• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penziarahan intelektual merenung masa la

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penziarahan intelektual merenung masa la"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Ucapan Sempena Majlis Pelancaran Buku Himpunan Makalah Kebudayaan Cina-Melayu, karya Yang Quee Yee, di Southern University College, Johor Baru, 16 Mei 2015.

Penziarahan intelektual: merenung masa lampau untuk memandang ke masa depan

Ding Choo Ming

1. Penasihat Jawatankuasa Penyunting Centre for Malaysian Chinese Studies

2. Visiting Senior Fellow

Institute of Southeast Asian Studies, Singapore Email: dingukm@yahoo.com

Hp: 013-2026319

Abstrak

Setelah membaca ’Himpunan Makalah Kebudayaan CinaMelayu -Yang Quee Yee’, saya dapati banyak pengajaran dan inspirasi boleh dipelajari daripada gergasi perkamusan Melayu dan pendokumentasian bahan tentang kebudayaan Cina-Malayu ini. Selain itu, saya juga dapati banyak maklumat dalam bukunya dan koleksi bukunya boleh digunakan untuk melengkapkan maklumat yang tertinggal dalam makalah Claudine dan buku Proudfoot. Setelah direnungi, kita dapati kejayaan Pak Yang telah didorongkan banyak faktor. Antaranya ialah semangat yang tinggi, cekal, tabah, bersikap positif, kuat dipengaruhi falsafah Konfucian, lebih-lebih lagi hidup pada zaman dan masyarakat yang sesuai dengan apa yang dia minati serta perkhawinannya dengan Chan Maw Woh. Perkara lain yang mengkagumkan pada dirinya ialah dia tidak pernah menganggap kerja menyusun kamus Melayu sudah selesai walaupun setelah menerbtikan ’Kamus Sarjana Bahasa Cina-Melayu Terkini’. Kalau kita tidak boleh mengikut jejak langkahnya, tetapi kita wajar mencontohi nilai dan semangatnya. Sudahlah sampai masanya sekarang untuk kita memanfaatkan koleksinya di Centre for Malaysian Chinese Studies untuk mengubah pandangan negatif selama ini terhadap orang keturunan Cina di tanah air.

(2)

diterbitkan CMCS (Center for Malaysian Chinese Studies), Kuala Lumpur dan koleksi Pak Yang sebanyak 14,000 naskah, tidak termasuk manuskrp taipnya sebanyak 9,290 helai dan 22, 459 helai manuskrip tulisan tangannya yang sudah didermakannya kepada CMCS pada 29 Mei 2012. Bagi saya, orang yang lebih layak untuk memperkatakan tentang diri Pak Yang dan kedua-dua buah buku yang dilancarkan hari ini ialah Dr Chong Fah Hing, editor buku itu, selain sudah lama juga mengenali Pak Yang (panggilan mesra di kalangan pembaca dan peminatnya), lebih-lebih lagi yang telah memainkan peranan penting membawa koleksi Pak Yang dalam bahasa Melayu dan Cina dari rumahnya di Jalan Mengkudu, Singapura, ke rumah barunya di CMCS, Kuala Lumpur. Tetapi, saya pula sudah diminta Dr. Chiam Yan Tuan, Pengarah CMCS dan Pak Yang sendiri untuk berbuat demikian. Terus terang, saya merasa gementar di depan jaguh dan gergasi ini, walapun badan saya lebih tinggi daripadanya. Pak Yang, terimalah tabik hormat daripada saya sekali lagi kerana kehehatan tuan!

(3)

sehubungan itu adalah proses akulturasi dua hala dalam pertembungan kebudayaan Cina-Melayu sepanjang masa itu. Hasilnya, orang Cina dan Melayu yang terlibat sudah berbeza daripada sebelumnya, selain kebudayaan kedua-dua pihak sudah menjadi lebih kaya dan berwarni-warni. Sebahagian daripada proses akulturasi itu telah melahirkan peranakan baba pada mula-mulanya seperti yang sudah dicatatkan dalam kedua-dua buku Pak Yang yang menyugur galurkan sejarah perkembangan kebudayaan Cina-Melayu selama 600 tahun yang lepas. Untuk itu, kita wajar mengambil kesempatan yang baik pada hari baik dan bulan baik hari ini untuk merakamkan ucapan terima kasih setinggi-tingginya kepada Pak Yang.

Majlis pelancaran buku yang kita hadiri di JB hari ini tidak salah jika disebut sebagai penziarahan/perjalanan mencari warisan, akar dan hubungan kita dengan kebudayaan yang diringgalkan nenek moyang kita di tanah air. Saya katakan demikian adalah kerana kedua-dua buku ini banyak menolong kita mencari balik (retracing) sejarah yang sudah hampir-hampir dilupakan. Setelah membacaya, saya dapati banyak maklumatnya boleh digunakan untuk melengkapkan maklumat yang tertinggal dalam makalah Claudine Salmon: Writings in Romanzied Malay by the Chinese of Malaya: a preliminary study (1987) dan buku Ian Proudfoot. Early Malay printed books. (1993) dan sebaliknya.

(4)

(seeing is believing). Sehubungan itu, tahukah tuan-tuan rahsianya sebegitu konsisten dan prolifik? Izinkan saya memperkatakannya nanti.

Sementara itu, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Centre for Malaysian Chinese Studies kerana menerbitkan Himpunan Makalah Kebudayaan Cina-Melayu, karya Pak Yang: jilid 1 sebanyak 18 makalah dalam B Melayu, dan jilid 2 dengan 37 buah makalah dalam bahasa Cina. Makalah dalam jilid I sudah dibahagikan kepada 4 bahagian: Pengenalan, Bahasa dan Budaya, Perkamusan, serta Pengajian dan Pergaulan: 1. Pertembungan kebudayaan Cina-Melayu 600 tahun. 2. Penterjemahan Bahan-Bahan bahasa Melayu di bidang Kesusastersaan Mahu (1920an- 1960an). 3. Karya-karya penterjemahan sastera Cina dalam Bahasa Melayu. 4. Proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura. 5. Pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu masyarakat Cina di sekitar tahun 1950an. 6. Tentang akhbar Mimbar Universiti. 7. Peranan Perspektif dalam pertembungan bahasa dan kebudayaan Malaysia-China. 8. Selok-belok penulisan perkembangan kesusteraan Mahua moden. 9. Masalah dan fungsi koleksi ) peribadi buat pengajian Bahasa Melayu. 10 Pengajaran bahasa Melayu di Singapura. 11. Tugas memperkembangkan kebudayaan Melayu. 12. Perkamusan Melayu susunan masyarakat Cina di Malaysia. 13 Selok belok kerjaya perkamusanku. 14. Lain zaman lain peranan – lain bidang lain rintangan. 15. Siswa Nanyang di Universitas Indonesia. 16. Persahabatan dua zaman. 17. Tamu dari Beijing tidak kelihatan. 18. Saling Mengunjung Menyaksikan Koleksi Masing-masing Menambahkan Persefahaman. Itulah juga kerangka dasar pembahagian 37 buah makalah dalam bahasa Cina dalam jilid II. Kesemua makalah yang amat memprovokasikan fikiran itu penting untuk kita menjejaki sejarah kesarjananan orang keturunan Cina dalam bahasa dan sastera Melayu, sekaligus menjadi titi penting dalam penjalinan persaudaraan antara orang dan budaya Cina dan Melayu.

(5)

Dia tidak merunggut tentang kesusahan yang dialaminya, sebaliknya telah mengajarnya bersikap optimistik, memandang jauh ke depan, dan memuja nilai kemanusiaan. Disebabkan sikapnya yang positif itu, dia terus berjuang sehingga sudah berjaya seperti sekarang, jauh sekali daripada pandangan negatif cikgu yang pernah melekehkannya di sekolah dan juga pandangan setengah orang ketika dia dibuang sekolah dan kerja, maka kita nampak usia padanya sekarang cumalah angka, kerana dia ternyata semakin tua semakin pintar, maka seolah-olah usia adalah semacam rahmat kerana dia sudah yang disebut ‘he ages with grace’ dalam bahasa Inggeris. Pada dasarnya dia tahu orang yang kecil akan menjadi besar selagi dia jujur, tekun belajar dan berusaha. Itulah juga kuasa yang entah apa namanya itu telah juga membawa kemenangan kepada rakyat di negara yang dijajah pada tahun 1940an dan 1950an setelah menggulingkan tuan penjajah di seluruh dunia. Sudah tentu apa yang kita nampak pada dirinya itu juga adalah sebahagian daripada pengajaran Confucian (儒 家 思 维), maka membuatnya mewarisi nilai etika kerja tekun, lantaran membuatnya amat pragmatik dan hard working ( 任 劳 任 怨 ), selain pandai menggabungkan pengalaman dan semangat untuk hidup sehinggakan dapat mengejar impianya berdasarkan kepercayaan yang kukuh terhadap Bahasa Melayu. Dari itu kita nampak Pak Yang adalah pejuang yang tidak tahu kalah atau indefatigable fighter dalam bahasa Inggeris dan ‘不知疲倦的斗士’ dalam bahasa Cina.

(6)

Sebelum memperkatakan serba sedikit tentang Kamus Sarjana Bahasa Cina-Melayu Terkini yang telah dianggap sebagai mahkota dalam rantai mutiara kamusnya yang lain, ingin disebut bahawa Pak Yang tidak mendapat pendidikan formal bahasa Melayu sehingga melanjutkan pelajarannya ke Universitas Indonesia di Jakarta. Dia nampak nilai ekonomi bahasa Melayu yang tinggi kerana dituturkan 300 juta orang di dunia ini. Selain itu, perkahwinannya dengan Chan Maw Wow boleh diibaratkan sebagai ‘setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin’ atau ‘a marriage made in heaven’ dalam bahasa Inggeris atau ‘天作之合’

dalam bahasa Cina. Kerjasama mereka selama lima dekad sudah menghasilkan sejumlah besar kamus Melayu yang belum pernah dilakukan orang lain. Kerjasama suami isteri berdua adalah antara rahsia yang disebut tadi. Sudah tentu Pak Yang masih menyimpan banyak rahsia yang belum kita tahu. Antara yang kita tahu adalah zaman muda Pak Yang adalah juga penghujung zaman penjajahan Inggeris, dan permulaan zaman kemerdekaan tanah air. Masa itu masa kebangkitan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu untuk membaiki hidup bersama-sama kemerdekaan politik. Masa itu juga adalah masa yang paling bergelora dalam sejarah perancangan, pembangunan dan perjuangan bahasa Melayu.

Dalam konteks itu, tidaklah salah jika dikatakan Pak Yang cukup beruntung kerana hidup di tempat dan masa yang betul kerana Singapura masa itu adalah juga pusat bahasa, budaya dan sastera Melayu. Di Singapuralah beliau berkenalan dengan pengarang Utusan Melayu yang terkenal dan hehat, termasuk Tongkat Warrant. Peluang keemasan itu telah dimanfaatkan Pak Yang sebagai alat, malahan tangga langit (天梯) untuk mengubah nasibnya setelah mendapat perhatian pihak berkuasa kerajaan Malaysia, termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan kata lain, Pak Yang sudah nampak fajar baru nasibnya menyingsing bersama-sama fajar baru perjuangan dan nasionalisme bahasa Melayu di tanah air.

(7)

bergemuruh yang diberi kepada Pak Yang setiap kali dia naik ke pentas untuk menerima anugerah dan penghargaan itu sudan tentu memberi galakan kepadanya untuk terus berusaha. Untuk membuat kerja yang susah dan berat atau dalam bahasa Inggeris a thankless job atau 吃 力 不 讨 好 itu, Pak Yang terbukti adalah orang yang teratur, sangat berdisiplin, tabah dan cekal, seperti yang sudah disebut tadi, maka boleh tahan membuat kerja seorang diri di bawah lampu ditemani bunyi dengkur orang lain yang sudah tidur. Oleh sebab dapat mengatasi kesusahan yang sukar diatasi orang lain, maka dia sudah meninggalkan rekod yang sukar dipecahkan orang lain: muncul sebagai bintang yang paling terang antara penyusun kamus Melayu yang ada. Pak Yang yang taksub (obsessed) dengan bahasa Melayu masih menyusun kamus Melayu yang baru, setelah Kamus Sarjana. Kesemua itu menyatakan bahawa menyusun kamus Melayu sudah menjadi darah dagingnya. Saya pula yang menafsir usahanya yang terus menerus itu kerana dia tidak pernah menganggap kerjanya sudah selesai dengan terbitnya kamus yang baru. Oleh sebab bahasa Melayu hidup dan dinamik perkembanganya, maka selepas menyiapkan Kamus Sarjana, dia terus mengerjakan dua kamus yang lain untuk memenuhi kehendak pembaca yang lain: terutamanya pelajar, dan orang awam. Itulah antara sebabnya pelbagai jenis kamus Melayu sudah diusahakannya daripada yang bercetak kepada eletronik untuk dipilih pembacanya.

(8)

Selain sebagai leksikographer, beliau juga bibliophile Melayu, orang yang banyak mengumpul, membaca dan menyimpan buku berbahasa Melayu. Izinkan saya memperkatakan sedikit koleksinya. Tadi sudah diberi angka besar koleksi Pak Yang 14,000 naskah buku. Dalam pamiran koleksi buku Pak Yang pada 16 November hingga 1 Disember 2014 di Kuala Lumpur, (lihat slaid), sudah ditunjukkan contoh sebahagian kamus Melayu dalam bahasa Cina, kartun, majalah, buku dalam siri Chrita Dahulu Kala, buku terjemahan dan lain-lain yang susah dijumpai lagi sekarang kerana sudah dibuang setelah dibaca orang lain. Tetapi, Pak Yang beli, simpan dan sekarang sudah menjadi mutiara yang tidak ternilai. Gambaran sepintas lalu tentang penerbitan sebahagian buku yang diberi dalam buku Himpunan Makalah Kebudayaan (versi bahasa Cina dan Melayu), misalnya adalah senarai (1) Buku Terjemahan Cina Peranakan 79 judul (602 jilid), (2) sekurang-kurangnya 28 antoloji pantun peranakan baba, (3) 7 akhbar peranakan baba dan 64 buah cerpen Melayu 1960an diterjemahkan ke bahsa Cina, (4) 87 buah puisi Melayu diterjemahkan ke bahsa Cina, (5) 44 buah buku terjemahan dalam B Melayu daripada bahasa Cina dan (6) 119 buah kamus Cina-Melayu & sebaliknya. Kesemua itu menunjukkan kedinamikan perkembangan sastera, budaya dan bahasa yang melibatkan orang keturunan Cina dari sebelum penjajahan Eropah sehingga kemerdekaan tanah air.

(9)

Chinese Indonesian: a Provisional Annotated Bibliography (1981). Dalam katalog Salmon itu dimuatkan 3,005 buah karya drama, puisi dan prosa daripada 806 orang penulis. Sebanyak 2,757 karya itu ada nama pengarangnya, sedangkan 248 yang lain tidak. Yang menarik di sini ialah bilangan penulis dan karya penulis peranakan Tionghua Indonesia itu adalah jauh lebih besar daripada cuma 284 nama penulis peribumi Indonesia dengan 770 karya mereka seperti yang diperkatakan dalam buku A Teeuw: Modern Indonesian Literature (1967, semakan 1979). Pendekkan cerita yang panjang ini, maka kita boleh katakan(a ) bahawa bibliografi Salmon itu sudah menggemparkan dunia sastera Indonesia moden, lebih-lebih lagi setelah ramai sarjana sastera Indonesia moden, termasuk A Teeuw (1921-2012) mendapati sejarah sastera moden Indonesia perlu ditulis semula dengan mengiktiraf sumbangan daripada peranakan Tionghua Indonesia. Sebelum itu, sastera peranakan Tionghoa di Indonesia ditolak atas sebab ia menggunakan bahasa Melayu pasar yang dianggap rendah mutunya berbanding dengan karya sastera yang menggunakan Bahasa Melayu tinggi yang diterbitkan Balai Pustaka. Begitulah juga keaddanya dengan sastera peranakan baba di Negeri-Negeri Selat dalama bahasa ‘pasar’ yang popular dan digunakan untuk berkomunikasi dan penerbitan akhbar dan penerbitan siri Chrita Dahulu Kala, termasuk Samkok yang sudah diterbitkan pada 1892-1896, sebanyak 30 jilid, sekitar 120 tahun lebih dahulu daripada edisi Hikayat Tiga Negara (2012) daripada DBP, sedangkan sastera Melayu yang menggunakan bahasa Melayu persuratan yang diwarisi dari istana Melayu dan dalam tulisan Jawi.

(10)
(11)

Walaupun tidaklah mungkin untuk kita mengikut jejak langkah Pak Yang kerana dia adalah langka, atau ‘rarity’ dalam bahasa Inggeris dan ‘稀有’ dalam bahasa Cina dalam erti kata 史 无前例,后无来者 kata-kata yang saya beri kepadanya setelah beliau dianugerahkan ijazah kehormat Ph D di UKM pada 2007, maka dia adalah wira yang dipuja/dikagumi, tetapi tidak dapat dicontohi, atau ‘a hero admired, not emulated’, atau ‘崇拜而不能模仿的英雄’, tetapi kejayaannya harus boleh memberi inspirasi kepada kita semua. Nilai, inspirasi dan semangat Pak Yang adalah legasi yang dia harap akan ditinggalkan. Ini bermakna bahawa walaupun kehendak masa dan masyarakat sekarang dan dahulu sudah jauh berbeza, tetapi nilai (value) yang ditunjukkan Pak Yang patut kita warisi.

Pak Yang, terimalah tabik hormat daripada kami.

Sekian, terima kasih.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil wawancara yang dilakukan peneliti dapat dirumuskan bahwa pendekatan yang dilakukan guru sudah sangat baik.Pendekatan PAP ini diperoleh guru dari

adalah bahwa meskipun model Cole-Cole digunakan pada distribusi dari relaxation time namun nilai terbaik yang diperoleh untuk beta = 1 menunjukkan Debye

Aparat penegak hukum seperti Polisi, Jaksa, dan Hakim sebagai lembaga yang fungsinya berkaitan dengan penegakan hukum dan keadilan harus dapat mewujudkan negara

Berdasarkan rencana pencegahan pandemi negara, para mahasiswa yang tiba di Taiwan hanya dapat melakukan karantina selama 14 hari (tidak termasuk tanggal ketibaan) di

Walaupun Pasal- pasal dalam bab ini dan berbagai peraturan turutannya sudah jelas dan dapat dimengerti dengan baik oleh para pelaku bisnis di bidang

b) Tanda titik koma dipakai sebagai pengganti kata penghubung untuk memisahkan kalimat yang setara di dalam kalimat majemuk; c) Tanda titik koma dipakai untuk

menunjukkan bahwa kekasaran permukaan dipengaruhi secara langsung oleh kecepatan spindel dan laju umpan. Hal ini diamati bahwa kekasaran permukaan meningkat dengan

Bentuk & Kriteria Indikator Penilaian Bobot (%) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) gambaran umum rencana usaha, Metode pelaksanaan, Biaya dan