• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2014 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2014 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Kemaskini : 4 Mac 2015

PERATURAN

ANUGERAH

SUKAN MASUM

▸ Baca selengkapnya: jenis anugerah pelajar prasekolah

(2)

Kemaskini : 4 Mac 2015 1 TAFSIRAN

1.1 Dalam peraturan ini :

1.1.1 ‘Anugerah’ : Ertinya Anugerah Sukan MASUM

1.1.2 ‘Jawatankuasa : Ertinya Jawatankuasa yang Menapis dan Teknikal Pemilihan’ Menyenarai Pendek Pencalonan bagi dibawa kepada Jawatankuasa Pemilihan 1.1.3 ‘Jawatankuasa’ : Ertinya Jawatankuasa Pemilihan Anugerah

Pemilihan Sukan MASUM

1.1.4. ‘IPTA’ : Ertinya Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia

2 TUJUAN ANUGERAH

2.1 Memberi penghargaan MASUM kepada orang perseorangan dan Persatuan Sukan atau pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan di atas jasa perkhidmatan serta kepimpinan ke arah kemajuan sukan.

2.2 Memberi penghargaan MASUM kepada atlet, pasukan, pengurus dan jurulatih yang mencapai kejayaan cemerlang dalam acara sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3 JENIS ANUGERAH

3.1 Anugerah Olahragawan 3.2 Anugerah Olahragawati

3.3 Anugerah Bintang Harapan Lelaki 3.4 Anugerah Bintang Harapan Wanita 3.5 Anugerah Pasukan Terbaik

3.6 Anugerah Pengurus Terbaik 3.7 Anugerah Jurulatih Terbaik 3.8 Anugerah Tokoh Sukan 3.9 Anugerah Sekalung Budi 3.10 Anugerah Rakan MASUM 3.11 Anugerah Khas MASUM

3.12 Anugerah Atlet Lelaki Terbaik Universiti 3.13 Anugerah Atlet Wanita Terbaik Universiti

(3)

Kemaskini : 4 Mac 2015 4 ASAS PEMILIHAN

4.1 Anugerah Olahragawan/Olahragawati

4.1.1 Anugerah ini dikurniakan kepada individu yang telah mewakili Negara di peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh MSN/OCM

DAN;

4.1.2 Mewakili Negara dalam pertandingan sukan yang diiktiraf oleh FISU/AUSF/AUSC dan mencapai kejayaan atau memperolehi pingat sekurang-kurangnya dalam Sukan Universiti ASEAN (SUA)

ATAU;

4.1.3 Mewakili MASUM/Negeri di peringkat kebangsaan ATAU;

4.1.4 Pencapaian yang cemerlang dalam sukan dan kekerapan penyertaan dalam kegiatan sukan diperingkat kebangsaan

DAN;

4.1.5 Mempunyai sifat-sifat kepimpinan, ‘softskill’ dan ketekunan dalam bidang akademik.

4.2 Anugerah Bintang Harapan Lelaki/Wanita

4.2.1 Anugerah ini dikurniakan kepada individu yang telah mewakili Negara di peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh MSN/OCM

DAN;

4.2.2 Mewakili Negara dalam pertandingan sukan yang diiktiraf oleh FISU/ AUSF/ AUSC dan mencapai kejayaan atau memperolehi pingat sekurang – kurangnya dalam Sukan Universiti ASEAN (SUA)

ATAU;

4.2.3 Mewakili MASUM/Negeri di peringkat kebangsaan DAN;

4.2.4 Pencapaian yang cemerlang dan konsisten dalam prestasi sukan dan kekerapan penyertaan dalam kegiatan sukan

DAN;

4.2.5 Calon-calon mestilah Tahun 1 atau Tahun 2 pengajian semasa tahun dinilai

DAN;

4.2.6 Calon yang telah mewakili pasukan senior Negara tidak layak untuk kategori ini.

(4)

Kemaskini : 4 Mac 2015 4.3 Anugerah Pasukan Terbaik

4.3.1 Anugerah ini dikurniakan kepada pasukan yang telah mewakili Negara/MASUM dalam acara berpasukan dan mencapai kejayaan atau mendapat pingat di peringkat antarabangsa atau kebangsaan yang diiktiraf oleh FISU/ AUSF/ AUSC/MASUM

DAN

4.3.2 Tahap disiplin pasukan yang tinggi mesti dirujuk dari Lampiran Disiplin

4.4 Anugerah Pengurus Terbaik

4.4.1 Anugerah ini dikurniakan kepada pengurus pasukan yang telah menyumbang khidmat untuk pencapaian cemerlang pasukan yang mewakili Negara/MASUM di peringkat antarabangsa atau kebangsaan yang diiktiraf oleh FISU/AUSF/ AUSC/MASUM

DAN;

4.4.2 Menunjukkan ciri – ciri kepimpinan dan pengurusan yang berkualiti DAN;

4.4.3 Calon adalah merupakan warga Intitusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) sahaja.

Catatan :

Tidak semestinya pengurus pasukan yang mendapat Anugerah Pasukan Terbaik akan mendapat Anugerah Pengurus Terbaik.

4.5 Anugerah Jurulatih Terbaik

4.5.1 Anugerah ini dikurniakan kepada jurulatih yang berjaya dan berjasa membimbing atlet atau pasukan Negara/MASUM untuk mencapai prestasi tinggi samada di peringkat antarabangsa atau kebangsaan yang diiktiraf oleh FISU/AUSF/ AUSC/MASUM

DAN;

4.5.2 Komited dari segi latihan dan motivasi kepada pemain dan pasukan DAN;

4.5.3 Calon adalah merupakan warga Intitusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) sahaja.

4.6 Anugerah Tokoh Sukan

4.6.1 Anugerah ini dikurniakan kepada individu yang berjasa dan menjadi sumber inspirasi kepada pembangunan dan perkembangan sukan MASUM.

(5)

Kemaskini : 4 Mac 2015 4.7 Anugerah Penghargaan Sekalung Budi

4.7.1 Anugerah ini dikurniakan kepada individu yang telah memberi sumbangan dan khidmat terhadap pembangunan Sukan MASUM.

4.8 Anugerah Rakan MASUM

4.8.1 Anugerah ini dikurniakan kepada individu/organisasi yang telah memberi sumbangan dan kerjasama terhadap pembangunan sukan MASUM.

4.9 Anugerah Khas MASUM

4.9.1 Anugerah ini dikurniakan kepada individu atau pasukan atau pentadbir MASUM yang menunjukkan prestasi cemerlang di satu-satu pertandingan antarabangsa atau memberi perkhidmatan yang cemerlang serta luar biasa ke arah kemajuan sukan MASUM.

4.10 Anugerah Atlet Terbaik Lelaki/Wanita Universiti

4.10.1 Anugerah ini dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang di peringkat universiti masing-masing.

5 TEMPOH PENILAIAN ANUGERAH

5.1 Anugerah Olahragawan/Olahragawati, Bintang Harapan Lelaki/Wanita, Pasukan Terbaik, Pengurus Terbaik, Jurulatih Terbaik dan Atlet Terbaik Universiti hendaklah dalam tempoh (tahun akademik) yang dinilai.

5.2 Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Khas dan Rakan MASUM tidak terikat dengan tahun yang dinilai.

6 PENCALONAN

6.1 Pencalonan Anugerah Sukan MASUM dibuat oleh : 6.1.1 Pusat Sukan Universiti

6.1.2 Pengerusi Permainan

6.1.3 Jawatankuasa Teknikal Pemilihan

6.2 Pencalonan Anugerah Olahragawan/Olahragawati dan Bintang Harapan Lelaki/Wanita dibuat oleh Pusat Sukan Universiti yang berkenaan

6.3 Pencalonan Anugerah Jurulatih, Pengurus dan Pasukan Terbaik dibuat oleh Pengerusi Permainan

(6)

Kemaskini : 4 Mac 2015 7 AM

7.1 Anugerah-anugerah di atas tidak semestinya dikurniakan setiap tahun kecuali jika pada pendapat Jawatankuasa Pemilihan taraf kejayaan atau pencapaian yang berkenaan adalah cemerlang.

7.2 Atlet yang dicalonkan mestilah berstatus pelajar sepenuh masa pada tahun yang dinilai.

7.3 Setiap atlet atau pasukan hanya boleh dicalonkan untuk memenangi anugerah satu kategori sahaja untuk setiap tahun pencalonan.

7.4 Minimum pencalonan Anugerah Olahragawan/Olahragawati dan Bintang Harapan Lelaki/Wanita adalah bagi mereka mewakili Negara.

7.5 Keputusan jawatankuasa pemilih adalah muktamad.

8 PENCALONAN

8.1 Semua pencalonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh urusetia.

8.2 Semua permohonan yang dibuat oleh 6.1.1 dan 6.1.2 hendaklah dikemukakan kepada urusetia sebelum tarikh yang ditentukan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.

8.3 Pencalonan Jawatankuasa Teknikal Pemilihan hendaklah dihantar kepada urusetia, 2 minggu sebelum jawatankuasa pemilihan bermesyuarat.

9 JAWATANKUASA TEKNIKAL PEMILIHAN

9.1 Tugas Jawatankuasa Teknikal Pemilihan adalah :

9.1.1 Menyemak dan menilai pencalonan yang diterima

9.1.2 Menyenarai pendek senarai calon tidak lebih lima orang untuk penilaian akhir.

9.2 Sebuah Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan dan ahli-ahlinya dilantik oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada setiap tahun yang terdiri daripada :

i. Pengerusi : Timbalan. Pengerusi I ii. Timbalan Pengerusi : Timbalan. Pengerusi II

iii. Setiausaha : Penolong Setiausaha Agung I iv. Timbalan. Setiausaha : Penolong Setiausaha Agung II

(7)

Kemaskini : 4 Mac 2015 Ahli Jawatankuasa

i. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penyediaan Atlet MASUM

ii. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan MASUM

iii. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Promosi dan Tajaan MASUM

iv. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan MASUM

v. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tugas- Tugas Khas MASUM

vi. 2 orang ‘senior member’ MASUM

vii. Wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

viii. Wakil Majlis Sukan Negara(MSN)

ix. Wakil Majlis Olimpik Malaysia(OCM)

x. Wakil Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia(MSSM)

xi. Wakil Persatuan Penulisan Sukan (SAM)

10 URUSETIA

10.1 Sekretariat MASUM akan menyediakan, menghantar, menerima dan memproses Borang Pencalonan untuk tindakan Jawatankuasa Teknikal Pemilihan.

10.2 Sekretariat MASUM memproses dan menyediakan Laporan Pencalonan untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan.

10.3 Melaksanakan lain-lain arahan yang berkaitan

11 JAWATANKUASA PENGELOLA

Sebuah universiti pada setiap tahun akan dilantik oleh MASUM bagi mengurus dan menggelolakan Majlis Anugerah Sukan MASUM.

(8)

Kemaskini : 4 Mac 2015 12 HADIAH PEMENANG ANUGERAH SUKAN MASUM

12.1 Anugerah Olahragawan/Olaharagawati

BIL PERKARA KADAR/JUMLAH

1. Piala Pusingan

2. Wang Tunai RM 3,000.00

3. Trofi Iringan Pemenang RM 500.00

4. Blazer RM 400.00

5. Sijil Penghargaan -

6. Trofi Iringan Calon Beserta Sijil RM 200.00

12.2 Anugerah Bintang Harapan Lelaki/Wanita

BIL PERKARA KADAR/JUMLAH

1. Wang Tunai RM 1,000.00

2. Trofi Pemenang RM 300.00

3. Sijil Penghargaan -

4. Trofi Iringan Calon Beserta Sijil RM 150.00

12.3 Anugerah Pasukan Terbaik

BIL PERKARA KADAR/JUMLAH

1. Wang Tunai Pemenang (setiap seorang) RM 300.00 2. Trofi (setiap seorang/pasukan) RM 100.00

(9)

Kemaskini : 4 Mac 2015 12.4 Anugerah Pengurus Terbaik

BIL PERKARA KADAR/JUMLAH

1. Wang Tunai Pemenang RM 1,000.00

2. Trofi RM 100.00

3. Sijil Penghargaan -

12.5 Anugerah Jurulatih Terbaik

BIL PERKARA KADAR/JUMLAH

1. Wang Tunai Pemenang RM 1,000.00

2. Trofi RM 100.00

3. Sijil Penghargaan -

12.5 Anugerah Sekalung Budi

BIL PERKARA KADAR/JUMLAH

1. Wang Tunai RM 1,000.00

2. Trofi RM 300.00

3. Sijil Penghargaan -

12.7 Anugerah Tokoh Sukan

BIL PERKARA KADAR/JUMLAH

1. Trofi RM 500.00

2. Sijil Penghargaan -

12.8 Anugerah Rakan MASUM

BIL PERKARA KADAR/JUMLAH

1. Cenderahati RM 500.00

(10)

Kemaskini : 4 Mac 2015 12.9 Anugerah Khas MASUM

BIL PERKARA KADAR/JUMLAH

1. Wang Tunai RM 1,000.00

2. Trofi RM 500.00

3. Sijil Penghargaan -

12.10 Anugerah Atlet Terbaik Universiti

BIL PERKARA KADAR/JUMLAH

1. Plaque Pemenang RM 100.00

2. Sijil Penghargaan -

13 LAIN – LAIN

Jawatankuasa Pemilihan berhak menentukan sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan produk pembiayaan ARRUM BPKB di Pegadaian Syariah Kantor Cabang Sidoarjo dapat membantu pengusaha kecil yang berada di sekitarnya untuk memperoleh tambahan

Bahwa berdasarkan isi Perjanjian Konsesi disebutkan tujuan Perjanjian Konsesi dibuat adalah memasok air bersih untuk memenuhi kebutuhan saat Perjanjian Konsesi

Metode deskriptif ini dianggap sesuai dengan penelitian yang dilakukan dimana penyusun hanya mencoba mengidentifikasi ketersediaan dan kualitas sarana prasarana

Jika dibandingkan dengan Undang-Undang Nomor 30 Tahun 2004 (Undang-Undang Jabatan Notaris sebelumnya) pada Pasal 84 menyatakan bahwa: tindakan pelanggaran yang

inovasi HASIL INOVASI dapat dihasilkan dalam: Dokumen Laporan/Foto Kegiatan/ Gambar Screenshoot layar a 8 hari ke atas b 3-7 hari c

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui perbedaan komposisi minyak atsiri bunga kamboja cendana yang dihasilkan dari proses distilasi pada lama proses yang

Permasalahan lain yang ada di kelompok pengrajin keripik belut adalah masalah pengolahan yang belum memenuhi syarat cara pengolahan yang baik dan benar, sanitasi produksi

Oleh karena itu gas industri mempunyai prospek yang masih cerah selama sektor- sektor tersebut masih beroprasi, namun untuk memperoleh beberapa jenis gas tersebut perlu