• Tidak ada hasil yang ditemukan

KARANGAN RESPON TERBUKA.doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KARANGAN RESPON TERBUKA.doc"

Copied!
99
0
0

Teks penuh

(1)

KARANGAN RESPON TERBUKA 1

RANGKA KARANGAN

USAHA-USAHA MENGEMBANGKAN ICT

1. Pendahuluan

-Kepentingan ICT ke arah negara maju - contoh bidang yang memerlukan ICT

2. Isi-Isi: Usaha-usaha

2.1 Isi 1: Penubuhan Sekolah Bestari Mengapakan Sekolah Bestari ditubuhkan ? bagi membentuk generasi muda yang celik IT Bagaimanakah pengaplikasiannya ?

Sekolah Bestari menekankan budaya ilmu , kreatif dan penyayang bercirikan akses kendiri,kadar kendiri dan terarah kendiri menyediakan pelajar-pelakar yang mampu meneroka alam siber yang penuh bermaklumat.

2.2 Isi 2 :Memperkasa sistem pendidikan – penawaran subjek IT Bila ?

Sejak 1998 Mengapa ?

Kea rah pelajar celik IT Bagaimana ?

Penyediaan prasarana komputer di sekolah-sekolah terpilih 2.3 Isi 3 : Projek MSC/KRM

Mengapa?

memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi Bagaimana?

MSC yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti kerajaan elektronik, teleperubatan dan banyak lagi akan diyakini menggalakkan pelabur asing membawa teknologi baru yang canggih ke negara ini

2.4 Isi 4 : Peranan Media Massa Bagaimana ?

omputer. Akhbar ini menjadi wadah bagi para pembaca menyampaian mesej, nasihat dan panduan berkaitan bagi menarik masyarakat memiliki komputer selari dengan kempen kerajaan “Sebuah Rumah , Sebuah Komputer”

Mengapa ?

(2)

2.5 Isi 5 : Peranan syarikat swasta Siapa?

Syarikat Telekom Malaysia, Jaring dan

“ Time Engineering” Syarikat Telekom Malaysia Bagaimana ?

Pelbagai tawaran diberi agar semua rakyat dapat pencapaian internet. Selian itu, pelbagai program tunjuk ajar bergerak (road show)

Penutup

Jenis harapan dan cadangan

CONTOH KARANGAN USAHA-USAHA MENGEMBANGKAN ICT

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan masa kini tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Penguasaan bidang ICT diperlukan agar negara dapat terus bersaing pada persada global dan dapat duduk sama rendah dan diri sama sama tinggi dengan negara-negara lain.Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini juga semakin penting dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh yang demikian, setiap pihak harus menggarap pelbagai usaha untuk bersedia menguasai dan bergerak seiring dengan arus perdana teknologi ICT ini.

Salah satu usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat negara tidak ketinggalan dalam bidang ICT adalah melalui pelaksanaan konsep Sekolah Bestari dalam Koridor Raya Multimedia. Hal ini memperlihatkan usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi muda yang celik IT .Konsep Sekolah Bestari yang telah diperkenalkan sejak 1997 ini, merupakan satu institusi pembelajaran yang menyediakan para pelajar menghadapi era ICT. Sekolah Bestari ini juga diharapkan akan mampu menyediakan pelajar yang cekap teknologi maklumat untuk menghadapi era globalisasi .Sekolah Bestari menekankan budaya ilmu , kreatif dan penyayang bercirikan akses kendiri,kadar kendiri dan terarah kendiri menyediakan pelajar-pelakar yang mampu meneroka alam siber yang penuh bermaklumat. Dengan usaha ini golongan pelajar yang akan menjadi pemacu wawasan negara, akan bersikap reflektif dan proaktif dan bukannya hanya menjadi katak di bawah tempurung yang langsung tidak sedar akan kepentingan saling bergantung sercara global dalam semua a memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi spek kehidupan.

(3)

pembinaan makmal-makmal di 2000 sekolah memperlihatkan pembangunan positif ke arah peralihan Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Kerajaan juga telah mengarahkan agar kesemua maktab perguruan seluruh Malaysia dilengkapi jaringan teknologi maklumat dan komunikasi menjelang berakhirnya Rancangan Malaysia Kelapan . Hal ini dibuat bagi memastikan segenap lapisan masyarakat , terutamanya golongan pelajar dan pendidik diberi pendedahan dan penguasaan ICT. Usaha ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan negara mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran era teknologi maklumat dan komunikasi ini.

Di samping itu, gagasan perdana yang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi adalah melancarkan peojek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1995. MSC ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Teknologi Maklumat (NITA) merangkumi kawasan selebar 15X50 kilometer persegi meliputi “Kuala Lumpur City Center” , Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya dengan pembiayaan sebanyak RM5.5 bilion.MSC yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti kerajaan elektronik, teleperubatan dan banyak lagi akan diyakini menggalakkan pelabur asing membawa teknologi baru yang canggih ke negara ini. Syarikat computer akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D) di MSC akan mengeluarkan produk yang sangat kompleks serta berdaya saing untuk menembusi pasaran global. Contohnya, syarikat ‘Microsoft’, IBM, Intel dan Acer akan menjadikan MCS sebagai tapak utama dalam menjalan R& D ke arah pembestarian produk mereka. Oleh itu, MSC akan menjadi landasan dan wadah utama kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan teknologi yang akan mempu menjadikannya pemain utama pada peringkat global.

Sementelahan pula, usaha pihak media massa juga tidak boleh dikesampingkan dalam merealisasikan Agenda ICT kerajaan. Pihak akhbar Utusan Malaysia telah tampil ke hadapan melalui pelbagai usaha dalam membudayakan masyarakat kita dengan dunia teknologi maklumat dan komputer. Akhbar ini menjadi wadah bagi para pembaca menyampaian mesej, nasihat dan panduan berkaitan bagi menarik masyarakat memiliki computer selari dengan kempen kerajaan “Sebuah Rumah , Sebuah Komputer”. Utusan Malaysia juga mengadakan program “Komputer Dalam Kelas” melalui “Portal Pendidikan Utusan “ (KDK) yang difokuskan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah untuk mencapai bahan-bahan pembelajaran melalui

(4)

Dari perspektif lain ,teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin dominon mendapat tempat dalam segala aspek kehidupan manjusia . Salah satu pengaruh ICT adalah melalui peranan internet yang telah mewujudkan fenomena dunia tanpa sempadan. Dalam hal ini, pihak swasta telah bersama-sama pihak kerajaan telah memastikan perkhidmatan internet dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Syarikat Telekom Malaysia, Jaring dan

“ Time Engineering” merupakan antara swarikat swasta menyediakan perkhidmatan internet yang cepat dan murah. Pelbagai tawaran diberi agar semua rakyat dapat pencapaian internet. Selian itu, pelbagai program tunjuk ajar bergerak (road show) diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara untuk memberi pendedahan kepada rakyat tentang kepentingan ICT dalam kehidupan.

(5)

KARANGAN RESPONS TERBUKA 2

KEPENTINGAN MENABUNG/ BERJIMAT.

Pepatah Melayu ada mengatakan ` sehari selembar benang,

lama-lama menjadi kain’. Peribahasa ini bermaksud jika kita melakukan

sesuatu itu sedikit demi sedikit, lama- kelamaan sesuatu yang kita

lakukan itu menjadi banyak. Secara tersiratnya peribahasa ini

mengajak masyarakat kita mengamalkan sikap suka menabung.

Malah kerajaan juga telah melancarkan kempen ` menabung

menjamin

masa depan’ dalam usaha menggalakkan masyarakat

menabung untuk masa hadapan.

Hakikatnya amalan menabung ini mempunyai faedah- faedah yang

tidak terkira banyaknya. Antaranya ialah amalan menabung ini dapat

melatih diri kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat

cermat merupakan sikap yang amat terpuji kerana ia dapat

mengelakkan diri dari melakukan pembaziran. Selain itu amalan ini

dapat melatih diri sentiasa beringat dan sikap ini wajar ditanam

dalam setiap diri individu semenjak kecil lagi. Pepatah`ingat

sementara belum kena, jimat sementara belum habis’ wajar dijadikan

iktibar dalam kehidupan kita. Malah ajaran agama sendiri melarang

kita melakukan pembaziran dan menuntut kita sentiasa menabung

untuk masa hadapan. Jelaslah sikap suka menabung haruslah

dijadikan amalan hidup setiap masyarakat di Malaysia.

(6)

Aktiviti menabung juga mengambarkan betapa bijaknya kita dalam

mengawal urusan kewangan. Kita sepatutnya bertindak dengan bijak

dalam menguruskan kewangan dan amalan menabung ini haruslah

dimasukkan dalam pengurusan kewangan kita. Kita sepatutnya

menabung sedikit dahulu sebelum berbelanja agar kita sentiasa

menyimpan walaupun sedikit. Walaupun kadang kala kita berasa

amat payah untuk berbuat demikian tetapi dengan keazaman yang

kuat kita pasti boleh melakukannya seperti pepatah `alah bisa, tegal

biasa’.

Faedah yang seterusnya daripada amalan menabung ini ialah dapat

mengawal inflasi daripada berlaku. Hal ini berlaku apabila kita tidak

mengamalkan sikap suka menabung, wang akan memasuki pasaran

dengan banyaknya. Sekiranya keadaan ini berlaku, ia akan

meningkatkan harga barangan di pasaran. Inflasi bermaksud apabila

berlaku lebihan wang di pasaran berbanding barangan. Sekiranya

inflasi berlaku di negara kita sedikit sebanyak akan menjejaskan

ekonomi negara. Oleh itu rakyat haruslah sanggup berkorban demi

negara agar ekonomi negara akan sentiasa stabil dan makmur.

Amalan menabung bukan sahaja membawa faedah dalam diri

individu dan masyarakat malah ia juga memberi impak yang besar

kepada institusi kewangan negara. Aktiviti menabung akan

memperkukuh kedudukan bank di negara kita. Apabila kita

menyimpan wang di bank, wang ini dapat digunakan oleh pihak lain

bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan sebagainya melalui

pinjaman yang diberikan. Oleh itu secara tidak langsung akan dapat

menjana pertumbuhan ekonomi kita. Manakala pihak bank pula akan

mendapat keuntungan kerana mereka memperoleh laba daripada

skim pinjaman yang diwujudkan.

(7)

hikmat seperti ` Menabung Mencerahkan Masa Depan’ hendaklah

menjadi ikutan dan pedoman rakyat Malaysia

RANGKA JAWAPAN

1.0 PENDAHULUAN

-Pepatah Melayu ada mengatakan `sehari selembar benang, lama- lama

menjadi kain’ bermaksud jika kita melakukan sesuatu itu sedikit demi

sedikit, lama- kelamaan sesuatu yang kita lakukan itu akan menjadi

banyak.

-Secara tersiratnya peribahasa ini mengajak masyarakat kita

mengamalkan sikap suka menabung.

-Kerajaan melancarkan kempen ` menabung menjamin masa depan’

dalam usaha menggalakkan masyarakat menabung untuk masa hadapan.

2.0

ISI/ FAKTA

2.1

ISI 1

-

Amalan menabung dapat melatih diri kita supaya sentiasa berjimat

cermat .

-Sikap berjimat cermat merupakan sikap terpuji kerana dapat

mengelakkan diri dari melakukan pembaziran.

-Dapat melatih diri sentiasa beringat dan sikap ini wajar ditanam dalam

setiap diri individu semenjak kecil lagi.

-Ajaran agama juga melarang kita dari melakukan pembaziran dan

menuntut kita sentiasa menabung untuk masa hadapan.-Pepatah `ingat

sementara belum kena, jimat sementara belum habis’ wajar dijadikan

iktibar dalam kehidupan kita.

-Jelaslah sikap suka menabung haruslah dijadikan amalan hidup setiap

masyarakat di Malaysia.

(8)

-Melalui amalan menabung, kita akan mempunyai wang simpanan yang

akan digunakan pada masa hadapan atau sewaktu kecemasan.

-Kita sendiri tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan

seperti ditimpa musibah ataupun penyakit.

-Ungkapan `sediakan payung sebelum hujan’ amat sesuai untuk

digunakan dalam konteks ini.

-Sekiranya kita mempunyai tabungan yang cukup kita tidak akan merasa

bimbang apabila sesuatu musibah menimpa kita.

-Oleh itu dengan adanya wang simpanan itu akan menolong kita untuk

menyelesaikan masalah dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban.

2.3 ISI 3

-

Aktiviti menabung menggambarkan betapa bijaknya kita dalam

mengawal urusan kewangan.

-

Kita mestilah bertindak dengan bijak dalam pengurusan kewangan kita .

-

Menabung dahulu sebelum berbelanja agar kita sentiasa menyimpan

walaupun sedikit.

-

Walaupun payah untuk melakukannya tetapi dengan keazaman yang kuat

kita pasti boleh melakukannya seperti pepatah `alah bisa, tegal biasa.’

2.4

ISI 4

-

Amalan menabung dapat mengawal inflasi daripada berlaku.

-

Sekiranya amalan menabung tidak dipraktikkan wang akan

memasuki pasaran dengan banyaknya.

-

Hal ini akan menyebabkan inflasi berleluasa.

-

Senario ini akan menggugat kestabilan ekonomi sesebuah negara.

-

Oleh itu setiap rakyat harus berkorban demi kemakmuran Negara

ini.

2.5 ISI 5

-

Amalan menabung turut membawa faedah kepada institusi kewangan

negara.

-

Hal ini kerana amalan menabung akan memperkukuh bank negara kita.

-

Amalan menyimpan wang akan meransang aktiviti perniagaan menerusi

pinjaman yang disediakan oleh pihak bank.

(9)

-

Akhirnya laba daripada skim pinjaman ini turut dinikmati oleh semua

lapisan masyarakat.

3.0

Penutup

-Tuntasnya amalan menabung merupakan budaya yang bukan saja

merupakan amalan mulia di sisi agama tetapi turut memberi impak positif.

-Hal ini demikian kerana menabung mencerahkan masa hadapan

seseorang.

-Budaya ini perlu disemai subur dalam diri individu dari peringkat akar

umbi lagi.

(10)

KARANGAN RESPON TERBUKA 3

Usaha-usaha Memelihara Bangunan Bersejarah

TAJUK : Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan

- Kepentingan memelihara bangunan bersejarah kepada masyarakat dan negara.

- Contoh-contoh bangunan bersejarah

2.0 Isi/Fakta : Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah. 2.1 Isi 1 : Pengumpulan dana

- Apakah kepentingan mengumpul dana? - Dari manakah sumber dana boleh diperolehi? - Berapakah anggaran kos yang diperlukan?

Penegasan Isi : Adalah lebih molek lagi jika pelbagai pihak sudi memikul tanggungjawab bersama bagi memastikan bangunan- bangunan tua di Negara kita tidak hilang nilai sejarahnya.

2.2 Isi 2 : Membaik pulih bangunan bersejarah

- Bagaimanakah bangunan-bangunan bersejarah boleh dipulihara?

- Apakah langkah-langkah yang perlu diberi perhatian sebelum kerja-kerja pemuliharaan dijalankan?

- Mengapakah bangunan-bangunan bersejarah perlu dikekalkan?

Penegasan Isi : Bangunan lama yang banyak menyimpan sejarah bangsa sewajarnya dilestarikan dan dirawat, agar bukti sejarah ini dapat dinikmati dan bermanfaat kepada

masyarakat Malaysia.

2.3 Isi 3 : Pelbagaikan fungsi bangunan bersejarah

- Bagaimanakah fungsi bangunan bersejarah boleh dipelbagaikan? - Apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mempromosi

bangunan bersejarah yang telah diubah suai atau dibaik pulih ?

(11)

Penegasan Isi : Intihanya, bangunan-bangunan bersejarah ini perlulah dipastikan terus berfungsi dan dikenali oleh rakyat

tempatan mahupun pelancong asing agar

tidak hilang ditelan zaman.

2.4 Isi 4 : Perlindungan melalui perundangan

- Mengapakah undang-undang perlu digubal untuk memelihara bangunan Bersejarah?

- Apakah syarat-syarat yang perlu dirangka untuk mengubal undang-undang berkaitan?

- Wajarkah bangunan-bangunan bersejarah dirobohkan demi pembangunan Negara?

Penegasan Isi :

Bangunan bersejarah semakin antik dan tua, semakin mahal harganya. Oleh itu, diharapkan melalui undang-undang, bangunan-bangunan bersejarah akan terus kekal dan terpelihara.

3.0 Penutup

- Masyarakat Malaysia perlu peka akan kepentingan pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah.

(12)

KARANGAN RESPON TERBUKA 4

Usaha-usaha Memelihara Bangunan Bersejarah

Bangunan bersejarah merupakan daya tarikan bagi sesuatu tempat. Kelestarian bangunan bersejarah adalah penting sebagai fakta sejarah untuk dihayati oleh generasi baru, selain dapat digunakan untuk pendidikan dalam subjek Sejarah. Bangunan sejarah merupakan bukti yang membentuk identiti bandar itu sendiri. Bandar Georgetown di Pulau Pinang dan Bandar Melaka banyak mempunyai bangunan bersejarah yang memperlihatkan seni bina kolonial dan Asia. Oleh sebab itu, bangunan-bangunan tua bersejarah seharusnya dilindungi. Malangnya ada beberapa bangunan-bangunan bersejarah yang telah ditinggalkan begitu sahaja tanpa perhatian. Untuk itu diperlukan satu perubahan sikap dalam kalangan generasi pada hari ini untuk mencintai, menyayangi, menghormati dan melestarikan peninggalan bersejarah itu. Tidak kenal maka tidak cinta. Kita tentunya tidak mahu bangunan bersejarah yang terdapat di tanah air kita hanya tinggal cerita sahaja. Bayangkan jika generasi akan datang hanya dapat mendengar kehebatan kesultanan melayu Melaka tanpa dapat melihat bangunan-bangunan bersejarah yang berkaitan dengan cerita tersebut. Semua ini bakal terjadi akibat kurang arif generasi masa kini dalam meneruskan usaha-usaha pemeliharaan peninggalan sejarah leluhur mereka.

Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah wajar dilaksanakan agar tinggalan sejarah ini dapat terus berdiri teguh menjadi lambang kebanggaan masyarakat setempat. Antara usaha-usaha yang dapat dilakukan adalah mengumpul dana. Dana amat diperlukan bagi menampung kos membaik pulih bangunan-bangunan tua lagi bersejarah. Perbelanjaan bagi tujuan murni ini menelan belanja yang bukan sedikit. Malah mencecah ratusan ribu sehingga jutaan ringgit. Contohnya, kos penyelenggaraan Projek Rumah Tok Su yang terletak di Wisma Darul Aman, Alor Setar menelan belanja sekitar RM 230,000.00. Perbadanan Pelancongan Negeri telah menjadikan Rumah Tok Su sebagai Pusat Kesenian dan Kraf tangan Kampung Warisan Melayu. Pihak kerajaan sewajarnya memperuntukkan sejumlah wang untuk tujuan membaik pulih bangunan bersejarah. Adalah lebih molek lagi jika Badan-Badan Bukan Kerajaan sudi memikul tanggungjawab bersama bagi memastikan bangunan-bangunan tua di negara kita tidak hilang nilai sejarahnya.

(13)

dan dalam waktu yang sama tetap memungkinkan dinding untuk bernafas. Bahagian-bahagian yang rosak atau retak perlulah diperbaiki. Bangunan lama yang banyak menyimpan sejarah bangsa sewajarnya dilestarikan dan dirawat, agar bukti sejarah ini dapat dinikmati dan bermanfaat kepada masyarakat Malaysia.

Antara usaha lain yang dapat dilaksanakan bagi memastikan bangunan-bangunan bersejarah tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, adalah melalui usaha mempelbagaikan fungsi bangunan-bangunan tersebut. Contohnya bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di Kuala Lumpur kini menjadi mahkamah selain daripada menjadi daya penarik bagi pelancong asing. Bangunan-bangunan bersejarah seharusnya digazetkan sebagai salah satu destinasi pelancongan. Katalog sejarah mengenai bangunan tersebut perlu disediakan. Pihak berkenaan juga seharusnya membina kemudahan jalan raya dan infrastruktur untuk memudahkan orang ramai mengunjungi tempat-tempat tersebut. Penjagaan dan Pemuliharaan bangunan lama perlu dipertingkatkan agar dapat menarik lebih banyak pelancong ke Malaysia. Selain daripada menjadi destinasi pelancongan, bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai eksotik ini bolehlah dijadikan pusat-pusat beli belah atau restoran-restoran yang bertaraf eksklusif. Malah bangunan-bangunan tersebut juga boleh juga digunakan untuk kegiatan sosial dan kebudayaan. Bangunan-bangunan lama yang terus digunakan sama ada untuk tujuan kormesial, budaya mahupun sosial akan tetap ceria dan kekal terpelihara. Intihanya, bangunan-bangunan bersejarah ini perlulah dipastikan terus berfungsi dan dikenali oleh rakyat tempatan mahupun pelancong asing agar tidak hilang ditelan zaman.

Seterusnya, untuk memastikan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita terus terpelihara, maka satu rang undang-undang perlulah digubal. Undang-undang perlu digubal untuk melarang struktur utama bangunan bersejarah diubah dan melarang pemugaran bangunan bersejarah. Contohnya, disyaratkan bangunan yang berusia melebihi 50 tahun dan memiliki sejarah setempat seharusnya dilindungi. Adakah wajar bangunan-bangunan tua dirobohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan moden? Kemusnahan gedung-gedung bersejarah ini pastinya merugikan sebahagian besar warga kota. Akibat terlalu asyik mementingkan aspek ekonomi, aspek budaya dan sosial dipinggirkan dalam perancangan bandar. Bangunan bersejarah merupakan bukti yang membentuk identiti bandar itu sendiri. Oleh sebab itu, bangunan-bangunan tua bersejarah seharusnya dilindungi oleh undang-undang. Hal ini bagi memastikan rakyat tempatan mengetahui sejarah ibu pertiwi mereka. Justeru, masyarakat seharusnya buka mata dan sedar bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai yang tidak dimiliki oleh bangunan lain. Bangunan bersejarah semakin antik dan tua, semakin mahal harganya. Oleh itu, diharapkan melalui undang-undang, bangunan-bangunan bersejarah akan terus kekal dan terpelihara.

(14)
(15)

KARANGAN RESPON TERBUKA 5

Bagaimana Budaya Berjimat Cermat Dapat dipupuk dalam

Diri Rakyat

RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan

- sikap berjimat cermat menjadi tuntutan diri individu

- perlu diamalkan dalam diri individu agar tidak boros, berhutang, ditimpa

kemiskinan dan sebagainya.

-

jimat cermat dituntut dalam agama Islam

-2.0 Isi/fakta – Langkah-langkah berjimat cermat

2.1 Mendidik anak-anak sejak kecil lagi

- Apakah peribahasa yang sesuai dengan isi di atas?

- Mengapakah ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi?

-Bagaimanakah cara ibu bapa mendidik anak-anak supaya berjimat

cermat?

- Jelaskan contoh yang sesuai untuk mendidik anak-anak berjimat cermat

- Penegasan isi : Ibu bapa merupakan orang yang paling penting

mendidik anak-anal supaya berjimat cermat

2.2 Ibu bapa menjadi teladan untuk anak-anak

- Apakah teladan yang diberikan oleh ibu bapa dalam menggalakkan

berjimat cermat?

-

Mengapakah ibu bapa menjadi idola kepada anak-anak?

-

Bagaimanakah ibu bapa dapat menjadi teladan kepada anak-anak dalam

mengamalkan sikap berjimat cermat?

-

Jelaskan contoh yang sesuai bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak

berjimat cermat

-

Penegasan isi : Ibu bapa perlu memantau dan mengambil berat terhadap

perbelanjaan anak-anak

(16)

-

Apakah peranan yang perlu diambil oleh masyarakat untuk berjimat

cermat?

-

Mengapakah peranan masyarakat penting dalam berjimat cermat?

-

Bagaimana peranan masyarakat penting dalam perbelanjaan harian

mereka?

-

Jelaskan contoh yang biasa masyarakat terpedaya/tertipu dalam

perbelanjaan mereka

-

Penegasan isi : Masyarakat perlu mengambil berat dan sentiasa prihatin

terhadap perbelanjaan harian mereka bagi memastikan masyarakat

mengamalkan sikap berjimat cermat

2.4 Peranan kerajaan

- Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menggalakkan

berjimat cermat

- Mengapa kerajaan menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat?

- Bagaimana kerajaan dapat menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat?

- Jelaskan contoh yang sesuai yang dijalankan oleh kerajaan untuk

menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat

Penegasan isi : Peranan kerajaan penting dalam menggalakkan rakyat supaya

berjimat cermat

3.0 Penutup

- Pelaksanaan berjimat cermat perlu dilaksanakan pada setiap peringkat.

- setiap individu perlu mengawal inflasi sifar bersama-sama

- menggunakan wang sebaik-baiknya

Sikap jimat cermat memang dituntut dalam diri setiap individu. Seseorang

yang mengamalkan sikap berjimat cermat dapat melatih diri individu agar tidak

boros, berhutang, ditimpa kemiskinan dan sebagainya. Apatah lagi amalan

berjimat cermat dituntut dalam agama Islam. Persoalannya, bagaimanakah

amalan berjimat cermat ini dapat ditanam dalam diri rakyat?

(17)

banyak ibu bapa boleh membawa anak-anak ke bank untuk membuka buku

akaun. Sikap ibu bapa yang suka berinteraksi dengan anak-anak dan

menceritakan tentang kebaikan menabung akan menambah minat anak-anak

untukmenambah tabungan. Anak-anak akan teruja untuk menambah wang

simpanan dan bercita-cita untuk menjadi jutawan. Jelaslah bahawa peranan ibu

bapa amat penting dalam mendidik anak-anak supaya berjimat cermat.

Di samping itu, ibu bapa yang sememangnya menjadi idola anak-anak

sepatutnya menunjukkan teladan yang baik. Sikap berjimat cermat ini perlu

dilaksanakan oleh ibu bapa dalam perbelanjaan harian mereka. Mereka mestilah

membeli barangan yang diperlukan saja dan menggurang membeli

barang-barang yang di luar keperluan. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya

tidak boros berbelanja. Mereka hendaklah membantu anak-anak merancang

keperluan yang hendak dibeli saja. Di samping itu juga ibu bapa hendaklah

mengehadkan pemberian wang saku kepada anak-anak ke sekolah. Ibu bapa

perlu sering memantau dan mengambilberat barangan yang dibeli oleh

anak. Sikap ibu bapa yang sebegini dapat mendidik dan menggalakkan

anak-anak supaya berjimat cermat.

Amalan ini akan pincang sekiranya hanya satu pihak yang berusaha untuk

berjimat cermat. Pihak masyarakat perlu bijak menetapkan jumlah perbelanjaan

bulanannya supaya perbelanjaan tidak melebihi daripada keperluan. Hal ini jelas

berlaku apabila tiba musim jualan murah, harga runtuh, jualan mega dan

sebagainya. Biasanya situasi ini dapat dilihat semasa tiba musim perayaan.

Masyarakat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang sebenarnya ‘indah

khabar dari rupa’. Harga barangan tersebut sebenarnya telah dinaikkan harga

daripada harga sebenar dan diberi diskaun. Masyarakat yang tidak prihatin akan

terpedaya dan membeli barangan tersebut.

Peranan ibu bapa dan masyarakat saja tidak lengkap bagi menyedarkan

rakyat supaya berjimat cermat. Pihak berkuasa haruslah memperkasa kempen

berjimat cermat. Pihak kerajaan perlulah memperkasa dan memperhebat bagi

menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat. Kempen inflasi sifar yang pernah

dilaksanakan suatu ketika dulu perlu diteruskan bagi menggalakkan rakyat

berjimat cermat. Oleh itu pihak berkuasa perlulah mengadakan pelbagai

kempen bagi menyedarkan rakyat tentang kepentingan berjimat cermat.

(18)

KARANGAN RESPON TERBUKA 6

KEPENTINGAN HUTAN DAN USAHA-USAHA MEMELIHARA HUTAN

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

- Hutan merupakan khazanah yang amat berharga dan banyak mendatangkan kepentingan kepada hidupan di dunia.

- Terdapat pelbagai jenis hutan di Malaysia antaranya hutan gunung, hutan hujan tropika, hutan paya dan hutan pantai.

2.0 Isi / fakta

Kepentingan Hutan

2.1 Hutan merupakan habitat bagi flora dan fauna -Menyediakan makanan dan perlindungan

-Flora dan fauna saling berkaitan antara satu sama lain. - Hutan Endau Rompin dijadikan tempat perlindungan badak sumbu

- Penegasan isi

2.2 Hutan menjadi sumber ekonomi kepada negara

- Hutan mempunyai pelbagai jenis kayu kayan yang berharga -Digunakan dalam industri pembinaan,perabot,kraftangan dan perubatan

- Penegasan isi

2.3 Menjadi kawasan tadahan hujan

(19)

-Hutan Padang Terap dan Hutan Baling di Kedah merupakan Kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu

-Penegasan isi

Usaha-usaha Memelihara Hutan

2.4 Mewartakan hutan simpan dan taman negara

-Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan untuk mengurus, memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia

- Hutan Simpan Paya Laut Matang Perak dan Taman Negara Endau Rompin diwartakan sebagai hutan simpan dan taman negara.

- Penegasan isi

2.5 Penguatkuasaan undang-undang

-Akta Perhutanan Negara ( Pindaan 93) dan Enakmen Industri Berasaskan kayu (1985)

-Tindakan undang-undang dapat diambil dan hukuman yang berat boleh dikenakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

-Penegasan isi

3.0 Penutup

- Hutan khazanah penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam.

(20)

KEPENTINGAN HUTAN DAN USAHA-USAHA MEMELIHARA HUTAN

Hutan merupakan khazanah alam yang sangat penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam yang lain. Hutan juga menyediakan eko-habitat semulajadi kepada flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hutan di Malaysia antaranya ialah hutan gunung, hutan hujan tropika, hutan paya dan hutan pantai. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, terdapat pelbagai kegiatan manusia yang menyebabkan tumbuhan semulajadi dan hidupan liar semakin terancam. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dijalankan bagi memelihara hutan agar tidak musnah.

Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Hal ini kerana hutan menyediakan makanan dan perlindungan untuk pelbagai jenis mamalia, reptilia, amfibia, burung dan juga serangga. Kebanyakan daripadanya merupakan penghuni asli hutan. Kehidupan flora dan fauna saling bergantungan antara satu sama lain. Contohnya tumbuhan yang terdapat di dalam hutan menjadi makanan kepada haiwan manakala oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan pula diperlukan oleh haiwan untuk pernafasan. Beberapa hutan di Malaysia telah dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar, khususnya bagi haiwan-haiwan yang hampir pupus. Antaranya Hutan Endau- Rompin di Johor dijadikan tempat perlindungan badak sumbu dan Hutan Sepilok Sabah dijadikan tempat perlindungan orang utan. Kawasan-kawasan lain seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Mulu Sarawak, dan Hutan Belum di Perak menjadi tempat perlindungan bagi segala jenis hidupan liar. Oleh itu kepentingan hutan perlu dipertahankan untuk tatapan generasi akan datang.

Selain itu, hutan juga merupakan sumber ekonomi kepada negara. Hutan di Malaysia mempunyai kepelbagaian spesis tumbuhan yang mempunyai nilai komersial. Terdapat 8000 spesis bunga dan 2600 spesis pokok di hutan ini.Pokok kayu ini dapat dijadikan sumber pendapatan kepada negara. Pokok cengal, merbau,nyatoh, bitis, dan kempas yang terdapat di hutan hujan tropika merupakan kayu balak yang sangat tinggi nilainya. Kayu keras yang dihasilkan daripada pokok-pokok ini sesuai untuk dibuat perabot serta digunakan dalam industri pembinaan. Daun pokok nipah dapat dibuat atap. Mengkuang dan rotan pula dapat dijadikan bahan untuk kraftangan.Selain itu, tumbuh-tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Senduduk Putih, dan sebagainya dapat dijadikan ubat-ubatan. Oleh yang demikian, kepentingan hutan sebagai tumbuhan semulajadi dapat memberi pulangan ekonomi kepada penduduk khasnya negara dan wajarlah dipelihara bagi memastikan faedah-faedah yang maksimum dan berterusan dapat dinikmati.

(21)

air lalu mengalirkannya perlahan-lahan ke anak sungai, empangan, kolam, dan tasik. Contohnya, kawasan hutan Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah yang selaus 160 000 hektar merupakan kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu, Ahning, Muda, dan Beris. Air daripada empangan ini menjadi sumber bekalan air yang utama di seluruh negeri Kedah. Air yang diserap ke dalam tanah di kawasan hutan ini ditapis semulajadi dan sangat bersih serta jernih. Oleh itu, hutan memainkan peranan penting sebagai kawasan tadahan hujan.

Pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di Malaysia. Antaranya mewartakan hutan simpan dan taman negara sebagai kawasan perlindungan hidupan liar. Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara, dan memulihara hutan seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal semua kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastikan keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar, dan taman negara. Antara beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut Matang di Perak, dan Hutan Simpan Sungai Lalang di Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula termasuklah Taman Negara dan Taman Negara Endau-Rompin. Penebangan hutan dan aktiviti perburuan hidupan liar di kawasan-kawasan ini adalah diharamkan. Oleh yang demikian, mewartakan hutan simpan dan taman negara merupakan salah satu usaha yang berkesan untuk memelihara hutan di negara kita.

Usaha lain yang dijalankan bagi memelihara hutan ialah melalui penguakuasaan undang-undang. Jabatan Perhutanan Malaysia merupakan badan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar. Antara termasuklah Akta Perhutanan Negara ( Pindaan 1993 ) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu ( 1985 ). Melalui akta ini, tindakan undang-undang dapat diambil an hukuman yang berat boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan. Selain itu, orang ramai juga boleh membuat aduan sekiaranya mengetahui ada pihak-pihak tertentu yang telah melakukan pembalakan secara haram kepada pihak berkuasa. Oleh itu penguatkuasaan undang-undang dapat menyelamatkan hutan negara kita daripada terus dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tuntasnya, hutan merupakan khazanah alam yang amat bernilai kepada manusia dan seluruh penghuni bumi. Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu menjaga kepentingan dan memelihara hutan agar generasi akan datang dapat menikmati khazanah negara ini.

(22)

KARANGAN RESPON TERBUKA 7

RANGKA JAWAPAN : Kepentingan/Faedah Industri Pelancongan

1.0 Pendahuluan

-

Malaysia sebuah Negara yang menarik

-

Terdapat pelbagai etnik dan kebudayaan di Malaysia

2.0 Isi / Fakta : Kepentingan Industri Pelancongan

2.1 Isi 1

- Faedah pelancongan daripada segi ekonomi

- Malaysia memperoleh keuntungan menerusi pertukaran wang asing

- Pendapatan negara (KDNK) bertambah

2.2 Isi 2

- Pelancongan membangunkan kawasan-kawasan pedalaman

- Wujud tempat-tempat yang baru dan menarik

- Kemudahan infrastruktur bertambah

2.3 Isi 3

- Alam sekitar terpelihara

- Undang-undang alam sekitar diketatkan

- Flora dan fauna dijaga dengan baik

2.4 Isi 4

- Pelancongan membantu memajukan industri lain

- Wujud peluang-peluang berniaga

- Industri kecil-kecilan diperluaskan

2.5 Isi 5

- Wujud peluang-peluang pekerjaan

- Ekonomi penduduk luar bandar meningkat

- Pengangguran dapat dikurangkan

2.6 Isi 6

- Warisan kebudayaan/kesenian dapat dikekalkan

(23)

- Gejala sosial dapat dielakkan

3.0 Penutup

- Industri pelancongan membantu meningkatkan ekonomi negara

- Usaha-usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan

KEPENTINGAN/FAEDAH INDUSTRI PELANCONGAN

Malaysia memang merupakan sebuah negara yang unik, menarik dan kaya dengan khazanah alam. Keindahan alam semulajadinya hingga kini masih lagi terpelihara. Pantai-pantai yang biru airnya, air terjun yang deras mengalir dan kehijauan hutan yang mengasyikkan pandangan masih lagi mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian memandangkan terdapat pelbagai etnik di negara ini. Justeru, tidak hairanlah jika pelancong-pelancong asing ‘jatuh hati’ untuk datang ke negara kita bagi melihat sendiri keindahan dan keunikannya.

Industri pelancongan banyak memberi faedah kepada negara kita khasnya daripada segi ekonomi. Hal ini demikian kerana Malaysia memperoleh keuntungan menerusi pertukaran wang asing yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi Negara. Pendapatan ini diibaratkan seperti ‘bagai bulan jatuh ke riba’ kerana Malaysia telah dikurniakan dengan alam semula jadi yang menarik. Pendapatan negara juga meningkat menerusi Keluaran Negara Kasar (KDNK). Malaysia pernah meraih RM 11.2 bilion menerusi tukaran asing pada tahun lalu. Pelancong yang datang dari pelbagai buah negara dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi negara kita.

Industri pelancongan juga dapat memajukan negara dengan wujudnya kawasan-kawasan baru di negeri-negeri tertentu yang bukan hanya terdapat di bandar tetapi juga di kawasan-kawasan luar bandar.Kawasan-kawasan pedalaman juga dapat dimajukan dengan bertambahnya kemudahan infrastruktur di tempat tersebut. Pembangunan sektor pelancongan akan membangunkan kawasan-kawasan pelancongan yang terletak di kawasan pedalaman seperti di Gua Niah Sarawak, Air Terjun Kota Tinggi, Pulau Langkawi, dan sebagainya. Banyak kemudahan asas akan disediakan oleh kerajaan di kawasan-kawasan ini dan secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan itu.

Alam sekitar juga akan terpelihara akibat wujudnya kawasan-kawasan pelancongan di kawasan-kawasan tertentu. Hal ini disebabkan, untuk menarik pelancong datang ke Malaysia, alam semula jadi perlulah terpelihara daripada pencemaran. Oleh itu, undang-undang berkaitan alam sekitar diperketatkan supaya pencemaran seperti air, udara dan sebagainya dapat dielakkan. Wujudnya hutan simpan, hutan lipur, taman negara dan sebagainya membuktikan negara kita masih lagi terpelihara alam semula jadinya. Flora dan fauna juga dapat dilindungi daripada pupus.

(24)

Perusahaan-perusahaan dan perniagaan secara kecil-kecilan dapat dimajukan dan diusahakan secara bersungguh-sungguh. Industri kecil dan sederhana seperti membuat keropok lekor, membuat kerepek pisang dan sebagainya dapat dikomersilkan untuk dijual di kawasan-kawasan pelancongan. Industri tekstil seperti membuat batik juga turut berkembang di negeri Kelantan dan Terengganu. Industri membuat batik juga turut bertambah bilangannya dan diibaratkan seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Secara tidak langsung, dengan majunya industri pelancongan, industri lain turut berkembang.

Industri pelancongan juga dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Peluang-peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong, pengurus hotel atau chalet, penyambut tetamu dan sebagainya dapat diwujudkan di kawasan-kawasan pelancongan. Kaum wanita juga dapat menceburkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan seperti di kawasan-kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong. Jawatan-jawatan baru seperti pemandu, pembersih hotel, dan sebagainya dapat diwujudkan di kawasan-kawasan pelancongan.Secara tidak langsung, ekonomi masyarakat desa dapat ditingkatkan menerusi peluang-peluang pekerjaan-pekerjaan tersebut. Hal ini akan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan pedalaman khasnya golongan yang berpendapatan rendah.

Menerusi industri pelancongan juga, warisan kebudayaan setiap bangsa di Malaysia juga dapat dikekalkan. Hal ini dapat dilihat melalui persembahan-persembahan seperti nyanyian dondang sayang, tarian singa, persembahan wayang kulit, dikir barat dan sebagainya yang ditontonkan di hotel-hotel. Aktiviti ini juga dapat memastikan generasi baru mengetahui dan merasa bangga dengan keunikan serta keistimewaan warisan kebudayaan mereka sendiri. Bakat-bakat baru juga dapat diketengahkan seterusnya dapat mengelakkan gejala sosial daripada berlaku dalam kalangan remaja. Selain itu, warisan kebudayaan tersebut dapat dikekalkan, ibarat kata pepatah ‘tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan’. Anasir-anasir yang kurang sihat seperti penagihan dadah, melepak dan sebagainya dapat dielakkan daripada berlaku dalam kalangan remaja.

Pelancong-pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia akan menceritakan apa yang dilihat kepada rakan-rakannya apabila mereka pulang ke tanah airnya. Oleh itu, mereka akan mengajak rakan-rakan mereka untuk mengunjungi negara kita. Keunikan dan kepelbagaian kebudayaan serta bahasa berjaya menarik hati pelancong dari luar negara untuk datang semula ke Malaysia. Rakyat Malaysia turut memperoleh faedah secara tidak langsung daripada industri pelancongan ini.

(25)

KARANGAN RESPON TERBUKA 8

Usaha-usaha Mengekalkan Keamanan Dunia

RANGKA KARANGAN 1.0 Pendahuluan 2.0 Isi/Fakta

2.1 Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

 Apakah peranan PBB ?

 Mengapakah PBB perlu campur tangan dalam menyelesaikan

pertelingkahan pemimpin-pemimpin dunia?

 Bagaimanakah peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dapat

mengekalkan keamanan dunia?

 Contoh  Penegasan Isi

2.2 Mewujudkan persefahaman dalam aspek politik dan ekonomi dalam kalangan Pemimpin dunia

 Apakah persefahaman yang diperlukan?  Mengapakan perlunya persefahaman?

 Bagaimanakah cara untuk mencapai persefahaman?  Contoh

 Penegasan Isi

2.3 Penganjuran Sukan Di Peringkat Antarabangsa

 Apakah kebaikan penganjuran sukan di peringkat antarabangsa?  Mengapakah penganjuran sukan di peringkat antarabangsa dapat

mengekalkan keamanan dunia?

 Bagaimanakah penganjuran sukan di peringkat antarabangsa

dapat mengekalkan keamanan dunia?

 Contoh  Penegasan isi

3.0 Penutup

CONTOH KARANGAN

(26)

usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan dalam masyarakat dan seterusnya kepada dunia. Media massa sering memaparkan isu-isu keganasan dan peperangan yang berlaku di arena antarabangsa. Oleh itu usaha-usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan keamanan dunia.

Selepas perang dunia kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan bagi memelihara keamanan dunia. Malangnya sehingga hari ini PBB masih belum berjaya mengawal keamanan dunia, malah sering dilabel sebagai boneka Amerika Syarikat (AS). Hal ini demikian kerana banyak terdapat bukti di depan kita. Pertikaian, pergolakan, pembunuhan, pergeseran dan peperangan terus berlaku di sana sini di seluruh dunia. Contoh yang paling menarik perhatian kita ialah konflik antara Palestin dengan Israel yang bermula sejak tahun 1948 dan kini sudah berlarutan lebih setengah abad. Kebelakangan ini, serangan bom “berani mati” dan keganasan terhadap musuh seolah-olah menjadi perkara biasa antara kumpulan Hamas Palestin dengan rejim Yahudi itu. Secara tuntasnya, semua usaha menangani masalah antarabangsa yang dilaksanakan di bawah lembayung PBB itu begitu mudah dipersendakan dan diketepikan oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat. Oleh itu, reformasi ke atas struktur PBB dan Majlis Keselamatannya perlu dilaksanakan segera agar PBB dapat memainkan peranannya bagi mengekalkan keamanan dunia. Tegasnya kuasa veto anggota-anggota Majlis Keselamatan perlu dihapuskan demi menjamin PBB sebagai sebuah badan dunia yang efektif dan berwibawa untuk mewujudkan keamanan di dunia ini.

Usaha seterusnya yang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keamanan dunia ialah mewujudkan persefahaman politik dan ekonomi dalam kalangan pemimpin dunia. Persefahaman antara pemimpin ini perlu diwujudkan bagi membincangkan masalah-masalah global dan mencari jalan penyelesaian di meja rundingan yang memberi manfaat kepada semua. Pemimpin-pemimpin Negara juga boleh mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negara lain. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya perselisihan pendapat dan seterusnya mengelakkan peperangan. Contoh persefahaman dalam bidang ekonomi dapat diwujudkan melalui beberapa pakatan ekonomi seperti Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO), dan Gagasan Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG). Melalui pakatan-pakatan ini syarat-syarat yang lebih adil dan memberikan faedah bersama dapat dirundingkan demi kebaikan bersama seterusnya menjadi suatu pakatan ekonomi yang perkasa dalam menghadapi sebarang kemelut ekonomi dunia.

(27)

aktiviti sukan ini pemimpin dan rakyat akan saling bekerjasama sebelum dan semasa sukan tersebut dijalankan. Hal ini akan mewujudkan kerjasama yang baik antara Negara yang terlibat dan seterusnya mengekalkan keamanan dunia.

(28)

KARANGAN RESPON TERBUKA 9

Punca Pencemaran Alam

RANGKA JAWAPAN

1.0

Pendahuluan

-Alam maya yang sihat merupakan pencetus kesejahteraan sarwajagat

-Dunia kini seperti padang jarak padang tekukur dan semakin gersang

-Pencemaran merupakan satu fenomena perubahan atmosfera, sungai

dan tanah secara berterusan.

-Takrifan yang sinonim dengan pencemaran ialah gangguan atau

kerosakan terhadap sumber alam semulajadi.

2.0

Isi/ Fakta

2.1

Isi 1: Kegiatan industri yang tidak terkawal

-Kegiatan industri yang tidak terkawal menyumbang ke arah

pencemaran air.

-Pencemaran air berpunca daripada pembuangan bahan domestik

ke dalam sistem saliran.

-Segala kotoran ini dialirkan ke sistem saliran tanpa melalui

proses rawatan

-Senario ini berterusan kerana negara kita masih ketandusan

tenaga kepakaran kepakaran dalam bidang yang menelan

belanja jutaan ringgit.

-Oleh itu, kemelut pencemaran air ini masih berlanjutan.

2.2

Isi 2: Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya

-Peningkatan kenderaan di jalan raya merupakan antara penyebab

utama pencemaran udara .

-Selain pencemaran air,atmosfera di negara ini juga turut dicemari

oleh bendasing yang mengancam hidupan di muka bumi ini.

-Industri automobil yang mendatangkan keuntungan pada ekonomi

negara dan sikap memandang enteng tanggungjawab memulihara

alam sekitar turut menyebabkan pencemaran alam sekitar kian

parah.

(29)

-Hal ini demikian merupakan pembunuh dalam senyap hidupan di

dunia yang fana ini.

-Dalam nada yang serupa pencemaran air merupakan fenomena

yang semakin membarah di negara ini.

2.3

Isi 3: Kegiatan pembangunan tidak mesra alam

-

Kegiatan pembangunan yang tidak terancang dan tidak mesra

alam mengakibatkan pencemaran terma semakin berleluasa

-

Hal ini terjadi sekiranya pembebasan haba yang berlebihan dan

mengancam kesihatan manusia.

-

Faktor perdana yang memangkin pembebasan haba kerana

segelintir pengusaha yang berkiblatkan keuntungan.

-

Ironinya pencemaran terma ini ini didominasi oleh faktor yang

berkaitan dengan pembinaan sistem janakuasa elektrik dan reaktor

nuklear serta bangunan pencakar yang bercermin.

-

Hal ini demikian terjadi apabila segala tindak-tanduk manusia tidak

berkonsepkan mesra alam.

2.4

Isi 4: Pembangunan kawasan petempatan tanpa kawalan

-Pembinaan kawasan petempatan tanpa kawalan turut

meningkatkan tahap pencemaran alam sekitar.

-Antara pencemaran yang semakin meracuni kehidupan jagatraya

ini ialah pencemaran bunyi terhasil daripada bunyi yang

keterlaluan dan memekakkan sistem pendengaran yang mencecah

80 desibel.

-Pencemaran bunyi sering terjadi di kawasan pembangunan

industri yang melibatkan pemprosesan material, jentera, kenderaan

dan sebagainya.

-Pencemaran bunyi ini kesan daripada cerucuk-cerucuk besi yang

perlu ditanam ke dalam tanah untuk pembinaan bangunan tinggi.

-Senario ini turut terjadi di kawasan kuari yang mengeluarkan bunyi

yang amat membingitkan.

-Hal ini turut dialami oleh penghuni yang menetap di kawasan yang

berhampiran dengan jalan-jalan utama.

-Sudah terang lagi bersuluh, pencemaran ini bertitik tolak daripada

kegiatan perindustrian yang semakin bermaharajalela di negara ini.

2.5

Isi 5: Masyarakat yang kurang kesedaran

(30)

-

Hal ini kerana mereka seolah-olah tidak berasa berdosa

membuang segala bahan-bahan tercemar ke lokasi yang tertentu.

-

Bahan buangan yang dinyah lupus ini seperti minyak, sisa-sisa

toksik, sampah sarap dan sebagainya.

-

Kejadian ini sering dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai

kesedaran bahawa pelestarian alam sekitar merupakan

tanggungjawab setiap lapisan masyarakat.

3.0

Penutup

-

Intihanya pencemaran alam terjadi berpunca daripada tangan-tangan

manusia yang sewenang-wenangnya merosakkan muka bumi ini.

-

Mereka rakus meneroka alam ciptaan Allah

-

Senario ini merupakan dilema yang harus ditangani kerana sebelum

bencana alam akan meranapkan sebuah kehidupan di muka bumi ini.

Contoh karangan

Alam maya yang sihat merupakan pencetus kesejahteraan sarwajagat.

Namun dunia kini seolah-olah menjadi padang jarak padang tekukur hasil

daripada tangan-tangan manusia yang terlalu sadis. Pencemaran seolah-olah

telah bermaharajalela di jagatraya ini. Pencemaran merupakan satu fenomena

perubahan atmosfera, sungai atau tanah secara berterusan yang akan

mendatangkan musibah terhadap penghuni muka bumi ini. Takrifan yang agak

sinonim dengan pencemaran ialah gangguan atau kerosakan terhadap sumber

alam semulajadi akibat pengumpulan bahan pencemar yang boleh diurai atau

sebaliknya seperti bahan organik dan logam berat. Terdapat beberapa faktor

yang memangkin pencemaran alam sekitar yang semakin bermaharajalela.

Kegiatan perindustrian yang tidak terkawal turut mengakibatkan

pencemaran alam sekitar kian berleluasa. Pencemaran alam berpunca daripada

pembuangan bahan domestik seperti sampah sarap, kertas bungkusan plastik

surat khabar, tin-tin dan botol-botol . Pencemaran berlaku apabila sumber air

sama ada dari laut, sungai, tasik dan sebagainya dikotori oleh bahan-bahan

kimia, zarah-zarah yang mengandungi bahan-bahan mikrorganisme yang akan

mengancam kehidupan penghuni alam ini. Air kumbahan yang mengandungi

sisa buangan manusia disalurkan ke laut tanpa melalui proses rawatan. Selain

itu bahan-bahan pertanian yang terdiri daripada agrokimia seperti pestisid,

fungisid dan baja turut mencemari sumber bekalan air. Pencemaran air

berterusan kerana negara kita masih ketandusan tenaga kepakaran dalam

bidang merawat sistem kumbahan yang menelan belanja yang amat tinggi.

(31)

terjadi apabila terdapat bendasing dalam kepekatan yang mengganggu dan

membahayakan kehidupan manusia, flora dan fauna di muka bumi ini.

Pembakaran sampah sarap dan hutan secara terbuka serta tanpa kawalan akan

memburukkan lagi keadaan. Pengusaha kawasan perindustrian yang

memandang enteng tanggungjawab menjaga alam sekitar turut menyumbang

peningkatan masalah pencemaran. Hal ini kerana gas-gas beracun yang

dibebaskan sama ada dari kilang atau kenderaan bermotor tanpa disedari

merupakan pembunuh dalam senyap hidupan di muka bumi ini. Dalam nada

yang serupa pencemaran ini didominasi oleh keghairahan manusia meneroka

alam semulajadi tanpa menghiraukan natijah yang akan menimpa hidupan di

muka bumi ini.

Dalam nada yang serupa, tindak tanduk manusia yang tidak mesa alam

turut meningkatkan pencemaran terma yang mengganggu gugat kehidupan

dijagatraya ini sekiranya berlaku pembebasan haba yang berlebihan dan

membahayakan kesihatan manusia waima hidupan yang lain . Faktor pemangkin

pembebasan haba ini kerana ada sesetengah pengusaha kilang yang

sewenang-wenangnya memandang enteng berkaitan dengan penyaluran air panas yang

telah digunakan ke dalam sistem saliran seperti sungai dan perparitan.

Pencemaran ini juga berpunca daripada stesen janakuasa elektrik atau reaktor

nuklear yang menghasilkan haba yang banyak. Bangunan pencakar langit yang

bercermin terutama di kota kosmopolitan juga menyebabkan pantulan cahaya

sang suria ke atmosfera dan mengakibatkan pencemaran terma di mayapada ini.

Antara faktor perdana yang memangkin pencemaran alam ialah

peningkatan kawasan petempatan tanpa kawalan yang memangkin bunyi bising

yang keterlaluan dan boleh memekakkan sistem pendengaran yang secara

saintifiknya mencecah 80 desibel. Pencemaran alam sering terjadi di kawasan

pembangunan industri. Kawasan ini sering dilanda bunyi yang amat bising hasil

daripada pemprosesan material, jentera, kenderaan dan sebagainya. Aktiviti ini

secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai yang

berpunca daripada perasaan resah gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran

dan elemen yang lain. Penghuni yang berhampiran dengan kawasan

petempatan juga turut diganggu oleh pencemaran bunyi yang dikeluarkan oleh

cerucuk-cerucuk besi yang perlu ditanam ke dalam tanah untuk pembinaan

bangunan-bangunan tinggi. Hal ini turut terjadi di kawasan kauri yang

mengeluarkan bunyi yang membingitkan akibat proses pemecahan batuan.

Kawasan jalan-jalan utama yang berhampiran dengan kawasan petempatan

turut menyumbang kadar kebisingan yang maksimum kerana bunyi-bunyi yang

terhasil daripada kenderaan awam dan persendirian. Semua senario yang

dipaparkan sering dialami oleh penghuni kota kosmopolitan.

(32)

berpanjangan akibat daripada perubahan terhadap kesuburan, warna dan

hakisan ke atas sesuatu kawasan. Pencemaran tanah disebabkan bahan

buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan tercemar yang terdiri

daripada pencemar organik, kimia dan fizik akan menimbulkan pencemaran

pada tahap kritikal jika tahap kesuburan tanah hilang. Bahan buangan kilang

yang dinyah lupus seperti minyak, sisa-sisa toksik dan sebagainya, oleh segelintir

pihak yang tidak bertanggungjawab membiarkannya begitu sahaja atau ditanam

ke dalam tanah. Hal ini antara faktor pencemaran tanah akan berlaku. Selain

itu aktiviti segelintir masyarakat yang ibarat melepaskan pucuk masing-masing

membuang sampah merata-rata tempat. Hal ini terjadi kerana individu yang

tidak mempunyai kesedaran bahawa pelestarian alam sekitar merupakan

tanggungjawab setiap lapisan masyarakat.

(33)

KARANGAN RESPON TERBUKA 10

USAHA-USAHA MEMAJU DAN MEMODENKAN

SEKTOR PERTANIAN

Malaysia dikenali juga sebagai sebuah negara membangun yang menjana ekonominya di samping sedang berusaha menjadi sebuah negara yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan perindustrian namun sektor pertanian tidak diabaikan kerana sektor ini dapat menyumbang kepada sosioekonomi negara.Ketika merasmikan mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) ke-30 pada hujung tahun lalu, Perdana Menteri yakin bahawa sektor pertanian akan menjadi sumber pertumbuhan ekonomi negara yang baru.

Pelbagai usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan sektor pertanian di negara ini. Antaranya ialah kerajaan perlu memberikan subsidi dan bantuan dari aspek kewangan dan ilmu kepakaran dalam bidang ini. Bantuan ini perlu diberikan kepada pekebun-pekebun kecil yang baru memulakan sektor ini supaya berkembang menjadi peladang yang berjaya. Ini adalah sebagai tanda sokongan kerajaan yang menggalakan rakyatnya supaya terlibat dalam sektor ini.

(34)

perlu membuat banyak penyelidikan terhadap benih padi agar dapat menghasilkan benih padi yang tahan daripada serangan penyakit.

Kerajaan juga, perlu memperkenalkan dan memberi bantuan dari segi penggunaan teknologi moden dalam bidang pemprosesan, teknikal dan pengurusan kepada peladang yang menjalankan pertanian secara komersial. Justeru itu, pertanian komersial ini mendapat sambutan yang tinggi dalam pasaran berikutan pertumbuhan kilang-kilang pemprosesan yang memerlukan bahan mentah untuk kegunaan harian contohnya minyak masak. Kerajaan juga perlu menyediakan pembiayaan pinjaman dan dana kepada golongan petani yang memerlukannya. Sehubungan dengan ini, pihak swasta dapat menjayakan projek-projek pertanian dan industri asas tani dengan kerjasama semua pihak. Bank Pertanian Malaysia dan MARA dapat menyediakan dana dan pinjaman mudah untuk membantu petani.

(35)

Pihak kementerian pendidikan juga harus mengambil peranan dengan menghantar pelajar-pelajar yang mengambil jurusan bioteknologi, kejuruteraan mikrobiologi dan lain-lain yang melibatkan pertanian ke Institut pengajian di negara yang moden dan maju dalam pertanian contohnya negara Thailand yang kini berjaya mengklonkan seekor lembu dan menghasilkan baka buah mangga yang lebih berkualiti. Hal ini demikian kerana bioteknologi diiktiraf sebagai pemacu utama pembangunan negara pada masa kini dan masa hadapan. Sikap keterbukaan Malaysia untuk belajar membangunkan sektor ekonomi dengan meniru dan mengadaptasi idea dan teknologi luar, terutamanya dalam proses pengeluaran barangan perindustrian berasaskan pertanian akan mampu mencapai kejayaan dan kemakmuran dalam sektor ini dengan menghasilkan produk yang dicipta oleh rakyat tempatan bercirikan Malaysia.

Sehubungan dengan ini , kerajaan perlu menarik golongan tenaga professional dan kreatif yang telah menyumbang pengetahuan, kepakaran, dan idea mereka kepada negara luar supaya segera pulang ke negara ini. Golongan ini amat diperlukan untuk membantu menghasilkan barangan berjenama Malaysia.Kerajaan juga akan menaikkan taraf institute pertanian bagi melahirkan usahawan tani yang berdaya maju. Usahawan ini diharapkan mampu melahirkan lebih banyak industri hiliran dan jenama produk Malaysia. Kementerian Pertanian dan Asas Tani juga diharapkan akan memainkan peranan utama sebagai penggerak dan pemudahcara dengan kementerian-kementerian lain termasuk Perbendaharaan.

(36)

bidang pertanian.,contohnya rancangan FELDA. Di samping itu, pihak-pihak yang tertentu perlu mempromosikan hasil pertanian negara kita yang kaya dengan zat, ketahanan daripada penyakit dan sesuai dipasarkan ke peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh FAMA.

Tuntasnya, usaha-usaha untuk memodenkan dan memajukan hasil pertanian ini dapat menghasilkan diversiti dalam sektor ekonomi. Hal ini kerana ,peningkatan dan hasil pertanian dapat mengurangkan import makanan sebanyak 6 billion ringgit setahun. Di samping itu, senario ini juga boleh mengurangkan pengaliran mata wang ke luar negara sesuai dengan peribahasa “ beringat sebelum kena berjimat sebelum habis”

RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan

- Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang menjana ekonomi dari aspek perindustrian, namun pertanian tidak diabaikan.

- Sektor pertanian dapat menjana ekonomi Negara.

- Menurut Perdana Menteri sektor ini mampu menjana ekonomi negara yang baru

2.0 Rangka jawapan

2.1- Pihak tertentu membuat penyelidikan ( R & D) baka benih agar dapat menghasilkan benih yang berkualiti dan mempunyai daya tahan daripada serangan penyakit.

(37)

2.2 Memberi bantuan dari aspek teknikal dan pengurusan moden dalam penanaman dan juga penjagaan tanaman.

-Jabatan Pertanian perlu membuat pemantuan dari aspek penjagaan, pengurusan pertanian dan memberikan pembiayaan dan subsidi baja.

-Penggunaan teknologi moden dapat meningkatkan lagi pertanian serta petani dapat berdaya saing dalam pengeluaran.

2.3 Kerajaan menghantar pelajar-pelajar berkursus dan mempelajari bidang-bidang teknikal dan mempelajari bidang bioteknologi.

- Melahirkan saintis untuk membuat pengklonan pada baka binatang ,benih pertanian dalam usaha mewujudkan klon yang berkualiti tinggi.

2.4 Mengadakan bengkel dan ceramah pertanian agar petani mengetahui teknik penanaman pertanian dengan kaedah yang lebih saintifik dan moden.

- Pegawai-pegawai pertanian dapat memantau dan menerangkan kepada petani mengenai penggunaan teknologi.

Kesimpulan

Usaha-usaha untuk memaju dan meningkatkan hasil pertanian dapat menghasilkan diversiti dalam sektor ekonomi, agar petani lebih berdaing saing dalam sektor pertanian.

(38)

KARANGAN RESPON TERBUKA 11

Kemajuan bidang pengangkutan awam di Malaysia dan peranannya dalam pembangunan negara.

Bagi sesebuah negara, sama ada negara maju ataupun negara yaang sedang membangun, kemajuan pengangkutan awamnya amat penting keranan bidang ini menjamin wujudnya sistem perhubungan yang dapat menjana pembangunan sesebuah negara.Oleh itu, Malaysia memberikan tumpuan sewajarnya terhadap perkembangan prasarana ini.Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai sistem pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia.Dalam menempah arus globalisasi, semua kawasan-kawasan di Malaysia sepatutnya dapat dihubungi dengan menggunakan sistem pengangkutam awam yang efisien.Jika tidak, Malaysia akan dianggap sebagai sebuah negara yang jauh ketinggalan ke belakang. Pengangkutan awam membawa maksud sistem pengangkutan bermotor seperti teksi,bas,kapal terbang dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.Pembangunan negara pula bermaksud usaha atau kegiatan membangunkan,memajukan atau mengembangkan sesebuah negara .Perkembangan dalam pengangkutan awam di Malaysia pada masa kini telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap pembangunan sesebuah negara dari segi pembangunan sosial, taburan penduduk, dan alam sekitar.

Dewasa ini, kemajuan dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia semakin hari semakin berkembang dengan pesatnya.Hal ini kerana, pada masa kini pengangkutan awam masih menjadi pilihan utama masyarakat di Malaysia untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain walaupun kenderaan persendirian semakin bertambah bilangannya.Pada ketika ini, di Malaysia mempunyai beberapa syarikat yang mengendalikan pengangkutan awam atau perkhidmatan udara termasuklah Penerbangan Malaysia( MAS),Pelangi Airways, Air Asia dan Transmile Air yang menawarkan perkhidmatan mengangkut barangan dan penumpang di dalam dan di luar negara.Hal ini sejajar kerana Malaysia yang kini mengorak langkah untuk menjadi sebuah negara maju telah mempunyai lapangan terbang yang bertaraf dunia iaitu KLIA. Selain daripada pengangkutan awam bas dan teksi, pengangkutan awam lain yang terdapat di Malaysia pada era ini ialah terdapatnya perkhidmatan komuter dan sistem transit aliran ringan seperti STAR , LRT, KL Monorel dan ERL ( Express Rail Link ).Kemajuan pengangkutan awam di Malaysaia banyak digerakkan oleh terdapatnya sistem jalan raya , jalan kereta api, lapangan terbang dan lebuh raya yang moden yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih.

(39)

sistem pengangkutan awam ini untuk pergi ke destinasi pelancongan yang ingin mereka tujui. Contoh-contoh pusat pelancongan yang boleh dikunjungi dengan pengangkutan awam ialah Muzium Negara, Sunway Lagoon, Bukit Fraser, dan Genting Highland .Manakala pusat-pusat pelancongan yang berpulau boleh dihubungkan dengan tanah besar melalui perkhidmatan feri atau kapal terbang.Selanjutnya, dengan kemudahan lapangan terbang yang tercanggih dan efisien di dunia seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi daya penarik para pelancong yang datang dari luar negara seperti dari Arab Saudi, Amerika Syarikat, Australia, Korea dan Jepun untuk berkunjung ke Malaysia. Hal ini seterusnya, dapat meningkatkan sumber pendapatan Malaysia dari segi kunjungan para pelancong.Oleh itu, sememangnya tidak dapat dinafikan pengangkutan awam memainkan peranan yang penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Tuntasnya,pembangunan dalam bidang ekonomi akibat kepesatan kemajuan pengangkutan awam juga boleh membuka peluang penduduk di Malaysia dalam bidang pengangkutan .Hal ini demikian kernana, pengangkutan bas awam seperti bas ekspress, teksi, perkhidmatan membaiki kereta, perniagaan gerai dan stesen minyak akan membuka ruang yang luas bagi sumber pendapatan penduduk di Malaysia.Rakyat Malaysia boleh bekerja dalam bidang-bidang pengangkutan awam seperti pemandu bas awam, pemandu bas ekspress, pemandu teksi, bekerja di kaunter-kaunter menjual tiket bas, feri ,komuter, transit aliran ringan, dan juga kapal terbang. Hal ini sesungguhnya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia yang berkecimpung dalam bidang tersebut. Sebagai contohnya, seseorang yang mengusahakan syarikat teksi sudah tentu mempunyai pendapatan yang lumayan.Oleh itu, sememangnya jelas bahawa dengan kepesatan kemajuan dalam bidang pengangkutan awam boleh meningkatkan peluang pekerjaan penduduk di Malaysia seterusnya meningkatkan pembangunan negara.

Kemajuan dalam bidang pengangkutan awam ini juga boleh mengakibatkan pengaliran wang asing dari luar negara ke dalam negara. Hal ini melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemandu teksi sebagai contohnya kepada para pelancong dari luar negara. Seterusnya juga, pengaliran wang sentiasa berlaku dalam urusan perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan sama ada oleh pihak swasta atau pun pihak kerajaan.Hal ini sememangnya jelas menunjukkan perniagaan yang berkaitan dengan bidang pengangkutan awam dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan rakyat Malaysia amnya dan negara khususnya.

Dengan adanya sistem pengangkutan awam iaitu komuter dan LRT yang dikendalikan oleh pihak swasta dapat mempercekap sistem pengangkutan dan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat meletak kenderaan . Dengan adanya kedua-dua sistem pengangkutan awam tersebut membolehkan dua bandar besar iaitu Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dapat dihubungi dalam jangka masa yang cepat.Segala urusan para penduduk di kedua-dua bandar tersebut dapat ditingkatkan. Keadaan ini seterusnya dapat membantu membangunkan kedua-dua bandar tersebut.Pembangunan kedua-dua bandar ini boleh juga diteruskan kepada bandar-bandar yang lain pada masa akan datang.

(40)

negara ini. Dengan adanya pembinaan jaringan jalan raya dan landasan kereta api membolehkan penduduk menggunakan pengangkutan awam untuk menjalankan urusan harian dengan lebih cekap. Sebagai contohnya, perkhidmatan udara antara kawasan pedalaman dengan pekan atau bandar di Sabah dan Sarawak memudahkan pergerakan penduduknya. Perkhidmatan udara yang disediakan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS ) dan Syarikat Air Asia dapat meningkatakan intergasi anatara penduduk yang berada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.Hal ini seterusnya dapat membolehkan urusan harian penduduk dapat dilaksanakan dalam masa satu hari dengan adanya sistem pengangkutan awam yang terkini.Hal ini juga dapat membolehkan penduduk dari satu tempat ke tempat lain berhubung dengan cepat dalam melaksanakan sesuatu urusan kerana adanya darjah ketersampaian ke sesuatu tempat yang tinggi dan akan melancarkan segala urusan berkaitan dengan pembangunan negara.

Seterusnya, pengangkutan awam juga berperanan meningkatkan perkembangan sosial iaitu dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, dengan menggunakan perkhidmatan bas sekolah atau bas awam membolehkan para pelajar sekolah mendapat pendidikan yang sempurna dan boleh pergi ke sekolah pada masa yang telah ditetapkan.Para pelajar dapat menerjah kecemerlangan pendidikan kerana adanya sistem pengangkutan awam yang baik. Sebagai contohnya, dengan adanya sistem kereta api di kawasan Tumpat, Kelantan membolehkan para pelajar mendapat pendidikan walaupun terpaksa melalui jangka masa perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa yang agak panjang. Hal ini juga tidak terkecuali kepada para penduduk yang tingggal di bandar-bandar besar, di pedalaman Sabah dan Sarawak. Dengan adanya pengangkutan awam inilah yang dapat memberi nafas dan semangat dan seterusnya menjadi pembakar semangat serta daya juang yang tinggi kepada para pelajar di kawasan pedalaman untuk menempah kecemerlangan dan kegemilangan dalam bidang pendidikan. Sudah terang lagi bersuluh,betapa pengangkutan awam berperanan menjana pembangunan rakyat Malaysia dalam bidang pendidikan.Hal ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi Wawasan 2020 yang berketrampilan, mempunyai daya saing dan juang yang tinggi tetapi masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran dan maju mengikut acuan sendiri seterusnya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara Malaysia pada masa akan datang.

(41)

KARANGAN RESPON TERBUKA 12

KARYA SASTERA KURANG DIMINATI OLEH MASYARAKAT PADA HARI

INI. BINCANGKAN SEBAB-SEBAB KARYA SASTERA KURANG

DIMINATI.

Rangka Jawapan 1.0 Pendahuluan:

Masyarakat hari ini tidak mengendahkan khazanah kesusasteraan bangsa yang menjadi warisan turun-temurun akibat terlalu

Referensi

Dokumen terkait