• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 1.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab 1.docx"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu Kelantan - 0199497087

Tokoh

Pendapat Tentang Tamadun

Gordon Childe

Pencapaian lahiriah

merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat

Darcy Riberio

Menolak unsur rohani sebaliknya hanya

menekankan kepentingan

dan

pembangunan

lahiriah

sahaja

Syed Naquib

al-Attas

Tamadun ialah satu

pencapaian tatasusila

yang tinggi dan

kebudayaan y

ang luhur oleh

sesebuah masyarakat

Richard

Sullivan

Mengakui bahawa unsur

rohaniah

sangat penting dalam konsep tamadun

Pengertian Tamadun

Mengikut Bahasa Arab

Bahasa Inggeris

Konsep Tamadun

Mengikut Barat

Konsep Tamadun

Mengikut Islam

Mudun, madain,

madana

bermaksud

Ketinggian

budi bahasa

dan

Pembukaan Bandar

Civilization yang berasal

daripada perkataan Greek

iaitu civitas yang

bermaksud Bandar

Dikaitkan dengan

pembangunan lahiriah

seperti penulisan,

undang-undang, kesenian dan

perbandaran

Merangkumi

pembangunan lahiriah

dan

rohaniah

Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Makna Tamadun Ciri-Ciri Tamadun Proses Pembentukan

Tamadun

Peradaban – Bahasa Melayu Madana – Bahasa Arab Civilization – Bahasa inggeris

Petempatan kekal Kehidupan Organisasi

Sistem Pemerintahan Pengkhususan Pekerjaan Agama Dan Kepercayaan Bahasa dan Sistem Tulisan

Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba

Tamadun Indus Tamadun Hwang Ho

(2)

© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu Kelantan - 0199497087

1. Petempatan Kekal

Ia membawa kepada corak kehidupan sistematik yang terdapatnya kelangsungan makanan dan melahirkan kemajuan dalam bidang pertanian seperti penanaman, pemyimpanan makanan dan perternakan

2. Kehidupan Berorganisasi

Ia mampu mengatur cara hidup manusia yang bermula dalam sistem keluarga seterusnya membawa kepada kewujudan organisasi paling awal.Pertambahan penduduk dan kepelbagaian ekonomi mewujukan masyarakat yang kompleks

3. Sistem Pemerintahan

Ia dibentuk untuk mentadbir masyarakat dan pemerintah mewujudkan sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat untuk untuk menjaga kemakmuran sesebuah tamadun.

4. Pengkhususan Pekerjaan

Meningkatnya produktiviti manusia menyebabkan wujud pengkhususan pekerjaan da membawa kestabilan politik dan peningkatan ekonomi.

1.2 Ciri Ciri Tamadun

Ciri-Ciri Tamadun Petempatan Kekal Bahasa dan tulisan Agama Dan Kepercayaan Kehidupan Berorganisasi Sistem pemerintahan Pengkhususan Pekerjaan

(3)

5. Kemunculan Agama Dan Kepercayaan

Ia berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap

golongan pemerintah

dan

Manusia cuba untuk memahami dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling. Unsur alam dianggap mempunyai semangat dan harus dihormati untuk kesejahteraan hidup

6. Bahasa dan Tulisan

Bahasa penting untuk tujuan penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan dalam masyarakat. Tulisan penting untuk urusan pentadbiran seperti pemyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan.

1. Tandakan Lokasi Tamadun berikut : Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan Tamadun Hwng Ho

2. Namakan Lokasi Sungai mengikut Tamadun Tamadun

Lokasi Mesopotamia Lembah Sungai Euphrates

Mesir Purba Lembah Sungai Nil

Indus Lembah Sungai Indus

Hwang Ho Lembah Sungai Hwang Ho

Ciri Ciri Tamadun 1.3

i.

iii.

ii. iv.

(4)

3. Berdasarkan rajah berikut isi tempat kosong dengan maklumat berkaitan dengan Mengapa Manusia memilih sungai sebagai lokasi petempatan awal

© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu Kelantan - 0199497087

1. Isi tempat kosong dengan maklumat lokasi tamadun Sumeria

Tamadun Mesopotamia muncul di sekitar Sungai Tigris dan Sungai Euphrates,

Merupakan tamadun yang terawal. Ia dikenali sebagai “ tanah antara dua sungai kerana

terletak di dua sungai.

Orang Sumeria dipercayai datang ke kawasan ini dari kawasan pergunungan yang berhampiran ataupun dari tempat lain menerusi laut.

2. Kerangka Masa – Isikan tempat kosong berikut :

Masa

Perkembangan Tamadun

7000 – 5000 S.M Ia berkembang daripada petempatan awal zaman Neolitik

3, 500 S.M

Wilayah Mesopotamia telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.

Terdapat banyak kerajaan, berkembang dan akhirnya jatuh di Lembah

Mesopotamia

3, 500 S.M

Kewujudan Kerajaan terawal iaitu Kerajaan Sumeria

539 S.M

Kerajaan

Chaldea merupakan kerajaan yang terakhir. Tamadun

Mesopotamia mula dikuasai oleh Parsi

Zaman Masa Kerajaan Sumeria 3500 – 2340 SM Kerajaan Akad 2371 – 2006 SM Kerajaan Ur 2113 – 2006 SM Kerajaan Babylon 2000 – 1530 SM Kerajaan Kassites 1530 – 1100 SM Kerajaan Assyria 1100 – 626 SM Kerajaan Chaldea 626 – 539 SM Faktor manusia memilih sungai sebagai lokasi petempatan awal Kemudahan perhubungan Kemudahan pengangkutan Tanah Subur

Sumber makanan dan Protien Kemudahan bekalan air

Tag SPM 2010

(5)

3. Proses Pembentukan Tamadun – Lengkapkan Esei berikut dengan mengisi tempat kosong Proses pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan Bandar Baghdad.

Bahagian utara dikenali sebagai Assyria manakalan bahagian Selatan dikenali sebagai Babylon yang terbahagi kepada dua kawasan iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di Selatan.

Perkataan Sumeria berasal daripada nama kuno yang merujuk kepada wilayah di selatan Iraq iaitu Sumer. Kawasan ini, pada awalnya didiami oleh etnik Semitik dan orang yang tidak diketahui asal usulnya

Tamadun Sumeria bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.

Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktivitipertanian melalui kerja menebus tanah dengan membina sistem pengairan.

Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

Perkampungan awal kemudiannya berkembang secara evolusi kepada Bandar dan seterusnya beberapa buah Negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari. Yang terletak di sepanjang sungai.

4. Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia Negara Kota

Negara

Kota

Terbahagi Kepada :

Pusat Kota, Tembok Kota, Luar Kota dan Pelabuhan

Mempunyai

kubu pertahanan

dengan pelbagai bentuk

pintu gerbang

yang menjadi

lambang kekayaan

sesebuah kota

Terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar.

Rumah ibadat

merupakan pusat sesebuah kota yang menjadi tumpuan masyarakat

Mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri

Kewujudan Sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan

kapal, pedati dan keldai

Melalui jalan laut, Bandar atau Negara kota mudah dihubungi oleh wilayah sekitarnya

Jalan yang menghubungkan Sumeria dan Kota Mari merupakan jalan penghubung utama

yang digunakan oleh pedagang luar Mesopotamia

(6)

© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu Kelantan - 0199497087

Organisasi Sosial

© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu Kelantan - 0199497087 Sistem Pemerintahan

Sistem Pemerintahan

Raja menjadi

ketua pentadbir, ketua tentera

dan

ketua pendeta

yang berkuasa

dalam hal keagamaan

Raja sebagai

ketua agama

dan berkuasa melantik

ahli keluarga

untuk memegang

jawatan

di Ziggurat

serta menentukan bentuk pentadbirannya

Raja juga berkuasa dalam

soal tanah, cukai, hasil pertanian

dan

perniagaan

Ciri-ciri Bandar di Sumeria

1. Setiap Negara Kota mempunyai kerajaan yang berasingan dan bersifat Teokrasi. 2. Seorang raja memerintah sebuah negara kota.

3. Raja dibantu oleh golongan bangsawan.

4. Upacara agama dijalankan ditempat ibadat khusus oleh golongan Paderi.

5. Mempunyai tembok pertahanan untuk memberikan perlindungan kepada penduduknya. 6. Mempunyai terusan dan benteng bagi ladang-ladang disekelilingnya.

7. Tiap-tiap Negara Kota dan Bandar akan berkerjasama dalam hal pertahanan walaupun mempunyai kerajaan yang berasingan.

8. Setiap Negara Kota mempunyai seorang pemerintah atau raja yang berfungsi sebagai ketua agama.

Raja

Ketua Pendeta, Ketua Tentera dan Orang Bangsawan

Rakyat Bebas (petani ), artisan dan pedagang

Hamba ( Tawanan Perang )

Sistem beraja yang berbentuk

teokrasi

iaitu pemerintahan oleh

tuhan atau wakil

tuhan

yang berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan

Raja dianggap sebagai

wakil tuhan

dan

pemilik Negara kota

Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin ( 2291 – 2255 S. M ) di Akkad

(7)

pakah Fungsi

Pengkhususan Pekerjaan

Sistem Tulisan

© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu Kelantan - 0199497087

Sistem

Tulisan

Perkembangan ilmu pengetahuan menyebabkan wujudnya sistem tulisan yang bermula

dalam bentuk tulisan

bergambar

Ia berkembang kepada tulisan berbentuk

simbol

yang ditulis pada

tanah liat

kerana bahan

untuk membuat kertas belum wujud di Mesopotamia

Tulisan di tanah liat berbentuk

pepaku

dikenali sebagai

Cuneiform

5. Sumbangan Tamadun

i. Undang-Undang Hammurabi

Perbezaan Hukuman

Apabila seseorang bangsawan mematahkan tulang seorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan

Jika seseorang bangsawan telah mematahkan tulang rakyat biasa , bangsawan itu akan didenda Raja Naramsin telah memaksa penduduk akkad menyembahnya sebagai tuhan, beliau mengelarkan dirinya sebagai Raja Empat Penjuru Alam

Namakan Bangunan yang terdapat di dalam gambar ? Ziggurat

Apakah fungsi bangunan tersebut?

Pusat ibadat

,

pusat perdagangan

serta

pusat penyimpanan khazanah

Negara

Lebihan hasil pertanian

mewujudkan pengkhususan pekerjaan

Terdapat golongan peniaga, pedagang dan artisan

Perdagangan melibatkan hubungan Mesopotamia dan

Lembah Indus

Perdagangan penting kerana Mesopotamia tidak mempunyai banyak

bahan mentah.

Barangan Logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk untuk ditukarkan dengan

hasil pertanian

Terdapat juga barangan seperti tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian

Terdapatnya tukang rumah kerana pertambahan penduduk yang ingin membina rumah kediaman

Ada yang berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan Negara dari serangan musuh

merupakan undang-undang tertua di dunia

Ia mengandungi 280 Kod undang-undang yang meliputi semua aspek kehidupan

Hukuman

dan denda yang dikenakan berbeza mengikut lapisan masyarakat yang berlainan  Hukuman ke atas penjenayah adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

 Undang-undangnya menekankan prinsip perikemanusiaan serta hak individu.

 ditulis pada tiang-tiang besar dan tinggi supaya rakyat dapat mengetahuinya.

 berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga dikalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.

 Ia dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat.

 membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang iaitu dari tahun 3500 S,M hingga tahun 539 S. M.

(8)

ii.

Sistem Tulisan

Lengkapkan maklumat berikut

1. Matlamat Pendidikan :

melahirkan jurutulis,

2. Tulisan merekodkan : Urusan pentadbiran,

perniagaan

3. Urusan jual beli melibatkan :

resit, nota dan surat kredit

4.

Sistem Tulisan melahirkan :

sistem pendidikan, tradisi kesusasteraan iaitu Epik

Gilgamesah

5.

Epik Gilgamesh mengandungi :

falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.

iii. Astronomi

Lengkapkan rajah berikut

© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu Kelantan - 0199497087

iv.

Perubatan

Sumbangan Dalam Bidang Astronomi

Perkembangan ilmu matematik seperti mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua membawa kepada

perkembangan

ilmu

geometri

Pencerapan terhadap bulan, bintang dan matahari telah melahirkan ilmu matematik

Masyarakat Mesopotamia mula menggunakan jalan laut dan pandai mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun.

Kemahiran ini disebabkan oleh penguasaan mereka dalam bidang astronomi.

 Kerajaan Assyria. Memberi perhatian terhadap Ilmu perubatan  Kerajaan Assyria amat mementingkan kesihatan anggota tenteranya

 Terdapat 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.  Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal

perubatan

 Lebih kurang 22, 000 keping tablet tentang pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia di Perpustakaan Diraja.

 Perpustakaan tersebut telah ditubuhkan oleh Ashurbanipal ( 668 – 627 S.M ) di Bandar Nineveh.

 Koleksi ilmu perubatan tersebut adalah berbentuk formula perubatan, beribu-ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan, serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah.

(9)

v.

Penciptaa Roda

Lengkap isi berikut

Tamadun Mesopotamia mencipta roda untuk memudahkan urusan

pengangkutan.

Ia digunakan untuk

kereta kuda

bagi tujuan peperangan dan semasa aman.

Roda juga digunakan untuk

mencipta kincir

air ke kawasan tandus dan

meningkatkan hasil pertanian, disamping dapat

mengawal banjir.

Alat pengangkutan terawal juga dicipta oleh masyarakat Sumeria iaitu

kapal layar

dan

alat pengangkutan beroda

sejak 3000 S.M lagi.

vi.

Kepimpinan Berwibawa

Jawab soalan –soalan berikut

1. Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia dari segi kepimpinan

Jawapan :

Kepimpinan berwibawa

2. Namakan tokoh yang membina empayar pertama di dunia

Jawapan :

Raja Sargon yang memerintah kerajaan Akkad

3. Berikan sumbangan Raja Sargon

Jawapan : i. Menakluki dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria

ii.

Perintis kepada pembentukan empayar

1. Lengkapkan maklumat berikut dengan Lokasi Tamadun Mesir

Lokasi

Mesir

Purba

Anugerah Sungai Nil

yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut

Mediterranean

Tamadun Mesir lahir ditebing

sungai Nil

Limpahan air Sungai Nil telah menukar bentuk muka bumi Mesir menjadi sebuah kawasan

yang

subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian

yang diusahakan oleh manusia

2. Tempoh Masa :

i. Lengkapkan Jadual berikut

Zaman

Jangka Masa

Awal

3100 - 2200

Pertengahan

2040 - 1785

Empayar

1570 - 1085

Keruntuhan

1085 - 322

(10)

ii. Senaraikan kuasa asing yang menguasai Mesir semasa zaman keruntuhan ?

Libya ( 1100 – 947 S.M )

 Kush ( 730 – 670 S.M )

 Assyria ( 663 – 609 S.M )

 Parsi ( 525 S.M )

Yunani ( 332 – 30 S.M )

Rom ( 30 S.M )

3. Proses Pembentukan Tamadun

Lengkapkan Jadual berikut

Proses

pembentukan

Tamadun

Masyarakat lembah Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada zaman logam sejak tahu 5000 S.M

Alat Logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan untuk kegiatan pertanian

Membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan lagi nilai kesuburan tanah Seterusnya mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian

Petempatan awal perkembang menjadi sebuah perkampungan

Ia kemudian berkembang membentuk beberapa buah Bandar dan kemudiannya menjadi sebuah nome atau daerah

Penyatuan nome telah mewujudkan Bandar-bandar yang menjadi pusat pentadbiran Contohnya Bandar Thinis, Memphis dan Thebes

Ciri – Ciri Tamadun Mesir Purba

1. Perkembangan Bandar

 Firaun Menes Berjaya menyatukan kesemua nome menjadi sebuah kerajaan

 Beliau Berjaya mengasaskan pusat pentadbirannya di Bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil

 Pusat pentadbirannya dipindahkan ke Bandar Memphis dan kemudiannya ke Bandar Thebes pada zaman kemuncak pertengahan.

 Terdapat juga Bandar-bandar lain seperti Heliopolis,Fayoum, dan Abydos

 Kehidupan Bandar adalah penting kerana di sinilah tempat kediaman Firaun, pusat pemerintahan dan pentadbiran dan juga pelabuhan penting

(11)

2. Kehidupan Beroganisasi Isi tempat kosong berikut

 Diketuai oleh Firaun yang merupakan raja yang mempunyai kuasa mutlak dan dianggap suci.

 Jawatan Firaun diwarisi secara turun temurun

 Pada zaman kerajaan lama, Firaun dianggap sebagi Jelmaan Tuhan Horus.

 Semasa Dinasti Ketiga dan keempat Firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai firaun adalah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon-Re.

 Firaun merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.  Lapisan kedua organisasi sosial masyarakat mesir ialah rahib, tuan tanah dan jurutulis.

 Lapisan setrusnya ialah golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan  Lapisan paling bawah ialah Hamba.

3. Sistem Pemerintahan

4. Pengkhususan Pekerjaan Lengkapkan Rajah Berikut

Siapakah ketua kerajaan Mesir? Jawapan : Firaun

Apakah tugas bangswan dalam membantu Firaun ? Jawapan : menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara.

Golongan manakah yang digelar sebagai golongan bangsawan : Jawapan : pegawai, penasihat dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki.

Nyatakan tugas para rahib :Jawapan : mentadbir hal keagamaan. Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.

Apakah keistimewaan kaum wanita dalam tamadun Mesir ? Jawapan : Mereka mengiktiraf kaum wanita sebagai pemimpin.

Apakah peranan yang dimainkan oleh Firaun Hatshepsut?Jawapan : merupakan seorang wanita yang mampu untuk memimpin sebuah empayar yang besar, Pada era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian.

Pengkhususan Pekerjaan

Penenunan

Pembuatan barang tembikar Kertas Merupakan eksport utama Mesir

Peralatan Tekstill

Aktiviti perlombongan

emas

dijalankan di Nubia

(12)

5. Agama dan Kepercayaan Lengkapkan rajah berikut

6. Sistem Tulisan

Lengkapkan esei berikut :

Tulisan Mesir dikenali sebagai Hieroglif, Ia berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.

Tujuan sistem tulisan di Mesir adalah untuk mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai.

Ia juga bertujuan untuk keagamaan dan amalan ritual kepercayaan

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Seni

Bina

Sumbangan utama dalam bidang pembinaan ialah Piramid

Di ilham oleh Imhotep seorang saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat kepada Firaun Djoser Beliau membina Piramid Sakkara yg merupakan binaan batu yang tertua

Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata Merupakan juga seorang pengamal perubatan dan pengarang buku sains dan sastera Pembinaan piramid masih menjadi misteri sehingga kini.

Pendidikan

Diwujudkan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan Menerima pendidikan sejak kecil lagi

Institusi pendidikan diletakkan di bawah urusan rumah ibadat dan di bawah pentadbiran kerajaan Ia bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya Jurutulis.

Ilmu yang diajar ialah Geometri, matematik dan Sains

Bertujuan untuk melatih golongan yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air sungai Nil serta pembinaan bangunan Piramid

Sistem pemerintahan yang terancang

telah Berjaya menarik pedagang-pedagang dari

laut Mediterranean dan laut Lerah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba

Agama Mesir Politiesme Re –Tuhan Matahari Ra-Antum : Tuhan Langit Amun : Tuhan Angin Kepercayaan kepada kehidupan selepas mati

Mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti

Dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.

Segala barangan dan kelengkapan harian ditanam bersama-sama mayat

firaun

Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan

kedudukan atau status mayat. mayat firaun

Tag SPM Objektif 2010 – Kombinasi gambar dan simbol yang berasaskan bunyi

(13)

Penciptaan Kertas

Orang Mesir mencipta kertas daripada pokok Papyrus yang terdapat disepanjang Sungai Nil

Ia telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan khazanah bangsa

Sebelum ini semua khazanah dalam bentuk rekod bertulis dengan tulisn hieroglif

Keagungannya dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan cantik, dan penuh seni pada makam dan batu

Perubatan

Melahirkan ramai pengamal perubatan

Golongan ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba, berkhidmat untuk firaun dan masyarakat

Mencapai kemajuan dalam bidang perubatan terutamnya proses memumiakan mayat.

Pada tahun 1600 S.M, buku catatan tentang perubatan telah ditemuai di dalam makam Firaun Khufu Ia telah disalin beberapa kali oleh para jurulatih diraja sejak zaman-berzaman

Perkembangan Ilmu pengetahuan

Sungai Nil merupakan Nadi masyarakat Mesir

Ilmu matematik seperti algebra, geometrid dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir mengawal banjir Sungai Nil.

Penciptaan Sistem pengairan telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian

Firaun Senuusret III, Berjaya membina tembok pengairan sepanjang 123 Kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun

1. Lokasi

Isi kan tempat kosong berikut

Tamadun Indus

 Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus

 Ia berpunca dari kawasan pergunungan dan mengalir ke Laut Arab

 Di kenali juga dengan nama Tamadun Harrapa sempena nama bandar utamanya  Tamadun Indus terletak di bahagian Barat laut India

 Ia dikelilingi oleh Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian Timur  Bahagian tenggara pula terdapat Kathiawar dan Gujerat

(14)

2. Tempoh Masa

Jawab soalan-soalan berikut

i. Nyatakan tempuh kemunculan tamadun Indus? 2500 S.M hingga 1800 S.M

ii. Apakah sebab-sebab berlakunya keruntuhan tamadun Indus?

a. Serangan orang Aryan b. Bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi

3. Proses pembentukan Tamadun

Lengkapkan kronologi proses pembentukan tamadaun Indus

Ciri –Ciri Tamadun i. Petempatan Kekal

Berdasarkan gambar Jawab Soalan soalan berikut

© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu Kelantan - 0199497087

1. Namakan dua Bandar di Indus yang muncul hasil dari petempatan kekal Bandar Harrapa dan Bandar Mohenjo Daro

2. Apakah keistimewaan Bandar tersebut?

Bandar-bandarnya dirancang dengan sebegitu terutamanya dari sudut susun aturnya yang sistematik

3. Apakah ilmu yang dimanfaatkan oleh masyarakt Indus dalam usaha untuk membina Bandar terancang ? Kehidupan Nomad Memburu dan mengumpul makanan hutan Membentuk petempatan kekal di Sungai Indus Sungai Indus sangat subur dan

membekalkan sumber air kepada

penduduknya

1. meningkatkan kegiatan hasil pertanian dan seterusnya membawa kepada pertambahan penduduk. berlakunya perkembangan bandar Munculnya Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa

(15)

Kemajuan ilmu geometri dan pembinaan serta sumbangan tamadun Mesir dan Mesopotamia telah membantu masyarakat Indus membuat perancangan terhadap sesebuah Bandar

4. Lengkapkan Jadual berikut dengan ciri- ciri bandar Indus

Ciri-ciri Bandar Indus

Terbahagi kepada dua bahagian dan dilekilingi tembok

Bahagian utama ialah Pusat pentadbiran dan keagamaan. Terdapat bangunan pentadbiran, tempat mandi awam untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat menyimpan hasil makanan

Bahagian Kedua terdiri daripada kawasan perumahan

Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalanraya yang lurus dan bersambungan antara satu dengan lain

Setiap Bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang

Bandar-bandar juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan ii. Organisasi Sosial

Lengkapkan struktur organisasi di bawah

iii. Pengkhususan Pekerjaan

Pemerintah - Pendeta

Pendeta dan pedagang

Petanii

Buruh

Hamba Jawab Soalan –Soalan Berikut

1. Apakah kuasa yang ada pada golongan Pendeta?

Mengawal aktiviti masyarakat

terutamanya yang melibatkan kegaiatan keagamaan.

2. Siapakah pemegang tampuk pemerintahan Tamadun Indus?

Raja Pendeta

3. Apakah peranan yang dimainkan oleh golongan ke empat dalam hieraki sosial masyarakat Indus?

Menjaga kebersihan Bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan

Lengkapkan Esei berikut

Masyarakat Indus menjalan kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.

Perdagangan adalah melibatkan perdagangan Negara luar seperti perdagangan dengan Mesopotamia. Buktinya ialah penemuan cap mohor buatan masyarakat Indus di Mesopotamia.

Antara hasil perdagangan yang penting ialah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian. Petani menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam makanan seperti barli, kacang dan sebagainya

(16)

iv. Agama Dan Kepercayaan Jawab Soalan soalan berikut :

5. Sumbangan Tamadun Indus Lengkapkan rajah berikut

1. Apakah Nama Tuhan berdasarkan gambar ? Tuhan Ibu

2. Mengapakah ia disembah oleh masyarakat Indus?

Melambang kesuburan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul

1. Penemuan patung dan ukiran keagamaan di Indus menunjukkan terdapatnya amalan agama di Indus.

2. Antara petung yang terpenting ialah Proto-Siva

3. Patung ini menunjukkan seseorang yang duduk bersila dengan gaya yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu, dan Siva

Sumbangan Tamadun Indus

Keupayaan engeksploitasi

 Keupayaan dan kebolehan masyarakatnya mengeksploitasikan kelebihan yang dimilki untuk memudahkan kehidupan mereka

Perancangan Bandar

 Keupayaan mewujudkan Bandar terancang memerlukan gabungan kepakaran seperti sudut letak bandarnya dan dari segi pengisiannya

 Kemahiran ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan

 Ia juga berkaitrapat dengan kemajuan dalam bidang pembinaan

 Pemahaman geometri adalah hasil dari pertembungan Tamadun Indus dengan Tamadun Mesopotamia dan Mesir.

Ia membolehkan perancangan Bandar disusun berasaskan bentuk segi empat tepat yang diikuti oleh jalanraya yang lurus

 Mutu bahan binaan juga telah dipertingkatkan lagi dengan menghasilkan batu bata menerusi kepakaran teknologi pembakaran suhu yang tinggi

Hubungan dengan Tamadun lain

 Ia memperlihatkan sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain

 Hubungan dengan Tamadun Mesir dan Mesopotamia telah memberikan manfaatnya dari segi teknologi

 Ia disesuaikan dengan kedaan dan suasana setempat

 Keamanan adalah penting untuk proses pembentukan tamadun

 Ia tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

 Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam perancangan Bandar, kegiatan ekonomi, aspek rohani dan kepercayaan

 Kejayaan ini adalah disebabkan oleh Sumber asas yang penting iaitu Sungai Indus dan kreativiti masyarakatnya.

(17)

1. Lokasi

Isi tempat kosong jadual berikut

Lokasi

Terletak di Hwang Ho atau Sungai Kuning

Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China ( 5464 KM ) dan terletak di bahagian utara Negara China

Ia mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke teluk Bo hai di sebelah timur

Tamadun ini bersifat setempat kerana bentuk fizikalnya yang bergunung ganang dan berpadang pasir

2. Tempoh Masa

Tempoh Masa Tamadun Hwan Ho dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men

Ia dikatakan hidup sekitar tahun 400 000 S.M Membuktikan adanya kehidupan zaman paleolitik

Kehidupan zaman Neolitik pula dapat dikesan sekitar tahun 5000 S.M Pada masa tersebut telah muncul aktiviti pertanian dan perdagangan

Dinasti Hsia telah mengasaskan pemerintahan Dinasti pertama di China pada tahun 2205 – 1050 S.M Dinasti Shang pula telah dikesan dengan kewujudan melalui jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar 1766 – 1050 S.M

Di akhir pemerintahan Dinasti shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang

Kesempatan ini digunakan oleh Dinasti Chou untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan pemerintahannya bermula dari tahun 1050 S.M – 256 S.M

3. Proses pembentukan Tamadun Hwang Ho Lengkapkan rajah berikut

4. Ciri- Ciri Tamadun Hwang Ho 5.

Tamadun Hwang Ho

Kesuburan tanah di Hwang Ho menyebabkan berlakunya perkembangan tamadun disekitarnya

Ia telah menarik penduduk awal secara nomad untuk tinggal dan menetap di kawasan tersebut

Tapak Banpo yang berdekatan Bandar Sian Moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho

Mereka menjalankan kegiatan pertanian dan perternakan binatang serta mengumpul hasil hutan dan memburu binatang

Perkembangan penempatan awal ini telah membentuk beberapa buah Bandar di Lembah Hwang Ho

Bandar Anyang merupakan Bandar yang terawal

Dinasti Shang membawa kemajuan dalam usaha perluasan kuasa dan penyebaran budaya ke kawasan

sekitar

Semasa Dinasti Chou, tamadun ini telah tersebar hingga ke bahagian Selatan Sungai Yangtze

(18)

4. Ciri –Ciri Tamadun i. Negara Kota

Lengkapkan jadual berikut

Negara Kota

Anyang merupakan Negara kota yang terawal Ia terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan Di Bandar terdapat Istana, kuil dan pusat pentadbiran

Raja, golongan pembesar dan golongan agama tinggal di kawasan bandar

Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masayarakat petani

ii. Organisasi Sosial

Lengkapkan rajah berikut

iii. Pengkhususan Pekerjaan Lengkapkan rajah berikut Raja

Golongan Bangsawan Pembesar dan pegawai kerajaan

Petani, artisan dan pedagang

Hamba

Golongan Raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas

Golongan petani menduduki lapisan bawah. Mereka mendiami kawasan luar Bandar, iaitu di sekeliling kota

Terdapat golongan artisan yang mahir dalam teknologi gangsa untuk menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera, serta peralatan untuk upacara keagamaan

Olehsebab itulah golongan pembesar sahaja mampu memiliki tentera dan senjata gangsa

Pengkhususan

Pelerjaan

Disebabkan oleh sistem sosial

Golongan Pembesar mempunyai tentera

Tentera berkuda dan tentera jalan kaki

Petani tonggak ekonomi dan

pentadbiran

Golongan Artisan mencipta bekas minuman dan makanan, senjata dan

barang tembikar

Hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan dan untuk tujuan korban upacara

(19)

iv. Sistem Pemerintahan Lengkpkan esei dibawah

c. Lengkapkan rajah berikut

Orang Cina amat percaya kepada konsep Mandat

 Percaya bahawa Dinasti Baru telah mendapat mandat daripada tuhan yang memerintah.

 Jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran.

 Kuasa pemerintah adalah dari tuhan.

 Raja yang adil akan mendapat mandat dari tuhan.

 Raja yang zalim akan kehilangan mandat

 Kehilangan mandat dialamatkan dengan bencana alam, penyakit dan lain-lain.  Rakyat boleh memberontak untuk menjatuhkan raja-raja yang kehilangan mandat a. Terangkan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Dinasti Shang

Dinasti Shang mengamalkan pemerintahan Beraja dan penggantinya adalah secara warisan di kalangan lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.

Raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi dan sosial serta keagamaan. Raja-rajanya berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.

Masyarakatnya percaya kepada konsep mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama

Bagi Bahagian Wilayah luar pusat pentadbiran, ia dipertanggungjawab kepada golongan bangsawan. Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri seperti cukai, pertahanan dan undang-undang

b. Terangkan bagaimanakah pemerintah Dinasti chao melaksanakan pemerintahannya

Dinasti Chao melaksanakan pemerintahannya setelah merampas kuasa dari Dinasti Shang. Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.

Pembesar-pembesarnya diikat melalui ikrar taat setia kepada pemerintah Chou, di samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.

Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan ketenteraan pada masa perang. Pembesar tempatan diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

(20)

v. Agama dan kepercayaan Lengkapkan jadual berikut

vi. Sistem Tulisan

Berdasarkan gambar-gambar di bawah jawab soalan soalan berikut.

a. Namakan tulang di dalam gambar di atas Jawapan : Tulang Oracle /Tulang nujum

b. Apakah kesan amalan penilikan tulang nujum di atas dalam masyarakat china? Jawapan : membawa kepada kemunculan sistem tulisan.

c. Bagaimanakah ia berlaku?

Jawapan : Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan

d. Apakah bentuk sistem tulisan yang terdapat di China? Jawapan : Ideogram iaitu tulisan berbentuk Simbol.

© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu Kelantan - 0199497087 Agama dan

kepercayaan

Animisme dan politiesma Menyembah roh nenek moyang

Tuhan Syurga ( Shang – Ti ) dan Tuhan Bumi ( Tu ), menyembah sungai, bukit dan gunung

Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh seorang bomoh

Terdapat jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang

Tulang ini dikenali sebagai Tulang Oracle yang berfungsi untuk meramal sesuatu keadaan

Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan ia ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian

Shang –Ti merupkan dewa tertinggi di Syurga dan merujuk pada nenek moyang pemerintah Shang Orang China Kuno mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien.

Konsep Tien boleh dimaksudkan sebagai satu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta. Tien kadang-kadang dirujuk sebagai Syurga

Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin dan Yang.

(21)

5. Sumbangan Tamadun Hwang Ho

Bidang Sumbangan Penerangan Politik pemerintahan

 Mengamalkan pemerintahan Monarki hingga ke zaman Dinasti Ching  Gelaran Raja ditukar kepada Maharaja

 Konsep anak Syurga dan Mandat dari Syurga diteruskan oleh Dinasti-dinasti di China hingga abad ke 20

Ekonomi

 Pembinaan sistem pengairan

 Mengambil berat terhadap pembangunan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir

 Shih Huang ti telah meneruskan sistem pengairan ke kawasan barat daya China  Sebuah terusan dibina di Szechwan untuk mengairi kawasan pertanian

 Kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit

 Petani mencipta kaedah baru dalam bidang pertanian seperti Batas untuk tujuan penanaman

Tulisan

 Merupakan sumbangan yang terpenting

 Berkembang secara evolusi dan digunakan oleh orang China sehingga hari ini  Pengunaannya meluas dalam bidang penulisan dan percetakan

 Tulisan diajar di sekolah-sekolah China dan berkembang sehingga digunakan oleh Orang Korea dan Jepun

Agama dan Kepercayaan

 Pemujaan Roh nenek moyang, ia kekal sehingga ke hari ini.

 Ia dijalankan sejak zaman Shang dan terus diamalkan mengikut kesesuaian  Unsur pengorbanan manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur

makanan, duit kertas dan barangan perhiasan

 Konsep Yin dan yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini

Referensi

Dokumen terkait