• Tidak ada hasil yang ditemukan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1913 Kaunseling Keluarga (Minggu 2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1913 Kaunseling Keluarga (Minggu 2)"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

WPK1913

Kaunseling Keluarga

(Minggu 2)

Pensyarah

Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri

PhD- Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)

(2)

SINOPSIS

Modul ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kaunseling

keluarga. Ia juga memberikan tumpuan kepada aplikasi teknik dan

praktis. Ia merangkumi beberapa aspek:

-

Teori sistem keluarga

-

Pendekatan Psikoanalisis

-

Pendekatan/teknik kemanusiaan

-

Pendekatan multigenarasi

-

Proses dalam praktik kaunseling dan terapi keluarga dan

kaunseling perkahwinan dan pendekatan yang digunakan

seperti pendekatan tingkah laku dan sebagainya.

(3)
(4)

Pendekatan Psikoanalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

Menurut Sahfrin Ahmad dan Rohana Nasir (2013) , pendekatan psikoanalisis perlu digunakan dalam kaunseling keluarga kerana ia melibatkan pengalaman negatif atau konflik masa silam klien dalam sesebuah instituisi kekeluarga tersebut.

Klien banyak menggunakan mekanisme bela diri pendaman dan terlalu mengikut desakan id. Menurut Freud id merupakan dorongan naluri yang berkaitan dengan prinsip keseronokan tanpa memperdulikan tentang

realiti dan pertimbangan dari segi moral dan logikal.

Hal ini yang berlaku di dalam sesebuah keluarga apabila konsep

membina kekeluargaan hanya atas matlamat untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata. Maka ia tidak pernah matang walaupun umur

(5)

Pendekatan Psikoanalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

Menurut Redzuan dan Haslinda Abdullah (2003) terdapat tiga

kesedaran di dalam pendekatan Psikonalisis iaitu sedar (Concious), pra sedar (Preconcious) dan bawah sadar (Unconcious).

Tahap atau kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling

psikonalisis sebagaimana yang dikatakan oleh Freud bahawa tahap kesedaran merupakan asas kepada tingkah laku manusia.

Tahap sedar mengandungi segala aspek tingkah laku, tindakan perasaan yang mana disedari oleh individu.

(6)

Matlamat Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

Nor Shafrin Ahmad dan Rohany Nasir (2013) berpendapat matlamat pendekatan psikonalisis adalah untuk menguatkan ego serta membawa pengalaman yang berada dibawa sedar menjadi sedar.

Menurut Shahabudin, Hashim dan Rohizani Yaakub (2002) terdapat dua matlamat utama pendekatan psikoanalisis iaitu pembentukan semula watak dan fungsi ego.Matlamat utama adalah untuk membolehkan klien mendapat gambaran tentang masalah yang dihadapi. Peranan klien pula mesti bersedia untuk meluahkah perasaan secara bebas tanpa tapisan kendiri.

Manakala matlamat pendekatan psikoanlisis pula ialah mencari pengalaman masa lalu bagi memandu dan membentuk peringkat kefahaman kendiri yang diperlukan untuk membuat perubahan perwatakan.

(7)

Selain itu matalamat sesi kaunseling pendekatan psikonalisis adalah untuk:

i) menyedarkan klien perihal alam tidak sedar

ii) mengenal pasti konflik masa silam iaitu semasa mula berkenalan sebelum berkahwin

iii) mengorganisasi semula personaliti (reconstuction of

personality)

iv) membantu menyelesaikan tahap perkembangan yang tidak sempurna jika ada

v) menguatkan ego klien agar lebih berkeyakinan dan dapat

mengawal tuntutuan kendiri (id) yang bertentangan dengan nilai masyarakat.

Matlamat Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(8)

Proses Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

Kaunselor menyediakan tempat yang sangat kondusif dan bilik yagn berhawa dingin dalam menjalankan sesi kaunseling. Hal ini bertujuan untuk memberikan keselesaan pada klien.

Pada awal kaunseling memulakan dengan bertanya khabar klein dan menerima klien tanpa syarat.

Kaunselor juga menyentuh dan memberi penekanan berkaitan

dengan etika kaunseling dari segi masa, kerahsiaan dan keikhlasan serta kejujuran klien dalam menjalankan sesi kaunseling ini

(9)

Pada kebiasaanya masa yang diperuntukan untuk satu sesi lebih kurang 45 minit dan boleh lagi disambung selepas ini sekiranya ia belum selesai sehinggalah kepada penamatan sesi.

Seterusnya klien diingatkan supaya jujur dan telus dalam meluashkan segala permasalah agar matlamat untuk membantu klien dalam

penyelesaian masalah akan tercapai.

Akhir sekali kaunselor menekankan agar dipihak klien tidak menceritakan apa yang dibincangkan dalam sesi dan menjadi kerahsiaan antara klien dan kaunselor sahaja.

Proses Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(10)

Segala maklumat dicatat bagi tujuan analisis dan kegunaan dalam sesi berikutnya.

Kaunselor menganalisis sejarah dan perkembangan hidup klien dan kaunselor berusaha membantu klein melihat tahap uncounsios

berdasarkan maklumat yang diberikan.

Hal ini kerana proses pendekatan psikonalisis dalam kaunseling

keluarga adalah untuk menguatkan ego supaya tingkah laku individu adalah berdasarkan lebih realiti dan kurang kepada instinct (naluri)

Proses Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(11)

Seterusnya kaunselor melihat kepada perkembanganTranference oleh klein.

Kaunselor membantu klien menghubungkan permasalahan yang

dihadapi sekarang dengan unconcious yang dialami semenjak sebelum perkahwinan yang ada kaitan dengan individu yang signifikan. Iaitu

kaunselor menerangkan kepada klien apakah sebab permasalah yang dihadapinya.

Contoh: Memberikan penumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang menjadi penyebab berlakunya permasalah di dalam instituisi kekeluargaan tersebut.

Proses Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(12)

Aplikasi Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

Menurut Toal (1976), psikonalisis bersifat rumit dan kompleks. Maka itu

untuk memudahkan kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dan seraasi dengan pendekatan ini.

Pendekatan ini dapat digunakan untuk mengenalpasti masalah klien dengan menghubungkaitkan dengan keterencatan pada

peringkat-peringkat tertentu perkembangan klien “menguji sejauh mana pengalaman masa lampau klien menimbulkan kesan yang tidak baik pada diri klien

sekarang”mengatasi konflik yang sekian lama dan berurutan dalam hidup klien dan mengenal pasti struktuk psyche (id, ego, superego) yang sedang mengawal klein

(13)

Klien berkemungkinan tidak dapat mengingati kesemua peristiwa yang dialami namun melalui perkaitan bebas klein digalakkan untuk bercakap dan juga bercerita secara bebas dalam pendekatan kauseling ini.

Kaunselor percaya individu masih lagi boleh mengingati peristiwa lama yang dialami keatasnya. Peristiwa pahit yang berlaku ini mungkin

dipendam ke dalam alam tidak sedar kerana dengan memendam

seseorang itu dapat mengawal tekanan yang dialami. Pendaman yang digunakan oleh klien merupakan mekanisme helah bela diri untuk

menghadapi perasan negatif yang dirasai sekian lama.

Dengan itu dalam hal seperti ini kaunselor perlu menggunakan teknik perkaitan bebas supaya klien merasa lebih selesan dan selamat untuk

Aplikasi Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(14)

1. Kaedah Perkaitan bebas

Menurut Hergenhahan dan Mathew (1999), perkaitan bebas adalah

kaedah untuk meneroka, mengkaji dan mengurus proses emosi dan idea bawah sedar sama ada secara interpersonal atau intrapersonal seperti fantasi, angan-angan, delusi dan halusinasi yang mana merupakan

sumber kepada perkaitan pemikiran untuk menghubungkan minda bagi mengenalpasti “berimaginasi”, mengingat, berfikir dan beremosi.

Kaedah perkaitan bebas ini digunakan untuk mengingat dan meluahkan emosi yang berkaitan dengan keadaan-keadaan traumatik masa lalu iaitu meneroka tahap tidak sedar. Semasa proses ini dilakukan kaunselor

berperanan mengenalpasti bahan represi yang masih terkunci di alam tidak sedar.

Aplikasi Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(15)

Teknik ini dilakukan dengan meminta klien berbaring di atas kerusi manakala kaunselor berada di belakang atau di hujung kepala klien. Kaunselor akan cuba menenangkan fikiran klien. Klien digalakkan meluahkan segala isi hati dan perasaannya yangt idak logik dan tidak rasional.

Anderson (1787) menyatakan bahawa gaya interaksi yang positif di antara kaunselor dan klien akan menjadikan klien meningkat rasa dipunyai, rasa dihargai dan menghargai diri sendiri seterusnya akan meluahkan segala perasaan tanpa ada rasa tidak selesa.

Aplikasi Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(16)

Klien digalakkan untuk menyatakan apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran tidak kira sama ada penting atau tidak. Klien tidak perlu malu dan takut serta boleh bercakap tentang masa lalu, masa kini dan masa hadapan.

Klien mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk meluahkan isihati dan fikiran. Perkaitan bebas adalah merupakan

keistimewaan kepada kaunseling psikoanalisis kerana memberi kebebasan sepenuhnya untuk klien bercakap. Percakapan

klien juga adalah tidak perlu berstruktur (Muhd. Mansur Abdullah" 1776)

Aplikasi Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(17)

2. Interpretasi

Merupakan kaedah menganalisis perkaitan bebas" transference

" mimpi dan juga resistence yang ditimbulkan oleh klien. Kaunselor akan menyatakan" menerangkan atau memberitahuberkaitan dengan makna tingkahlaku yang dimaksudkan oleh perkara-perkara di atas.

Fungsi interpretasi adalah untuk mendorong ego bagi mengasimilasikan bahan baru dan mempercepatkan timbulnya perkara - perkara tidak

sedar klien.

Tafsiran-tafsiran yang dibuat akan menyebabkan klien lebih memahami dan akan memudahkan timbulnya bahan-bahan yang dipendamkan oleh klien.

Aplikasi Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(18)

Interpretasi yang diberi hendaklah diberi tepat pada waktunya iaitu di saat klien boleh menerima dan mengakui peristiwa berkenaan. Interpretasi

hendaklah dibuat dari awal peristiwa dan sedalam yang mampu diterima oleh klien dan sebelum interpretasi emosi dan konflik dibuat, hendaklah terlebih dahulu dinyatakan bentuk resistence yang ada.

Ada ketikanya semasa sesi klien menunjukkan ketidaksediaannya untuk menghubungkanperasaan, pemikiran dan pengalaman yang tertentu. Keadaan ini dikenali sebagai resistence yang merupakan pertahanan

terhadap kecemasan yang dihadapi oleh klien. Resistence digunakan untuk mencegah bahan-bahan yang mengancam memasuki minda sedar.

Kaunselor berperanan untuk menunjukkan resistence yang berlaku dan klien

Aplikasi Pendekatan Psikonalisis Dalam

(19)

3. Pemindahan dan P ertentangan Pemindahan (tranference dan counter transference)

Pemindahan dan pertentangan pemindahan adalah dua lagi teknik penting kaunselingpsikoanalisis. Pemindahan (transference)

merujuk kepada perasaan dan fikiran klien yang dipindahkan kepada kaunselor.

Pendekatan ini adalah merupakan inti pati kepada perhubungan kaunselor dengan klien. Melalui proses ini kaunselor akan cuba membantu klien memahami urusan tidak selesainya dalam masa lampau bersama dengan orang yang signifikan kepadanya.

Contohnya ibu atau bapa.

Aplikasi Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(20)

Proses rawatan akan cuba menghidupkan kembali pengalaman-pengalaman masa lampau klien. Kaunselor akan membantu klien

memahami pengalaman-pengalaman masa lalunya yang ada kaitannya dengan kehidupan di masa kini.

Klien akan melihat kaunselor sebagai orang yang pernah menyebabkan konflik pada dirinya berlaku. Ada kala perasaan negatif seperti benci, dendam atau pun perasaan positif seperti cinta, kasih akan dipindahkan kepada kaunselor.

Manakala pertentangan pemindahan (counter transference) pula merujuk kepada perasaan dan fikiran kaunselor yang berpindah kepada klien. Oleh kerana itu kaunselor hendaklah tahu dan mahir untuk menolak perasaan wujud dalam hubungannya

Aplikasi Pendekatan Psikonalisis Dalam

Kaunseling Keluarga

(21)
(22)

Referensi

Dokumen terkait

Laporan Akhir ini disusun untuk memenuhi syarat menyelesaikan pendidikan Diploma III pada Jurusan Teknik Elektro Program Studi Teknik Listrik Politeknik Negeri

Level lima, domain mengevaluasi merupakan proses membuat penilaian suatu keputusan atau tindakan berdasarkan kriteria yang ada, contoh kegiatan memeriksa,

Berdasarkan uraian latar belakang di atas, maka fokus penelitian ini adalah bagaimana komunikasi para pendeta GKPS dalam menangani konflik yang terjadi di grup facebook.. Untuk

Tingkat kesesuaian kesesuaian materi instrumen evaluasi dengan indikator pada RPP, kesesuaian materi instrumen evaluasi dengan materi yang terkandung dalam

Meskipun terdapat perbedaan pengukuran volume prostat berdasarkan ultrasonografi transabdominal dan transrektal, namun analisis statistik berdasarkan uji korelasi

Dalam pelaksaaan tradisi khusunya di Bali, komunikasi non verbal yang berupa ekspresi wajah sangat berperan aktif dalam menyampaikan keinginan

Teori perilaku terencana sebelumnya telah diterapkan pada penelitian-penelitian terdahulu untuk memprediksi perilaku konsumen terhadap produk hijau dan ketahanan teori

Yang menjadi masalah adalah bagaimana jaksa penuntut umum berusaha untuk meyakinkan hakim berdasarkan alat bukti yang sah bahwa seseorang telah melakukan pemalsuan