekal yang diperoleh daripada dana wakaf tunai dapat dikongsi oleh masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi umat Islam. Tambahan pula, pemilikan aset yang diperoleh daripada dana wakaf tunai dikekalkan supaya dapat dimanfaatkan dan digunakan berulang kali.

Kini, pihak MAIS telah melaksanakan beberapa perancangan untuk menjadikan institusi wakaf berperanan dalam membangunkan ekonomi ummah merangkumi harta alih dan harta tak alih iaitu pengurusan wakaf dengan menggunakan wang tunai atau lebih dikenali dengan Saham Wakaf. Ia adalah satu kaedah berwakaf melalui wang tunai iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang ditawarkan oleh MAIS sebagai pemegang amanah dan mewakafkan unit-unit saham tersebut selamanya dengan niat kerana Allah SWT untuk tujuan kepentingan, kemaslahatan dan kebajikan ummah. Berhubung dengan wakaf tunai, Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) No.7,1999, Seksyen 17(1) menyatakan:-

(1) Majlis boleh menawarkan saham wakaf terhadap apa-apa harta yang diperolehinya atau yang akan diperolehinya kepada mana-mana orang untuk saham-saham itu dibeli dan kemudiannya diwakafkan kepada Majlis.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan di Majlis Agama islam Selangor (MAIS) dari tahun 2003 hingga 2010 Skim Saham Wakaf Selangor berjaya mengumpul dana wakafnya sebanyak RM 35,140,930.35. Rujuk Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Kutipan Saham Wakaf Selangor Dari Tahun 2003 Hingga 2010 (Wakaf AM dan Wakaf Khas)

(5)

Bil Tahun Jumlah Kutipan (Rm) 1 2003 4,512,669.74 2 2004 4,546,360.00 3 2005 2,297,923.20 4 2006 1,221,215.08 5 2007 947,344.40 6 2008 1,237,195.80 7 2009 9,106,682.00 8 2010 1,127,1540.13 Jumlah Keseluruhan 35,140,930.35

Sumber: Laporan Tahunan MAIS tahun 2005-20103

PENUBUHAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR

Namun begitu, pada tahun 2011 pihak MAIS telah mengorak langkah ke hadapan dengan melakukan satu transformasi ekonomi iaitu menubuhkan sebuah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk memastikan pengurusan wakaf di Selangor mendapat pengiktirafan sewajarnya dan lebih berkesan. Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), MAIS telah ditubuhkan di bawah Seksyen 8 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 11 Januari 2011.

PWS telah memulakan operasi secara sepenuhnya pada bulan Mei 2011. Fungsi PWS adalah memberi nasihat kepada Majlis berkenaan dengan dasar , cara dan langkah yang perlu dilaksanakan dan diambil untuk menggalakkan pembangunan harta dan produk wakaf. PWS telah memulakan operasi membuat kutipan pada Jun 2011. Pada tahun 2011 kutipan dana saham wakaf Selangor (am) berjaya di kutip oleh PWS sebanyak RM 993,341.69. Pada tahun 2012, kutipan dana saham wakaf Selangor telah menunjukkan peningkatan sebanyak 3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM 4,004,452.00. Manakala pada Januari hingga Oktober 2013 kutipan dana saham wakaf Selangor meningkat lagi 72.9% iaitu sebanyak RM 5,491,400.56 dari tahun sebelumnya.

Prestasi kutipan dari tahun Jun 2011 sehingga Oktober 2013 telah di ambil alih oleh PWS amat memberangsangkan. Kutipan saham wakaf ini terdiri daripada kutipan ibu pejabat, kutipan dari 9 buah daerah, kutipan melalui skim infaq atau pemotongan gaji dan kutipan melalui ejen-ejen yang dilantik. Disamping itu, PWS juga mempergiatkan usaha bagi meningkatkan lagi jumlah kutipan dengan memberi kesedaran kepada

(6)

orang ramai khususnya melalui program penerangan berkenaan kepentingan berwakaf seperti Pelancaran Bulan Wakaf, Bulan Mesra Industri (BUMI) dan forum Perdana Wakaf. 4

4 Laporan tahunan Perbadanan Wakaf Selangor 2012

0.00 500,000.00 1,000,000.00 1,500,000.00 2,000,000.00 2,500,000.00 3,000,000.00 3,500,000.00 4,000,000.00 4,500,000.00 K UT IPA N

RM

RM

(7)

PWS juga membuat kutipan untuk Saham Wakaf Selangor (khas) bagi sepanjang tahun 2011 ialah sebanyak RM 1,734,450.80 dan menjadikan kutipan terkumpul bagi tahun tersebut adalah RM 33,395,954.50. Walau bagaimanapun kutipan wakaf khas bagi tahun 2012 ialah RM 7,648,764.00 dan kutipan terkumpul sehingga tahun 2012 ialah RM 21,227,220.58. Baki terkumpul wakaf Khas ini menunjukkan penurunan kerana projek wakaf khas iaitu masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong telah selesai sepenuhnya dan bayaran telah di buat kepada pihak terbabit.

Faktor Keberkesanan prestasi kutipan dana saham wakaf selangor juga boleh diukur melalui Pencapaian Prestasi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PWS. Melalui SKT , kita dapat melihat bagaimana PWS merancang untuk memastikan jumlah kutipan Saham Wakaf Selangor sentiasa meningkat. Diantara yang disasarkan dalam SKT PWS ialah seperti Program-program Penerangan,“Smart Patnership“ syarikat-syarikat korporat, produk-produk baru wakaf, Ejen penerangamn dan kutipan dan Ejen kutipan Bank. Program penerangan untuk produk wakaf tunai, le tour wakaf dan skim infaq bagi tahun 2012 PWS telah berjaya membuat 91 program penerangan kepada jabatan kerajaan, swasta, sekolah kementerian dan sekolah Jabatan Agama Islam Selangor. Manakala jumlah pewakaf yang telah menyertai skim infaq adalah seramai 6026 orang dan jumlah kutipan adalah sebanyak RM 714,574.00. Bagi tahun 2013 pula, program penerangan tidak berubah iaitu masih kekal 91 program . Akan tetapi jumlah pewakaf yang membuat skim infaq telah meningkat dari 6026 orang kepada 8,572

(8)

orang dan menjadikan jumlah kutipan melalui skim infaq berjumlah RM 1,606,907.00.5

Smart Patnership dengan syarikat-syarikat korporat (Sahabat Korporat) juga telah menyumbang kepada peningkatan kutipan dana saham wakaf Selangor . Pada bulan Januari tahun 2013 PWS telah menjalinkan kerjasama dengan Bank Muammalat Berhad dengan nama Wakaf Selangor Muammalat dan telah berjaya megumpulkan dana melalui wakaf Selangor Muammalat adalah sebanyak RM 2,420,057.27.6

Di samping itu juga, PWS telah memperkenalkan produk-produk wakaf yang baru seperti wakaf emas dan wakaf seni yang mana semua ini telah dilancarkan pada tahun 2013. Pada tahun pertama pelancaran wakaf emas PWS telah berjaya menerima emas sebanyak 344.57 gram dengan nilai berjumlah RM 34,341.00.7

Selain itu juga, PWS juga telah mewujudkan ejen Kutipan Bank atau dengan kata lain sistem berwakaf menggunakan perkhidmatan bank. Bank yang pertama bersetuju dengan cadangan PWS adalah dari Maybank Berhad dengan menggunan perkhidmatan Auto debit Maybank dan bermula pada Julai hingga November 2013 jumlah penyumbang melalui perkhidmatan ini ialah sebanyak RM 10,540.00 dengan pewakaf seramai 90 orang. Perkembangan terkini pihak RHB dan Bank Rakyat pula akan mula menyertai dan menggunakan perkhidmatan auto debit untuk memudahkan berwakaf di kalangan masyarakat Islam khususnya.8

Peningkatan Prestasi kutipan dana saham wakaf selangor juga dipengaruhi dengan adanya promosi saham wakaf dimedia-media elektronik dan media cetak. Selain itu juga, kekuatan yang ada pada negeri selangor dalam mempromosikan amalan berwakaf, dengan mewujudkan DUTA wakafnya sendiri iaitu Ust Don Danial.

KESIMPULAN

Keberkesanan wakaf tunai dilihat dari perspektif prestasi kutipan dana wakaf di Selangor dipengaruhi oleh beberapa faktor di antaranya adalah membuat perancangan yang rapi di dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT), penjenamaan produk-produk wakaf dan program-program wakaf yang terkini dan latihan kakitangan serta jalinan kerjasama “Smart Patnership” dengan syarikat-syarikat korporat telah menyumbang kepada keberkesanan wakaf tunai di mana prestasi kutipan dana telah meningkat dari tahun-tahun sebelumnya dan seterusnya program pengagihannya mula dapat dikembangkan secara menyeluruh di Selangor.

RUJUKAN

Azri Ahmad. 2008. Pelaksanaan skim wakaf tunai oleh Yayasan Waqaf Malaysia. Jurnal Pengurusan Wakaf Zakat dan Haji. 2(2): 87-98.

Asmak Abd. Rahman. 2009. Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia. Jurnal Syariah. Jil. 17(1): 113-152.

5 Laporan Pencapaian Prestasi Sasaran kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2013 6

Laporan Pencapaian Prestasi Sasaran kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2013

7 Laporan Pencapaian Prestasi Sasaran kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2013 8 Laporan Pencapaian Prestasi Sasaran kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2013

(9)

Baharudin Sayin, Siti Khadijah Ab. Manan, Asmak Ali dan S.Salahudin Suyurno. 2011. Kefahaman Warga UiTM Di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan Terhadap Konsep Waqaf. Dalam Isu-Isu Semasa Mengenai Waqaf. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Universiti Teknologi Mara Shah Alam. 1-26 Baharudin Sayin. 2011. Hala Tuju Wakaf Tunai. dalam Isu-Isu Semasa Mengenai

Waqaf. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Universiti Teknologi Mara Shah Alam. 55-82

Naziree bin Md Yusof, 2010, Saham wakaf Selangor : Hala Tuju Dan Potensi Dalam Pembangunan Masyarakat, Prosiding Konvensyen Kebangsaan, Perancangan dan Pengurusan Harta dalam Islam 2010, Bilik Senat bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia. 109-125.

Siti Mashitoh Mahamood. 2007. Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah Dan Undang-Undang Serta Aplikasinya Di Malaysia. Jurnal Syariah. 15:2 61-63.

http://www.mais.net.my/index.php?option=com_content&view=article&catid=16%3 Laporan Pencapaian Prestasi Sasaran kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2013

Referensi

Dokumen terkait

Motivasi dalam melakukan vandalisme yang berasal dari dalam individu (intrinsik) adalah untuk mencapai suatu tujuan tertentu, yaitu memperkenalkan suatu ideologi,

Dari beberapa pendapat ahli diatas, dapat disimpulkan bahwa beban kerja merupakan tugas yang diberikan oleh perusahaan kepada karyawan untuk diselesaikan dalam jangka waktu

Ruang lingkup penelitian ini adalah film “Negeri Tanpa Telinga” karya Lola Amaria yang di produksi oleh Lola Amaria (LA) Production, dengan durasi 110

adalah Functionality dengan bobot faktor sebesar 0,24. Admin berpendapat bahwa perangkat lunak harus memenuhi fungsi pelayanan yang dibutuhkan pengguna akhir, data

Seperti yang telah disebutkan di atas bahwa salah satu indikator guru yang profesional adalah dapat menulis karya tulis ilmiah dalam bidang pendidikan sebagai

Bumi Rotan Jaya dengan menggunakan Siklus PDCA dan DELTA, serta alat bantu statistik dan pengendalian kualitas lainnya.Berdasarkan penelitian yang dilakukan maka

Untuk mengetahui lebih jelasnya persentase sebelum dengan sesudah dilaksanakan bimbingan kelompok terhadap Peningkatan motivasi berprestasi siswa non unggulan sebelum dan

Metode LZW lebih efektif dalam pengkompresian audio dan video karena data hasil kompresinya menghasilkan ukuran file yang lebih kecil dibandingkan dengan menggunakan