• Tidak ada hasil yang ditemukan

CONTOH TESIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CONTOH TESIS"

Copied!
78
0
0

Teks penuh

(1)

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA DALAM KURSUS KEJURUTERAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

MUHAMAD GHAZALI BIN MOHD SAAID

▸ Baca selengkapnya: contoh tajuk tesis sains sosial

(2)
(3)
(4)

PERSEPSI GURU PELATIH TAHUN LIMA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (AWAM, ELEKTRIK DAN JENTERA) TERHADAP TAHAP

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA DALAM KURSUS KEJURUTERAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

MUHAMAD GHAZALI BIN MOHD SAAID

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(5)
(6)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T dengan izin-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Selawat dan salam untuk junjungan Rasullullah S.A.W serta para sahabat baginda.

Dalam usaha menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Cik Narina A. Samah yang berusaha memberi dorongan sepanjang penyediaan projek ini.

Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada rakan-rakan, tidak kurang juga kepada orang perseorangan yang telah membantu dan mendorong secara tidak langsung atau tidak langsung untuk menyempurnakan projek ini.

Akhir sekali kepada ibu dan ayah yang banyak memberi semangat kepada penulis dalam apa jua keadaan. Segala jasa ibu dan ayah amat penulis hargai dan hanya Allah S.W.T yang dapat membalas.

(7)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru pelatih terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan Seramai 70 orang pelajar daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera) telah terlibat dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden dan kemudiannya akan diproses menggunakan perisian Statistical

Package For Social Science (SPSS) versi 14. Analisis data dinyatakan dalam bentuk peratusan,

kekerapan dan min. Nilai kebolehpercayaan item adalah α = 0.85. Hasil daripada penyelidikan menunjukkan terdapat permasalahan dalam kemahiran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan mengikut persepsi guru pelatih adalah pada tahap sederhana (min = 3.51). Manakala tahap kemahiran mengikut persepsi guru pelatih adalah pada tahap rendah (min = 2.32).

(8)

ABSTRACT

This research was conducted to investigate teacher trainee perceptions level of their knowledge and skills in engineering course at Faculty of Education. A number of 70 respondents consist of students taking Bachelor Degree of Technology with Education (Civil Engineering/ Electrical Engineering/ Mechanical Engineering) courses were involved in this research. The researcher used the questionnaire method to collect the relevant information from the respondents and the later analyzed the finding using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 14 software. Data was presented in percentage, frequency and mean. The value of item was at α = 0.85. Findings showed the perception on the level of knowledge was at moderate level (mean = 3.51). Where else the perception on the level of skills was at low level (mean = 2.32).

(9)

KANDUNGAN

BAB

BAB I

PERKARA

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Masalah 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Persoalan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Skop Kajian 1.7 Batasan Kajian 1.8 Definisi Istilah MUKA SURAT i ii iii iv v vi vii viii xi 1 3 7 8 8 9 10 10 11

(10)

BAB II BAB III BAB IV SOROTAN PENULISAN 2.0 Pengenalan 2.1 Pembelajaran Pengetahuan 2.2 Pembelajaran Kemahiran

2.2.1. Pendedahan Kepada Industri

2.2.2. Pembelajaran Di Sekolah Dan Aplikasi Di Luar Bilik Darjah

METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan

3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Populasi Dan Sampel 3.3 Instrumen Kajian 3.4 Kesahan Soal Selidik 3.5 Kajian Rintis

3.6 Analisis Data

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan

4.1 Analisis Bahagian A 4.2 Analisis Bahagian B

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 4.2.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua

13 14 16 18 20 21 22 24 25 28 28 29 32 33 36 40

(11)

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan

5.1 Perbincangan Persoalan Kajian

5.1.1 Perbincangan Objektif Pertama 5.1.2 Perbincangan Objektif Kedua 5.2 Rumusan

5.3 Cadangan Kajian

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 5.5 Penutup BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 44 45 46 49 51 52 53 53 54 58

(12)

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bidang sains dan teknologi merupakan salah satu bidang yang memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat wawasan 2020. Kemahiran dan berilmu pengetahuan adalah salah satu eleman yang penting untuk seseorang individu dalam bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang dan mengadakan beberapa program bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan dalam bidang teknologi.

KPM telah berusaha mewujudkan satu sistem pembelajaran yang kompetitif kepada semua rakyat Malaysia melalui pendidikan sepanjang hayat. Kerajaan Malaysia telah memberi sokongan sepenuhnya dalam memastikan semua rakyat mendapat pendidikan sebaiknya tidak kira apa peringkat umur sekalipun ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan dan kemahiran ke arah Wawasan 2020.

(13)

Ini terkandung dalam cabaran No. 2 Wawasan 2020 iaitu melibatkan pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi psikologi, selamat dan maju yang memiliki kepercayaan dan keyakinan dalam dirinya sendiri, cukup kuat untuk

menghadapi semua bentuk kesusahan sementara ia mengejar kecemerlangan (Ungku A. Aziz, 1991).

KPM melalui Jabatan Pendidikan Teknikal atau JPTek telah terlibat secara langsung dalam memberikan pendidikan berbentuk kemahiran kepada semua rakyat Malaysia bersama-sama industri lain yang berkait rapat dengan bidang kemahiran dan pengetahuan. Sebagai contoh pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikan kemahiran adalah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM). Terdapat banyak lagi pihak lain yang terlibat cuma skop mereka tidak sebesar seperti yang dinyatakan sebelum ini. Pihak ini bertanggungjawab memberikan rakyat Malaysia pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

Menurut Dato’ Loke Yuen Low, Malaysia masih memerlukan

sekurang-kurangnya 600,000 tenaga kerja profesional dan teknikal serta mahir dan separuh mahir menjelang tahun 2020. Ini bermakna negara perlu mengeluarkan kira-kira 100,000 pekerja separuh mahir dan mahir dalam tempoh enam tahun akan datang untuk menampung keperluan tersebut (Utusan Malaysia, 5 April 1995). Ini menunjukkan pendidikan kemahiran adalah penting seiring dengan kemajuan negara ke arah Wawasan 2020.

Sekolah dan institusi akademik ditubuhkan untuk melahirkan cerdik pandai dan cendiakawan yang akan menerus dan mengembangkan disiplin ilmu yang dianggap penting untuk tamadun manusia. Manakala sekolah dan pusat latihan vokasional ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ekonomi di mana sesebuah negara yang ingin

(14)

maju harus menyediakan secara berterusan tenaga manusia yang diperlukan untuk membangun sektor ekonomi (Labaree 1997).

Pada tahun 1999, KPM telah memperkenalkan satu program yang diberi nama Sekolah Ke Kerjaya (SKK) untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang kemahiran. Konsep yang digunakan dalam SKK ialah program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan potensi pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan kemahiran bolehguna melalui pengalaman tempat kerja (PPK,1999). Program latihan diadakan dengan kerjasama pihak swasta dan industri. Objektif SKK ialah untuk membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan pembelajaran setaraf dengan kebolehan dan keupayaan mereka dari segi akademik.

Selain itu juga dapat mengembangkan potensi dan kemahiran bolehguna pelajar dengan melalui pengalaman tempat kerja dan akhir sekali ialah untuk memanfaatkan masa belajar diperingkat sekolah menengah terutama untuk mereka yang berpencapaian rendah dari segi akademik. Namun yang demikian pelaksanaannya kurang mendapat sambutan dan kerjasama dari pihak swasta dan industri, dan ini menunjukkan program ini kurang berjaya.

1.1 Latar Belakang Masalah

Matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

perindustrian menjelang tahun 2020 menyebabkan pendidikan vokasional dan teknik berada pada tahap yang sangat penting pada masa kini. Untuk mencapai matlamat tersebut, satu rancangan bersistem dilaksanakan melalui Pelan Induk Perindustrian.

(15)

Dalam bidang Pendidikan dan Latihan, Sekolah Menengah Vokasional merupakan salah satu intitusi yang bertanggungjawab untuk menyediakan seberapa ramai tenaga buruh separuh mahir bagi memenuhi keperluan perindustrian negara, disamping juga institusi-institusi lain seperti Politeknik, Institut Kemahiran Mara dan Institut latihan

Perindustrian. ( Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM, 1991 ).

Hasrat KPM iaitu melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang yang relevan dan bermakna bagi membolehkan mereka merancang masa depan dalam pelbagai aspek seperti peluang kerjaya, perniagaan sendiri atau meneruskan pengajian latihan di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) (KPM, 2002).

Seseorang individu yang berhajat menjadi guru dikehendaki menjalani latihan dan pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan dan Badan Berkanun (Esah, 2003). Latihan dan pendidikan guru diadakan di maktab perguruan dan universiti

tempatan manakala yang menjalani latihan di luar negara mestilah yang menjadi tumpuan serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Menurut Hirst (dalam Jaludin, 1991) kurikulum ditakrifkan sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru atau tenaga pengajar untuk membolehkan pelajar

mencapai objektif yang telah dirancangkan. Kurikulum yang baik hendaklah selari dengan kehendak semasa dan dapat melahirkan pekerja yang cekap, mahir dan produktif. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus berkenaan akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari. Segala kemahiran dan

pengetahuan yang telah dipelajari ini mereka perlu aplikasikan dalam persediaan latihan mengajar yang telah mereka hadapi.

(16)

Kurikulum pendidikan guru dinilai melalui proses penilaian kurikulum dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan guru. Dengan ini profesion perguruan memerlukan semua ahilnya yang terlibat dengan pendidikan guru adalah dilatih dan dididik dengan kurikulum yang berkualiti dan mantap. Kurikulum pendidikan guru menyediakan peluang bagi guru bagi memperoleh ilmu tentang pelbagai teori pengajaran dan amali yang membolehkannya menjadi guru yang profesional (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1984).

Selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta bertanggungjawab, pihak Pusat Perkembangan Kurikulum,

Kementerian Pendidikan Malaysia, telah menggariskan beberapa objektif, demi mencapai matlamat akhir pendidikan yang murni tersebut (Abu Hassan, 1999). Antara objektif khusus yang perlu dicapai dan dikuasai pelajar adalah untuk:

i. Menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

ii. Membentuk insan yang berupaya berfikir secara logis, analitis, kreatif, inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan.

iii. Mengembangkan potensi dan keupayaan individu.

iv. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan bagi membolehkan pembelajaran berlaku secara maksimum.

v. Membolehkan pelajar mempelajari nilai-nilai murni melalui pelbagai jenis matapelajaran, secara bersepadu.

vi. Menghasilkan individu yang berakhlak mulia serta bersifat progresif. vii. Menghasilkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berketrampilan agar dapat

memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

viii. Melahirkan insan yang beragama dan mempunyai kemantapan jiwa serta sedia untuk berbakti.

(17)

x. Memenuhi keperluan pelajar terutamanya untuk mengembangkan potensi atau bakat dan keupayaan mereka.

Seseorang guru yang terlatih perlulah menjalankan tugas dan melaksanakannya dengan cekap serta memenuhi tuntutan masyarakat dan matlamat negara. Selaras dengan matlamat ini, guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat mendidik pelajar dari segi akademik dan juga toleransi, serta tolong menolong untuk mewujudkan integrasi nasional di kalangan pelajar (Esah, 2003).

Oleh itu, persediaan guru-guru teknik dan vokasional seharusnya berbeza daripada persediaan guru-guru pendidikan am yang lain. Mereka haruslah memperkemaskan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk berhadapan dengan situasi atau suasana persekolahan yang mencabar. Sebagaimana pandangan Allen (1912) memberi fungsi guru vokasional yang meliputi perkara-perkara yang berikut:

1) Cekap dalam bidang yang diajar. 2) Mengetahui apa yang akan diajar.

3) Boleh menyelesaikan masalah dan dapat bekerja secara bijak dengan pelajar remaja dan dewasa.

4) Berpandangan jauh.

Guru yang hanya mahir dalam dalam bidang teknikal tetapi tidak mempunyai pengetahuan yang baik hanya memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk menjadi guru yang baik dan begitu juga sebaliknya. Guru mestilah mempunyai kedua-dua kecekapan iaitu dalam teknikal atau kemahiran serta pengetahuan yang baik. Pandangan Newcomb tentang guru vokasional menggambarkan guru vokasional sebagai humanist (Rahman, 1994). Menurut Newcomb (1979):

(18)

“Guru humanistik adalah lebih daripada penyampai maklumat. Mereka

mengetahui perkembangan pesat teknologi untuk diajar kepada pelajar atau cuba belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah di samping mengetahui cara penyelesaiannya untuk disampaikan kepada pelajar. Mereka adalah pembimbing, ahli falsafah dan rakan.”

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para bakal guru untuk mempersiapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran sama ada dalam bidang teknikal atau sebagainya untuk menjadi bakal pendidik kepada anak bangsa.

1.2 Penyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk melihat apakah persepsi guru-guru pelatih tahun lima pendidikan teknik dan vokasional terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

(19)

1.3 Objektif Kajian

Beberapa objektif telah dikenalpasti dalam menjalankan kajian ini. Berikut ialah objektif yang telah ditetapkan.

1.3.1 Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. 1.3.2 Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan

Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti

berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Persoalan kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut :

1.4.1 Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

1.4.2 Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

(20)

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai persepsi pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. Kajian seumpama ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mempertingkatkan lagi usaha bagi memastikan pelajar dari aliran kejuruteraan dalam Jabatan Teknik dan Vokasional dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam kursus kejurutraan yang dipelajari sepenuhnya.

1.5.1 Fakulti Pendidikan

Hasil daripada dapatan kajian yang akan dijalankan boleh dijadikan landasan untuk merancang kurikulum yang lebih mantap dan memastikan pelajar dari aliran kejuruteraan dalam Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi sebagai persediaan dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.5.2 Bakal Guru

Hasil daripada kajian yang dijalankan diharap dapat membantu para bakal guru untuk meningkatkan serta memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam

(21)

kursus kejuruteraan supaya dapat menjadi pendidik yang berguna dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.6 Skop Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, skop kajian yang ditetapkan akan hanya melihat persepsi pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang mengikuti kursus serta aplikasi semasa latihan mengajar dijalankan. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)dalam Jabatan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini tertakluk kepada batasan kajian seperti berikut :-

1.7.1 Kajian ini ditumpukan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.7.2 Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus kejuruteraan di fakulti pendidikan dan pernah menjalani latihan mengajar.

(22)

1.8 Definisi

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu diberi penjelasan dengan terperinci kerana ia digunakan oleh pengkaji untuk keperluan kajian. Antaranya ialah:

1.8.1 Persepsi

Menurut Azizi et al. (2004) dalam bukunya Psikologi Sosial, persepsi sosial merujuk kepada satu proses untuk membuat penilaian terhadap tingkah laku orang lain.

1.8.2 Guru Pelatih

Merujuk kepada pelajar tahun lima jurusan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) di Fakulti Pendidikan. Pelajar-pelajar ini telah menjalani latihan mengajar pada tahun 2004.

(23)

1.8.3 Pengetahuan

Dalam kontek kajian ini, pengetahuan merangkumi cara kecekapan serta pengetahuan guru pelatih terhadap kursus kejuruteraan serta aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.8.4 Kemahiran

Menurut Ahmat (1997), kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan pengetahuan guna tenaga dalam dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan. Dalam kontek kajian ini, kemahiran bermaksud ketrampilan, kecekapan dan berpengetahuan.

1.8.5 Kursus Kejuruteraan

Matapelajaran kejuruteraan yang dipelajari oleh pelajar-pelajar tahun lima jurusan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) di Fakulti Pendidikan.

(24)

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan

Pendidikan teknik dan vokasional yang formal di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1974. Tujuan bahagian ini ditubuhkan adalah untuk merancang, menyediakan kurikulum dan sukatan latihan perguruan serta

menyediakan pendidikan teknik dan vokasional di peringkat menengah rendah, menengah atas dan peringkat pengajian tinggi.

Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang

berpengetahuan, individu yang memiliki kemahiran yang murni, melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, serta mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, memupuk perpaduan negara disamping membantu membentuk tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik yang akan meningkat daya saing ekonomi Malaysia (Mahathir Mohamed, 1991).

(25)

2.1 Pembelajaran Pengetahuan

Kejayaan seseorang pelajar dalam sesuatu matapelajaran dikaitkan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di mana prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan memberikan gambaran yang sebenar kepada mutu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seseorang guru. Dalam konteks ini, tugas guru adalah untuk menyebar atau memindahkan maklumat dengan menterjemahkan kandungan pelajaran kepada sesuatu bentuk yang boleh difahami oleh pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang sesuai. Guru bertanggungjawab untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak tinggi serta pandai memanfaatkan ilmu untuk kehidupan yang cemerlang (Wan Rahimah, 1995).

Mohd Hasni (1996), dalam kajiannya mendapati guru yang berkualiti adalah guru yang berkebolehan menyampaikan isi kandungan mata pelajaran kepada pelajar supaya ia sentiasa menarik dan berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran ini akan membawa kepada pengajaran yang berkualiti dan mempunyai hubungkait dengan pencapaian pelajar dalam sesuatu pelajaran.

Guru berperanan sebagai penyampai ilmu pengetahuan yang penting dalam pengajaran secara tradisi. Pengetahuan merupakan kebolehan untuk mengingat atau mengenal semula sesuatu pelajaran yang telah dipelajari samada daripada buku, guru atau rakan (Sulaiman, 1997). Dalam konteks kajian ini, pengetahuan merujuk kepada

pengetahuan guru tentang subjek yang diajarnya, pelajar, kurikulum, pengaruh faktor lain terhadap pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan mengenai kemahiran mengajar tersendiri pada seseorang.

(26)

Pembelajaran yang efektif boleh dicapai melalui integrasi proses berfikir dan dibantu oleh naluri-naluri melihat, mendengar, merasa dan menghidu (Zaidatol dan Habibahh, 1990). Ini bermakna penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sempurna dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran terutama kepada pelajar yang lemah dan rendah keupayaan berfikir.

BBM yang baik bukan saja dapat membantu guru mendidik dan membimbing pelajar menghayati ilmu yang disampaikan tetapi mampu membantu pelajar

mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian (Zaidatol dan Habibah, 1990).

Menurut Mohd. Salleh (1996), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sepatutnya didedahkan kepada pelbagai sumber maklumat berkaitan kandungan sesuatu mata pelajaran dan tidak terhad kepada buku teks sahaja. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang mencapai matlamat kurikulum bergantung kepada banyak faktor, samada yang terdapat pada guru, pada pelajar mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah (Rashidi dan Abdul Razak, 1996).

Menurut Atan Long (1991), untuk mendapatkan pengajaran yang berkesan seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip-prinsip yang tertentu. Guru yang merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat

menyampaikan pengetahuan ataupun kandungan dengan berkesan dalam tempoh yang ditetapkan (Rashidi dan Abdul Razak, 1996). Sekiranya kandungan sesuatu kurikulum itu dapat disampaikan dengan jayanya menurut kehendak objektif yang telah ditetapkan, matlamat suatu kurikulum semestinya dapat dicapai.

Billett (1994) membuat kesimpulan bahawa pembelajaran yang berkesan adalah hasil dari aktiviti yang berkaitan dan bermakna kepada pelajar, dilakukan dalam konteks

(27)

dan suasana yang sesuai; dibimbing oleh pengajar yang terlatih; dan pelajar mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain. Hasil penyelidikan menyokong peranan pembelajaran secara kontekstual (contextual learning) dalam pendidikan akademik dan vokasional. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal (Billett, 1993).

2.2 Pembelajaran Kemahiran

Oleh kerana pekerjaan penting dalam kehidupan manusia, Islam tidak menghalang umatnya mempelajari kemahiran dalam bidang pekerjaan yang dilakukan, asalkan bidang pekerjaan itu diredhai oleh Allah (s.w.t). Menurut Rahman dan Zakaria (1994), dalam usaha mempelajari kemahiran pekerjaan, Ibnu Sinna menegaskan:

“Apabila seseorang anak itu selesai belajar al-Quran, menghafal pokok-pokok bahasa, setelah itu barulah dia mempelajari apa yang akan dilakukan untuk bidang pekerjaannya dan untuk itu dia haruslah diberi petunjuk.”

Di samping mempelajari kemahiran, perhatian juga diberikan kepada minat dan kemampuan pelajar dalam melakukan pekerjaan yang akan dipelajarinya. Kepentingan mempelajari kemahiran pekerjaan juga boleh dipelajari daripada sirah Rasulullah (s.a.w). Semenjak kecil lagi baginda telah dididik menternak kambing, apabila berusia 13 tahun, baginda mempelajari selok-belok perniagaan daripada bapa saudara baginda. Hasil

(28)

Menurut Ahmat (1997), kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan pengetahuan guna tenaga dalam dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan. Dalam kontek kajian ini, kemahiran bermaksud ketrampilan,kecekapan dan berpengetahuan. Ringkasnya, kemahiran

merupakan aspek yang penting bagi melaksanakan tugas dalam bidang pendidikan.

Disamping itu, guru perlu menguasai kemahiran, terutama yang berkaitan dengan melibatkan penggunaan kerja tangan. Guru-guru akan dapat mengajar dengan penuh yakin jika mempunyai ilmu dan kemahiran yang lengkap. Kemahiran dan teknik pengajaran yang baik akan memastikan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dapat ditingkatkan atau dikekalkan (Abdul Razak, 1997).

Menurut Gagne (1985) dalam bukunya The Conditions of Learning

mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses rangsangan. Mengikut teori beliau rangsangan-rangsangan daripada

persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat itu akan ditaksir dalam stor ingatan, kemudian akan dihantar ke stor ingatan jangka

panjang dan kepada penggerak. Kemahiran dijana oleh rangsangan-rangsangan yang diterima oleh pelajar.

Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran kemahiran ialah perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru untuk membuat sesuatu kerja dan ia bertugas dalam perubahan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan perubahan tingkahlaku yang positif sambil individu itu bertindak balas kepada situasi dalam usaha menyesuaikan tingkah laku dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu itu memenuhi minat atau mencapai matlamatnya.

(29)

2.2.1 Pendedahan Kepada Industri

Pendedahan kepada industri boleh dilakukan melalui lawatan atau latihan industri. Kedua-dua aktiviti ini telah diakui oleh guru-guru akademik dan vokasional sebagai cara yang praktikal untuk meningkatkan pengetahunan mengenai alam pekerjaaan. Program ini juga boleh dipanggil sebagai “balik-ke-industri” yang perlu dikendalikan oleh pihak Kementerian, sekolah, instistusi pengajian tinggi, industri dan pihak-pihak lain yang berminat (Ramlee, 1999).

Untuk memenuhi tuntutan ini, partnership atau usahasama antara sekolah serta institusi pengajian tinggi dan industri hendaklah dijalinkan di mana peluang untuk pelajar melihat aplikasi pembelajaran di sekolah dan di institusi pengajian tinggi kepada proses yang berlaku di industri akan meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu karier. Latihan di industri untuk pelajar-pelajar mempunyai beberapa kelebihan seperti: belajar dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar; mendapat bimbingan dari pekerja lain yang

berpengalaman; belajar cara menyelesaikan masalah teknikal yang sebenar dan bukannya hypothetical seperti yang biasanya berlaku di dalam bilik darjah (Kramlee, Ruhizan, Hamdan, 2003).

Menurut Ahmad (1994), di negara- negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun, kolabrasi antara sekolah dan industri memang telah lama terjalin. Justeru itu, perancangan yang rapi dan sistematik diperlukan untuk menarik minat pihak industri untuk sama-sama terlibat dalam usahasama ini.

Ini penting kerana pelajar tidak akan dapat memahami suasana di industri hanya melalui pembelajaran melalui buku. Pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dianggap penting oleh majikan. Penyelidikan

(30)

menunjukan bahawa majikan memilih pekerja yang mempunyai sikap yang positif, bermotivasi, dan mempunyai kemahiran yang sesuai (Custer & Claiborne 1995).

Menurut Kramlee, Ruhizan dan Hamdan (2003) dengan bekerja, belajar, dan bekerjasama antara satu sama lain, guru-guru akademik dan vokasional dapat melihat dan menilai kepentingan usahasama dan kolabratif ini melalui pengajaran berpasukan.

Integrasi akademik dan vokasional juga boleh dilaksanakan secara kolabratif dalam menyediakan tugasan yang dirancang bersama. Contohnya, guru geografi dan guru perdagangan menyediakan tugasan bersama di mana pelajar dikehendaki merancang dan menyediakan aturcara lawatan ke beberapa tempat dengan kos yang terbaik untuk satu pakej pelancongan.

Di samping penglibatan pelajar dalam latihan industri, guru-guru akademik dan vokasional juga perlu menjalani latihan industri terutama guru-guru yang tidak

mempunyai pengalaman bekerja dalam sesuatu industri. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa guru-guru yang menamatkan latihan industri adalah lebih berkesan dalam menghubungkan pengajaran di sekolah dengan alam perkerjaan (Finch 1999; Phelps, Hernandez-Gantes, Sargent, Ettinger, Pribbenow, Castelan & Copa 1998).

Beberapa buah syarikat di Malaysia telah mengadakan usahasama dengan sekolah dan politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (Ahmad 1994). Pihak syarikat menyediakan peralatan, bahan dan tenaga pengajar yang akan berkerjasama dengan guru-guru. Usahasama antara sekolah dan pihak swasta ternyata memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Di bawah adalah beberapa contoh:

1. Proton dan EON telah menyumbang kereta Proton dan injin kepada beberapa buah sekolah teknik dan vokasional sejak tahun 1993.

(31)

2. Toyota menyediakan Makmal Automotif Toyota di salah sebuah Institut Kemahiran MARA.

3. PETRONAS membiayai sebahagian daripada peralatan dan prasarana di Politeknik Sarawak untuk melatih pekerja mahir untuk keperluan syarikat tersebut.

4. Esso Malaysia Inc. menyediakan peralatan kepada beberapa buah Institut Kemahiran Mara untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar.

5. Shell Malaysia Inc. terlibat dalam Project LINK dengan sebuah sekolah vokasional di Miri, Sarawak untuk melatih pelajar dalam bidang kimpalan. 6. Satu program latihan bersama telah diadakan di antara POLIMAS dan

Matsushita Electric Motor (MAEM) untuk melatih pekerja MAEM. 7. Toyota Motor telah menyumbang sistem automatif kepada CIAST untuk tujuan latihan.

2.2.2 Pembelajaran Di Sekolah dan Aplikasinya Di Luar Bilik Darjah

Seseorang guru perlu didedahkan kepada keadaan atau pun situasi sebenar supaya mereka akan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik. Hasil kajian

menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat

diaplikasikan secara praktikal (Billet, 1993). Pendekatan ini memerlukan guru-guru adademik dan vokasional menghubungkan sekolah dengan alam pekerjaan secara kreatif dan produktif (Kramlee, Ruhizan, Hamdan, 2003).

(32)

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Sesuatu penyelidikan yang dijalankan adalah untuk mengesahkan objektif kajian. Menurut Kerlinger (1986), penyelidikan adalah satu usaha menganalisa data melalui kaedah saintifik dengan bertujuan mencari jawapan kepada persoalan masalah kajian yang dijalankan. Oleh itu, kaedah kajian adalah merupakan salah satu faktor penting bagi memperolehi keputusan yang mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan. Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan bagaimana kajian dijalankan dari segi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, cara analisa data dan lain-lain yang berkaitan.

Penyelidikan adalah dianggap sebagai satu proses menyelesaikan masalah melalui perancangan, pengumpulan data, penganalisaan dan penafsiran data secara sistematik dengan mengikut reka bentuk yang tertentu yang difikirkan perlu dan sesuai oleh penyelidik.

(33)

Bab ini akan menghuraikan metodologi kajian yang dijalankan iaitu mengenalpasti persepsi guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan

Oleh itu dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan tentang rancangan bagaimana penyelidikan akan dilakukan berdasarkan perkara-perkara berikut:

a) Reka bentuk kajian b) Populasi dan Sampel c) Instrumen kajian d) Kajian rintis e) Keesahan soal selidik f) Penganalisaan data

3.1 Reka bentuk kajian .

Untuk melakukan kajian ini, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah kajian deskriptif. Pemilihan kaedah ini bertujuan mengetahui persepsi guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang mengikuti kursus kejuruteraan. Kaedah ini

(34)

atau situasi yang sedang berlaku sepertimana guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah yang ditetapkan. Menurut Cates (1985), beliau menyatakan bahawa penyelidikan adalah bermatlamat untuk mengkaji dan menghuraikan individu, kumpulan, situasi atau keadaan yang menarik kepada penyelidik.

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik atau mengkaji fenomena di mana tidak dapat dijangka tapi dapat ditafsirkan melalui dapatan kajian yang akan diperolehi kelak. Kajian deskriptif ini akan melihat persepsi guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam/Elektrik/Jentera) sendiri terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Menurut Mohd Najib (1999), penyelidikan deskriptif ini bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji dan ini selari denagan matlamat kajian ini. Kadangkala sesetengah pihak kurang prihatin dengan apa yang dialami oleh guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar.

Oleh itu, kajian ini akan memperlihatkan dan memperjelaskan lagi situasi yang sedang berlaku terhadap guru-guru pelatih ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian deskriptif ini juga merupakan penyelidikan terhadap sesuatu fenomena dengan menganalisa data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik atau media-media lain (Mohd Najib, 1999). Fenomena yang diselidik boleh juga dikenalpasti dengan membuat perbandingan antara pembolehubah.

(35)

3.2 Populasi dan Sampel

Menurut Abu Hassan (1998), populasi adalah sekumpulan besar unsur-unsur tinjauan – individu, objek, kes, rekod, peristiwa dan sebagainya – yang ditentukan secara teori, di mana mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama..

Sesuatu populasi boleh ditakrifkan sebagai terhad (finite) atau tidak terhad (infinite) bergantung pada sama ada unit pensampelannya terhad atau tidak terhad. Mengikut takrifan, sesuatu populasi terhad mengandungi bilangan unit pensampelan yang boleh dikira. Sebaliknya populasi tidak terhad mengandungi bilangan unit pensampelan yang yang terlalu banyak sehingga tidak mampu untuk mengiranya (Abu Hassan, 1998).

Oleh itu, jenis populasi yang telah dikenal pasti untuk dijalankan kajian ini merupakan populasi terhad kerana bilangan sebenar pelajarnya oleh diketahui.

Persampelan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai beberapa ciri atau sifat bagi populasi terhad biasanya dikenali sebagai pensampelan tinjauan (Abu Hassan, 1998).

Jadual 3.1 : Taburan Populasi dan Sampel Kajian

Bil Kursus Populasi Sampel

1 Lima Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Awam) 36 30

2 Lima Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Elektrik) 28 23

3 Lima Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Jentera) 27 26

(36)

Populasi yang digunakan merupakan pelajar tahun lima jurusan Teknologi Serta pendidikan Kejuruteraan Awam, Elektrik Dan Elektronik dan Mekanikal dari Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Daripada 91 soal selidik yang diedarkan, penyelidik telah menerima 79 set. Menurut Abu Hassan (1998) keadaan ini disebabkan oleh ralat di mana responden tidak memberi sebarang respon (nonrespon). Nonrespon bermaksud pemerhatian tidak dapat dijalankan mungkin disebabkan oleh sampel yang dipilih tidak mahu terlibat dalam penyelidikan, responden tidak dapat dikesan (misalnya tiada di rumah), borang soal selidik yang diberi telah hilang, tidak mengembalikan borang soal selidik dan sebagainya. Aras keyakinan saiz sampel yang diperlukan berada pada aras 95%.

3.3 Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik dalam usaha untuk meninjau persepsi pelajar pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang diberikan kepada responden. Penggunaan soal selidik bertujuan untuk memudahkan penyelidik untuk menganalisis data yang diperolehi. Soal selidik dibentuk berdasarkan objektif kajian yang dibentuk. Menurut Abu Hassan (1998), kaedah soal selidik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya bias akibat daripada sifat peribadi dan kemahiran penyelidik.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat dan mengumpul data. Ianya dapat menjawab

(37)

persoalan-persoalan kajian. Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam kajian deskriptif (Colombo Plan Staff College for Technical Education, 1984). Kaedah soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden kerana pengambilan masa untuk mendapatkan maklumat adalah minimum dan mudah diuruskan.

Namun, ianya memerlukan beberapa langkah yang perlu diambil untuk

mendapatkan maklumbalas yang positif daripada responden dalam jangka waktu yang tertentu iaitu :-

i. Responden yang menjawab soal selidik hendaklah secara ikhlas, jujur dan sukarela.

ii. Soal selidik yang diberikan kepada responden hendaklah jelas dan mudah difahami.

iii. Responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk menjawab setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik

tersebut.

Soal selidik yang dibuat oleh pengkaji mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 4 item iaitu berkaitan biodata responden iaitu jantina, bangsa, kursus dan jenis sekolah semasa latihan mengajar. Bahagian B pula terdiri daripada 20 item berkaitan dengan persepsi bakal guru tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap penggunaan bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Responden hanya perlu membulatkan mana-mana jawapan yang difikirkan sesuai pada setiap item yang terdapat dalam soal selidik tersebut. Dengan menggunakan teknik ini akan membolehkan pengkaji memperolehi data atau maklumat yang tepat seperti yang dikehendaki (Borg dan Gall, 1979).

(38)

Kaedah yang digunakan pada bahagian ini menggunakan skala ‘Likert’ yang mempunyai 5 pilihan jawapan di mana responden dikehendaki memilih jawapan dari satu kontinum (ekstrem ke ekstrem). Responden perlu memberikan pendapat atau pandangan dengan menandakannya pada bahagian kaedah skala ‘Likert’ samada bersetuju atau tidak berdasarkan skala pemeringkatan yang mempunyai lima aras yang berbeza iaitu daripada ekstrem negatif kepada ekstrem positif seperti berikut :-

Jadual 3.2 : Pemilihan Tahap Jawapan Responden 1 Sangat tidak setuju STS

2 Tidak setuju TS

3 Tidak pasti TP

4 Setuju S

5 Sangat setuju SS

Bahagian B dalam soal selidik ini mengandungi 20 item soalan yang dibina sendiri dan ada yang mendapat pandangan dan buah fikiran daripada rakan-rakan serta bimbingan daripada pensyarah pembimbing.

Jadual 3.3 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian

Persoalan Kajian No. Item Jumlah Item Persoalan Kajian 1: Pengetahuan 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 17, 18, 19 10 Persoalan Kajian 2: Kemahiran 1, 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15, 16, 20 10 Jumlah 20

(39)

3.4 Kesahan Soal selidik

Soal selidik yang telah dibina perlu disahkan. Pengesahan soal selidik perlulah dilakukan oleh mereka yang arif tentang pembinaan soal selidik. Antara aspek yang ditekankan dalam pembinaan soal selidik ialah format penulisan, struktur ayat dan maksud yang jelas bagi setiap item. Dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan pengesahan soal selidik melalui seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

3.5 Kajian Rintis

Kajian ini dilakukan untuk memeriksa sejauh manakah responden memahami soalan yang dikemukakan iaitu satu kaedah biasa untuk menilai kebolehpercayaan dan keesahan soalan yang dibina. Sebenarnya, setiap soalan yang dibina akan mengalami masalah dari segi bahasa dan struktur ayat serta maksudnya dalam set soalan selidik.

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku daripada penyelidikan yang sebenar, penulis telah memilih 5 orang secara rawak yang terdiri daripada responden yang bukan sampel kajian untuk menjawab item-item soal selidik sebagai pemeriksaan.

Keesahan dan kebolehpercayaan soal selidik diproses dengan menggunakan perisian SPSS 14.0. Nilai alpha cronbach yang diperolehi adalah 0.856 dan nilai ini berada pada tahap keesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi (Najib Ghafar, 1998).

(40)

3.6 Analisis Data

Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS for windows (Statistical Packages For Social Sciences). Keputusan kajian akan ditunjukkan dengan menggunakan jadual.

Dalam kajian ini, setiap pernyataan soalan adalah mengikut Skala Likert.

Jadual 3.4 : Taburan Skor Mengikut Skala Likert

Skala Skor 1 Amat Tidak Setuju (ATS)

2 Tidak Setuju (TS) 3 Tidak Pasti (TP)

4 Setuju (S)

5 Amat Setuju (AS)

Skala yang paling tinggi adalah skala 5 yang menyatakan responden sangat setuju dengan kenyataan pernyataan soalan yang diajukan. Skala 3 menyatakan tidak pasti dan skala terendah iaitu skala 1 yang bermaksud pernyataan sangat tidak setuju.

Bagi tujuan kajian ini, penulis mengkelaskan skala permeringkatan Likert kepada tiga kategori sahaja iaitu sangat setuju dan setuju sebagai kategori setuju (S). tidak pasti sebagai kategori tidak pasti (TP), tidak setuju dan sangat tidak setuju pula sebagai kategori tidak setuju (TS).Pengkelasan Skala Likert dilakukan dengan tujuan untuk

(41)

mengumpul dan memproses data-data yang diperolehi dalam dua keadaan utama iaitu setuju dan tidak setuju sahaja.

Menurut Majid (1994), pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data-data yang

diperolehi daripada soalan merupakan data mentah dan seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu serta maklumat yang berguna.

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science for Window Release 14.0 (SPSS/PC+). Kaedah yang digunakan untuk

memproses data-data yang diperolehi adalah berdasarkan kepada kekerapan dan peratusan serta bagi mendapatkan nilai min.

Menurut Majid (1994), yang menyatakan bahawa meskipun fakta adalah hak semua orang, namun tafsiran terhadap fakta adalah hak individu pengkaji. Untuk membuat penilaian, pengkaji telah mengkategorikan penilaian responden dalam setiap pembolehubah pada tahap tertentu.

Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan terhadap soalan-soalan yang diedarkan. Mereka hanya perlu membulatkan jawapan yang terdapat di hujung setiap pernyataan. Tanggapan responden diukur dengan menggunakan skala ‘Likert’. Skala ini mengandungi lima peringkat yang perlu dipilih oleh responden.

Bagi memudahkan proses menganalisa data, pengkaji telah membuat

pembahagian dari skala ‘Likert’ lima mata kepada tiga mata sahaja. Kaedah ini sering digunakan oleh pengkaji bagi memudahkan penyelidik membuat pemberatan bagi setiap

(42)

kategori yang diukur atau membandingkannya dengan data lain (Abu Hassan, 1997). Ia bertujuan untuk memudahkan pentafsiran terhadap dapatan yang diperolehi. Berikutan itu, pengkaji telah mengkelaskan skala ‘Likert’ lima mata kepada tiga mata. Ianya adalah seperti berikut :-

Jadual 3.5 : Perubahan Skala Likert Kepada Skala 3 Peringkat

Skala 5 Point Tahap Peringkat

3.68 – 5.00 3 Tinggi

2.34 – 3.67 2 Sederhana

1.00 – 2.33 1 Rendah

Berdasarkan kaedah ini, pengkaji telah mengkelaskan skor kepada tiga kategori jawapan iaitu setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Min jawapan setuju diambil kira dengan menjumlahkan peratusan jawapan ‘sangat setuju’ dan ‘setuju’. Min jawapan tidak setuju pula dikira dengan mengambil kira jawapan ‘sangat tidak setuju’ dan ‘tidak setuju’. Min jawapan bagi ‘tidak pasti’, adalah dianggap berkecuali (sederhana).

Item-item pada Bahagian A dianalisa menggunakan penilaian peratusan dan frekuensi manakala pada Bahagian B pula akan dianalisa menggunakan peratusan, frekuensi dan min bagi keseluruhan item.

Jadual 3.6 : Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

Skor Min Tahap

1.00-2.33 Rendah 2.34-3.67 Sederhana 3.68-5.00 Tinggi

(43)

BAB IV

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan

Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan segala analisis data yang telah dianalisa berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang diedarkan. Sejumlah 70 borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar tahun 5 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik & Elektronik dan Jentera) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Analisis soal selidik ini adalah untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap penggunaan bahan bantu mengajar bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Package For Science Social (SPSS 14.0) bagi menganalisis segala data yang diperolehi. Bagi persoalan kajian berikutnya, analisis dibuat berdasarkan kepada kaedah yang telah dijelaskan dalam bahagian tiga.

(44)

4.1. Analisis Bahagian A

Bahagian ini mengandungi empat soalan berkaitan dengan maklumat latar belakang responden. Soalan-soalannya merangkumi kursus, jantina, bangsa serta jenis sekolah yang ditempatkan semasa latihan mengajar. Analisis data yang diperolehi ditunjukkan dalam bentuk frekuensi (f) dan peratusan (%).

4.1.1 Kursus

Jadual 4.1 : Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kursus

Kurus Frekuensi (f) Peratus (%)

SPA 30 38.6 SPE 23 28.6 SPJ 26 32.9 Jumlah 79 100

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut aliran kursus. Seramai 30 orang responden terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) iaitu 38.6%. Seramai 23 orang responden pula terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) iaitu 28.6%. Selebihnya pula ialah responden yang terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) dengan bilangan seramai 26 orang iaitu bersamaan 32.9%.

(45)

4.1.2 Jantina

Jadual 4.2 : Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina

Jantina Frekuensi (f) Peratus (%)

Lelaki 32 40

Perempuan 47 60

Jumlah 79 100

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut bilangan dan peratus mengikut jantina. Berdasarkan jadual responden yang terdiri daripada lelaki ialah seramai 32 orang iaitu 40% dan bilangan perempuan pula seramai 47 orang iaitu 60%. Ini

menunjukkan bilangan perempuan lebih ramai berbanding lelaki dengan perbezaan sebanyak 20%. Jumlah keseluruhan responden ialah 70 orang.

4.1.3 Bangsa

Jadual 4.3 : Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa

Bangsa Frekuensi (f) Peratus (%)

Melayu 48 61.4 Cina 18 22.9 India 7 8.6

Lain-lain 6 7.1

(46)

Jadual 4.3 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratus mengikut bangsa. Berdasarkan jadual ini, seramai 48 orang responden berbangsa Melayu iaitu 61.4% dan di ikuti dengan 18 orang berbangsa cina (22.9%), 7 orang berbangsa India (8.6%) dan 6 orang berbangsa lain-lain (7.1%). Ini menunjukkan majoriti responden adalah berbangsa melayu dengan bilangan lebih daripada separuh jumlah responden.

4.1.4 Sekolah Semasa Latihan Mengajar

Jadual 4.4 : Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jenis Sekolah Semasa Latihan Mengajar

Jenis Sekolah Frekuensi (f) Peratus (%)

SMT 29 37.1 SMA 9 11.4 SMK 41 51.4

Jumlah 79 100

Jadual 4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden dan mengikut jenis sekolah yang responden jalani semasa latihan mengajar. Sebanyak 29 orang responden iaitu 37.1% menjalani latihan mengajar di sekolah jenis Sekolah Menengah Teknik (SMT). Bagi sekolah jenis Sekolah Menengah Agama (SMA) pula hanya 9 orang responden iaitu 11.4% menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut. Responden paling ramai menjalani latihan mengajar di sekolah jenis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan bilangan seramai 41 orang responden iaitu 51.5%.

(47)

4.2 Analisis Bahagian B

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1

Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

Pada aspek ini perkara utama yang ingin dikenalpasti dari kajian yang telah dijalankan adalah untuk melihat apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Jadual 4.5 : Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan

TS TP S No Item

f % f % f % Min

2

Saya yakin isi pelajaran yang terkandung dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari dapat meningkatkan

pengetahuan pelajar

29 37.1 3 4.3 47 58.6 3.43

4

Saya memberi maklumat terkini tentang isi pelajaran yang diajar

15 18.6 3 4.3 61 77.1 4.17

6 Saya sering mengaitkan isi

(48)

dengan situasi sebenar

8

Saya menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan

17 21.4 3 4.3 59 74.3 4.06

10

Saya mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan

tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan.

26 32.9 2 2.9 51 64.3 3.63

12

Pelajar dibawa melawat industri yang berkaitan bagi membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar

15 18.6 3 4.3 61 77.1 4.17

14 Pelajar mudah menguasai isi

pelajaran yang disampaikan 21 27.1 0 0.0 58 72.9 3.91

17

Saya dapat menerangkan kepada pelajar mengenai subjek kejuruteraan dengan lancar

50 62.8 3 4.3 26 32.9 2.40

18

Saya boleh menunjukkan contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul.

32 40.0 7 10.0 40 50.0 3.20

19

Saya memerlukan buku teks atau buku rujukan ketika saya menyampaikan pengajaran.

17 21.4 8 10.0 54 68.6 3.94

Purata 34.9 4.7 60.4 3.51

(49)

Berdasarkan jadual 4.5 item 2 menyatakan responden yakin isi pelajaran yang terkandung dalam kursus kejuruteraan dapat meningkatkan pengetahuan responden menunjukkan bahawa 58.6% (47 orang) responden bersetuju, 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dan 37.1% (29 orang) responden tidak setuju. Min bagi item ini adalah 3.43.

Bagi item 4 yang menyatakan responden memberi maklumat terkini tentang isi pelajaran yang diajar, didapati sebanyak 77.1% (61 orang) responden bersetuju dengan penyataan tersebut, 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dan 18.6% (15 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 4 adalah 4.17.

Berhubung dengan item 6 iaitu responden sering mengaitkan isi pelajaran kepada pelajar dengan situasi sebenar, sebanyak 28.6% (23 orang) responden bersetuju, 2.9% (2 orang) responden tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Manakala 68.6% (54 orang) responden menyatakan tidak setuju dengan pernyataan item 6. min bagi item ini adalah 2.20.

Mengenai item 8 yang menyatakan responden menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan, didapati bahawa 74.3% (59 orang) responden bersetuju dan 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dengan

penyataan tersebut. Manakala 21.4% (17 orang) responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Min bagi item ini adalah 4.06.

Seterusnya mengenai item 10 yang menyatakan responden mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan. Didapati daripada item 10, 64.3% (51 orang) responden bersetuju dengan penyataan tersebut, 2.9% (2 orang) responden tidak pasti manakala 32.9% (26 orang) responden tidak bersetuju dengan item 10. Min bagi item ini adalah 3.63.

(50)

Kenyataan item 12 iaitu responden dibawa melawat industri yang berkaitan bagi membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar, didapati bahawa 77.1% (61 orang) responden bersetuju dengan dengan item 12, 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dan 18.6% (15 orang) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item ini adalah 4.17.

Sebanyak 72.9% (58 orang) responden bersetuju dengan item 14 yang menyatakan responden mudah menguasai isi pelajaran yang disampaikan dan 27.1% (21 orang)

responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item ini adalah 3.91.

Berkenaan dengan item 17 yang meyatakan responden dapat menerangkan kepada pelajar mengenai subjek kejuruteraan dengan lancar, didapati sebanyak 32.9% (26 orang) responden bersetuju dan 4.3% (3 orang) responden tidak pasti. Manakala 62.8% (50 orang) responden menyatakan tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 2.40.

Dalam item 18 menyatakan responden boleh menunjukkan contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul. Didapati sebanyak 50.0% (40 orang) responden bersetuju dengan item 18. 10% (7 orang) responden tidak pasti manakala 40% (32 orang) responden tidak bersetuju. Min bagi item ini adalah 3.20.

Bagi item terakhir iaitu item 19 iaitu responden memerlukan buku teks atau buku rujukan ketika saya menyampaikan pengajaran, didapati sebanyak 68.6% (54 orang) responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. 10.0% (8 orang) lagi tidak pasti dan 21.4% (17 orang) responden pula tidak bersetuju dengan item 19. Min bagi item ini

(51)

adalah 3.94. Bagi persoalan kajian pertama ini, purata min yang diperolehi adalah 3.51 iaitu berada pada paras sederhana. Jumlah peratus responden yang bersetuju adalah 60.4%

4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2

Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

Pada aspek ini perkara utama yang ingin dikenalpasti dari kajian yang telah dijalankan adalah untuk melihat apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Jadual 4.6 : Kemahiran Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan

TS TP S No Item

f % f % f % Min

1

Saya akan menunjukkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri.

23 28.6 0 0.0 56 71.4 3.86

3.

Latihan dan kemahiran yang diberikan dalam kursus kejuruteraan ini dapat

digunakan jika bekerja dalam industri.

67 84.3 4 5.7 8 10.0 1.51

(52)

kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran

7.

Saya dapat meningkatkan kemahiran mengendalikan mesin dan peralatan menerusi modul yang disediakan.

63 80.0 7 8.6 9 11.4 1.63

9.

Pelajar didedahkan dengan latihan atau kemahiran yang menyerupai situasi sebenar.

67 84.3 4 5.7 8 10.0 1.51

11.

Pelajar didedahkan dengan kemahiran kejuruteraan bagi membantu mereka dalam bidang industri nanti.

65 82.9 7 8.6 7 8.6 1.51

13.

Pelajar diberikan kemahiran menggunakan mesin-mesin sebenar yang menyerupai suasana tempat kerja.

68 85.7 0 0.0 11 14.3 1.57

15.

Pelajar dikehendaki membuat projek menggunakan

kemahiran yang telah diajar.

21 27.1 9 11.4 49 61.4 3.69

16.

Pelajar digalakkan menggunakan kemahiran berkomunikasi semasa membuat latihan amali.

64 81.4 3 4.3 12 14.3 1.66

20.

Saya memerlukan pembantu bengkel untuk membantu saya menggunakan peralatan kejuruteraan.

16 20.0 20 25.7 43 54.3 3.69

63.3 7.14 29.6 2.32

(53)

Berdasarkan jadual 4.6 dalam item 1 yang menyatakan responden akan

menunjukkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri. Seramai 71.4% (56 orang)responden bersetuju dengan penyataan tersebut. Manakala 28.6% (23 orang) lagi tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Min bagi item 1 adalah 3.86.

Bagi menjelaskan item 3 iaitu latihan dan kemahiran yang diberikan dalam kursus kejuruteraan ini dapat digunakan jika bekerja dalam industri, didapati sebanyak 10% (8 orang) responden bersetuju dan 5.7% (4 orang) responden tidak pasti. Manakala 84.3% (67 orang) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 3 adalah 1.51.

Berhubung dengan item 5 iaitu responden menerangkan langkah kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran, didapati sebanyak 40% (32 orang) responden bersetuju dengan item 5. 1.4% (1 orang) responden tidak pasti manakala 58.6% (46 orang) tidak bersetuju. Min bagi item 5 adalah 2.62.

Dalam item 7 yang menyatakan responden dapat meningkatkan kemahiran

mengendalikan mesin dan peralatan menerusi modul yang disediakan. Sebanyak 11.4% (9 orang) responden bersetuju. 8.6% (7 orang) responden tidak pasti manakala 80.0% (63 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 7 adalah 1.63.

Kenyataan dalam item 9 iaitu responden didedahkan dengan latihan atau kemahiran yang menyerupai situasi sebenar, didapati sebanyak 10.0% (8 orang) responden bersetuju, 5.7% (4 orang) responden tidak pasti manakala 84.3% (67 orang) tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 9 adalah 1.51.

(54)

Seterusnya mengenai kenyataan responden didedahkan dengan kemahiran kejuruteraan bagi membantu mereka dalam bidang industri nanti dalam item 11 didapati 8.6% (7 orang) responden setuju dan 8.6% (7 orang) tidak pasti. Manakala selebihnya iaitu 82.9% (65 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 11 adalah 1.51.

Sebanyak 14.3% (11 orang) responden setuju dengan item 13 iaitu responden diberikan kemahiran menggunakan mesin-mesin sebenar yang menyerupai suasana tempat kerja. Manakala 85.7% (68 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 13 adalah 1.57.

Bagi item 15 iaitu responden dikehendaki membuat projek menggunakan

kemahiran yang telah diajar, didapati bahawa 61.4% (49 orang) responden setuju dengan pernyataan tersebut. Manakala 11.4% (9 orang) responden tidak pasti dan 27.1% (21 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 15 adalah 3.69.

Untuk item 16 iaitu responden digalakkan menggunakan kemahiran

berkomunikasi semasa membuat latihan amali, sebanyak 14.3% (12 orang) responden setuju dengan pernyataan tersebut. 4.3% (3 orang) responden tidak pasti manakala 81.4% (64 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 16 adalah 1.66.

Bagi item terakhir iaitu item 20, 54.3% (43 orang) responden setuju dengan pernyataan responden memerlukan pembantu bengkel untuk membantu saya

menggunakan peralatan kejuruteraan. 25.7% (20 orang) responden tidak pasti manakala 20.0% (16 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 20 adalah 3.69.

(55)

Bagi persoalan kajian kedua ini, purata min yang diperolehi adalah paras rendah iaitu 2.32. Ini menunjukkan secara keseluruhannya responden tidak bersetuju dengan persoalan kajian kedua iaitu. Peratus responden yang tidak bersetuju adalah sebanyak 63.3%.

(56)

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan membuat perbincangan dengan lebih lanjut lagi dan merumuskan maklumat yang diperolehi secara keseluruhan daripada dapatan kajian yang didapati daripada Bab 4. ianya akan menyentuh aspek rumusan, perbincangan dan

cadangan yang menekankan kepada tajuk kajian iaitu ‘Persepsi guru-guru pelatih tahun lima pendidikan teknik dan vokasional terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia’.

Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi memperolehi maklumat yang dikehendaki manakala sampel kajian adalah terdiri daripada 79 orang pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

(57)

Kajian yang dilakukan adalah dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Soalselidik yang digunakan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A yang merangkumi latar belakang responden, Bahagian B yang merangkumi dua persoalan kajian dengan 20 item yang disusun secara rawak.

5.1 Perbincangan Persoalan Kajian

Penyelidik akan memberikan penumpuan yang selanjutnya kepada keseluruhan kajian yang merangkumi dua objektif kajian iaitu :

1. Mengenalpasti tahap persepsi guru pelatih terhadap tahap pengetahuan yang diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

2. Mengenalpasti tahap persepsi guru pelatih terhadap tahap kemahiran yang diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti

(58)

5.1.1 Perbincangan Objektif Pertama : Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Perbincangan objektif kajian pertama ini adalah hasil daripada dapatan kajian yang didapati daripada borang soal selidik bahagian B iaitu apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi mendapati min berada pada tahap sederhana berdasarkan kepada item-item yang berkaitan dengan objektif kajian yang pertama. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan dalam kursus kejuruteraan. Perkara ini disokong oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perutusan beliau sempena sambutan hari kemerdekaan ke 48 tahun 2005, Generasi muda, terutamanya murid-murid adalah harapan negara dan merupakan aset negara yang paling berharga. Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kepakaran dan

kemahiran pelbagai bidang untuk memajukan diri sendiri dan negara.

Majoriti responden yakin dengan item 2 iaitu isi pelajaran yang terkandung dalam kursus kejuruteraan dapat meningkatkan pengetahuan responden walaupun hanya 58.6% responden bersetuju. Pada pendapat pengkaji, modul kursus kejuruteraan yang disediakan kurang meluas yang menjadi faktor keyakinan sebahagian responden terhadap isi

pelajaran kejuruteraan. Ini menyebabkan responden kurang mengaitkan isi pelajaran kepada pelajar dengan situasi sebenar berdasarkan kepada item 6 yang menunjukkan 68.6% responden tidak bersetuju dengan item tersebut.

(59)

Responden mempunyai pengetahuan dalam memberi maklumat terkini tentang isi pelajaran yang diajar kepada pelajar. Ini ditunjukkan dalam item 4 di mana 77.1%

responden bersetuju dan item ini disokong lagi oleh Sulaiman (1997) dengan kenyataan bahawa guru perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang banyak dan terkini, pengetahuan guru terhadap isi pelajaran akan mempengaruhi bagaimana guru menyampaikan isi pelajarannya dengan berkesan dan pelajar dapat mengikuti

pelajarannya dengan penuh minat.

Kenyataan Sulaiman tersebut juga dapat menyokong item 10 berkenaan dengan responden mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan di mana 64.3% responden bersetuju. Pelajar seharusnya tidak bergantung kepada maklumat yang diberikan dan perlu mendapatkannya daripada sumber lai seperti pembacaan majalah, buku selain daripada menonton

televisyen serta mendapatkan jurnal-jurnal serta lawatan ke industri yang berkaitan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal (Billett 1993). Kenyataan ini menyokong kepada item 12 iaitu responden dibawa melawat industri yang berkaitan bagi

membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar di mana seramai 77.1% responden bersetuju. Ini juga disokong oleh Mohd. Salleh (1996), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sepatutnya didedahkan kepada pelbagai sumber maklumat berkaitan kandungan sesuatu pelajaran dan tidak terhad kepada buku teks sahaja.

Ransangan dalam pembelajaran merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam proses pengajaran bagi memastikan pelajar faham isi pelajaran yang disampaikan. Salah satu ransangan yang paling berkesan dapat membantu pelajar

(60)

faham isi pelajaran guru ialah pendedahan kepada situasi sebenar atau tempat kerja. Mengikut Gagne (1985) dalam bukunya The Conditions of Learning mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses

rangsangan. Mengikut teori beliau, rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.

Kenyataan ini menyokong item 18 iaitu responden boleh menunjukkan contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul di mana separuh jumlah responden bersetuju. Teori Gagne juga menyokong kenyataan item 8 iaitu responden menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan, di mana 74.3% responden bersetuju. Teori ini juga turut menyokong item 14.

Kesimpulannya yang boleh dibuat di sini, pelajar mempunyai pengetahuan dalam kursus kejuruteraan. Namun yang demikian, hasil dapatan kajian objektif yang pertama ini didapati tahap pengetahuan pelajar boleh lagi dipertingkatkan dengan

Referensi

Dokumen terkait

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh guru pelatih 3SPM dan 3SPT semasa latihan mengajar bagi semester 1, sesi

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu terhadap

Apakah tahap kompetensi pengetahuan (domain kognitif) guru pelatih Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

J. : Seorang guru hendaklah mencari metodologi pen- didikan/pengajaran agar lebih muda diterima siswa dan berhubungan baik dengan siswa agar mereka tidak lari. Bacakan Hadis nabi