• Tidak ada hasil yang ditemukan

Beberapa Masalah Dalam Sastera Melayu Te

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Beberapa Masalah Dalam Sastera Melayu Te"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Paper3

Beberapa Masalah Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum

Ding Choo Ming

Sudah dibincangkan beberapa cara yang digunakian oleh penulis Melayu pada tahun 1920an, 1930-an dan 1940-an untuk menolong orang Melayu ‘mengatasi’ rasa takut mereka kepada orang bukan Melayu demi melindungi dan mempertahankan tanah air mereka, yang sudah dikenali sebagai British Malaya, daripada diambil orang Cina, India dan orang asing yang lain. Dengan berbuat demikian melalui cerita dalam karya sastera, penulis Melayu yang berkenaan berharap pembaca yang mereka sasarkan itu akan menjadi pengikut mereka untuk seterusnya menolong mereka dalam ‘perjuangan’ mereka. Dengan itu, akan lebih mudah tercapainya apa yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayu “Bersatu teguh, bercerai roboh’, lebih-lebih lagi manfaat besar yang boleh didapati daripada konsep ‘safety in number’ dan ‘safety in unity’.

Mengkaji apa yang berlaku itu, golongan penulis-wartawan-editor itu bolehlah dikatakan sangatlah bernasib baik. Antara yang dimaksusdkan itu ialah selain dapat menggunakan kuasa teknologi percetakan yang memungkinkan pertumbuhan akhbar dan majalah Melayu dengan pesat sekali ketika itu, mereka juga telah dibantu sekumpulan 35 orang pelajar di MPSI Tanjung Malim. Antara yang dimaksudkan itu ialah selepas tamat pengajian, para pelajar itu telah menubuhkan parti politik yang dipanggil Belia Malaya di bawah kepimpinan Ibrahim Yaakob dalam tahun 1930-an untuk terus menyemai benih yang akhirnya telah tumbuh menjadi pohon besar nasionalisme Melayu dengan pengaruhnya tersebar ke seluruh pelusuk di negara ini.

▸ Baca selengkapnya: usaha memartabatkan karya sastera

(2)

anti-penjajah British, orang Cina dan orang Arab, tetapi juga amat kritikal terhadap golongan birokrat Melayu yang gaya hidup mereka didapati telah berorientasikan kebudayaan Barat. Pergerakan itu didapati tepat pada masanya dan juga daripada segi politik.

Seperti penulis Melayu yang lain yang bertindak sebagai penjaga kepentingan orang Melayu, ahli-ahli KMM juga menyokong kuat perjuangan untuk kemerdekaan ekonomi orang Melayu. Sehubungan itu, mereka sudah mengorak langkah memulakan koperasi kewangan untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan kecil-kecilan untuk bersaing dengan peniaga Cina dan India. Di sini, kisah Abdulah Sidek yang berjaya menjalankan perniagaan kecil dalam bukunya Mari Kita Berjuang (1941) telah memperkukuhkan keyakinan orang Melayu untuk berkongsi sesama merelka sendiri untuk bersaing dengan orang bukan Melayu (Virginia 2000: 144-5). Selain itu, tema tentang sara diri dalam Putera Gunung Tahan (1973) dan perniagaan koperasi orang Melayu di Singapura dalam novel Anak Mat Lela Gila (1941) karya Ishak Haji Muhammad, eloklah dilihat sebagai reaksi secara langsung orang Melayu kepada tekanan ekonomi daripada orang bukan Melayu pada 1930-an dan 1940-an.

Penulis-penulis Melayu itu mahu orang Melayu mempunyai keyakinan terhadap diri, mempunyai inisiatif, bertanggungjawab selain menjadi cekal, kerana inilah sifat-sifat yang amat diperlukan untuk menghadapi perubahan, cabaran dan pancaroba hidup baru pada masa itu. Sehubungan itu, banyak makalah dalam Majalah Guru dan karya-karya sastera yang lain dalam akhbar dan majalah juga menggesa orang Melayu supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk mendekati kehidupan yang baru, selain mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kemunduran dan kemiskinan mereka untuk membentuk hidup yang baru dalam masyarakat yang baru seperti yang ditunjukkan dalam cerpen-cepern yang berikut: Membuka Kampung Baharu di Tanjung Karang (1940) daripada Muhammad Yasin b. Makmur, Sudah Terang Lagi Bersuluh (1941) karya Ishak Haji Muhammad, Terbuang Dek Kerana Adat (1941) hasil pena Melan Abdullah, Aliran Perasaan (1941) nukilan Ibrahim Mustafa, Jimat dan Cermat (1938) oleh Husain Abdul Hadi.

(3)

cerita, penglipor lara dan penulis sastera Melayu tradisional yang mengisahkan putera yang kacak, puteri yang jelita, atau raja-raja Melayu di istana, tetapi untuk menghidupkan balik semangat ‘Tak akan Melayu hilang di dunia’ dan menyemarakkan balik semangat orang Melayu yang sudah kecewa, tawar hati dan kehilangan hala tuju. Pendek kata, mereka telah berikhtiar untuk memberi suntikan inspirasi yang baru kepada orang Melayu untuk bangun semula dengan penuh harga diri dan dengan bebas.

Dengan menyokong perpaduan dan mengajukan kemajuan orang Melayu, golongan penulis-wartawan-editor itu mahu menyuntikkan kesedaran kepada orang Melayu agar tidak akan lagi sesat ke jalan yang mereka akan menyesal untuk selama-lamanya. Mereka menggesa orang Melayu untuk bersatu dengan menubuhkan parti seperti KMM untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam perdagangan seperti yang digambarkan dalam buku Ibrahim Yaakob Melihat Tanah Ayer (1941): menggesa orang Melayu untuk bekerja bersama-sama untuk memperbaiki diri (Virginia 2000: 61). Kesemua itu adalah sesuatu yang mencabar kerana ianya melibatkan penubuhan kumpulan radikal orang Melayu yang baru untuk menentang penjajah British dan orang Cina serta India di zaman penjajah. Pendek kata, mereka ingin melihat masa depan orang Melayu berubah menjadi lebih baik. Mereka tidak mahu orang Melayu terperangkap lagi dalam lumpur kemunduran dan kemiskinan. Untuk kesemua itu mereka perlu melindungi dan memperjuangkan kepentingan orang Melayu sebagai reaksi kepada keberbatasan yang telah mereka alami di bawah penjajahan Inggeris dan juga menghadapi kemaraan orang bukan Melayu yang membuat mereka takut dan bimbang tentang keselamatan diri.

(4)

mencurah minyak ke atas api untuk menyemarakkan prasangka perkauman. Perkembangan itu membuat kaum muda Melayu yang radikal dan nasionalis itu menyedari bahawa pencarian mereka untuk kepentingan diri telah memberi makna kepada mereka tentang kebebasan untuk melakukan kerja yang mereka mahu dan ingini, maka pergi jahanamlah yang lain-lain. Hasilnya, mereka telah menjauhkan diri daripada orang bukan Melayu. Di sinilah kita lihat nasionalisma Melayu masa itu tidak sahaja mengenai tingkah laku dan amalan kumpulan, tetapi juga ide-ide lain yang bertopengkan diskriminasi (Virginia 2000: 357).

Dengan kata lain, golongan penulis itu boleh juga dianggap sudah memberi definisi tentang hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Orang Melayu takut orang bukan Melayu yang dikhuatiri akan menguasai ekonomi orang Melayu dan membuat orang Melayu menjadi lebih miskin, mundur, ketinggalan, lemah dan juga malang. Kesemua perasaan yang negatif itu dengan sendirinya telah membuat orang Melayu lebih bimbang tentang nasib dan masa depan mereka. Dengan menonjolkan isu-isu ini, golongan penulis-wartawan-editor yang bijak dan menjadi pemimpin orang Melayu tadi sudah menggesa orang Melayu untuk bersatu dalam mempertahankan tanah air, menegakkan kepentingan dan menjaga masa depan mereka. Seruan mereka sehubungan itu semakin lama semakiin lantang dan berani bukan sahaja kerana pertubuhan parti politik Melayu di seluruh negara, termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), tetapi juga percambahan akhbar dan majalah Melayu.

(5)

Memberi tanah dan hak-hak orang Melayu kepada orang bukan Melayu bermakna menyerahkan kuasa, kewibawaan dan pengaruh orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Semangat perjuangan nasionalisma orang Melayu itu juga telah menarik perhatian pelajar daripada sekolah agama Melayu yang lazimnya kurang berminat tentang hal ehwal politik. Perkembangan itu sudah didokumenkan oleh Awang Had Salleh dalam novelnya, Biru Warna (1966, 1974: 50).1

Selain itu, perdebatan umum di kalangan orang Melayu mengenai tanah air Melayu, kedudukan orang Melayu dan masa depan orang Melayu, nasionalisma orang Melayu, peranan Islam, sikap anti-orang Cina dan kuasa penjajah British telah meningkat dari tahun 1920-an ke 1940-an. Kebimbangan mengenai masa depan orang Melayu di tanah air mereka itu bukan yang tidak berasas. Ini boleh dilihat daripada kedudukan demografi dari awal abad ke-20 yang menunjukkan bilangan orang Cina dan India yang telah digalakkan oleh penjajah British untuk datang ke Tanah Melayu sebagai pekerja telah mencecah bilangan yang hampir-hampir sama dengan jumlah orang Melayu. Dalam banci tahun 1921, jumlah penduduk di Tanah Melayu adalah sekitar 3.000.000 orang dengan orang Melayu sebanyak 1,627,108, orang Cina sebanyak 1,173.354 dan orang India sebanyak 472,628 India (Virginia 2000: 68). Senario di atas perlu difahami dalam kontek niat penjajah British untuk menggunakan orang Cina dan India sebagai pekerja sementara di sektor perlombongan dan perladangan, terutamanya. Ini disebabkan mereka boleh memberi tenaga kerja yang diperlukan penjajah Inggeris dan yang tidak dapat diberi orang Melayu setempat yang secara tradisinya lebih suka berkecimpung dalam aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan, misalnya. Tetapi, orang Melayu telah semakin lama semakin bimbang bila mendapati peningkatan dengan

1Kampung yang selalunya tidak memberi perhatian kepada soal-soal

(6)

cepatnya bilangan orang Cina dan India yang menetap di bandar-bandar besar setelah mereka beralih aktiviti daripada sektor perlombongan dan perladangan dan mula menjadi pekedai, ahli perniagaan, pentadbir dan kerani di bandar dan kota (Virginia 2000: 68).

Berbalik kepada pengabdian golongan penulis-wartawan tadi memperjuangkan kepentingan orang Melayu, tanah air Melayu dan Islam seperti yang diperkatakan dalam karya sastera Melayu yang muncul dalam hampir kesemua akhbar dan majalah berbahasa Melayu pada tahun 1920an, 1930-an dan 1940-an, Safian Hussain et al (2006: 81) menambah bahawa tema-tema tersebut boleh dilihat sebagai manifestasi tentang keresahan orang Melayu dan kebimbangan mereka di era yang penuh cabaran dan konflik , lebih-lebih lagi kelihatan tidak ada penyelesaian yang meyakinkan, melainkan semua orang Melayu bersatu di bawah tokoh-tokoh Melayu yang melantik diri mereka sebagai pemimpin dengan menggunakan kuasa-kuasa sastera, akhbar, majalah dan gerakan politik untuk menggalakkan orang Melayu untuk membantu orang Melayu yang lemah, miskin dan mundur untuk dapat bersaing dengan kaum pendatang yang didapati sudah menjadi lebih kuat dari segi ekonomi.

(7)

Dalam Desa Pinggitan, watak Ibrahim diceritakan merasa tidak senang lagi untuk tinggal di kampungnya bukan sahaja kerana bermacam-macam gossip yang berterbangan di sana sini, tetapi juga ketegangan dan konflik yang dibawanya itu telah menyebabkannya untuk membuat keputusannya pergi ke bandar. Faktur lain yang penting dan yang mendorongnya berbuat demikian ialah dia tidak lulus Senior Senior Cambridge Examinations2.

Selain itu, sebagai penulis Melayu yang terkenal dengan sikapnya anti-penjajah British dan orang bukan Melayu, Ishak Haji Muhammad sudah berkomunikasi secara langsong dengan pembacanya yang terdiri daripada orang Melayu dalam karya rekaannya dengan menggunakan watak-watak fiksyen. Dalam cerpenya Istana Berembun (1938), dia melabelkan peniaga Cina yang menggunakan taktik-taktik yang kotor, termasuk tipu helah, untuk mendapatkan tanah milik orang Melayu melalui seorang ketua Melayu untuk melombong emas itu sebagai Tauke Poh Ki Mak. Cerita seumpama itu telah menolongnya dengan baik sebagai alat untuk perpaduan di kalangan orang Melayu, justeru dia telah dapat menarik perhatian semua pembacanya. Ishak juga telah menerbitkan novel Putera Gunung Tahan (1938) dan Anak Mat Lela Gila (1941) dengan meminjam peristiwa daripada sejarah dan mitos daripada masa lalu sebagai anak kunci yang penting untuk membangkitkan semula kemegahan dan kegemilangan orang Melayu di masa silam.

2 Ibrahim seorang pernuda yang sedang menunggu keputusan Senior

(8)

Untuk memastikan boleh mencapai yang dihajatinya, Ishak telah menggambarkan kecemerlangan orang Melayu, kegemilangan kebudayaan Melayu dan ketinggian ketamdunan Melayu sebagai yang sahih, walaupun penuh dengan kiasan, alegori dan perlambangan, Dengan berbuat demikian, dia berharap pembacanya akan terpengaruh dan dengan sendirinya tampil ke depan untuk membantunya menyelamatkan Tanah Melayu sebagai tanah air orang Melayu dan juga kebudayaan Melayu sebagai tanggungjawab bersama (Virginia 2000: 110-111).

Sehubungan itu, A. M. Thani (1990: 32) menambah bahawa Ishak Haji Muhammad bukan sahaja anti-penjajah Inggeris, maka dia adalah pengkritik kuat penjajahan Inggeris, yang baginya juga wewakili kapitaIisma, tetapi juga mendapati feudalisma di negara ini sudah tidak sesuai lagi. Ini adalah kerana sistem feudal sudah memberi manfaat kepada raja Melayu semata-mata. Beliau juga benci kaum pendatang dan warga asing yang menurutnya, adalah punca gangguan dan kesusahan yang dialami orang dan masyarakat Melayu.

Bagi Ishak, pemimpin bijak orang Melayu adalah Ratu, Bungsu dalam novelnya Putera Gunung Tahan. Dia tinggal di puncak Gunung Tahan, yang terpencil, maka sukar akses, tetapi indah, bersama-sama dengan makhluk ghaib yang lain. Dia adalah sama dengan pemimpin di negara Barat. Dia pintar, pelindung rakyat dan negara dan juga mempunyai teknologi asli yang setanding kecemerlangannya dengan yang dipunyai orang putih. Kisah ini juga menunjukkan konsep Ishak tentang ketuanan Melayu. Ini juga jelas ditunjukkannya dengan menempatkan ceritanya itu di dalam hutan yang jauh dengan menceritakan kedua-dua orang Inggeris (William dan Robert) yang cuba menakluki Gunung Tahan, tetapi berakhir dengan kematian mereka secara tragis. Kesudahan itu adalah balasan ke atas ketamakan mereka. Mesej di sebalik kisah itu adalah orang Melayu adalah lebih hebat, lebih gah dan lebih pintar berbanding dengan orang Barat, maka dapat menggalahkan orang Barat dalam tindak tanduk mereka.

(9)

Sementara itu, terdapat juga karya-karya lain mengutamakan kemerdekaan individu (berdiri di atas kaki sendiri) dan pencapaian hasil dengan tekun dan penderitaan seperti yang ditunjukkan Haji Talib dalam sajaknya Marilah Kaum Bangsaku! (Idaman, 1 Jul 1941):

Marilah kaum Bangsaku!

Tenaga Himpunkan, Bersekutu Untuk

bersama Bangkit, Bahaya menahan, dagang melutu

Gembirakan semangat, tunjukkan kebolehan, me¬ninggikan mutu

Lekas Rebutkan, bumi Malaya, Kita kepunyaan, memang tertentu (Safian Hussain et al 2006: 86).

Seterusnya Ahba Darultakzim dalam sajaknya Sayunya Hatiku (1941):

Dek TIDAK Mahu berikhtiar dan Berusaha

Dari Mulanya Padahal Kita Ada mempunyai Cergas dan Kekuatan Kaitan.

Sekalipun Bekerja menebang kayu Di dalam rimba dan hutan

Akhirnya Kita Juga terdesak dengan berbagai-bagai himpitan.

Berbalik kepada novel-novel Ishak Haji Muhammad sepanjang tahun 1930-an, dia didapati telah mereka watak-watak yang yakin dengan nilai-nilai tradisional Melayu. Misalnya, watak Pak Karim tidak percaya orang putih semestinya lebih hebat daripada orang Melayu, namun dia memberitahu Razak bahawa orang Melayu takut kepada orang putih. Di sini, Pak Karim sudah mengatakan (Virginia 2000: 213-4) yang putih itu bukanlah yang putih sebenarnya. Bila dipaksa kerja sebagai buruh oleh tentera Jepun, mereka menjadi merah seperti udang yang dimasak! Inilah contoh prinsip wajah boleh menipu yang Pak Karim sentiasa pegang. Ini juga bermakna konsep ketuanan Melayu telah lama terbentuk bahawa orang Melayu adalah raja, berada di pucuk pimpinan dalam politik, pentadbiran kerajaan, sekolah dan universiti, mahkamah, televisyen, tentera, polis dan sebagainya dalam institusi yang diubuhkan kerajaan.

(10)

untuk pembangunan ekonomi itu penuh dengan konflik bagi orang Melayu: kebanggaan Melayu bertentangan dengan kemerosotan ekonomi yang membimbangkan, nilai-nilai yang lebih bebas dan lebih pragmatik daripada kebudayaan Barat bertentangan dengan sifat lemah lembut dan malu silu dalam nilai-nilai orang dan kebudayaan tradisional Melayu dan sebagainya. Kesemua pertentangan itu telah membawa banyak masalah. Ini bermakna orang Melayu sedang mengharungi masa yang resah, konflik dan keliru.

Keadaan ini telah diperburukkan lagi dengan penjajah Inggeris mahu orang Melayu menjadi petani dan penduduk di luar bandar. Diberi pendidikan dalam bahasa vernakular, orang Melayu di luar bandar bukan sahaja mendapati sukar untuk berpindah ke bandar dan kota, tetapi juga sukar untuk mengubah cara hidup mereka di luar bandar kepada kehidupan yang baru di bandar. Orang Melayu daripada lapisan rakyat biasa dan tidak mempunyai pendidikan bahasa Inggeris adalah seperti Seman dalam Interlok (1971) karya Abdullah Hussain dan Yazid dalam Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan (1927) oleh Ahmad Kotot. Mereka hidup di kampung-kampung yang mundur. Sebaliknya, anak-anak orang India dan Cina di bandar dan kota boleh bekerja sebagai kerani dan juruteknik di pejabat kerajaan penjajah Inggeris selepas lulus pengajian di sekolah Inggeris. Lama kelamaan, jurang perbezaan sosio-ekonomi antara orang Melayu dan orang bukan Melayu dengan sendiri telah menjadi semakin lebar sekurang-kurangnya daripada segi kemajuan ekonomi selain peluang pekerjaan kaum yang berlainan itu. Perkembangan itu membuat orang Melayu tidak sahaja benci kepada penjajah Inggeris, tetapi juga orang bukan Melayu.

(11)

Dagang (1940) and Siasat Yang Tiada Diminta (1941) daripada Ishak Haji Muhammad (Hashim Awang 1975:76).

Seorang lagi juara yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu pada tahun 1930-an dan 1940-an ialah A. Rahim Kajai. Beliau juga menyalahkan orang Cina dan India (atau DKK iaitu Darah Keturunan Keling) kerana menjejaskan kedudukan ekonomi orang Melayu dalam cerpenya Cerita Awang Putat (1941). Ianya adalah kisah yang berlaku di kampung Melayu, Tenung, yang ada seorang penghulu, sebuah masjid dan juga sebuah sekolah Melayu. Seorang India, atau Darah Keturunan Keling, yang bernama Encik Majid Shah, telah datang untuk mengajar di sekolah itu. Tetapi perubahan besar mula berlaku di kampung ini setelah penghulu membenarkan Ah Kau membuka kedainya di atas tanahnya Selepas itu, kedai Ah Kau sudah menjadi pusat membeli belah dan kegiatan lain orang Melayu di kampung itu kerana menjual getah kepadanya, selain membeli barang-barang runcit daripadanya. Oleh sebab pandai berniaga dan tahu cara-caranya untuk mengambil hati ketua kampong itu, Ah Kau sudah menduduki tempat yang istimewa di kalangan orang kampung, terutamanya selepas dia mengupah Encik Majid Shah, yang sudah ada pengaruh besar ke atas ketua kampung, maka dihormati di kampung itu sebagai kerani di kedainya.

Segala-gala yang berlaku itu telah diperhatikan Awang Putat, seorang belia di kampong itu. Dia tahu ketua dan Encik Majid Shah telah menjadi kawan baik Ah Kau, selain tahu kedua-dua mereka telah diberi sesuatu oleh Ah Kau hampir setiap minggu. Selain tahu dacing di kedai Ah Kau tidak pernah yang betul, Awang Putat juga mendapati ketua kampung tidak prihatin tentang aduan daripada penduduk kampung yang mengatakan babi yang dibela Ah Kau sudah merosakkan tanaman orang kampung itu. Untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar dan juga pertempuran dengan Ah Kau, ramai penduduk kampung telah berpindah keluar dari kampung untuk membuka tanah baru di hutan yang berdekatan.

(12)

Dengan sokongan orang kampung, Awang Putat akhirnya telah menubuhkan kedai koperasi untuk bersaing dengan Ah Kau. Dalam kisah tadi, A. Rahim Kajai juga telah mencemuh DKK sebagai 'nana Keling Yang hitam legam, dan pedagang sebagai penyamun, yang datang dengan membawa sebuah bantal dan cecebis cawat’. Sehubungan itu, A Rahim Kajai juga didapati bukan sahaja marah terhadap orang Cina, tetapi juga DKK yang cuba untuk mendapatkan kuasa politik di Tanah Melayu. Ini membuat orang Melayu sangat benci terhadap mereka (Hashim Awang 1975: 78).

Dalam sebuah makalah ketua editor dalam Majlis (bertarikh 20 Disember 1934), A Rahim Kajai menyatakan semakin ramai orang asing semakin sukarlah hidup orang Melayu. Beliau juga menyalahkan kerajaan penjajah British kerana tidak melindungi orang Melayu daripada ancaman orang Cina dan India (A. M. Thani 1990: 31-32).

Dalam komenternya sebagai ketua editor Warta Ahad pada 11 Ogos 1940, Abdul Rahim Kajai menyatakan dia sedih mendapati orang Melayu semakin dihimpit dengan peningkatan bilangan orang bukan Melayu yang tidak sahaja lebih agresif, tetapi juga bekerja dengan lebih keras berbanding dengan orang Melayu. Sebelum kesemua itu berlaku, orang Melayu dapat menikmati hidup yang murah rezeki dan leka dengan apa yang mereka dapat dari negara ini yang mempunyai makanan yang mencukupi untuk semua orang. Tetapi, mereka sudah lupa orang asing yang mengintai di belakang dan di hadapan mereka itu telah cuba untuk mengambil kekayaan dari negara ini. (Hashim Awang 1975: 187)

(13)

bunga yang tinggi itu telah membuat orang Melayu terpaksa menolak tanah mereka kepada orang Cina.

Mengetatkan syarat wang pinjaman kepada Pak Musa, Cing Huat dalam Interlok adalah sama dengan sifat Ah Long yang telah membuat orang yang membuat pinjaman wang denganya menderita. Dia telah membuat Pak Musa yang berhutang kepadanya itu terperangkap dalam kuasanya. Amalan memberi pinjaman wang kepada orang Melayu yang tidak mampu bayar balik telah menimbulkan banyak krisis sosio-ekonomi yang telah diceritakan dalam banyak cerpen dalam tahun 1930an and 1940an. Wajah manis dan mesra semasa memberi pinjaman wang itu akhirnya berubah menjadi wajah Ah Long yang tidak berhati perut adalah juga sebab tambahan yang membuat orang Melayu benci kepada sesetengah peniaga Cina3.

Tetapi kisah jual tanah di Interlok itu berbeza daripada yang dalam cerpen Surat dari Mekah (1961) oleh Asmaranda yang menceritakan Kang Giman dan isterinya telah menjual tanah kepada orang Cina untuk membolehkan mereka mendapatkan sejumlah wang tunai untuk menunaikan haji di Mekah. Pasangan suami isteri yang menjual tanah mereka itu tanpa memikirkan akibat selepas mereka pulang dari Mekah nanti. Sehubungan itu, (Othman Puteh, 1994: 66) mengatakan ramai orang Islam yang menunaikan haji berharap untuk mati di Mekah.

Masalah kemiskinan dan kemunduran di kalangan orang Melayu melarat terus tanpa berhenti-henti sehingga tahun 1970-an dengan banyaknya karya sastera mengenainya. Antaranya ialah kisah dalam novel Biru Warna (1974: 25) karya Awang Had Salleh, selain yang boleh kita jumpai dalam nota kaki ini yang dipetik daripada Interlok.4

3Pak Musa sudah membeli tanah-tanah itu atas namanya, bukan? Dia

(14)

Kisah-kisah tersebut perlu difahami dalam kontek pergolakan politik di kalangan orang Melayu semasa. Pada itu, orang Melayu mula berjuang untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman penjajah British berikutan parti-parti politik yang radikal, seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) diharamkan. Tetapi, tindakan kerajaan penjajah cuba membendung pergerakan politik orang Melayu dengan tindakan mengharamkan parti politik Angkatan Parti Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam, dalam masa kecemasan itu telah makan diri tuan penjajahan, kerana tindakan itu telah sebaliknya membangkitkan kesedaran di kalangan penulis muda dan radikal orang Melayu, termasuk Bunga Raya. Selain itu, ada beberapa anggota utama KMM telah bekerjasama dengan pihak Jepun kerana mereka percaya Jepun dapat membantu menyalakan semangat dan pergerakan nasionalisme orang Melayu, sekaligus mempromosikan pembebasan tanah air Melayu mereka pada akhirnya (Virginia 2000: 144-5).

Sehubungan kebangkitan kesedaran politik di kalangan orang muda dan radikal Melayu itu, ada banyak cerpen telah ditulis untuk menggesa orang Melayu di seluruh Kepulauan Melayu untuk bersatu dan berjuang untuk kemerdekaan negara. Antaranya Bintang Kemajuan Menyuluh di Kampung Johol (1941) daripada Ababa Teruna Johol, Dari Perangkap Ke Penjara, Kemudian Lalu Ke Syurga (1940) karya Ishak Haji Muhammad selain Nasib Pengarang Muda (1940) buah karya Muhammad Yasin b. Makmur dan Nasib Penganjur Melayu (1940) daripada Belia Teluk Pulai – Kelang.

4Awang Had Salleh 1974: 26 Di sana banyak; ada kedai Cina, ada kedai

(15)

Kesemua mereka itu percaya itulah juga strategi untuk menebus balik tanah air Melayu. Seruan lain yang sama lantang dan jelas untuk perpaduan orang Melayu untuk menebus tanah air Melayu yang sudah diambil oleh penjajah British dan kini diancam orang Cina, India dan Arab pada 1920-an dan 1930-an juga kedengaran dalam ucapan yang diberi ayah Yazid dalam Hikayat Percintaan Kemudaan (1927) oleh Ahmad Kotot. Beliau telah memberi amaran kepada Yazid agar tidak membiarkan 'bangsa asing mengambil alih tanah air ini’. (Hashim Awang 1975: 79)

Sementara itu, penulis Melayu yang lain terus mendapati kelemahan ekonomi orang Melayu adalah disebabkan penindasan orang Melayu di bawah penjajahan, selain eksploitasi dan penipuan daripada orang bukan Melayu. Mengenai kedua-duanya, mereka seolah-olah menyalahkan orang bukan Melayu lebih daripada penjajah British. Ishak Haji Muhammad, misalnya, melihat masalah semakin merosotnya ekonomi orang Melayu dengan menuduh orang pendatang. Dia menyalahkan orang Cina kerana membuka kedai kopi di kampung Melayu bukan sahaja untuk mengaut keuntungan, tetapi juga untuk membuat orang Melayu menjadi malas dan cuai dengan datang ke kedai kopi untuk minum, makan dan melepak, dan bukannya membuat kerja yang berfaedah dan produktif. Dia juga menyalahkan orang Cina kerana memperkenalkan kemudahan pinjaman wang untuk membuat Melayu menjadi berhutang kepada mereka dan akhirnya menjual tanah mereka. Selain itu, orang Cina juga dipersalahkan kerana memperkenalkan Melayu kepada berjudi, minum arak dan juga kedai pajak gadai untuk mengalihkan perhatian orang Melayu daripada bekerja keras. Dalam cerpen Amin! Kepada Encik Amin dan Cik Aminah (1939), Istana Berembun (1938), Anak Dibuat Denak (1938) dan Tengku Achar Diraja Paku Alam (1940), Ishak menyalahkan ketua kampung Melayu, penghulu dan lain-lain yang ada kuasa kerana sudah mengkhianati orang Melayu dengan menyerahkan tanah dan hak-hak orang Melayu kepada Cina yang menipu mereka dengan memancing mereka dengan wang dan perempuan yang cantik.

(16)

tadi itu dilakukan telah berpindah ke tempat yang lain, termasuk pinggir hutan untuk membuka tanah baru sekali lagi. Dengan cara ini, orang Cina didapati bukan sahaja telah merosakkan ketenangan di kampung Melayu, tetapi juga telah memberi kesan buruk lain kepada kehidupan orang Melayu. Sehubungan itu, Hashim Awang (1975: 85) mengulas bahawa dalam cerpen-cerpennya itu juga Ishak telah menceritakan kisah kesusahan yang dialami orang Melayu di tangan orang Cina yang bekerjasama dengan pembesar Melayu yang sepatutnya melindungi kepentingan orang Melayu, tetapi telah mengabaikan, melupakan dan meninggalkan mereka.

(17)

Dalam tahun 1920-an, 1930-an dan 1940-an, kesedaran orang Melayu terhadap masalah ekonomi dan politik sosial mereka berbangkit daripada ketakutan mereka terhadap persaingan yang mereka hadapi daripada orang bukan Melayu (Cina, India dan Arab), selain kekecewaan mereka terhadap penjajah British kerana tidak menolong mereka, tetapi telah meninggalkan mereka, selain mereka juga marah kerana pengaruh kebudayaan Barat ke atas orang muda, lebih-lebih lagi ancaman ugama Kristian ke atas agama Islam dan kebudayaan Melayu. Mereka menganggap kesemua ini adalah bencana yang melanda orang Melayu (Safian Hussain et al 2006: 115). Kesedaran itu telah menyatukan mereka untuk objektif yang sama.

Sampai di sini, mungkin ada orang mahu tanya: tidakkah rasa benci dan marah orang Melayu terhadap orang Cina dalam tahun 1920-an, 1930-an dan 1940os itu kerana orang Cina tadi kebetulan juga telah bernasib malang atau berada pada masa yang salah? Salah satu buktinya tentang orang Cina dibuat ‘babi guini’, atau mangsa yang tidak bersalah, kerana keadaan persekitaran sosio-politik dan ekonominya, dan bukanlah kerana kesalahan diri mereka telah juga diceritakan dalam novel Biru Warna (1966) karya Awang Had Salleh. Peristiswa sedih dan hampir membawa kepada pembunuhan dan pertumpahan darah sudah berlaku bila seorang guru sekolah, Mahmud, mengalih peluru kebencian anti-Britishnya kepada Ah Kau, yang membuka kedai runcit di kampung Melayu itu. Ah Kau menjadi sasaran kemarahan dan kebencian orang Melayu pada kemuncak perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union. Guru sekolah dan penduduk lain di kampung itu menuduh Ah Kau telah bersetongkol dengan Mac Michael menyesetujui penubuhan Malayan Union. Kedudukan Ah Kau menjadi sasaran yang salah (displaced target) dapat dilihat dalam petikan yang berikut: “Mereka-mereka yang tadi ditahan oleh Ramli daripada membakar kedai Ah Kau telah sampai. … Beginilah kedudukan Malayan Union. Mac Michael yang merampas!!! … Hidup Melayu!!!! ’ … ‘Bagus,’ katanya lembut. ‘Kalau British yang merampas, mengapa kedai Ah Kau yang mesti dibakar?”

(18)

hubungan kaum di Malaysia. Api itu adalah juga sebahagian daripada api kemarahan dan kebencian orang Melayu yang anti-penjajah British, anti-orang Cina khususnya dan juga api daripada nasionalisma di kalangan orang Melayu sepanjang tahun 1930an dan 1940an.

Rujukan

A. M Thani. Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.

Ababa Teruna Johol. Bintang Kemajuan Menyuluh Di Kampung Joho. Warta Ahad, I: Bil. 313, 27 Apr. 1941, Bil. 314, 4 Mei 1941.

Abdul Rahim Kajai. Cerita Awang Putat. Utusan Zaman, 1- 8 Nov 1941.

Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971 & 2003.

Abdullah Sidek. Mari Kita Berjuang. Singapore: H. Hashim bin H Abdullah, 1941.

Ahba Darultakzim. Sayunya Hatiku. Idaman, 1 Jul 1941.

Ahmad Kotot. Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Al-Matbaah al-Rawdzah al-Islam wa Syarikah, 1927.

Ahmad Lutfi. Bilik 69. atau Korban Nusyuz. Singapura: Qalam. 1949.

Ahmad Murad Nasaruddin. Nyawa di Hujung Pedang. Kuala Lumpur: Pejabat Perhubungan Raya, 1946

Alias Ali. Gersang. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1964.

Asmaranda. Surat dari Mekah. Mastika, April 1961.

Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha Penerbitan Menara, 1966.

Belia Teluk Pulai Kelang. Nasib Penganjur Melayu. Warta Ahad, I: Bil. 286, 20 Okt. 1940, Bil. 287, 27 Okt. 1940, Bil. 288, 3 Nov. 1940

Haji Talib. Marilah Kaum Bangsaku! Idaman, 1 Jul 1941.

Hashim Awang. Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Ke-dua: Satu Analisa Tentang Tema dan Struktur, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.

Husain Abdul Hadi. Jimat Dan Cermat. Warta Ahad. Bil. 142, 16.1. Jan. 1938.

(19)

Ibrahim Omar. Desa Pinggitan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1964.

Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12 – 19.6.1938.

Ishak Haji Muhammad. Anak Mat Lela Gila (1941).

Ishak Haji Muhammad. Istana Berembun. Warta Ahad, 3 - 10 Apr 1938.

Ishak Haji Muhammad. Dolly - Bidadari dari Shanghai. Utusan Zaman, 24 Ogo - 21 Sep 1940.

Ishak Haji Muhammad. Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang. Utusan Zaman, 15 Jun - 6 Jul. 1940.

Ishak Haji Muhammad. Dari Perangkap Ke Penjara, Kemudian Lalu Ke Syurga. Utusan Zaman. 13 Jul. - 10 Ogo 1940.

Ishak Haji Muhammad. Putera Gunung Tahan. Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency Sdn. Bhd. 1973.

Ishak Haji Muhammad. Siasat Yang Tiada Diminta. Lembaga Malaya, 18 April.-16 Mei 1941.

Melan Abdullah. Terbuang Dek Kerana Adat. Utusan Zaman, I: Jil. 2.21, 24 Mei, Jil. 2.22, 31 Mei 1941.

Muhammad Yasin b. Makmur. Membuka Kampung Baharu Di Tanjung Karang. Warta Ahad, Bil. 284,6 .(10.1940), Bil. 285, 13 .10.1940.

Muhammad Yasin b. Makmur. Nasib Pengarang Muda. Warta Ahad, Bil. 276, 11.8.1940.

Othman Puteh. Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua: satu Analisa Tentang Pemikiran dan Struktur, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

Ruhi Hayat. Merangkaklah Senja Menutup Pandangan. Melaka: Toko Buku Abbas Bandung, 1964.

Safian Hussain, Mohd. Thani Ahmad & Johan Jaaffar (editors). Sejarah Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 2006.

Virginia Matheson Hooker. Writing a New Society: Social Change Through the Novel in Malay. Honolulu: Allen & Unwin and University of Hawaii Press, 2000.

Wijaya Mala. Saka Kampung Gergasi. Singapura: The Royal Press,1950.

Referensi

Dokumen terkait

Teknometrik merupakan salah satu metode pengukuran teknologi yang digunakan untuk mengevaluasi kontribusi komponen teknologi, yang mana keempat komponen tersebut yaitu

Alat pemanen buah jarak pagar dirancang untuk digandengkan pada traktor yang dioperasikan oleh seorang operator. Hal ini untuk memudahkan transportasi alat dan untuk memberikan

Pada frekuensi yang lebih tinggi, panas yang dibandingkan oleh fluksi magnetic sangat dipengaruhi oleh penggunaan inti besi, hal tersebut disebabkan karena

Besarnya pengaruh adat istiadat dan budaya dapat bersinggungan dengan konsep keimanan atas suatu hal ghaib dalam agama. Sehingga pengaruh adat istiadat dan budaya

Tidak adanya promosi yang dilakukan dapat menjadi suatu kelemahan dalam pengembangan pasar tradisional.. Ada proses

Biogas adalah salah satu bahan bakar yang bersifat renewable(dapat diperbarui) yang diperoleh dari aktivitas anaerobik atau fermentasi bahan-bahan organik termasuk

.Dalam hal ini upaya pencegahan dari pengelola Taman Wisata Alam Gunung Pancar direncanakan akan menjalin kesepakatan khusus dengan masyarakat sekitar kawasan agar lahan