• Tidak ada hasil yang ditemukan

ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISIS TERHADAP KITAB AL-IQTISAD FI AL-

I’QTIQAD.

Pengenalan.

Perbahasan dan perdebatan mengenai akidah banyak dibincangkan oleh para ulama’ dan para sarjana Islam secara teliti dan panjang lebar. Ini jelas di buktikan dengan lahirnya pelbagai karya-karya, kitab dan buku-buku yang terkenal dan ianya masih lagi dikaji oleh ramai pengkaji yang ingin mengetahuinya secara mendalam.

Pengkajian tentang metode atau manhaj sesuatu kitab atau karya perlu ditekankan dan diteliti bagi melihat idea atau pemikiran yang telah dikemukan oleh penulis tersebut. Melihat kepada kepentingan karya akidah yang lahir, maka menarik minat penulis untuk menkaji metode atau manhaj telah digunakan oleh Abu Hamid Muhammad bin Muahmmad al-Ghazali dalam membahaskan mengenai akidah dalam karya agungnya kitab al-Iqtisad fi ‘Iqtiqad.

(2)

Latar Belakang Penulis Kitab

Al-Ghazali atau nama penuhnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Nama sebenar beliau ialah Muhammad. 1 Beliau dikunyahkan sebagai

Abu Hamid dan diberi pelbagai gelaran, terutamanya sebagai Hujjat al-Islam oleh sebab ketinggian taraf dan kebesaran hemahnya dalam mempertahan dan memperkukuhkan kedudukan Islam dengan menggunakan pelbagai ilmu yang dimilikinya.2

Beliau dilahirkan pada tahun 450H (1058 M) di sebuah kampung bernama Ghazalah di Bandar Tus, Khurasan.3 Ayah beliau seorang yang kuat beragama, warak,

salih dan fakir. Ayahnya meninggal dunia semasa al-Ghazali masih kecil; iaitu semasa beliau berumur kira–kira enam tahun. Ayahnya telah mewasiatkan kepada kawannya, seorang sufi yang salih supaya menjaga dan memberikan pendidikan kepada anak-anaknya.4

Al-Ghazali mula mempelajari ilmu fiqh di Tus dan gurunya adalah Ahmad ibn Muhammad al- Radhakani. Seterusnya al-Ghazali telah menulis al-Ta’liqah daripada

1 Che’ Zarrina Sa’ari ( 2007 ), Al-Ghazali And Intuition. Kuala Lumpur : Jabatan Akidah dan

Pemikiran Islam, Universiti Malaya.h.3

2 Zakaria Stapa ( 1998), Tokoh Sufi dan Penyelewengan Akidah. Kuala Lumpur: Berita Publishing

Sdn Bhd. h.35

3 Ibid., h.35 4 Ibid h.36

(3)

syarahan–syarahan Abu al-Qasim al-Isma’illi al-Jurjani.5 Beliau kemudian kembali

semula ke Tus dan menetap selama lebih kurang tiga tahun bagi menghadam segala yang dipelajarinya di Jurjan.6

Seterusnya beliau telah berhijrah ke Naisabur dan berguru dengan seorang tokoh ilmu Kalam al-Ash‘ariyyah yang terkenal, Abu al-Ma‘ali al-Juwayni yang dikenali dengan gelaran Imam al-Haramayn. Dalam tempoh ini beliau telah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga beliau mahir dalam pelbagai ilmu seumpama ilmu Fiqh mazhab Syafi’I, ilmu Khilaf, Jidal, Usul al-Din, Usul al-Fiqh, Mantiq, Hikmah dan Falsafah.7 Selepas gurunya meninggal pada tahun 478H, al-Ghazali dipanggil oleh

Nizam al-Mulk, seorang wazir Sultan Saljuk Turki yang menguasai Khalifah Abbasiah ke Baghdad. Nizam al-Mulk amat tertarik dengan kebolehan al-Ghazali lalu dilantiknya menjadi professor kanan di Universiti Nizamiyyah di Baghdad.8 Dalam

tempoh beliau mengajar di Baghdad inilah, kecemerlangan dan titik puncak keilmuwan beliau yang bersifat zahir terserlah.9 Bahkan majlis ilmu yang dikendalikan oleh beliau

telah dihadiri oleh para ulama’ semasa.

5 Wan Mohd Azam Mohd Amin ( terj ) (2004), Al-Ghazzaliyy Kajian Epistemologi Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 19

6 Zakaria Stapa(1998),op.cit.,h.36 7 Zakaria Stapa (1998),op.cit., h.37

8 AbdulFatah Haron Ibrahim ( terj ) (1991), Penyelamat Dari Kesesatan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. h.ix

(4)

Dalam tempoh kecemerlangan yang telah dilalui oleh al-Ghazali, suatu krisis kerohanian telah melanda diri beliau setelah lebih kurang empat tahun beliau menjalankan tugas di Baghdad.10

Ekoran dari itu, pada bulan Zulkaedah 488 ( November 1095) beliau meletakkan jawatannya dan memutuskan meninggalkan Kota Baghdad untuk menjadi pengembara Sufi dengan berpura-pura menyatakan beliau pergi menunaikan haji di Mekah.11 Beliau

telah mewakafkan semua harta bendanya, dan yang diambil adalah sekadar yang mencukupi untuk keluarganya dan bekalan perjalanannya.

Untuk beberapa lama beliau berada di Damsyik-Syria dan Baitul Maqdis, di samping ke Mekah mengerjakan haji dan melawat Madinah. Kemudian beliau kembali ke Tus dan mengamalkan tariqat tasawuf bersama murid-muridnya. Dan dalam tahun 499H( 1106M) beliua kembali mengajar di Universiti Nizamiyyah cawangan Naisabur. Beliau terus berkhidmat di Naisabur sekurang-kurangnya hingga tahun 504H (1110M) kemudian beliau kembali ke Tus dan meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir 505H(18 Disember 1111M).12

Selama 53 tahun menghambakan diri dalam bidang ilmu, al-Ghazali menghasilkan lebih 192 buku yang popular dan masih menjadi rujukan kepada ilmuwan

10 Zakaria Stapa (1998),op.cit.,h.37

11 AbdulFatah Haron Ibrahim (1991),op.cit., h.x 12 Ibid., h.x

(5)

hingga hari ini.13Karya- karya beliau merangkumi bidang teologi, falsafah dan logik,

tasawuf dan usul fiqh.

Sumbangan beliau yang banyak dalam bidang keilmuwan ini membuatkan beliau diingati sehingga kini. Karya- karya beliau dikaji tanpa henti oleh pencinta ilmu.

Pengenalan Kitab

Dari segi akidah, Imam Ghazali termasyhur sebagai seseorang yang bermadzhab Asy’ariyah. Ia membela Asy’ariyah, dalam membantah golongan Bathiniyah, para filosof dan madzhab yang menyelisihinya. Karena itulah beliau menamai buku akidahnya dengan tajuk Al Iqtishad Fil I’tiqad. Karya beliau ini dan cara pengambilan dalil, merupakan ringkasan daripada karya para tokoh ulama Asy’ariyah terdahulu, hanya sahaja, dalam kitab ini beliau memaparkan dalam bentuk baru dan cukup mudah.

Buku ini ditulis ditujukan bagi membantah doktrin daripada Syi’ah dan Mu’tazila. Sebelum menjelaskan penjelasan-penjelasan inti daripada kitab, Ghazali memaparkan beberapa ulasan-ulasan penting, diantaranya :

1. Bab yang menerangkan bahawa ilmu ini memiliki kepentingan dalam bidang agama (’ilm kalam).

2. Penjelasan bahawa ilmu ini memiliki kepentingan bagi sebahagian golongan sahaja daripada manusia.

3. Menjelaskan bahawa mempelajari ’ilm kalam adalah fardu kifayah hukumnya. 4. Penjelasan tentang metodologi (manhaj) yang digunakan oleh Gazali dalam kitab

ini.

13 Ahmad Sunawari Long (2008), Sejarah Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

(6)

Selanjutnya ia membagi kitab ini kepada 4 bahagian (sub bab), yaitu :

1. Konsep tentang dzat Allah SWT.

Ia menjelaskan bahawa Allah bersifat segala sifat yang sempurna, yang mana kesemua sifat itu berjumlah 20 sifat. Dan sifat-sifat tersebut terbagi keatas:

a. Sifat nafsiyah dzatiyah : wujud

b. Sifat-sifat salbiyah : wahdaniyah, qidam, baqa’, mukhalafah lil hawadits, dan qiyamuhu binafsihi.

c. Sifat-sifat ma’ani : qudrat, iradat, ’ilm, kalam, sami’un, bashir, hayat. d. Sifat-sifat ma’nawiyah : qadiran, muriidan, ’aliman, mutakallim, sami’an,

bashiran, hayyan.

Dalam bab ini terdapat 10 bahagian penjelasan, yaitu: 1. Tentang sifat kewujudan Allah ta’ala.

2. Sifat qidam 3. Sifat Baqa’ 4. Allah

5. Allah tidak memiliki tubuh. 6. Allah tidak memilki ’ard.

7. Allah tidak berada di suatu tempat manapun. 8. Allah tidak berdiam di suatu tempat.

9. Sifat wahdaniyah

10. Melihat Allah (ru’yatu Allah).

2. Konsep tentang Sifat-sifat Allah.

Bab ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu: 1. Sifat ma’ani dan ma’nawiyah.

Dalam bahagian ini dijelaskan tentang sifat-sifat Allah secara terperinci. Ia membezakan antara sifat ma’ani dan sifat ma’nawiyah. Dimana yang termasuk dalam

(7)

sifat ma’ani ini ialah qudrat, iradat, i’lm, kalam, sami’un, bashir, dan hayat. Sedangkan

qaadirun, muriidun, ’alimun, mutakallim, samii’un, bashiirun dan hayyun, merupakan

termasuk kedalam sifat ma’nawiyah. Sifat-sifat ma’ani tersebut terdapat dalam zat Ta’ala, sedang sifat-sifat ma’nawiyah berlaku sebagai natijah bagi sifat-sifat ma’ani tadi.

Bab ini dijelaskan dengan sangat terperinci oleh Ghazali, dimana ia memaparkan penjelasan tentang masing-masing sifat Allah tersebut dengan memberikan pembuktian berupa dalil aql serta naql, dan memaparkan sekilas beberapa konsep daripada madzhab lain atau pandangan sebahagian daripada filosof tentang konsep sifat Allah ini, dan memberikan jawaban atau titik terang keatas perdebatan diantara madzahib tersebut.

3. Hukum-hukum daripada Sifat-sifat Allah ta’ala. Hukum daripada sifat Allah ada 4, iaitu:

a. Bahawa sifat-sifat Allah itu bukanlah ianya merupakan ’ain dzat, melainkan kesempurnaan bagi dzat.

b. Bahawa sifat-sifat Allah tersebut berdiri (qaimah) atas dzat-Nya SWT. c. Bahawa sifat-sifat Allah itu ada sejak sediakala dan bukan merupakan

sesuatu yang baru.

d. Bahawa nama-nama Allah yang diambil daripada nama-nama sifat –Nya itu haq adanya bagi Allah.

2. Konsep tentang Perbuatan-perbuatan Allah SWT.

Dalam menjelaskan tentang konsep perbuatan Allah ini, Ghazali memaparkan bahawa perbuatan-perbuatan Allah adalah sesuatu yang boleh (jaiz) Dia lakukan, dan bukanlah ianya sesuatu yang wajib bagi ta’ala. Diantara penjelasan daripada konsep ini, terdapat beberapa penjelasan:

1. Boleh (jaiz) bagi Allah untuk tidak memberikan taklif kepada hambaNya.

2. Boleh (jaiz) bagi Allah untuk memberikan taklif kepada hambaNya apa-apa yang hambaNya mampu ataupun tidak.

(8)

3. Boleh (jaiz) bagi Allah untuk menyeksa hambaNya yang tiada sekalipun berbuat perkara jenayah.

4. Tidak wajib bagi Allah ri’ayatu l ashlah keatas hambaNya.

5. Tidak wajib bagi meberikan pahala keatas perbuatan taat dan hukuman bagi perbuatan maksiat.

6. Tidak wajib bagi seorang hamba Allah ma’rifatullah menggunakan akalnya, melainkan dengan syari’at.

7. Tidak wajib bagi Allah pengutusan Rasul, dan bukanlah pengutusan Rasul itu sesuatu yang mustahil bagiNya, tetapi ia merupakan sesuatu yang boleh (jaiz) bagiNya. Dan mungkin bagi Allah menunjukkan bukti kenabian dengan wujud mu’jizat.

Dan pembahasan-pembahasan dalam perkara ini berdiri atas pembahasan tentang makna wajib, hasan, qabh, ’abts, sufh, dan hikmah.

3. Konsep tentang Nubuwwah (kenabian)

Dalam bab ini Ghazali menjelaskan tentang makna nubuwwah (kenabian) dan makna risalah (kerasulan). Dimana Ghazali mendefinisikan nubuwwah sebagai suatu penyampaian khabar daripada Allah dengan penurunan wahyu kepada siapa sahaja yang Dia telah pilih daripada hambaNya, jadi proses ini hanya berkisar antara hamba dengan wahyu sahaja. Sedangkan risalah ialah pentaklifan daripada Allah kepada salah satu nabi-nabiNya dengan mengutuskannya kepada umat manusia guna menyampaikan hukum-hukum serta syari’at-syari’t dalam agama, dapatlah disimpulkan bahawa risalah merupakan keterkaitan antara nabi dan umat manusia.

Bab inipula terbagi keatas beberapa penjelasan, yaitu:

1. Kenabian (nubuwwah) dan pembuktian-pembuktian keatas kenabian Muhammad SAW.

(9)

2. Wajibnya keyakinan atas perkara-perkara yang syar’i dan pembolehan akal kepadanya.

3. Ihwal imamah (imam) serta syarat-syarat daripadanya.

4. Penjelasan atas golongan yang wajib takfir keatasnya daripada golongan-golongan ahl bid’ah.

Demikianlah Ghazali merangkum kesemua konsep beserta penjelasan-penjelasannya, dengan disertai dalil-dalil yang sememangnya dipahami, maka itulah kitab ini dinamakan al –iqtishad fi al i’tiqad, kerana ianya mengandungi ghayah (tujuan) dan

qasd (maksud) daripada usaha keatas pencapaiannya.

Metodologi Akidah dalam kitab al-Iqtisad fi I’qtiqad.

Kitab al-Iqtisad fi ‘Iqtiqad merupakan karya agung Imam al-Ghazali yang banyak membahaskan tentang isu-isu yang berkaitan dengan akidah. Jika diteliti, umumnya penulis karya menghuraikan sesuatu topik itu dengan teliti dan berhati-hati. Ini dapat menggambarkan bahawa penulis karya telah mendalami dan menguasai sesuatu isu itu dengan bersungguh-sungguh. Metodologi akidahnya yang menggabungkan dalil-dalil

aqliah dan syara’ melengkapkan lagi karya tersebut. Pendekatan logik akal juga

digunakan dalam mambahaskan apa yang terkandung agama bertujuan untuk meperkukuhkan hujahnya dan mendahulukan nas dari apa yang telah dihasilkan oleh akal. Konsep takwil juga digunakan untuk menafsirkan nas-nas mutasyabihat tetapi ianya masih dalam lingkungan atau batasan wahyu Ilahi. Secara umumnya, daripada kitab tersebut, walaupun terdapat isu yang dibahaskan menggunakan dalil akal namun penulis karya tidak mengankat martabat bakal lebih daripada martabat wahyu.

(10)

Dalam kitab ini, Imam al-Ghazali telah membahgikan pengkajian atau hujahnya kepada tiga metodologi utama iaitu:

1- Manhaj al-Sabr wa al-Taqsim

2- Manhaj Qias Mantiqi

3- Manhaj al-Ilzam

i- Manhaj al-Sabr wa al-Taqsim

Manhaj al-Sabr wa al-Taqsim merupakan salah satu metodologi yang

diguanakan dalam kitab ini. Ia adalah suatu kaedah yang digunakan untuk mengisbatkan sesuatu perkara dengan menbatalkan perkara yang lain. umpamanya alam ini yang bersifat hadith ataupun qadim. Begitu juga dengan jisim samaada ia bergerak atau diam. Imam al-Ghazali mengulangi beberapa maksud yang dikehendaki dengan menyebut penafian dan pengisbatan dan membatalkan salah satu dari dua perkara tersebut14 dengan

bersyaratkan salah satu daripadanya adalah Qadiyyah Syartiyah Munfasilah dan berikutnya dengan Qadiyyah Hamaliyyah samaada ia dinafikan atau diisbatkannya. Beliau telah menggunakan beberapa contoh untuk memudahkan kefahaman tentang tersebut iaitu15:

ميدق اماو ثداح اما ملاعلا

اميدق نوكي نأ لاحمو

14 Hasan Muhram al-Huwaiyni (2001), al-Amali ‘Ala Iqtisad al-Ghazali, Kaherah: Maktabahal-Kulliyyat

al-Azhariyyah, hlm:18

(11)

ثداح هنأ ةلاحم ل هنم مزليف

Maksudnya:

Alam ini baharu (hadith) atau sediakala (qadim) Mustahil ia sediakala (qadim)

Maka ia adalah baharu (hadith)

Contoh tersebut merupakan satu kejayaan al-Ghazali dalam megisbatkan alam ini bersifat baharu (hadith) dan bukannya hadith. Ini dapat dikukuhkan dengan adanya penggamatan dan pemerhatian terhadap perubahan alam yang berubah dari semasa ke semasa. Perubahan ini membuktikan bahawa alam ini bersifat baharu . kaedah penggamatan dan pemerhatian oleh indrawi adalah bentuk pembuktian melaui kaedah mantik untuk mengisbatkan baharunya alam.

Dalam contoh lain pula al-Ghazali menyatakan:

Ertinya: Kalau sekiranya Allah berjisim, nescaya ia berisi ruang batil, maka batallah apa yang membawa kepadanya iaitu keadaan itu berjisim dan sabitlah lawannya (tidak mengisi ruang) iaitu mustahil bagi Allah itu berjisim.

Contoh tersebut mengamdungi dua penyataan iaitu jika Allah itu berisi ruang maka ia adalah berjisim dan penyataan yang kedua ialah jika Allah tidak berisis ruang maka mustahil Allah itu berjisim.penyataan pertama dinamakan sebagai muqaddiamah dan penyataan yang kedua pula dinamakan penyataan susulan. Contoh tersebut digunakan oleh al-Ghazali untuk menafikan Allah itu berjisim dengan membatalkan penyataan susulan (Tali).

(12)

Penggunaan dalil-dalil mantik dan istilah falsafah banyak digunakan untuk membahaskan sesuatu perkara dalam kitab ini. Ini disebabkan oleh sejarah pemikiran pada zaman al-Ghazali yang berhadapan dengan pengaruh kuat dari pemikiran dikalangan pemikir ilmu kalam, pengaruh falsafah dan Batiniah16.

Beliau terpaksa untuk memehafi keadaan tersebut yang banyak menjiwai masyarakat pada masa tersebut sehingga terkeluar dari jalan kebenaran17.

ii- Qias Mantiqi

Metodologi yang kedua yang digunakan oleh al-Ghazali dalam karya agungnya ialah Qias Mantiqi. Ini jelas dengan adanya contoh tersebut:

ثداح وهف ثدا وحلا نع وليخ ل ام لك

ثداوحلا وحلا نع وليخ ل ملاعلا

ثداح ملاعلا

Ertinya:

Setiap yang tidak sunyi dari baharu, maka ia adalah baharu, Alam ini tidak sunyi dari baharu,

Maka alam ini baharu

Imam al-ghazali mengemukakan susunan penyataan dengan Muqaddimah Kubra (Setiap yang tidak sunyi dari baharu, maka ia adalah bahar,) dan Muqaddimah Sugra

(Alam ini tidak sunyi dari baharu)18. Walaupun penyataan tersebut tidak menyatakan

16 Salih Ahmad al-Syami (2001), Perjuangan al-Ghazali Menegakkan Kebenaran dan Menghapuskan

Kebatilan, Basri bin Ibrahim(terj.),cet 1, Johor: Perniagaan Jhabersa, hlm: 80

17 Ibid, hlm:87

18 Keadaan ini hanya berlaku kepada ulama’-ulama’ al-Mutaqallimin terdahulu seperti al-Ghazali, lihat

(13)

kesohihan dan kebenarannya sebagai hujah untuk mensabitkan alam ini baharu adalah terjejas. Penyataan yang sebenarnya ialah:

ثدا وحلا نع وليخ ل ام لك

ثداح وهف ثداوحلا وحلا نع وليخ ل ملاعلا

ثداح ملاعلا

Ertinya:

Setiap yang tidak sunyi dari baharu, ,

Alam ini tidak sunyi dari baharu, maka ia adalah baharu, Maka alam ini baharu19

Oleh yang demikian penyataan yang ketiga di panggil sebagai natijah. Bagi penyataan yang pertama dan yang kedua mengandungi mawdu’ atau subjek atau predikat. Subjek dalam contoh diatas ialah alam dalam penyataan yang pertama dan yang bermaksud “ setiap yang tidak sunyai dari yang baharu” dalam penyataan kedua. Manakala kata predikat pula ialah penyataan “ tidak sunyi dari yang baharu” sebagaimana seperti penyataan pertama dan kedua. Selain itu juga ia terdiri daripada tiga had iaitu had al-Akbar, had al-Asghar dan had al-Aswat. Had al-Akbar ialah alam pada penyataan pertama dan had al-Asghar ialah “ maka ia adalah baharu” pada penyataan kedua. Manakala had al-Aswat pula ialah kalimah yang berulang iaitu “ yang tidak sunyi

dari baharu” . Oleh yang demikian , natijah yang didapati ialah gabungan dari had al-Akbar yang menjadi subjek dalam penyataan pertama dan menjadi predikat dalam

penyataan kedua.20

19 Ibid..

(14)

iii- Manhaj al-Ilzam

Manhaj ini digunakan untuk berdebat dan menafikan atau memustahilkan I’tiqad muktazilah. Al-Ghazali telah membuktikan dengan kenyataan yang dibuat oleh kaum muktazilah seperti:

Ertinya: “ Sesungguhnya pusingan falak itu tiada berkesudahan21

Penyataan diatas menunjukkkan pandangan kaum muktazilah dimana pusingan falak tidak berkesudahan, ianya akan berterusan sampai bila-bila. Penyataan tersebut adalah salah disisi Islam dan merupakan sesuatu yang mustahil. Oleh itu, al-Ghazali cuba untuk memustahilkan pandangan tersebut dengan mengikut rentak mereka tetapi logik untuk diterima seperti contoh:

Ertinya: “ Sesungguhnya sesuatu yang tidak berkesudahan , akan berakhir22

Penyataan al-Ghazali ini tepat dan membidas pendapat yang telah dikemukakan oleh kaum muktazilah. Beliau menjelaskan bahawa sesuatu yang tidak berkesudahan akan menemui jalan pengakhiran dan tidak kekal sampai bila-bila.

Selain dari ketiga-tiga metodologi yang dinyatakan sebelum ini, al-Ghazali juga memperkenalkan beberapa wasilah. Belaiu telah memperkenalkan enam wasilah, ini bertujuan untuk mendapatkan fakta dan kenyakinan berkaitan sesuatu perkara atau sesuatu isu.

21 Muhram Hasan al-Huwaiyni (2001), op cit., hlm:7 22 Ibid..

(15)

Keenam-enam wasilah itu adalah untuk mendapatkan data-data yang boleh menghasilkan ilmu yang yakin atau juga dikenali sebagai sumber yang burhan. Sumber yang burhan ini disentuh dalam tamhid ke empat.

Wasilah yang pertama ialah al-Hisiyyat iaitu penggunaan data-data inderawi23.

Wasilah ini digunakan oleh al-Ghazali untuk membenarkan atau membuktikan sesuatu perkara. Al-Hisiyyat ini termasuklah menggunakan pacaindera zahir seperti penglihatan, pendengaran, rangsangan, sentuhan, rasa, bau dan batin24. Bagi menjelaskan lagi

metodologi ini, penulis membawakan contoh iaitu:

ببس هلف ثداح لك

ثدارح ملاعلا يفو

ببس نم اهلدبلف

Ertinya:

Setiap yang baharu, mempunyai sebab dan di alam ini, Mempunyai perkara yang baharu,

Maka tidak boleh tidak, Baginya mempunyai sebab25.

Dalam penyataan diatas menjelaskan bahawa alam ini bersifat baharu. Ini dibuktikannya dengan adanya sebab. Sebab barunya alam ini ialah Allah. Baharunya alam ini dapat dibuktikan dengan penyaksian dengan anggota pancaindera. Ia dapat di

23 Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali(1988), Iqtisad fi ‘Iktiqad, Dar al- Kutub

al-‘imiyyah, hlm: 15

24 Ibid., hlm: 74 25 Ibid., hlm: 15

(16)

saksikan dengan perubahan yang berlaku dalam alam ini seperti mendung, hujan , panas dan perubahan bentuk muka bumi yang dapat mengukuhkan bahawa alam ini bersifat baharu26. Antara contoh lain yang menggunakan pendekatan pengamatan dan penyaksian

sebagai metode untuk membuktikan kewujudan Allah.

ثداح لك

ببس هلودحلف

ببس هل نا مزليف ثداح ملاعلا

Ertinya:

Semua perkara adalah baharu,

Maka baharunya alam mempunyai sebab,

Alam ini baharu maka lazimlah daripadanya alam ini mempunyai sebab27.

Contoh yang dinyatakan diatas menjelasakan tentang alam ini bersifat baharu. Baharunya alam ini adan segala kandungannya pula dibuktikan dengan penyaksian dan penggamatan dari pancaindera. Beliau menyatakan:

هدهاثملاب مولعمف اهضا رعأ و ماسجلا توبت أماف...

“ Adapun pentabitan jisim dan isi kandungannya maka ia dapat diketahui dengan penyaksian”28

Kesimpulan dari penyataan tersebut adalah dari penyaksian dan penggamatan yang telah dibuat terhadap alam ini jelas membuktikan ialah ia bersifat baharu.

26 Al-Ghazali (1988), op. cit., hlm: 15

27 Hasan Muhram al-Huwayni (2001), op.cit., hlm: 74 28 Al-Ghazali (1988), op. cit., hlm: 19

(17)

Metodologi yang kedua pula ialah, beliau menggunakan wasilah al-‘Aqliyat atau data-data ma’kulat. Metodologi ini menggunakan pendekatan berfikir dengan pengunaan akal. Ia merupakan salah satu wasilah untuk mendapatkan data atau sesuatau maklumat itu berasakan akal fikiran seperti contoh:

Ertinya:

“ Setiap yang tidak dimulai dengan baharu, maka ia ialah baharu, Alam ini tidak dimulakan dengan bharu

Maka ia adalah baharu”29

Penyataan tersebut memjelaskan bahawa alam ini bersifat baharu. Persoalan yang timbul ini (alam bersifat baharu), merupakan suatu yang fitrah atau semulajadi dalam setiap pemikiran dan akal manusia serta ia tidak dapat disanggah atau dinafikan lagi. Dalam perbincangan ini, al-Ghazali telah membidas pendapat golongan miktazilah agar menerima dan tidak menolah kenyataan yang dibuktikan oleh beliau30.

Begitu juga dengan teori pensabitan satu bahagian daripada dua bahagian. Ia adalah kenyataan yanhg semulajadi yang tidak dapat disangkal oleh kajian atau eksperimen31.

Metode yang ketiga pula ialah, penggunaan wasilah al-Mutawatirat. Dimana wasilah ini, merupakan suatu sumber yang berasaskan kepada pengkhabaran yang didengar oleh ramai orang dan kenyataan itu tidak mungkin berlaku penipuan atau pembohongan32. Sebagai contoh mudah, tentang kenabian dan kerasulan Nabi 29 Ibid., hlm: 16

30 Ibid..

31 Hasan Muhram al-Huwaiyni(2001), op.cit., hlm:75 32 Ibid., hlm:76

(18)

Muhammad33. Kebenaran itu telah dibuktikan kurniaan mukjizat yang dimilikinya. Dalam

hal perbincanagan ini, persoalan kenabian dan kerasulan jelas dimana al-Ghazali menggunakan dalil mutawatirat untuk mensabitkan mukjizat yang dimiliki34. Kewujudan

mukjizat yang apa Muhammad jelas terbukti dan termaktub dalam Quran dan al-Hadith yang bersifat mutawatir dan mustahil untuk disanggah lagi.

Al-Nazariyyat, metode yang keempat yang banyak diguna pakai dalam kitab ini.

Ia adalah suatu manhaj dalam bentuk susunan qias mantiqi digunakan dalam membahaskan dan membuktikan kebenaran sesuatu isu melalui tiga wasilah yang dibincangkan sebelum ini iaitu al-Hissiyyat, al-‘Aqliyyat dan al-Mutawatirat. Seperti contoh beliau membuktikan bahawa baharunya alam ini dengan menggunakan tiga kaedah dan menyususn pula kaedah pembuktian ini dengan menggunakan kaedah mantiqi:

ببس هلف ثداح لك

ثداح ملاعلا

ببس هل ادا

Ertinya:

Setiap yang baharu, ada sebab alam baharu, Jadi, ia ada sebab35.

Metodologi yang kelima yang digunakan oleh Ghazali ialah wasilah

al-Sam’iyat. Ia merupakan sumber yang digunakan oleh imam al-Ghazali untuk

33 Al-Ghazali (1988), op. cit., hlm: 16 34 Ibid., hlm: 129

(19)

mendapatkan fakta berdasarkan nas syara’ dari al-Quran Sunnah, Ijma’ dan Qias. Kebenarannya adalah mutlak dan tidak boleh disangkal lagi. Seperti contoh dengan membuktikan kewujudan Allah melalui kaedah pensabitan baharunya alam. Firman Allah, maksudnya: 36

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.”

Seterusnya wasilah terakhir ialah dengan membenarkan sesuatu permasalahan yang dipegang atau apa yang diistilahkan dengan nama al-Khasm. Beliau akan mengambil perkara tersebut dan menjadikan sebagai muqaddimah dan pendalillannya. Beliau akan meneliti serta memperinci setiap topik itu dan membahaskan perkara tersenut sehingga terbatalnya pensabitan.

(20)

Kesimpulan

Ketokohan al-Ghazali dalam bidang mantik jelas terbukti dalam kitab ini yang banyak membincangkan konsep mantik dan qias. Pelbagai metodologi yang digunakan oleh beliau dalam memberi pemAhaman kepada pembaca terutama dalam bidang mantik.

Bibliografi

1. AbdulFatah Haron Ibrahim ( terj ) (1991), Penyelamat Dari Kesesatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali(1988), Iqtisad fi ‘Iktiqad, Dar al- Kutub al-‘imiyyah,

3. Ahmad Sunawari Long (2008), Sejarah Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Che’ Zarrina Sa’ari ( 2007 ), Al-Ghazali And Intuition. Kuala Lumpur : Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya.

5. Salih Ahmad al-Syami (2001), Perjuangan al-Ghazali Menegakkan Kebenaran dan

Menghapuskan Kebatilan, Basri bin Ibrahim(terj.),cet 1, Johor: Perniagaan

Jhabersa

6. Wan Mohd Azam Mohd Amin ( terj ) (2004), Al-Ghazzaliyy Kajian Epistemologi

(21)

7. Zakaria Stapa ( 1998), Tokoh Sufi dan Penyelewengan Akidah. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki dari pandangan filsafat, dengan judul Konsep Pendidik Profetik Dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam Studi Analisis Kitab Insan Kamil

Menyatakan dengan sesungguhnya bahwa skripsi yang berjudul Strategi dan Akurasi penerjemahan mashdar mu’awwal dalam kitab Fatchu Al-Qarīb karya Syeikh Muhammad Bin Qasim

Maka jika mengacu pada teroi intertekstual diatas dapat dikatakan bahwa sebuah karya tafsir lahir dan muncul tidak lepas dari teks- teks lain dan kekosongan

Dari hal yang menarik tersebut, maka kitab Jāmi‘ al-Bayān karya Muhammad bin Sulaiman akan dikaji lebih mendalam lagi dengan mengungkap empat aspek penting yaitu penamaan

Temuan penelitian ini, menunjukkan bahwa nilai-nilai pendidikan akhlak yang ada dalam kitab Risalatul Mu’awanah karya Al-Habib Abdullah bin Alwi bin Muhammad

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui bagaimana pandangan Abu Abdillah Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i dan Muhammad Nashiruddin Al-Albani tentang hukum puasa sunah

Muhammad Ma’shum bin Ali al-Maskumambangi dengan karya monumentalnya dalam ilmu falak ini, yaitu kitab Badi’ah al-Misal fi Hisab al- Sinin wa al-Hilal merupakan salah satu dari

3.4 Profil al-Mujaz bih perkara yang diijazahkan Al-mujaz bih atau perkara yang diijazahkan oleh Tuan Guru Muhammad Salih bin Uthman Jalal al-Din al-Malayuwi al-Makki kepada Maulana