• Tidak ada hasil yang ditemukan

USAHA-USAHA MEMUPUK MINAT PELAJAR TERHADAP KARYA-KARYA SASTERA

Dalam dokumen KARANGAN RESPON TERBUKA.doc (Halaman 96-99)

1.0 Pendahuluan

- Takrif Kesusasteraan Melayu ialah hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.

- Kesusateraan dapat memperlihatkan keindahan bahasa Melayu yang pernah menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca di Asia tenggara.

- Remaja khususnya pelajar tidak berminat dan mengendahkan bidang kesusasteraan pada era globalisasi.

- Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memupuk minat pelajar terhadap karya sastera.

2.0 Isi/ Fakta : Usaha-usaha memupuk minat pelajar terhadap karya sastera 2.1 Isi 1 : Peranan pihak swasta dan kerajaan.

Apakah usaha-usaha untuk memupuk minat pelajar terhadap karya sastera?. Peranan pihak swasta dan kerajaan.

Mengapa peranan pihak swasta dan kerajaan dapat memupuk minat pelajar ?. Hal ini demikian kerana pihak tersebut mampu melaksanakan usaha-usaha untuk menarik minat pelajar terhadap karya sastera melalui aktiviti yang dianjurkan. Bagaimanakah pihak terbabit menarik minat pelajar terhadap karya sastera ?. Melalui penganjuran pertandingan-pertandingan khusus untuk pelajar.Tawaran hadiah yang lumayan

Contoh

Pertandingan menulis cerpen dan sayembara puisi mencipta sajak dan sebagainya

Rumusan/penegasan isi

Oleh yang demikian,jelaslah bahawa peranan pihak swsta dan kerajaan mampu melahirkan pelajar yang meminati sastera pada masa hadapan.

2.2 Isi 2 : Peranan Media Massa

Apakah usaha-usaha untuk memupuk minat pelajar terhadap karya sastera ?. Melalui peranan media massa.

Mengapakah peranan media massa dapat memupuk minat pelajar terhadap karya sastera ?.

Media massa berfungsi sebagai wadah untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai.Maklumat yang berkaitan dengan sastera dapat dipaparkan melalui media massa.

Bagaimanakah media massa dapat memupuk minat pelajar terhadap karya sastera ?.

Melalui media cetak dan media elektronik Contoh

Penyiaran filem-filem lama seperti filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, slot-slot sastera seperti pembacaan pantun dan deklamasi sajak, filem-filem animasi yang menyelitkan kisah legenda seperti ‘Silat Lagenda’ dan ‘Putih’. Rumusan/penegasan isi

Konklusinya, media massa mampu menarik minat pelajar terhadap karya sastera melalui penggunaan teknologi moden dan canggih.

2.3 Isi 3 : Peranan Institusi Pendidikan

Apakah usaha-usaha untuk menarik minat pelajar terhadap karya sastera ?. Melalui peranan institusi pendidikan

Mengapakah institusi pendidikan dapat menarik minat pelajar terhadap karya sastera ?.

Kementerian Pelajaran telah mengubah kurikulum dan sukatan Pelajaran bahasa Melayu. dengan memasukkan komponen sastera dalam pembelajaran.

Bagaimanakah peranan institusi pendidikan dapat memupuk minat pelajar terhadap karya sastera?.

Memasukkan komponen sastera dalam pembelajaran.pengajaran guru di dalam kelas,penglibatan paelajar dalam aktiviti yang bercorak sastera .

Contoh

Aktiviti lakonan dan drama yang terdapat dalam komponen sastera, pertandingan deklamasi sajak, syair dan pantun.

Rumusan/penegasan isii

Natijahnya,Institusi Pendidikan dapat menyemarakkan minat pelajar terhadap karya sastera.

2.4 Isi 4 : Peranan ibu bapa

Apakah usaha-usaha untuk memupuk m inat pelajar terhadap karya sastera?. Peranan ibu bapa melalui pendidikan tidak formal.

Mengapakah peranan ibu bapa penting dalam menarik minat pelajar terhadap karya sastera?.

Ibu bapa merupakan asas permulaan pembentukan sahsiah dan peribadi anak- anak.

Bagaimanakah peranan ibu bapa dapat memupuk minat pelajar terhadap karya sastera?.

Melalui pendidikan tidak formal di rumah. Pendedahan meminati karya sastera sejak kecil

Contoh

Membeli bahan bacaan yang sesuai,menyediakan perpustakaan mini di rumah,membacakan buku-buku cerita sastera.

Rumusan/Penegasan isi

Tegasnya, peranan ibu bapa sememangnya penting untuk menyemai minat pelajar terhadap karya sastera.

3.0 Kesimpulan

KARANGAN CONTOH

Kesusasteraan Melayu dapat ditakrifkan sebagai hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri kelebihan yang tertentu.Melalui karya sastera keindahan bahasa Melayu mampu ditonjolkan dan diketengahkan selaras dengan peranannya sebagai bahasa perantaraan atau ‘lingua franca’ pada suatu ketika dahulu di kawasan Asia Tenggara.Namun,pada era globalisasi dan teknologi moden, remaja khususnya pelajar tidak lagi berminat dan mengendahkan karya sastera. Mereka lebih mengagungkan budaya Barat dan menganggap karya sastera sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Seperti kata hiikmat ’Hilang bahasa,lenyaplah bangsa”, justeru, untuk mengelakkan karya sastera terus dipinggirkan, pelbagai usaha perlu dilaksanakan.

Penglibatan pihak swasta dan kerajaan sangat penting untuk memupuk minat pelajar terhadap karya sastera.Hal ini demikian kerana pihak tersebut mampu melaksanakan usaha-usaha untuk menarik minat pelajar terhadap karya sastera. Salah satu badan yang terlibat ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Usaha ini dapat direalisasikan melalui penganjuran pertandingan-pertandingan untuk pelajar seperti pertandingan menulis cerpen, mencipta sajak serta mendeklamasikan sajak dan sayembara puisi yang dapat menarik minat mereka terhadap karya sastera.Sebagai intensif untuk menarik minat pelajar terhadap karya sastera, hadiah-hadiah yang ditawarkan haruslah lumayan.Pihak DBP misalnya boleha mengesan dan mengasah pelajar-pelajar yang berbakat daalam bidang sastera.Pelajar perlu diberi bimbingan dan pendedahan agar bakat itu tidak dipersia-siakan.Oleh itu, jelaslah bahawa peranan pihak swasta dan kerajaan mampu melahirkan generasi yang meminati karya sastera.

Seperti yang kita sedia maklum, media massa merupakan wadah informasi penyebaran maklumat.Oleh itu, peranan media massa amat penting untuk memupuk minat pelajar terhadap karya sastera. Media massa dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu media cetak dan media elektronik.Melalui saluran ini banyak malklumat yang berkaitan dengan sastera dapat dipaparkan untuk tontotan semua lapisan masyarakat khususnya pelajar.Sebagai contoh,

penyiaran filem-filem lama arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti Hang Tuah dan Semerah Padi.Slot-slot sastera seperti pembacaan pantun dan deklamasi sajak yang diselitkan selepas siaran Berita Jam 6 dan sebelum azan maghrib di RTM mampu menyerapkan nilai-nilai sastera dalam diri pelajar.Selain itu, pembikinan filem-filem animasi yang menyelitkan kisah-kisah legenda seperti ‘Silat Legenda” dan ‘Putih” merupakan salah satu alternative untuk menarik minat pelajar terhadap karya sastera.Tuntasnya, melalui penggunaan teknologi moden dan canggih mampu menarik minat pelajar terhadap karya sastera.

Pendidikan merupakan elemen terpenting dalam usaha menarik minat pelajar terhadap karya sastera.Melalui institusi pendidikan, Kementerian Pelajaran telah mengubah kurikulum dan sukatan Pelajaran bahasa Melayu dengan memasukkan komponen sastera dalam pembelajaran. Kreativiti guru amat penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran komponen sastera menarik dan mampu memupuk minat pelajar terhadap karya sastera.Sebagai contoh,melakukan aktiviti lakonan berdasarkan drama yang terdapat dalam komponen sastera,mendeklamasikan sajak, syair dan pantun dapat menyemarakkan minat pelajar terhadap karya sastera.Tegasnya,melalui usaha ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar memahami sastera dan membangkitkan perassan bangga terhadap karya sastera itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa peranan ibu bapa juga amat penting dalam memupuk minat pelajar terhadap karya sastera.Pendidikan tidak formal di rumah adalah penting untuk menyemai minat pelajar terhadap karya sastera sejak kecil.hal ini demikian kerana, ibu bapa ialah orang yang bertanggung jawab mencorakkan minat dan kecenderungan pelajar terhadap karya sastera. Sebagai contoh, ibu bapa membeli bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk menjadi santapan minda anak-anak,mewujudkan perpustakaan mini di rumah serta membacakan buku-buku sastera kepada anak-anak. Dengan adanya minat ini,anak-anak terutamanya pelajar akan mengikut jejak langkah ibu bapa, bak kata pepatah ‘benih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulau’. Justeru,jelaslah bahawa peranan Ibu bapa sangat penting untuk memupuk minat pelajar terhadap karya sastera.

Konklusinya,usaha-usaha yang berterusan perlu dilaksanakan dan dipantau oleh semua pihak bagi memastikan karya sastera mampu menarik minat para pelajar.Ibarat kata pepatah’ berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’.Sesungguhnya karya sastera dapat membentuk jati diri pelajar agar menjadi insan yang berakhlak mulia dan seimbang dari segi jasmani. emosi,rohani dan intelek.Justeru, melalui usaha ini, ungkapan ‘ Sastera Gambaran Masyarakat’ dan ‘Sastera Asas kemajuan Negara’ mampu direalisasikan.

Dalam dokumen KARANGAN RESPON TERBUKA.doc (Halaman 96-99)