• Tidak ada hasil yang ditemukan

TASKA IDAMAN BAIDURI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TASKA IDAMAN BAIDURI"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

TASKA IDAMAN BAIDURI

NO 278, LORONG PINGGIRAN 1A,

BANDAR SEREMBAN SELATAN,

71450 SG GADUT,

NEGERI SEMBILAN

(2)

FALSAFAH TASKA IDAMAN BAIDURI

VISI

Ingin menjadi “One Stop Centre” pusat pendidikan awal kanak-kanak yang mampu menyediakan perkhidmatan untuk semua peringkat umur kanak-kanak dari bayi hingga 12 tahun.

MISI

Untuk menyediakan penjagaan dan program yang berkualiti bagi semua kanak-kanak kurniaan Tuhan yang telah dianugerahkan kepada kita.

Untuk menjadi pusat asuhan dan pendidikan yang menjadi pilihan utama semua dalam industri perkembangan kanak-kanak yang berkualiti dengan biaya yang munasabah dan fleksibel menurut cara-cara yang sebaiknya.

KEUTAMAAN

Memberi keutamaan kepada kualiti perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada pelanggan, ibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang berkualiti merangkumi ilmu rohani dan duniawi demi perkembangan yang menyeluruh. Mengutamakan kepentingan kanak-kanak daripada diri sendiri dalam apa jua situasi. Melayan kanak-kanak dengan sebaik-baiknya tanpa ada sikap pilih kasih serta tidak menggunakan 3 K- Kekasaran Fizikal, Kekasaran Bahasa dan Kekasaran Suara.

MEMAHAMI KONSEP

Setiap Anak Adalah Khalifah Allah, Setiap Anak Adalah Permata Negara, Setiap Anak Adalah Unik,

(3)

KEUNGGULAN TASKA IDAMAN BAIDURI

Ditubuhkan pada Januari 2014

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, dengan menggunapakai

kurikulum PERMATA.

Nisbah guru dan anak yang kecil bagi menjamin kualiti pengasuhan & pendidikan yang berkualiti

TASKA :- Bayi 0-1 tahun (1 : 3),

Toddlers 1-2 tahun (1 : 5)

TRANSIT TADIKA / SEKOLAH :- maksimum 9 orang

Pencapaian anak-anak yang telah diasuh dan dididik boleh berdikari dan berjati diri, bijak mengurus diri serta cerdik berketerampilan, mahir berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa ternyata berbeza daripada anak yang berada di rumah dengan penjagaan pembantu rumah, nenek, ahli keluarga lain , pengasuh atau ke Taska lain.

Aktiviti perkembangan menyeluruh berpusatkan kanak-kanak (child-centred) menjadikan setiap aktiviti adalah melalui bermain dan menyeronokkan berlandaskan kurikulum PERMATA Negara.

Aktiviti main air,main pasir serta nature-walk adalah aktiviti yang menyebabkan anak-anak Taska IDAMAN BAIDURI terus seronok meneroka, mencuba, menjalankan eksperimen membina kemahiran sosial, kemahiran awal matematik dan awal literasi merangsang minda dan meningkatkan perasaan ingin tahu yang tinggi, disamping membina sosio emosi yang ceria dan tenang.

Pendedahan yang digarap telah membekalkan diri anak-anak Taska IDAMAN BAIDURI untuk terus cintakan ilmu,mendapatkan kemahiran dan mempunyai sikap, adab dan akhlak sebagai seorang anak yang mendengar kata serta jati diri yang mantap, cekal dan berani ke alam prasekolah yang sebenar.

Penerapan nilai-nilai murni : Pemurah, Rahmah, Ehsan, Redha, Jujur, Adil, Penyayang,

Siddiq, Ikhlas, Amanah, Mawaddah dan Tawakal.

Pemberian pemakanan yang berkhasiat dan seimbang diberi keutamaan kepada anak-anak. Anak-anak juga dididik untuk mengambil berat untuk menjaga kebersihan serta kesihatan diri agar pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara optima.

(4)

(1) KEHADIRAN

a. Sila pastikan kedatangan yang konsisten (berterusan) dan elakkan anak-anak daripada sering tidak hadir ke taska.

b. Kedatangan terlalu awal sebelum waktu operasi (sebelum jam 7.00 pagi) hendaklah dielakkan kecuali selepas perundingan dengan pihak pengurusan dan PA.

c. Ibubapa hendaklah memastikan anak-anak telah siap di mandikan semasa hadir ke taska. d. Menghantar anak terlalu lewat (selepas jam 9.00 pagi) akan menjejaskan jadual aktiviti dan

anak yang sering lewat sampai akan ketinggalan sebahagian dari program yang telah dijalankan. Anak yang dihantar selepas jam 8.30 pagi mestilah telah siap bersarapan.

e. Pemeriksaan fizikal anak akan dibuat sebagai rutin harian setiap pagi. Anak-anak yang mengidap penyakit berjangkit seperti cecair, campak, begok, sakit mata, penyakit kulit, kudis buta, kepala berkutu, penyakit tangan, kaki dan mulut atau apa saja berjangkit tidak dibenarkan hadir ke TASKA IDAMAN BAIDURI. Ibu bapa/penjaga haruslah merancang dari sekarang masalah penjagaan anak semasa anak mengidap penyakit ini. Anak yang berkutu ibu bapa/penjaga perlulah mengambil tindakan yang segera dengan mencuci rambut anak menggunakan syampu berubat untuk mengatasi masalah anak yang berkutu.

f. Anak yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5’C tidak dibenarkan hadir ke TASKA IDAMAN BAIDURI.

g. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI perlu di maklumkan sekiranya anak tidak dapat hadir di atas sebarang sebab.

(5)

(2) MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK

a. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil inisiatif atau seboleh mungkin menghantar dan mengambil sendiri anaknya dari/ke TASKA IDAMAN BAIDURI.

b. Untuk keselamatan anak anda, adalah digalakkan anak dihantar sehingga ke pintu masuk premis atau lebih baik hingga ke dalam premis sampai ke tangan PA dan begitu juga waktu mengambil anak. Dengan cara ini ibu bapa/penjaga akan dapat memberitahu perihal anak seperti ubat, pakaian, bekal atau apa yang perlu diambil perhatian atau pun bertanyakan perkembangan harian anak di TASKA IDAMAN BAIDURI.

c. PA yang bertugas menyambut anak akan hanya menunggu kedatangan anak sehingga jam 8.30 pagi. Anak-anak yang datang lewat hendaklah dihantar terus ke dalam premis dan diserahkan kepada PA.

d. Jika anak hendak diambil pulang oleh orang lain selain dari ibu bapa/penjaga sendiri, ibu bapa /penjaga hendaklah memberitahu kepada PA atau pihak Pengurusan TASKA IDAMAN BAIDURI. Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari ibu bapa anak tersebut.

e. Semasa mengambil anak (sebelum meninggalkan premis) mesti pastikan :-

- Anak tidak mengalami sebarang kecederaan (semasa dalam jagaan TASKA IDAMAN BAIDURI.

- Jika ada tanda-tanda tercedera sila bertanyakan terus kepada PA.

- Keperluan untuk dibawa balik seperti botol susu, bekas bekalan, ubatan, pakaian kotor dan lain-lain semuanya ada di dalam beg dan tidak bertukar.

- Kasut atau selipar ada pada anak.

- Buku pesanan dan surat pekeliling (jika ada) dibaca untuk tindakan lanjut.

Dengan ini adalah penting pihak ibu bapa/penjaga mengamalkan komunikasi dan hubungan yang baik dengan PA.

(3) KEPERLUAN ANAK A. TASKA

1. 4 keping gambar anak bersaiz pasport. 2. 1 salinan sijil kelahiran anak.

3. 1 salinan kad pengenalan ibu, bapa atau penjaga. 4. 1 salinan surat hak penjagaan anak (jika berkenaan)

5. Pakaian : Pakaian persalinan yang telah dilabel nama anak.

6. Lampin / diapers ( telah dilabel nama anak) secukupnya bagi anak yang memerlukan. 7. Bekalan susu ibu perlu diletakkan nama dan tarikh susu dibekalkan untuk simpanan

dalam peti sejuk.

(6)

9. 1 beg pakaian kotor( Laundry bag ) .

10. Tuala mandi yang nipis dibawa seminggu sekali.

11. Kanak-kanak 1-4 tahun perlu bawa botol air minuman untuk aktiviti luar. 12. Bekal makanan untuk rehat jam 10.00 pagi (jika perlu).

13. Buku Log Harian (dibeli mengikut keperluan.)

14. Keperluan bersih diri : mandian, syampu, berus gigi, ubat gigi,sikat. 15.1 helai tuala lap tangan atau napkin. Dibawa balik bila perlu untuk dicuci. 16. 1 helai pelapik dada (Bib) untuk anak bayi.

17.Cadar tilam , dibawa balik seminggu sekali atau jika kotor. 18.Baju renang bila perlu.

*PERHATIAN

Ibu bapa/penjaga mesti melabel nama pada semua peralatan dan pakaian anak-anak.

B. TRANSIT (Afterschool Care)

1. Pakaian seragam Sekolah/ Kafa.

2. Keperluan persalinan seperti pakaian dan tuala. 3. Plastik untuk mengisi kasut sekolah/ pakaian sekolah 4. 2 keping gambar anak.

5. 1 salinan kad pengenalan Ibu / bapa / penjaga

KEPERLUAN MANDIAN (di tinggalkan)

- Mandian dan syampu

- Ubat gigi

- Berus gigi

- Sikat

- Bedak

- Penyangkut baju - untuk tuala / telekung / pakaian seragam

* Setiap pakaian dan hak milik anak hendaklah dilabel nama nama. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada pertukaran atau kehilangan jika nama tidak dilabel.

** Jika beg pakaian kotor (laundry bag) tidak dibawa, pakaian kotor / basah akan dimasukkan terus ke dalam beg.

ii) BUKU LOG HARIAN (Taska)

Buku ini adalah untuk kegunaan PA mencatit aktiviti, rutin harian, menu sebarang pesanan kepada ibu bapa / penjaga. Ibu bapa / penjaga juga perlu mencatit barang dan keperluan harian, pemeriksaan fizikal badan anak-anak dan sebarang pesanan kepada PA. Pastikan Buku Log Harian ini sentiasa berada di dalam beg/ fail anak untuk tindakan kedua-dua pihak. Sila baca dan tandatangan setiap pesanan dari PA agar dapat disegerakan tindakan susulan bagi memudahkan tugas-tugas pengurusan.

(7)

(4) HAL-HAL PERIBADI DAN KESELAMATAN a) Makanan ringan (junk food)

Makanan ringan (junk-food) seperti gula-gula, jeli, chewing gum, lolipop dan sebagainya adalah tidak dibenarkan kerana makanan tersebut akan merosakkan kesihatan gigi, menjejaskan kesihatan dan perkembangan otak serta menggemukkan tubuh badan anak-anak. Makanan tersebut TIDAK DIBENARKAN di bawa ke TASKA IDAMAN BAIDURI sebagai bekalan harian.

b) Alat-alat permainan dan barang kemas

Adalah ditegaskan segala barang kemas, alat-alat permainan, telefon bimbit dan peralatan elektronik tidak dibenarkan dibawa ke TASKA IDAMAN BAIDURI. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan dan kehilangan barang tersebut.

c) Alahan makanan

Anak-anak yang alah dengan menu makanan yang disediakan oleh TASKA IDAMAN BAIDURI perlulah membawa bekalan makanan dari rumah. Ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan kepada PA makanan yang tidak boleh dimakan oleh anak.

d) Wang berlebihan

Anak-anak tidak dibenarkan membawa wang berlebihan untuk mengelakkan sebarang kehilangan.

(5) PENGESAHAN KESIHATAN

A. Ibu bapa atau penjaga perlu menyerahkan surat pengesahan kesihatan anak dari doktor untuk rujukan pihak TASKA IDAMAN BAIDURI.

B. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang maklumat yang tidak diberi oleh ibu bapa tentang kesihatan anak.

(6) RAWATAN DOKTOR WAKTU KECEMASAN

Jika berlaku sebarang kecemasan, pihak pengurusan TASKA IDAMAN BAIDURI akan menghubungi ibu bapa / penjaga / saudara terdekat sepejabat dahulu, tetapi jika tidak dapat dihubungi (selepas beberapa kali) pihak TASKA akan mengambil langkah keselamatan seperti:-

a. Hantar anak ke klinik terdekat.

b. Pihak pengurusan TASKA IDAMAN BAIDURI akan terus menghubungi pihak ibu bapa / penjaga.Segala pembayaran adalah tanggungjawab ibu bapa.

Peringatan : Adalah penting bagi setiap ibu bapa/ penjaga memberitahu nombor telefon jika berlaku kecemasan. Ini adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak bagi memastikan pihak pengurusan dapat memberitahu perkembangan terkini anak

(8)

(7) POLISI MEMBERI UBAT

Pemberian ubat-ubatan adalah bersyarat seperti

berikut:-a. Sebagai langkah keselamatan ibu bapa / penjaga diminta mengisi borang pemberian ubat yang di sediakan di premis untuk panduan PA dan bukti pemberian ubat. Borang tersebut boleh didapati di setiap premis.

b. Setiap ubat mestilah dilabel dengan nama penuh anak, mempunyai tarikh luput dan arahannya sekali. PA tidak akan bekerjasama memberi ubat yang bukan hak milik anak. c. Ubat mestilah diberi terus ke tangan PA. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab jika ubat

disimpan di dalam beg tanpa pengetahuan PA.

d. Ibu bapa perlu meletakkan ubat di dalam bekas yang sesuai bagi mengelakkan dari tertumpah.

e. Semasa mengambil anak, sila pastikan sama ada ubat yang diambil adalah kepunyaan anak.

(8) INSURANS

Setiap kanak-kanak 2 tahun -12 tahun wajib menyertai skim insuran berkelompok yang telah disediakan oleh pihak TASKA IDAMAN BAIDURI. Kanak-kanak dibawah 2 tahun digalakkan mengambil insuran persendirian.

(9) PENGLIBATAN IBU BAPA

a. Buku Log Harian

Ibu bapa perlu memastikan Buku Log Harian anak dicatit setiap hari.

b. Ibu bapa / penjaga digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti di TASKA. Aktiviti sepanjang tahun juga akan dirancang dari masa ke semasa.

c. Aktiviti penglibatan yang dicadangkan ialah:

- Mengikuti, membantu dan bekerjasama dalam program yang telah disusun sepanjang tahun seperti membantu dalam menyiapkan persiapan acara sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak, Hari Taska dan lain-lain.

- Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari masa ke semasa.

- Bekerjasama membekalkan bahan peralatan yang mudah dibawa dari rumah untuk aktiviti anak-anak.

- Menjadi pakar rujuk , penasihat dalam bidang kemahiran masing-masing.

- Membantu membuat alat bantu mengajar bersama.

d. Menyertai perjumpaan, mesyuarat, seminar dan kursus pendidikan keibubapaan yang dianjurkan.

e. Mematuhi segala peraturan dan larangan yang telah ditetapkan.

f. Bersikap terbuka terhadap PA dan kakitangan sokongan serta menerima kehadiran mereka.

(9)

g. Memberi kerjasama dan melibatkan diri dengan aktiviti premis seperti menyertaan aktiviti Picnic Day, Sandwich Day,Fruit Salad Day ,Bubble Day dan lain-lain

h. Lawatan ibu bapa / penjaga, perkembangan anak & rekod prestasi Ibu bapa / penjaga digalakkan hadir memerhati dan mengetahui perkembangan anak-anak pada bila-bila waktu operasi dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Segala rekod dan permasalahan anak adalah rahsia.

Rekod Prestasi dan Rekod Perkembangan anak akan diserahkan kepada ibu bapa mengikut jadual yang ditetapkan.

i. Penyusuan susu ibu

Ibu-ibu amat digalakkan untuk hadir ke Taska bagi menyusukan bayi dengan susu ibu.

(10) BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN

Bayaran yuran mestilah mengikut struktur yang dipersetujui. Bayaran hendaklah dibayar melalui akaun yang telah ditetapkan atau bayar terus kepada pengusaha TASKA IDAMAN BAIDURI.

A. YURAN PENDAFTARAN

a. Yuran pendaftaran sekali seumur hidup adalah bayaran yang tetap dan tidak dikembalikan kecuali tempat tidak ditawarkan. Pendaftaran ini menjamin tempat anak tuan puan sepanjang masa

B. YURAN BULANAN

1. Yuran bulanan mestilah dijelaskan sebelum 5 haribulan setiap bulan. Yuran mesti dijelaskan di premis TASKA IDAMAN BAIDURI dengan menandatangani kad bayaran yuran yang disediakan dan pastikan slip bayaran diserahkan dan resit TASKA IDAMAN BAIDURI dikeluarkan.

2. Bayaran yuran anak-anak TASKA masih dikira bayaran penuh walaupun anak-anak mengambil cuti sebulan (1 bulan) penuh atau lebih.

a. Anak-anak yang bercuti atas sebarang sebab bagi tempoh kurang atau melebihi satu bulan, yuran penuh di kenakan bagi cuti bulan yang pertama dan yuran separuh bagi bulan-bulan yang berikutnya dan tempat tidak akan dikosongkan.

b. Anak-anak yang bercuti atau berhenti dengan notis adalah dikehendaki membayar yuran penuh bagi satu bulan dan tempatnya dianggap kosong bagi bulan-bulan berikutnya.

c. Anak-anak yang bercuti atau berhenti dengan notis atau tanpa notis dan ingin menyambung semula bagi mendapatkan perkhidmatan TASKA IDAMAN BAIDURI dikehendaki membayar BAYARAN KEMASUKAN SEMULA dan jumlah bayaran

(10)

bergantung kepada yuran bulanan anak tersebut dan segala jenis yuran kecuali pendaftaran.

A. YURAN TAMBAHAN

1.PERKHIDMATAN TAMBAHAN

1. 1 Anak-anak TASKA IDAMAN BAIDURI yang hadir sepenuh hari pada cuti persekolahan perlu membayar yuran tambahan sebanyak RM10.00 seorang, setiap hari.

1.2 Kepada ibu bapa / penjaga yang memerlukan perkhidmatan tambahan disebabkan sekolah rendah cuti seperti cuti peristiwa dan cuti UPSR, ibu bapa perlu membayar RM 10.00 seorang setiap hari.

B. TUNGGAKAN YURAN

Pihak pengurusan TASKA IDAMAN BAIDURI akan mengambil tindakan undang- undang kepada ibu bapa / penjaga yang gagal menjelaskan segala jenis yuran yang tertunggak.

C. Yuran bulanan dan lain-lain yuran tidak akan dikembalikan jika TASKA diarah tutup oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku wabak penyakit berjangkit atau bencana alam.

(11) PERKHIDMATAN TASKA IDAMAN BAIDURI

Isnin - Jumaat - 7.00 pagi – 6.00 petang (sepenuh hari) Sabtu - 7.00 pagi – 1.00 petang ( Atas permintaan )

(12) PERKHIDMATAN OVERTIME

Perkhidmatan overtime dan bayaran perkhidmatan overtime adalah tidak digalakkan sama sekali. Pada bulan Ramadhan tiada perkhidmatan overtime.

a) PA perlukan rehat yang mencukupi untuk persediaan bekerja pada hari berikutnya dan Ibu bapa dinasihatkan mengambil anak-anak mereka seawal mungkin supaya quality time dapat diluangkan bersama keluarga.

b) Bayaran overtime hendaklah dijelaskan kepada PA pada hari berkenaan.

c) Bayaran overtime TASKA

i)Waktu over-time skim sepenuh hari hanya dikira selepas jam 6.15 petang seperti kadar berikutnya:-

a) 6.01 -7.00 petang RM 5.00

(11)

(13) BIMBINGAN SUSULAN

1. Ibu bapa / penjaga diharapkan dapat memberikan bimbingan (follow up) terhadap anak-anak ketika di rumah bagi memastikan wujudnya kesinambungan dalam proses pendidikan dan perkembangan anak-anak.

2. Ibu bapa /penjaga diharap dapat memastikan bahawa anak-anak sentiasa berada di dalam persekitaran atau suasana yang baik dan soleh di mana jua bagi mengelakkan berlakunya konflik dalam diri anak-anak berhubung dengan persoalan didikan dan asuhan yang diterima.

3. Sebarang bentuk perlakuan dan kata-kata negatif yang keluar daripada anak-anak ketika di rumah hendaklah dimaklumkan kepada PA untuk tindakan pembetulan dan pemulihan.

(14) CUTI

Perkhidmatan TASKA IDAMAN BAIDURI dibuka sepanjang tahun kecuali: 1. Umum yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

2. Cuti yang telah ditetapkan oleh TASKA IDAMAN BAIDURI (Cuti Raya dan Cuti Hujung Tahun)

3. Cuti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan jika berlaku sebarang wabak penyakit di Premis.

4. Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti bencana alam dan lain-lain.

(15) HUBUNGAN IBU BAPA / PENJAGA / PA / PIHAK PENGURUSAN

Bagi menjamin pengasuhan yang bermutu dapat diberikan kepada anak-anak antara perkara yang terpenting ialah hubungan ibu-bapa / penjaga dengan PA. Hubungan dan interaksi ibu bapa / penjaga dengan PA perlulah sentiasa baik dan mesra seperti sebuah keluarga.

(16) NOTIS BERHENTI

1. Ibu bapa / penjaga yang ingin menarik diri atau memberhentikan anak daripada perkhidmatan di TASKA IDAMAN BAIDURI hendaklah memberi sebulan notis bertulis. Sekiranya tidak ada notis bertulis ia masih dianggap menerima perkhidmatan di TASKA IDAMAN BAIDURI dan perlu menjelaskan yuran seperti biasa.

2. Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan dan lain-lain bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan.

(12)

(17) HUBUNGAN KEJIRANAN

1. Semasa menghantar dan mengambil anak-anak, ibu bapa/penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai tanpa menganggu aliran.

2. Ketika menghantar dan mengambil anak perbuatan membunyikan hon perlu dielakkan. Kenderaan ibu bapa / penjaga tidak boleh menghalang pintu pagar jiran-jiran berdekatan. Ini adalah untuk menjaga kelangsungan operasi TASKA.

(18) RAKAMAN GAMBAR

1. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI berhak mengambil gambar-gambar anak atau rakaman video pada bila-bila masa samada aktiviti dijalankan di dalam atau di luar premis .Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI juga dibenarkan untuk menyiarkan gambar dalam media cetak dan media elektronik.

(19) LAIN-LAIN HAL

Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI perlulah dimaklumkan jika berlaku pertukaran alamat rumah, nombor telefon rumah, telefon bimbit dan telefon pejabat bagi memudahkan untuk dihubungi, sekiranya berlaku kecemasan.

(13)

LAMPIRAN A

TASKA IDAMAN BAIDURI 278 LORONG PINGGIRAN 1A, BANDAR SEREMBAN SELATAN

71450 SG GADUT NEGERI SEMBILAN

BORANG UBAT

Nama Anak : ___________________________________________________________ Premis : ____________________________ Tarikh: ________________________ Penyakit : __________________________________________________________ Penerima Ubat : ____________________________________(Guru / PA)

Waktu

Jenis / Warna Pg Tghr Ptg Mlm Peraturan

Sebelum/selepas makan Sebelum/selepas makan Sebelum/selepas makan Sebelum/selepas makan Sebelum/selepas makan _______________________ _______________________ _______________________ _______________________ _______________________

Nama Ibu /Bapa:______________________________________________________ No.Telefon kecemasan: ________________________________________________ Tandatangan: ________________________________________________________

(14)

PROGRAM TAHUNAN DAN TARIKH CUTI PERKHIDMATAN TASKA IDAMAN BAIDURI

*PERKHIDMATAN AKAN DITUTUP PADA SETIAP SABTU MINGGU KE 2 DAN KE 4 JIKA KAKITANGAN TASKA IDAMAN BAIDURI DIJADUALKAN PERLU MENGIKUTI SEBARANG KURSUS, BENGKEL, SEMINAR DLL

*PERKHIDMATAN TASKA IDAMAN BAIDURI AKAN DITUTUP PADA SETIAP CUTI UMUM KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN.

(15)

SAMBUTAN KELAHIRAN ANAK-ANAK TASKA IDAMAN BAIDURI 2015

Jan, Feb & Mac 27 Mac 2015 April, May & Jun 26 Jun 2015 Jul, Ogos & Sept 30 Sept 2015 Okt, Nov & Dis 31 Dis 2015

TARIKH CUTI SEMESTER PERSEKOLAHAN

14 HINGGA 22 MAC 2015 30 MEI HINGGA 14 JUN 2015 19 HINGGA 27 SEPTEMBER 2015

Referensi

Dokumen terkait