• Tidak ada hasil yang ditemukan

VISI UTHM Berazam Meneraju Aplikasi Sain

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "VISI UTHM Berazam Meneraju Aplikasi Sain"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

VISI UTHM Berazam Meneraju Aplikasi Sains dan Teknologi Untuk Kemakmuran Sejagat.

MISI UTHM Untuk melahir dan melatih ahli profesional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan berdaya saing di arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.

MOTO UTHM “DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA” “WITH WISDOM WE EXPLORE”

POLISI KUALITI UTHM Matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ialah untuk menyediakan program akademik berkualiti berteraskan sains dan teknologi bagi memenuhi atau melampaui kehendak pelanggan melalui kecemerlangan pengurusan organisasi dan pembaikan berterusan. Pihak pengurusan tertinggi dan staf di semua peringkat adalah komited untuk melaksana dan mengekalkan sistem pengurusan berkualiti yang efektif dengan memenuhi keperluan MS ISO 9001:2000.

Objektif Kualiti Universiti diwujud, dilaksana, dipantau dan secara berkala dikaji semula untuk menentukan pencapaian, kesesuaian serta dikemaskini bagi merealisasikan visi dan misi universiti. PENGENALAN

LATAR BELAKANG

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Pengisytiharan penukaran nama Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) telah diumumkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada 12 April 1996 sebagai mengiktiraf sumbangan dan

kecemerlangannya dalam menangani isu pembangunan sumber manusia dalam bidang teknikal di negara ini. Pada 30 September 2000, Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan penetapan taraf ITTHO kepada Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Pengiktirafan ini telah meletakkan KUiTTHO setaraf dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negara ini dan pada 1 Februari 2007 KUiTTHO telah bertukar nama kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil penjenamaan semula semua Kolej Universiti di seluruh Malaysia.

UTHM menawarkan program di peringkat Pasca Ijazah, Sarjana Muda dan Diploma. Kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat Pasca Ijazah ialah di dalam bidang Kejuruteraan, Pendidikan Teknik & Vokasional, Pengurusan Teknologi dan Teknologi Maklumat. Program Sarjana Muda pula

menawarkan kursus-kursus Kejuruteraan, Pendidikan Teknik & Vokasional, Teknologi Maklumat dan Pengurusan Teknologi dalam pelbagai bidang. Program Diploma pula menawarkan kursus-kursus Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dalam pelbagai bidang.

Semua kursus yang dijalankan oleh UTHM memiliki keunikan tersendiri di mana program yang ditawarkan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) dan komponen praktikal di samping pengetahuan teori dan profesional kejuruteraan. Graduan yang dikeluarkan oleh UTHM bukan sahaja mempunyai pengetahuan akademik yang mantap tetapi keterampilan, kemahiran teknikal dan kemahiran genarik yang tinggi bagi menceburi bidang kerjaya yang lebih luas dan memenuhi keperluan mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam dan keperluan industri masa hadapan.

LOKASI

(2)

logistiknya yang strategik ini telah merangsang penyertaan sektor industri di dalam program kerjasama Universiti dengan Industri terutamanya dalam kegiatan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan.

VISI

Berazam menerajui aplikasi sains dan teknologi untuk kemakmuran sejagat. MISI

Untuk melahir dan melatih ahli profesional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan berdaya saing di arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.

FALSAFAH PENDIDIKAN UNIVERSITI

Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan.

FAKULTI

Program-program yang ditawarkan akan dikendalikan oleh tujuh (7) fakulti dan satu (1) pusat pengajian iaitu:

1. Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar 2. Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 3. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan 4. Fakulti Pengurusan Teknologi

5. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional 6. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat 7. Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan 8. Pusat Pengajian Diploma

SISTEM PENGAJIAN

UTHM melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua (2) semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Setiap semester lazim terdiri daripada 14 minggu perkuliahan.

KEMASUKAN PELAJAR

(3)

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda ialah minimum enam (6) semester atau 110 kredit bagi program bukan profesional dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester atau 120 kredit bagi program profesional.

Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Diploma pula ialah enam (6) semester dan tempoh maksimum yang dibenarkan ialah 10 semester. Walau bagaimanapun, tempoh minimum

menamatkan pengajian adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh pihak Universiti.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

Terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Universiti ini dan antaranya ialah Perpustakaan Digital, Bengkel & Makmal, Ruang Kuliah, Kiosk, Perkhidmatan Pelajar & Kedai

Koperasi, Pengangkutan, Penginapan Asrama, Masjid, Sukan & Rekreasi, Bank Muamalat & ATM, Pusat Kesihatan Universiti, Perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya, Kafetaria & Kantin, Pos Mini dan lain-lain.

KETERANGAN BIASISWA/DERMASISWA

Pelajar digalakkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan daripada badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan adalah

tertakluk kepada pihak penaja berkaitan. Terdapat penaja yang boleh membiayai pengajian pelajar di UTHM, antaranya adalah seperti berikut:

1. Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 3. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

4. Yayasan Negeri

5. Majlis Amanah Rakyat (MARA) 6. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) 7. Petronas

8. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad 9. Yayasan Felda

(4)

PERAKUAN PELAJAR

“Saya akui laporan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, gambar dan

ringkasan yang tiap satu-satunya saya telah jelaskan sumbernya.”

PELAJAR :

NURUL ANIS BINTI MOHAMAD ALIAS

TARIKH :

PENYELIA :

(5)
(6)

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NURUL ANIS BINTI MOHAMAD ALIAS

Laporan akhir latihan industri ini dikemukakan kepada pensyarah penilai bagi memenuhi

sebahagian daripada syarat penilaian latihan industri dan penganugerahan diploma

kejuruteraan mekanikal ( reka bentuk )

KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR

(7)

PENGHARGAAN

Setinggi –tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan UNIVERSITI TUN

HUSSEIN ONN MALAYSIA kerana telah memberi ruang kepada saya untuk menjalani

latihan industri di universiti selama 4 bulan. Khasnya buat Encik Mohd Fadlullah Bin Gimat

selaku ketua arkitek ini dan akan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan industri di

organisasi ini. Selain itu, Puan Yanty Elina Binti Ismail selaku penyelia saya kerana beliau

juga telah banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja di universiti ini terutama

yang saya tidak mahir. Pn Yanty juga banyak memberi tunjuk ajar tentang cara mengaudit

ruang dan cara melihat lukisan pelan dengan betul sekiranya pergi membuat pemeriksaan

ruang.

Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja di universiti terutama dalam bahagian unit

perancangan yang telah memberikan saya pengalaman yang baru dalam selok-belok

universiti. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan

yang sebenar di masa akan datang.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak unit latihan industri serta

sekolah kejuruteraan dan sains kreatif kolej yayasan pelajaran johor yang banyak membantu

dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri dan contoh penyediaan

laporan latihan industri.

(8)

DEDIKASI

Penghargaan ikhlas ini ditujukan kepada keluarga tersayang terutama buat mak PUAN

MARIATI BINTI KASIRAN dan ayah ENCIK MOHAMAD ALIAS BIN OTOH BASRI

yang sentiasa memberi semangat dan rangsangan pada diri ini walau di dalam susah mahupun

senang.

PENGIKTIRAFAN

Atas peluang ini, saya dengan sukacitanya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atas kesudiaan menerima saya menjalani Latihan Industri di unit arkitek dan perancangan serta memberi tunjuk ajar kepada saya dalam tempoh 16 minggu di syarikat. Di samping itu, saya berasa bangga kerana telah diberi kepercayaan yang sepenuhnya oleh pihak syarikat untuk menjalankan tugas-tugas yang diberi kepada saya.

Di sini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan Unit Arkitek Dan Perancangan terutamanya, En. Mohd Fadlullah Bin Gimat, Pn. Yanty Elina Binti Ismail ( Penolong Jurutera ) selaku Penyelia Latihan Industri saya yang sering sedia

meluangkan masa memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dalam penyelesaian masalah-masalah yang saya hadapi sepanjang tempoh latihan industri ini. Mereka telah banyak memberi dorongan dan teguran yang positif kepada saya bidang kerja dengan lebih mendalam dan dapat melaksanakan kerja dengan sempurna dan tepat.

Akhir sekali, semua jasa-jasa baik yang telah diberikan kepada saya selama ini, akan saya ingati, hargai dan kenangi buat selama-lamanya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan UTHM dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menjalankan Latihan Industri ini. Saya juga memohon ribuan kemaafan seandainya terdapat sebarang kesilapan yang saya lalukan tanpa sedari sepanjang Latihan Industri dan yang terkandung dalam buku laporan ini.

Referensi

Dokumen terkait

studi prospektif dari besar ARDS Jaringan rendah pasang surut ve ntilasi Volume kohort (563 pasien) ntilasi Volume kohort (563 pasien) melaporkan bahwa plasma dasar tingkat SP-D

Dari hasil karakterisasi dapat diperoleh kondisi optimum yang dihasilkan plastik biodegradabel dengan perbandingan limbah LDPE, pati TKS, maleat anhidrida, benzoil

Hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat beberapa bentuk pergeseran dalam pernikahan adat Batak Samosir di Kuantan Singingi yaitu : Mebat atau Paulak Une atau merupakan

Selain melihat dari sudut pandang pola asuh keluarga terhadap anak yang obesitas, banyak upaya pencegahan obesitas pada anak yang dapat dilakukan, tetapi dalam 6 artikel ini

Setelah dilakukan penelitian didapat jawaban Oleh karena kepala daerah pusat pertanggungjawaban dari penyelenggaran pemerintahan didaerah, maka yang bertanggungjawab atas PPD

d. Membantu Ketua Umum dalam memimpin rapat-rapat Pimpinan Pusat. Bertanggung jawab dalam pelaksanaan konsolidasi Wilayah dan pembinaan Organisasi Otonom Muhammadiyah.

Volume kayu yang dimanfaatkan berdasarkan dari perhitungan sortimen hasil pembagian batang adalah sebesar 229,098 m 3 namun setelah dikurangi limbah teknis akibat kesalahan

Tetapi ketahuilah satu hal bahwa saat kita diperhadapkan dengan ujian, itu berarti Allah sedang bersiap untuk meningkatkan mutu hidup kita menjadi lebih baik bila kita