• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKAS"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

JANUARI 2018

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 920422115345002

NO. KAD PENGNEALAN : 920422115345

NO. TELEFON : 011 – 1194 4992

E-MEL : aimanabdullah@oum.edu.my

(2)

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) SEBAGAI PENDORONG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) YANG BERKESAN.

1.0 Pengenalan

1.1 Perkembangan TMK di Malaysia

Malaysia sebagai salah satu negara membangun telah berjaya menempuh era globalisasi apabila bidang TMK terlibat secara langsung dalam dasar pembangunan negara. Sejak tahun 1986, TMK telah mendapat perhatian dalam dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan. Pemerkasaan TMK berskala besar dapat dilihat dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5). Sepanjang tempoh RMK5, kerajaan Malaysia berusaha untuk mengintegrasikan bidang ini dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan penyediaan infrastruktur bagi tujuan pembuatan dan pengeluaran[ CITATION Ker86 \l 1033 ]. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira 600 juta ringgit kepada agensi dan universiti tempatan untuk tujuan R&D dan 560 juta ringgit bagi tujuan penambahbaikkan infrastruktur dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) [ CITATION Ker91 \l 1033 ].

(3)

1.2 Impak TMK terhadap masyarakat

Perkembangan bidang TMK telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat. Kecenderungan masyarakat yang suka berhubung antara satu sama lain selepas berlakunya transformasi teknologi telah menyebabkan wujudnya masyarakat rangkaian (network society) [ CITATION Bra11 \l 1033 ]. Ledakan informasi dan komunikasi yang memudahkan urusan seharian adalah faktor yang menyebabkan revolusi TMK telah disambut baik oleh masyarakat. Masyarakat menjadi mudah untuk berinteraksi antara satu sama lain [ CITATION Col05 \l 1033 ]. Hal ini juga turut dibantu oleh kewujudan laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, E-mail, Blog dan sebagainya yang membenarkan komunikasi secara bersemuka (real time) boleh dilakukan [ CITATION Mit05 \l 1033 ]. Di Malaysia, kadar penebusan jalur lebar kebangsaan mencatatkan 81.5 peratus pada tahun 2016 berbanding hanya 77.3 peratus pada tahun 2015 telah membuktikan bahawa kebergantungan masyarakat kepada TMK adalah ketara [ CITATION Sur171 \l 1033 ].

Bidang pendidikan juga tidak terlepas daripada gelombang globalisasi yang memperkasakan TMK. Transformasi sistem pendidikan yang menekankan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) telah mengubah pedagogi pendidikan daripada pembelajaran berpusatkan guru (Tradisional) kepada pembelajaran berpusatkan murid (Konstruktivisme). Pembelajaran berpusatkan guru menggunakan kaedah pembelajaran tradisional iaitu guru memberi penerangan langkah demi langkah semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung. Manakala bagi pembelajaran berpusatkan murid menekankan kaedah perantis iaitu guru memberikan panduan ke arah memudahcarakan penyelesaian masalah [ CITATION Sid07 \l 1033 ]. Penggunaan TMK dalam PdP juga turut menekankan peranan individu (murid) untuk mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran yang berbantukan TMK akan menyebabkan eksplorasi ilmu berlaku dan secara tidak langsung proses perkembangan ilmu dapat dijana [ CITATION Ell93 \l 1033 ].

(4)

menjadi kekangan adalah sikap dan kemahiran guru untuk menggunakan TMK dalam pelaksanaan PdP[ CITATION Abu11 \l 1033 ]. Dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dengan jelas menerangkan peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam PdP yang berkesan untuk perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian tahap optimum secara berterusan [ CITATION Jem17 \l 1033 ].

2.0 Takrifan

2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Terma Teknologi Maklumat dan Komunikasi, TMK (Information and Communication Tchnology, ICT) telah lama digunakan sebagai salah satu istilah yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan “teknologi yang berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.” [ CITATION Dewtt \l 1033 ]. Menurut Victoria L. Tinio di dalam buku ICT in Education, TMK merupakan satu set teknologi dan sumber yang digunakan untuk berkomunikasi, mencipta, menyebarkan, menyimpan dan menguruskan maklumat [ CITATION Tin02 \l 1033 ]

2.2 TMK dalam pendidikan

(5)

sebagai negara berpendapatan tinggi disamping memastikan kemenjadian murid berhasil [ CITATION Kem13 \l 1033 ].

Sistem pendidikan negara kita telah menekankan penggunaan TMK di dalam bilik darjah. Bermula pada peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat pengajian tinggi. Nur Qistina & Hazman Ali (2010) menjelaskan bahawa mata pelajaran Teknologi Maklumat diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai matapelajaran pilihan di sekolah menengah pada tahun 1998 [ CITATION Ali10 \l 1033 ]. Sejajar dengan itu, penubuhan Sekolah Bestari juga merupakan salah satu komitmen KPM dalam usaha mentransformasikan sistem pendidikan negara. Sekolah bestari merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang memberi peluang teknologi maklumat interaktif dalam PdP. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan TMK dan jaringan seluruh dunia melalui inovasi [CITATION Jaa05 \l 1033 ]

KPM berpendapat bahawa TMK sebagai satu anjakan paradigma untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstruktur organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat antara sekolah dan masyarakat dan meningkatkan penguasaan pelajar. Justeru, terdapat 3 polisi utama yang dipegang oleh KPM dalam memperkasakan bidang TMK dalam pendidikan. Pertama, TMK untuk semua pelajar supaya jurang digital antara pelajar banda dan luar bandar dapat dikurangkan. Kedua, TMK sebagai wahana PdP sama ada diwujudkan sebagai satu subjek baru atau elemen dalam subjek sedia ada. Ketiga, menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan [CITATION Ism08 \l 1033 ]

3.0 Aplikasi TMK

(6)

memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka ilmu pengetahuan [ CITATION Ali10 \l 1033 ].

3.1 Penggunaan Mel Elektronik (E-mel)

(7)

RAJAH 1: Ilustrasi operasi e-mel dan penerangannya (sumber: wikipedia)

(8)

Sebagai seorang guru yang prihatin akan maklumat yang dikongsi kepada pelajar, guru terbabit perlulah memberikan input yang terkini dan berkualiti. Melalui capaian internet atas aplikasi web, maklumat yang diperoleh bukan sahaja berkualiti malah membantu guru untuk mendapatkannya dengan mudah dan cepat. World Wide Web atau WWW merupakan salah satu aplikasi TMK yang berfungsi sebagai medan maklumat kepada guru dan pelajar. Maklumat yang tersedia di dalam web menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen. Selain daripada itu, gabungan audio, video dan animasi dalam satu dokumen juga boleh diperolehi. Dokumen-dokumen ini dianggap sebagai dokumen multimedia dan merupakan dokumen hiperteks yang mengandungi pautan ke dokumen-dokumen atau lokasi lain [CITATION Ism08 \l 1033 ].

Apa yang menarik tentang web ini adalah pada keunikannya yang menyediakan pelbagai latar belakang maklumat dari pelbagai kategori seluruh dunia. Sifat maklumat yang sentiasa dikemaskini merupakan satu kelebihan kepada warga pendidik untuk meluaskan pencarian maklumat. Contohnya, seorang murid mahu mendapatkan maklumat lanjutan tentang perkara yang dipelajari di sekolah akan menggunakan enjin carian (browser) untuk mendapatkan maklumat terbabit. Selain daripada mencari maklumat, guru juga boleh membina laman web sendiri untuk memudahkan pelajar mengakses intipati pembelajaran di dalam kelas seperti yang di lakukan oleh Cikgu Narzuki melalui laman sesawang http://cgnarzuki.com.

3.3 Pembelajaran interaktif dalam talian – Frog VLE

(9)

dan nilai tambah apabila murid boleh belajar dengan kadar kendiri dalam persekitaran yang selesa melalui Frog VLE.

RAJAH 2: Paparan Frontpage Frog VLE (pautan: https://frogasia.com/en/1bestarinet/)

3.4 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2001), penggunaan komputer sebagai media dalam PdP akan memberikan banyak manfaat kerana komputer memiliki keupayaan untuk mewujudkan hubungan interaktif, mempunyai unsur pengulangan dan membuka ruang untuk maklum balas serta merta[ CITATION Ros01 \l 1033 ]. Umum mengetahui, kehadiran komputer dalam apa jua bidang sekali pun akan membawa perubahan besar dalam bidang tersebut. PPBK menggunakan komputer sebagai agen penting dalam PdP. Secara ringkas, PPBK akan terbahagi kepada dua bahagian; perkakasan komputer (computer hardware) dan perisian komputer (computer software) [ CITATION Ism06 \l 1033 ]. Contoh perkakasan komputer termasuklah pemancar paparan hablur cecair (liquid crystal display projector, LCD Projector) yang akan berhubung dengan komputer untuk memancarkan paparan yang terdapat pada skrin komputer kepada layar putih. Kebiasaannya, alat ini akan digunakan semasa guru membentangkan sesuatu semasa PdP. Penggunaan projektor dalam bilik darjah akan berjaya mencuri tumpuan pelajar untuk terus fokus semasa PdP.

(10)

atau mesin taip. Perisian ini juga boleh meningkatkan produktiviti guru dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan tahunan (RPT). Selain daripada itu, terdapat banyak lagi rangkaian perisian komputer, antaranya ialah Ms Excel; membantu membina graf, carta & jalankan operasi matematik. Ms Access; berfungsi sebagai pangkala data. Ms Power Point; membantu semasa membuat pembentangan elektronik dan banyak lagi perisian-perisian komputer yang memudahkan urusan PdP dilaksanakan.

4.0 Pembelajaran semasa dan bukan semasa

Kini, kaedah pembelajaran dillihat sebagai salah satu faktor keberkesanan PdP dan kualiti pendidikan dalam sesebuah negara. Pembelajaran semasa dan bukan semasa menjadi topik perdebatan yang hangat dalam kalangan warga pendidik. Kedua-dua kaedah ini boleh berlangsung secara tradisional atau dengan menggunakan TMK. Apa yang membezakan antara kedua-duanya adalah bagaimana PdP disampaikan oleh tenaga pengajar.

Pembelajaran semasa boleh berjalan seperti pembelajaran di dalam kelas. Kebiasaannya, pembelajaran begini akan melibatkan perbincangan dalam kumpulan, aktiviti dalam kumpulan atau proses pengajaran yang melibatkan kehadiran tenaga pengajar. Pembelajaran ini akan berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan dan akan melibatkan interaksi yang kerap berlaku antara guru dan pelajar. Sebagai contoh, eskperimen untuk subjek sains atau biologi yang berlangsung di makmal sains. Guru akan memberikan arahan secara langsung kepada pelajar dan pelajar berupaya memberikan respons kepada arahan yang diberikan[ CITATION And14 \l 1033 ].

(11)

Pembelajaran bukan semasa merupakan kaedah pembelajaran yang melatih pelajar untuk lebih berdikari. Pendekatan ‘self-study’ adalah konsep yang paling tepat bagi kaedah pembelajaran sebegini. Pemperolehan ilmu berlaku pada skala yang lebih kecil, pelajar belajar melalu penglihatan, pendengaran, dan pembacaan yang dilakukan tanpa ada campur tangan dari tenaga pengajar. Kebiasaannya, pembelajaran ini tidak melibatkan sebarang interaksi dengan guru atau pelajar lain dan proses pembelajaran berlangsung dalam tempoh masa yang tidak ditetapkan. Pelajar bebas menentukan julat masa dan durasi pembelajaran[ CITATION And14 \l 1033 ]. Kaedah pembelajaran begini dilihat lebih mencabar kredibiliti dan kemampuan pelajar. Tiada perbezaan yang ketara antara pembelajaran bukan semasa secara tradisional dan atas talian. Hal ini kerana semasa proses pembelajaran berlangsung, pelajar menggunakan internet sebagai agen mencari maklumat. Justeru, proses ini dilihat tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan aktiviti mencari maklumat menggunakan buku di perpustakaan.

Jelaslah bahawa, kedua-dua kaedah pembelajaran ini dilihat mampu merangsang deria pelajar semasa PdP berlansung. Apa yang membezakannya adalah kehadiran guru atau tenaga pengajar yang membantu sebagai pemudahcara.

5.0 Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai pendorong Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan – tinjaun literasi

(12)

langsung membantu para guru untuk merancang pengajaran yang berkesan. Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang kajian empirikal yang menyatakan tentang hubungan penggunaan TMK dengan pembelajaran murid. Laporan UNESCO tahun 2011 yang bertajuk Transforming Education: The Power of ICT Policies menyatakan, “terdapat beberapa kajian yang menunjukkan unjuran positif antara penggunaan komputer dengan pencapaian pelajar, sesetengah daripadanya menunjukkan unjuran yang negatif dan ada juga yang menunjukkan tiada apa-apa perkaitan”[ CITATION UNE11 \l 1033 ].

Kulik (2003) telah menganalisis dapatan 75 kajian dan laporannya yang bertajuk The Effects of Using Instructional Technology in Elementary and Secondary Schools: What Controlled Evaluation Studies Say mendapati bahawa “penggunaan ICT secara selektif boleh memberi impak yang positif kepada pembelajaran murid”[ CITATION Kul03 \l 1033 ]. Sebagai contoh, murid yang menggunakan tutorial berkomputer bagi mata pelajaran Matematik, Sains Tulen dan Sains Sosial mendapat skor ujian lebih tinggi dalam mata pelajaran berkenaan. Murid sekolah rendah yang menggunakan perisian tutorial dalam bacaan juga mendapat skor lebih tinggi dalam ujian membaca.

Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling (2005) menyatakan PPBK dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru serta pelajar terhadap pelajaran. Selain itu, TMK juga memberikan peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar. Secara tidak langsung, hal ini akan meningkatkan motivasi guru dan pelajar lantas membuka ruang pembelajaran individualistik (individualise learning). Selain daripada itu, guru boleh mengakses maklumat yang sukar diperolehi melalui internet kemudian mengumpul maklumat tersebut dengan sistematik. Pembudayaan TMK juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar sehinggakan sesuatu yang sukar menjadi mudah. Secara tidak langsung meningkat daya kreativiti dan imaginasi pelajar serta memberikan peluang kepada mereka untuk lebih berdikari dengan bimbingan yang minimum[ CITATION Shi05 \l 1033 ]. Sebagai contoh, pengajaran dengan teknik pembentangan menggunakan Ms Power Point membantu pelajar untuk membuat ulang kaji dengan ulang tayang nota yang dibentangkan oleh guru.

(13)

berkomunikasi antara rakan sekerja untuk berkongsi maklumat. Perkongsian ini menggunakan aplikasi komunikasi internet seperti e-mel, chat-rooms dan laman sosial seperti Facebook. Selain daripada itu, penggunaan komputer juga banyak membantu para guru untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), menyimpan data pelajar, membuat nota dengan menggunakan perisian seperti Ms Word, Ms excel dan Ms Power Point.

Sidin & Mohamad (2007) menyatakan “terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan”[ CITATION Sid07 \l 1033 ].

6.0 Rumusan

(14)
(15)

7.0 Senarai rujukan

Abu Bakar, Z., Noordin, M., & Hatib, A. (2011). Penguasaan Kemahiran Ict Dalam Kalangan Guru: Suatu Analisis Kritikal Kepustakaan. Seminar Serantau Perguruan Ugama (hlm. 30-37). Johor: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Ali, Hazman & Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina. (2010, Oktober 9). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository:

http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdf Bradbury, L., Jones, P., & Le Boutillier, S. (2011). Introducing Social Theory (ed. Second).

Malden, USA: Polity Press.

Cole, J. (2005). Cahpter 13: Internet and Society in a Global Perspective: Lessons from Five Years in the Field. Dalam M. Castells, G. Cardoso, M. Castells, & G. Cardoso (Ed.), The Netwok Society: From Knowledge to Policy (hlm. 305-323). Washington, DC, USA: John Hopkins Center for Transatlantic Relation.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.t.). Carian: Kamus Bahasa Melayu: Maklumat kata: Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada Pusat Rujukan Pesuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=teknologi+maklumat+dan+komunikasi

Ellington, H., Percival, F., & Race, P. (1993). A Handbook of Educational Technology: Practical Guide for Teachers. London: Kogan Page Ltd.

Gagne, R. (1981, September 9). Planning and Authoring Computer-Assisted Instruction Lessons. Educational Technology, Volume 21, 17-21.

Great Schools Partnership. (2013, Ogos 29). ASYNCHRONOUS LEARNING. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada The GLOSSARY OF EDUCATION REFORM:

https://www.edglossary.org/asynchronous-learning/

Habibah Lehar. (2007). The Malaysian Economy: Past and Present. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM). Hughes, A. (2014, November 26). Comparing Asynchronous and Synchronous Learning.

Didapatkan Februari 1, 2018, daripada LEARNING SOLUTIONS: A PUBLICATION OF THE ELEARNING GUILD :

https://www.learningsolutionsmag.com/articles/1577/comparing-asynchronous-and-synchronous-learning

Ismail Gani, A., Hj. Siarap, K., & Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer dalam Pengajaran-Pembelajaran dalam kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia 24(1&2), 24, 203-225.

Ismail, K. (2008, Ogos 14). PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada SCRIBD: https://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

Jaafar, A. G., How, L. C., C. Karuppaya, K., & Baharom, B. (2005). KONSEP DAN

(16)

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2. Kementerian Pendidikan Malaysia, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Putrajaya: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada Portal Rasmi

Kementerian Pendidikan Malaysia:

https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2017/09_Sept/1.%20Dokumen %20SKPMg2%20VERSI%20PELANCARAN.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t.). Utama: Dasar: Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Didapatkan dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:

https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/falsafah-pendidikan-kebangsaan

Kerajaan Malaysia. (1986). Rancangan Malaysia Kelima, 1986-1990. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Kerajaan Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Kerajaan Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Keujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Kulik, J. (2003). Effects of Using Instructional Technology in Colleges and Universities: What Controlled Evaluation Studies Say. University of Michigan, Science and Technology Policy Program of SRI International. Arlington: SRI International.

Lasarenko, J. (1997). Wired for Learning . Indianapolis, USA: Que Publication.

Mitchel, W. J. (2005). Chapter 14: E-topia: Information and Communication Technologies and the Transformation of Urban Life. Dalam M. Castells, G. Cardoso, M. Castells, & G. Cardoso (Ed.), The Netwoek Society: From Knowledge to Policy (hlm. 325-333). Washington, DC, USA: John Hopkins Centre for Transaltantic Relation.

Rosenberg, M. (2001). E-Learning: Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age. New York, USA: McGraw-Hill Companies, Inc.

Shiung, T., & Ling, W. (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Seminar Isu Pendidikan. UTM: Jawatankuasa Seminar Pelajar Pengajian Siswazah.

Sidin, R., & Mohamad, N. (2007). ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dlam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32, 139-152.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2017, Disember 22). Laman Utama: Muat Turun: Penerbitan: Laporan Tahunan SKMM: Laporan Tahunan SKMM 2016.

Didapatkan Februari 1, 2018, daripada PORTAL RASMI BAGI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA:

https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/MCMC %20AR2016%20BM%20latest.pdf

Tinio, V. L. (2002). ICT in Education. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada Academia.Edu: https://www.academia.edu/36046572/ICT_in_Education

(17)

Umar, I., & Mohd Yusoff, M. (2014). A study on Malaysian teachers’ level of ICT skills and practices, and its impact on teaching and learning. 5th World Conference on Educational Sciences (WCES 2013). 116, hlm. 979–984. USM, Penang, Malaysia: Elsevier Ltd. UNESCO. (2011). Transforming Education: The Power of ICT Policies. United Nations

Educational, Scientific and Cultural Organization. Paris: UNESCO.

Referensi

Dokumen terkait

Spermatogenesis adalah suatu rangkaian perkembangan sel spermatogonia dari epitel tubulus seminiferus yang mengadakan proliferasi dan selanjutnya berubah menjadi spermatozoa

31 Industri Pemindangan Ikan 10214 - Semua jenis ikan (pisces) kecuali hiu Aceh, Sumatera Utara, Kepulauan Riau, Sumatera Barat, Jambi, Lampung, Bangka Belitung, Jawa

Mengkaji bagaimanakah persekitaran pembelajaran menerusi teknologi Web 2.0 dengan sokongan model pembangunan pengetahuan umum (CKCM) mampu menjana pembangunan pengetahuan

Pemilihan lokasi tersebut ditentukan secara sengaja (purposive) berdasarkan pertimbangan bahwa bank sampah Bumi Lestari Maluku merupakan salah satu bank sampah

Tikus yang diinduksi bising dengan intensitas 90-95 dB selama 8 jam sehari dalam jangka waktu 12 hari kemudian pada hari ke-13 sampai hari ke-19 tidak diberikan perlakuan

Tablo Young digunakan untuk menentukan tabloid dari partisi ( ⊢ ) untuk memperoleh nilai dimensi dan karakter dari yang merupakan representasi reducible dari ,

Provinsi Bengkulu memiliki banyak daya tarik wisata mulai dari alam sampai budaya, salah satunya adalah Perayaan Festival Tabot yang dilakukan setiap satu tahun sekali..

Berdasarkan hasil penelitian ini saran yang dapat disampaikan adalah supaya media film dokumenter untuk meningkatkan keterampilan menulis cerita pendek dapat