• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN LAWATAN KE PUSAT PERKHIDMATAN TAYAR SIN CHU HIN SENDIRIAN BERHAD. Oleh : Muhammad Safwan Bin Mahadi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN LAWATAN KE PUSAT PERKHIDMATAN TAYAR SIN CHU HIN SENDIRIAN BERHAD. Oleh : Muhammad Safwan Bin Mahadi"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan Pengenalan

Keselamatan bengkel adalah penting kerana melibatkan manusia yang Keselamatan bengkel adalah penting kerana melibatkan manusia yang melakukan kerja di tempat tersebut. Bagi memastikan proses keselamatan dapat melakukan kerja di tempat tersebut. Bagi memastikan proses keselamatan dapat diurus dan dilaksanakan dengan efektif, Stanton dan Willenbrock (1990) diurus dan dilaksanakan dengan efektif, Stanton dan Willenbrock (1990) menyarankan aspek keselamatan mesti dijadikan sebahagian daripada amalan menyarankan aspek keselamatan mesti dijadikan sebahagian daripada amalan dan aktiviti sesebuah organisasi. Mereka mencadangkan proses ini mesti dan aktiviti sesebuah organisasi. Mereka mencadangkan proses ini mesti disepadukan dengan sistem

disepadukan dengan sistem pengurusan dan perancangan organisasi, bukannyapengurusan dan perancangan organisasi, bukannya dilaksanakan dalam bentuk program tambahan kepada aktiviti pengurusan yang dilaksanakan dalam bentuk program tambahan kepada aktiviti pengurusan yang sedia ada.

sedia ada.

Oleh hal yang demikian, guru pelatih yang mengambil kursus RBT 3123 Oleh hal yang demikian, guru pelatih yang mengambil kursus RBT 3123 seharusnya tahu dengan jelas tentang pengurusan dan keselamatan bengkel. seharusnya tahu dengan jelas tentang pengurusan dan keselamatan bengkel. Hal ini merangkumi keseluruhan tajuk dalam pengurusan bengkel iaitu Hal ini merangkumi keseluruhan tajuk dalam pengurusan bengkel iaitu prinsip-prinsip pengendalian dan pengurusan bengkel, punca dan pencegahan prinsip pengendalian dan pengurusan bengkel, punca dan pencegahan kemalangan, pengurusan kewangan dan pengendalian bahan, reka bentuk kemalangan, pengurusan kewangan dan pengendalian bahan, reka bentuk bengkel yang berkesan, permasalahan pengurusan bengkel, cadangan bengkel yang berkesan, permasalahan pengurusan bengkel, cadangan mengatasi masalah dan laporan berkaitan pengurusan bengkel dan amalan mengatasi masalah dan laporan berkaitan pengurusan bengkel dan amalan keselamatan bengkel.

keselamatan bengkel.

Oleh itu, bagi memastikan objektif kursus ini tercapai, guru pelatih telah diberi Oleh itu, bagi memastikan objektif kursus ini tercapai, guru pelatih telah diberi tugasan kerja kursus pendek yang merangkumi hal-hal berkaitan pengurusan tugasan kerja kursus pendek yang merangkumi hal-hal berkaitan pengurusan dan amalan keselamatan bengkel untuk disiapkan dalam masa lebih kurang dua dan amalan keselamatan bengkel untuk disiapkan dalam masa lebih kurang dua bulan melalui sesi lawatan ke bengkel atau

(2)

LAPORAN LAWATAN KE PUSAT PERKHIDMATAN TAYAR SIN CHU HIN SENDIRIAN BERHAD

Oleh : Muhammad Safwan Bin Mahadi

Pengurusan keselamatan bengkel (RBT 3123) merupakan subjek wajib bagi pelajar Reka Bentuk dan Teknologi semester 6. Satu tugasan kerja kursus telah digubal bagi memenuhi keperluan subjek tersebut. Melaluinya, kami ditugaskan untuk membuat lawatan ke bengkel atau industri yang berkenaan. Oleh itu, saya telah memilih untuk melakukan lawatan ke Pusat Perkhidmatan Tayar Sin Chun Hin Sendirian Berhad yang terletak di Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor.

Saya telah melakukan lawatan ini bersama-sama beberapa orang rakan pelajar lain. Proses pertama adalah menghantar surat memohon kebenaran daripada pihak pengurusan bengkel untuk mengelakkan kehadiran kami menimbulkan sebarang masalah kepada pemilik bengkel. Setelah mendapat maklum balas positif tarikh yang ditetapkan adalah pada 20 September 2014 bersamaan hari sabtu pada pukul 11.30 pagi. Tarikh tersebut dipilih untuk kerana cuti hujung minggu. Lawatan ini dijangkakan akan berlangsung selama sejam bagi memastikan kami dapat mencapai tujuan asal kami.

Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk melihat secara dekat bagaimana bengkel yang dilawat menguruskan bengkel tersebut termasuklah dari aspek keselamatan. Lawatan ini wajib dilakukan memandangkan persoalan yang diberikan hanya akan dapat dijawab dengan melihat sendiri keadaan sesebuah bengkel. Perkara-perkara yang menjadi perhatian utama semasa melakukan lawatan ini adalah pengetahuan di dalam aspek keselamatan, mengenal pasti punca kemalangan dan cara mencegahnya, amalan keselamatan yang dipraktikkan, melihat wujudnya organisasi atau struktur kerja di bengkel tersebut, pengendalian bahan, alatan dan mesin serta penjagaan tempat kerja yang bersih, tersusun dan kemas. Hasil pemerhatian dan penelitian semasa lawatan yang dibuat akan dipersembahkan dalam bentuk laporan untuk dinilai oleh pensyarah.

(3)

Gambar 1 : pandangan dari bahagian hadapan bengkel

Seperti yang dipersetujui, pada masa yang berkenaan, kami tiba di tempat yang ingin dilawati. Pemilik bengkel tersebut telah bersiap sedia menerima kehadiran kami kerana sudah sedia maklum. Keadaan beliau ketika itu juga tidak sibuk memandangkan tiada pelanggan semasa kami tiba. Tanpa membuang masa, saya memulakan sesi lawatan dengan temu bual bersama pemilik, Encik Sin Chu Hin. Perkara pertama yang kami utarakan kepada beliau adalah mengenai tahap keselamatan di bengkel milik beliau sepanjang bengkel tersebut beroperasi. Beliau menyatakan bengkel beliau amat menitik beratkan tahap keselamatan untuk sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan tidak mendatangkan bahaya kepada para pekerja termasuk diri beliau. Walaubagaimanapun, beliau turut menyatakan bahawa tahap keselamatan yang baik perlu sentiasa diperbaiki waima perkara-perkara yang kecil bagi mengelakkan sebarang perkara diluar jangkaan dapat dielakkan. Beliau juga berpendapat tahap keselamatan sesebuah bengkel bukan sahaja dipikul oleh pemilik atau peraturan yang ditetapkan tetapi bergantung  juga kepada diri seseorang pekerja itu. Hal ini kerana jika seseorang pekerja itu tidak

mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan, ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada individu tersebut sahaja malah turut memberikan kesan kepada orang yang berada di sekeliling beliau menyimpulkan bahawa bengkel beliau adalah selamat secara keseluruhannya.

(4)

Namun begitu, beliau juga tidak menolak kemalangan boleh berlaku bila-bila masa di dalam kawasan bengkel beliau walaupun peraturan-peraturan semasa di berada bengkel telah dinyatakan. Saya kemudiannya bertanyakan mengenai punca-punca berlakunya kemalangan di bengkel. Beliau menyatakan terdapat banyak punca yang boleh menjdai sebab kepada berlakunya satu-satu kemalangan.  Antaranya keadaan bengkel yang tidak kemas dan berserabut boleh mendatang

kecederaan kepada pekerja. Beliau memberi contoh alatan tangan yang tidak dikemas boleh mendatangkan kecederaan jika dipijak secara tidak sengaja. Hal ini  juga akan menjadi lebih bahaya jika melibatkan mesin kerana seperti yang kita sedia maklum mesin merupakan alatan yang berkuasa tinggi untuk memudahkan kerja boleh mendatangkan bahaya jika tidak dikendalaikan dengan betul.

Gambar 2 : keadaan mesin di bengkel

Beliau juga mengatakan bahawa kemalangan berkaitan alatan dan mesin boleh berlaku berdasarkan beberapa sebab. Sebab yang pertama adalah tidak membuat pemeriksaaan terhadap peralatan sebelum digunakan. Pemeriksaan alatan sebelum digunakan penting bagi memastikan alatan tersebut berfungsi dalam

(5)

keadaan baik dan tidak akan menjadi penyebab kepada sebarang perkara yang tidak diingini. Paling penting seseorang pekerja yang ingin mengendalikan mesin perlulah tahu mengendalikan alatan dengan cara yang betul. Perkara ini penting kerana sekiranya berlaku jika perkara diluar jangka, pekerja tersebut dapat mengendalikan alatan tersebut serta mengelakkan kecederaan kepada diri sendiri dan orang disekeliling. Selain itu susun atur alatan dan mesin juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Adalah menjadi perkara biasa minyak daripada kereta pelanggan yang datang menitik ke lantai. Jika tidak dibersihkan akan menyebabkan sesiapa sahaja yang memijak tumpahan minyak tersebut akan tergelincir dan tercedera. Minyak tersebut juga kadang-kala datang daripada penggunaan mesin yang rosak yang mana akan turut memberikan risiko yang sama.

Kemudiannya, beliau memperincikan lagi bagaimana perlatan dan mesin yang terdapat di dalam bengkel perlu disusun dengan baik dan teratur. Perkara ini merupakan perkara yang sangat dititik beratkan kerana susun atur peralatan yang tidak kemas contohnya akan menyebabkan alatan tersebut sukar untuk dicari jika hendak digunakan. Beliau juga menyebut sekali lagi bahawa alatan tangan yang bersepah akan turut mendatangkan bahaya. Susun atur bengkel merupakan perkara pertama yang perlu difikirkan oleh setiap pemilik yang ingin membuka bengkel.

(6)

Susun atur yang tidak baik atau tidak sesuai akan menyukarkan kerja serta boleh mengakibatkan kemalangan semasa kerja. Oleh itu, susun atur alatan serta mesin perlulah dirangka agar bersesuai dengan kerja yang ingin dilakukan dan kondusif untuk melakukan kerja.

Beliau juga tidak menolak Faktor Manusia (human factor) juga merupakan punca kepada berlakunya kemalangan. Tahap pembangunan seseorang pekerja akan menentukan keadaan keselamatan sesebuah bengkel. Semua pekerja mesti memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan prosedur keselamatan (domain kognitif), dan memiliki sikap dan nilai yang diperlukan untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut (domain afektif). Tahap kemahiran pekerja akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan dengan selamat (domain psikomotor). Walau bagaimanapun, majikan memainkan peranan penting dan bertanggungjawab untuk merancang, mengawal dan mewujudkan suasana selamat dalam bengkel. Faktor utama yang menyebabkan kecederaan adalah perlakuan manusia yang tidak mematuhi arahan-arahan keselamatan dan prosedur melakukan kerja yang telah ditetapkan.

(7)

Jika diperincikan lagi, kecuaian yang berpunca daripada manusia seperti kurang memberi tumpuan kepada kerja atau mengelamun ketika bekerja juga boleh mengakibatkan kemalangan. Disamping itu, masalah disiplin juga menjadi punca kepada kepada berlakunya kemalangan. Contoh masalah disiplin yang pernah pemilik bengkel hadapi adalah bergurau secara kasar semasa bekerja, gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, serta suka mengambil jalan pintas. Selain itu masalah kesihatan pekerja jika tidak diambil kira mampu mendatangkan kecedaraan. Contohnya pekerja yang letih, mengantuk dan kurang sihat akan terganggu sedikit fokus dan emosi mereka untuk kerja dan hal ini akan menyebabkan perkara yang tidak diingini boleh berlaku jika tidak dikawal.

Gambar 5 : pekerja sedang berehat

Pemilik kedai juga risau jika pekerja tidak mendapat rehat yang secukupnya kerana akibat daripada kurang rehat, akan timbul masalah susulan serta akan mengakibatkan kemalangan.

(8)

Kami kemudiannya meminta izin membuat pemerhatian di dalam bengkel untuk melihat keadaan bengkel dengan lebih dekat. Saya dapati terdapat beberapa papan tanda dipasang di dinding dan mesin yang digunakan bagi memberi peringatan dan mencegah daripada berlakunya kemalangan.

Gambar 6 : papan tanda pemadam api

(9)

Gambar 8 : meniliti keadaan mesin

(10)

Gambar 12 : tanda keselamatan pada mesin Gambar 10 : tanda keselamatan pada mesin

(11)

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, saya dan rakan-rakan dapt melihat terdapatnya papan dan pelekat tanda keselamatan yang dilekatkan. Pemilik kedai menjelaskan ia merupakan salah satu daripada langkah untuk membari amaran awal atau peringatan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Setiap tanda diletakkan disudut dan tempat yang sesuai bagi memastikan ia mudah dilihat ditambah pula dengan warna yang terang.

Saya juga melihat alatan dan bahan-bahan disusun dengan kemas pada rak seperti yang dapat dilihat dalam gambar di bawah.

(12)

Daripada maklum balas pemilik bengkel, beliau menyatakan bahawa setiap pekerja  juga diwajibkan untuk mematuhi setiap peraturan dan tanda-tanda yang ditetapkan

kerana jika pekerja dapat mematuhinya, ia sama seperti selangkah menjauhkan diri daripada kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.

Kawasan tempat kerja juga dipastikan bersih dan teratur, selari dengan amalan keselamatan yang diamalkan oleh pengurusan kedai. Melihat kepada keadaan bengkel, saya mendapati benkgel tersebut bersih dan setiap barang atai stok disusun kemas di rak serta tempat yang telah ditetapkan.

(13)

Gambar 15 : alatan tangan (sepana)

(14)

melalui pemerhatian yang dibuat, dapat dilihat bagaimana susun atur yang telah dibuat di dalam bengkel yang membuatkan bengkel ini kelihatan kemas dan teratur. Seterusnya menjadikan bengkel ini kondusif untuk pekerja bekerja.

(15)

Setelah itu, saya mendapatkan kembali pemilik bengkel untuk melontarkan pertanyaan kepada beliau mengenai organisasi bagi memenuhi kehendak soalan tugasan. Beilau menyatakan bahawa organinsasi yang digunakan adalah ringkas memandangkan operasi bengkel mereka berskala kecil.Organisasi yang digunakan mungkin juga sama seperti bengkel lain. Bagi bengkel beliau, orang berada paling atas adalah beliau sendiri selaku pemilik, dibantu ol eh seorang kerani dan tiga orang formen. Beliau bertanggungjawab terhadap segala hal yang berlaku dan memastikan perniagaan berjalan lancar di samping memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh para pekerja. Kerani pula melakukan tugas-tugas pengkeraniaan termasuklah mengira stok dan inventori. Formen atau mekanik pula bertindak sebagai tenaga kerja pembaik pulih kenderaan pelanggan.

Pemilik

Mekanik Mekanik Mekanik

Kerani

(16)

Beliau juga turut menambah bahawa setiap kerja yang berlaku akan berjalan dengan lancar jika masing-masing melakukan tugas yang telah ditetapkan dengan sebaik mungkin dan tidak akan timbul masalah yang tidak diingini. Secara keseluruhan, lawatan ringkas yang dilaksanakan ini memerlihatkan sebuah bengkel yang diruskan dengan baik. Tidak kira dari aspek keselamatan mahupun pengurusan.

Setelah hampir sejam berada di lokasi lawatan dan berpuas hati dengan dapatan yang diperoleh, kami mengucapkan terima kasih di ats kerjasama yang diberikan dan sebelum mengundur diri kami mengambil gambar bersama pemilik bengkel tersebut sebagai tanda kenangan kehadiran kami ke bengkel tersebut.

(17)

Refleksi

Tugasan RBT 3123 Pengurusan Keselamatan Bengkel yang telah dilakukan oleh saya menjurus kepada amalan keselamatan di bengkel. Untuk itu kami telah ditugaskan melakukan lawatan ke industri atau bengkel. Tugasan yang diberi merangkumi persediaan sebelum melakukan lawatan dan hasil dapatan lawatan yang didokumentasikan dalam bentuk laporan.

Melalui tugasan yang diberikan, saya belajar bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar untuk mendapatkan kebenaran dan persetujuan melakukan lawatan ke tempat mereka. Lawatan tersebut say lakukan secara berkumpulan dan kerjasama ahli kumpulan kecil saya sangat membantu dalam mendapatkan tempat lawatan yang bersesuaian. Daripada lawatan yang dilakukan juga saya dapat mengetahui banyak perkara terutamanya dari aspek pengurusan bengkel yang bermula daripada pemilik sehingga kepada pekerja.

Berdasarkan aspek pengetahuan, saya mendapat pelbagai input yang baru, iaitu saya telah tahu bagaimana hendak merancang, mengurus dan melaksanakan projek lawatan dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan lawatan. Walaupun lawatan yang dilakukan tidak melibatkan kerja yang banyak, ia tetap memberikan satu pengalaman baru apabila saya mendapat pendedahan-pendedahan mengenai cara pengurusan. Lawatan yang telah dilakukan dirasakan berbaloi apabila saya bukan hanya setakat memenuhi kehendak soalan atau tugasan tetapi turut memperlihatkan saya kepada peralatan yang digunakan secare lebih dekat. Fungsi setiap alatan juga diperjelaskan dan memberikan saya sedikit pengetahuan tambahan yang boleh saya gunakan untuk kebaikan.

Melalui aspek lain, saya rasakan bahawa lawatan ke bengkel ini amat membanttu dalam memahami kaedah pengurusasn apabila dapat melihat cara pemikiran seorang pengurus bengkel dan melihat sendiri bagaimana mereka menguruskan bengkel selama bertahun-tahun lamanya. Hal ini amat saya kagumi dan saya berazam untuk memastikan bengkel sekolah saya bertugas menjadi lebih baik daripda apa yang telah saya lihat berbantukan dengan ilmu yang ditimba.

Itu adalah hasil dapatan daripada saya untuk keseluruhan subjek ini dan secara keseluruhannya saya berasa seronok membuat tugasan ini walaupun terdapat banyak halangan seperti kekangan waktu dan aktiviti yang padat untuk ditempuhi. Namun begitu, dengan semangat dan iltizam yang kuat, maka hasil tugasan sebegini dapat dihasilan dengan jayanya. Saya berharap agar apa yang telah saya dapati sepanjang saya menjalani kursus RBT 3123 ini akan kekal dalam ingatan dan pengetahuan yang saya dapati dapat saya gunakan ketika saya mengajar di sekolah kelak.

(18)

Bibliografi

(n.d.). Retrieved SEPTEMBER 24, 2014, from http://www.kemahiranhidup2u.com/2014/08/dskp-dan-modul-reka-bentuk-teknologi.html

Aqilah, H. (2012, OKTOBER 15).DUNIA PENDIDIKAN IPG. Retrieved SEPTEMBER 24, 2014, from Amalan keselamatan bengkel: http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/amalan-keselamatan-bengkel.html

Rahim, S. N. (n.d.). PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN STAF POLITEKNIK MUKAH . 15. RBT universe PISMP. (n.d.). Retrieved 8 10, 2013, from

http://rbtuniverse2011.blogspot.com/2011/03/pengenalan-kepada-tanaman-hiasan-tahun.html

SHOM, S. M. (n.d.).PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL. Retrieved SEPTEMBER 24, 2014, from http://www.slideshare.net/syazwanmatshom/pengurusan-dan-keselamatan-bengkel Subramaniam, C. (2013). Jurnal Pengurusan .Hubungan Amalan Pengurusan Keselamatan dengan

Pematuhan Keselamatan, 10.

Tahir, L. B. (n.d.). Pengurusan Bengkel Manipulatif: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengurusan Bengkel .

(19)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan memperhatikan hal-hal ter- sebut di atas, maka perlu kiranya dilakukan penelitian lebih mendalam untuk mengetahui besaran kontribusi pelaksanaan supervisi

Dari hasil diatas dapat disimpulkan Standardisasi Ekstrak Etanol Daun Kemuning (Murraya Paniculata L. Jack) tidak meemenuhi persyaratan yang ditetapkan, secara spesifik

Kertas biasa digunakan untuk mengemas bahan atau produk pangan kering atau untuk kemasan sekunder (tidak langsung kontak dengan bahan pangan yang dikemas) dalam

Ruang lingkup peraturan ini adalah mengatur pelaksanaan pengelolaan KI/I{KI yang dihasilkan dari kegiatan tridharma perguruan tinggi yang dilakukan oleh Sivitas Akademika

Persiapan data untuk penelitian ini berbasis model hubungan antara wadah berbagi pengetahuan terhadap komitmen dari komunitas merk yang mengandung variabel-variabel

Sumber MAD Dalam Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Fizikal Hasil analisis merentasi kes telah menghasilkan lima tema utama yang menjadi sumber kepada MAD

karakteristik sen$ata tersebut. *ereka $uga dapat melakukan perbandingan dari segi desain khususnya dengan senapan buatan Amerika Serikat yang terkenal# * 13. Sehingga pada tahap

Zona hambat bakteri disebabkan oleh adanya antibiotik penisilin yang dihasilkan oleh Penicillium chrysogenum yang dapat menghambat sintesis dinding sel