• Tidak ada hasil yang ditemukan

Wasiat Manfaat Harta Dalam Islam 1. Noor Lizza Mohamed Said. Universiti Kebangsaan Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Wasiat Manfaat Harta Dalam Islam 1. Noor Lizza Mohamed Said. Universiti Kebangsaan Malaysia"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

357

Wasiat Manfaat Harta Dalam Islam1 Noor Lizza Mohamed Said Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Wasiat disyariatkan sebagai salah satu cara untuk mencapai kebahagiaan akhirat kerana wasiat merupakan salah satu daripada mekanisme perancangan dan pengurusan harta umat Islam yang dilakukan ketika hidup namun pelaksanaannya berkuatkuasa selepas kematian. Terdapat pelbagai isu dan permasalahan berkaitan wasiat telah menjadi perbincangan fuqaha semenjak awal perkembangan Islam sehingga kini antaranya berkaitan dengan hukum wasiat ke atas manfaat harta. Perbahasan fuqaha berkaitan isu ini melibatkan kedudukan wasiat tersebut, jenis-jenisnya, kaedah penilaian kadar manfaat yang diwasiatkan dan kaedah memanfaatkannya. Selain itu, fuqaha juga membincangkan isu yang timbul berkaitan perkongsian manfaat harta antara beberapa orang penerima wasiat, kedudukan cain harta yang diwasiatkan manfaatnya, penerima wasiat terhalang daripada memanfaatkan harta sama ada halangan tersebut dari pihak waris pewasiat atau pihak lain dan faktor-faktor yang membatalkan wasiat ke atas manfaat harta. Justeru hujah-hujah fuqaha perlu ditelusuri untuk menjadi panduan dalam menyelesaikan permasalahan yang berbangkit dalam masyarakat hari ini. Kajian ini berbentuk kajian analisis kandungan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen primer seperti buku-buku turath dan buku-buku fiqah terkini bagi menganalisis pandangan fuqaha mazhab Sunni. Hasil kajian mendapati, perbincangan para fuqaha berkaitan isu ini adalah bagi memelihara kemaslahatan atau kepentingan penerima wasiat manfaat harta dan ahli waris pewasiat yang mewarisi cain harta.

Kata Kunci: Wasiat, Harta, Manfaat Pengenalan

Manfaat ialah setiap apa yang boleh diambil faedah daripada cain harta. Wasiat ke atas

manfaat merangkumi wasiat ke atas manfaat harta benda atau barang seperti manfaat menduduki rumah, menaiki kenderaan, membaca buku, bercucuk tanam di atas tanah pewasiat dan sebagainya. Ia juga merangkumi manfaat yang berbentuk hasil yang diperolehi daripada cain harta seperti hasil sewaan rumah, kedai, tanah dan kereta serta

hasil yang dikeluarkan oleh kebun atau tumbuh-tumbuhan. Isu yang menjadikan wasiat ke atas manfaat dibincangkan secara khusus oleh fuqaha ialah wasiat yang dibuat melibatkan hak waris pewasiat ke atas cain harta. Sebagai contoh, seseorang mewasiatkan

supaya penerima wasiat menerima hasil sewaan rumahnya sedangkan rumah tersebut menjadi milik waris pewasiat selepas kematiannya ataupun pewasiat berwasiat supaya penerima wasiat bercucuk tanam di atas tanahnya selepas kematiannya tanpa memberi hak milik tanah tersebut kepada penerima wasiat.

(2)

358

Hukum Wasiat Ke Atas Manfaat

Jumhur fuqaha berpendapat bahawa hukum wasiat ke atas manfaat adalah sama seperti wasiat ke atas cain harta kerana menurut jumhur fuqaha, sesuatu yang boleh diwarisi

adalah sah untuk diwasiatkan. Oleh itu, sah mewasiatkan manfaat harta menurut pandangan mereka kerana manfaat juga dikategorikan sebagai harta (Ibn Rushd 1996: 379; al-Sharbini 1994: 103). Begitu juga dengan mazhab Hanafi yang mengharuskan wasiat ke atas manfaat walaupun menurut golongan ini manfaat tidak boleh diwarisi. Mazhab Hanafi berpendapat, wasiat pemberian milik manfaat yang dilakukan ketika hidup pewasiat walaupun kesan akad tersebut akan berlaku selepas kematian pewasiat adalah sah kerana keharusan berwasiat ke atas apa-apa bentuk harta yang boleh diakad ketika hidup pewasiat (Abu Layl 2003: 155; al-Kasani 1998: 458). Fuqaha yang mengharuskan wasiat ke atas manfaat juga berhujah bahawa pemilikan manfaat sah dengan gantian seperti akad sewa dan sah juga pemilikannya tanpa gantian seperti akad pinjaman oleh sebab itu sah wasiat ke atasnya (al-Jaburi 2007:177; al-Zuhayli 2001: 561).

Namun begitu, Ibn Abi Laila dan ahl al-Zahir berpendapat bahawa tidak sah wasiat ke atas manfaat kerana wasiat ke atas manfaat adalah wasiat ke atas harta yang dimiliki oleh waris. Menurut mereka, pelaksanaan wasiat berlaku selepas kematian pewasiat dan ketika itu jugalah secara tidak langsung manfaat harta yang diwasiatkan itu menjadi milik waris-waris pewasiat kerana cain harta menjadi milik mereka. Oleh itu, tidak sah wasiat

ke atas manfaat yang dimiliki oleh waris. Mereka juga berhujah bahawa wasiat ke atas manfaat adalah bermaksud pinjaman kerana pinjaman adalah pemilikan manfaat tanpa gantian begitu juga dengan wasiat ke atas manfaat. Dalam akad pinjaman, akad akan terbatal dengan kematian pemberi pinjam kerana kematian memberi kesan pembatalan ke atas suatu akad manfaat. Oleh itu, wasiat ke atas manfaat adalah batal dengan kematian pewasiat (al-Husari 1992: 660; al-Kasani 1998: 457).

Pendapat jumhur fuqaha yang mengharuskan wasiat ke atas manfaat harta adalah bertepatan dengan salah satu daripada tujuan pensyariatan wasiat iaitu pemberian milik harta kepada penerima wasiat untuk digunakan atau dimanfaatkan sebagai amal jariah pewasiat untuk mendapat keredaan Allah SWT di samping dapat membantu penerima wasiat sekiranya dia memerlukan manfaat harta yang diwasiatkan. Oleh itu, sekiranya dibolehkan berwasiat ke atas cain harta dan manfaatnya, maka begitu jugalah diharuskan

berwasiat ke atas salah satu daripadanya sama ada ke atas cainnya sahaja atau ke atas

manfaatnya sahaja. Keharusan ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW: 2هدنع ةبوتكم هتيصوو لاإ نيتليل تيبي هيف يصوي ءيش هل ملسم ئرما قح ام Maksudnya:

Seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya.

ءيش

” yang bermaksud sesuatu dalam hadis di atas adalah merangkumi manfaat harta

2al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab al-wisaya, bab al-wisaya wa qawl al-Nabi SAW wasiyyah

(3)

359

yang diharuskan untuk diwasiat (al-Kasani 1998: 457).

Jenis-Jenis Wasiat Ke Atas Manfaat

Wasiat ke atas manfaat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu wasiat ke atas manfaat yang terikat dengan tempoh waktu dan wasiat ke atas manfaat yang tidak terikat dengan tempoh waktu tertentu.

Wasiat ke atas manfaat yang terikat dengan tempoh waktu.

Wasiat ke atas manfaat yang terikat dengan tempoh waktu tertentu adalah bersifat sementara bergantung kepada tempoh yang ditetapkan oleh pewasiat untuk penerima wasiat memanfaatkan harta yang diwasiatkan. Sebagai contoh, pewasiat mewasiatkan kepada seseorang supaya menduduki rumahnya atau bercucuk tanam di atas tanahnya dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas kematian pewasiat. Wasiat ke atas manfaat yang terikat dengan tempoh waktu tertentu ini, ada kalanya diketahui waktu bermula dan berakhirnya tempoh tersebut dan ada kalanya tidak diketahui (al-Sariti 1997: 114). Sekiranya tempoh yang ditentukan oleh pewasiat diketahui waktu bermula dan tamat tempoh wasiat seperti pewasiat mewasiatkan manfaat rumahnya dalam tempoh dua tahun bermula dari tarikh tertentu dan berakhir pada tarikh tertentu, maka wasiat tersebut berkuat kuasa bermula pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pewasiat sekiranya pewasiat meninggal dunia sebelum bermulanya tarik tersebut. Namun sekiranya pewasiat masih hidup sehingga berakhirnya tempoh penggunaan manfaat yang diwasiatkan, maka wasiat tersebut terbatal kerana telah berakhirnya tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana terbatalnya wasiat disebabkan musnahnya cain harta yang diwasiatkan

sebelum kematian pewasiat. Dan sekiranya pewasiat meninggal dunia dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan untuk penerima wasiat memanfaatkan harta yang diwasiatkan, maka sah baki tempoh yang tinggal sebelum tamatnya tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana apabila berlaku kemusnahan sebahagian cain harta yang diwasiatkan maka penerima wasiat berhak ke atas baki cain harta yang tidak musnah

(al-Zuhayli 2001: 562-563; Abu Layl 2003: 234).

Manakala sekiranya pewasiat tidak menetapkan tarikh bermulanya tempoh untuk penerima wasiat memanfaatkan harta yang diwasiatkan, maka wasiat tersebut bermula dari waktu kematian pewasiat kerana menurut jumhur fuqaha suatu wasiat berkuat kuasa dengan kematian pewasiat (Abu Layl 2003: 234; al-Sariti 1997: 114). Sebagai contoh, pewasiat mewasiatkan manfaat rumahnya kepada penerima wasiat selama lima tahun tanpa ditentukan waktu bermula wasiat tersebut. Mazhab Shafici dan Hanbali berpendapat bahawa penerima wasiat berhak ke atas manfaat tersebut sebaik sahaja berlaku kematian pewasiat. Manakala menurut mazhab Hanafi dan Maliki, penerima wasiat berhak ke atas manfaat bermula pada waktu pembahagian harta pusaka pewasiat (al-Zuhayli 2001: 563). Fuqaha mazhab Hanafi, Maliki, Shafici dan Hanbali sepakat bahawa manfaat yang diwasiatkan oleh pewasiat adalah menjadi hak milik penerima wasiat dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan oleh pewasiat. Manfaat tersebut akan kembali kepada waris-waris pewasiat setelah tamat tempoh wasiat yang telah ditetapkan. Namun menjadi

(4)

360

perselisihan fuqaha sekiranya penerima wasiat manfaat meninggal dunia sebelum berakhirnya tempoh yang ditetapkan untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan. Terdapat dua pendapat fuqaha dalam menyelesaikan masalah tersebut iaitu:

Hak memanfaatkan harta yang diwasiatkan oleh pewasiat berpindah milik kepada waris-waris penerima wasiat sehinggalah habis tempoh wasiat tersebut. Ia merupakan pendapat mazhab Maliki, Shafici dan Hanbali kerana mereka berhujah bahawa hak manfaat tersebut adalah hak penerima wasiat kerana belum berakhir tempoh wasiat yang telah ditetapkan oleh pewasiat. Oleh itu, setiap hak yang ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal dunia adalah menjadi milik waris pemilik hak. Selain itu menurut golongan ini, tujuan pewasiat mewasiatkan manfaat harta kepada penerima wasiat adalah untuk melepaskan haknya dan hak waris-warisnya daripada memanfaatkan hartanya dalam tempoh yang telah ditentukan kepada penerima wasiat dan waris-warisnya. Sekiranya pewasiat tidak bertujuan untuk melepaskan hak manfaat tersebut kepada penerima wasiat dan waris-warisnya dalam tempoh yang telah ditetapkan, sudah tentulah ketika membuat wasiat pewasiat akan berkata: “Saya wasiatkan kepada A untuk menduduki rumah saya ini dalam tempoh tertentu selagi dia masih hidup dalam tempoh tersebut.” (al-Zuhayli 2001: 564).

Hak memanfaatkan harta yang diwasiatkan berpindah milik kepada waris-waris pewasiat bahkan tidak menjadi milik waris-waris penerima wasiat kerana pewasiat tidak mewasiatkan manfaat tersebut kepada waris-waris penerima wasiat. Pendapat kedua ini merupakan pendapat mazhab Hanafi. Menurut mereka hak penerima wasiat ke atas manfaat telah luput dengan kematiannya. Oleh itu hak tersebut tidak boleh berpindah milik kepada waris-waris penerima wasiat tanpa kerelaan pemilik hak iaitu pewasiat atau waris-waris pewasiat kerana manfaat bukanlah harta menurut golongan ini yang tidak boleh dipindah milik melalui perwarisan (al-Kasani 1998: 458; al-Zuhayli 2001: 564). Pendapat jumhur fuqaha yang memindah milik hak memanfaatkan harta kepada waris-waris penerima wasiat sehingga tamat tempoh wasiat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pewasiat adalah lebih tepat dengan pengiktirafan manfaat sebagai harta yang boleh diwarisi.

Wasiat ke atas manfaat yang tidak terikat dengan tempoh waktu.

Wasiat ke atas manfaat harta yang tidak terikat dengan tempoh waktu tertentu ialah wasiat yang dibuat sama ada secara mutlak atau ditetapkan penggunaan manfaat selama-lamanya. Wasiat ke atas manfaat secara mutlak seperti seseorang mewasiatkan manfaat rumahnya atau kenderaannya tanpa menetapkan tempoh penggunaan manfaat tersebut dan tidak juga menetapkan manfaat rumah atau kenderaan tersebut diwasiatkan selama-lamanya. Sebagai contoh pewasiat berkata: “Saya wasiatkan kepada kamu manfaat rumah ini.” Manakala wasiat yang bersifat selama-lamanya adalah dikaitkan dengan lafaz ijab pewasiat: “Saya wasiatkan kepada kamu manfaat rumah ini selama-lamanya.” Lafaz selama-lamanya menunjukkan bahawa pewasiat memberi hak kepada penerima wasiat untuk memanfaatkan harta tersebut selama-lamanya selagi cain

(5)

361

Fuqaha sepakat memberikan hak manfaat kepada penerima wasiat sepanjang hidupnya sekiranya pewasiat mewasiatkan manfaat secara mutlak atau selama-lamanya. Namun menjadi perselisihan fuqaha siapakah yang berhak memiliki manfaat yang diwasiatkan selepas kematian penerima wasiat. Jumhur fuqaha berpendapat bahawa manfaat yang diwasiat akan berpindah milik kepada waris penerima wasiat selepas kematiannya (al-Zuhayli 2001: 566; al-Sariti 1997: 117). Sebaliknya mazhab Hanafi memberikan hak milik manfaat harta yang diwasiatkan kepada waris-waris pewasiat selepas kematian penerima wasiat sekiranya penerima wasiat terdiri daripada individu-individu tertentu. Menurut mereka, manfaat tidak boleh diwarisi oleh itu hak untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan oleh pewasiat adalah dalam tempoh sepanjang hayat penerima wasiat sahaja sekiranya wasiat yang dibuat dalam bentuk wasiat manfaat secara mutlak atau selama-lamanya (al-Kasani 1998: 458; al-Sariti 1997: 117).

Sekiranya penerima wasiat manfaat harta tidak ditentukan secara individu bahkan hanya ditentukan ciri atau sifat penerima wasiat sahaja dalam kelompok yang terhad seperti pewasiat mewasiatkan manfaat harta kepada keluarga si fulan atau anak-anak si fulan, maka manfaat yang diwasiatkan diberikan kepada keluarga atau anak-anak si fulan yang ada ketika wasiat tersebut dilaksanakan. Begitu juga keluarga atau anak-anak si fulan yang wujud selepas itu boleh memanfaatkan harta tersebut (al-Sharbini 1994: 100). Sekiranya pewasiat mengkhususkan penerima wasiat manfaat terdiri daripada kelompok yang terhad yang ditentukan ciri-ciri atau sifatnya secara khusus seperti mewasiatkan manfaat harta khusus kepada keluarga si fulan yang buta atau yang bisu sahaja, maka ahli keluarga si fulan yang buta atau bisu sahaja yang berhak ke atas manfaat harta yang diwasiatkan. Wasiat ke atas manfaat dalam bentuk ini juga bermaksud wakaf munqatic yang terputus pemilikan manfaatnya setelah ketiadaan penerima wasiat yang bersifat sebagaimana yang disifatkan oleh pewasiat. Oleh itu, hak manfaat tersebut akan dimiliki oleh waris-waris pewasiat sekiranya tidak terdapat lagi penerima wasiat dari kelompok yang ditentukan oleh pewasiat (al-Zuhayli 2001: 566).

Pewasiat yang mewasiatkan manfaat hartanya secara mutlak atau selama-lamanya kepada penerima wasiat yang ditentukan ciri dan sifatnya tetapi bukan dalam kumpulan yang terhad adalah dianggap sebagai wakaf seperti seseorang mewasiatkan kepada fakir miskin untuk memanfaatkan rumahnya atau mewasiatkan manfaat kenderaannya kepada badan kebajikan. Kewujudan penerima wasiat tidak akan terputus bahkan mereka akan sentiasa wujud untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan. Hak manfaat tersebut akan dimiliki selama-lamanya oleh penerima wasiat tanpa diberi keistimewaan kepada salah seorang daripada mereka menurut jumhur fuqaha. Namun mazhab Hanafi mensyaratkan hanya manfaat harta tak alih sahaja yang boleh diwasiatkan kerana menurut mereka wakaf tidak sah ke atas harta alih (al-Zuhayli 2001: 567).

Penilaian Kadar Manfaat

Fuqaha telah sepakat bahawa sesuatu wasiat tidak berkuat kuasa tanpa keizinan waris-waris pewasiat kecuali dalam kadar satu pertiga harta. Namun fuqaha berselisih pendapat terhadap cara bagaimana untuk menilai kadar manfaat yang diwasiatkan kepada tiga pendapat:

(6)

362

wasiat ke atas manfaat tersebut adalah wasiat mutlak atau selama-lamanya yang tidak terikat dengan tempoh waktu ataupun wasiat yang bersifat sementara yang terikat dengan tempoh waktu tertentu. Oleh itu, wasiat ke atas manfaat boleh dilaksanakan sekiranya nilai cain harta dan manfaatnya tidak melebihi satu pertiga harta. Sekiranya nilai cain

harta dan manfaatnya melebihi satu pertiga harta, maka lebihan tersebut perlulah mendapat keizinan daripada waris-waris pewasiat. Pendapat ini merupakan pendapat mazhab Hanafi, Maliki dan sebahagian fuqaha Hanbali. Mereka berhujah bahawa manfaat adalah sesuatu yang tidak boleh dinilai kadarnya bersendirian kecuali penilaian manfaat dibuat bersama dengan cainnya (Abu Layl 2003: 240). Wasiat ke atas manfaat

cain harta yang dibuat oleh pewasiat menghalang waris memanfaatkan cain harta tersebut dalam tempoh wasiat dilaksanakan bahkan waris hanya memiliki cain harta tanpa manfaatnya. Oleh itu, dikira kadar manfaat harta tersebut daripada nilaian keseluruhan cain harta dalam kadar yang tidak melebihi satu pertiga harta pewasiat (al-Zuhayli 2001: 568).

Kadar manfaat yang diwasiatkan oleh pewasiat dinilai mengikut nilai manfaat sahaja dengan kadar tidak melebihi satu pertiga harta sama ada wasiat tersebut berbentuk wasiat ke atas manfaat yang mutlak atau selama-lamanya yang tidak terikat dengan tempoh waktu ataupun wasiat ke atas manfaat yang terikat dengan tempoh waktu tertentu. Pendapat ini menjadi pegangan mazhab Shafici dan Hanbali bersandarkan kepada hujah mereka bahawa kadar nilai harta yang diwasiatkan dikira berdasarkan apa yang diterima oleh penerima wasiat iaitu manfaat. Diandaikan juga sekiranya pewasiat mewasiatkan manfaat cain harta kepada A manakala cain harta tersebut diwasiatkan kepada B, maka A

hanya menerima hak manfaat sahaja tanpa cain harta.

Cara untuk menilai kadar manfaat cain harta yang diwasiatkan adalah dengan menilai cain

harta berserta manfaatnya, kemudian dinilai pula cain harta tanpa manfaat. Perbezaan

antara kedua-dua nilaian tersebut adalah nilai manfaat yang diwasiatkan. Sebagai contoh, cain harta berserta manfaatnya bernilai RM10,000.00, manakala nilai cain harta tanpa manfaat adalah RM3,000.00. Maka manfaat harta yang diwasiatkan adalah bernilai RM7000.00 (Abu Layl 2003: 240-241).

Penilaian kadar manfaat dibezakan antara wasiat yang terikat dengan tempoh waktu tertentu dengan wasiat mutlak yang tidak terikat dengan tempoh waktu. Ia juga merupakan pandangan fuqaha mazhab Shafici dan Hanbali. Menurut mereka, sekiranya wasiat ke atas manfaat terikat dengan tempoh waktu tertentu yang ditetapkan oleh pewasiat, maka kadar manfaat ditentukan mengikut nilai manfaat sahaja. Cara menilai kadar manfaat yang diwasiatkan adalah dengan dua cara iaitu yang pertama dengan menilai cain harta berserta manfaatnya, kemudian dinilai pula cain harta tanpa manfaat.

Perbezaan antara kedua-dua nilaian tersebut adalah nilai manfaat yang diwasiatkan. Cara yang kedua ialah dengan mengikut kadar sewa cain harta dan manfaatnya. Sebagai

contoh, pewasiat mewasiatkan supaya didiami rumahnya selepas kematiannya dalam tempoh tiga tahun. Kadar sewa bagi rumah tersebut ialah RM20,000.00 setahun. Maka nilai kadar manfaat harta tersebut ialah RM60,000.00 (Abu Layl 2003: 241).

Manakala sekiranya wasiat ke atas manfaat tidak terikat dengan tempoh waktu tertentu, menurut pandangan yang paling rajih daripada mazhab Shafici ialah dinilai kadar manfaat

(7)

363

dengan nilaian cain harta serta manfaatnya. Mazhab Hanbali pula berpendapat, dinilai manfaatnya sahaja manakala cain harta menjadi milik waris. Pendapat tersebut

merupakan pendapat mazhab Hanbali yang paling rajih (al-Zuhayli 2001: 569).

Kaedah Memanfaatkan Harta

Apabila pewasiat mewasiatkan manfaat harta kepada penerima wasiat secara mutlak tanpa dikaitkan atau disyaratkan dalam wasiat tersebut kaedah atau cara tertentu untuk memanfaatkannya, maka penerima wasiat boleh memanfaatkan harta tersebut mengikut pilihannya. Sebagai contoh pewasiat berkata: “Saya wasiatkan kepada kamu manfaat rumah ini sama ada kamu hendak mendudukinya atau mengambil hasil daripadanya.” Ataupun pewasiat berkata: “Saya wasiatkan kepada kamu manfaat rumah ini.” Dalam keadaan lafaz-lafaz wasiat di atas, penerima wasiat berhak untuk memanfaatkan rumah tersebut dengan apa cara sekalipun sama ada dia hendak mendudukinya atau menyewakannya dan diambil hasil sewaan tersebut ataupun dia berhak menghibahkan manfaat rumah tersebut kepada orang lain tanpa menerima apa-apa balasan daripada penerima hibah (Abu Layl 2003: 243).

Namun sekiranya pewasiat telah menetapkan atau mensyaratkan kaedah tertentu untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan, fuqaha berselisih pendapat tentang keharusan penerima wasiat memanfaatkan harta tersebut dengan kaedah lain yang lebih memberi kebaikan dan lebih memberi manfaat kepadanya.

Mazhab Hanafi berpendapat bahawa penerima wasiat wajib mengikut kaedah bagaimana wasiat tersebut perlu dimanfaatkan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pewasiat. Sekiranya pewasiat mewasiatkan manfaat rumahnya untuk diduduki oleh penerima wasiat, maka penerima wasiat tidak diharuskan menyewakan rumah tersebut atau mengambil manfaat dengan cara lain selain daripada mendudukinya. Namun begitu, fuqaha Hanafi terkemudian berselisih pendapat sekiranya pewasiat mewasiatkan manfaat rumahnya kepada penerima wasiat dengan mengambil hasil daripada sewaan rumah tersebut. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa diharuskan penerima wasiat tinggal di rumah tersebut walaupun pewasiat mewasiatkan supaya diambil manfaat rumahnya dengan cara sewaan. Menurut mereka, penerima wasiat lebih berhak menduduki rumah tersebut sekiranya hak menduduki diberi kepada orang lain. Namun sebahagian daripada fuqaha mazhab Hanafi tidak mengharuskan penerima wasiat menduduki rumah tersebut kerana pewasiat mewasiatkan rumah tersebut disewa untuk diambil manfaatnya bukan untuk diduduki (al-Sariti 1997: 126).

Mazhab Shafici dan Hanbali berpendapat bahawa diharuskan penerima wasiat

memanfaatkan harta yang diwasiatkan manfaatnya dengan kaedah lain selain daripada kaedah yang telah ditetapkan oleh pewasiat selagi tidak memudaratkan atau merosakkan cain harta tersebut (Abu Layl 2003: 243). Sebagai contoh, penerima wasiat harus mengambil manfaat rumah yang diwasiatkan manfaatnya dengan menyewakan rumah tersebut kepada orang lain walaupun pewasiat mewasiatkan rumah tersebut hendaklah diduduki oleh penerima wasiat. Begitu juga diharuskan penerima wasiat menduduki rumah yang diwasiatkan manfaatnya walaupun pewasiat mewasiatkan supaya penerima

(8)

364

wasiat mengambil manfaat rumah tersebut dengan menyewakannya (al-Sariti 1997: 126; al-Zuhayli 2007: 78).

Pendapat kedua merupakan pendapat yang paling sesuai dengan tujuan pensyariatan wasiat dan tujuan pewasiat mewasiatkan manfaat hartanya supaya penerima wasiat dapat memanfaatkan harta yang diwasiatkan untuk kemaslahatan penerima wasiat. Ini kerana, ada kalanya kaedah untuk memanfaatkan harta yang telah ditentukan oleh pewasiat tidak memberi kemaslahatan kepada penerima wasiat sebagaimana yang diharapkan oleh pewasiat. Sebagai contoh, apabila pewasiat mewasiatkan agar penerima wasiat menduduki rumahnya sedangkan penerima wasiat ketika itu terpaksa tinggal di negara lain, maka menyewakan rumah tersebut adalah lebih memberi kemaslahatan kepada penerima wasiat. Ataupun pewasiat mewasiatkan agar penerima wasiat mengambil manfaat daripada rumahnya dengan menyewakan rumah tersebut, sedangkan penerima wasiat berhajat untuk menduduki rumah tersebut kerana penerima wasiat tidak mempunyai tempat tinggal, maka memanfaatkan rumah tersebut dengan cara mendudukinya adalah lebih memberi kemaslahatan kepada penerima wasiat dan memenuhi keperluannya. Oleh itu, pendapat kedua yang memberi hak kepada penerima wasiat menentukan cara atau kaedah bagaimana untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan manfaatnya tanpa terikat dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh pewasiat adalah lebih tepat berbanding dengan pendapat pertama.

Perkongsian Manfaat Harta

Sekiranya pewasiat mewasiatkan manfaat sebahagian cain harta kepada penerima wasiat

dan sebahagian lagi cain harta manfaatnya dimiliki oleh waris seperti pewasiat

mewasiatkan manfaat sebahagian tanahnya kepada penerima wasiat dan sebahagian lagi manfaatnya dimiliki oleh waris pewasiat, ataupun mewasiatkan manfaat cain harta

dikongsi dengan beberapa orang penerima wasiat, maka untuk menunaikan wasiat tersebut terdapat tiga cara:

Manfaat harta dibahagikan di antara orang yang berkongsi mengikut bahagian masing-masing. Sebagai contoh, cain harta yang diwasiatkan disewa dan hasilnya

dibahagikan mengikut bahagian masing-masing. Bergilir-gilir masa atau tempat.

Setiap orang yang berkongsi diberi cain harta secara bergilir-gilir dalam tempoh waktu

yang bersesuaian mengikut nisbah bahagian masing-masing dalam manfaat tersebut untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan. Ataupun mereka bergilir-gilir memanfaatkan sebahagian cain harta mengikut nisbah bahagian masing-masing

(al-Kasani 1998: 459; al-Zuhayli 2007: 79).

Membahagikan cain harta mengikut bahagian masing-masing dalam manfaat sekiranya

cain harta tersebut boleh dibahagi dan pembahagian tersebut tidak memberi kemudaratan

kepada waris-waris pewasiat seperti waris-waris terpaksa menanggung kos untuk pembahagian tersebut (al-Zuhayli 2007: 79).

(9)

365

daripada cara-cara di atas untuk melaksanakan wasiat pewasiat, mahkamah diberi kuasa untuk menentukan cara yang sesuai bagi menyelesaikan masalah tersebut (Abu Layl 2003: 244-245).

Kedudukan Cain Harta Yang Diwasiatkan Manfaatnya

cAin harta yang diwasiatkan manfaatnya kepada penerima wasiat akan menjadi milik waris-waris pewasiat selepas kematian pewasiat ataupun ia menjadi milik penerima wasiat lain sekiranya cain harta tersebut diwasiatkan. Walaupun waris-waris pewasiat

memiliki hak cain harta, namun waris-waris tidak boleh memanfaatkannya dalam tempoh

wasiat yang telah ditetapkan oleh pewasiat ataupun buat selama-lamanya. Oleh itu, timbul persoalan siapakah yang bertanggung jawab ke atas cukai-cukai dan perbelanjaan keperluan menguruskan atau menyelenggarakan cain harta yang telah diwasiatkan manfaatnya?

Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat, sekiranya cain harta yang diwasiatkan manfaatnya boleh diambil manfaat daripadanya oleh penerima wasiat, maka kewajipan menunaikan segala perbelanjaan keperluan cain harta adalah tanggungjawab penerima

wasiat begitu juga kewajipannya membayar segala cukai yang berkaitan dengan cain

harta tersebut (al-Zuhayli 2007: 82). Waris-waris pewasiat tidak dipertanggungjawabkan ke atas segala perbelanjaan tersebut bahkan ia menjadi tanggungjawab penerima wasiat kerana dia yang mengambil faedah daripada manfaat cain harta. Namun sekiranya cain

harta yang diwasiatkan manfaatnya tidak boleh dimanfaatkan oleh penerima wasiat, seperti tanah yang diwasiatkan manfaatnya tidak boleh bercucuk tanam di atasnya, ataupun rumah yang diwasiatkan manfaatnya telah rosak tidak boleh diduduki, maka segala perbelanjaan dan cukai-cukai yang berkaitan dengan cain harta adalah menjadi tanggungjawab waris-waris pewasiat untuk menunaikannya kerana mereka merupakan pemilik cain harta sedangkan penerima wasiat tidak boleh mengambil apa-apa faedah

daripada cain harta tersebut (al-Sariti 1997: 124). Manakala mazhab Shafici berpendapat, perbelanjaan keperluan dan cukai-cukai yang berkaitan dengan cain harta yang diwasiatkan manfaatnya adalah atas tanggungjawab pemilik cain harta seperti hukum

harta yang disewakan (al-Zuhayli 2007: 82).

Persoalan lain yang timbul berkaitan kedudukan cain harta ialah adakah waris-waris

pewasiat sebagai pemilik cain harta berhak menjualkan cain harta kepada penerima wasiat

manfaat cain harta tersebut ataupun kepada selain daripadanya? Fuqaha sepakat bahawa

diharuskan waris-waris pewasiat menjual cain harta kepada penerima wasiat manfaat cain

harta tersebut. Oleh itu sah jual beli tersebut namun terbatal wasiat menurut kesepakatan fuqaha kerana pembeli telah memiliki manfaat dengan pemilikan cain harta. Namun

begitu, fuqaha berselisih pendapat tentang keharusan waris-waris pewasiat menjual cain harta yang diwasiatkan manfaatnya kepada orang lain selain penerima wasiat manfaat. Perselisihan fuqaha terbahagi kepada dua pendapat iaitu:

Fuqaha Hanafi berpendapat bahawa hukum jual beli atau seumpama dengannya terhenti

(mawqufah) bergantung kepada keizinan penerima wasiat manfaat. Sekiranya penerima

wasiat mengizinkan cain harta dijual oleh waris-waris, maka jual beli tersebut boleh

(10)

366

keizinan penerima wasiat sebagai pemilik hak manfaat, maka gugurlah haknya ke atas manfaat tersebut. Namun sebaliknya jika tidak mendapat keizinan daripada penerima wasiat, maka tidak sah jual beli tersebut (al-Zuhayli 2007: 81; al-Sariti 1997: 125).

Jumhur fuqaha selain fuqaha Hanafi berpendapat, jual beli cain harta yang diwasiatkan

manfaatnya terlaksana tanpa perlu kepada keizinan penerima wasiat sebagai pemilik manfaat harta. Pemilikan cain harta berpindah milik kepada pembeli namun hak manfaat

tetap dimiliki oleh penerima wasiat sehingga tempoh wasiat yang telah ditetapkan oleh pewasiat. Apabila berakhirnya tempoh wasiat, maka pembeli memiliki hak milik penuh cain harta berserta manfaatnya (al-Sariti 1997: 125). Namun disyaratkan pemindahan milik cain harta tersebut tidak memberi kemudaratan kepada penerima wasiat untuk memanfaatkan harta tersebut (al-Zuhayli 2007: 81).

Penerima Wasiat Terhalang Daripada Memanfaatkan Harta

Ada kalanya terdapat halangan yang dihadapi oleh penerima wasiat untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan sama ada halangan tersebut disebabkan oleh waris-waris pewasiat, atau disebabkan oleh pewasiat sendiri ataupun keuzuran yang tidak dapat dielakkan di pihak penerima wasiat untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pewasiat.

Halangan daripada waris-waris pewasiat.

Mazhab Hanafi berpendapat bahawa sekiranya halangan tersebut datangnya daripada waris-waris pewasiat sama ada sebahagian daripada mereka atau ke semua waris, maka penerima wasiat diberi jaminan mendapat gantian manfaat dalam tempoh yang telah ditetapkan. Menurut mazhab Hanafi, jaminan tersebut disebabkan kesengajaan mereka menghalang penerima wasiat daripada memanfaatkan harta yang diwasiatkan.

Mazhab Shafici pula berpendapat sekiranya halangan tersebut datangnya daripada sebahagian waris-waris pewasiat, penerima wasiat mendapat jaminan gantian manfaat dalam tempoh yang telah ditetapkan. Namun sekiranya halangan yang berlaku datangnya dari ke semua waris-waris pewasiat, penerima wasiat diberi pilihan sama ada untuk memanfaatkan cain harta dalam tempoh waktu yang lain ataupun jaminan gantian manfaat dalam tempoh tersebut (al-Zuhayli 2007: 80-81).

Halangan daripada selain daripada waris-waris pewasiat.

Sekiranya halangan yang berlaku disebabkan sebab-sebab lain selain daripada waris-waris pewasiat, seperti pewasiat menyewakan harta yang diwasiatkan dalam tempoh tertentu dan berlaku kematian pewasiat sebelum habisnya tempoh tersebut sehingga menghalang penerima wasiat memanfaatkan harta yang diwasiatkan atau terdapat keuzuran yang tidak dapat dielakkan daripada pihak penerima wasiat untuk memanfaatkan harta tersebut dalam tempoh yang ditetapkan seperti penerima wasiat dipenjara, hilang atau sebagainya, maka penerima wasiat diberi hak untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan pada tempoh waktu yang lain menurut mazhab Shafici. Berbeza dengan mazhab Hanafi yang meluputkan hak penerima wasiat kerana habisnya tempoh wasiat tersebut bukan disebabkan halangan daripada waris-waris pewasiat yang disengajakan (al-Zuhayli 2007: 81).

(11)

367 Pembatalan Wasiat Ke Atas Manfaat

Faktor-faktor yang membatalkan wasiat ke atas manfaat adalah seperti berikut:

Berakhirnya tempoh wasiat ke atas manfaat yang telah ditetapkan oleh pewasiat sebelum kematian pewasiat. Wasiat terbatal dengan berakhirnya tempoh tersebut kerana luputnya waktu memanfaatkan harta. Sekiranya pewasiat meninggal dunia dalam tempoh wasiat, maka gugur tempoh yang telah berlalu dan baki tempoh yang tinggal menjadi hak penerima wasiat untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan.

Kematian penerima wasiat sebelum bermulanya tempoh yang ditetapkan ataupun ketika dalam tempoh wasiat. Menurut mazhab Hanafi, wasiat ke atas manfaat terbatal keseluruhannya atau sebahagian tempoh yang berbaki kerana ketiadaan orang yang berhak ke atas manfaat tersebut dengan sebab kematian untuk melaksanakan wasiat tersebut atau untuk menyempurnakan baki tempoh wasiat. Hak manfaat harta tidak berpindah milik kepada waris-waris penerima wasiat kerana mazhab Hanafi tidak mengiktiraf manfaat sebagai harta yang boleh diwarisi. Namun begitu, jumhur fuqaha berpendapat bahawa hak manfaat akan diwarisi oleh waris-waris penerima wasiat.

Penerima wasiat menggugurkan haknya untuk memanfaatkan harta yang diwasiatkan sama ada secara memberikan haknya kepada waris-waris pewasiat tanpa balasan atau dengan balasan.

Terbukti bahawa cain harta yang diwasiatkan manfaatnya adalah milik orang lain.

Penerima wasiat membeli cain harta yang diwasiatkan manfaatnya sama ada dia

mengetahui ataupun tidak mengetahui akan wasiat tersebut. Begitu juga apabila berlaku perpindahan milik cain harta yang diwasiatkan manfaatnya kepada penerima wasiat

dengan cara hibah atau sebagainya kerana dengan sebab perpindahan milik cain harta

yang diwasiatkan manfaatnya maka secara tidak langsung penerima wasiat memiliki manfaat dengan pemilikan tersebut. Oleh sebab itu terbatal wasiat sekiranya penerima wasiat menjadi pemilik cain harta yang diwasiatkan manfaatnya (Abu Layl 2003:

248-249).

Kesimpulan

Wasiat sebagai salah satu daripada mekanisme perancangan dan pengurusan harta umat Islam adalah bertepatan dengan maqasid sharicah yang menjaga kepentingan pewasiat,

penerima wasiat, ahli-ahli waris, kaum keluarga, sahabat handai dan masyarakat umum sama ada Muslim atau non Muslim. Hak dan kepentingan mereka diperlihara dengan garis panduan yang ditetapkan dalam syarat sah bagi pewasiat, penerima wasiat, harta yang diwasiatkan dan sighah akad. Pemilik harta berhak untuk mewasiatkan hartanya ketika hidup sama ada dalam bentuk cain harta beserta manfaatnya, atau cain harta sahaja

tanpa manfaat ataupun dalam bentuk manfaat harta. Keharusan berwasiat ke atas manfaat harta kepada penerima wasiat perlulah mengambil kira kepentingan atau kemaslahatan pemilik cain harta sama ada terdiri dalam kalangan waris pewasiat ataupun penerima wasiat cain harta tanpa menafikan hak dan kepentingan penerima wasiat manfaat harta.

(12)

368

Kadar manfaat harta yang diharuskan berwasiat hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka pewasiat kecuali dengan izin waris.

Rujukan

Abu Layl, Mahmud Ahmad. 2003. al-Wasaya wa al-waqf fi al-Sharicah al-Islamiyyah.

t.tp: Jamicah al-Imarat al-cArabiyyah al-Muttahidah.

al-Bukhari, Muhammad bin Ismacil. 1407H/1987M. al-Jamic al-sahih al-mukhtasar.

Cet.3. Beyrut: Dar Ibn Kathir.

al-Husari, Ahmad. 1412H/1992M. al-Tarikat wa al-wasaya wa al-qadaya al-mutaclliqah bi hima fi al-fiqh al-Islami al-muqarin. Beyrut: Dar al-Jayl.

Ibn Rushd, Muhammad bin Ahmad. 1416H/1996M. Bidayah al-mujtahid wa nihayah

al-muqtasid. Beyrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

al-Jaburi, cAbdullah & cAbd al-Haq Hamish. 1428H/2007M. Ahkam al-mawarith wa

al-wasaya. Jamicah al-Shariqah: Kuliyyah al-Dirasat al-cUlya wa al-Bahath al-cIlmiyy.

al-Kasani, cAla’ al-Din Abi Bakr bin Mascud. 1419H/1998M. Badaic al-sanaic fi tartib al-sharaic. Cet. 2. Juz. 5 & 6. Beyrut: Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi.

al-Naysaburi, Muslim bin al-Hujaj. T.th. Sahih Muslim. Beyrut: Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi.

al-Sariti, cAbd al-Wadud Muhammad. 1997. al-Wasaya wa al-awqaf wa al-mawarith fi

al-sharicah al-Islamiyyah. Beyrut: Dar al-Nahdah al-cArabiyyah.

al-Sharbini, Muhammad bin Muhammad al-Khatib. 1415H/1994M. Mughni al-muhtaj ila

macrifat macani alfaz al-minhaj. Juz. 4. Beyrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

al-Zuhayli, Muhammad. 1422H/2001M. al-Faraid wa al-mawarith wa al-wasaya. Beyrut: Dar al-Kalim al-Tayyub.

al-Zuhayli, Wahbah. 1428H/2007M. al-Wasaya wa al-waqaf fi al-fiqh al-Islami. Damshiq: Dar al-Fikr.

Referensi

Dokumen terkait

Jumlah komoditi ternak yang diusahakan adalah sebanyak 6 komoditi yaitu sapi potong, kambing, babi, ayam lokal, itik dan itik manila.. Nilai LQ>1

Prestasi belajar merupakan kegiatan mental yang tidak dapat disaksikan dari luar diri seseorang mahasiswa yang sedang belajar, prestasi belajar tidak dapat diketahui secara

Sebaiknya perusahaan mengurangi pengeluaran-pengeluaran yang tidak dapat dijadikan sebagai biaya dan pengurang penghasilan bruto, karena hal ini akan menyebabkan koreksi

Menurut Rosliani (2006) perlakuan mikoriza yang menyebabkan tersedianya unsur P lebih banyak didalam tanah sehingga dapat diserap perakaran tanaman dengan baik

Konsumsi kentang di Indonesia adalah jumlah kentang yang dikonsumsi oleh penduduk Indonesia, produksi kentang di Indonesia adalah jumlah atau kuantitas kentang yang

Model LKS ini dikembangkan dalam bentuk LKS eksperimen yang alur penyajiannya berorientasi pada keterampilan 4 (empat) keterampilan yang dimunculkan, yaitu bahasa

Berdasarkan keseluruhan siklus yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahwa penerapan metode team quiz dapat meningkatkan kreativitas belajar siswa dalam pembelajaran matematika

(2006), pada dasarnya, proses MADM dilakukan melalui 3 tahap, yaitu penyusunan komponen-komponen situasi, analisis, dan sintesis informasi. Pada tahap penyusunan