• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bincangkan Rangka Jawapan:

Dalam dokumen KARANGAN RESPON TERBUKA.doc (Halaman 54-58)

1.0 Pendahuluan :

- Komponen sastera dalam bahasa Melayu diperkenalkan kepada para pelajar di sekolah menengah mulai tahun 2000

- Komponen sastera terpilih ini mengandungi pelbagai nilai murni - menyediakan pucuk pimpinan Negara yang bernilai murni

- menyahut cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat bermoral.

2.0 Isi / Fakta:

2.1 Karya-karya sastera banyak membawa nilai keagamaan untuk pembaca

- Bagaimanakah karya sastera dapat membawa nilai keagamaan? - Mengapakah nilai keagamaan amat penting dewasa ini?

- Apakah gejala negatif yang berleluasa akibat kurangnya didikan agama dalam masyarakat dewasa ini?

- Contoh / Bukti

2.2 Karya-karya sastera dapat memupuk semangat patriotik dalam diri pembaca

- Mengapakah nilai patriotik amat penting dipupuk?

- Apakah kesannya jika rakyat tidak mempunyai semangat patriotk? - Bagaimana karya sastera dapat memupuk semangat patriotik?

- Bagaimanakah nilai murni ini dapat mempengaruhi sikap para pelajar? - Contoh / Bukti

2.3 Karya-karya sastera dapat memupuk nilai cinta akan alam sekitar. - Karya yang bagaimanakah mengandung nilai tersebut?

- Bagaimanakah nilai cinta akan alam sekitar ini dapat melestarikan alam sekitar? - Apakah peranan yang dapat dimainkan oleh pembaca yang membaca karya-

karya sastera yang mengandungi nilai cinta akan alam sekitar? - Mengapakah alam sekitar perlu dipulihara dan dipelihara

- Contoh / Bukti

2.4 Karya-karya sastera dapat menerapkan nilai kasih sayang dalam diri pembaca - Apakah tujuan nilai kasih sayang diterapkan dalam diri pembaca ?

- Bagaimanakah nilai kasih sayang dapat disampaikan melalui karya-karya sastera?

- Mengapakah masyarakat dewasa ini ketandusan nilai kasih sayang? - Apakah kesannya terhadap Negara jika nilai ini tidak dipupuk dalam diri pembaca?

- Contoh / Bukti

2.5 Karya-karya sastera boleh memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

- Bagaimanakah fenomena hubungan kaum di negara kita?

- Bagaimanakah karya sastera dapat memupuk nilai bersatu-padu di negara kita? - Mengapakah perpaduan kaum amat penting dipelihara oleh semua rakyat? - Apakah kesan baik yang akan diperoleh negara jika rakyatnya hidup bersatu-

padu

- Contoh / Bukti

3.0 Penutup:

- Setiap lapisan rakyat perlu membaca banyak karya sastera untuk menguasai nilai-nilai murni terutamanya golongan muda / pelajar

- Dapat membantu merealisasikan matlamat Wawasan 2020 - Dapat meningkatkan imej Negara

KARANGAN CONTOH

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan komponen sastera dalam Bahasa Melayu kepada para pelajar sekolah menengah sejak tahun 2000. Komponen sastera terpilih ini mengandungi pelbagai nilai murni. Sehubungan dengan itu, kesan daripada pemupukan nilai-nilai murni dalam diri pelajar akan melahirkan pucuk pimpinan Negara yang bernilai murni. Oleh itu, kita harus menghayati karya-karya sastera untuk menyahut cabaran Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral.

Dewasa ini, masyarakat lebih suka menumpukan hal-hal keduniaan sehinggakan mereka alpa dengan dunia keagamaan. Oleh itu, bahan-bahan sastera dapat memaparkan nilai-nilai keagamaan seperti taat dan percaya kepada tuhan, hormat

kepada manusia dan lain-lain. Dengan ini, para pembaca dapat mendisiplinkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial seperti maksiat, pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, ‘black metal’ dan sebagainya yang semakin serius dalam kalangan remaja. Contoh karya sastera yang dapat dihayati oleh pembaca adalah prosa tradisional ‘Sabor’, iaitu sebuah hasil karya sastera yang diambil daripada Antologi Kerusi. Dalam cerita ini, Sabor digambarkan sebagai watak yang warak dan mempunyai iman yang kuat sehingga berjaya menolak permintaan isteri saudaranya, Siti Saidah yang ingin berlaku curang dengannya. Jelaslah bahawa dengan membaca bahan sastera, kita dapat membentuk keperibadian yang mulia dengan menjadi insan yang beriman, bertakwa dan bertawakal.

Pendedahan kepada bahan-bahan sastera juga dapat menyemai semangat patriotik dalam kalangan pembaca. Generasi muda pada masa kini kurang mendapat pendedahan tentang semangat patriotik. Misalnya, kebanyakan pelajar menghabiskan masa dalam pelajaran mereka, tetapi semangat cintakan negara tidak harus dilupakan. Melalui karya-karya sastera, para pembaca dapat membentuk keperibadian yang mulia secara tidak langsung. Unsur-unsur patriotik ini dapat dilihat dalam cerita Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat yang banyak memberi ikhtibar kepada kita tentang kepentingan seseorang menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin atau pemerintah. Akibat belot dan khianat, Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah. Sesungguhnya, jelaslah bahawa bahan-bahan sastera sama ada cerpen, drama atau novel dapat membangkitkan semangat kebangsaan kepada pembaca dan membentuk keperibadian yang mulia.

Selain itu, karya-karya sastera turut memaparkan nilai cinta akan alam sekitar. Hal ini kerana, pencemaran alam sekitar semakin kronik berlaku di negara kita disebabkan sikap individualistik masyarakat Malaysia. Pencemaran yang serius berlaku dinegara kita berpunca daripada pembangunan yang semakin mendadak dan tidak terkawal. Kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar harus disemai dalam jiwa rakyat. Nilai ini dapat dipaparkan menerusi cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’ karya Saroja Theavy. Cerpen ini mengisahkan watak utama yang cinta kepada alam sekitar dan hutan malar hijau. Watak Daneng tidak rela hutan terpupus. Suntikan semangat daripada Cikgu Jo, Daneng telah menimba ilmu dan muncul sebagai pejuang dan pemulihara alam semula jadi yang dicintainya. Secara tidak langsung, pembaca akan

mencontohi semangat Daneng dan mendapat ikhtibar daripada pencemaran alam sekitar. Jelaslah bahawa bahan-bahan sastera dapat membentuk keperibadian yang mulia dalam kalangan pembaca.

Karya-karya sastera memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai kasih sayang. Misalnya, dalam novel ‘Seteguh Karang’ penulis mengisahkan Awanis yang merupakan seorang yang penyayang. Awanis sayang akan adik angkatnya, Anita walaupun dia mengetahui bahawa Anita bukan adik kandungnya. Sikap yang ada pada Awanis perlu diamalkan oleh masyarakat pada zaman ini. Hal ini kerana, masyarakat kini sentiasa bersikap tidak suka menjaga tepi kain orang lain dan tidak mengambil kisah apa-apa yang berlaku di sekitar mereka. Ada sesetengah masyarakat pula, tidak mengenang budi ornag lain seperti kata papatah ‘bagai kacang lupakan kulit’. Masyarakat kini tidak lagi mengamalkan nilai kasih sayang. Oleh itu, secara tidak langsung, dengan mempelajari karya-karya sastera dapat melahirkan keperibadiaan yang murni dalam kalangan pembaca.

Perpaduan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya di Negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk. Sebarang ancaman dari dalam dan luar dapat diatasi dengan mudah dengan adanya perpaduan. Namun, sejak akhir-akhir ini, masyarakat tidak mengamalkan semangat perpaduan kerana lebih bersikap individualistik. Drama ‘Titik-titik Perjuangan’ mengisahkan penduduk kampung yang bekerjasama untuk menuntut kemerdekaan negara mereka. Penduduk kampung juga menyedarkan seorang pegawai tentang pentingnya semangat perpaduan. Maka, dengan mempelajari bahan-bahan sastera, secara tidak langsung akan melahirkan masyarakat yang berperibadi mulia. Bak kata pepatah ‘bagai aur dengan tebing’.

Kesimpulannya, remaja merupakan harapan bangsa dan negara. Pembangunan negara bergantung kepada remaja masa kini. Justeru, bahan-bahan bacaan sastera memainkan peranan yang penting dalam sesebuah generasi. Walau bagaimanapun, bahan-bahan sastera harus dikaji dengan lebih mendalam. Dengan ini, visi Wawasan 2020 pasti akan berjaya dicapai dengan kerjasama daripada seluruh lapisan masyarakat. Imej negara dapat ditingkatkan kerana mempunyai generasi yang berakhlak, bermoral dan bersahsiah mulia.

KARANGAN RESPON TERBUKA 17

KECEMERLANGAN ANAK-ANAK BERMULA DARI RUMAH

Dalam dokumen KARANGAN RESPON TERBUKA.doc (Halaman 54-58)