PK 07/3
SK. TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2, JOHOR BAHRU MINIT MESYUARAT AJK KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH
Tarikh : 9 April 2013
Hari : Selasa
Masa : 2.30 – 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat STAR 2
Pengerusi : Puan Zalihar Binti Udin
Kehadiran(Bilangan) : 28/31 1) Puan Norpisah Binti Ibrahim 2) Puan Rafiah Binti Abdullah 3) Puan Nur Azuaa Binti Rofik 4) Puan Zalihar Binti Udin 5) Encik Adam Bin Sahimin 6) Puan Anisah Binti Wahab
7) Encik Anuar Musyaddad Bin Lukman 8) Puan Chan Cheng Chin
9) Puan Diong King Hong
10) Encik Jagdev Singh A/L Gurcharan Singh 11) Cik Noor Akmar Binti Hamdan
12) Encik Mohd Fairus Bin Zakaria 13) Puan Noor Safizah Binti Ahmad Nazri 14) Puan Nur Amalina Binti Mohd Sadni 15) Puan Packia Mary Das A/P Sauwariyar 16) Puan Rashidah Binti Ismail
17) Puan Sem Wai Han 18) Cik Bojeeswari A/P Bosan 19) Puan Syazila Ana Binti Md Sabri 20) Encik Zulkifli Binti Mamat
21) Encik Muhamad Rosleezan Bin Arisan 22) Cik Diviyalakshme A/P Damudaren 23) En Mohd Fadzrol Bin Pathil
24) Encik Ruzaimi Bin Abdullah
25) Puan Che Sharifah Binti Che Mansor
26) Encik Wan Mohammad Kamel bin Wan Ismail 27) Cik Ummi Khalidah Binti Salleh
28) Puan Wardiah Bt Salleh Tidak Hadir :
1) Encik Anuar Bin Bejo – Bertugas Pegawai MSSDJB 2) Encik Adam Bin Sahimin – Kursus
1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI : PN ZALIHAR BT UDIN
1.1
Puan Zalihar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. 2 KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH 20132.1 Puan Zalihar memaklumkan kejohanan merentas desa peringkat sekolah akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 20 April 2013 (Sabtu)
Masa : 07.30 – 10.30 pagi.
Perasmian : Puan Norpisah binti Ibrahim
Guru Besar, SK Temenggong Abdul Rahman (2)
Tempat : Persekitaran Jalan Abdul Rahman Andak, Jalan Ariffin dan Jalan Yahya Awal.
Jarak : 1.5 kilometer
2.2 Penyertaan terbuka kepada semua murid tahun 3,4, 5 dan 6. 2.3 Pembahagian hadiah adalah seperti berikut:
JOHAN
: Medal.
NAIB JOHAN
: Medal.
KETIGA
: Medal.
KEEMPAT hingga KE-10 : Medal.
Tindakan: Semua guru
3 PELANTIKAN AJK DAN PEMBAHAGIAN TUGAS
3.1 Puan Zalihar membentangkan senarai AJK dan tugas yang ditetapkan. Senarai AJK adalah seperti berikut :
PENGERUSI :
PN.NORPISAH BINTI IBRAHIM GURU BESAR
SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN (2) NAIB PENGERUSI :
PN.ZALIHAR BINTI UDIN GPK KOKURIKULUM TIMBALAN PENGERUSI : PN.RAFIAH BINTI ABDULLAH GPK KURIKULUM DAN PENTADBIRAN
PN.AZUAA BINTI ROFIK GPK HAL EHWAL MURID
SETIAUSAHA :
3.2 En Wan Mohd Kamel menerangkan tugas setiap Ajk adalah seperti berikut:
JAWATANKUASA NAMA BIDANG TUGAS
MINIT MESYUARAT DAN LAPORAN
EN.WAN MOHD KAMEL - Menyediakan surat
edaran
- Membuat laporan selepas pertandingan - Menulis minit mesyuarat. BUKU PROGRAM
JURUGAMBAR PN SYAZILA ANAEN ADAM - Menyiapkan bukuprogram sebelum pertandingan
- Mengedarkan buku program kepada semua guru
- Merakam gambar semasa pertandingan
HADIAH /SIJIL PN.PACKIA MARY
PN SEM WAI HAN EN HADZIR
CIK BOOJESWARI
- Menguruskan hadiah sebelum dan semasa pertandingan
- Memastikan hadiah mencukupi
- Mendapatkan senarai nama penuh murid daripada Setiausaha sukan
- Menaip nama murid di atas sijil .
PERALATAN/TEKNIK EN JAGDEV SINGH
EN RUZAIMI
EN WAN MOHD KAMEL
- Menyediakan borang yang berkaitan.
- Menyediakan peralatan yang mencukupi
sebelum acara bermula.( bendera kecil ,wisel, payung, meja pencatat , 2 buah heller)
MINUMAN MURID DAN GURU
PN NUR AMALINA CIK DIVIYA
- Menyediakan air mineral untuk murid-murid
dan guru.
- Mengedarkan minuman kepada murid-murid dan guru.
dan menyelia fungsinya.
- Pastikan bateri masih boleh digunakan PERTOLONGAN CEMAS/ KEBERSIHAN PN NOOR SAFIZAH EN FADZROL 4 ORANG MURID PBSM -Memastikan semua alatan kecemasan lengkap -Memberi bantuan
kecemasan segera jika diperlukan pada hari pertandingan.
-Menyediakan plastik
sampah dan letakkan di tempat yang sesuai. -Memastikan kebersihan kawasan padang dan sekolah
JURUACARA PN ANISAH - Mengendalikan majlis di
dewan dan
sewaktu penyampaian hadiah kepada
pemenang di dewan .
AJK PELEPAS EN ANUAR BEJO - Memastikan kelancaran
pelepas pada hari pertandingan.
- Memastikan peserta berlepas dalam
keadaan yang betul dan selamat.
AJK PENAMAT PN CHAN – THN 6
PN ANISAH -THN 5 CIK UMMI - THN 4 PN CHE’ SARIFAH – THN 3
- Memeriksa murid yang menang
mempunyai “ Token Check Point”
nombor 3 dan nombor 8. Jika tiada token
dikira batal.
- Menyediakan kad kecil nombor 1 hingga
20 untuk diberi kepada murid yang
menang bagi setiap murid Tahun 3, 4, 5 dan 6.
- Mengarahkan murid yang menang
mendaftar nama kepada AJK Pencatat.
AJK PENCATAT PN DIONG –THN 6 PN SYAZILA –THN 5 PN PACKIA MARY – THN 4
PN SEM WAI HAN – THN 3
- Mencatat nama pemenang dan
mengambil dari tempat 1 hingga 20 - Menulis nama pemenang mengikut umur. - Ketua mengumpulkan keputusan dan
buat 2 salinan fotostat. Serahkan kepada
juruacara dan bahagian hadiah.
AJK KAWALAN DAN KESELAMATAN MURID EN JAGDEV EN ANUAR MUSYADDAD SEMUA GURU - Memastikan semua murid berada dalam
keadaan terkawal semasa perhimpunan - Mengawal murid sebelum dan selepas larian
- Mengawal murid sebelum acara penutup di dewan.
MOTOSIKAL PENGIRING EN ADAM EN SYAHIR
- Mengiring murid di depan sekali dengan
membawa bendera untuk setiap larian .
KERETA PERONDA EN MOHD FAIRUS - Membawa guru bertugas
check point
yang tiada kenderaan pergi balik.
- Membawa murid sakit atau cedera balik
ke sekolah.
- Membawa murid yang tertinggal
di belakang balik ke sekolah.
AJK PENGELOLA
PENERIMA HADIAH PN CHE’ SARIFAHPN CHAN PN NUR AMALINA CIK NOOR AKMAR
- Mengumpul murid yang menang mengikut tahun. - Memastikan murid-murid bersedia untuk menerima hadiah. - Mengawal disiplin mereka.
AJK CHECK POINT CP 1 EN ZULKIFLI CP 2 CIK BOOJESWARI CP 3 EN RUZAIMI ( Beri token) CP4 ROSLEEZAN CP 5 EN ANUAR M CP 6 EN FADZROL CP 7 PN WARDIAH CP 8 PN RASIDAH ( Beri token) CP 9 EN Wan KAMEL
- Mengawal murid larian merentas desa
dengan wisel dan bendera.
- Memastikan murid berlari dengan selamat - Memberi token untuk ”check point”nombor 3 dan nombor 8 kepada semua murid
larian merentas desa yang lalu.
BACAAN DOA EN MOHD FADZROL - Menyediakan teks
bacaan doa.
- Mengetuai bacaan doa. 3.3 Puan Zalihar berharap semua guru dapat bersedia awal dengan tugasan yang telah diberikan.
Tindakan: Semua guru
4 PERATURAN PERTANDINGAN
4.1 En Wan Mohd Kamel menerangkan tentang peraturan pertandingan yang akan dijalankan.
4.2 Peraturan-peraturan pertandingan adalah seperti berikut: 4.2.1 Pendaftaran peserta
Setiap peserta hanya dibenarkan mendaftar mengikut kategori masing-masing
4.2.2 Susunan aturcara Merentas Desa
07.30 pagi - Semua murid berkumpul di dewan.
- Guru kelas mengambil kedatangan murid.
08.00 pagi - Bacaan doa.
- Senaman memanaskan badan.
08.20 pagi - Guru bergerak ke tempat ‘check
point’.
08.30 pagi - Acara larian bermula.
09.20 pagi - Rehat
09.45 pagi - Murid berkumpul di dewan untuk
upacara
penyampaian hadiah.
10.25 pagi - Nyanyian lagu Negaraku.
10.30 pagi - Bersurai.
4.2.3 Kelewatan
Hanya 10 minit sahaja akan diberi kepada peserta yang lewat. Selepas tamat masa tersebut tanpa surat tunjuk sebab yang
munasabah secara bertulis oleh peserta, maka peserta ini dikira tidak mengambil bahagian.
4.2.4 Pakaian peserta
Murid-murid adalah digalakan memakai pakaian sukan mengikut rumah sukan masing-masing.
4.2.5 Sistem pertandingan
Setiap peserta mestilah mengikut laluan yang telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing.
Di sepanjang laluan terdapat “9 check point” bagi memastikan setiap peserta mengikuti laluan yang betul.
Di sepanjang laluan, peserta dikehendaki mengambil “Token bernombor 3 & 8” yang telah disediakan oleh pengelola di “check point” yang telah ditetapkan sebagai bukti melalui laluan betul. Peserta dibenarkan berlari atau berjalan sepanjang aktiviti ini. Peserta akan dilepaskan serentak mengikut kategori yang telah
ditetapkan oleh pengelola.
Peserta yang gagal mematuhi peraturan dan telah menang akan diisytiharkan terkeluar dari senarai pemenang.
4.2.6 Cara menentukan keputusan
Pengadil akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola di setiap laluan yang ditetapkan.
Peserta yang sampai dahulu di garisan penamat dan mempunyai “token bernombor 3 & 8” mengikut laluan yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang.
4.2.7 Kiraan Mata
Setiap murid yang menyertai acara larian merentas desa 2013 akan menyumbang 1 mata kepada setiap rumah sukan yang diwakili.
Johan = 10 mata
Naib Johan = 8 mata
Ketiga = 6 mata
Ke - 4 hingga ke - 10 = 4 mata
Ke - 11 hingga ke – 20 = 2 mata 4.2.8 Perkara-perkara yang tidak dinyatakan
Jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan di dalam peraturan ini,Jawatankuasa Pengelola berhak memberikan keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.
4.3 En Wan Kamel meminta guru-guru untuk tidak memaksa murid-murid yang sudah kepenatan untuk meneruskan larian. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas murid tersebut.
Tindakan : Semua guru 5 HAL –HAL LAIN
5.1 Puan Zalihar berharap guru-guru dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
5.2 Puan Zalihar juga mengingatkan guru-guru agar sentiasa menjaga keselamatan terutama murid-murid yang menyertai acara merentas desa ini.
6 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,
... ……...……
(MUHAMAD ROSLEEZAN BIN ARISAN) (ZALIHAR BINTI UDIN)
Penolong Setiausaha, GPK Kokurikulum
Unit Kokurikulum SK Temenggong Abdul Rahman SK Temenggong Abdul Rahman (2), Johor Bahru.
Johor Bahru.
Disahkan Oleh,
... (NORPISAH BINTI IBRAHIM)
Guru Besar, SK Temenggong Abdul Rahman (2), Johor Bahru.