• Tidak ada hasil yang ditemukan

Esei EDUP 3013 Falsafah dan Pendidikan d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Esei EDUP 3013 Falsafah dan Pendidikan d"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), perkataan “modal insan” ditakrifkan sebagai suatu cara untuk mengenal pasti dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang digunakan dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, akhirnya mereka mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara tidak kira apa-apa aspek sekalipun. Modal insan pada masa kini adalah lebih tertumpu kepada golongan belia iaitu golongan remaja dan dewasa kerana merekalah harapan negara untuk memajukan negara kita suatu hari kelak. Pada zaman globalisasi ini, dalam dunia yang dilingkari oleh kemajuan sains dan teknologi, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh negara untuk mencapai apa yang diperlukan oleh dunia pada masa ini. Bagi memenuhi permintaan dan menempuhi cabaran-cabaran dunia yang semakin mencabar, anak-anak muda yang ada pada sesebuah negara haruslah menggalas tanggungjawab tersebut bagi menjayakan visi dan misi sesebuah negara itu. Bagi negara Malaysia, anak-anak muda yang telah dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan merupakan tulang belakang kepada negara untuk memajukan negara sama ada dari aspek pembangunan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Buktinya, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dilancarkan oleh perdana menteri, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, pembangunan modal insan merupakan satu aspek yang penting untuk pembangunan negara. Pembangunan modal insan adalah dilaksanakan secara holistik bukan sahaja melibatkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran tetapi juga menitikberatkan nilai-nilai murni serta pembelajaran dan latihan sepanjang hayat.

2.0 PANDANGAN TERHADAP PERNYATAAN MANTAN MENTERI PENDIDIKAN

(2)

Apabila dikatakan sebagai aset negara, modal insan itu sudah semestinya dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi terhadap pelbagai bidang. Namun, dengan berbekalkan ilmu pengetahuan sahaja adalah tidak mencukupi bagi seseorang individu untuk membantu mencapai sesuatu visi negara sekiranya tidak dilengkapi dengan peribadi dan akhlak yang mulia. Sebagai contoh, menurut laporan Berita Harian Online tanggal 13 Julai 2015, isu hangat yang berlaku di negara kita baru-baru ini iaitu berkaitan dengan kes yang berlaku di Plaza Low Yatt, beratus orang anak muda negara kita yang merupakan modal insan negara telah terlibat dalam suatu kes pergaduhan yang menjadi tumpuan media negara kita. Kesemua anak muda tersebut mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi, namun disebabkan oleh akhlak yang goyah, maka secara tidak langsung ianya langsung tidak mampu menyumbang apa-apa kebaikan kepada negara. Insiden inilah yang harus dijadikan sebagai pengajaran oleh anak-anak muda kita bahawa sememangnya akhlak mulia dalam diri anak-anak muda pada masa kini adalah masih kurang dan seharusnya dipupuk dengan segera supaya insiden sebegitu tidak akan berulang kembali.

Oleh itu, adalah amat penting bagi anak-anak muda generasi zaman kini untuk disemai dengan nilai-nilai moral supaya mereka boleh bertindak dengan lebih rasional bagi membantu membangunkan negara kita dan adalah amat merugikan sekiranya mereka tidak mampu menyumbangkan tenaga kepada negara kita. Untuk memastikan modal insan negara kita adalah seimbang dari segi intelek dan sahsiah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, dengan menumpukan agenda “Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Pengahayatan Nilai” dalam anjakan ketiga pelan tersebut. Kita boleh lihat betapa gigihnya usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan modal insan kelas pertama yang mampu menjanjikan sebuah tamadun yang cemerlang.

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG

(3)

amat penting dalam diri seseorang modal insan. Untuk menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, ibu bapa yang merupakan guru pertama kepada anak-anak mereka haruslah mengambil langkah untuk mencorak anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya memberi perhatian yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka dari segi pelajaran supaya anak-anak mereka mampu mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa pada masa kini seharusnya menghantar anak-anak mereka ke sekolah sejak umur 5 tahun lagi supaya anak-anak mereka mampu mendapat ilmu-ilmu pengetahuan bermula dari prasekolah sehinggalah ke peringat universiti (Mok, 2010). Bagi memastikan modal insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, bukan sahaja perlu bergantung kepada ibu bapa, malah guru-guru di sekolah juga perlu mengambil peranan. Oleh itu, saya sebagai guru di sekolah perlulah mengambil langkah yang proaktif dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran yang berkesan terhadap murid-murid supaya mereka mampu menerima segala input yang diberi oleh guru ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kita sedia maklum bahawa bukan semua murid yang mahu menurut segala arahan daripada guru telah mengakibatkan sesetengah murid kurang mendapat ilmu pengetahuan daripada guru disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh rakan sebaya, kurang minat belajar dan sebagainya. Oleh itu, saya sebagai seorang guru di sekolah haruslah kreatif untuk menarik minat murid-murid untuk belajar dan secara tidak langsung mengubah tingkah laku negatif murid-murid di sekolah. Menurut B.F Skinner dalam Khoo Bee Lee (2014), setiap insan mempunyai tingkah laku yang berlainan dan untuk memastikan seseorang individu berkelakuan positif, maka pelbagai teknik boleh diaplikasikan terhadap murid seperti teknik ekonomi token yang boleh menarik minat individu terhadap sesuatu perkara.

(4)

satu sama lain sekiranya aktiviti tersebut melibatkan pelabagai kaum. Selain itu, murid-murid di sekolah juga boleh mempelajari cara kepimpinan yang berkesan supaya suatu hari nanti mereka mampu memimpin negara kita ke arah yang berintegriti dan positif untuk memajukan negara kita.

Di samping itu, sahsiah terpuji dalam kalangan murid juga boleh dibentuk melalui peranan guru. Untuk menyemaikan sahsiah yang baik dalam diri murid, saya sebagai guru sepatutnya mengambil peranan yang besar dalam dengan berperanan menjadi role model kepada murid. Saya seharusnya bersikap profesional dengan mengamalkan nilai-nilai murni ketika mengajar supaya murid-murid boleh menjadikan guru sebagai ikutan mereka. Sebagai contoh, saya tidak sepatutnya merokok di kawasan sekolah, menggunakan kata-kata yang kasar ketika di hadapan murid kerana semua ini akan mempengaruhi murid-murid di sekolah. Selain itu, saya juga boleh membahagikan murid-murid kepada kumpulan yang kecil yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam satu kumpulan ketika melakukan aktiviti di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, dengan adanya usaha seperti itu, murid-murid boleh belajar untuk bertoleransi dan saling menghormati serta bekerjasama supaya masalah-masalah pergaduhan dalam kalangan murid tidak akan berlaku dan mampu melahirkan modal insan yang cukup bersahsiah untuk mengelakkan tragedi hitam seperti tragedi 13 Mei 1969 yang merugikan modal insan dan negara kita.

(5)

Akhir sekali, untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, saya sebagai guru juga perlu mencungkil dan menggilap potensi yang ada dalam diri murid-murid. Kita sedia maklum bahawa setiap murid mempunyai potensi mereka yang tersendiri. Untuk mencungkil potensi murid-murid, saya akan berbincang dengan pihak sekolah untuk mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita, syarahan, perbahasan dan sebagainya untuk memberi ruang dan peluang kepada murid-murid bagi memperkembangkan lagi potensi-potensi yang sedia ada dalam diri mereka. Sekiranya mereka boleh menguasai potensi tersebut, maka ianya mampu membantu murid-murid tersebut menjadi lebih yakin ketika berinteraksi dengan masyarakat dan tidak mustahil juga mereka boleh jadi guru dan pemimpin yang baik pada suatu hari kelak yang boleh memajukan negara kita.

4.0 KESIMPULAN

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Pihak perpus menargetkan 10 peserta dalam program kegiatan ini dan biasanya diadakan di Gedung Serba Guna (GSG) lantai 2. Untuk program yang besar dan membutuhkan banyak

kehilangan gaya prategang dalam sistem post-tension pada balok, tidak mencakup. kedalam

Posisi operasi pada pasien ini supine, sehingga tidak terlalu menyulitkan anestesi, tapi bila dibutuhkan posisi telungkup (prone position), maka dibutuhkan observasi yang ketat pada

Komite Sekolah adalah suatu lembaga mandiri yang mewadahi peran serta masyarakat dalam rangka meningkatkan mutu, pemerataan, dan efisiensi pengelolaan pendidikan di satuan

Hal ini terjadi akibat dari infeksi virus yang mempengaruhi telinga seperti yang menyebabkan vestibular neurtitis dan penyakit Meniere adalah penyebab signifikan

Sistem pemilu anggota DPR yang satu dengan sistem pemilu angggota DPR lainnya sejak Masa Orde Lama sampai dengan Masa Orde Reformasi, walaupun secara tegas semuanya mencantumkan

a) Komunikasi, yaitu anak yang memiliki kepercayaan diri lahir dapat melakukan komunikasi dengan setiap orang dari segala usia. b) Ketegasan, yaitu anak yang memiliki