• Tidak ada hasil yang ditemukan

Reformasi Pendidikan Islam di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Reformasi Pendidikan Islam di Malaysia"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

REFORMASI PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA:

Perkembangan pendidikan Islam bertapak selari dengan kedatangan Islam di Alam Melayu. Proses berterusan ini telah mengalami evolusi yang amat ketara dalam mendepani cabaran modenisasi dan sekularisme yang dibawa oleh kolonialisme. Di Malaysia, pendidikan Islam secara formal bermula dengan ‘sekolah atap’. Ia kemudiannya berkembang maju dan berupaya berasimilasi dengan sistem pendidikan Barat (sekular) sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Keserasian ulama dan pemerintah dalam memartabatkan pendidikan Islam akhirnya berjaya menginstitusikan pendidikan Islam sehinggalah ke peringkat menara gading. Kertas ini akan membincangkan proses evolusi dalam pendidikan Islam di Malaysia dengan mengamati perubahan-perubahan yang berlaku dalam tiga zaman iaitu zaman pra kolonialisme, zaman kolonialisme dan zaman selepas kolonialisme sebagai asas untuk lebih memahami Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia.

1. PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan teras utama dalam Islam. Ia merupakan soal pokok yang dengannya akan dapat memenuhi citra Islam yang lain. Kedatangan agama Samawi ini adalah dengan seruan mendidik. Jibril a.s. telah mengajar dan mendidik Muhammad s.a.w. agar membaca (menghafaz-memorize) di Gua Hira’. Seruan pertama Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT melalui Jibril a.s. ini telah mengingatkan kepada kita bahawa agama baru yang diturunkan meletakkan asas ilmu sebagai teras untuk membangunkan kehidupan manusia. Maka ilmu yang melalui proses pendidikan tertentu akan menjadikan manusia berbeza taraf kedudukan bukan hanya di sisi manusia malahan juga di sisi Allah SWT.

Kedatangan Islam di Alam Melayu sejak abad ke11M telah membawa perubahan baru dalam kehidupan masyarakatnya. Islam telah merevolusikan pandangan beragama orang-orang Melayu (sebelumnya menganut animisme-Hinduisme-Buddhisme) agar menyerah diri sepenuhnya dan mengEsakan Allah SWT selaku Tuhan Yang Mencipta Alam ini. Mendoktrinasi pemikiran Melayu kepada Islam juga tidak terlepas keperluan mendidik dan member ilmu pengetahuan yang secukupnya tentang Islam. Proses dakwah

1 Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Pendidikan ICT Bernuansakan Islam anjuran Kolej Sastera dan Sains

(2)

Islam ke Alam Melayu adalah selari dengan tuntutan mendidik dan mengajar masyarakat pribumi tentang keistimewaan Islam yang berpandukan wahyu (ilmu) secara langsung dari Allah SWT. Maka peranan pendakwah yang terdiri daripada ulama dan pedagang dilihat sebagai medium untuk merealisasikan dan melancarkan kegiatan dakwah Islam di Alam Melayu.

Berpaksikan ilmu dan tatacara pendidikan Islam, para ilmuan telah menyebarkan risalah Islam kepada masyarakat dengan sempurna. Keupayaan mereka meyakinkan masyarakat tempatan tentang kesempurnaan Islam dengan metod yang mudah tanpa paksaan telah menjadikan Islam dapat diterima dengan senang hati oleh sebahagian orang-orang Melayu. Dan proses penyebaran dakwah Islam itu semestinya tidak dapat lari dari unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran yang menjadi elemen utama dalam proses pendidikan. Justeru usaha mengIslamkan penduduk secara langsung juga merupakan usaha untuk menerapkan suatu sistem pendidikan berteraskan Islam kepada masyarakat Melayu. Maka di awal perkembangan penyebaran Islam itu sendiri secara tidak langsung menjadi titik tolak kepada proses pendidikan Islam di Alam Melayu. Transformasi pendidikan Islam di Malaysia khususnya telah melalui tiga proses perubahan iaitu zaman pra kolonial, zaman kolonial dan zaman selepas kolonial.

2. ZAMAN PRA KOLONIAL

Di Tanah Melayu, pendidikan Islam jelas dilihat berkembang semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.

(3)

Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan berkaitan dengannya. Kedua-duanya didasari dengan hukum syariah dan hukum adat yang telah wujud berzaman lamanya (Zainal Abidin Wahid at all, 1992; 29) dan juga perintah raja. Pelaksanaannya secara tegas dibuat semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Menariknya, perundangan Melaka ini juga telah digunapakai juga untuk negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Perak dan Selangor di Tanah Melayu dan juga Inderagiri dan Kampar di Sumatera serta Kepulauan Riau-Lingga yang menjadi jajahan takluk Melaka (B.W. Andaya and L.Y. Andaya, 1982; 50-51, Abdullah Ishak, 1990; 100).

Justeru dapat dikatakan bahawa tahap pendidikan Islam pada zaman Melaka telah mencapai tahap kematangan ilmu yang tinggi sehingga para pembesar ketika itu berupaya untuk menggubal satu sistem perundangan berteraskan islam walaupun ianya bercampur aduk dengan adat (customary) dan perintah raja. Prinsip-prinsip ilmu fekah telah dihubung jalin untuk membentuk satu bentuk undang-undang demi menjaga kepentingan (maslahah) dan keadilan untuk rakyat. Penguasaan ilmu yang berkaitan dengan syariah dan perundangan Islam menunjukkan masyarakat Melayu terutamanya di Melaka telah membuat perubahan untuk kehidupan yang lebih baik berasaskan acuan yang diketengahkan oleh Islam. Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa sistem pendidikan yang diaplikasi berasaskan prinsip Islam telah berjaya menguasai dan menjiwai pemikiran orang-orang Melayu ketika itu.

Pelaksanaan sistem pendidikan secara tidak formal di Semenanjung Tanah Melayu lahir selari dengan perkembangan Islam itu sendiri. Ilmu Islam disampaikan secara sistem halaqah (Wan Yahya Wan Ahmad, 1994; 146-147, Syed Muhd. Khairudin al-Junied & Dayang Istiaisyah Hussin, 2005;249) seperti yang dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w. Sistem ini juga disebut dan dikenali sebagai sebagai circle school. Proses penyampaian ilmu banyak dilakukan dalam bentuk sehala dan secara berhadapan di mana guru membaca kitab dengan dilingkungi oleh murid yang turut menadah kitab serta membuat catatan berkaitan dengan syarahan yang disampaikan (Abdullah Muhammad Zain at all, 2005; 18). Kitab-kitab yang digunakan dan bentuk ilmu yang diajar adalah tertakluk kepada guru yang mengajar berasaskan kepada autoriti ilmu atau bidang yang mereka mahir. Ini menunjukkan bahawa intelektual agama terdahulu sangat jujur dan prihatin dengan disiplin ilmu yang mereka kuasai. Mereka tidak akan mencampur adukkan bidang kepakaran mereka melainkan dalam ilmu-ilmu yang menjadi amalan harian masyarakat.

(4)

pada tahap awal pendidikan Islam di Semenanjung Tanah Melayu, istana telah dijadikan sebagai tempat untuk menyampaikan ilmu. Perbahasan dan penjelasan tentang ilmu-ilmu Islam telah disampaikan oleh tokoh-tokoh agama yang berkelayakkan. Mereka ini digelar sebagai alim ulama ataupun tuan guru. Istana, rumah, surau/madrasah dan masjid dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti keilmuan. Menurut Abdul Rahman Abdullah, aktiviti pendidikan Islam di Melaka biasanya dilakukan di istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan (maktabah) dan tempat untuk menyalin serta menterjemahkan kitab (Abdul Rahman Abdullah, 1989; 145) terutamanya dari bahasa Arab dan Parsi ke dalam bahasa Melayu. Selain dari itu, rumah tuan guru juga dijadikan sebagai pusat untuk menimba dan mentelaah ilmu. Ia sebagai satu proses dalam memartabatkan ilmu dan kebiasaan dilakukan dalam dua bentuk iaitu pengajian secara beramai-ramai dan pengajian secara individu di rumah tuan guru itu.

Zaman awal Islam di Tanah Melayu mempersembahkan pendidikan Islam secara langsung dari golongan pendakwah yang datang berdagang. Mereka membawa ajaran Islam dalam diri mereka dan diperlihatkan secara langsung kepada masyarakat tentang keistimewaan dan kewajaran agama Islam. Dengan pengIslaman raja dan golongan bangsawan menjadikan ajaran suci ini juga diterima oleh rakyat bawahan. Islam direalisasikan dan diamalkan bukan sekadar untuk tujuan beragama tetapi juga dalam sistem pemerintahan dengan lahirnya Hukum Kanun Melaka dan Undang Laut Melaka yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dalam mendidik dan masyarakat agar mematuhi tata susila hidup bermasyarakat. Pendidikan pada zaman ini dipraktikkan dengan kaedah pembelajaran secara halaqah (circle school) mengikut bidang kepakaran guru yang mengendalikan kelas-kelas tersebut. Begitu juga dengan tempat-tempat pengajian, ia tertakluk kepada kehendak dan keinginan masyarakat dan kebanykkan pengajian Islam disampaikan di rumah guru, madrasah, masjid dan juga istana. Ini melambangkan bahawa Islam itu boleh dipelajari di merata tempat asalkan ada kehendak dan kemahuan untuk menimba dan menggali ilmu-ilmu tersebut di dalam masyarakat.

ZAMAN KOLONIAL

(5)

kehidupan masyarakat pada ketika itu. Justeru kisah dan penulisan berkaitan dengan Islam dan perkembangannya termasuklah pendidikan Islam kelihatan seolah-olah dipinggirkan dan diabaikan. Namun jika diteliti dengan mendalam, penjajah Portugis menguasai Melaka bermula tahun 1511M dengan dua tujuan. Pertama; untuk memonopoli kegiatan perdagangan yang berkembang pesat di Alam Melayu yang berpusat di Melaka. Kedua; untuk menghakis dan menghapuskan pengaruh Islam melalui penyebaran agama kristian kepada masyarakat Melayu Islam (Zamry Abd. Kadir, 2005; 273).

Manakala Belanda pula telah berjaya menawan Melaka pada tahun 1641M. Polisi dan dasar penjajah Belanda sama seperti Portugis iaitu politik dan ekonomi di samping mengembangkan Kristian. Sebaliknya, Belanda menghadapi saingan politik dan perdagangan dari kuasa Barat seperti Portugis dan juga kuasa tempatan seperti Kerajaan Bantam dan Kerajaan Mataram. Kekalutan ini menjadikan Belanda hanya memberi fokus kepada aspek perniagaan dan pemerintahan serta tidak berusaha untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada masyarakat Melayu Islam. Semasa penjajahan Belanda, kegiatan dan aktiviti berkaitan keagamaan dan pendidikan Islam mengalami kelesuan dan tidak ditonjolkan secara ketara. Abdullah Ishak mengatakan hal ini berlaku disebabkan dua kemungkinan. Pertama; tidak wujud sebarang bentuk penulisan atau laporan dari mana-mana pihak sama ada bersifat ilmiah atau tidak yang melaporkan tentang kegiatan yang ada. Kedua; sikap intelektual agama yang sengaja merahsiakan kegiatan yang berlaku bagi mengelakkan tentangan dan ancaman ganas daripada penjajah Belanda. Namun berpandukan pernyataan-pernyataan zaman kemudiannya, maka dibuat rumusan bahawa kegiatan agama dan pendidikan Islam tetap berjalan semasan penjajahan Belanda tetapi situasinya tidak menonjol (Abdullah Ishak, 1995; 133).

(6)

untuk mengembangkannya. Keadaan ini menyebabkan ia tersepit kerana tidak sumber kewangan yang terhad dan dipinggirkan malahan diasingkan terus oleh British dari kerangka besar pentadbiran British. Kepayahan dan tekanan British menyebabkan institusi agama Islam dan adat istiadat Melayu menjadi lemah dan boleh diibaratkan hidup segan mati tak mahu.

Proses sekularisme dan penyingkiran secara terancang oleh British ke atas institusi agama Islam juga turut melemahkan perkembangan pendidikan Islam di Tanah Melayu. Ia berlaku kerana sokongan oleh sultan dan raja terhadap institusi pendidikan Islam menjadi semakin berkurangan kerana kuasa mereka yang terhad oleh konsep pengasingan kuasa (separation of power) oleh British melalui sistem sekular yang diterapkan dalam pemerintahan mereka. Pensekularan sistem pemerintahan oleh British menjadikan institusi pendidikan Islam hilang tempat untuk bergantung dalam mendapatkan bantuan dan sokongan dari pemerintah yang berkuasakhususnya sultan dan raja Melayu. Dasar tidak campurtangan British ke atas hal ehwal agama dan istiadat Melayu menjadikan pendidikan Islam terabai dan sengaja diabaikan dari perhatian penjajah. British percaya bahawa kemajuan ekonomi dan kestabilan politik mampu dicapai selagi status quo (tidak campurtangan dalam agama Islam dan adat istiadat Melayu) dalam masyarakat diperlihara (Mohammad Redzuan Othman, 2005; 18).

(7)

Sistem Pendidikan Pondok

Pada abad ke 18M, Islam di Tanah Melayu terus berkembang dan diamalkan. Pasaran pendidikan Islam bertambah maju dan mendapat permintaan yang tinggi dari masyarakat Islam. Surau, istana, rumah, masjid dan madrasah yang sedia ada hanya mengajar ilmu-ilmu Islam secara tidak formal. Manakala tempat pengajian yang sempit dengan ruang yang terhad tidak lagi berupaya untuk menampung jumlah pelajar yang ramai terutamanya yang datang dari jauh (Abdullah Jusuh, 1990; 8). Justeru, ulama dan intelektual Melayu mula memikirkan kaedah yang terbaik untuk mengembangkan dan menaik taraf sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu. Tiga perkara asas yang difikirkan perlu wujud dalam sistem pendidikan ini. Pertama; sistem yang lebih efisyen dengan kaedah pengajian formal dan tersusun. Kedua; ruang dan tempat yang luas sebagai kelas pengajian yang mampu menampung bilangan pelajar yang ramai dalam sesuatu masa. Ketiga; mempunyai kemudahan tempat penginapan khususnya untuk keselesaan pelajar yang datang sama ada dari tempat yang jauh atau dekat yang menginginkan tempat berteduh. Hasilnya muncul satu kawasan pengajian Islam yang dilengkati dengan ketiga-tiga asas ini yang dinamakan sebagai pondok.

Ia merupakan institusi pendidikan formal pertama yang diperkenalkan di Tanah Melayu dengan kelas-kelas pengajian dan tempat tinggal pelajar. Kelahiran sistem pondok tercetus akibat dari keghairahan masyarakt untuk menambah ilmu pengetahuan tetapi tidak mempunyai ruang yang selesa untuk belajar. Tanah yang dijadikan tempat belajar kebiasaannya adalah milik pengasas ataupun tanah yang diwakafkan sama ada khusus untuk tujuan pendidikan atau untuk tujuan umum pembangunan masyarakat Islam. Justeru, kerjasama dan sokongan masyarakat Islam yang turut serta menghulurkan bantuan tenaga semasa membina dan dana material menjadikan pendidikan Islam terus subur bercambah di Tanah Melayu. Amanah yang dipegang oleh tuan guru amat besar sekali kerana mereka bertanggungjawab untuk mengajar dan mentadbir perjalanan sistem tersebut.

(8)

rangkang untuk peringkat menengah dan balee untuk peringkat tinggi. Gabungan bebarapa rangkang

dan balee membentuk kompleks pendidikan yang dinamakan sebagai dayah (Abdullah Ishak, 1990; 117). Justeru mengatakan bahawa sistem pondok berasal dari Pattani adalah agak tidak adil bagi sumbangan yang telah dibuat oleh Acheh. Ia mungkin salah faham dalam bentuk dalam bentuk pembuktian fakta sejarah kerana Acheh sudah pun mempunyai hubungan kekeluargaan Melayu Islam dengan sejak kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis lagi. Dan kemunculan sistem pondok di Tanah Melayu pada akhir abad 18M kerana ia dibawa oleh ulama Pattani yang banyak mendapat didikan Islam dari Acheh. Dengan demikian, Acheh menjadi peneroka sistem pondok dan dijadikan model dalam pendidikan Islam oleh Pattani seterusnya Tanah Melayu oleh ulama Pattani.

Populariti sesebuah pondok bergantung kepada kemasyhuran guru merangkap pengasas kepada kelahiran sesebuah pondok. Ia bergantung kepada bidang kesarjanaan yang dimiliki guru serta kemampuan guru untuk menterjemahkan kesarjaanan kepada pelajar. Kemasyhuran ini juga tertakluk kepada lokasi serta silsilah guru tempat pengasas pondok belajar (Fauziah Shaffie, 2001; 127). Aspek ini menjadi faktor utama untuk menarik pelajar datang belajar dengan seseorang guru. Pondok Bohor di Alor Setar Kedah misalnya mempunyai lebih dari 300 buah(Abdullah Ishak, 1995:196). Sistem pondok umpama sebuah fakulti dalam universiti yang besar yang melihat kepada kepakaran disiplin ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru sebelum pelajar datang belajar dengan mereka. Cuma bezanya ialah fakulti mempunyai ramai guru yang mengajar mengikut kepakaran masing-masing sedangkan sistem pondok hanya mempunyai seorang guru yang mengajar disiplin ilmu yang pelbagai.

(9)

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka di pondok tidak diberi sijil sebagai tanda mereka menamatkan pengajian. Tetapi dengan kemampuan ilmu yang dimiliki menjadikan mereka mempunyai kelayakkan untuk melanjutkan pengajian di Hijaz (Mekah dan Madinah). Ia sebagai usaha untuk melayakkan diri menjadi seorang ulama (Mohammad Redzuan Othman, 2005; 63). Keadaan ini menunjukkan berlakunya kesinambungan ilmu yang sebelumnya dipelajari dan diperolehi melalui kitab-kitab dari Hijaz dan kesudahannya pelajar sendiri yang berpeluang untuk belajar di Hijaz yang menjadi sumber utama pembinaan ilmu-ilmu Islam dan tempat bermastautin ulama-ulama tersohor Islam. Contohnya; pada akhir abad ke 17, Syeikh Abdul Malik Abdullah dari Terengganu telah menyambung pengajian di Mekah setelah lama menuntut di Acheh. Begitu juga dengan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh Nawawi al-Bantani dan Syeikh Daud al-Fatani yang bukan sahaja belajar di Mekah tetapi juga diberi pengiktirafahan untuk mengajar di Masjid al-Haram Mekah (Mohammad Redzuan Othman, 2005; 64). Inilah lambang ketinggian ilmu dan kesarjanaan yang dimiliki oleh ulama pondok yang bukan sahaja terkenal di Alam Melayu tetapi juga diperingkat antarabangsa. Tumpuan lepasan pengajian pondok ke Hijaz disebabkan silsilah guru dan tempat pengajian yang tersohor dengan kemuliaan dan keberkatan bagi mewarisi ilmu hingga sampai ke Rasulullah s.a.w.

Sistem pengajian pondok menghadapi zaman kesukaran apabila muncul sekolah atau madrasah agama yang melaksanakan sistem pengajian yang lebih sistematik dan tersusun. Suatu sistem baru dalam pendidikan Islam yang mengikut struktur dan gaya penjajah British tetapi dimanfaatkan untuk kepentingan pengajian Islam. Kemunculan sistem persekolahan telah menyebabkan tradisi pengajian pondok kurang diminati dan akhirnya pupus di tinggal zaman. Namun begitu, di Kelantan hingga ke hari ini masih lagi wujud tradisi pengajian pondok seperti Pondok Pasir Tumbuh dan Pondok Lubuk Tapah. Ia kekal bertahan kerana wujud segelintir masyarakat yang masih mempercayai keupayaan tradisi ini dalam pembinaan ilmu fizikal dan spiritual. Walau bagaimanapun kaedah persekolahan Islam secara moden lebih diminati oleh anak-anak Melayu kerana pengiktirafan dalam bentuk sijil telah membuka ruang dan peluang untuk mereka mendapatkan pekerjaan dengan mudah di bawah naungan British malah hingga ke hari ini.

(10)

Sistem pengajian Islam yang moden yang menggantikan sistem pengajian pondok muncul untuk menyaingi sistem pendidikan sekular yang ditubuhkan oleh British. Ia dikenali sebagai sekolah agama ataupun madrasah. Inisiatif penubuhan persekolahan moden ini dibuat untuk mengketengahkan satu bentuk pengajian Islam dengan lebih tersusun dan bersistematik dengan prasarana yang lengkap sebagai sebuah institusi pendidikan. Ia juga sebagai langkah alternatif untuk orang-orang Melayu Islam mendapat pendidikan yang sempurna dan setaraf seperti yang diperkenalkan oleh penjajah British. Langkah menghadapkan orang-orang Melayu dengan pendidikan Islam moden merupakan kesinambungan dari usaha yang dibuat oleh ulama dan tokoh agama sebelumnya. Sistem persekolahan Islam secara moden masih lagi mengekalkan konsep ilmu yang sama seperti yang diajar di institusi pondok tetapi dibuat perubahan dalam bentuk operasi, penambahbaikan struktur bangunan dan pengemaskinian serta tambahan dalam kurikulum sejajar dengan fungsi dan tatacara pengendalian sekolah.

(11)

Idea penubuhan sekolah agama/madrasah bermula apabila muncul tokoh-tokoh agama yang mula memikirkan tentang permasalahan umat Melayu di bawah naungan penjajah British. Isu-isu berkaitan dengan agama, kehidupan dan kolonialisme telah diperdebatkan dalam masyarakat. Mereka menyedari bahawa hanya dengan ilmu dan pendidikan sahaja bangsa Melayu akan terlepas dari belenggu penjajahan dan kemelaratan hidup (B.W. Andaya & L.Y. Andaya, 1982; 203). Cetusan perdebatan ini dibuat oleh golongan yang mendapat pendidikan dari Timur Tengah terutamanya lepasan Universiti al-Azhar (Abdullah Jusuh, 1989; 16). Mereka terkesan dengan perjuangan dan konsep pembaharuan gerakan Islah (Auni Abdullah, 2005; 111, Wan Mohd Ali dan Uthman el-Muhammadi, 1977; 32) yang dibuat oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh serta modenisasi yang berlaku di Turki. Di Tanah Melayu mereka dikenali sebagai golongan reformis atau kaum al-Manar. Antara mereka yang terkenal ialah Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh Ahmad al-Hadi yang menjadi ahli dalam mengasaskan majalah al-Imam iaitu suatu majalah berkala berbahasa Melayu (W.R.Roff, 2004; 65) yang banyak membincangkan permasalahan Melayu dalam menghadapi arus permodenan yang dibawa oleh Barat. Mereka juga antara reformis Islam yang mengajak umat Melayu supaya kembali kepada Islam yang sebenar berasaskan al-Quran dan al-Hadis dengan melakukan ijtihad sebagai jalan keluar bagi sesuatu masalah agama dan tidak bertaklid (Syed Muhd Khairudin al-Juneid & Dayang Istiaisyah Hussin, 2005; 252) secara membuta tuli dalam amalan agama. Golongan ini banyak menulis dalam Majalah al-Imam yang menuntut agar diadakan reformasi dalam kehidupan sosial dan ekonomi. Teras kepada perubahan ini adalah pendidikan.

(12)

semasa masyarakat yang lebih dikenali dengan jolokan Kaum Tua. (Syed Muhd Khairudin al-Juneid & Dayang Istiaisyah Hussin, 2005; 252, W.R.Roff; 2004; 71).

Madrasah Hamidiyah Islamiyah di Limbong Kapal Alor Setar Kedah (1906M), Madrasah Muhammadiyah

Melayu di Kelantan (1917M), Madrasah Idrisiyah di Perak (1920M), Madrasah al-Ra’ayat di Arau Perlis (1930M) dan lain-lain merupakan antara sekolah agama yang menggabungkan aliran moden Inggeris dengan aliran agama secara serentak. Hasilnya wujud sistem sekolah dwi aliran dengan kurikulum yang tersendiri di sekolah-sekolah berkenaan sebagai usaha melahirkan pelajar yang bukan sekadar mendalami ilmu berkaitan agama Islam tetapi juga menguasai ilmu-ilmu lain yang dibawa oleh sekolah tajaan Inggeris (sekular). Serampang dua mata yang dilakukan oleh reformis ini mampu menyaingi sekolah Inggeris dan sebagai alternative kepada ibubapa yang tidak mahu anak-anak mereka diKristiankan oleh penjajah pada ketika itu.

Pembentukan kurikulum yang bersifat dwi hala telah dibentuk oleh golongan reformis Islam di tanah Melayu agar pelajar keluaran sekolah agama/madrasah mampi bersaing dengan pelajar lepasan sekolah Inggeris. Matlamat untuk membentuk insan yang mempunyai ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan direalisasikan ke atas sekolah agama/madrasah demi memperlihatkan kesejagatan ilmu Islam. Ia dilihat menjadi kaedah terbaik untuk di samping melihat keupayaan masyarakat Islam menguasai ilmu dan lebih bermakna lagi dapat membuktikan bahawa wujud pertalian ilmu dunia dan ilmu akhirat dalam kehidupan. Ternyata kerangka kurikulum yang dibina telah mnghasilkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja menguasai ilmu-ilmu Islam tetapi juga berjaya meraih kejayaan dalam ilmu sekular. Pengintegrasian ilmu yang dibentuk melalui kurikulum pendidikan Islam yang dipraktis ke atas sekolah agama/madrasah telah member sumbangan besar kepada peradaban Melayu Islam. Malahan kaedah ini juga mendapat pengiktirafan untuk melanjutkan pengajian dieringkat yang lebih tinggi di Universiti al-Azhar Mesir dan university-universiti lain di Timur Tengah.

ZAMAN PASCA KOLONIAL

(13)

Muda dan Kaum Tua) kerana salah faham tentang Islam, menjimatkan perbelanjaan yang tinggi untuk menghantar seseotang pelajar ke universiti di Timur Tengah dan pusat untuk membekalkan tenaga terlatih yang berupaya berdakwah dan mempertahankan survival Islam (Abdullah Muhammad Zain, 2005; 38-39). Sokongan dari sultan dan raja Melayu telah merealisasikan hasrat ini apabila Kolej Islam Malaya ditubuhkan pada tahun 1955M di Istana Jamiah Klang Selangor. Usaha intelektual agama dengan sokongan sultan dan raja Melayu dalam memartabatkan institusi pendidikan Islam dari sekolah pondok yang serba kekurangan hingga ke terbina institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal hingga peringkat antarabangsa perlu disokong, dihargai dan dipuji.

Pada tahun 1965M, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) ditubuhkan di Istana Nilam Puri di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Seramai 43 orang pelajar dalam dan luar negara seperti Brunei dan Singapura telah diterima masuk ke YPTIK pada peringkat awal penubuhannya. Mereka menduduki Kuliah Syariah wa al-Qanun. Pada tahun 1966M, Ma’ahad Dakwah wa al-Imamah telah diwujudkan sebagai satu lagi cabang pengajian di YPTIK. Ia bertujuan untuk melahirkan golongan pendakwah terlatih untuk mengembangkan lagi Islam di samping menjadi benteng ilmu untuk mempertahankan Islam dari serangan musuh. Namun ijazah yang dikeluarkan oleh YPTIK tidak mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia kerana menyalahi Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 walaupun Universiti al-Azhar Mesir mengiktiraf ijazahnya. Pada tahun 1981M, YPTIK telah bergabung dengan Universiti Malaya Lembah Pantai dan menubuhkan Akademi Islam Universiti Malaya. Ia sebagai langkah untuk mendapat pengiktirafan ijazah yang mereka keluarkan dan pusat pengajian di Nilam Puri dijadikan kampus untuk persediaan atau pra ijazah bagi para pelajar pengajian Islam sebelum mereka memasuki Akademi Islam Universiti Malaya (Abdullah Muhammad Zain at all., 2005; 31-35).

(14)

kerana perundangan Malaysia hanya membenarkan penggunaan bahasa Malaysia. UIA mempunyai empat fakulti yang dinamakan sebagai ‘kulliyah’ iaitu Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Kulliyah Ekonomi dan sains Pengurusan, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan Kulliyah Perubatan. Ia juga mempunyai sebuah pusat matrikulasi sebagai persediaan dari kalangan pelajar Malaysia untuk memasuki UIA (Abdullah Muhammad Zain at all., 2005 125-131). Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai wujud hasil naik taraf Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Ia ditubuhkan pada tahun 2000M dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kumpulan pelajar pertama adalah seramai 200 orang. KUIM mempunyai empat fakulti iaitu Fakulti Syariah dan Kehakiman, Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (Abdullah Muhammad Zain at all., 2005; 139-144).

Kegigihan inteletual agama mengembangkan ilmu keagamaan hingga tertubuhnya institusi pengajian tinggi Islam di Malaysia merupakan hadiah yang amat bermakna buat generasi Islam pascakolonialisme. Usaha memodenkan institusi pengajian Islam atas sokongan kerajaan dan rakyat telah menyempurnakan sebahagian dari tugas dakwah Islam yang dibawa oleh generasi terdahulu. Adalah menjadi tugas intelektual Islam kini untuk mempertahankan Islam yang sedia ada serta mengembangkan lagi agar kesempurnaan Islam itu dapat dihayati bukan sahaja oleh orang-orang Islam tetapi juga oleh masyarakat bukan Islam. Kesanggupan pendakwah mengharungi cabaran dalam dan luaran dalam memartabatkan institusi keilmuan Islam wajar dipelihara agar kesinambungan ini berkekalan hingga ke akhir zaman.

PENDIDIKAN ISLAM MUTAKHIR

(15)

peringkat pengajian tinggi dengan menggabungkan kurikulum ilmunya dengan ilmu sekular agar masyarakat Malaysia bersedia menghadapi cabaran semasa dengan berbekalkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.

Institusi pengajian Islam sama ada di peringkat sekolah atau pusat pengajian tinggi telah didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa. Kemudahan mendapat maklumat di serata dunia dengan cepat telah memperteguhkan penguasaan ilmu agama berasaskan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dunia ilmu menjadi semakin kecil dan tidak lagi dinilai berdasarkan sempadan negara. Kitab dan buku rujukan pengajian Islam banyak didapati dalam bentuk digital yang boleh diperolehi secara percuma mahupun berbayar. Usaha untuk mendapatkan ilmu serta menyebarkan kepada orang ramai menjadi lebih mudah dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya. Ilmu-ilmu Islam seperti usuluddin, syariah dan akhlak tetap sama seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. sejak 1400 tahun dahulu tetapi penyesuaian ilmu yang bersifat tetap dengan ilmu semasa yang sentiasa berubah-ubah perlu dimanipulasi dengan cekap dan berkesan. Justeru dengan ada platform pendidikan Islam di peringkat tinggi (universiti), maka seharusnya ia dimanfaatkan dengan maksimum oleh intelektual Islam untuk menjana ilmu naqli yang tetap sifatnya dengan menggunakan aplikasi-aplikasi ilmu aqli yang sentiasa berubah-ubah supaya welstanchung Islam dapat disampaikan untuk kebaikan sejagat. Dengan ini, barulah dapat ditonjolkan kebijaksanaan Melayu Islam mengembangkan Islam melalui kemajuan ilmu yang dibawa oleh Barat.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Secara nyata, sistem pendidikan Islam di Malaysia telah mengalami beberapa transformasi. Perubahan yang berlaku sebenarnya telah memperkasakan lagi sistem berkenaan dengan adanya penambahbaikan serta penstrukturan semula sama ada terhadap struktur fizikal, kurikulum, tenaga pengajar dan sebagainya. Dengan bantuan dan sokongan Kerajaan Malaysia, pendidikan Islam telah mencapai tahap kemuncak apabila diberi pengiktirafan bukan hanya di peringkat negara malahan juga di peringkat dunia dengan wujudnya Universiti Islam Antarabangsa yang melibatkan para pelajar pelbagai bangsa dari seluruh dunia yang inginkan sistem pengajian berteraskan Islam.

(16)

agama, surau dan masjid. Keadaan ini wujud pada zaman awal perkembangan Islam di Tanah Melayu atau lebih tepat lagi semasa zaman keagungan Kesultanan Melayu sebelum berlakunya kolonialisme Barat. Walaupun kegiatan pendidikan Islam dijalankan secara tidak formal dan tidak tersusun, masyarakat Islam pada zaman ini telah dididik oleh sarjana Islam agar menghayati Islam dengan sempurna sehingga para pemerintah dan rakyat jelata boleh menerima Islam sebagai suatu tatacara kehidupan ( A Way of Life) dengan wujudnya bentuk perundangan yang berasaskan prinsip-prinsip Islam seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang digubal semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (Zainal Abidin Wahid at all., 1992; 29). Ini menggambarkan bahawa walaupun sistem pendidikan Islam yang didokong itu tidak mengikut sistematikanya tetapi penghayatan terhadap ilmu telah mereka praktis dengan sempurna sehinggakan ia melibatkan urusan-urusan yang berkaitan dengan sistem pemerintahan.

Kedua; sistem pendidikan formal mengikut acuan yang digabungkan antara sistem pendidikan Islam dan sistem pendidikan barat. Ia berlaku bermula sejak zaman kolonialisme barat sehinggalah ke mutakhir ini. Arus perubahan zaman akibat dari proses modenisasi telah menyebabkan pendidikan Islam terpaksa bergerak selari dengan tuntutan zaman. Ini menunjukkan bahawaIslam itu bersifat anjal (flexible) dan sesuai untuk sepanjang zaman dalam pelbagai urusan kehidupan. Usaha untuk memodenkan pendidikan Islam yang dibuat oleh golongan reformis Islam atau kaum muda bertujuan untuk memberi pilihan kepada masyarakat agar anak-anak dari keluarga Islam yang saying dan cintakan agama mereka mampu memperolehi pendidikan sempurna seperti yang dibawa oleh penjajah. Saingan positif ini melambangkan keupayaan Islam untuk menggembeling ilmu secara bersepadu dengan ilmu sekular barat dalam memajukan dan memartabatkan pendidikan masyarakat Islam.

(17)

Serampang dua mata yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia telah berjaya melahirkan pelajar yang menguasai dwi bidang sekaligus.

Selain itu, reformasi oleh kaum muda juga telah memartabatkan status pendidikan Islam sehingga berjaya diangkat hingga ke peringkat pengajian tinggi. Penubuhan Kolej Malaya Kelang Selangor (1955M) menjadi titik tolak kepada memperkasakan pendidikan Islam ke tahap yang lebih tinggi. Begitu juga dengan kelahiran Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) tahun 1965M telah menjadi pemangkin kepada penerimaan pendidikan Islam di peringkat tinggi khususnya universiti. Kolej Islam Malaya telah berjaya dinaiktaraf menjadi Fakulti Pengajian Islam (FPI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970M. Manakala YPTIK telah diperkasakan lagi dengan penubuhan Akademi Islam Universiti Malaya pada tahun 1981M yang mengambil kurikulum pengajian Islam dari Universiti al-Azhar Mesir dan pengijazahannya juga setaraf dengan pengijazahan Universiti al-Azhar. Pada tahun 1983M, Universiti Islam Antarabangsa ditubuhkan dengan tajaan bersama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara-negara Islam lain seperti Libya, Mesir, Maldives, Arab Saudi, Pakistan, Turki dan Bangladesh. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dinaiktaraf dari Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) yang ditubuhkan pada tahun 2000M (Abdullah Muhammad Zain at all., 2005; 139-144). Kesemua universiti ini tidak sekadar menawarkan pengajian Islam semata-mata tetapi juga menawarkan kursus-kursus konvensional yang selari dengan kehendak pasaran pekerjaan.

(18)

dengan matlamat dan tujuan ajaran Islam agar manusia mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

PENUTUP

Islam telah terbina berasaskan ilmu pengetahuan dan kependidikan. Sejak awal wahyu diturunkan lagi, ilmu dan pendidikan menjadi elemen utama agar menuasi mengEsakan Allah SWT. Perjalanan dakwah Islam yang penuh ranjau juga untuk tujuan mendidik manusia agar mencerap ilmu dan pendidikan dalam kehidupan mereka. Pendidikan yang boleh membawa kebahagian dan kedamaian di dunia dan di akhirat. Allah SWT yang mencipta manusia telah menjadikan Islam sebagai agama pendidikan dan akan mendidik manusia sepanjang lehidupan mereka. Islamlah agama terakhir yang dapat menyelamat manusia dari kemusnahan hidup. Janji Allah SWT dalam al-Quran “…pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu (Muhammad) agama kamu dan Aku kurniakan kepada kamu (Muhammad) segala nikmat Aku dan Aku redha Islam itu menjadi agama kamu…”. Islam adalah agama terakhir yang mendidik manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT dengan segala nikmat dan Islam juga akan menyelamatkan manusia dari kesempitan hidup di dunia dan di akhirat.

(19)

yang ditawarkan oleh pihak konvensional. Inilah kelebihan sistem pendidikan Islam yang mampu meneroka dan menyelami ilmu-ilmu lain tanpa menjejaskan intipati ajaran islam itu sendiri. Inilah agama universal yang sesuai buat umat sepanjang zaman hinggalah ke hari pengakhirannya dan di Malaysia, inilah agama rasmi yang menjadi kebanggan seluruh rakyatnya.

Referensi

Dokumen terkait

Dyer dan McHugh (1975), Givoly dan Palmon (1982), dan Owusu-Ansah (2000) menyatakan bahwa perusahaan yang memiliki sumber daya (aset) yang besar memiliki lebih banyak

Berdasarkan hasil identifikasi risiko pada usaha penangkapan dengan menggunakan bagan, diketahui bahwa kejadian berisiko yang melekat pada usaha penangkapan dengan menggunakan

Camera image ini berfungsi sebagai kontrol untuk menampilkan video. Sistem mengaktifkan Camera image yang berfungsi sebagai kontrol untuk menampilkan video. Sistem akan

Berdasarkan hal tersebut dilakukan penelitian yang bertujuan untuk mengetahui tingkat keberhasilan transfer gen pertumbuhan ikan nila ( tiGH ) dengan metode mikroinjeksi pada

Dari hasil penelitian yang dilakukan oleh peneliti maka dapat diambil kesimpulan bahwa: 1) Program Adiwiyata Mandiri yang ada di SMP Negeri 17 Palembang menggunakan konsep sebagai

tersebut didukung oleh penelitian yang dilakukan Anggelia (2015) yang menyatakan bahwa reputasi auditor memiliki pengaruh negatif signifikan terhadap underpricing ,

Hasil pengujian model regresi linier berganda yang menguji pengaruh harga batubara dan harga minyak dunia terhadap return saham disajikan pada tabel 4.7 diatas dapat

Penelitian ini berhasil membuktikan adanya pengaruh antara kepercayaan diri dan motivasi berprestasi secara bersama- sama terhadap prestasi belajar, yang berarti