• Tidak ada hasil yang ditemukan

Case Study Anemia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Case Study Anemia"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Anemia dalam kalangan ibu mengandung merupakan salah satu masalah utama di Malaysia dan negara membangun yang lain. Penyaringan awal berdasarkan faktor risiko boleh membantu pihak kesihatan mengenalpasti kes yang berpotensi mendapat masalah anemia semasa mengandung dan diteruskan untuk tujuan merawat. Ini disebabkan Anemia boleh menimbulkan pelbagai komplikasi seperti kerencatan pertumbuhan janin, lahirmati dan kematian ibu semasa kelahiran.Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung. Bagi menganalisa anemia semasa mengandung definasi berdasarkan paras hemoglobin mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selalu digunakan iaitu paras hemoglobin kurang dari 11.0 g/dl. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun ibu tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, ibu masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Gejala yang paling biasa berlaku adalah kepada penghidap anemia semasa hamil adalah cepat mengalami rasa letih, lemah anggota dan sering pengsan, kelihatan pucat, mengalami kesukaran bernafas/sesak nafas, sentiasa merasa loya, mengalami debaran (palpitasi) iaitu dengupan jantung yang cepat, sakit kepala dan pening. Penyebab utama anemia semasa kehamilan adalah Kekurangan Zat besi (Iron), asid folik dan Vitamin B1 juga berkemungkinan disebabkan oleh ibu mempunyai penyakit kronik lain dan penyakit darah seperti thalasaemia.

(2)

PENYATAAN MASALAH

Kuala Tomani merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Tenom. Kajian ini telah dijalankan selama sebulan dan populasi sasaran adalah semua wanita mengandung yang datang ke Klinik Kesihatan Kuala Tomani, Tenom bagi mengetahui faktor serta punca-punca anemia semasa kehamilan. Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal telah dijalankan oleh doktor, selain ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Kajian perincian telah dilakukan terhadap seorang pesakit yang mengalami anemia semasa kehamilannya. Berikut merupakan butir-butir kajian perincian pesakit;

 Nama :Leila Binti Simon  No. IC : 911207-12-6533  No. Pendaftaran : 120/12

Leila merupakan seorang surirumah tangga yang berasal dari Kg, Skim Kuala Tomani berumur 22 tahun dan berbangsa Murut. Beliau datang ke Klinik Kesihatan Kuala Tomani setelah mendapati dirinya mengalami tanda- tanda kehamilan. Ujian UPT telah dijalankan ke atas Leila dan didapati positif. Setelah temuh ramah dijalankan ke atas klien, klien menyatakan bahawa beliau pernah mengalami „morning-sickness‟ yang teruk, letih lesu dan selera makan berkurangan. Pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas klien mendapati berat badan beliau adalah 45kg, konjuntiva pucat dan bibir beliau kering. Ujian FBC yang dijalankan ke atas klien mendapati paras Hb beliau adalah rendah iaitu 9.1 g/dL sahaja. Klien kemudiannya dirujuk kepada doktor untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

(3)

PENCARIAN LITERATUR

Anemia berdasarkan Wikipedia merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Greek yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Arisman, 2007 menyatakan bahawa anemia adalah keadaan dimana kadar penurunan hemoglobin, hematokrit dan jumlah sel darah merah dibawah nilai normal oleh seseorang itu, manakala Soebroto (2010) mendefinisikan anemia sebagai penyakit kurang darah yang ditandai dengan kadar hemoglobin dan sel darah (eritrosit) lebih rendah dibandingkan normal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan laporannya menyatakan hampir 50% ibu mengandung di seluruh dunia mengalami anemia. Di negara maju prevalen anemia dalam kalangan ibu mengandung adalah 18% dan di negara membangun pula, prevalennya adalah 56%. WHO juga menyatakan bahawa taburan anemia dikatakan paling tinggi di Asia Selatan di mana tiga perempat daripada jumlah ibu mengandung mengalami masalah anemia.

Terdapat beberapa kajian mengenai Anemia semasa kehamilan diseluruh Malaysia disebabkan implikasi yang melibatkan dua individu iaitu bayi serta ibu. Berdasarkan kajian “Prevalen Anemia semasa mengandung dan faktor-faktor mempengaruhi di Johor Bahru” menyimpulkan bahawa kekerapan mengambil pil ferus merupakan risiko utama anemia semasa mengandung. Oleh itu pihak kesihatan awam perlu menekankan kepatuhan pengambilan pil ferus bagi mencegah dan merawat anemia semasa mengandung.

Kajian di Singapura pula menunjukkan prevalen anemia semasa melahirkan anak adalah 15.3% dan 81.3% daripada kes anemia tersebut disebabkan oleh kekurangan zat besi.

(4)

PENGKELASAN KETERUKAN ANEMIA

Paras Hb (g/dl) Tahap Keterukan Anemia

< 6.9 Sangat Teruk

6.9 < 8.0 Teruk

8.0 < 9.5 Sederhana

9.5 < 10.5 Ringan

Melalui ujian darah „Full blood count‟ yang dijalankan keatas klien, didapati beliau menghidap anemia dan klien dinasihati berjumpa doktor untuk tindakan serta rawatan lanjut. Ujian FBC ini terdiri daripada RBC, white blood cell count, haemoglobin, buse, creatinine,LFT dan ESR.

Pemantauan: Pemeriksaan kandungan yang berkala serta pemantauan paras Hb yang berterusan dilakukan setiap kali lawatan klien ke untuk sepanjang tempoh kehamilan. Pemantauan terhadap gejala anemia ibu turut dititikberatkan bagi menilai serta memastikan kesihatan ibu pada tahap yang memuaskan.

(5)

PERBINCANGAN

Antara masalah yang boleh terjadi kepada bayi jika seseorang itu menghidapi anemia adalah boleh menyebabkan kematian janin disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen, kelahiran bayi yang tidak cukup bulan serta kelahiran bayi yang kurang berat badan. Manakala bagi ibu pula masalah yang boleh terjadi kepada ibu jika menghidapi anemia adalah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat yang boleh menyebabkan pre-eklampsia, kekurangan bekalan darah semasa dan selepas bersalin, keguguran malah kematian.

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair. Elak pengambilan ubat haematinik tersebut bersama-sama dengan susu atau kopi, gantikan dengan jus buah-buahan.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin.Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran seperti kekacang, brokoli, asparagus,serta jus dan buah-buahan sitrus. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu. Wanita hamil juga harus mendapatkan rehat dan tidur yang cukup selain bijak mengatasi stress dalam kehidupan seharian.

(6)

CADANGAN

Dalam kes Leila, setelah pemeriksaan dilakukan ,doctor telah memberi nasihat dan penerangan mengenai amalan pemakanan ubatan yang perlu untuk ibu mengandung yang mengalami anemia. Ubatan yang telah diberikan kepada Leila adalah :

 Tab.Ferrous Fumerate 400mg TDS  Tab.Folic Acid 5mg OD

 Tab.VIT C 100mg OD  Tab.B Complex OD

„Double haematinik‟ diamalkan klien sepanjang tempoh kehamilan sehingga tempoh gestasi 36 minggu, suntikan imferon juga akan diberikan sekiranya kadar Hb yang rendah walaupun selepas menerima double haematinik sejak sebulan memulakannya.

Pendidikan kesihatan berterusan juga dilakukan di klinik kesihatan yang diberikan oleh Jururawat Masyarakat setiap kali lawatan klien ke klinik. Nasihat pemakanan sihat, kepentingan ubat-ubatan dan gejala-gejala anemia juga telaah diterangkan kepada klien. Secara umumnya, pihak hospital haruslah mengadakan beberapa bengkel serta kempen kesedaram kepada setiap individu agar mereka sedar akan tanggungjawab serta keperluan diri mereka. Antara aktiviti yang sepatutnya diadakan;

a. Bengkel Klinik kehamilan

Bengkel nasihat mengenai “klinik” kehamilan sepanjang sembilan bulan harus diberikan kepada ibu-ibu mengandung ataupun kepada wanita yang sudah berkahwin bagi menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan ibu serta bayi bagi mengelakkan sebarang implikasi serta gangguan tumbesaran bayi. Bahan-bahan pendidikan yang berupa risalah mengenai anemia diedarkan dan ceramah-ceramah di kelas keibubapaan oleh anggota kesihatan juga dilaksanakan untuk penyebaran maklumat. Pendidikan kesihatan haruslah diperkasakan agar ibu-ibu mengandung ini patuh kepada pengambilan ubat-ubatan sepanjang kehamilan.

(7)

b. Kempenkesedaranpemakanansihat

Bengkel pengambilan pemakanan yang sihat seperti makanan kaya dengan zat besi, makanan yang meningkatkan penyerapan dan mengurangkan penghalang penyerapan zat besi juga telah diberi oleh pegawai zat makanan kepada untuk ibu-ibu yang sedang hamil khususnyapenghidap anemia sebagai langkah untuk mengatasi masalah anemia. Selain itu pemberian hematinik (ferrous fumarate, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks) harus dijalankan secara percuma.

c. Pemindahandarah

Secara umumnya, pemindahan darah merupakan jalan yang terakhir untuk mendapatkan zat besi. Hal ini kerana terdapat beberapa kes menunjukkan keadaan ibu tersebut bertambah teruk dalam kaedah pemindahan darah. Oleh sebab itu, hanya ibu yang betul-betul memerlukan pemindahan darah (transfusi darah) boleh mendapatkan transfusi darah.

(8)

RUMUSAN

Melalui kajian ini, dapat dirumuskan bahawa anemia merupakan penyakit yang berbahaya kepada ibu serta bayi yang dikandung yang mana keduanya akan berhadapan dengan komplikasi yang berbahaya seperti kematian. Oleh itu langkah awal harus dibuat bagi mengelak, serta bagi mengesan anemia semasa kehamilan.

Ibu haruslah sentiasa menjalankan „klinik‟ sepanjang kehamilan bagi mendapatkan imunisasi secukupnya serta mendapatkan khidmat nasihat bagi memastikan tumbesaran bayi adalah sihat di dalam rahim juga selepas dilahirkan.

Oleh itu, sebagai Penolong Pengawai Perubatan saya amat menitikberatkan kesihatan serta rawatan klinikal ibu mengandung serta pendidikan kesihatan bagi wanita yang suda berkahwin. Saya juga menyeru agar para suami mengambil berat setiap keperluan isteri yang hamil.

Prognosis

• Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk kesihatan anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa memastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.

• Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.

• Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

(9)

SENARAI RUJUKAN

1. WHO. World health report. Geneva: World Health Organization, 2001.

2. Siti Khatijah AR., et al. Prevalen Anemia semasa mengandung dan faktor-faktor mempengaruhi di Johor Bahru. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2010.

3. Malaysian Journal of Public Health Medicine.2010.

4. http://en.wikipedia.org/wiki/Anemia

5. Dr.Suhazeli Abdullah. Anemia SemasaMengandung. (Slide show)

6. Dr. NiniShuhaida Mat Harun. Anemia kalanganibumengandung. KlinikKesihatanSeberangTakir. (Slide show).

(10)

LAMPIRAN

Gambar 1. Menunjukkan sel darah merah yang kecil dan pucat.

Gambar 2. Sel darah merah dalam keadaan normal (kiri), manakala gambaran sel darah merah yang mengalami anemia (kanan).

(11)

Gambar

Gambar 2. Sel darah merah dalam keadaan normal (kiri), manakala  gambaran sel  darah  merah yang mengalami anemia (kanan)

Referensi

Dokumen terkait

Pada saat pengambilan keputusan untuk melakukan pembelian terhadap suatu produk atau jasa adanya kepercayaan merek dan harga yang ditawarkan, akan diawali oleh

Distribusi marjin, share, serta rasio keuntungan dan biaya pemasaran bunga mawar potong pada saluran yang kedua ini melibatkan 3 lembaga pemasaran, yaitu

bangunan tidak signifikan. Menggunakan taraf signifikansi 5% dengan memakai uji dua arah dan derajat kebebasan adalah 2 dari tabel statistik memperoleh t 2;0,025 =

Metode penelitian yang digunakan adalah studi kasus sedangkan metode pengambilan data menggunakan purposive sampling dengan pertimbangan kelengkapan data tampilan

Continue care yang dapat dilakukan perawat komunitas untuk mengatasi masalah anemia pada remaja putri diantaranya melaporkan kondisi keluarga setelah dilakukan

Pada tahap ini penelitian menggunakan metode servqual untuk menemukan tingkat esesuaian dari kualitas website CBT pengambilan nilai, metode analisis kesenjangan untuk mencari nilai

https://doi.org/10.3889/oamjms.2022.8487 eISSN: 1857-9655 Category: E - Public Health Section: Public Health Epidemiology Adequate Vitamin A Levels with Stunting Adolescents of