1.0 Pendahuluan
- Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang menjana ekonomi dari aspek perindustrian, namun pertanian tidak diabaikan.
- Sektor pertanian dapat menjana ekonomi Negara.
- Menurut Perdana Menteri sektor ini mampu menjana ekonomi negara yang baru
2.0 Rangka jawapan
2.1- Pihak tertentu membuat penyelidikan ( R & D) baka benih agar dapat menghasilkan benih yang berkualiti dan mempunyai daya tahan daripada serangan penyakit.
- Universiti Pertanian Malaysia perlu membuat kajian dan dapat membantu petani-petani menanam dan menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi serta hasil petani akan meningkat .
2.2 Memberi bantuan dari aspek teknikal dan pengurusan moden dalam penanaman dan juga penjagaan tanaman.
-Jabatan Pertanian perlu membuat pemantuan dari aspek penjagaan, pengurusan pertanian dan memberikan pembiayaan dan subsidi baja.
-Penggunaan teknologi moden dapat meningkatkan lagi pertanian serta petani dapat berdaya saing dalam pengeluaran.
2.3 Kerajaan menghantar pelajar-pelajar berkursus dan mempelajari bidang-bidang teknikal dan mempelajari bidang bioteknologi.
- Melahirkan saintis untuk membuat pengklonan pada baka binatang ,benih pertanian dalam usaha mewujudkan klon yang berkualiti tinggi.
2.4 Mengadakan bengkel dan ceramah pertanian agar petani mengetahui teknik penanaman pertanian dengan kaedah yang lebih saintifik dan moden.
- Pegawai-pegawai pertanian dapat memantau dan menerangkan kepada petani mengenai penggunaan teknologi.
Kesimpulan
Usaha-usaha untuk memaju dan meningkatkan hasil pertanian dapat menghasilkan diversiti dalam sektor ekonomi, agar petani lebih berdaing saing dalam sektor pertanian.
KARANGAN RESPON TERBUKA 11
Kemajuan bidang pengangkutan awam di Malaysia dan peranannya dalam pembangunan negara.
Bagi sesebuah negara, sama ada negara maju ataupun negara yaang sedang membangun, kemajuan pengangkutan awamnya amat penting keranan bidang ini menjamin wujudnya sistem perhubungan yang dapat menjana pembangunan sesebuah negara.Oleh itu, Malaysia memberikan tumpuan sewajarnya terhadap perkembangan prasarana ini.Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai sistem pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia.Dalam menempah arus globalisasi, semua kawasan-kawasan di Malaysia sepatutnya dapat dihubungi dengan menggunakan sistem pengangkutam awam yang efisien.Jika tidak, Malaysia akan dianggap sebagai sebuah negara yang jauh ketinggalan ke belakang. Pengangkutan awam membawa maksud sistem pengangkutan bermotor seperti teksi,bas,kapal terbang dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.Pembangunan negara pula bermaksud usaha atau kegiatan membangunkan,memajukan atau mengembangkan sesebuah negara .Perkembangan dalam pengangkutan awam di Malaysia pada masa kini telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap pembangunan sesebuah negara dari segi pembangunan sosial, taburan penduduk, dan alam sekitar.
Dewasa ini, kemajuan dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia semakin hari semakin berkembang dengan pesatnya.Hal ini kerana, pada masa kini pengangkutan awam masih menjadi pilihan utama masyarakat di Malaysia untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain walaupun kenderaan persendirian semakin bertambah bilangannya.Pada ketika ini, di Malaysia mempunyai beberapa syarikat yang mengendalikan pengangkutan awam atau perkhidmatan udara termasuklah Penerbangan Malaysia( MAS),Pelangi Airways, Air Asia dan Transmile Air yang menawarkan perkhidmatan mengangkut barangan dan penumpang di dalam dan di luar negara.Hal ini sejajar kerana Malaysia yang kini mengorak langkah untuk menjadi sebuah negara maju telah mempunyai lapangan terbang yang bertaraf dunia iaitu KLIA. Selain daripada pengangkutan awam bas dan teksi, pengangkutan awam lain yang terdapat di Malaysia pada era ini ialah terdapatnya perkhidmatan komuter dan sistem transit aliran ringan seperti STAR , LRT, KL Monorel dan ERL ( Express Rail Link ).Kemajuan pengangkutan awam di Malaysaia banyak digerakkan oleh terdapatnya sistem jalan raya , jalan kereta api, lapangan terbang dan lebuh raya yang moden yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih.
Sehubungan dengan itu, perkembangan dalam pengangkutan awam ini seterusnya dapat memberi impak dan berperanan dalam memajukan rakyat Malaysia amnya dan negara Malaysia khususnya.Perkembangan dalam pengangkutan awam penting dalam menjana perkembangan ekonomi di Malaysia. Hal ini kerana, dengan adanya sistem pengangkutan awam seperti teksi, monorel, transit aliran ringan membolehkan sektor pelancongan di negara kita berkembang dengan pesatnya.Oleh yang demikian, para pelancong yang berkunjung ke negara kita boleh menggunakan
sistem pengangkutan awam ini untuk pergi ke destinasi pelancongan yang ingin mereka tujui. Contoh-contoh pusat pelancongan yang boleh dikunjungi dengan pengangkutan awam ialah Muzium Negara, Sunway Lagoon, Bukit Fraser, dan Genting Highland .Manakala pusat-pusat pelancongan yang berpulau boleh dihubungkan dengan tanah besar melalui perkhidmatan feri atau kapal terbang.Selanjutnya, dengan kemudahan lapangan terbang yang tercanggih dan efisien di dunia seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi daya penarik para pelancong yang datang dari luar negara seperti dari Arab Saudi, Amerika Syarikat, Australia, Korea dan Jepun untuk berkunjung ke Malaysia. Hal ini seterusnya, dapat meningkatkan sumber pendapatan Malaysia dari segi kunjungan para pelancong.Oleh itu, sememangnya tidak dapat dinafikan pengangkutan awam memainkan peranan yang penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Tuntasnya,pembangunan dalam bidang ekonomi akibat kepesatan kemajuan pengangkutan awam juga boleh membuka peluang penduduk di Malaysia dalam bidang pengangkutan .Hal ini demikian kernana, pengangkutan bas awam seperti bas ekspress, teksi, perkhidmatan membaiki kereta, perniagaan gerai dan stesen minyak akan membuka ruang yang luas bagi sumber pendapatan penduduk di Malaysia.Rakyat Malaysia boleh bekerja dalam bidang-bidang pengangkutan awam seperti pemandu bas awam, pemandu bas ekspress, pemandu teksi, bekerja di kaunter-kaunter menjual tiket bas, feri ,komuter, transit aliran ringan, dan juga kapal terbang. Hal ini sesungguhnya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia yang berkecimpung dalam bidang tersebut. Sebagai contohnya, seseorang yang mengusahakan syarikat teksi sudah tentu mempunyai pendapatan yang lumayan.Oleh itu, sememangnya jelas bahawa dengan kepesatan kemajuan dalam bidang pengangkutan awam boleh meningkatkan peluang pekerjaan penduduk di Malaysia seterusnya meningkatkan pembangunan negara.
Kemajuan dalam bidang pengangkutan awam ini juga boleh mengakibatkan pengaliran wang asing dari luar negara ke dalam negara. Hal ini melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemandu teksi sebagai contohnya kepada para pelancong dari luar negara. Seterusnya juga, pengaliran wang sentiasa berlaku dalam urusan perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan sama ada oleh pihak swasta atau pun pihak kerajaan.Hal ini sememangnya jelas menunjukkan perniagaan yang berkaitan dengan bidang pengangkutan awam dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan rakyat Malaysia amnya dan negara khususnya.
Dengan adanya sistem pengangkutan awam iaitu komuter dan LRT yang dikendalikan oleh pihak swasta dapat mempercekap sistem pengangkutan dan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat meletak kenderaan . Dengan adanya kedua-dua sistem pengangkutan awam tersebut membolehkan dua bandar besar iaitu Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dapat dihubungi dalam jangka masa yang cepat.Segala urusan para penduduk di kedua-dua bandar tersebut dapat ditingkatkan. Keadaan ini seterusnya dapat membantu membangunkan kedua-dua bandar tersebut.Pembangunan kedua-dua bandar ini boleh juga diteruskan kepada bandar-bandar yang lain pada masa akan datang.
Selain itu, perkembangan dalam bidang pengangkutan awam juga berperanan penting dalam perkembangan sosial penduduk iaitu meningkatkan mobiliti penduduk di
negara ini. Dengan adanya pembinaan jaringan jalan raya dan landasan kereta api membolehkan penduduk menggunakan pengangkutan awam untuk menjalankan urusan harian dengan lebih cekap. Sebagai contohnya, perkhidmatan udara antara kawasan pedalaman dengan pekan atau bandar di Sabah dan Sarawak memudahkan pergerakan penduduknya. Perkhidmatan udara yang disediakan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS ) dan Syarikat Air Asia dapat meningkatakan intergasi anatara penduduk yang berada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.Hal ini seterusnya dapat membolehkan urusan harian penduduk dapat dilaksanakan dalam masa satu hari dengan adanya sistem pengangkutan awam yang terkini.Hal ini juga dapat membolehkan penduduk dari satu tempat ke tempat lain berhubung dengan cepat dalam melaksanakan sesuatu urusan kerana adanya darjah ketersampaian ke sesuatu tempat yang tinggi dan akan melancarkan segala urusan berkaitan dengan pembangunan negara.
Seterusnya, pengangkutan awam juga berperanan meningkatkan perkembangan sosial iaitu dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, dengan menggunakan perkhidmatan bas sekolah atau bas awam membolehkan para pelajar sekolah mendapat pendidikan yang sempurna dan boleh pergi ke sekolah pada masa yang telah ditetapkan.Para pelajar dapat menerjah kecemerlangan pendidikan kerana adanya sistem pengangkutan awam yang baik. Sebagai contohnya, dengan adanya sistem kereta api di kawasan Tumpat, Kelantan membolehkan para pelajar mendapat pendidikan walaupun terpaksa melalui jangka masa perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa yang agak panjang. Hal ini juga tidak terkecuali kepada para penduduk yang tingggal di bandar-bandar besar, di pedalaman Sabah dan Sarawak. Dengan adanya pengangkutan awam inilah yang dapat memberi nafas dan semangat dan seterusnya menjadi pembakar semangat serta daya juang yang tinggi kepada para pelajar di kawasan pedalaman untuk menempah kecemerlangan dan kegemilangan dalam bidang pendidikan. Sudah terang lagi bersuluh,betapa pengangkutan awam berperanan menjana pembangunan rakyat Malaysia dalam bidang pendidikan.Hal ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi Wawasan 2020 yang berketrampilan, mempunyai daya saing dan juang yang tinggi tetapi masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran dan maju mengikut acuan sendiri seterusnya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara Malaysia pada masa akan datang.
Konklusinya, rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan kemajuan dalam bidang pengangkutan awam yang semakin berkembang pesat sejajar dengan perkembangan globalisasi.Seharusnya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kepada kemajuan negara Malaysia harus menyokong usaha-usaha kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.Sememangnya kemajuan bidang pengangkutan awam ini memberi impak yang positif kepada perkembangan bidang ekonomi dan sosial rakyat Malaysia kerana hal ini selanjutnya akan dapat membawa kepada pembangunan negara Malaysia khususnya. Rakyat Malaysia harus menggembleng tenaga seperti kata pepatah `ringan sama dijdjinjing,berat sama dipikul”iaitu bersama-sama berusaha agar dapat melahirkan negara Malaysia yang maju dari segi ekonomi, sosial dan politiknya. Seterusnya dapat menjadi negara maju selaras dengan aspirasi dalam Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara-negara lain di dunia.