• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ilmiah Sintaksis ( Frasa Adjektif)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ilmiah Sintaksis ( Frasa Adjektif)"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pengenalan Frasa Adjektif

Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau kata adjektif sebagai intinya (Nik Safiah Karim et.al, 1993:385). Inti frasa adjektif boleh terdiri daripada sepatah kata adjektif atau dua patah kata adjektif yang berfungsi sebagai predikat ayat.

Contoh ayat:

i.

Model itu sangat cantik.

ii.

Ali seorang anak yang rajin.

iii.

Ali seorang yang baik dan rajin.

1.1 Binaan frasa adjektif

Inti frasa adjektif boleh terdiri daripada binaan satu perkataan atau binaan dua perkataan. Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan boleh dalam bentuk kata tunggal, kata terbitan atau kata ganda.

Contoh ayat:

i.

Perempuan itu cantik (kata tunggal)

ii.

Kecantikan model itu tiada tandingannya (kata terbitan).

iii.

Anak Pak Hamid semuanya pandai-pandai (kata ganda).

Binaan frasa adjektif terdiri daripada kata adjektif atau dikenali juga sebagai kata sifat. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului oleh kata penguat. Dalam bahasa Melayu kata adjektif digolongkan kepada sembilan jenis iaitu berdasarkan kepada kriteria makna. Sembilan golongan kata adjektif . antaranya ialah kata adjektif sifatan atau keadaan. Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Contohnya kurus, cantik, bodoh dan sebagainya. Contoh ayat frasa adjektif ialah:

i.

Ali seorang murid yang pandai di sekolahnya.

ii.

Model itu cantik dan kurus.

(2)

Kata adjektif warna terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna iaitu sebagai unsur keterangan. Contohnya warna putih, hitam, biru, kuning, merah, dan sebagainya. Contoh ayat yang menggunakan frasa adjektif ialah:

i.

Pengantin itu berpakaian sedondon warna kuning.

ii.

Merah warna melambangkan keberanian.

Kata Adjektif Ukuran pula membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan dikenali sebagai kata adjektif ukuran. Contoh kata adjektif ukuran ialah pendek, panjang, kecil, nipis, tebal, tinggi dan sebagainya. Contoh frasa adjektif ialah:

i.

Buku rujukan Sejarah itu sangat tebal.

ii.

Jalan ke Kampung Kota kecil dan sempit.

Kata adjektif jenis bentuk ialah perkataan yang mendukung pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Antara contoh kata adjektif bentuk ialah leper,lonjong, buncit, bundar, bulat dan sebagainya. Contoh ayat:

i.

Gadis bermuka bulat itu kekasih hatinya.

ii.

Bola ragbi berbentuk lonjong.

Kata Adjektif Waktu pula perkataan yang mendukung maksud konsep masa sebagai unsur keterangan dikenali sebagai kata adjektif waktu. Antara contoh kata adjektif waktu ialah awal, lambat, lampau, lewat, lama, dahulu dan sebagainya. Contoh ayat frasa adjektif ialah:

i.

Datuk sering bercerita mengenai masa lampaunya kepada anak cucu.

ii.

Penerbangan ke Bandung dijangka agak lewat.

Kata adjektif jarak ialah perkataan yang membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama. Antara contoh kata adjektif jarak ialah hampir, dekat, jauh dan sebagainya. Contoh penggunaan kata adjektif jarak dalam ayat ialah:

i.

Jarak antara rumah saya dengan sekolah sangat jauh.

ii.

Tembakan yang dilepaskan hampir mengenai kepala penjenayah itu.

Kata Adjektif Cara pula perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam yang berfungsi sebagai penerang kata nama dikenali sebagai kata adjektif cara. Cepat,

(3)

lambat, laju, lincah, deras adalah antara contoh kata adjektif cara. Antara contoh penggunaan kata adjektif jarak dalam ayat ialah:

i.

Air sungai Kelantan mengalir deras ekoran hujan lebat semalam.

ii.

Aksi lincah penari itu memukau para penonton.

Kata Adjektif Perasaan pula perkataan yang mendukung pengertian konsep perasaan dikenali sebagai kata adjektif perasaan. Antara contoh kata adjektif perasaan ialah rindu, benci, marah, cinta, gembira, dan sebagainya. Antara contoh penggunaan kata adjektif jarak dalam ayat ialah:

i.

Ali gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

ii.

Kita mestilah menunjukkan perasaan cinta kepada negara.

Kata Adjektif Pancaindera pula erkataan yang mendukung maksud konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima pancaindera dipanggil sebagai kata adjektif pancaindera. Konsep-konsep ini berfungsi sebagai penerang kata nama dalam sesebuah ayat. Antara contoh kata adjektif pancaindera ialah manis, pahit, cantik, merdu, harum, wangi, busuk, halus, licin dan sebagainya. Antara contoh penggunaan kata adjektif jarak dalam ayat ialah:

i.

Bilik pengantin itu harum semerbak.

ii.

Suara penyanyi itu sangat merdu.

1.2 Aktiviti Pengenalan

Murid-murid menonton video yang ditayangkan dengan teliti. Kemudian, mereka diminta untuk mengeluarkan sehelai kertas dan menyenaraiakn perkataan kata adjektif yang ada dalam video yang ditayangkan tadi. Mereka juga diminta oleh guru untuk memerhatikan rakan di sebelah dan sekeliling kelas, kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kata adjektif yang berkaitan.

(4)

Kata adjektif boleh diperluaskan dengan menggunakan empat jenis perluasan, iaitu frasa adjektif dengan kata penguat, frasa adjektif dengan kata bantu, frasa adjektif dengan frasa sendi nama dan frasa adjektif dengan ayat komplemen.

2.1 Kata Adjektif dengan Kata Penguat

Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan boleh juga terdiri daripada kata adjektif yang disertai unsur penguatnya. Kata penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini boleh hadir atau diletakkan sebelum atau selepas kata adjektif dalam ayat. Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:

a) Kata penguat hadapan - Kata penguat hadapan digunakan di hadapan kata adjektif dalam ayat. Contoh kata penguat hadapan ialah agak, paling dan terlalu seperti yang terdapat dalam ayat berikut:

i. Fikirannya agak buntu apabila memikirkan masalah yang dihadapinya itu. ii. Rumah banglo itu terlalu besar baginya.

iii. Alin adalah pelajar yang paling pintar di dalam kelas itu.

b) Kata penguat belakang - Kata penguat belakang digunakan di belakang kata adjektif dalam ayat. Contoh kata penguat belakang ialah benar, betul, nian dan sekali seperti yang terdapat dalam ayat berikut:

i. Sukar sekali baginya untuk memahami pelajaran yang diajar oleh gurunya itu. ii. Kereta api itu lambat benar.

iii. Istana di atas bukit itu indah nian.

c) Kata penguat bebas - Kata penguat bebas boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat. Contoh kata penguat bebas ialah amat, sangat dan sungguh seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:

(5)

ii. Karangan yang ditulis oleh Nabila panjang sangat. iii. Potongan badan peragawati itu sungguh menarik. iv. Potongan badan peragawati itu menarik sungguh.

v. Pemandangan di pantai itu amat indah. vi. Pemandangan di pantai itu indah amat.

Terdapat dua unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:

i.

Suaranya sungguh amat merdu.

ii.

Perangainya sangat kurang sopan.

iii.

Bisanya terlalu amat pedih.

Dalam penulisan atau binaan ayat, kata penguat hadapan atau kata penguat belakang, kedudukannya tidak boleh diubah. Contohnya:

i. a) Bunyi letupan meriam itu benar kuat. ( Salah ) b) Bunyi letupan meriam itu kuat benar. ( Betul )

ii. a) Baju yang dipakai oleh adik Salim itu besar terlalu. ( Salah ) b) Baju yang dipakai oleh adik Salim itu terlalu besar. ( Betul )

Dalam penulisan atau binaan ayat, kata adjektif hanya boleh menerima satu kata penguat sahaja. Contoh:

a) Jalan raya itu terlalu licin sekali terutama selepas hari hujan. ( Salah ) b) Jalan raya itu terlalu licin terutama selepas hari hujan. ( Betul )

c) Jalan raya itu licin sekali terutama selepas hari hujan. ( Betul )

Dalam penulisan atau binaan ayat, kesalahan menggunakan kata penguat mestilah dielakkan. Antara kesalahan penggunaan kata penguat di dalam ayat adalah seperti berikut:

a)

Kesalahan menggunakan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan ter. Contoh:

(6)

i.

Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi sekali di dalam

kelasnya. (Salah)

ii.

Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi di dalam

kelasnya. (Betul)

b) Kesalahan menggunakan dua kata penguat sekali gus bagi kata adjektif dalam ayat. Contoh:

i. Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan betul

daripada orang ramai. (Salah)

ii. Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan

daripada orang ramai.

(Betul)

iii. Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang menggalakkan betul

daripada orang ramai.

(Betul)

2.1.1 Aktiviti

Guru menyediakan latihan di dalam bentuk powerpoint. Di dalam powerpoint tersebut terdapat sedikit nota berkaitan dengan frasa adjektif dan peluasan kata penguat. Murid-murid boleh membaca nota tersebut dan membuat latihan yang telah disediakan oleh guru di dalam powerpoint tersebut. Murid-murid juga boleh merujuk nota yang telah disediakan di dalam powerpoint untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh guru. Latihan yang disediakan oleh guru adalah berbentuk permainan teka-teki. Latihan di dalam bentuk permainan ini dipilih agar dapat menarik minat murid untuk belajar dan mengingat isi pelajaran dengan mudah. Guru menyenaraikan semua jenis kata penguat dalam keadaan bertaburan tanpa mengkelaskan jenis-jenis kata penguat tersebut. Murid-murid dikehendaki meneka setiap jenis kata penguat tersebut mengikut jenisnya dengan betul. Kemudian murid perlu mengkelaskan setiap kata penguat tersebut di dalam kotak yang telah disediakan mengikut jenis kata penguat tersebut dengan betul. Setelah selesai mengkelaskan kata penguat mengikut jenis-jenisnya, murid boleh meneruskan menyelesaikan aktiviti yang seterusnya berkaitan frasa adjektif. Diharapkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar seperti ini murid dapat memahami isi pelajaran dengan baik dan berkesan.

(7)

Selain daripada mengalami proses perluasan frasa adjektif dengan kata penguat, frasa sendi nama dan ayat komplemen, frasa adjektif juga boleh diperluaskan lagi dengan gabungan kata bantu dan frasa adjektif. Perluasan ini boleh berlaku sama ada di depan atau belakang frasa adjektif bergantung pada binaan dan bentuk sesuatu ayat tersebut.

Kata bantu ialah kata yang tergolong dalam kumpulan prafrasa iaitu kata yang boleh hadir sebelum frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama atau frasa adjektif. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2009), kata bantu ialah kata atau perkataan yang memberi keterangan tentang sesuatu perbuatan atau kata kerja tetapi juga boleh mendukung tugas membantu frasa adjektif. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan juga kata bantu ragam. Kata bantu aspek ialah kata yang menerangkan perbezaan masa dilakukan sama ada masa itu belum berlaku, masih berlaku atau telah berlaku. Contoh perkataan yang tergolong dalam kata bantu aspek ialah akan, belum, sedang, tengah, telah dan juga sudah. Kata bantu ragam pula ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait rapat dengan perbuatan yang dilakukan seperti kata hendak, harus, mesti, boleh dapat, enggan, patut dan mungkin.

Frasa adjektif boleh diperluaskan dengan kata bantu apabila kata atau frasa adjektif itu menjadi frasa inti dalam sesuatu bentuk atau binaan ayat. Kata bantu ini akan hadir sebelum frasa ajektif itu dalam ayat tersebut. Contohnya dalam ayat di bawah:

a) Lelaki itu sudah tua.

b) Budak itu masih nakal.

c) Awak harus cepat.

Di dalam ayat di atas, frasa adjektif tua dan nakal menjadi frasa inti dalam kedua-dua ayat tersebut. Kata bantu sudah, harus dan masih pula hadir sebelum frasa adjektif tersebut dan mendukung tugas membantu menerangkan keadaan atau perbezaan yang berlaku.

Selain itu, kata bantu juga boleh hadir berderetan atau berturutan sebelum frasa adjektif. Kata bantu yang hadir berturutan sebelum frasa adjektif ini terdiri daripada dua kata bantu yang berbeza di antara satu sama lain. Contoh kata bantu yang hadir berderetan sebelum frasa adjektif dalam sesuatu binaan ayat ialah:

a) Berita itu belum tentu benar.

(8)

Kata bantu yang hadir di dalam ayat di atas ialah kata bantu belum, tentu dan juga masih. Kehadiran dua kata bantu dalam sesuatu binaan atau pembentukan ayat ialah sebagai penegas kepada salah satu kata bantu tersebut yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu perkara itu.

Walau bagaimanapun, tidak semua kata bantu akan hadir sebelum frasa adjektif. Terdapat juga kata bantu yang tidak hadir sebelum frasa adjektif. Hal ini demikian kerana, terdapat kata penguat yang mendahului frasa adjektif tersebut. Sekiranya terdapat kata penguat yang hadir sebelum frasa adjektif, maka kata bantu akan berada atau hadir sebelum kata penguat tersebut dan seterusnya diikuti oleh frasa adjektif seperti yang terdapat dalam ayat ini:

a) Kamariah memang paling pandai.

b) Anyaman tidar itu mesti amat teliti.

c) Soalan laihan itu masih agak susah.

2.2.1 Aktiviti

Bagi memudahkan murid-murid memahami subtopik-subtopik yang dibincangkan terutamanya subtopik mengenai proses perluasan ini, maka satu bentuk modul pengajaran direka untuk dijalankan atau digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Selain daripada memudahkan murid-murid untuk memahami subtopik yang diutarakan, penggunaan modul ini juga dapat menarik perhatian mereka dalam memberikan sepenuh perhatian dan fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berlangsung. Modul pengajaran yang digunakan dan direka bagi menerangkan subtopik ini ialah model pengajaran yang berbentuk software atau perisian. Software atau perisian yang digunakan ini ialah perisian dalam bentuk powerpoint. Pengisian yang terdapat dalam perisian ini dibahagikan kepda empat bahagian antaranya ialah mengenai pengenalan dan penerangan serba ringkas mengenai subtopik yang diterangkan, contoh-contoh ayat yang dibina dan dibentuk, latihan atau bahan uji minda dan juga jawapan bagi latihan atau uji minda yang diberikan.

Bahagian pertama dalam perisian ini menerangkan mengenai maksud atau definisi frasa adjektif secara umum dan juga pemberian makna kepada kata bantu. Selain itu, bahagian ini juga menerangkan tentang jenis-jenis kata bantu yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Bahagian kedua pula menerangkan binaan ayat bagi proses perluasan frasa adjektif

(9)

dan kata bantu dan kedudukan kedua-duanya dalam ayat. Manakala, bahagian ketiga pula merupakan bahagian untuk menguji kefahaman pelajar dengan beberapa soalan atau latihan mudah yang bersesuaian dengan subtopik yang dibincangkan. Bahagian keempat pula ialah bahagian yang mengandungi jawapan kepada latihan yang disediakan. Selain daripada menggunakan perisian yang dibina, penggunaan bahan bantu mengajar lain juga turut digunakan. Antara bahan bantu mengajar lain yang digunakan ialah buku teks, bahan maujud dan juga beberapa bahan bantu lain. Penggunaan bahan bantu mengajar ini penting bagi memudahkan murid-murid memahami dengan lebih mendalam lagi terhadap subtopik yang dibincangkan. Selaitu itu, bahan bantu mengajar ini juga dapat mengelakkan guru-guru dan murid-murid daripada tertumpu hanya pada satu bahan sahaja. Tambahan, ia juga dapat membantu guru untuk memvariasikan lagi cara pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Kata Adjektif dengan Frasa Sendi Nama

Frasa adjektif juga dapat diperluaskan dengan frasa sendi nama. Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelangkap kepada kata sendi nama itu. ( Tatabahasa Dewan, 2006: 401). Antara kata sendi nama yang yang sering digunakan dalam Bahasa Melayu ialah akan, daripada, pada dari, kepada, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya.

Rumus : Kata Sendi Nama + Frasa Nama : Frasa Sendi Nama

Frasa adjektif diperluas dengan frasa sendi nama di sebelah kanan. Tugas yang dimainkan oleh frasa sendi nama dalam keadaan ini ialah sebagai keterangan, iaitu berada dalam gatra atau bahagian keterangan ayat. Frasa jenis ini berperanan mendukung mana-mana keterangan bandingan, hal, masa, cara, kekerapan, tujuan, musabab, dan keterangan terhadap. Contohnya:

Peluasan dengan frasa sendi nama sebagai keterangan bandingan:

i.

Budak itu kurus seperti galah.

ii.

Aminah cantik seperti bidadari.

iii.

Dia lebih cantik daripada awak.

(10)

i.

Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran.

ii.

Dia amat sibuk dengan pekerjaannya.

iii.

Malaysia kaya dengan keindahan pantai.

Peluasan dengan frasa sendi nama sebagai keterangan masa

i.

Mereka bingung pada mulanya.

ii.

Ali selalu sakit ketika masih bayi dahulu.

iii.

Pelajar-pelajar itu telah mahir dalam masa dua bulan sahaja.

Peluasan dengan frasa sendi nama sebagai keterangan tujuan:

i.

Pekerja-pekerja harus cekap demi ketinggian kualiti barangan.

ii.

Rumah harus bersih untuk kesihatan hidup kita.

iii.

Keadaan di dalam perpustakaan harus senyap demi keselesaan

pembelajaran.

Peluasan dengan frasa sendi nama sebagai keterangan cara:

i.

Dia ceria dengan tiba-tiba.

ii.

Lukanya baik dengan sendirinya.

iii.

Adik sihat dengan cepatnya.

Peluasan dengan frasa sendi nama sebagai keterangan terhadap:

i.

Saya sayang akan awak.

ii.

Kita harus cinta akan tanah air.

iii.

Aminah sungguh benci akan ayahnya.

2.3.1 Aktiviti

Bagi mengajar peluasan kata adjektif, kami telah menyediakan aktiviti ‘Isi Tempat Kosong’. Lembaran kertas aktiviti yang bertajuk ‘Isi Tempat Kosong’ akan diedarkan kepada

(11)

pelajar-pelajar. Aktiviti ini ialah aktiviti yang memerlukan para pelajar untuk mengisi tempat kosong dalam ayat dengan menggunakan kata sendi nama yang sesuai. Ayat tersebut sebenarnya merupakan ayat yang mengandungi frasa adjektif dengan peluasan frasa sendi nama. Bahagian yang seharusnya berisi kata sendi nama dikosongkan untuk melatih pelajar mencari dan kemudiannya mengisi kata sendi nama yang sesuai mengikut kehendak ayat.

Untuk menjawab soalan-soalan ini, para murid akan cuba mencari jawapan yang sesuai dengan berpandukan senarai kata sendi nama yang tercetak di dalam kertas aktiviti tersebut. Aktiviti ini memerlukan murid-murid untuk berfikir secara logik bagi memilih jawapan yang sesuai. Jadi, hal ini memerlukan mereka memahami fungsi kata sendi nama tersebut sebelum diisi di tempat kosong. Melalui soalan-soalan ini, para murid dapat mencari kata sendi yang sesuai sebagai peluasan kata adjektif nama sama ada kata sendi untuk menunjukkan bandingan, hal, masa, tujuan dan sebagainya. Apabila murid dapat menjawab dengan betul, maka guru dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid dianggap dapat membuat bandingan antara kata sendi nama yang digunakan dalam peluasan frasa adjektif dengan frasa sendi nama.

Selain itu, frasa adjektif tidak boleh diperluas dengan frasa nama. Hal ini adalah kerana tiada rumus dalam Bahasa Melayu yang menggandingkan frasa adjektif yang diperluas dengan frasa nama dan jika terhasil, maka bentuk frasa adjektif yang berikut adalah tidak gramatis. Sebagai contohnya lihat ayat di bawah:

1a) * Saya suka kamu. 1b) Saya suka akan kamu.

Ayat yang pertama dilihat tidak gramatis kerana frasa adjektif tidak boleh diperluas dengan frasa nama. Oleh hal yang demkian, kata sendi nama perlu ditambah bagi membentuk frasa sendi nama supaya perluasan frasa adjektif dapat berlaku.

Rumus: frasa adjektif + frasa nama = Salah : frasa adjektif + frasa sendi nama = Betul

Walau bagaimanapun, frasa sendi nama tidak diperlukan apabila kata adjektif memperoleh kata nama sebagai pelengkap. Hal ini dapat dilihat dalam ungkapan atau peribahasa, contohnya:

(12)

ii.

Gelap mata

iii.

Pendek akal

Ketiga-tiga peribahasa di atas ialah golongan simpulan bahasa. Setiap perkataan di hadapan ialah kata adjektif manakala perkataan di belakang pula ialah kata nama. Jadi, guru perlu menerangkan bahawa dalam peribahasa mahupun ungkapan, kata adjektif boleh digandingkan dengan kata nama jika kata nama berfungsi sebagai pelengkap kepada kata adjektif tersebut.

2.4 Frasa Adjektif Dengan Ayat Komplemen

Ayat komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadikan komplemen kepada ayat utama. Menurut Nik Safiah Karim et.al. (1993:552) menyatakan bahawa ayat komplemen merupakan bahagian dalam binaan ayat majmuk yang berfungsi sebagai unsur yang melengkapi ayat tersebut. Terdapat dua komplemen dalam Bahasa Melayu iaitu bahawa dan untuk. Contohnya adalah seperti di bawah:

i.

Dia mengetahui bahawa Azman telah berhutang dengan along.

Dalam contoh ayat ‘Dia mengetahui bahawa Azman telah berhutang dengan along’, klausa Azman telah berhutang dengan along’ dipancangkan dan menjadi pelengkap kata kerja kepada ayat induk ‘Dia memberitahu sesuatu’.Keadaan ini dinamakan sebagai hubungan komplemen. Secara umumnya terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu ayat komplemen dengan frasa nama, ayat komplemen dengan frasa kerja dan ayat komplemen dengan frasa adjektif.

Peluasan ayat komplemen dengan frasa adjektif merupakan ayat kecil frasa adjektif yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Namun begitu, jumlah ayat jenis ini dalam Bahasa Melayu terhad. Contoh peluasan frasa adjektif dengan ayat komplemen adalah seperti berikut:

i.

Saya yakin bahawa dia akan berjaya.

(13)

3.0 Fungsi Frasa Adjektif

Terdapat tiga fungsi frasa adjektif iaitu sebagai predikat, sebagai keterangan dan sebagai unsur penerang selepas kata nama. Selain itu frasa adjektif juga berfungsi sebagai pelengkap dan subjek.

a) Frasa Adjektif Sebagai Predikat

Frasa adjektif adjektif yang berfungsi sebagai predikat membentuk pola ayat dasar Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA). Dalam ssunan ayat biasa, frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek.

Contohnya:

Subjek Predikat

Rumah Ali sangat besar

Badannya letih lesu

Malam ini gelap benar

b) Frasa Adjektif Sebagai Keterangan

Frasa adjektif boleh juga hadir selepas frasa kerja, frasa sendi nama, iaitu menjadi keterangan

dalam predikat.

Subjek Predikat

Frasa Sendi Nama Keterangan(Frasa Adjektif)

Bayi di atas katil dengan lena

Mereka ke sekolah segera

Ali ke pasar agak lama

c) Frasa Adjektif Sebagai Penerang

Kehadiran frasa adjektif sebagai penerang berada di belakang kata nama. Dengan itu, kata adjektif memberikan keterangan khusus tentang sesuatu frasa nama dalam ayat.

(14)

Frasa Nama

Kata Nama Penerang (kata adjektif)

pangkat rendah

kopi segera

kereta cantik

3.1 Aktiviti

Aktiviti perlu diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti pembelajaran guru. Alat bantu mengajar perlu sesuai dengan aktiviti dan objektif pengajaran. Aktiviti yang sesuai untuk mengenal peluasan frasa adjektif dengan ayat komplemen ialah kotak beracun. Aktiviti ini sesuai kerana murid dapat melibatkan diri secara aktif.

Aktiviti ini dijalankan dengan guru membahagikan murid kepada empat kumpulan. Kemudian wakil setiap kumpulan akan mencabut kertas berwarna yang terdapat di dalam kotak tersebut dan mengambil lembaran kerja yg telah disediakan. Kertas berwarna yang telah mengandungi ayat komplemen. Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan ayat frasa adjektif yang terdapat dalam lembaran kerja dengan ayat komplemen yang telah dicabut oleh ketua.

Di samping dapat menarik minat murid, aktiviti ini juga membolehkan guru mengesan sama ada murid faham atau tidak peluasan frasa adjektif dengan ayat komplemen yang telah diterangkan oleh guru. Guru boleh menyuruh wakil setiap kumpulan membaca jawapan mereka dan menerangkan sebab jawapan yang telah dipilih. Dengan itu, guru dapat mengesan kelemahan dan kelebihan penyampaian pengajarannya dan kesan ke atas kefahaman murid.

4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pengajaran frasa adjektif dapat dipelbagaikan sekiranya seseorang guru itu kreatif dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik selain dapat menarik minat murid-murid untuk

(15)

belajar dan terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.

Guru yang kreatif seharusnya dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya pengajaran menjadi lebih mudah. Modul yang dihasilkan ini sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid tingkatan empat. Hal ini kerana ia sangat sesuai dengan tahap perkembangan kognitif mereka.

Oleh itu, diharapkan modul ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid-murid tingkatan empat berkaitan dengan kata dan frasa adjektif. Melalui pembelajaran menggunakan modul ini, murid-murid akan mudah faham dan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam peperiksaan dan kehidupan seharian. Guru pula akan bertindak sebagai pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-muridnya bagi memastikan modul ini digunakan semaksimum mungkin.

Bibliografi

Abdullah Hassan (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis. Bentong:PTS Publication & Distributor.

Ahmad Khair Mohd Nor (2003). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Haji Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sanat MD. Nasir (1984). Ayat Komplemen Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

(16)

Referensi

Dokumen terkait

Pengamatan pada serangga yang terkoleksi setiap minggu tidak mendapatkan serangga yang terinfeksi jamur. Oleh karena itu koleksi jamur dilakukan dengan mengambil sampel

Metode tersebut dapat menguraikan limbah minyak bumi menjadi karbondioksida, air, biomassa, dan hasil samping yang sedikit lebih sederhana dari senyawa semula sehingga

Faktor manusia berperan penting dalam penerapan Keselamatan Kerja, karena seluruh peralatan yang digunakan untuk proses arus barang di dalam gudang seperti

Nilai kerapatan relatif, frekuensi relatif dan dominansi relatif dari jenis tanaman Tengkawang disajikan pada Tabel 1 dan nilai kerapatan relatif, frekuensi relatif dan

Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari

 penyebab terbesar terbesar dari dari sindroma sindroma batuk batuk rejan, rejan, bronkiolitis bronkiolitis dan dan penyakit penyakit demam saluran nafas bagian

Penyebaran jangkrik di Indonesia adalah merata, namun untuk kota-kota besar Penyebaran jangkrik di Indonesia adalah merata, namun untuk kota-kota besar yang banyak penggemar burung

Hasil uji coba pada pengunjung e-katalog yang berjumlah 20 orang diperoleh hasil persentase kelayakan sebesar 67% dengan melihat 4 aspek yaitu kegunaan,