• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesantunan Masyarakat Malaysia IPGM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesantunan Masyarakat Malaysia IPGM"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

( GSB 1012 )

(2)

SOALAN-SOALAN TUTORIAL PPISMP SEMESTER 1 2013

1. Berikan contoh-contoh amalan berbudi bahasa yang sesuai diamalkan dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Jawapan:

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat. Terdapat beberapa contoh amalan berbudi bahasa yang sesuai diamalkan dalam masyarakat majmuk di Malaysia antaranya ialah membuang sampah ke dalam tong sampah, memandu dengan berhemah, bertegur sapa sesama manusia, tolong-menolong antara satu sama lain, dan menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

2. Berikan takrif kesantunan berbahasa mengikut pendapat tokoh-tokoh dunia.

Jawapan:

Kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Mengikut pendapat tokoh-tokoh dunia seperti:

i) Awang Sariyan (2007) : Kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.

ii) Held : Kesantunan berbahasa sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar. iii) Siti Hajar Abdul Aziz (2009) : Kesantunan berbahasa ialah cara

(3)

3. Bagaimanakah konsep penjagaan muka dapat menjadi asas kesantunan berbahasa.

Jawapan:

Konsep penjagaan muka sebagai asas kesantunan berbahasa merujuk kepada air muka yang berkait rapat dengan maruah diri. Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka. Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga. Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang. Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar. Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain. Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.

4. Jelaskan maksud kesantunan merentas budaya dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Jawapan:

Kesantunan merentas budaya bermaksud kesantunan yang tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja bahkan juga merupakan konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai. Pemahaman tentang apa yang dikatakan santun dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi. Apabila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya maka ia dipanggil komunikasi silang budaya. Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.

(4)

Contoh-contoh kesantunan merentas budaya antaranya ialah seperti CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka. Seterusnya, seorang pakar penasihat kepada Trading Sdn. Bhd bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Trading Sdn. Bhd. yang mana lembaga mesyuarat tersebut terdiri daripada orang Malaysia, orang Jepun, orang Kanada dan orang UK.

5. Huraikan pengertian : a) Kesantunan verbal b) Kesantunan non-verbal c) Kesantunan lisan d) Kesantunan tulisan Jawapan:

a) Kesantunan verbal bermaksud percakapan, lisan dan pertuturan iaitu merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.

b) Kesantunan non-verbal pula bermaksud perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat iaitu merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.

c) Kesantunan lisan ialah bersikap sopan santun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai dengan situasi untuk menjaga air muka seseorang.

d) Kesantunan penulisan pula bermaksud bersikap sopan santun dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai mengikut format penulisan daripada perkara yang boleh mengancam kehormatan orang lain.

(5)

6. Huraikan maksud peraturan-peraturan bahasa dalam aspek-aspek yang berikut: a) Jarak sosial

b) Konteks percakapan c) Tujuan/Matlamat d) Giliran bercakap

e) Memula dan mengakhiri percakapan f) Pemilihan kata

Jawapan :

a) Maksud peraturan bahasa dalam aspek jarak sosial ialah bersopan santun dengan tidak melihat status sosial pihak lain dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.

b) Maksud peraturan bahasa dalam aspek konteks percakapan ialah memahami relevensi pembicaraan dengan menguasai masalah yang sedang dibincangkan, menggunakan bahasa yang efektif dan mudah difahami, serta mengusahakan isi pembicaraan relevan dengan topik. Dan jika terjadi perbezaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan sebarang konflik atau pertelingkahan.

c) Maksud peraturan bahasa dalam aspek tujuan/matlamat ialah mengutamakan tujuan percakapan dalam pergaulan harian. Kita patut menitikberatkan perkara yang penting dahulu dan tujuan perkara itu mestilah menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek.

d) Maksud peraturan bahasa dalam aspek giliran bercakap iaitu harus mengutamakan status dan kedudukan semasa bercakap. Secara umumnya, giliran bercakap bergantung pada tempat kita berada dan orang yang bercakap dengan kita.

(6)

e) Maksud peraturan bahasa dalam aspek memula dan mengakhiri percakapan ialah memulakan percakapan seperti ucapan “Assalamualaikum”, “Selamat Pagi” atau “Helo” manakala ungkapan mengakhiri percakapan pula ialah bergantung pada situasi yang rasmi atau tidak rasmi. Salah satu contoh untuk mengakhiri percakapan dengan ungkapan pemisahan ialah “Selamat jalan”. f) Maksud peraturan bahasa dalam aspek pemilihan kata ialah memula dan

mengakhiri percakapan dengan menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan situasi atau sesuatu majlis sama ada formal atau tidak formal.

7. Pilih sebuah cerita atau drama Melayu yang pernah anda tonton dan analisis contoh strategi kesantunan verbal dan non-verbal.

Jawapan:

Tajuk Filem: Ali Baba Bujang Lapok

Filem ini mengisahkan cerita tentang Ali Baba (Aziz Sattar) adalah seorang yang miskin dan papa kedana. Dia sering menghantar isterinya ke rumah Kassim Baba untuk meminjam gandum supaya mereka dapat makan, tetapi Kassim Baba yang kedekut (S. Shamsuddin) kecewa dengan adiknya itu dan seringkali memberitahu isterinya bahawa Ali Baba ialah seorang yang tidak berguna. Suatu hari, semasa Ali Baba sedang keluar mencari kayu api, dia terlihat sekumpulan 40 penyamun berkawad melalui hutan sambil membawa hasil rompakan. Dia bersembunyi di sebatang pokok dan melihat ketua penyamun (P. Ramlee) berdiri di hadapan sebuah gunung batu sambil menyanyikan mentera di dalam Bahasa Jawa untuk membuka mulut gua batu tersebut. Ali Baba menunggu sehingga kesemua penyamun meninggalkan gua sebelum dia turun dari atas pokok dan menggunakan mentera itu untuk membuka mulut gua tersebut. Dia mendapati di dalam gua tersebut penuh dengan harta-benda dan barang kemas, tetapi dia hanya mengambil satu peti berisi syiling emas sahaja. Dengan wang emas tersebut Ali Baba mampu membayar balik kesemua hutangnya pada abangnya

(7)

serta hidup dalam keadaan mewah. Kassim Baba berasa ingin tahu lalu memujuk Ali Baba untuk memberitahunya bagaimana dia boleh jadi cepat kaya. Ali Baba terus memberitahu mengenai gua tersebut serta mentera untuk membuka gua itu, tetapi belum sempat dia memberitahu mentera penutup ataupun mengenai penyamun yang menggunakannya, Kassim Baba terus meluru untuk mencari gua tersebut. Kassim Baba, dengan penuh rasa tamak, cuba mencuri kesemua yang ada di dalam gua penyamun tersebut. Dia tertangkap semasa para penyamun pulang semula ke gua sementara dia masih ada. Setelah beberapa cubaan untuk melengahkan mereka, kumpulan penyamun tersebut membunuhnya. Memandangkan Kassim Baba masih belum pulang, Ali Baba pergi semula ke gua itu dan menemui mayat abangnya itu. Dia membawa pulang mayat itu dan menghantar mayat Kassim Baba untuk dijahit dan dikebumikan. Ketua penyamun tersebut menyedari kekayaan Ali Baba dan menjadikannya sasaran untuk rompakan seterusnya. Setelah anak buahnya dua kali gagal, si ketua itu sendiri pergi ke rumah Ali Baba dan menyamar sebagai saudagar minyak, sementara anak-anak buahnya bersembunyi di dalam tong minyak yang disimpan di halaman rumah. Hamba Ali Baba, Marjina, menemui rancangan untuk menewaskan para penyamun itu, di mana minyak sebenar yang mendidih dicurahkan ke dalam setiap tong minyak. Setelah kesemua penyamun ditewaskan, dia sendiri menyerang dan membunuh ketua penyamun itu. Ali Baba yang terhutang budi kepada Merjina seterusnya membebaskannya.

Contoh strategi kesantunan verbal:

1. Meminta maaf

Norsiah, isteri kepada Ali Baba meminta maaf kepada abang ipar dan kakak iparnya, Kassim Baba dan Aloya kerana selalu meminjam gandum daripada mereka. Dia juga meminta maaf bagi pihak suaminya kerana disebabkan suaminya malas untuk mencari kerja, dia terpaksa meminjam gandum bagi menampung kehidupan mereka suami isteri.

(8)

2. Terima kasih

Ali Baba mengucapkan terima kasih kepada Marjina, orang gaji Kassim Baba kerana telah menyelamatkan keluarganya daripada serangan penyamun-penyamun yang ingin merompak dan merampas harta kekayaannya. Marjina juga berterima kasih kepada tuannya, Ali Baba kerana membebaskannya setelah peristiwa tersebut..

Contoh strategi kesantunan non-verbal:

1. Bertimbang rasa

Kassim Baba diperlihatkan sebagai seorang yang bertimbang rasa kepada isterinya, Aloya apabila dia menyediakan orang gaji, iaitu Marjina untuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Selain itu, Ali Baba juga sangat bertimbang rasa kepada isterinya, Norsiah iaitu dia tidak membenarkan Norsiah mencari kerja sebaliknya biarlah dia sendiri yang mencari kerja.

2. Menepati janji

Ali Baba seorang yang menepati janji. Apabila Ali Baba sudah kaya, dia sudah mampu untuk membayar balik kesemua hutangnya pada abangnya, Kassim Baba.

3. Tidak tamak

Ali Baba diperlihatkan sebagai seorang yang bersederhana dan tidak tamak. Sewaktu dia berada di dalam sebuah gua, dia mendapati di dalam gua tersebut penuh dengan harta-benda dan barang kemas, dan dia hanya mengambil sebuah peti berisi syiling emas sahaja.

4. Baik hati dan tolong-menolong

Ali Baba seorang yang baik dan suka menolong orang yang dalam kesusahan. Sewaktu Ali Baba sudah kaya-raya, dia memberi sedekah kepada orang-orang yang miskin dengan menaburkan wang emas kepada

(9)

mereka. Seterusnya, Marjina, orang gaji Kassim Baba juga diperlihatkan sebagai seorang hamba yang baik dan suka membantu orang lain.Hamba Ali Baba, Marjina, telah mendapat tahu bahawa ketua penyamun yang menyamar sebagai saudagar minyak dan anak-anak buahnya itu mempunyai niat yang tidak baik kerana kehadiran mereka ke rumah Kassim Baba adalah ingin merompak hartanya dan Marjina menemui rancangan untuk menewaskan para penyamun itu, di mana minyak sebenar yang mendidih dicurahkan ke dalam setiap tong minyak. Setelah kesemua penyamun ditewaskan, dia sendiri menyerang dan membunuh ketua penyamun itu. 5. Mengenang budi

Ali Baba telah memberi beberapa kantung wang emas kepada saudara kandungnya, Kassim Baba sebagai mengenang budinya yang pernah membantunya semasa dia hidup miskin dahulu. Dia juga sangat terhutang budi dengan hamba Kassim Baba, Marjina kerana disebabkan kebijaksanaannya itu dalam menewaskan penyamun-penyamun, dia dan keluarganya selamat daripada serangan penyamun tersebut. Disebabkan dia sangat terhutang budi dengan Marjina, maka dia pun membebaskan Marjina seperti manusia yang lain.

6. Bersyukur

Marjina, orang gaji Kassim Baba berasa sangat bersyukur dengan mengucapkan “Alhamdulillah” kerana dia telah dibebaskan oleh Ali Baba. 8. Bincang tentang strategi kesantunan lisan dengan merujuk kepada amalan

masyarakat Malaysia.

Jawapan:

Merujuk kepada amalan masyarakat Malaysia, orang Melayu menganggap kesantunan lisan amat menitikberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar. Oleh itu , mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan

(10)

dengan konflik semasa berinteraksi secara lisan. Justeru, orang Melayu menggunakan pelbagai strategi semasa berinteraksi.

Antara strategi kesantunan lisan yang digunakan ialah :

Strategi ikhlas : Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak

disukai.

Strategi merendah diri : Menggunakan ungkapan-ugkapan membawa maksud

penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri.

Strategi maaf : Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu.

Strategi penyelesaian : Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan

supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.

Strategi memberi peluang : Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau

berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.

Strategi penghargaan dan pujian : Urusan yang menunjukkan seseorang itu

dihargai kerana sesuatu tindakan yang disenangi.

Strategi berterima kasih : Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap

seseorang yang telah membuat sesuatu kebaiankan atau pertolongan.

Strategi kiasan : Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga

air muka seseorang.

Strategi berhemah dan lemah-lembut : Menggunakan ujuran yang halus dan

tidak kasar untuk membuat teguran atau nesihat supaya pendengar tidak berkecil hati.

Strategi kecindan : Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk

menimbulkan perasaan gembira.

Strategi menyapa/menegur : Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan

seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang.

Strategi ungkapan Rabani : Menggunakan ujaran seperti Bismillah,

(11)

9. Analisis strategi kesantunan penulisan yang terdapat dalam artikel atau bahan-bahan penulisan yang dipilih.

Jawapan:

ARTIKEL: BUDI BAHASA MAKIN TERHAKIS

SASTERAWAN Negara Usman Awang semasa hayatnya pernah menghasilkan sebuah puisi menggambarkan sikap orang Melayu yang begitu menjunjung tinggi adab dan kesantunan.

" Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka,

Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun,

Jika menipu masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan. "

Demikian bait-bait puisi nukilan beliau yang melambangkan bagaimana orang Melayu begitu mementingkan perihal kesantunan, adab dan budi bahasa.

Namun, bak kata pepatah, 'lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang'. Orang Melayu kini dilihat semakin hilang arah apabila pengamalan nilai budi bahasa dan sopan santun semakin terhakis. Walaupun pahit untuk diterima, tetapi itulah hakikatnya apabila orang Melayu sudah tidak mahu lagi mengangkat martabat Melayu itu sendiri. Berbicara soal budi bahasa, kita boleh lihat bagaimana cara pertuturan generasi muda zaman sekarang. Mereka sudah tidak lagi segan silu bercakap kasar bukan saja ketika di kalangan rakan sebaya bahkan pada mereka yang lebih berusia.

Pendapat sama turut diakui Karyawan Tamu, Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Menurutnya, fenomena terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam kalangan orang Melayu terjadi akibat perubahan sistem nilai masyarakat hari ini. "Sistem nilai orang Melayu sekarang sudah berubah

(12)

kerana orang Melayu zaman dahulu lebih pentingkan orang lain seperti orang tua, dan guru. Ini kerana orang dahulu amat menghormati golongan yang lebih tua, dan bukannya kedudukan dan pangkat seperti sekarang," katanya.

Nik Safiah yang terkenal sebagai pejuang mendaulatkan bahasa Melayu turut memberitahu, sistem nilai orang Melayu kini lebih cenderung menghormati dan mengangkat martabat seseorang dari segi kedudukan dan pangkatnya. Katanya lagi, orang Melayu juga semakin hilang jati diri dan tidak lagi memegang budi bahasa sebagai lambang kedaulatan Melayu kerana pemikiran mereka telah dipengaruhi unsur luar.

Artikel yang dipilih adalah Budi Bahasa Makin Terhakis. Antara strategi kesantunan penulisan yang digunakan dalam artikel ialah:

a) Memperkenalkan tokoh-tokoh ternama yang menyampaikan pandangan mereka terhadap tajuk, iaitu Budi Bahasa yang Semakin Terhakis.

b) Penulisan mematuhi hukum tatabahasa

c) Kritikan disampaikan dengan sifat sederhana tetapi berkesan d) Tiada bahasa kasar atau bahasa pasar digunakan

e) Penulisan secara formal dan sesuai dengan format penulisan

f) Memberi nasihat dan cadangan kepada pembaca dan masyarakat secara bersopan

g) Penulisan yang jelas dan mudah difahami

10. Cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani isu-isu yang berkaitan amalan kesantunan masyarakat Malaysia yang berikut:

(13)

a) Isu pendidikan b) Isu media

c) Isu teknologi maklumat dan komunikasi d) Isu gejala sosial

e) Isu sikap ibu bapa dan masyarakat f) Isu pertembungan budaya

Jawapan:

Sejak kebelakangan ini, amalan berbudi bahasa dalam masyarakat kita semakin hari semakin luntur. Walaupun kerajaan telah melancarkan pelbagai program dan kempen kesedaran seperti Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni,

namun perkara ini dilihat masih gagal untuk membina budi bahasa dan jati diri masyarakat yang kian terhakis dalam arus pascamodenisasi. Terdapat beberapa langkah untuk menangani isu-isu yang berkaitan amalan kesantunan masyarakat Malaysia.

a) Antara langkah yang sesuai untuk menangani isu pendidikan yang berkaitan amalan kesantunan masyarakat Malaysia ialah melalui institusi pembelajaran iaitu antara guru dan pelajar. Guru sepatutnya sentiasa mendidik murid-murid bukan sahaja dengan segala ilmu bahkan dengan budi bahasa dan akhlak. Dari awal persekolahan lagi, mereka harus belajar menghormati guru.Sekolah juga mesti mendidik disiplin yang membolehkan setiap pelajar berkelakuan baik, teratur dan aman. Mereka mesti berdisiplin termasuk beratur pada masa perhimpunan mingguan, duduk di bilik darjah dan ketika bertemu para guru dan Pengetua. Ucapan „Selamat Pagi‟, „Assalamualaikum‟ dan sebagainya merupakan amalan terbaik. Para guru dan kakitangan sekolah yang menjadi teladan tentang kelakuan baik dan budi bahasa. Manakala pelajar pula perlu membiasakan diri mengucapkan salam dan terima kasih. Mereka juga hendaklah menggunakan bahasa yang sopan dan beradab, iaitu tidak menggunakan kata-kata yang kotor dan kasar serta berunsur cacian dan lucah terhadap guru-guru mereka.

(14)

b) Selain itu, langkah-langkah untuk menangani isu media pula antaranya ialah mengehadkan penyiaran budaya luar. Hal ini adalah kerana penyiaran tersebut telah mempengaruhi minda remaja kita untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita suatu masa dahulu itu. Jelaslah, remaja tidak lagi berbudi bahasa kerana terpedaya dengan kandungan media massa yang diimport itu. Oleh itu, pihak media seharusnya menyiarkan program-program atau rancangan-rancangan yang bermanfaat yang berunsurkan kesantunan seperti rancangan „Budi Bahasa Budaya Kita‟ manakala untuk kanak-kanak pula, pihak media hendaklah menyiarkan rancangan seperti „Adik-adikku dan juga „Mari Mengaji‟ agar anak-anak dapat mengamalkan nilai-nilai murni sekaligus menerapkan amalan kesantunan dalam diri melalui rancangan yang ditonton. c) Seterusnya, antara langkah yang sesuai untuk menangani isu teknologi

maklumat dan komunikasi yang berkaitan amalan kesantunan masyarakat Malaysia ialah peranan remaja itu sendiri agar tidak menyalahgunakan internet. Seringkali kita melihat ramai dalam kalangan masyarakat kita majoritinya remaja telah menyalahgunakan internet sewaktu dalam laman sosial. Kemunculan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Tumblr, Youtube, Google dan banyak lagi menjejaskan kesantunan berbahasa. Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek dan merendahkan orang lain sedang berleluasa. Perkara ini jelas menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan berbahasa selain menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif.

Seterusnya peranan institusi keluarga. Dalam sesebuah keluarga, ibubapa dan anak-anak hendaklah mempraktikkan gaya pertuturan atau perbualan yang sopan dan teratur. Ibubapa pula perlu tegas dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian agar generasi muda ini alpa dengan disiplin dan pertuturan bahasa yang sopan tidak kira di mana mereka berada terutamanya ketika menggunakan laman sosial. Selain itu juga,peranan pihak sekolah. Pihak

(15)

sekolah perlu memantau para pelajar dari segi tingkah laku mereka, malahan peradaban mereka terutama sekali dari segi pertuturan yang diucapkan semasa mereka berada di dalam dan luar sekolah. Pihak sekolah juga sewajarnya menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan dengan budi bahasa untuk diterapkan oleh mereka dan menerapkan penggunaan bahasa yang santun dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

d) Tambahan pula, langkah-langkah untuk menangani isu gejala sosial berkaitan dengan kesantunan masyarakat Malaysia antaranya ialah melalui peranan ibu bapa dan keluarga. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di rumah terutamanya sewaktu cuti persekolahan. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak remaja. Sebagai analoginya ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan berusaha untuk membantu mereka menyelesaikannya atau dengan kata lain ibu bapa adalah pakar rujuk kepada anak-anak semasa di rumah. Hal ini menyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Bak kata mutiara anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Tegaslah, perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa amat penting dalam usaha menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.

Sesungguhnya, selain ibu bapa, pihak masyarakat setempat juga perlu memainkan peranan yang signifikan dalam menangani masalah ini. Hal ini tercetus kerana para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat yang perlu diberikan perhatian. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa jika masyarakat mendapati terdapat remaja yang melakukan perbuatan negatif, mereka mestilah menegur dan memberi nasihat secara berhemah. Dengan kata lain, pihak masyarakat setempat perlu menjadi mata dan telinga dalam membentuk tingkah laku remaja. Contoh yang ketara paling dekat dengan kita ialah masalah vandalisme. Justifikasinya, sekiranya masalah ini berlaku, masyarakat boleh menegur para remaja yang melakukan masalah tersebut

(16)

dengan berhemah dengan harapan remaja akan lembut hati dan makan nasihat. Bertepatanlah dengan kata-kata mutiara iaitu tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Dengan keadaan sedemikian sekiranya masyarakat setempat sentiasa ambil cakna terhadap permasalahan remaja, masalah ini akan dapat diatasi.

e) Langkah-langkah yang sesuai untuk menangani isu sikap ibu bapa dan masyarakat yang berkaitan amalan kesantunan masyarakat Malaysia ialah sentiasa memantau perkembangan anak-anak disamping menerapkan nilai-nilai murni sebagai asas tunggak budaya kita. Peranan institusi keluarga tidak boleh dipinggirkan. Para ibu bapa perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak. Ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini kerana remaja sering dikaitkan dengan gejala sosial seperti pergaulan bebas, lepak, lumba haram dan sebagainya. Perlakuan mereka sudah melanggar adab dan tatasusila yang menjadi norma dalam masyarakat. Pada masa inilah masyarakat harus mempunyai keupayaan untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah agar mereka dapat menerima teguran dengan sebaik-baiknya.

Sebaliknya, masyarakat hari ini lebih menekankan aspek materialisme, sekali gus meminggirkan nilai moral seperti berbudi bahasa. Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak kerana remaja diibaratkan seperti sehelai kain putih yang mudah menerima dan seterusnya mengamalkan nilai budi bahasa yang terpuji. Dalam kehidupan bermasyarakat, para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai budi pekerti yang mulia, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi salam atau ucap selamat dan bantu-membantu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

(17)

f) Tambahan lagi, beberapa langkah yang sesuai untuk menangani isu pertembungan budaya yang berkaitan amalan kesantunan masyarakat Malaysia antaranya ialah peranan individu itu sendiri. Setiap individu sewajarnya menjaga imej bangsa kita daripada terpengaruh dengan budaya barat dalam pelbagai aspek seperti cara percakapan, fesyen barat, pergaulan bebas dan sebagainya. Pada masa kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita. Contohnya, "Malam ini kita pergi dinner.". Ini membuktikan betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa melayu kita yang kita sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara percakapan yang baru. Sebenarnya, kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan kita. Selain itu, ini jugalah untuk meneruskan tradisional kita dan supaya bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang. Seterusnya peranan masyarakat. Masyarakat perlulah bekerjasama bagi membanteras kegiatan-kegiatan yang tidak sihat seperti minum arak, berjudi dan juga pergaulan bebas. Sesungguhnya, pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini.

Generasi muda merupakan salah satu sasaran utamanya. Antara kesan yang amat membimbangkan ialah serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat. Semakin ramai golongan pemuda hari ini sentiasa mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Misalnya, memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi. Dalam era pasca modenisme, mereka tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, samada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah memaparkan sifat negatif dalam kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka. Oleh itu, kerjasama semua pihak perlulah dititikberatkan.

Referensi

Dokumen terkait

mengandalkan uang dari sewa laha.n. Selain itu, terdapat sebagian responden yang memili.ki pendapatan dari sektor lain tennasuk dalam kategori sedang dan tinggi

• Untuk menentukan kuadran suatu sudut, dimana sudutnya di atas 360 º atau dibawah - 360 º caranya adalah sbb :1. Untuk sudut di atas 360

Setelah pulang dari pengasingan bersama dengan rekan-rekannya dalam Indische Partij (IP) Ki Hajar Dewantara, yang bernama asli Suwardi Suryaningrat lantas mendirikan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa pengaruh perlakuan pematahan dormansi berpengaruh nyata terhadap panjang axis embrio 5 MST, waktu berkecambah, daya kecambah, panjang kecambah,

Tujuan dari penelitian yang dilakukan adalah membangun suatu aplikasi komputer yang dapat membantu dalam pendukung keputusan pemilihan program studi dengan menggunakan metode

REALISASI CAPAIAN KINERJA TAHUN 2020 TINGKAT CAPAIAN KINERJA TAHUN 2020 3 Program perencanaan pembangunan

Puji syukur Alhamdulillah penulis panjatkan kehadiran Allah yang telah memberikan ijin, kemudahan dan karunia yang tiada ternilai sehingga penulis dapat menyelesaikan